Isnin, 30 Januari 2017

Plat

Mr. Bravo:
ASAL USUL PLAT KENDERAAN MALAYSIA

Mesti ada yang tak tahu asal usul no plat ni. Kenapa plat Johor mula dengan J? Kenapa Perak dgn A?

Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.

KENAPA PERAK BERMULA DENGAN A?

Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk Tanah Melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.

Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) diikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).

Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Akhirnya, plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

A = Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan

E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
i) EJ: Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)
ii) ES: Sandakan
iii) ET: Tawau
iv) ED: Lahad Datu
v) EU: Keningau
vi) EK: Kudat
vii) EL: Labuan

F = Putrajaya (mulai Jun 2016)
H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
J = Johor

K = Kedah
i) KV = Langkawi

L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
P = Pulau Pinang

Q = Sarawak
i) QA dan QK: Kuching
ii) QB: Sri Aman
iii) QC: Samarahan
iv) QL: Limbang
v) QM: Miri
vi) QP: Kapit
vii) QR: Sarikei
viii) QS: Sibu
ix) QT: Bintulu

R = Perlis

S = Sabah (ditukar daripada E)
i) SA, SAB & SAC: Kota Kinabalu
ii) SB: Beaufort
iii) SD: Lahad Datu
iv) SK: Kudat
v) SS: Sandakan
vi) ST: Tawau
vii) SU: Keningau

T = Terengganu
V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)
W = Kuala Lumpur (siri pertama)

Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
i) Z: Panglima Angkatan Tentera (Pemerintah Tertinggi ATM)
ii) ZA ke ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
iii) ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
iv) ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
v) ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
vi) JZ: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

PLAT KHAS

- Putrajaya
- Proton
- Tiara
- Perdana
- Satria
- Chancellor
- Perodua
- NAZA
- LOTUS
- KRISS
- Jaguh
- BAMBee
- SUKOM
- X OIC
- XIII NAM
- XI ASEAN
- XXX IDB
- G1M
- 1M4U
- Patriot
- TTB
- GP
- Putra
- VIP (Visit Pahang 2017)


😊penduduk Perak dulu paling ramai ada kereta

Penipuan

#KPM

Terpampang di pintu gerbang salah sebuah universiti di Afrika Selatan, tertulis:

*"Untuk menghancurkan sebuah bangsa, tidak perlu dengan bom, roket, dan senjata berat, tapi cukup dengan MEMPERMUDAH MURID TIDAK JUJUR / MENIRU DALAM PEPERIKSAAN dan LEMAH DALAM DISIPLIN BELAJAR"*

Maka :
Orang akan banyak yang mati di tangan para doktor yang lulus karena tidak jujur itu!

Rumah dan bangunan akan banyak yang roboh di tangan para arkitek yang lulus karena tidak jujur itu!

Perusahaan akan banyak yang bangkrap di tangan para akauntan yang lulus karena tidak jujur itu!

Agama akan menjadi jualan murahan di dalam ceramah dan pidato para ulama, ustaz dan kiyai yang lulus karena tidak jujur itu!

Keadilan akan hilang di tangan hakim yang lulus karena tidak jujur itu!

Kebodohan dan kekasaran akan menjadi karakter anak bangsa yang lulus dari tangan para guru dan pendidik yang lulus karena tidak jujur itu!

KEMUNDURAN DALAM DUNIA PENDIDIKAN ADALAH KEHANCURAN SEBUAH BANGSA!

(Renungan utk semua Pendidik / Guru / Ustaz)

DISIPLIN BELAJAR itu boleh ditafsirkan sebagai pelajar  mengamalkan semua proses yang diperlukan ketika belajar, seperti membuat nota, merujuk kepada bahan berkaitan seperti sukatan / sinopsis kursus dan buku-buku rujukan yang disenaraikan dan tidak disenaraikan, mencerna bahan yang dipelajari, menyelesaikan soalan tugasan / tutorial dengan bersungguh-sungguh, menyelesaikan apa juga laporan seperti laporan amali tanpa meniru atau menipu dan lain-lain lagi.

Sekiranya ada pihak menafikan keperluan yang dinyatakan dalam DISIPLIN BELAJAR di atas, pembaca bebas mentafsir maksudnya.

Is 2

PERLU DIFIKIRKAN BERSAMA2.....

Di suatu seminar membina keluarga sakinah..ust bgtau katogeri keluarga 4 manusia ternama ini:
1) keluarga nabi Noh dn nabi Luth- suami sholeh isteri tidak..
2) keluarga firaun- isteri soleh suami tidak
3) kelurga nabi ibrahim-suami isteri soleh dn soleha
4) keluarga abu lahab- suami dn isteri derhaka pd Allah..
Kemudian ust tanya " ibu2 mau spt yg mana"..
Ibu2 menjawab: "keluarga ibrahim..!!!
Kemudian ust berkata : keluarga nabi ibrahim itu isterinya 2, iaitu Sarah dn Hajar...
Dan para ibu pun terdiam...

Kuliah fesyen

Kalam Ulama':
KULIAH MUSLIMAT KE KULIAH FESYEN NI?

Pernah sekali, selepas kuliah ada seorang lelaki jumpa saya. Dia kata: Tadi Ustaz kata perempuan kalau nak ke masjid tak boleh bergaya lawa-lawa sebab akan menimbulkan fitnah. Saya nak tanya, kalau perempuan tu datang kuliah muslimat boleh tak dia bercantik-cantik? Sebab bukan ada orang lelaki.

Saya jawab: Tetap tak boleh. Sebab walaupun tiada lelaki, tetapi perbuatan bergaya tu akan menimbulkan fitnah sesama mereka sendiri. Nanti masing-masing nak lawan sapa paling cantik, beg tangan siapa paling mahal. Bila ada seorang perempuan datang dengan bergaya, nanti minggu depan ada pula perempuan lain yang nak lawan. Minggu depannya pula ada orang lain pula nak tunjuk dia lagi cantik.. Akhirnya kuliah muslimat jadi tempat memperagakan fesyen 'busana muslimah' (lah sangat..). Akibatnya golongan yang miskin dan tak berkemampuan akan rasa rendah diri untuk datang ke majlis ilmu. Maka sebab tu tak boleh.

Pakcik tu jawab: Haah la Ustaz. Apa yang Ustaz cakap tu memang berlaku di tempat saya. Kuliah muslimat dah jadi macam tempat fesyen.

Dalam hati saya: Bukan tempat pakcik je.. Kat mana-mana pun berlaku benda ni (terutama di bandar-bandar).

VIA : Ustaz Abdul Rahman Dan Zaujah

Jumaat, 27 Januari 2017

Solat

Ustaz Mad Kemasik menyedarkan kita tentang solat. Katanya, “Ramai orang solat tapi sikit orang yang menjaga waktu solat.” Maksud ustaz kebanyakan orang yang solat sendiri tidak menjaga waktu solatnya. Tidak ramai orang yang solat pada awal waktu, apalagi solat sejurus takbir imam di masjid dan surau. Banyak orang solat  di hujung waktu. Malah ada yang solat selepas waktu luput atas alasan sibuk menguruskan majlis kahwin, sibuk menyiapkan kerja dan sebagainya.

Kedua, ustaz Mad berpesan bahawa sedekah yang  paling Allah sukai  ialah sedekah apa yang disayangi. Itulah sedekah terbaik. Tapi janganlah bersedekah sesuatu yang kita sendiri pun tak akan sudi menerimanya seperti bersedekah pakaian buruk atau peralatan yang telah rosak.

Ketiga, Ustaz mengingatkan bahawa ada orang yang mendapat pahala dengan sebab binatang.dan ada orang yang masuk neraka disebabkan binatang. Ada orang yang berperikemanusiaan akan sentiasa memberi makan kepada haiwan belaan atau haiwan yang kelaparan. Malah ada orang yang sanggup membawa binatang yang sakit ke klinik haiwan. Sebaliknya ada orang yang sanggup mencederakan haiwan dan menyeksanya.

Keempat , ada orang yang mengaku melawati orang mati tetapi sebenarnya dia melawat rumah orang mati. Dia tidak naik ke atas rumah untuk melihat wajah terakhir jenazah sambil mendoakannya. Sebaliknya dia hanya duduk bersembang di halaman rumah.

Kelima, Ustaz berpesan agar apabila berjumpa dengan anak yatim, usaplah kepala mereka kerana Nabi s.a.w. amat suka melakukannya.

Keenam, betapa ramai menziarahi orang sakit,tapi begitu berat mulut untuk mengingatkan pesakit tentang solat. Kononnya takut pesakit berkecil hati.

Akhirnya, Ustaz menyentuh tentang tingkah-laku pengantin perempuan. Banyak pengantin perempuan yang bermake-up tidak melakukan solat semata-mata kerana takut rosak make-up yang menyaluti wajah.

Semoga teguran Ustaz Mad menjadi renungan kita semua