Sabtu, 16 Januari 2016

Bos semalaya

Nasihat kepada bos-bos yang berniaga sendiri.
.
Masej dari #pengerusibossemalaysia
.
Saya ramai pekerja dalam banyak industri. Pekerja datang dan pergi. Biasanya anda sebagai bos akan sayang semua pekerja anda. Selalunya anda cuba faham semua pekerja anda.Tapi kurang pekerja yang faham bos dia.
.
Susah sebenarnya jadi majikan. Kerjanya bukan semudah yang disangka. Saya sendiri pernah dapat sms " bos perah tenaga pekerja, bos tidur je kat rumah goyang kaki ". Saya kenal yang hantar sms, saya anggap macam adik beradik utk bantu mereka. Tapi saya diamkan sahaja.
.
Majikan kerjanya lain. Majikan kerjanya cari kerja, cari projek, minum sini sana, fikir macam mana nak bayar gaji dan macam mana nak bayar hutang.
.
Pekerja kerjanya susah. Berpeluh satu badan. Tapi terima gaji dan siapkan kerja yang bos cari.
.
Kalau salah..selalunya memanglah pada pekerja. Tapi akibat dari kesalahan yang pekerja buat akhirnya bos yang tanggung.
.
Bos cari modal buat bisnes
.
Bos cari kerja buat jalan bisnes
.
Pekerja kerjanya tengokkan bisnes
.
Pekerja kerjanya majukan bisnes.
.
Satu hari nanti. Bila pekerja tu pandai semua pekerja boleh jadi bos.
.
Jadi bos ada kuasa, perihatin dengan pekerja. Pekerja pun sama , ada hati jangan ikut hati.
.
" saya tak boleh buat" , " saya tak mahu buat " , " kenapa saya kena buat ". Itu selalu pekerja ucapkan pada bos.

Tapi dalam hati bos...aku mesti kena buat untk cari rezeki semua.
.
Pekerja nampak bos banyak duit, pakai kereta besar. Tapi pekerja tak pernah tahu resiko yang bos kena tanggung kalau bisnes tutup. Hutang keliling pinggang.
.
Wahai bos-bos dan majikan bisnes. Usah kecil hati. Anda berjiwa besar. Menanggis lah sepuasnya. Kesat air mata dan bangun semula. Kita manusia biasa.
.
Ingat kejayaan adalah apa yang sedang kita lakukan kerana Allah. Kejayaan bukan impian.
.
Selamat hari bos-bos semelaysia.

Jumaat, 15 Januari 2016

Beza pendapat

ADAB BERBEZA PENDAPAT?

Berbeza pendapat tu lumrah. Tapi, mengurus perbezaan pendapat itu ramai yang tersilap. Akhirnya, akibat tak faham, mereka anggap orang yang berbeza pendapat ni sedang bergaduh, ataupun memang betul-betul gaduh dan sebagainya.

Apa-apapun, di sini adab berbeza pendapat:

1) Berbeza pendapat tu normal. Ulama-ulama dahulu kala pun berbeza pendapat. Di kalangan sahabatpun ada yang berbeza pendapat.

2) Bila berbeza, pastikan pendapat yang di keluarkan itu berdasarkan HUJAH dan DALIL yang mengikuti disiplin ilmu. Pendapat A kena ada dalil, pendapat B kena ada dalil. Dan mengikut DISIPLINnya, bukan pakai dalil yang takde kena mengena dengan isu, atau tafsirannya salah dan yang sama waktu dengannya.

3) Bila kita keluarkan satu pendapat, pastikan pendapat kita tu ada hujah. Andai orang yang berbeza pendapat nak melawan hujah kita, juga mereka memerlukan hujah.

4) Maka, akan ada berlaku siri hujah membalas hujah. Adakah ini sesuatu yang tak bagus? Hakikatnya, ia adalah sesuatu yang normal dan sangat bagus.

Contohnya, Ibn Jauzi, ada menulis sebuah kitab bertajuk صفة الصفوة(sebuah kita sirah dan juga kisah-kisah ulama di zaman sajabat dan selepas sahabat), yang mana, kitab ni di tulis kerana dia nak KRITIK satu kitab yang di tulis oleh seorang ulama sebelumnya iaitu kitab حلية الأولياء وطبقات الأصفياء oleh AlAsbahani.

Ibn Jauzi baca kitab ini, dan ibn jauzi tak puas hati, kerana ibn jauzi lihat di dalamnya terdapat hadis-hadis dhaif dan palsu, lalu ibn jauzi mengkritik kitab tersebut dengan menulis sebuah kitab(kalau kita, tak puas hati sikit, gaduh di FB. Hehe. Tapi ulama dulu, bila berbeza pendapat, siap dapat buat kitab tu!)

Contoh lain, Ibn Jauzi jugak ada tulis kitab "الموضوعات"(sebuah kita yang mengumpulkan hadis-hadis palsu). Yang mana, di dalamnya, ibn jauzi claim ada beberapa hadis dalam kitab musnad ahmad dan hadis riwayat muslim yang palsu, yang mana beliau menyenaraikan 15 hadis palsu dari musnad Ahmad. TAPI, ada ulama lain TAK SETUJU dengan pandangan ibn jauzi dalam kitab itu, lalu seorang ulama yang bernama Imam Ibn Hajar AlAskalani(pengarang kitab fathul bari) menulis sebuah kitab yang bertajuk  القول المسدد في الذب عن مسند الإمام أحمد(pendapat yang tepat bagi menyokong musnad ahmad) untuk kritik kitab almauduaat tersebut.

Ni contoh sahaja. Nak kata, ulama dulu, beza pendapat, tak mainla kutuk-kutuk emotional bagai. Tapi, mereka berhujah dan membalas hujah dengan disiplin ilmu dan penuh adab. Adakah mereka gaduh? Tidak.

5) Seterusnya, ELAKKANLAH dari mengeluarkan kata-kata yang seolah-olah MENGUTUK, PERLI atau MEMANDANG HINA pihak yang tak sependapat dengan kita.

Nak berhujah, berhujahlah betul-betul ikut disiplin ilmu. Bawak nas, dalil, tulis teks kitab, dan bukannya mengutuk pihak yang kita berbeza, bukak aibnya, menghinanya, menggelarkannya dengan pelbagai gelaran yang tidak enak, mempersoalkan keilmuan dan sijil, fitnah, mencari kesalahan remeh yang kadang tak di sengajakan, dan yang sama waktu dengannya.

Nak berhujah, berhujahlah dengan profesional. Janganlah maki hamun dan emotional terlebih.

6) So, kebiasaannya, perbezaan pendapat ni akan jadi tak best bila ada salah satu pihak yang berhujah tak ikut disiplin ilmu dan emotional terlebih banyak dari hujah. Kat situlah jadi gaduh.

7) Orang awam pulak, tak payahlah nak komen-komen kutuk puak ni puak tu. Kalau tak tahu nak hujah apa, tak payah komen lagi bagus. Ni, bila kita admire satu ustaz, kita backup ustaz tu dan pangkah dan kutuk ustaz yang kita tak suka, dan begitulah sebaliknya.

Kadang-kadang, orang yang komen pelik-pelik ni la yang mencetuskan pergaduhan, mengadu domba dan sebagainya. Hati-hatilah.

8) Kepada orang awam, bila nampak ada ustaz-ustaz yang berbeza pendapat, berbalas hujah, janganlah anggap mereka bergaduh. Kadang, mereka tak bergaduhpun, just berbalas hujah. So, KITA ni, buanglah sifat taksub, tengok mana hujah yang lebih korang rasa tepat untuk korang ikut.

9) Perbezaan ni rahmat. Dan perpecahan merupakan satu azab. Elakkan menabur fitnah, mengeluarkan kata-kata kesat, menuduh ini itu. Kalau dah takde hujah, janganlah jadi macam orang musyrikin mekah. Yang mana, mereka dah takde hujah nak tolak nabi, akhirnya mereka kata nabi gila, nabi kena rasuk jin, nabi otak tak betul, nabi pemecah belah dan pelbagal lagi tuduhan.

Janganlah cakap orang yang berbeza pendapat dengan kita tu "otak tak betul", "tidak menentu keadaan otaknya", pertikaikan ilmu, dan sebagainya.

Di situ sahaja telah menunjukkan kita salah, kerana termakan dengan tipu daya iblis. Kerana ilmu, akhirnya hilang sifat tawadhuk sehingga mencaci maki orang.

Berhati-hatilah.

***

Wallahua'lam.

Itulah serba sedikit adab dalam berbeza pendapat.

Andai kami sendiri tak amalkan, jangan segan silu untuk tegur kami.

Moga bermanfaat.

Pendinding

Selepas jasad nabi adam complete dan diletakkan di syurga, ada satu peristiwa berlaku seperti direkod dalam sahih muslim.

" Apabila Allah sudah membentuk penciptaan Adam di dalam syurga, kemudian meninggalkannya untuk satu tempoh masa yang dikehendakiNya, Iblis mengelilingi jasad Adam bagi mengetahui keadaannya.

Apabila Iblis melihatnya berongga, dia tahu Allah mencipta satu makhluk yang tidak mampu menguasai diri."

Syeikh Solah berpandangan  manusia tidak mampu mengawal diri bila marah, terhadap fitnah, terhadap syahwat, dan terhadap tarikan dunia. (Sirah Adam)

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

( Al-'Araf : 16 )

Menurut ustaz syaari, perkataan لَأَقْعُدَنَّ berasal dari root word قعد  bermaksud duduk yang lama. Kalau dalam terjemahan bahasa melayu kebanyakan tulis mengambil tempat, kalau baca english translation diorang pilih sit in wait/lie in wait.

Kata Ustaz syaari Iblis takes time untuk mencari kelemahan manusia. He is really really good and has millions years of experience at this.

Dalam al-Quran dirakamkan bagaimana syaitan ketika menghasut Nabi Adam dan Hawa dengan janji-janji seperti di dalam surah al-a'raf dan taha.

Dan kita memohon perlindungan Allah daripadanya.

وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ

Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan

وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ

"Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya (Syaitan-syaitan itu) tidak menghampiriku"

Hormat gurumu

Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri).

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tepuk dada, tanya hati.

4 faktor

APAKAH EMPAT PERKARA YANG MENYATUKAN UMAT ISLAM?
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 153 (14 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 4 RABIULAKHIR 1437H)

SOALAN:
Assalamualaikum wbt,
Mohon pencerahan Tuan mufti. Apakah 4 perkara yang menyatukan umat islam dan ditakuti orang kafir? Terima kasih.

JAWAPAN:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Waalaikumussalam wbt,
Wallahua`lam. Kami tidak begitu pasti penetapan 4 perkara seperti itu. Mungkin secara umumnya empat perkara itu ialah:

* al-Quran. Kitab agung ini ialah punca dustur yang menggesa kepada kesatuan. Berapa banyak ayat Allah yang berbicara tentang kesatuan manusia atas dasar tauhid mutlak semata-mata kepada Allah.

* al-Sunnah. Rasulullah SAW ialah model terbaik untuk diikuti secara bersama oleh setiap manusia dalam menterjemahkan kalam Allah dalam al-Quran dalam konteks kehidupan manusia.

* Ta`awun. Konsep tolong-menolong sesama manusia tanpa mengira warna kulit, ideologi dan taraf sosial ialah elemen penting dalam rangka perpaduan menurut Islam. Dalam sebuah hadis. Dikatakan Rasulullah SAW bersabda:
من لم يهتمَّ بأمر المسلمين فليس منهم
Maksudnya: Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang Islam maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.

*Ibadat. Peranan solat, haji dan zakat yang dilakukan secara berjemaah menzahirkan rasa kebersamaan dan kesatuan yang sebenarnya boleh menggerunkan hati para musuh Islam dan menambah jati diri Muslim.
Wallahua`’lam.

Ps: Soalan ini telah dijawab oleh S.S. Datuk Mufti dalam siaran slot Medan Fatwa, Cinta Ilmu di TV al-Hijrah.