Rabu, 2 Oktober 2013

arak kering

Aku dulu seorang perokok juga tetapi level social smoker. Bila dah habis kerja baru merokok. Itu pun secara santai.

Tetapi setelah aku mengikuti pengajian agama di mesjid, aku terus berhenti dan buang semua rokok yang aku dah beli. Ustaz yang mengajar menceritakan bahawa anak saudaranya bekerja di Malayan Tobacco. Anak saudaranya menceritakan dari awal hingga akhir.

Daun tembakau ni manis dan ulat terlalu suka makan. Kalau daun berlubang2 peraih atau kilang reject. So, petani2 tembakau spray racun serangga ke pokok dan daun2 tembakau setiap pagi. Dulu, walau pun daun tembakau berlubang2, apabila petani menjemurnya, sang kambing pulak makan. Kini, setelah disembur racun serangga, bukan ulat sahaja yang tak sentuh daun tembakau, malah kambing pun tak mahu.

Peraih akan membeli daun2 yang telah dikeringkan dari petani. Kemudian peraih akan jual kepada pengilang. Pengilang akan mengasingkan daun mengikut grade. Daun2 yang telah diasingkan mengikut standard grade nya, akan direndam dalam takungan besin besar untuk beberapa hari. Daun bukan direndam dalam air biasa tetapi arak atau rum mengikut jenama apa rokok itu nanti. Rendaman ini dilakukan untuk beberapa sebab. Pertama untuk menghilangkan bau racun serangga yang melekat pada daun semasa di spray oleh petani. Kedua tujuan penjenamaan sesuatu brand mengikut perisa.
Itu sebab ada rokok yang rasanya agak keras. Ada pula yang rasanya agak lembut. Dan ada pula yang rasanya berangin atau ber mentol. 

Sambung ustaz tu lagi, sesiapa yang menghisap rokok....sebenarnya dia menghisap arak kering. Yang bermentol tidak baik untuk kaum lelaki untuk jangka panjang kerana akan menjejaskan kejantanan mereka kelak.
Sejak dari malam tu, aku terus berhenti membeli dan menghisap rokok. Kadang2 meleleh melihat kawan2 menghisap rokok didepan aku. Tetapi aku punyai pendirian. Bagi aku menghisap rokok ini bukan sahaja mengancam kesihatan tetapi haram kerana arak atau rum digunakan dalam merendam daun tembakau. 

Selasa, 1 Oktober 2013

Melesu

aku sebagai bukan mewakili sekolah pemikiran syatibi, merasa agak kecewa dengan standard mahasiswa hari ini, terutamanya universiti malaya (UM) yang sepatutnya debate - debate mereka bukan debate - debate yang kekanak - kanakan.. 

mereka seperti tiada idea apa - apa untuk disuguhkan kepada massa.. seperti lompong kosong, seperti ruang yang tidak berguna.. aku pun tidak tahu ilmu apa yang mereka belajar selama ini... apakah mereka akan berfaedah kepada rakyat jelata yang semakin hari semakin susah? apa? demo? itu sahaja cara penyelesaian?

sangat mengecewakan sebenarnya jika kualiti mahasiswa sekarang sangat merosot... sangat memalukan jika mereka sekadar proksi, sekadar alat oportunis politik...

bagaimana kau nak melakukan perubahan dari dalam jika kau tidak membaca apa - apa? usrah yang sangat kabur, tidak jelas silibusnya, dan gerakan islamnya yang tidak menulis apa - apa? kita boleh tahu mereka ini tidak membaca apa - apa kalau mereka ini memang tidak menulis apa - apa.. tidak semestinya buku. blog kan percuma? ada atau tidak gerakan massa mahasiswa yang serius menulis? UTAM tolak tepi sat. UTAM tidak mewakili majoriti mahasiswa sekarang.

aku rasa sedih, dan kecewa sebenarnya, serta sinis sekali. bagaimana kau nak merubah opini umum kalau pergerakan kau sendiri pun sangat pemalas sekali? sedangkan dunia di luar dari kandang universiti, secara teoritikal dan praktkalnya sangat jitu sampai tidak mampu dikawal oleh regim.

kau merungut tentang universiti sekalipun, adakah kau berani menentang dekan kau sendiri? beranikah kau mencabar jawapan - jawapan yang diberikan pensyarah kau?

kau tidak serius. kau sangat main - main dalam pergerakan. pergerakan mahasiswa akhirnya menjadi suatu transisi pembuangan masa secara sia - sia, sedangkan masyarakat - rakyat di luar semakin hari semakin bingung. diskusi orang marhaen di luar tampaknya lebih membumi dan merakyat jika dibandingkan dengan mahasiswa - mahasiswa hari ini..

universiti setiap hari setiap masa semakin membodohkan rakyat universitinya sahaja. diciptakan dua puak untuk saling bertelingkah, yang sepatutnya tak payah nak bertelingkah..

mereka sepatutnya berfikir bagaimana nak menyelesaikan permasalahan - permasalahan massa di luar universiti, yang telah dicukaikan duit mereka untuk membina kemudahan - kemudahan pembelajaran universiti.. rakyat semakin jauh dan tersisih, sementara mahasiswa - mahasiswa cuma fikir untuk menjadi kerbau.

Halal

"The Islamic Principles of Permissibility and Prohibition"

1-Halal and Haram are determined by Allah alone
2-Natural usability and permissibility of things
3-Rules of Halal and Haram are for all human beings

4-Halal is good and Haram is foul
5-The distinction of Halal and Haram is for human ease, goodness, guidance and mercy
6-Anything that leads to Haram is Haram
7-Prohibition the Halal and permitting the Haram is major sin
8-Misrepresentation of Haram is also Haram
9-Means and ends should be Halal
10-Doubtful things are to be avoided
11-Exceptional permissible of Haram on the basis of necessity

sedey vs guyu

Wahai anakku,
Bacalah alkisah pertama ini… seorang budak sedang asyik bermain bola di satu padang yang kecil bersama rakan-rakannya. Akibat tersilap tendang, bola itu terkeluar ke jalan raya. 

Lantas budak itu keluar untuk menyelamatkan bolanya. Terdengar bunyi brek kereta. Bola diselamatkan, budak terjatuh sedikit kerana kegopohannya tapi tayar kereta keluar asap sempat berhenti daripada mengambil nyawa budak tersebut.

Budak tersebut berlari balik ke padang bola bermain seperti biasa. Kereta tadi tidak membunyikan hon lalu beredar dengan cepat. Ramai yang memerhatikan kejadian berasa budak itu bernasib baik dan pemandu kereta itu gopoh… sepatutnya lalu di kawasan tepi padang kena slow sedikit.
Cerita berakhir dengan nokhtah gembira seperti budak yang masih mengejar bola di atas padang.

Wahai anakku,
Baca pula alkisah kedua ini… pakcik Jamali, 50 tinggal seorang. Keluarganya termasuk anak-anaknya semua meninggal di satu kejadian tsunami hampir sedekad yang lalu. Ketika membersihkan ruang tamunya, pakcik Jamali berasa sakit dada yang amat tajam sekali sekala.
Pakcik Jamali merasakan dia bakal terkena angin ahmar mahupun sakit jantung. Bergegasnya mengambil kereta dan cuba memandu secepat hati ke hospital atau klinik berdekatan.

Tiba-tiba ada seorang budak yang meluru keluar dari tepi padang. Pakcik Jamali terkejut lalu menghentak brek sekuat hati dan memusing steringnya ke tepi untuk mengelak. Hampir sedikit terlanggar budak itu. Melihat budak itu berlari balik ke padang untuk bermain bola, pakcik Jamali yang terkejut dengan kejadian itu menekan minyak mencari hospital.

Setibanya di lampu trafik, pakcik Jamali diserang sakit jantung kerana kejutan tadi dan meninggal di tempat kejadian. Ramai yang lalu lalang melihat pakcik Jamali seperti tertidur di dalam kereta. Polis mengesahkan pakcik Jamali mati kerana sakit jantung. Cerita berakhir dengan noktah sedih.

Wahai anakku,
Kedua-dua cerita di atas walau nampak tak berkait tapi sebenarnya kaitannya amat besar. Tapi tiada seorang manusia yang akan mendapat cerita penuh. Yang melihat di cerita satu tidak tahu apa yang berlaku di cerita dua, dan begitu juga sebaliknya.

Oleh itu, wahai anak kesayanganku, jangan sesekali kamu menganggap kamu tahu segalanya dalam sesuatu hal atau peristiwa. Percayalah dan ingatlah sebagaimana kamu merasa hebatnya kamu, masih ada perkara yang engkau tidak tahu di sebaliknya.

Seperti cerita pertama, ia sebenarnya bukan satu cerita gembira kerana ada orang meninggal kerananya. Sebagaimana cerita kedua, ia sebenarnya bukan satu satu cerita sedih kerana ada orang yang diselamatkannya.

Aku sekadar menulis untuk kamu berfikir, wahai anakku, supaya kamu tidak mudah terlupa diri kerana kamu merasa diri hebat mengetahui segalanya walhal kamu hanya mempunyai dua biji mata seperti orang lain.

Senyum

masalah

Setiap orang pasti ada masalah.
Orang yang bermasalah, pastinya dia akan memiliki masa-masa sukar dalam hidupnya. Masa-masa ini harus kita hadapi dan kita cari penyelesaiannya dengan bersemangat, gigih, optimis, istiqamah, dan sabar.
Sikap-sikap seperti inilah yang seharusnya muncul dalam menyelesaikan setiap masalah demi masalah ketika masalah itu hadir dalam kehidupan.  
Masalah
“Allah tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya”. (QS. Al Baqarah: 286).
Di sinilah keimanan kita benar-benar diuji. Bersabar dan bersyukur merupakan suatu jawapan yang harus dimiliki untuk tabah menghadapi setiap masalah yang kita hadapi.
Di sinilah kita akan mengetahui sejauh mana persediaan kita, kesanggupan diri kita, kesabaran kita serta rasa syukur kita terhadap masalah yang kita hadapi.
 “Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabb  hendaknya kamu berharap.” (QS. Al Insyirah: 7-8)
Setiap masalah dalam hidup ini haruslah dilalui dengan sikap matang dan penuh daya juang, sekalipun sukar dan kita tahu hidup ini tidaklah mudah, penuh onak berduri, yang kadangkala membuat kita terluka, perit dan sakit.
Tetapi, Sesulit apapun situasi yang kita alami saat ini, daya juang kita tidak boleh padam. Kita dapat melihat dan belajar dari banyak orang di sekeliling kita yang tabah menjalani hidupnya, tidak mudah berputus asa dan pantang menyerah.
Hidup ini tidak mudah, tapi kita tidak boleh Menyerah.

Setiap masalah ada penyelesaian

Yang perlu kita ketahui adalah, sesukar mana pun masalah dan keadaan yang kita alami, cuba lihat di nasib saudara kita disebelah sana, masih ada yang lebih susah jika dibandingkan dengan masalah yang sedang menimpa diri kita.
Jika mereka saja boleh, mengapa kita tidak. Jadi tidak ada alasan tak boleh bagi kita sebelum kita mengusahakan yang  terbaik.
Be positive. Jangan menjadikan setiap masalah yang hadir sebagai penghancur masa depan. Tetapi  menjadikan masalah sebagai cabaran untuk mencungkil potensi yang tersembunyi dalam diri kita, iaitu potensi keimanan dan ketaqwaan.
“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang yang beriman.” (QS. Ali-Imran: 139).
Setiap perjalanan kehidupan seseorang sesungguhnya sarat dengan hikmah yang dapat dijadikan pelajaran hidup. Begitu juga dengan setiap masalah demi masalah yang kita alami.
Kita pun harus belajar untuk tidak mudah menyerah dengan kekurangan. Berdoa sudah seharusnya dilakukan setiap muslim, walau apa pun situasinya, dimana pun dan bila-bila pun.
Tidak perlu menunggu saat susah. Sentiasa berbuat baik dan selalu mohon ampun kepada Allah, Insyaallah kita akan ditolong oleh-Nya. Ketika kegundahan, keserabutan dan masalah hidup itu hadir, ingatlah bahawa Allah itu tidak hanya sedang menguji kita.
Be Positive. Keep smile :)