Sabtu, 8 Jun 2013

klasik

set star wars makan tengahari
Set penggambaran filem Star Wars ketika makan tengahari


Foto-foto klasik yang rare
Horten H. VII (Ho 254) terbang melalui Göttingen, Jerman. Ia adalah salah satu eksperimen terbang bersayap yang pertama, pada tahun 1945. 


Foto-foto klasik yang rare
Muhammad Ali bertemu The Beatles


Foto-foto klasik yang rare
Muka Billy The Kid didedahkan buat pertama kali selepas 130 tahun


Foto-foto klasik yang rare
Niels Bohr dan Albert Einstein di perdebatan Bohr-Einstein berkenaan Mekanik kuantum


Arnold Schwarzenegger pada hari pertama mendapat kerakyatan Amerika Syarikat


Foto-foto klasik yang rare
Queen Elizabeth II menembak menggunakan senapang perang British L85 di Surrey, England, 1993


Foto-foto klasik yang rare
Presiden Richard Nixon cuba untuk memikirkan bagaimana untuk menggunakan penyepit semasa melawat di China, 1972


Foto-foto klasik yang rare
Steven Spielberg memeriksa model skala di set penggambaran 'Indiana Jones: Raiders of the Lost Ark', 1980

John F. Kennedy minum teh bersama anak perempuannya, Caroline

Adolf Hitler pada usia 11 tahun semasa menghadiri Sekolah Rendah Leonding, 1900


Penerbangan pertama Wright bersaudara



Sumber - iliketowastemytime.com , slightlywarped.com

manipu

Foto manipulasi (photo manipulation) sudah wujud sejak zaman Perang Dunia Kedua dulu lagi dan mungkin bermula sebelum itu lagi. Sekarang perkembangannya lagi hebat, dan digunakan untuk berbagai tujuan. Maka, jangan mudah percaya kepada gambar-gambar yang dilihat terutamanya gambar yang berunsurkan tuduhan pada seseorang atau suatu pihak.

Gambar manipulasi


Gambar sebenar - Askar Jerman di Poland, tahun 1939


Gambar manipulasi


20 April, 1943. Walter Cruger sedang dianugerahkan Knight’s Cross 



Gambar manipulasi


 Gambar sebenar


Gambar manipulasi



 Gambar latarbelakang sebenar


Gambar manipulasi - Seolah mahu membakar manusia dalam ketuhar



 Gambar sebenar


Gambar manipulasi



 Gambar sebenar


Sumber - secretsofthefed.com ,  englishrussia.com

Rare1


Penggambaran The Matrix. Filem menggunakan teknologi tinggi (masa itu) dengan kesan visual dan animasi 3D


Pembinaan Gunung Rushmore, 1934-1939


Kapal Titanic di dok kering, 1912


Kereta jenazah Abraham Lincoln, 1865


NASA sebelum ada Powerpoint, Life Magazine


Jurutera-jurutera Jerman menguji Messerschmitt BF109 E3


Howard Carter, seorang ahli arkeologi Inggeris, memeriksa keranda terbuka Raja Tut

Samurai, 1860 – 1880

Badut asal daripada McDonald, 1963

Bob Marley main bola belakang pentas

Charlie Chaplin bersama Mahatma Gandhi

Sven-Ole Thorsen dan Arnold Schwarzenegger di set filem Conan The Barbarian

Tawakkal

Tawakal adalah sifat terpuji yang tertinggi. Ia adalah ibadah hati. Tawakal itu dirasai. Zahirnya tidak kelihatan tetapi kesannya sangat besar dalam kehidupan. Mengapa? Ini kerana hanya dengan bertawakal kita boleh menjadi hamba Allah yang sebenar. Jika tidak kita akan sentiasa terhalang, malah terhijab terus daripada menjadi akrab dengan Allah. Halangan terbesar seseorang menuju Allah ialah kekhuatiran, kebimbangan, kesibukan kesukarannya mencari rezeki. Hati dan fizikal menjadi letih dalam mencari, menjaga dan menambah rezeki. Namun dengan tawakal, segala keletihan itu akan dapat diatasi.

Apabila kita bertawakal ertinya kita mewakilkan atau menyerahkan urusan kepada pihak yang lain. Dalam konteks ini, ‘pihak lain’ itu ialah Allah. Insya-Allah, apabila kita menyerah urusan kepada Allah hati kita akan teguh dan kukuh, tidak goncang dan goyah lagi.  Ini kerana kita yakin ‘wakil’ kita itu ialah zat yang Maha Gagah, Maha kaya, dan Maha sempurna.  Keyakinan itulah yang membuahkan ketenangan.

Justeru, menurut Abu Zakaria Ansari, tawakal itu ialah “Keteguhan hati dalam menyerahkan urusan kepada orang lain.” Bayangkan apabila seseorang Muslim dengan sepenuh hati berserah diri kepada Keagungan dan Kekuasaan Allah dalam berusaha sambil menunggu hasilnya dengan penuh sangka baik kepada Tuhannya.

Insya-Allah, seorang yang bertawakal akan mendapat sekurang-kurangan manfaat-manfaat berikut:

1)                  Ketenangan hati.
Orang yang bertawakal akan merasakan ketenangan memenuhi hatinya, yakin, mantap, optimis dan reda. Ketenangan inilah yang dirasakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika berada dalam gua. Ketika Sayidina Abu Bakar khuatir dengan keselamatan baginda, Nabi Muhammad SAW telah bersabda kepadanya “janganlah bersedih, kerana sesungguhnya Allah berserta kita. ”
Ketenangan inilah juga yang dirasai oleh Nabi Ibrahim ketika dilemparkan ke dalam api yang menyala-nyala. Baginda tidak endahkan pertanyaan manusia mahupun malaikat apabila berkata, “ Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung. ”

2) Kekuatan jiwa.

Bukan sahaja tenang, orang yang bertawakal juga akan mendapat kekuatan jiwa. Fitrah manusia, akan merasa kuat apabila ada sandaran atau ‘back up’  daripada pihak yang kuat. Orang yang  bertawakal merasa kuat berdepan dengan musuh yang ramai kerana merasakan Allah akan membantu mereka.
Inilah rahsia dalam medan Badar, apabila 313 tentera Badar mampu mengalahkan musuh yang lebih ramai. Firman Allah:  Ketika kamu memohon pertolongan kepada Rabb (Tuhan)-mu, lalu dikabulkan-Nya bagimu, “Sesungguhnya Aku (Allah SWT) akan mendatangkan bantuan kepadamu seribu malaikat yang datang bersambungan.” Dan tidaklah hal itu dijadikan oleh Allah untukmu kecuali sebagai berita gembira dan untuk menenteramkan hatimu. Dan tiada lain kemenangan itu kecuali datang dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha bijaksana. (Al Anfal: 9-10)

4) Diri yang reda
Apabila bertawakal, hati akan reda, pasrah dan menyerah atas segala ketentuan Allah sekalipun apa yang berlaku bertentangan dengan apa yang kita inginkan.  Jiwa merasakan apa yang berlaku semuanya baik-baik belaka. Tidak ada ruang untuk kecewa, marah dan putus asa. Semua ini impak daripada sangka baik kepada Allah yang tidak akan menyusahkan apalagi menzalimi hambanya.

Orang bertawakal akan terpujuk oleh firman Allah ini: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.” (Al-Baqarah: 216). Justeru, ada ulama berkata, ”Selagi aku reda Kepada Allah sebagai pelindung, maka aku akan sentiasa mendapat jalan untuk setiap kebaikan. ”.

5) Harapan yang segar.
Orang yang bertawakal tidak akan putus harapan. Harapannya sentiasa segar dan tinggi sekalipun ketika dihenyak oleh ujian yang paling menggentarkan. Allah tidak akan mengecewakan ku, begitulah detik hati orang yang berserah nasibnya kepada Allah. Sentiasa ada ‘talian hayat’ dalam bentuk doa, solat dan sabar ketika diuji. Sekalipun, seluruh manusia telah berpaling, namun mereka yakin Allah tetap tidak berpaling kepada hambaNya yang bertawakal.
Bahkan semakin cemas dan beratnya ujian yang melanda, semakin dekat mereka rasakan bantuan Allah akan tiba. 

Firman Allah: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (ketahuilah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” ( Al Baqarah: 186)

Baek

Dulu ustaz kata jika kita buat baik pasti dibalas baik, tetapi dalam realitinya kenapa tidak? “
Saya diam.

“Saya dah lama buat baik tetapi sampai sekarang tidak dibalas baik.”
Saya masih diam. Ibu  separuh umur itu saya lihat keletihan. Bukan letih badan tetapi perasaan… Raut wajahnya suram. Sinar matanya kelam.
“Sampai bila saya nak buat baik?” asaknya lagi.
“Sampai bila-bila,” jawab saya pendek.

“Berapa lama?” tusuknya dengan soalan yang seakan sama.
“Selama-lamanya, “ jawab saya dengan nada yang sama.
“Saya kecewa. Budi tidak dibalas, kebaikan tidak dikenang.”
“Oleh siapa?” tanya saya.
“Suami dan anak-anak, “katanya terus terang.
“Setiap kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan,” tegas saya perlahan.
“Ya kah?”

“Ya. Pasti. Allah pasti membalas kebaikan sekalipun sebesar zarah. Itu janji Allah dalam Al Quran. Walaupun sekiranya anak-anak dan suami puan tidak membalasnya, Allah pasti membalasnya. Tidak di akhirat, pasti di dunia. Atau kedua-duanya sekali.”
“Payahlah ustaz kalau semuanya dibalas di akhirat… “
“Itulah iman puan. Percayalah pada Allah. Percayalah pada Hari Akhirat. Allah pasti membalas kebaikan yang kita buat di akhirat nanti.”
“Berbaloikah jika semua kebaikan hanya dibalas di akhirat?”

“Sangat berbaloi. Di akhirat balasan Allah terhadap setiap kebaikan yang kita lakukan adalah lebih baik dan lebih kekal. Malah, menurut para ulama, kalaulah kita nampak ganjaran berganda yang bakal kita nikmati di akhirat nanti nescaya kita akan meminta agar semua kebaikan yang dibuat dibalas hanya di akhirat sahaja… di dunia tidak dibalas pun tak mengapa.”
“Saya letih ustaz, “katanya terus terang.

“Membuat kebaikan memang meletihkan tetapi ganjarannya memang besar.”
“Bagaimana hendak buat kebaikan tanpa merasa letih? Maksud saya, bukan letih badan sahaja tetapi letih jiwa ustaz?”

“Buatlah kerana cinta, buatlah kerana cintakan Allah,” ulang saya.
“Jadi saya letih membuat kebaikan selama ini kerana mengharapkan kasih-sayang suami? Kerana harapkan kasih sayang anak-anak.”
Saya mengangguk perlahan. Jika kita berbuat kerana manusia, pasti ada manusia yang akan mengecewakan kita. Jangan memburu cinta manusia. Tetapi burulah cinta Allah, nescaya cinta manusia akan mengekor.  Itulah bisik hati saya. Pada ketika itu juga saya segera teringat sebuah hadis yang saya temui sejak lama dahulu. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibrail, “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.” Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit, “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.” Maka penduduk langit mencintainya, kemudian ia mendapat penerimaan di dunia.”

“Tapi ustaz, saya bukan orang baik…”
“Puan, kita buat baik bukan kerana kita sudah menjadi orang baik… tetapi itulah usaha kita untuk menjadi baik.”
“Jadi ustaz?”

“Berterusanlah kita buat baik untuk menjadi orang yang baik…” jawab saya.
“Mengapa suami kita mengecewakan?”

“Itu soalan yang sukar dijawab. Hati orang tidak dapat diduga. Kadangkala kita buat baik, dibalas baik. Ada masanya kita buat baik dibalas sebaliknya. Madu yang kita beri dibalas tuba. Jangan bergantung pada manusia kita akan kecewa.”

“Tapi hati isteri ustaz, tetap mengharap…”
“Tidak salah mengharap. Bahkan kita disuruh untuk berdoa bagi mendapat suami yang baik. Tetapi jangan bergantung semata-mata kepada suami untuk bahagia. Bergantunglah kepada Allah. Jika suami berpaling, Allah tidak. Allah sentiasa setia menunggu cinta hambaNya.”

Saya pernah menulis tentang ‘hierarki’ cinta. Jangan tersalah meletakkan keutamaan cinta. Pada seorang isteri cinta utamanya Allah, kedua Rasulullah SAW, ketiga barulah suaminya. Namun sekarang kebanyakan wanita meletakan suami sebagai cinta nombor satu, dua dan tiganya. Akibatnya, apabila suami berubah cinta, seluruh hidupnya dianggap musnah. Padahal dia sebenarnya masih mempunyai harapan. Cinta nombor satu dan duanya sentiasa ada… sentiasa, selama-lamanya!

Isteri separuh umur itu termenung. Saya pasti akalnya mula berfikir, hati dan perasaannya mula bermuhasabah dan merenung.
“Tidak ada manusia yang menyayangi puan?” suntik saya untuk ‘mengusik’ diamnya yang agak panjang.

“Er, ramai. Ibu-bapa saya sangat menyayangi saya. Begitu juga adik-beradik. Mereka sentiasa ada di sisi dalam senang dan susah.”
“Itu juga menunjukkan kebaikan yang puan lakukan telah dibalas di dunia lagi. Puan… hilang cinta suami, tetapi cinta ibu-bapa tetap ada.  Cuma kadangkala kita lupa. Akibatnya, nikmat yang ada jarang disyukuri, nikmat yang tiada sering dirisaukan. Cinta yang telah ada, kita lupakan. Cinta yang tidak ada… itu yang kita buru habis-habisan.

“Oh, saya terlupa. Saya  terlupa kelebihan yang ada pada diri ustaz. Saya hanya fokus kepada apa yang tidak ada.  Sebab itu saya jarang bersyukur. “
“Malah, apa yang puan miliki sebenarnya lebih baik. Katalah, puan tidak dapat ganjaran di dunia, insyaAllah semoga puan dapat ganjaran di akhirat.  Akhirat itu lebih baik dan kekal. Puan tidak mendapat cinta suami tetapi puan mendapat cinta Allah. Bukankah itu lebih berharga?”
“Kalau dapat…”

“Jangan pesimis. Bersangka baiklah puan. Allah mengikut sangka hambaNya. Jika kita sangka baik, Allah akan bagi baik.”
“Saya tak layak mengatakan diri ini sudah ikhlas ustaz.”
“Siapa pun tidak layak mengatakan dirinya ikhlas. Ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah. Namun apabila ditanya, apakah kamu seorang yang ikhlas? Maka jawablah dengan pasti, saya sedang sedaya upaya berusaha untuk ikhlas!”
“Orang yang sedang berusaha untuk ikhlas tidak gembira ustaz?”
“Di jalan ikhlas, kegembiraan ada di sepanjang jalan, bukan hanya di hujung jalan,” kata saya.

“Jadi kalau saya belum gembira ustaz?”
“Mungkin kerana puan sudah berhenti berjalan!”
Saya tersenyum. Teringat satu ungkapan yang pernah memberi aspirasi ketika diri sendiri pernah mengalami perasaan yang sama: Sekalipun sudah berada di jalan yang benar, tetapi apabila kita berhenti berjalan, kita akan digilis dari belakang. Ya, hidup umpama mengayuh basikal, selagi tidak berhenti mengayuh selagi itulah kita tidak akan jatuh. Berbuat baik itu adalah tugas selama-lamanya, sampai bila-bila.