Ahad, 6 Ogos 2017

Selamat

Selalu bila waktu pagi,
Bila suami/isteri nak ke tempat kerja,
Atau anak-anak ke sekolah,
Apa yang selalu kita buat?

Mungkin yang selalu atau kebanyakkan dari kita akan saling bersalaman, cium pipi kiri kanan, simple morning hugs,

Then?
Say goodbye, drive safely, take care etc,
Betul tak?

Ok so, mulai hari ini mari kita ucapkan:

*فِي أَمَانِ الله*

*"Fii Amanillah"* instead of goodbye, take care kepada pasangan atau anak-anak kita ketika mereka hendak pergi.

Apa maksud *Fi Amanillah*?

Ia perkataan Arab membawa maksud *semoga  engkau dilindungi Allah.*

Wah hebat maksudnya kan?
Siapa lagi pelindung yang hebat?
Tentu sekali Tuhan yang Maha Esa, Allah SWT.

Bila Allah lindung, tiada siapa yang boleh ganggu mereka-mereka kesayangan kita walau seinci pun.

So jom ubah!

Salam *Fi Amanillah* buat anda semua.

Jumaat, 4 Ogos 2017

MRTA

Berapa ramai di sini yang dalam proses beli rumah?,


Atau mempunyai kawan kawan, saudara mara yang sedang dalam proses beli rumah?,


Berapa banyak yang lu orang dah stadi pasal skim perlindungan rumah?,


Berapa harga rumah?, 100k, 300k, 500k, sejuta-k?


Apply loan dari bank mana?, atau tak kisahla mana mana bank pun asalkan dapat sebijik rumah?,


Insuran rumah macam mana kira?, atau.."Ahh pergi mati lah dengan insuran rumah, bayar saja nanti bank setelkan semua".


Ya. Kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika membeli rumah ialah dalam part mengenalpasti pilihan skim perlindungan rumah. Sebenarnya ada beberapa hal yang perlu dititikberatkan dalam proses pembelian rumah, antaranya:


1. Loan

2. lawyer fee/SnP

3. Insuran


Dan antara 3 perkara di atas, perkara dibawah tajuk Insuran menjadi perkara paling selekeh sekali, di mana pembeli rumah akan menuruti sahaja nasihat pihak bank supaya menandatangani dokumen di sini dan di sana, dan jeng jeng jeng...setel!

Dan menjadi ilmu pedoman juga pada semua pembeli rumah yang malas mengambil untung, apa bila membeli rumah kos nya mestilah 10% downpayment dari harga rumah, bayar lawyer dalam rm5-7 ribu, dan bayar insuran. Insuran ni pula dimasukkan sekali dalam loan, jadi tak payah fikir banyak, sain saja. Atau kalau berduit sikit, bayar juga Insuran yang harganya mungkin RM4 ribu, RM8 ribu, RM 15 ribu, RM25 ribu, bergantung pada harga rumah.

Insuran inilah yang kita panggil sebagai MRTA, atau bahasa penuhnya Mortgage Reduce term Assurance. Kalau produknya islamik, nama MRTA ni akan bertukar kepada MRTT, Mortgage Reduce Term Takaful.


Faedahnya?


Tanya saja sesiapa yang sudah memiliki rumah, kata mereka..

"Rumah ni, kalau aku mati...bini aku tak payah bayar apa dah, rumah dapat free terus"


Itulah faedah memiliki MRTA bilamana lu orang membeli rumah. Katakanlah, harga rumah RM500,000. Katakanla insuran MRTA punya harga bank impose dalam RM15 ribu. So lu orang setel semua, dan start bayar loan mungkin RM2000/sebulan selama 20 atau 25 tahun. Hidup menjadi gembira sebab kalaupun lu orang mati pada tahun ke 3 semasa pembayaran loan masih berjalan, balance hutang lagi 17 atau 22 tahun tu tak payah bayar, rumah jadi percuma dan anak bini anda juga gembira kerana sudah mempunyai tempat berlindung. Begitu juga halnya kalau lu orang mati pada tahun ke 17 atau tahun ke 22, balance hutang lagi 3 tahun tu tetap tak payah bayar, dan rumah masih tetap menjadi percuma untuk diwarisi oleh anak isteri.


Cool tak?, cool kan?, insuran bayar Rm15 ribu je dan RM15 ribu ni burnt, unrecoverable, tapi kalau mati rumah yang harga RM500,000 jadi percuma dan tiada bebanan hutang rumah yang ditanggung oleh ahli keluarga.


Sedihnya gua ingin nyatakan, disebabkan ramai pembeli rumah lebih gemar take for granted, maka ramai orang jadi tak tahu yang sebenarnya, ada lagi satu skim yang lebih power, lebih cool, lebih awesome, lebih berfadeh dari MRTA atau MRTT seperti lazim digunapakai oleh kebanyakan orang.


Skim yang gua maksudkan ini diberi nama, MLTA = Mortgage Level Term Assurance, atau MLTT = Mortage Level Term Takaful.


Now, apa yang power sangat dengan MLTA/MLTT ni?,


Kita ambil contoh yang sama, rumah harga RM500,000. Sepatutnya, secara tardisi pembeli akan ambil MRTA/MRTT dan bayar RM15 ribu lump sum, atau build in kos insuran tu dalam principle loan supaya tak nampak sakit sangat kena bayar cash RM15 ribu.


Tapi kali ni rileks dulu...jangan bayar MRTA RM15 ribu ni.


Beritahu bank:


"Gua tak nak MRTA/MRTT pebenda ni semua..gua nak amik MLTA/MLTT dari Pidomat".


Bank akan tanya pula, "Apa yang power sangat MLTA/MLTT yang Pidomat bagi pada kau?"


Kahkahkah, bila bank tanya macam ni lu orang bertenang, dan ingat fakta fakta gua nyatakan kat bawah ni. Bila dah ingat, jawab pada bank.


Brader bank, pertama sekli...Lu punya MTA/MRTT ni kalau gua bayar RM15k, duit ni burnt, gua tak dapat balik. Kalau gua hidup lepas habis bayar hutang pun gua tak dapat duit ni balik. Manakala MLTA/MLTT yang Pidomat offer is recoverable. Duit yang gua bayar dalam MLTA/MLTT masuk investment link dan ada high cash value bila tahun berganti tahun. Secara pemahaman mudahnya, kalau gua masih hidup lepas habis bayar loan, duit Rm15k ni akan dapat balik. Mungkin dapat lebih sikit, mungkin dapat kurang sikit, bergantung pada suasana pelaburan.


Yang ke duanya pula brader bank, lu punya MRTA/MRTT ni cuma bagi rumah free. Itu saja yang lu boleh bagi. Lu cuba fikir macam ni brader bank, kalau gua bayar loan sebulan RM2000 selama 2 tahun, maknanya gua dah bayar RM48,000 selama 2 tahun. Ditakdirkan gua mati pada tahun ke 3.

Maka nilai hutang RM500,000 - RM48,000 = RM452,000 (baki hutang rumah) akan dilupuskan.


Bunyi macam power, tapi apa cerita pula kalau gua mati lepas 20 tahun bayar hutang?.


Ok kita buat matematik. 20 tahun x 12 bulan x Rm2000 = RM480,000 (jumlah yang telah dibayar). Maka baki hutang yang dilupuskan cuma RM500,000 - RM480,000 = RM20,000.


RM20,000 je ke yang waris gua dapat lupuskan?,


Sekarang gua nak story pasal MLTA/MLTA Pidomat punya...Untuk cover harga rumah RM500,000 ni, kos yang gua kena bayar adalah sebanyak lebih kurang RM250-350 sebulan. Bunyi macam down sebab bayar bulan bulan, tapi rileks dulu...tengok apa dia boleh bagi.


Katakanlah gua mati pada tahun ke 3, MLTA/MLTT akan bagi pada waris gua solid RM500,000. Jadi apa waris gua akan buat?, Dia akan bayar hutang rumah sebanyak RM452,000 seperti contoh di atas. Bukan setakat setelkan hutang rumah, waris gua juga siap boleh simpan balance RM48,000 lagi.


Itu kalau gua mati dalam tahun ke 3, kalau gua mati tahun ke 20 pun sama juga kesnya. Waris gua akan dapat solid RM500,000. Jadi apa waris gua akan buat?, Dia akan bayar hutang rumah sebanyak RM20,000 seperti contoh di atas. Dan cuba brader bank kira sendiri dengan akal fikiran yang waras, RM500,000 - RM20,000, berapa banyak ratus ribu cash yang waris gua ada dalam tangan sekarang?, boleh beli sebijik BMW 3 series cash dan buka restoran KFC sekali. Dan ada lagi brader bank..gua belum habis sekolahkan lu lagi...ingat keyword gua awal awal tadi?, MLTA/MLTT ni investment link...jadi maknanya, RM250 gua bayar bulan setiap bulan tu akan dilaburkan...makanya, selepas pelaburan selama 20 tahun, kurang lebih nilai investment gua ada dalam lingkungan RM40,000 - RM60,000!. Pehhhhh!.


Jadi sekarang brader bank, apa gilanya gua nak beli rumah ni pakai lu punya MRTA/MRTT?,

rugi tahu tak, rugi!.


Ya..Ya..lu orang selama ni tak tahu ada skim MLTA/MLTT yang power, sebab tu sekarang ni gua beritahu. Supaya lu orang sedar dan menjadi sedikit pandai dalam hal ehwal insuran/takaful dari aspek pemilikan property.


Kahkahkahkah.


Sebab tu lepas ni jangan sombong, jangan kata semua benda hal takaful ni lu orang dah tahu. Jangan fikir Takaful ni menipu nak kelepet duit lu orang, jangan fikir Takaful ni tak berfaedah sebab lu orang dah ada medikel kad kompeni (bab medikel kad ni lain hari gua bagi pengajaran). Bila orang nak bercakap sikit pasal takaful lu orang blahh, lepas tu rugi sendiri.


Sebelum gua mengakhiri entry pendidikan ni, gua nak bagi satu real life example.

Kawan gua beli sebijik condo di area Jalan Ampang, harganya RM1,040,000. Sekiranya dia ikut cakap bank, dia kena bayar MRTA/MRTT sebanyak RM34,000, cash!.


Namun kawan gua ialah seorang yang bijak dan hatinya tidak benak, maka dia memilih MLTA/MLTT dengan bayaran RM540/sebulan.

Selepas 20 tahun, nilai pelaburannya (cash value) boleh mencecah RM102,000. Lagi penting, ditakdirkan pada tahun bila pun kawan gua ni mati, waris beliau tetap akan mendapat pampasan MLTA/MLTT sebanyak Rm1,040,000.


Perbadingan:


MRTA/MRTT

1. Unrecoverable

2. Takde cash value

3. Coverage value berkurang dari tahun ke tahun (Reduced Term)

4. Tidak boleh ditukar dari satu harta ke harta yang lain.


MLTA/MLTT

1. Recoverable

2. Ada cash value

3. Coverage value TAK berkurang dari tahun ke tahun (Level term)

4. Boleh ditukar dari satu harta ke harta yang lain.


*Kalau tak faham lagi pasal MLTA/MLTT ni, boleh emel gua di;


fird_ahmad@yahoo.com


Mohon share kan juga maklumat ini pada semua kawan kawan dan saudara mara.

Rabu, 2 Ogos 2017

Ingatan

Copy & paste tapi sangat terkesan di hatiku;

Seorang warga emas ditanya, apakah yg beliau pelajarinya dr usianya yg lalu?

Beliau menjawab:

Sy belajar...
Bahawa dunia ini adalah pinjaman yg akan dipulangkan..

Sy belajar...
Bahawa org yg dizalimi lambat laun akan mendapat haknya..

Sy belajar...
Bahawa anak panah malam (doa & munajat) x pernah tersasar..

Sy belajar..
Bahawa kehidupan ini akan tamat pd bila2 masa walaupun ketika leka..

Sy belajar..
Bahawa kata2 yg baik, wajah yg ceria & sifat pemurah adalah punca akhlak yg mulia..

Sy belajar..
Bahawa org yg paling kaya di dunia adalah yg memiliki kesihatan & keamanan..

Sy belajar..
Bahawa usia akan habis tetapi urusan dunia tidaka kan habis..

Sy belajar..
Siapa yg mahu kata2nya didengari, perlu bersedia mendengar dr org lain..

Sy belajar..
Bahawa bemusafir dgn org lain adalah pengukur paling tepat keaslian manusia..

Sy belajar..
Org yg sering berkata : (akulah, akulah) sebenarnya kosong dr dalam..

Sy belajar..
Bahawa emas akan kekal emas, manakala besi akan berubah & berkarat..

Sy belajar..
Bahawa semua manusia yg telah mati, mempunyai agenda n perancangan yg tidak sempat dilaksanakan..

Sy belajar..
Kita sering mengemas katil & menyejukkan ruang bilik utk menikmati 'mati kecil'..

Sudahkah kita mengemas amalan kita & menyejukkan kubur kita dgn ketaatan utk kita menikmati 'mati besar'?

Berkata seorang soleh:
"Aku hairan drpd manusia yg sering mengingatkan tntg makanan yg boleh mendatangkan penyakit, tetapi tidak mengingatkan tntg dosa yg boleh menghumban ke dalam api neraka"

Khamis, 27 Julai 2017

Asnaf

*COPY DARI GP SEBELAH*
~ Masjid nilai berjuta sedang asnaf di depan mata ~

Bismillahirrahmanirrahim...
Pertama sekali, tulisan aku kali ini tidak ditujukan kepada mana-mana masjid secara khusus. Ini ialah pandangan umum aku sebagai seorang makmum dan manusia.

Sepanjang Ramadhan lepas, aku ziarah lebih 30 keluarga asnaf. Keluarga yang benar-benar hidup dalam kesempitan. Hal ini membuka mata aku untuk menulis dan memberi cadangan. Satu cadangan yang pernah aku utarakan tapi dipandang sepi suatu ketika dulu.

Kali ini, aku menulis lagi. Utarakan semula cadangan dan pandangan aku, moga-moga ada yang mempertimbangkannya.

Masjid kita punya dana. Sesetengahnya punya dana yang sangat besar sehingga lebih 20k sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit.

Aku cadangkan, sisih 10% sebulan dari derma orang ramai untuk beli makanan asas. Beras, sardin, susu budak, gula dan pampers. Mana-mana penduduk setempat yang kesempitan duit untuk beli makanan asas, boleh ambil di masjid.

Jangan rumitkan prosedur. Jangan tengok gaji dan kerja. Bagi saja. Miskin di bandar ni lain macam dugaannya. Kadang kita tengok orang tu pakai kereta, duduk rumah sewa, kita sangka dia ada duit. Sedangkan beras di dapur telah lama habis. Maka peninglah ketua keluarga memikirkan dengan siapa pula perlu dipinjam. Sedang hutang sudah keliling pinggang.

Orang yang terdesak ni, takkan sesekali tamak. Dia akan ambil cukup-cukup untuk kegunaan keluarganya sahaja. Kalau bulan depan dia 'lega' dia tak berbaris untuk ambil bekalan dari masjid lagi. Percayalah!

Malahan, jika dilaksanakan, perasaan malu pasti menusuk kalbu. Yang jarang-jarang ke masjid, mula mendekati masjid kerana rasa malu itu. Kan indah cara dakwah macam ni. Bukan dengan sindiran sinis sehingga orang menjauhi masjid.

Masjid kita, sesetengahnya dana sampai tak tahu nak buat apa. Maka ditukar pagar baru, di'upgrade' tandas-tandas, ditukar karpet baru, di upah penceramah luar yang bayarannya hingga beribu. Sedang asnaf, rumahnya hanya di depan pagar masjid. Telan air liur tengok masjid elok ditukar cat baru. Sedangkan beras secupak di dapur pun hutang dengan kedai runcit.

Tidakkah AJK masjid membuka mata? Perkara ini cukup mudah, tapi memberi manfaat kepada ramai orang.

Mengapa kita tidak mencontohi gereja? Begitu mudah menyalur bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya tinggalkan nama dan no phone sahaja. Ambillah duit dalam kotak itu berapa yang diperlukan. Tidak ditanya kerja, tidak ditanya mengapa. Esoknya pihak gereja call pula, tanya tentang kehidupan. Masih sempit atau sudah lega. Kalau sempit dijemput ke gereja ambil dana lagi. Mudah kan? Jangan pelik lagi kalau ada yang murtad. Itu salah satu punca.

Melainkan dana masjid itu cukup-cukup untuk bayar bil api dan air sahaja. Itu lain cerita, ini kisah masjid yang kaya raya.

Sungguh. Aku cukup kecewa. Sangat kecewa sebenarnya melihat masjid yang gah-gah, tapi asnaf di depan mata. Rela membayar upah penceramah ternama sedang ahli kariah berlapar dahaga.

Mungkin ada ajk masjid dalam friendlist aku. Mohon panjangkan cadangan aku ini. Kalau setiap kampung buat begini, alangkah bagusnya. Si fakir rasa dipeduli, masjid makin didekati.

Sila viralkan hingga sampai ke AJK Masjid/Surau, Pegawai Majlis Agama Negeri dan JAKIM.

Ahad, 23 Julai 2017

Guru ikhlas

" Mak, cikgu minta seringgit. Cikgu nak buat fotostat soalan latih tubi."

" Cikgu kamu ni pun, setiap minggu minta seringgit. Kedekut betul cikgu kamu ni. Setakat seringgit pun minta dengan anak murid lagi.

Sedekah je lah. Sekelas baru 30 orang. Baru RM30. Macam inilah guru zaman sekarang. Bukan macam guru dulu-dulu yang ikhlas mengajar. Guru sekarang semua mata duitan. Tak ikhlas langsung.

Cakap kat cikgu kamu, belajar ikhlaskan niat. Jangan nak jadi mata duitan sangat. Bersedekahlah pada murid-murid," bebel Mak Semah sambil mengambil duit RM1 yang diselit dicelah baju dalam.

Dan si anak, penuh jujur menyampaikan pesan ibu pada guru mulianya. Si guru menarik nafas panjang. Ingin sahaja dipulangkan paku buah keras, tapi dia masih sedar dia merupakan guru.

Dia merenung kembali kehidupan dan perjalanan dia sebagai seorang guru sehari-hari. Dia mengajar 5 kelas yang bakal menduduki peperiksaan. Setiap kelas punya 35 orang murid. 5 kelas bermaksud 175 orang murid.

Saban minggu dia perlu fotostat sejumlah latihan yang bernilai RM1 untuk setiap murid. Kadang jumlah itu lebih dari itu, tapi dia diamkan sahaja. Yang lebih itu anggaplah sedekah.

Tapi kalau nak sedekah untuk 5 kelas, dah RM175 seminggu. Kalau sebulan dah RM700. Lepas dah bayar ansuran Myvi dan bil api air tu.

Malah, setiap hari dia bawa pensel, pemadam dan pembaris tambahan. Untuk diberi pada murid yang selalu sangat hilang semua alat tulis itu. Belum dikira hadiah yang diberi setiap kali murid berjaya menjawab dengan betul.

Dia tak kira semua itu. Semua itu dibeli dengan duit poketnya. Bukan boleh claim walau seringgit. Tak pernah dia berkira, tidak pernah dia merungut derita.

Tapi hari ini, seorang anak didik yang dikasihi datang membawa pesan ibu yang mengguris hati.

Seolah semua tunjuk ajarnya selama ini tidak bererti. Seolah semuanya itu demi duniawi. Seolah dia seorang guru yang langsung tak punya ikhlas dihati.

Setelah bertenang, dia menjawab kepada muridnya,

" Awak pulang nanti, bagitahu emak awak macam ini;

Hari ini, abang TNB datang rumah cikgu membawa resit bil bulanan. Tapi dia tak serahkan pada cikgu, sebaliknya dia berkata,

" Cikgu merupakan guru paling ikhlas di dunia. Maka cikgu tak perlu membayar bil elektrik seumur hidup."

Kemudian datang pula abang Syabas membawa resit bil air, pun begitu katanya pada cikgu.

Yang paling cikgu terkejut, bila cikgu pergi bank untuk bayar ansuran kereta Myvi cikgu, pegawai bank itu berkata,

" Cikgu tak perlu membayar ansuran kereta lagi seumur hidup. Ini kerana semuanya telah dibayar dengan keikhlasan cikgu. Pergilah pilih kereta baru pula, jangan risau, cikgu tak perlu bayar apa-apa."

Hal ini juga berlaku di pasaraya, kedai makan dan segala tempat yang cikgu kunjungi."

Si anak murid mengangguk-angguk kepala tanda faham. Dan cikgu itu tersenyum sahaja melihat gelagat muridnya. Dia berharap, mesejnya itu sampailah kepada si ibu ini.

Mesej yang mudah dan jelas. Kan?

Yang faham tu, fahamlah. Yang tak faham-faham juga, tak perlu susah hati. Pergi kedai beli guli dan main kat tanah. Mainlah dengan gembira, ok

- Ikhlas itu dinilai Allah taala, bukan manusia.