Rabu, 18 November 2020

Adab pelajar

 Di manakah ADAB kita sebagai seorang pelajar? 

Beginikah akhlak kita yang kononnya mahukan kejayaan? 

Sampai bila nak datang kesedaran tentang ilmu ini? 


Adik-adik yang saya kasihi, tolonglah sedar dan peka tentang guru/pensyarah kita. Usah terlalu selesa sangat dengan keadaan duduk di rumah sepanjang hari. 


Guru/pensyarah kita bukan sahaja berkorban masa untuk memandaikan kita. Ada juga antara guru/pensyarah yang sanggup keluar duit sendiri, beli gajet tambahan yang boleh memudahkan mereka mengajar adik-adik. 


Tak cukup dengan itu, pergi duduk menuntut ilmu dengan orang yang lebih pakar tentang dunia IT. Cukup-cukuplah kelakuan kita semasa berhadapan secara realiti dengan guru/pensyarah. 


Saya cukup sedih bila keadaan seperti ini berlaku. Yang peliknya, adik-adik lebih 'advance' tentang IT daripada para guru/pensyarah. Namun masih malas lagi, tidur, tak join kelas online dan sebagainya. 


Adik-adik yang saya kasihi, inilah cabaran yang sebenar untuk adik-adik terpaksa lalui. Awak marah bila orang yang lebih berusia daripada awak, membandingkan zamannya dengan zaman awak. 


Tapi, hakikatnya? 

Adik-adik sendirilah yang memikirnya. Untuk itu, saya menyeru kepada semua yang bergelar pelajar...kita berubahlah menjadi lebih baik. Suka saya memetik sebuah hadith Nabi SAW bermaksud, 


"Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu, jangan jadi orang yang kelima, anda akan binasa."

( Hadis Riwayat At-Tabrani )


Adik-adik yang dikasihi, jom kita buat LIMA PERKARA ini pada saat, waktu dan ketika ini;

1. Betulkan niat kita sebelum menuntut ilmu. Ingat kembali azam, matlamat yang kita dah tulis semasa sekolah sebelum mula PKP pada 18 Mac yang lepas. 


2. Mohon maaf pada guru/pensyarah yang kita tak hadir ke kelas online mereka. Supaya mereka redha dan memaafkan kita. InsyaAllah, moga ilmu yang kita dapat itu lebih berkat. 


3. Minta bantuan ibu ayah atau adik-beradik untuk ingatkan kita tentang jadual kelas kita. Boleh print jadual kelas kita bersaiz A3 di tempat yang senang nampak. Boleh juga suruh rakan sekelas kita, call kita jika kita tak masuk kelas online lagi. 


4. Buat persediaan awal sebelum kelas. Tak perlulah nak main games lagi kalau dah tahu ada kelas awal pagi esoknya. Tidur awal. Siapkan tugasan yang guru/pensyarah berikan. Yang dah terskip kelas, boleh bertanya pada kawan-kawan yang datang. 


5. Sentiasa fikir positif, kuatkan semangat mental dan fizikal. Ingat dik, bukan awak seorang saja yang terkesan dengan PKP ini. Satu Malaysia terkesan dan terasa bebannya. Sentiasa cari positive vibes, kata-kata motivasi yang boleh bantu boost up semula diri kita. 


InsyaAllah, saya doakan adik-adik yang berazam nak berubah diberikan kejayaan yang cemerlang.


Khalil Ismail

Online Learning Facilitator

#KhalilKongsi

#MotivasiAbangKhalil

#InspirasiPelajarCemerlang

Sabtu, 14 November 2020

Bahagia

 SAYA NAK TENGOK MUKA TUAN SEKALI LAGI... 


Dalam satu temuramah radio, Pengacara bertanya kepada seorang tetamu, seorang Jutawan "apa yang boleh membuatkan Tuan merasa bahagia dalam kehidupan?"


Jutawan tersebut menjawab :


Saya sudah melalui 4 Fasa kebahagiaan dalam hidup dan akhirnya saya memahami apa erti kebahagiaan yang sebenarnya.


Fasa pertama, saya mengumpulkan harta sebanyak mungkin. Tetapi pada tahap ini saya tidak menemui kebahagiaan yang saya cari.


Kemudian datang Fasa kedua di mana saya merubah kepada mengumpul koleksi barang-barang antik dan lukisan-lukisan yang berharga. Tetapi saya sedar keseronokannya hanya sementara dan kepuasan mengumpul barang antik tidak kekal lama.


Kemudian datang Fasa baru yang ketiga, di mana saya menceburi bidang hartanah dan membeli pusat pelancungan dan gedung-gedung perniagaan. Tetapi di sini juga saya tidak dapat mengecapi kebahagiaan yang saya impikan.


Kemudian, satu hari kawan saya meminta saya belikan kerusi-kerusi roda untuk dihadiahkan kepada anak-anak kelainan upaya.


Atas permintaan kawan, saya terus belikan sebilangan kerusi roda yang diperlukan. Tetapi kawan saya mendesak saya ikut bersamanya menyerahkan kerusi-kerusi roda tadi kepada mereka. Saya luangkan masa  dan ikut sekali bersamanya. 


Di sana saya serahkan kerusi-kerusi roda tadi dengan tangan saya sendiri. Saya dapat lihat cahaya keriangan terpancar di wajah anak-anak OKU ini, semuanya duduk dan berpusing-pusing bermain seolah-olah mereka baru sampai di tempat perkelahan. Saya rasa amat gembira sekali. 


Tetapi sesuatu berlaku. Apabila saya berpusing untuk pulang, salah seorang kanak-kanak OKU tadi datang memeluk kaki saya. 


Dengan cermat saya cuba melepaskan diri tetapi kanak-kanak itu menatap wajah saya dan enggan melepaskan pelukannya. Saya tunduk dan bertanya "ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?" 


Jawapan dari kanak-kanak ini bukan sahaja membuatkan saya sangat gembira tetapi mengubah kehidupan saya sepenuhnya menjadi seorang dermawan. 


Dia berkata *"saya nak tengok muka tuan sekali lagi dan cuba ingat, supaya apabila kita bertemu kembali di akhirat nanti, saya boleh kenal wajah tuan dan saya boleh ucapkan terima kasih sekali lagi."*

Khamis, 12 November 2020

Ummi

 MAKSUD GELARAN UMMI PADA DIRI NABI MUHAMMAD SAW


“ Wahai anakku, UMMI itu sebenarnya berasal daripada perkataan bahasa Arab lama yang membawa 2 maksud.:


Maksud yang pertama ialah INDUK dan maksud yang kedua ialah ORANG YANG TIDAK TAHU MENULIS DAN MEMBACA. 


Perkataan INDUK itu pula mendukung dua maksud juga iaitu yang pertama IBU dan maksud yang kedua ialah TEMPAT LETAKNYA SEGALA SESUATU. 


Sebenarnya ummi pada Nabi Muhammad SAW itu membawa maksud pengertian induk yang kedua iaitu *"tempat letaknya segala sesuatu"* dan bukannya orang yang tidak tahu menulis dan membaca.


Wahai anakku, anda pun tahu segala ilmu pengetahuan yang berada di dunia ini terdapat di dalam kitab Al-Quran dan Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Ini bermaksud Rasulullah adalah tempat berkumpulnya segala ilmu pengetahuan. *Perlukah orang yang telah mempunyai segala ilmu pengetahuan belajar menulis dan membaca*, sedangkan menulis dan membaca hanyalah satu kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan. 


*Rasulullah tidak perlu kepada menulis dan membaca kerana Allah SWT sendiri melalui malaikat Jibril telah mengajar Rasulullah SAW AI-Quran, kitab yang mengandungi segala ilmu ilmu dunia dan akhirat*. Hanya orang biasa seperti kita yang patut tahu bagaimana hendak menulis dan membaca kerana hanya dengan cara itu kita dapat mencari ilmu. Jadi maksud ummi pada Rasulullah SAW yang anak cari selama ini bukanlah orang yang tidak tahu menulis dan membaca tetapi terdapat dalam maksud induk yang kedua iaitu *"TEMPAT LETAKNYA SEGALA ILMU PENGETAHUAN"*. Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul Yang bersifat Bijaksana. ”

...

Rabu, 4 November 2020

Sedekah

 Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat.


Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.


Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi.


Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa.


Katanya kepada pemandu keretanya,

"Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana." Jutawan tadi mencebik.


Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya.


Lalu dia bertanya kepada pemandunya,

"Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa"


Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.


Pemandu jutawan ini mula bersuara: 

"Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?"


"Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?"

Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.


"Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM50 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?"


Jutawan itu ketawa besar.


"Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan  mudah. Apalah soalan kamu ni"


Pemandu tadi tersenyum.


"Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada 'matawang'nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang Kita ada ni. 'Matawang' di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Takde 'money changer' di sana dah"


Jutawan tadi terdiam,

Rasa tersentak,

Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.


#sedekahmembahagiakan..


catatan insan kerdil fillah..

Istinjak

 CARA2 ISTINJAK ORANG YG BERIMAN. 


Mungkin ada lg yg masih tidak jelas dgn cara penyampaian umie sebelum ini berkaitan istinjak. 


Alhamdulillah, Umie masih tak jemu utk sampaikan bab ini utk sahabat2 umi yg mahu menerima ilmuan ini. Semuga paham dn jelas lalu dipraktikkan. Semuga dpt membntu mendapatkan ibadah yg khusyuk. Dan semuga inilah jariah amal bg umie diakhirat kelak.


Lelaki perempuan tk sama..Kena betul jelas sebb kita orang islam. Dah sanggup pilih islam maka sangguplah ikuti undang2nya atau aturannya. 


Islam itu agama suci. Suci dr syirik. Suci dr kekotoran zahir dan bathin. Agama kesejahteraan. Islam itu keselamatan. Sudah semestinya sejahtera dan selamat dari azab api neraka Allah.  Justeru nk selamat dan sejahtera itu mestilah kena bersih dan suci. 


Nak bersih dan suci kena tahu bab toharah. Kena tahu bab istinjak. Hanya inilah satu2nya cara nk dptkan kebersihan dan kesucian itu. Hanya islam agama yg Allah redha. 


Apa itu istinjak?


Istinjak ialah mencuci qubul dan dubur dr najis kencing dan berak juga segala apa2 yg keluar dr kedua jalan spt darah, nanah, mazi dan sebagainya. 


Bahasa mudahnya ialah "cebok."  Wajib dibersihkan najis yg menghalang dr sahnya wudhuk dan solat. Utk keselesaan dan kesihatan.


Macamana caranya? 


Bila kita nk buang airbesar, tarik nafas dan hembus nafas bersama turunnya najis. Maka jangan dikerat2 najis. Biar ia berlalu bersama turunnya najis. Makruh dikerat2 najis itu kerana akan menjejaskn kesihatan saluran najis dan dubur.


Selesai habis najis turun, maka ketika itu datang lintasan hati utk kita bersihkan najis didubur kita. Maka ketika itu kembangkan dubur dan siramkan dgn air mutlak sambil jari tgh tangan kiri kita pusing2kn dikeliling dubur iaitu kawasan yg dipanggil " anoderm" ( kawasan perangkap najis ). Ingat! Hanya seruas saja hujung jari  tu digunakan. Jangan lebih2. Nanti jadi lain pulak jadinya.


Masa ini dalam paham bahawa kita sedang melaksanakan niat cebok kerana Allah swt. 


Niat istinjaknya:-

Nawaitul istinja'a minal ghaiti Wal bauli fardhal alaiyya lillahi taala


Maksudnya..

Sahaja aku bersuci daripada najis dan kekotoran fardhu atas aku kerana Allah taala


Nk tau, inilah yg membezakan antara cebok kita, org beriman dgn org diluar sana. Siapa yg disucikan dan kepada siapakah kesucian itu diserahkan. Kita ada Allah, sentiasa buat sesuatu berserta dgn nama Allah. 

Bukankah setiap perbuatan itu bermula dgn niat? Maknanya secara tak langsung inilh sunnah. Kita dh ikut sunnah nabi. Bahkn inilh sunnah yg wajib kita lakukan.. tk ikut sunnah ni wudhuk, solat tk sah. Ibadah terbatal. Sia2.


Petanda nak tau dah bersih atau tidak, tandanya ialah apabila jari sudah tidak boleh ditusuk lagi. Tk boleh nk masukkan kekawasan anoderm tu. Sebb apa? Sebab sifat2 najis yg terdiri dari rasa iaitu berupa lendiran, warnanya dan bau najis telahpun hilang. Maka keyakinan hadhir bersih dr najis tu bukan dibuat2 melainkn lahir dr lubuk hati yg paling dalam. Yakin bersih, benar bersih dan sungguh bersih. 


Maka diketika itu, berdoalah didalam hati,


Allahumma tohhir qalbi minannifaqi...wa hassin farji minal fawahisy.


"Wahai Tuhanku, sucikanlah hatiku dari sifat kepura-puraan (munafiq) serta peliharalah kemaluanku dari perbuatan keji". (mengilakkan diri dr sifat2 syirik, zina, kecintaan terhadap dunia, keakuan diri.)


Maka selesailah bab cuci dubur. 


Dan cara ini juga digunakan sama pd qubul wanita. Cuma pd wanita, kena selak2 dan sela2 pada kawasan yg berlipat2,  selain kena juga korek sedikit dikawasan lubang faraj utk keluarkan sisa2 perkumuhan dr dalam rahim.  Kerana keadaan qubul wanita ini sentiasa basah.


Manakala istinjak qubul lelaki dr najis kencing tak sama dgn wanita. 


Ketika membuang air kecik, lelaki dikehendaki berada dalam keadaan bertenggong dan badan dalam keadaan jongkok sedikit, dimana bahagian badannya seolah2 dibongkokkan, tp bukan membongkok ye. Sedikit merendah dan menunduk. Kemudian ponggongnya didudukkan atas tumit kirinya.. manakala lutut kanannya dilipat dan menaik keatas dan kaki kanan berada dihadapan utk menungkat badan. Masa ini buanglh kencing tu masuk kemangkuk tandas, jangan dibiarkan menghala ketempat lain. Pegang "straw besar" tu dgn tangan kiri. Biar tetap, air kencing tak bersepah. 

Naikkan sedikit kerandut zakar utk melancarkan pembuangan. Kaedah sunnah ini melancarkn keluarnya air kencing tanpa sekatan.


Setelah membuang air kecik, hendaklah dia mengurut "straw besar" dia dari pangkal hingga ke hujung sambil berdehem. Berdehem disini bermaksud dia berdehem dgn  menolakkan nafas menghenjut kesaluran kencingnya agar terbuang sisa2 kencing ( macam dalam salur getah paip, walau kepala paip dh ditutup, dalam salur tu masih ada airnya)  urut 3x dr pangkal kehujung zakar sambil dihenjut2kan zakar utk toskan dr kencing yg masih mengalir....kemudian bukakan lubang di hujung "straw" tu dan siram. Selesai cuci qubul lelaki.


Maka tiadalah peta huruf ز diseluar dalam tu. Dan ketika rukuk solat, tkdelah terkeluar kencing dalam keadaan tk perasan. Tau2 basah. 🤭😁


Ehh!!.. macamlh umi ni lelaki lak cerita bab org lelaki punya.. tp inilah pengalaman umi apa yg  berlaku dn diceritakan oleh anak lelaki umi.. maka adalah wajar umi dikongsikn. 🤭😁


Malu gak umi nk ceritakan bab org lelaki ni sebb umi bukan lelaki.. hanya lelaki jer yg tau buatnya.. ini hanya info ilmu saja utk dimanfaatkan.


Setelah selesai segeralah keluar dgn melangkah kaki kanan.. serahkan najis pada penjagaNya. 


Bila dah melangkah keluar tandas sekitar 5 langkah, maka berdoalah lg :-


"Alhamdulillahillazi azhaba 'annil aza wa a'fani'


"Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkan diriku".


MasyaAllah.. lega rasanyakan..begini sekali Allah sayngkan hambanya. 


Maka, nikmat tuhan mana lg yg mesti kita dustakan.. segala peraturan telah Allah berikan melalui kekasihnya nabi Muhammad. Utk kita dekat kpd Allah. Utk Allah redha atas kita. 


Sesungguh Allah dn rasul sangat sayang atas kita. Kenapa kita tak amik sunnah ini?😭  


Semuga sama2 kita mendapat taufiq dan hidayah dr Allah utk kita mahu  menjadi org yg beriman dan bertaqwa.

 😆 ini teori saja ye umie beri.. kena buat praktikal sendiri..bahaya ooo praktikal pun umie kena tengok🤭🤣🤣


Dah buat akan tahu apa dan bagaimana  kerahsiaannya. Sendiri buat, sendiri rasa.🤭