KAHWIN AKHIR ZAMAN
Dari Ustaz Ahmad Faidzurrahim :
Seblm ni ramai para pemuda yg belum mendidikan rumahtangga bertanya pasal jodoh dan nk kahwin.
Maka saya kongsikan di sini sebahagian amalan2 dari huru-guru kami.
Tajuk:
BAGI MEREKA YANG INGIN BERKAHWIN.
1- Bacalah يا مغيث sebanyak 310 Tiga ratus sepuluh kali Selepas setiap kali sembahyang.
2- Kemudian berselawatlah sebanyak tiga kali, sebelum dan selepas membaca: يا مغيث.
Dan lafaz selawat ini adalah seperti berikut:
صلی الله علی محمد صلی الله عليه وسلم.
3- Diamalkan bacaan ini selama dua minggu atau pun lebih bagi mereka yang inginkan perkahwinan. - Tamat-
Tambahan:
Bagi pemuda @ pemudi yg belum berkahwin tapi ingin berkahwin, di sini ada beberapa Nasehat, antaranya:
1- Jangan niat kahwin kerana harta, duit, dan pangkat seseorang, walau pun sesorang lelaki agama berniat kalau dia kahwin dgn perempuan kaya Jutawan nanti dia boleh bantu kerja-kerja dakwah . Sikap ini terdapat pada sebahagian para penuntut ilmu agama Islam terutama sekali yg belajar kitab secara talaqi. Sesorang yg berilmu tk perlu berniat dan bersikap sedemikian kerana yg memberi rezeki hakikatnya adalah Allah Taala bukan suami atau isteri.
2- Bagi org lelaki muda jgn berkahwin dgn wanita yg terlampau tua dari dia kerana ini akan mengundang banyak masalah di masa akan dtg. Hal ini ada disebut dalam sebahagian kitab-kitab ulamak.
3- kalau boleh elakkan berkahwin dgn yg ada kaitan dgn keluarga seperti sepupu sepapat dan seumpamanya walaupun disarankan oleh kedua Ibu bapa.
4- BAGI perempuan, elakkn berkahwin dgn suami org di akhir zaman sekrng.
Manakala lelaki pulok jgn kacau isteri org dgn niat nk berkahwin dgnnya. Kebiasaan hubungan sebegini tk kekal lama, kalau kekal pon akan berlaku keserabutan dlm kehidupan mereka.
5- Bagi perempuan melayu elakkn berkahwin dgn bangsa asing yg duk jauh di luar negara. Banyak kes perkahwinan dgn bangsa asing diakhiri dgn penceraian kerana banyak perkara tidak serasi.
6- Jangan terlampau cerewet memilih pasangan utk berkahwin dan jgn terlampau mudah sgt buat pilihan. Bersederhanalah dlm hal ini.
7-Jangn terlampau terhegeh-hegeh dan kuat berangan-angan, nnti bnyak bende terlepas.
8- Di akhir zaman ini pilihlah pasangan yg berpegang dgn akidah yg benar iaitu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asyairah dan al-Maturidiah. Kalau ada bakal pasangan anda itu berpegang dgn ajaran bercanggah dgn Ahli Sunnah Wal Jamaah maka cepat2 lah blok dia, carilah org lain banyak di atas muka bumi ini. Jgn terlampau berbunga-bunga sgt.
9- Carilah pasangan yg mengutamakan ilmu dan amal ibadah, jgn cari pasangan yg kuat membawang kerana lama kelamaan anda pon terheret akan jadi bawang juge.
10- Bila di majlis perkahwinan jgnlah Jemput lagu-lagu karokei, tarian gelek-gelek, menyanyi terpekit macm burung kakak tua, zaman sekrng zaman viral org cepat rakam dan sebarkan di media sosial, ini akan mengundang bnyk keburukan di kemudian Hari. Buatlah pejanjian dgn bakal pasangan anda agar tk berlaku benda2 tadi dlm majlis perkahwinan sebb org melayu sekrng suka menyanyi mcm burung gagak dan berjoget mcm katak pisang.
Kalau nk wat persembahan kung-fu, Silat, karate, judo, aikido, boxing tekwando dan seumpanya xpe. Lagi bagus buatlah bacaan Quraan serta qosidah dan nasyid Islamik. Nak bagus lagi buatlah bacaan akidah ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT.
11 - Yakinlah bahawa rezeki kita ada, dan berusahalah di bawah pimpinan ilmu agama berlandaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dan jgn takut sgt rezeki duit dan makan minum itu terputus.
Ada seorng ulamak pernah berkata:
علمت ان رزقي لا ياخذه غيري فاطمأن قلبي
Maknanya:
"Aku yakin rezeki ku telah ditetapkan oleh Allah tiada siapa boleh mengambilnya, maka hatiku menjadi sgt tenang.
Semoga Faedah ini dapt dimanfaatkan.
Selamat membaca dan sebarkan!!!
*CnP TanpaPermitTanpaEdit*
-ADMIN- ノライザ大頭領
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Ahad, 14 April 2019
Rabu, 10 April 2019
Cinta Albania pd Rasul
Seorang Ustaz Turkey menceritakan….
"Empat anggota polis menunggu dekat sebuah bangunan toilet Masjid Nabawi. Mereka menunggu seseorang.
Apabila tiba seorang anak muda di situ, mereka terus menerkam menangkap dan memberkasnya. Pemuda itu menjerit minta dilepaskan.
“Saya bukan penjenayah. Saya bukan pencuri. Kenapa tangkap saya?”
Dalam suasana kelam kabut itu saya cuba perhatikan wajah pemuda itu. Seakan-akan saya pernah mengenalinya. Ya saya memang mengenalinya.
Dialah anak muda yang sering menangis di kubur Rasulullah SAW.
Dia pemuda dari Albania. Umurnya sekitar 35 ke 36. Rambutnya perang. Punya janggut nipis.
Kasihan melihat pemuda itu, saya berkata kepada polis yang menangkapnya,
“Budak ini tak ada masaalah. Apa yang kamu lakukan kepada dia? Apa tuduhan kamu? Apa yang dia telah buat?”
Mereka jawab, “Hei Turkey, kamu jangan masuk campur. Ini bukan urusan kamu.”
Saya kata, “Tapi apa masaalah budak ini? Adakah dia mencuri?”
“Bukan. Dia dah tinggal di Madinah tanpa permit sejak 6 tahun. Kami cuba tangkap dia untuk dihantar pulang ke Albania. Tapi tiap kali kami cuba tangkap dia melarikan diri dan bersembunyi dekat kubur Rasulullah SAW. Di dalam masjid kami tak boleh tangkap dia. Sudah 6 tahun kami memburunya.,” ujar polis berkenaan.
“Habis sekarang apa yang kamu mahu lakukan?” Aku bertanya.
“Sekarang kami mahu hantarnya ke kapal terbang yang akan membawanya pulang ke Albania.”
Budak itu menangis. Dia merintih, “Lepaskanlah saya. Saya tidak akan mencuri. Saya tidak akan buat jahat. Saya tinggal di sini *HANYA KERANA SAYA KASIH KEPADA RASULULLAH SAW.”*
Polis menjawab, “Tidak boleh. Kamu tidak dibenarkan tinggal di sini!”
Mereka memegangnya dengan semakin kukuh. Lalu pemuda itu berkata,
“Kalau kalian benar-benar ingin menangkapku baiklah. Aku mohon sebelum di bawa pergi, tolong hadapkan mukaku ke arah kubur Rasulullah SAW. Aku ingin bercakap sesuatu dengannya.”
Merekapun menghadapkan wajahnya ke arah kubah hijau sambil salah seorangnya berkata (dengan mempersenda), “Hah bercakaplah kamu apa yang kamu nak cakap dengan Rasulullah.”
Lantas budak itu memandang ke arah kubah hijau dan bercakap di dalam Bahasa Arab,
*“Wahai Rasulullah. Beginikah berakhirnya perjanjian antara kita? Aku telah berjanji denganmu. Aku telah tinggalkan ibu dan bapaku. Aku tutup kedaiku. Aku datang ke sini semata-mata keranamu ya Rasulallah. Aku telah berjanji untuk menjadi jiranmu.”*
*“Akan tetapi ya Rasulullah, lihatlah mereka ini yang menghalangku. Ya Rasulallah. Kenapakah kau tidak masuk campur membantuku. Kenapa kau tidak masuk campur… Kenapa kau tidak masuk campur….”*
Dengan kata-kata itu, budak itu jatuh terjelepuk di atas lantai.
“Biarkan dia merebahkan dirinya sendiri,” kata salah seorang anggota polis.
Dia rebah dan tidak bergerak-gerak lagi.
Setelah beberapa ketika polis berkenaan mengherdik, “Bangun wahai penipu!”
Budak itu tidak bergerak. Mereka mengambil air. Dicurah ke mukanya.
Namun tiada sebarang reaksi.
Anggota polis mula risau. Ada yang berkata dia sudah mati. Yang lain pula berkata, mana ada kita pukul dia sampai mati.
Ambulan dipanggil.
Pasukan perubatan masuk dari pintu 7.
Setelah diperiksa, didapati budak itu telah mati sejak 15 minit lalu.
Semua polis terduduk. Mereka sangat menyesal. Mahu rasanya mereka mematah-matahkan tangan mereka yang menangkap budak itu.
“Kami tidak tahu sehingga ke tahap ini kasihnya dia kepada Rasulullah SAW….”
Ambulan terus membawa jenazah itu ke tempat pemandian jenazah di tepi Baqi’. Saya mengikutinya.
Setelah selesai mandi saya mohon untuk turut mengusung jenazah berkenaan.
Tiba-tiba polis-polis tadi muncul dan berkata, “Cukuplah kami sahaja yang berdosa kepadanya. Biarlah kami sahaja yang mengusung jenazahnya, Semoga nanti di akhirat dia memaafkan kami."
Lihatlah kecintaannya yang sangat tinggi kepada Rasulullah SAW. Sebaik dia berkata kenapa engkau tidak masuk campur. Lantas malaikat maut segera menjalankan tugasnya.
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita semua kecintaan kepada Rasulullah SAW sepertimana cintanya budak Albani itu.

Isnin, 8 April 2019
Kuciwa
Seorang psyarah ni merajuk betul dia. Psyarah lain nak kesian atau nak senyum sama banyak. Dah 15 thn dia dalam sistem.
Lebih dulu dia dari penerima APC yg muda² baru 8 tahun bkhidmat. Tapi hasil keringat dia belum lagi pihak pentadbir mahu nilai baiknya.
Petang jumaat minggu lepas dlm majlis apresiasi berkumandanglah nama pensyarah² yg menerima APC utk thn lepas. Bertepuk gembiralah yg hadir.
Apatah lagi yang menerima anugerah tersebut.. tersenyum leborrr tu yop.
Satu persatu nama disebut sehinggalah nama yang terakhir.
"Dan penerima terakhir En. Ahmad kamal..!"
Berakhirlah sudah kerana namanya..
nampak nyata perubahan pada wajahnya. Seorang psyarah yg biasa² je... tapi lama bkhidmat. Masih belum cukup memikat hati pentadbir yg hanya nampak.. *akademik.. dan gred*.
.. dia bukan heran sangat ganjaran seribu ringgit . Dia x nak duit... percayalah
sungguh. *Dia cuma mahu penghargaan.. penghormatan*.. dan tentu satu perasaan bangga di atas pencapaiannya.
Itu saja. Ada pensyarah baru pindah 3 4 tahun dah dpt. Semua tahu sahabat itu *bukan pendendam*
cuma dia *kuciwa*
lalu kabarnya dia mbawa hati yg duka lara ke sekolah

Tazkirah
Dunia ini sangat singkat, akhirat lah kampung kita yg sebenar. Mereka yg dahulunya jadi pengetua, kini ramai yg dah bersara. Mereka yg dahulunya pengarah di jabatan, kini ramai yg sudah di dalam kubur.
Siapalah kita, yang hanya peminjam kepada semua yg dipinjamkan.
Kematian ini, memberi sedikit tamparan buat saya khususnya dan kita, yg ingat akan hidup lama sampai nak pencen, sebenarnya, kematian begitu hampir. Namun, persoalan sebenar, apakah persiapan kita untuk Alam seterusnya.
Seringkali saya melihat, kita mengatakan kerja ibadah, tetapi masih lewat dalam menjaga solat, guru lelaki tidak mahu berjemaah dengan pelajar, guru tidak mahu menutup aurat sempurna, baju yg ketat, tudung yang pendek, enggan berstokin, xde masa baca Quran, walhal baca perbincangan di puluhan group whatsapp boleh, baca fb status boleh, hebat sangat kah kita untuk melawan aturan Allah?
Seringkali kita dengar, kerja guru yg mulia, banyak saham akhirat ya, tapi semakin berkurang guru yg ingin mengingatkan dan mengajak anak muridnya untuk sentiasa menjaga perintah Allah dengan cara
saw.
Ingatan guru lebih kepada untuk A dalam subjek, namun, untuk menyelitkan sedikit ttg menjaga amalan, amatlah berharga.
Sesungguhnya, siapakah yg sebenarnya yg memberi kefahaman dalam pelajaran anak murid kita? *Pasti nya Allah!!.* bukan guru... bukan pensyarah
Ramai warden yg tidak mahu turun bersama pelajar asrama solat berjemaah, walhal berada di sekitar sekolah. Bagaimanakah pelajar boleh di tarbiah tanpa contoh yg baik?
Pentadbir dan pegawai pegawai di jabatan dan kementerian yg sibuk memikirkan masalah salah laku murid, namun, masih juga tidak tahu *menjaga solat fardhu di awal waktu,* sibuk bermesyuarat dan kursus, habis mesyuarat kursus, sibuk pula minum petang, ttg solat?
Pandai pandai lah ya, semua peserta kursus dah dewasa kata penganjur, pandai pandai lah mereka solat... Allahuakbar.
Akhir nya solat Zuhur guru jam 3.45, solat asar guru jam 7 ptg, bukan lah isu waktu program melanggar waktu solat, namum, selepas kita mengatur waktu program melewati waktu solat,
mengapa tidak kita menyediakan semua peserta mesyuarat atau kursus agar sama sama terus ke surau solat Fardu berjemaah?? . Bagaimana Allah akan membantu kita?
Semoga Allah beri saya dan kita taufiq *HIDAYAH* Nya untuk kita faham dan berubah.
Dahulukan perintah Allah, Allah akan jaga kita.

Rabu, 3 April 2019
Bunian
Datuk Ismail Kamus pernah diajak kahwin bunian
Heboh kes Acap hilang di Gua Tempurung, timbul semula beberapa kes seumpama sebelum ini termasuk kes pelajar perempuan UiTM Arau di Gunung Tahan dan seorang pemuda asal Pantai Merdeka, Kedah di Broga, Hulu Langat.
Saya sendiri teringat kes tiga beradik anak kecil yang hilang dari rumah di Pahang, dijumpai di tengah tengah paya belukar yang ikut logik akal, tidak mungkin mereka boleh pergi ke situ dalam keadaan dinihari gelap. Kata mereka, mereka dibawa oleh seorang nenek.
Dalam dua tiga tahun lepas, juga berlaku kes kehilangan seorang warga emas di Pulai, Baling, Kedah yang akhirnya ditemukan oleh saudara saya Penghulu Badrul Che Li.
Kes kes hanya sebilangan daripada banyak lagi kes seumpamanya yang jadi bukti bahawa wujud dimensi ghaih dengan penghuninya di persekitaran yang sama kita huni.
Dalam kes di Broga, anak muda itu dilaporkan bercerita, dia diajak berkahwin oleh puteri bunian berkali kali. Setelah dia tegas menolak, barulah dia dihantar pulang ke alam kasar setelah diberi petunjuk mimpi oleh seekor ular besar.
Saya ada cerita yang sama, seperi dikongsi oleh dua tokoh dihormati.
1. Ustaz Dato Ismail Kamus bercerita mengenai datuknya yang keluar mencari kerbaunya hilang di sekitar hutan di Rasa, Selangor. Ketika mencari, dia terjumpa satu orang lelaki tua di pinggir sebuah tasik yang bersungguh sungguhnya mengajak datuk Ustaz Ismail terus menetap di alam mereka, akan diberi seorang wanita untuk dinikahi. Tetapi pelawaan itu ditolak dengan alasan, dia ada tanggungjawab terhadap anak isteri yang perlu ditangani. Maka selepas itu, dia pun keluar dengan selamat.
2. Kes kedua, diceritakan kepada saya oleh Tuan Guru Dr. Hj Jahid Sidek, bekas pensyarah akademi Islam UM mengenai dua sahabat di Kota Tinggi, Johor. Mereka tersesat ketika memburu hingga akhirnya berpecah untuk masing masing cari jalan keluar. Ketika sahabatnya selamat keluar dan mengajak orang kampung masuk semula ke hutan mencari yang seorang lagi, kawannya itu rupa ripanya telah merayau ke alam bunian. Mengikut cerita yang diceritakannya kepada rakan rakan setelah dia dibenarkan keluar, dia sampai di sebuah rumah lalu bertanya kepada makcik tuan rumah itu arah jalan keluar. Makcik itu kata, kena tunggu suaminya balik dari surau atau masjid sebab dia sendiri tidak tahu. Setelah suami makcik itu balik, mereka leka berbual hingga lelaki itu langsung terlupa akan tujuannya. Dia malah terus tinggal bersama keluarga itu dan langsung jadi menantu mereka. Setelah berkahwin, barulah dia teringat dia perlu balik ke tempat asalnya untuk beritahu keluarga. Dia minta izin drp mentuanya untuk bawa isterinya balik. Mulanya si mertua tak benarkan tetapi setelah dia bersungguh sungguh, akhirnya dibenarkan tapi dengan syarat, sebelum matahari terbenam, mereka perlu balik semula ke alam ghaib. Syarat ini, saya teringat pada sebab remaja yang hilang di Broga itu menolak pelawaan kahwin puteri bunian. Jika setuju, dia tidak dibenarkan lagi balik ke alam nyata bertemu keluarga. Lelaki itu pun balik bawa isterinya dan terleka berborak dengan keluarga dan rakan rakan, dia tidak endah peringatan isterinya untuk mereka kembali sebelum matahari terbenam. Sebaik sahaja masuk maghrib, isteri lelaki itu terus ghaib dan dia menggelabah Dia balik semula ke hutan dan diberi kata dua oleh mertua; pilih yang mana? Kalau dia pilih keluarga di alam nyata, dia akan kehilangan isterinya sampai bila bila. Dia pilih untuk terus bersama keluarga bunian itu cuma minta sekali sahaja lagi diberi peluang untuk balik tinggalkan surat pesanan supaya keluarga tidak mencarinya lagi.Dia dibenarkan.
Ada lagi cerita hal bunian dalam posting lain nanti.

Langgan:
Catatan (Atom)