Ahad, 9 April 2017

Ibu

Assalam...
Di Malaysia
- anak kandung menuntut ibunya atau ayahnya di mahkamah hanya kerana wang/geran tanah, rumah dan harta yang lainnya...

Tapi,
 Di Saudi, dua adik beradik ke mahkamah hanya untuk berebut hak penjagaan ibu kandungnya... masya Allah

-------------

SENGKETA DUA BERADIK HINGGA KE MAHKAMAH

👥 Dua Orang Adik Beradik (Di Saudi Arabia) Bergaduh dan Merebut Hak penjagaan ibu  Hingga ke Mahkamah.

⚖ Di salah satu pengadilan Qasim, Kerajaan Saudi Arabia, Hizan al Fuhaidi dgn air mata yg bercucuran air mata hingga membasahi janggutnya...

🔨 Kenapa?

Kerana ia kalah terhadap kepada saudara kandungnya di mahkamah!!!

⚔ Tentang apakah kekalahan dgn saudaranya??

Tentang tanah ??

atau harta???

👋 Bukan kerana itu semua!!

💝Ia kalah terhadap saudaranya berkenaan hak penjagaan ibunya yg sudah tua & bahkan hanya memakai sebuah cincin timah di jarinya yg telah kusam,,

Seumur hidupnya, beliau tinggal bersama Hizan yg selama ini menjaganya,,

Tatkala beliau telah semakin tua, datanglah adiknya yg tinggal di kota lain,

Untuk mengambil ibunya agar tinggal bersamanya, dengan alasan, kemudahan kesihatan dll di kota jauh lebih baik daripada di desa,,

🗣 Namun Hizan menolak dgn alasan, selama ini ia mampu untuk menjaga ibunya.

Perbalahan ini tidak berhenti sampai di situ, hingga berlarutan ke mahkamah!!

Sidangpun bermula,, hingga sang hakim pun meminta agar sang ibu hadirkan di mahkamah..

👥Kedua bersaudara ini mendukung ibunya yg sudah tua yg beratnya sudah tdk sampai 40 Kg!!

Hakim bertanya kpdnya, siapa yg lebih berhak tinggal bersamanya.

Ibu itu memahami pertanyaan hakim, ia pun menjawab, sambil menunjuk ke Hizan,
“Ini mata kananku!”

Kemudian menunjuk ke adiknya sambil berkata,
“Ini mata kiriku!!

🔎Hakim berpikir sejenak kemudian memutuskan hak penjagaan kepada adik Hizan,
berdasar pertimbangan kemaslahatan bagi si ibu!!

🏅Betapa mulia air mata yg dikeluarkan oleh Hizan!!

Air mata penyesalan kerana tdk dapat memelihara ibunya tatkala beliau telah meningkat usianya semakin lanjut!!

Dan, betapa bangga dan agungnya seorang ibu!! direbut oleh anak-anaknya hingga seperti ini,,!!

💎Andaikata kita dapat memahami, bagaimana seorang ibu mendidik kedua anak lelakinya hingga ia menjadi ratu dan mutiara termahal bagi anak-anaknya!!

🏆 Ini adalah pelajaran & pengajaran yang sangat mahal tentang berbakti kepada orang tua,, dizaman yg sudah hampir kiamat ini betapa banyak anak yang derhaka,,

✅ _“Ya ALLAH, Roob kami!! Anugerahkan kepada kami keredhoan ibu kami dan berilah kami kekuatan agar selalu dapat berbakti kepadanya!!”_

Aamiiin!!!

*Aamiin ya Rabbal'alamiin*

Jumaat, 7 April 2017

Mimpi


Pada suatu hari ada seorang budak bernama Hameed yang tinggal di sebuah kampung di Perak.
Kesemua rakan-rakannya benci dengan kebodohannya terutama sekali guru kelasnya iaitu Noraini.

Guru kelasnya selalu memarahi Hameed dengan berkata "Cikgu dah tak tahu nak buat macam mana dengan awak ni Hameed".

Pada suatu hari ibu Hameed datang ke sekolah untuk melihat bagaimana keadaan Hameed di sekolah.
Cikgu Noraini berterus-terang dengan ibu Hameed bahawa Hameed sudah tidak dapat dilakukan apa-apa usaha lagi terhadapnya. Ibu Hameed kecewa dengan kenyataan tersebut lalu terus membawa Hameed keluar dari sekolah itu dan berpindah ke daerah lain.

25 tahun kemudian, Cikgu Noraini mengalami masalah jantung, dan ramai doktor mencadangkan dia ke pakar sakit jantung untuk membuat pembedahan, dan hanya ada seorang doktor sahaja yang sangat pakar dengan pembedahan tersebut.
Cikgu Noraini tiada pilihan lalu bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut, dan sekaligus pembedahan tersebut berjaya.

Ketika dia membuka matanya, dia melihat ada seorang doktor yang kacak berada di sampingnya merenung Cikgu Noraini sambil tersenyum.
Cikgu Noraini masih lagi dalam keadaan lemah ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut tetapi terlalu lemah untuk mengeluarkan suara.

Semasa mereka saling merenung antara satu sama lain, doktor muda itu mendapati muka Cikgu Noraini kelihatan lebam kebiru-biruan seakan lemas. Cikgu Noraini cuba mengangkat tangannya dengan keadaan yang bersusah payah untuk memberitahu sesuatu.

Doktor muda itu terkejut dan cuba memahami apa yang sedang Cikgu Noraini cuba bagitau, lalu doktor muda tersebut memandang ke belakang dan mendapati Hameed yang bekerja sebagai cleaner hospital telah mencabut plug alat bantuan pernafasan untuk meletakkan plug vakum dia...

*Jika anda fikir Hameed adalah doktor muda tersebut, ini adalah kerana anda terlalu banyak menonton filem Tamil atau Hindustan, atau terlalu banyak membaca buku-buku motivasi...*

Kawe

Assalamualaikum

Ada sesuatu yang boleh kita pelajari dari Kisah ini. BACALAH...

Alkisah satu pertengkaran

Satu ketika dahulu di sekolah, Hamzah bergaduh hebat dengan rakan baiknya Farid mengenai sesuatu sehingga hampir bergaduh.

Pada pandangan Hamzah ialah “saya betul, Farid yang salah.” Pada pandangan Farid pula, “saya betul, Hamzah yang tak betul.”

Pertengkaran itu kuat sehingga Ustaz Haron terpaksa campur tangan.

Ustaz Haron membawa Hamzah dan Farid ke dalam bilik mesyuarat guru yang mempunyai satu meja yang panjang.

Hamzah dan Farid disuruh duduk bertentangan jauh antara satu sama lain di meja tersebut.

Ustaz Haron memulakan pertanyaan: “Apakah warna cawan di tengah meja?”

Kerana tidak ingin kalah, kedua-dua cepat-cepat menjawab soalan Ustaz Haron:
Hamzah menjawab: “Hitam.” Farid menjawab: “Putih.”

“Tengok ustaz, cawan ini memang berwarna hitam. Tapi kerana saya berkata hitam, Farid terus berkata putih untuk melawan saya meskipun cawan ini hitam,” keluh Hamzah.

“Apa kamu merepek ini Hamzah? Cawan ini memang putih. Kamu buta warna patut pergi buat cermin mata. Jangan nak fitnah saya. Ustaz, lihatlah cara Hamzah fitnah saya. Saya jawab putih bukan kerana dia kata hitam, tapi kerana cawan ini putih,” bidas Farid.

“Apa lagi kamu berdua nak adu?” tanya Ustaz Haron.

Hamzah dan Farid bertengkar lagi untuk 30 minit sehingga dua-dua keletihan.

“Ustaz, cukuplah. Saya dah malas nak cakap dengan kerbau ini,” kata Hamzah kepada Ustaz Haron.

“Ustaz, saya pun sama. Susah nak berhujah dengan manusia yang tak nak menerima hakikat,” kata Farid.

“Ok, kamu berdua tukar tempat,” kata Ustaz Haron.
Selepas menukar tempat, Hamzah dan Farid terus diam. Rupa-rupanya cawan di tengah meja memang berwarna dua, separuh hitam dan separuh putih.

“Nak bertengkar lagi ke? Kadangkala kita kena berdiri di tempat orang lain untuk memahami pandangan mereka. Bukan semua yang ada di depan mata itu ialah betul. Ada benda yang kita tak nampak melainkan kita boleh melihat daripada semua sudut yang ada,” kata Ustaz Haron.

Selepas itu, Hamzah dan Farid saling bermaafan dan mula mengerti untuk menghormati pandangan masing-masing meskipun berbeza.

Wahai Sahabat ku...
Jangan selalu menganggap kamu sendiri betul. Belajarlah berdiri di kasut orang lain untuk memahami pandangan mereka sebelum membuat kesimpulan sendiri. Sehebat-hebat mata manusia, ia masih memerlukan cermin untuk melihat wajah mereka sendiri.

Matahari hanya satu, tapi kedudukan matahari di Timur ataupun Barat menyebabkan manusia menggelarkannya matahari terbit atau terbenam meskipun ia adalah matahari yang sama.

Senyum. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) 💚

Rabu, 5 April 2017

Sahabat

Cikgu BM kata~🌸Sahabat utk selamanya
Cikgu BI kata~🌸Best Friend Forever
Cikgu SEJARAH kata~🌸Mengingatkan sahabat adalah kenangan
Cikgu MATH kata~🌸Nilai persahabatan tdk terkira
Cikgu PM kata~🌸Sahabat adalah teladan
Cikgu EKONOMI kata~🌸Sahabat tdk ternilai dgn wang
Cikgu SAINS PERTANIAN kata~🌸Tanam nilai persahabatan di hati
Cikgu KIMIA kata~🌸Bersahabat perlu ada chemistry
Cikgu BIOLOGI kata~🌸Sahabat itu kekal dan hdup utk selamanya
Cikgu SASTERA kata~🌸sahabat begitu indah
Cikgu PJK kata~🌸Sahabat bkn utk di permainkn
Cikgu SENI kata~🌸Sahabat adalah lukisan yg mewarnai hidup setiap hari
Cikgu Agama kata~🌸Sahabat till jannah

‪#‎hargailah_sahabat ☺😍😘 love you All
  💋erin yahaya💋

Jawatan

*JANGAN SOMBONG DGN JAWATAN*

Seorang wanita berumur 40 tahun..baru saja menjadi Pengarah disebuah syarikat membawa anaknya datang ke pejabat untuk makan.

Selesai makan anaknya membuang plastik bekas makanannya dilantai. Datanglah seorang nenek dengan penyapunya dan menyapu bersih sampah tadi. Wanita yang baru saja menjadi Pgarah ini hnya melihat nenek ini menyapu.. Wajahnya sudah berkerut bukan pencen, tetapi sebaliknya harus jadi tukang sapu. Kerana itu dengan senyum sinisnya, wanita itu berkata kepada anaknya "Nak sudah besar nanti, jangan jadi seperti dia. Tu sudah tua masih lagi pungut sampah". Anaknya hanya mengangguk kepala kerana masih belum mengerti apa-apa. Nenek ini melihat kesombongan wanita itu lalu dia bertanya. "Mohon maaf, tumpang tanya.. Puan ini siapa?", katanya tenang. Dengan angkuhnya wanita itu menjawab "saya Pengarah baru disini, kenapa?!. "

Nenek ini hanya mengangguk, tidak menjawab. Dari jauh datang seorang lelaki dengan baju rapi menghampiri nenek tua itu. "Puan CEO, silakan masuk ke ruangan puan". Nenek tua ini membuka jaket lesunya, dan terlihat baju dan jas rapi dibalik jaket lesunya. *Ternyata dia adalah pengasas syarikat ini!*

Tanpa mengubah expresinya, dia berkata kepada lelaki itu. "Tolong tarik balik jawatan wanita sombong ini. Kita tidak perlu orang sombong seperti dia di syarikat ini".

Lelaki itu pun mencatat nombor pekerja wanita itu dan dihari itu juga dia dipecat. Wanita itu tidak bisa menjawab apa -apa terpaku. Nenek CEO ini berkata ke anaknya,"aku memecat mamamu  & berharap kamu mengerti,  MENJADI ORANG BESAR BUKAN DITENTUKAN DENGAN KEPINTARAN ORANG ITU, TETAPI BAGAIMANA KITA, ORANG BESAR MAMPU MENGHARGAI ORANG-0RANG YANG RENDAH DIBAWAH DAN MEMBANTU MEREKA.

*MESEJ*
Hidup ini seperti roda. Banyak liku2 kehidupan orang lain yang tidak kita fahami. Jangan pandang seseorang hanya dari luar fizikalnya semata mata. Jgn sombong.🤗🤗