MAKSUD GELARAN UMMI PADA DIRI NABI MUHAMMAD SAW
“ Wahai anakku, UMMI itu sebenarnya berasal daripada perkataan bahasa Arab lama yang membawa 2 maksud.:
Maksud yang pertama ialah INDUK dan maksud yang kedua ialah ORANG YANG TIDAK TAHU MENULIS DAN MEMBACA.
Perkataan INDUK itu pula mendukung dua maksud juga iaitu yang pertama IBU dan maksud yang kedua ialah TEMPAT LETAKNYA SEGALA SESUATU.
Sebenarnya ummi pada Nabi Muhammad SAW itu membawa maksud pengertian induk yang kedua iaitu *"tempat letaknya segala sesuatu"* dan bukannya orang yang tidak tahu menulis dan membaca.
Wahai anakku, anda pun tahu segala ilmu pengetahuan yang berada di dunia ini terdapat di dalam kitab Al-Quran dan Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Ini bermaksud Rasulullah adalah tempat berkumpulnya segala ilmu pengetahuan. *Perlukah orang yang telah mempunyai segala ilmu pengetahuan belajar menulis dan membaca*, sedangkan menulis dan membaca hanyalah satu kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan.
*Rasulullah tidak perlu kepada menulis dan membaca kerana Allah SWT sendiri melalui malaikat Jibril telah mengajar Rasulullah SAW AI-Quran, kitab yang mengandungi segala ilmu ilmu dunia dan akhirat*. Hanya orang biasa seperti kita yang patut tahu bagaimana hendak menulis dan membaca kerana hanya dengan cara itu kita dapat mencari ilmu. Jadi maksud ummi pada Rasulullah SAW yang anak cari selama ini bukanlah orang yang tidak tahu menulis dan membaca tetapi terdapat dalam maksud induk yang kedua iaitu *"TEMPAT LETAKNYA SEGALA ILMU PENGETAHUAN"*. Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul Yang bersifat Bijaksana. ”
...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan