Khamis, 14 September 2017

Guru

ly4~16317:
Amaran:- post panjang

Saya seorang guru. 6 tahun pertama, saya ditempatkan di sekolah yg murid2nya terpilih. Murid yg belum pun saya sempat membuka mulut,  telahpun mengangkat tangan sambil bertanya 'Teacher what are we going to learn today?' Murid yg sangat fokus dengan pelajaran. Kelas yang sangat senyap sehinggakan kita tertanya2 guru manakah yg bijak mengawal kelas? Tetapi bila dihampiri rupa2nya tiada guru di dalam kelas. Yang ada hanyalah murid2 yang tekun menyiapkan kerja rumah ataupun mengulangkaji. 6 tahun pertama tiada satu pun murid saya yang gagal. Keputusan SPM untuk matapelajaran saya sentiasa 100%.

Tahun ke 7, saya berpindah negeri. Maka sekolah pun bertukar. Perkara pertama yang pengetua baru saya ucapkan sewaktu saya melapor diri ialah 'welcome to *. Unlike your previous school we cannot choose our students. Here we accept the good, the bad and the ugly.' Dan di sini, saya mengajar murid yg berbeza aras kepandaian. Yang pandai tersangat pandai. Dan yang lemah tersangat lemah. Ujian Satu dan itulah pertama kali ada murid saya yang gagal. Dan saya message kawan saya memaklumkan ada murid saya yang gagal dan dia membalas 'welcome to the real world.' Saya akur bukan semua murid boleh cemerlang dalam akademik.

Kini saya di sekolah yang ketiga. Sekolah Band 5.  17 tahun sebagai cikgu dan baru2 ini berlaku peristiwa yang betul2 memberikan pengajaran kepada saya. Di sekolah ini ramai murid yang bekerja. Kebanyakkan bukanlah murid yg susah cuma mereka bekerja untuk mencari duit tambahan untuk tujuan membeli handphone/ top up handphone/ membayar duit minyak motor dan bergaya.

Dan saya selaku cikgu yang mengajar murid di kelas yang paling pandai dan juga kelas paling hujung haruslah mempunyai harapan agar semua murid saya lulus. Sebagai seorang manusia tipulah jika saya mengatakan saya tidak sakit hati setelah berulang kali mengajar murid masih tidak faham. Masih gagal. Seolah2 mereka tidak peduli dengan SPM. SAYA SAJA YANG BERIA-RIA.

Namun setelah berkenalan dengan dua murid istimewa ini saya sedar dikala saya beria2 mahukan murid2 saya lulus matapelajaran saya, dikala saya tidak berpuas hati melihat mereka menghantar kertas kosong semasa peperiksaan, dikala saya merasakan mereka ini tidak peduli, MURID-MURID INI CUMA MAHU MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP SAHAJA.

Murid pertama seorang murid perempuan yang saya ajar semasa tingkatan 4&5. Pada kebanyakkan masa dia akan tidur. Setiap kali ujian & peperiksaan hanya kertas kosong dengan nama yg tertulis sahaja yang dihantar. Suatu hari disebabkan terlalu geram saya bertanya 'you buat apa di rumah? asyik tidur saja? you masak kah? buat keje rumah kah? Dia tidak menjawab,sebaliknya rakannya yang menjawab 'ya la cikgu. Dia aaa balik rumah aaa SEMUAAA dia kena buat? Rupa2nya maknya telah lari meninggalkan dia bersama bapa semasa dia berumur 12 tahun. Dia tinggal dengan bapa dan atuk neneknya. Semua urusan kerja rumah dilakukan oleh dia. Selalu juga dia dimarahi. Jadi mulai hari itu saya faham.

Sekolah ialah satu ESCAPISM buatnya. Berada di sekolah bermakna dia dapat berehat. Dapat lari buat seketika dari tugas2 yang memenatkan. Dia tidak pernah membawa duit belanja. Setiap hari dia berkongsi makanan kawan2nya. Ini dimaklumkan oleh kawan2 nya dan saya juga selalu perhatikan dia semasa rehat. Memang kawannya itu membawa bekal yg banyak. Adakah dia lulus matapelajaran saya sewaktu spm tahun lepas? YA dia lulus. Dari murid yang menghantar kertas kosong tanpa jawapan akhirnya dia dapat D. lulus bermakna ada cubaan menjawab semasa periksa. I know I'm in her good book because before SPM she came to me and ask for a hug. 'cikgu....minta peluk ar'

Murid kedua ialah murid saya tahun ini. Murid Lelaki Tingkatan 5. Kelas paling hujung. Dia bekerja mengikut lori menghantar stok air botol ke kedai2 dan memasang khemah. Saya pun bertanya 'itu duit you buat apa? ( sambil di dalam otak saya telah pun membuat keputusan terlebih dahulu dengan menyangka duit gaji dihabiskan dengan sia2).

Namun jangkaan saya meleset bila dimaklumkan duit diserahkan kepada nenek untuk menampung ke

perluan harian. Rupanya rumah mereka itu dihuni seramai 14 orang yang terdiri dari 4 generasi. (moyangnya baru saja meninggal minggu lepas. the mom was a teenage mom dan bapanya?) Pada hari dia bekerja dia akan balik selewat 2 pagi dan masih datang ke sekolah setiap hari sambil menahan mengantuknya. Adakalanya dia ke sekolah tidak membawa duit belanja maupun bekal. Pernah satu hari dia mengadu. 'beras suda abis. saya mau makan pun kena marah. kasi itu budak kicik2 makan dulu'

Pada hari saya mengetahui kisahnya,  saya menangis semahu2nya memikirkan betapa saya mementingkan diri sendiri. Saya sebagai seorang guru CUMA memikirkan murid ini sebagai seorang penyumbang statistik kegagalan matapelajaran saya. (Bahkan penyumbang statistik gagal peratus lulus sekolah) Murid yang saya tidak faham kenapa perlu hadir ke sekolah jika lemah dalam semua matapelajaran?

It was so selfish of me to assume when i didnt even know about his life and what he has gone through. Saya sangat fokus tentang budak yang akan gagal matapelajaran saya tanpa memikirkan bahawa dia hanya cuba melalui hari-harinya dengan sebaik mungkin. Dia seorang ahli keluarga yg baik. Juga anak murid yang baik. Jadi kenapa lah saya tidak fokus kepada kelebihannya ini?   Jadi saya memberitahunya 'cikgu tak taula apa nak ajar kamu supaya kamu lulus SPM. jadi cikgu akan ajar kamu benda2 asas supaya boleh bantu kamu dalam hidup nanti.

Setiap kali saya masuk ke kelas2 yang lemah inilah perkara yang saya selalu sebutkan.
'Cikgu faham bukan semua orang boleh cemerlang dalam akademik. Tapi kita kena ingat Tuhan itu adil. Kalau kamu baik, dengar cakap ibu bapa, senangkan hati cikgu2 kami semua akan doakan yang baik2 untuk kamu. Kamu mungkin tidak pandai belajar tapi nanti mungkin kamu dapat pasangan yang baik, anak2 yang baik, bos yang baik, semua yang baik2 lah.

JADI CIKGU2 YANG SUSAH HATI JIKA MERASAKAN KITA SAHAJA YANG BERIA-RIA, SEMASA PEPERIKSAAN, KETAHUILAH DI SAAT KITA MERASAKAN LULUS PEPERIKSAAN DAN MENDAPATKAN KEPUTUSAN TERBAIK ITU ADALAH SEGALA-GALANYA, ADA DI ANTARA ANAK MURID KITA SEDANG BERGELUT UNTUK MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP. DAN LULUS PEPERIKSAAN DAN MENDAPATKAN KEPUTUSAN TERBAIK DALAM PEPERIKSAAN BUKANLAH SEGALA2NYA BAGI MEREKA INI KERANA ADA PERKARA LEBIH PENTING UNTUK DIUTAMAKAN.

DOAKAN ANAK MURID KITA BERJAYA DENGAN CARA MASING2.

pstttt:- Murid yg kedua telah pun diberikan bantuan setelah dimaklumkan. Pengalaman saya dengan mereka ini, jika murid itu betul2 susah seboleh2nya mereka tidak mahu berkongsi masalah mereka. Mungkin malu. Ataupun demi menjaga air muka. Dua orang murid ini jika diberikan duit belanja ataupun makanan mereka mmg akan menolak. Setelah dipujuk berkali2 barulah mereka setuju terima.

Tahniah sebab berjaya habiskan bacaan :)


#bacalahkot2pengalamankitasama

Guru kimi-A!

Di mana duduknya aku
Sebagai seorang guru
Di dalam Jadual Berkala itu....

177 unsur tersusun rapi
Asas yang kukuh rintisan Dimitri
Tertib menaik jisim atom dikaji
Ruang kosong ditinggal buat yang belum ditemui
Konsep nombor atom idea cetusan Moseley

Sesuaikah aku seorang guru
Sebagai unsur kumpulan satu
Logam alkali nama gelaran
Sifat berubah menuruni kumpulan
Lembut bahasa di kelas hadapan
Bertukar garang bersama kelas belakang
Lantaran sikap pelajar yang suka berdendang
Ibarat litium dengan air memberi tindak balas perlahan
Umpama seketul kalium dengan air bisa menjadi punca kebakaran
Mampukah aku membuat penyesuaian
Dalam menongkah arus perubahan dunia pendidikan..

Atau
Biar aku menjadi gas adi
Neon argon kripton xenon nama diberi
Di kumpulan 18 megah berdiri
Tetapi lengai secara semulajadi
Petala valens telah lengkap diisi
Tidak perlukan sesiapa di sisi
Selesa hidup sendiri tanpa perlu terima elektron atau tanpa perlu berkongsi
Mungkin tidak.. kerana aku punyai visi
Mendidik kalian demi pertiwi
Sahabat sahabat guru perlu berada di sisi
Saling membantu dan menyokong sesama sendiri
Terus mendidik menabur bakti

Atau
Unsur kumpulan 17 lebih bersesuaian
Unsur halogen nama timangan
Molekul dwi atom yang berpasangan
Berbau sengit, beracun dan arus elektrik tidak dialirkan
Tidak sesuai... kerana di dalam kelas aku berseorangan yang mengajar kalian
Tanpa pasangan tanpa tuan pengetua sebagai peneman

Mungkin
Biar aku menjadi unsur peralihan
Duduk di tengah tengah diapit di kiri dan kanan
Banyak sifat istimewa dengan pelbagai pilihan
Seperti ferum yang punyai 2 nombor pengoksidaan
Ibarat kobalt yang berwarna merah jambu dalam larutan
Tanda ion ion unsur peralihan menunjukkan kehadiran
Begitulah seorang guru perlu menyesuaikan
Sifat sifat istimewa perlu ditonjolkan
Demi mempelbagaikan aktiviti pembelajaran

Namun
Biarlah aku hanya menjadi
Unsur karbon yang jarang dikaji
Arang yang hitam legam kadang dibenci
Intan berlian berkilau yang dipuji
Sebagai lilin yang menyalakan api
Membakar diri sendiri untuk menerangi
Kehidupan dan masa depan pelajar yang disayangi
Aku tidak akan pernah berhenti
Menabur bakti yang luhur dan murni

Ahad, 10 September 2017

Halal

Khodimul Ulama ASWJ:
Soalan: apa hukum menghalalkan yang haram?

Jawapan : menghalalkan yang haram adalah haram dan berdosa bahkan ada ulama yang mengatakan siapa yg menghalalkan sesuatu yg haram maka ia kafir. Kecuali pada suatu perkara.

Apa tu Ustaz?
Saya dengan anak Pakcik ni haram berhubung kan ?
 Ya la...

Maka jika Pakcik halalkan hubungan kami nescaya tidak haram dan tidak kafir, bahkan boleh jadi ibadah Pakcik !!!

Muet

Fight between husband and wife ......(both r MA in English literature) instead of resorting to shouting, abusing or physical force... they write poems to each other. .....

                             WIFE:
I wrote your name on sand it got washed..
I wrote your name in air, it was blown away.
Then I wrote your name on my heart & I got Heart Attack.

                           HUSBAND:
God saw me hungry, he created pizza.
He saw me thirsty, he created Pepsi.
He saw me in the dark, he created light.
He saw me without problems, he created YOU.

                             WIFE:
Twinkle twinkle little star
You should know what you are
And once you know what you are
Mental hospital is not so far

                     HUSBAND:
The rain makes all things beautiful.
The grass and flowers too.
If rain makes all things beautiful
Why doesn't it rain on you?

                     WIFE:
Roses are red; Violets are blue
Monkeys like u should be kept in zoo.                              
                Husband :
Don't feel so angry you will find me there too
Not in cage but laughing at you!! 😳😜😜😂

Maki

Kisah Guru di maki hamun seorang lelaki

Seorang lelaki yang berbeza fahaman dengan seorang Guru mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar, meluapkan kebenciannya kepada Sang Guru.

Sang Guru hanya diam, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apa pun.

Setelah lelaki tersebut pergi, si murid yg melihat peristiwa itu lalu bertanya, "mengapa Guru diam sahaja tidak membalas makian lelaki tersebut?"

Beberapa saat kemudian, maka Sang Guru bertanya kepada si murid,
"Jika seseorang memberimu sesuatu, tapi kamu tidak mahu menerimanya, lalu menjadi milik siapa kah pemberian itu?”

"Tentu sahaja menjadi milik si pemberi” jawab si murid.

"Begitu pula dengan kata-kata kasar itu”, balas Sang Guru.

"Kerana saya tidak ambil endah dengan kata-kata itu, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri. Dia tidak menyedari, kerana nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia bahkan di akhirat; kerana aura negatif yang muncul dari fikiran, perasaan, perkataan, dan perbuatan hanya akan membuahkan penderitaan hidup”.

Kemudian, Sang Guru meneruskan kata-katanya, "Sama seperti orang yg ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludah itu hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri. Demikian halnya, jika di luar sana ada orang yg marah-marah kepada mu... biarkan sahaja… kerana mereka sedang membuang SAMPAH HATI mereka. Jika engkau diam sahaja, maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri, tetapi kalau engkau hiraukan, bererti engkau menerima sampah itu.”

"Hari ini begitu banyak orang di jalanan yang hidup dengan membawa sampah di hatinya (sampah kekesalan, sampah amarah, sampah kebencian, Ego dan sebagainya)…

Oleh itu, jadilah kita seorang yang BIJAK bukan SAMPAH”

Sang Guru meneruskan nasihatnya :

"Jika engkau tak mungkin memberi, janganlah mengambil”

"Jika engkau terlalu sulit untuk mengasihi, janganlah membenci”

"Jika engkau tak dapat menghibur orang lain, janganlah membuatnya bersedih”

"Jika engkau tak mampu memuji, janganlah mengeji”

"Jika engkau tak dapat menghargai, janganlah menghina”

"Jika engkau tak suka bersahabat, janganlah bermusuhan”


Pesanan yg baik...copy paste dr kawan..