SAYA NAK TENGOK MUKA TUAN SEKALI LAGI...
Dalam satu temuramah radio, Pengacara bertanya kepada seorang tetamu, seorang Jutawan "apa yang boleh membuatkan Tuan merasa bahagia dalam kehidupan?"
Jutawan tersebut menjawab :
Saya sudah melalui 4 Fasa kebahagiaan dalam hidup dan akhirnya saya memahami apa erti kebahagiaan yang sebenarnya.
Fasa pertama, saya mengumpulkan harta sebanyak mungkin. Tetapi pada tahap ini saya tidak menemui kebahagiaan yang saya cari.
Kemudian datang Fasa kedua di mana saya merubah kepada mengumpul koleksi barang-barang antik dan lukisan-lukisan yang berharga. Tetapi saya sedar keseronokannya hanya sementara dan kepuasan mengumpul barang antik tidak kekal lama.
Kemudian datang Fasa baru yang ketiga, di mana saya menceburi bidang hartanah dan membeli pusat pelancungan dan gedung-gedung perniagaan. Tetapi di sini juga saya tidak dapat mengecapi kebahagiaan yang saya impikan.
Kemudian, satu hari kawan saya meminta saya belikan kerusi-kerusi roda untuk dihadiahkan kepada anak-anak kelainan upaya.
Atas permintaan kawan, saya terus belikan sebilangan kerusi roda yang diperlukan. Tetapi kawan saya mendesak saya ikut bersamanya menyerahkan kerusi-kerusi roda tadi kepada mereka. Saya luangkan masa dan ikut sekali bersamanya.
Di sana saya serahkan kerusi-kerusi roda tadi dengan tangan saya sendiri. Saya dapat lihat cahaya keriangan terpancar di wajah anak-anak OKU ini, semuanya duduk dan berpusing-pusing bermain seolah-olah mereka baru sampai di tempat perkelahan. Saya rasa amat gembira sekali.
Tetapi sesuatu berlaku. Apabila saya berpusing untuk pulang, salah seorang kanak-kanak OKU tadi datang memeluk kaki saya.
Dengan cermat saya cuba melepaskan diri tetapi kanak-kanak itu menatap wajah saya dan enggan melepaskan pelukannya. Saya tunduk dan bertanya "ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?"
Jawapan dari kanak-kanak ini bukan sahaja membuatkan saya sangat gembira tetapi mengubah kehidupan saya sepenuhnya menjadi seorang dermawan.
Dia berkata *"saya nak tengok muka tuan sekali lagi dan cuba ingat, supaya apabila kita bertemu kembali di akhirat nanti, saya boleh kenal wajah tuan dan saya boleh ucapkan terima kasih sekali lagi."*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan