Khamis, 24 Disember 2020

Pahala

 Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia. 


Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?


1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.


Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”


Tak tak. 


Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no 🙅🏻‍♀️🙅🏻‍♀️🙅🏻‍♀️


2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.


Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim. 


1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb. 

2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha 😂

Selagi hang boleh ikut, ikut. 


3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” 😢


Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia. 


Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.


Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.


Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.


Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.


4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing. 


Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah. 


Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :


•UJIAN

•TEGURAN

•BALA


Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk. 


Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia. 


Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi. 


Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.


Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia. 


Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.


Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah. 


Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.


“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”


Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala

Fitnah dajjal

 *ROAD MAP* PERANCANGAN JAHAT MUSUH ALLAH SWT yang MUNGKIN BERLAKU (dengan izin Allah swt):

note: sumber rumusan ucapan Bill Gate, Henry Kessinger, Prince Charles, Karl Schwab

1. Fasa Lockdown akan bertambah dan semakin ketat

2. Kematian "akibat" Covid akan bertambah

3. Masalah ekonomi makin teruk sampai ekonomi perlu di reset di awal 2021, ikat kita dengan IMF. Kemiskinan & kesusahan akan secara paksa rela untuk ikat diri dengan syarat IMF akibat kekangan hidup & ketakutan dengan makhluk

4. Pertambahan penyakit (3rd wave, Covid mutation, pandemic 2) - Feb 2021

5. Full Lock Down pertengah tahun depan

6. Transition of individuality, Universal basic Income - May/June 2021

7. Expected late of second qtr 2021 (Jun/July) - supply chain breakdown. Food shortages.

8. Martial Law di kawasan metropolitan, 3rd quarter 2021

9. 2022 Ekonomi dunia runtuh, Total Debt Relief akan ditawarkan

10. 2022 - Haiqal Sulaiman siap di bina

11. Dugaan cuaca; Banjir besar, kemarau panjang

12. Umat Islam bergaduh sesama sendiri AL-HARJU (hadith)

13. Ad-Dukhon asap tebal yang menggelapkan bumi selama 40 hari.

Their End Game:

*TOTAL TYRANNY, TOTAL CONTROL of the TOTAL WORLD* - This is *THE NEW WORLD ORDER*

Dajjal akan muncul sebagai "penyelamat" daripada kesengsaraan demi menyesatkan manusia untuk bergantung kepadanya dan bukan kpd Allah swt (waiiyyazubillahiminzalik). 

*Allahu'alam*

****

Ingatlah pesan Rasulullah SAW:

Satu hadis riwayat Ahmad daripada Hisyam bin ‘Amir bin al-Ansari, beliau berkata: Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sejak penciptaan Adam sehinggalah hari kiamat tidak terdapat fitnah yang paling dahsyat selain daripada fitnah Dajal.”

Fitnah Dajal adalah fitnah paling dahsyat pernah berlaku sejak Allah SWT menciptakan Nabi Adam hingga hari kiamat.

Ia disebabkan peristiwa luar biasa yang dimilikinya sehingga dapat menghilangkan kewarasan akal. Seperti diriwayatkan, Dajal membawa syurga dan neraka.


FB ustaz noorazman

Rabu, 23 Disember 2020

Iktibar

 INI BUKAN RUMAH ALLAH, INI RUMAH SYAITAN!!


Imam yang berjalan menuju masuk ke dalam masjid terhenti langkahnya. Lalu dia memalingkan wajahnya ke arah susuk separuh abad yang sedang menjerit-jerit di luar pintu pagar masjid.


Kebetulan aku baru tiba di perkarangan masjid. Jadi di waktu aku berselisih dengan pakcik tersebut, dia sedang menjerit sambil memerhati ke arah masjid.


"INI BUKAN RUMAH ALLAH... INI RUMAH SYAITAN!!... INI BUKAN RUMAH ALLAH... INI RUMAH SYAITAN!!.."


Berkali-kali pakcik tersebut mengulangi perkataan yang sama. Hampir kesemua jemaah yang sedang berada di dalam masjid keluar untuk melihat pakcik tersebut.


"Kenapa orang tua tu?"


Salah seorang jemaah bertanyakan pada sahabatnya.


"Tadi aku nampak Pak Ngah On halau dia."


"Halau? Dah kenapa halau dia?"


"Gila agaknya. Lagipun pakaian dia tu kotor."


Aku mencuri dengar perbualan jemaah lain yang kebetulan berada berhampiran dengan tempat aku meletakkan motosikal. Usai mendengarnya, aku terus menuju ke arah pakcik tersebut mengikuti Imam masjid.


Lalu imam mendekatinya.


"Pakcik... Kenapa pakcik cakap macam tu?" Tanya Imam muda kampung aku yang baru sebulan menggalas tanggungjawab sebagai imam masjid.


"Ini bukan rumah Allah. Ini rumah syaitan. Kalian semua pulanglah. Solat apanya di rumah Syaitan."


Dari gaya bahasanya, dia sepertinya bukan berasal dari sini. Usianya lebih dari separuh abad. Pakaiannya agak comot. Tetapi wajahnya bersih. Malah, giginya juga bersih dan agak putih berseri.


"Hoi orang tua. Cakap baik-baik sikit. Ni kan masjid." Celah salah seorang jemaah masjid yang agak berang mendengar kata-kata dari pakcik tersebut.


"Sabaq Bang Man. Sabaq... Orang tu tak betul tu.." Jemaah lain cuba menyabarkannya.


"Astarfirullah Al Azim... Kenapa pakcik cakap macam tu. Ni kan masjid. Rumah Allah..." Imam membalas.


"Kalau ini rumah Allah, kenapa halau aku dari memasukinya? Apa kerana pakaian aku tidak cantik seperti kalian semua?"


Pakcik tersebut merenung tajam ke arah seorang lelaki yang merupakan ajk masjid kami.


"Kalau benar ini rumah Allah? Kenapa halau aku?"


Imam muda hanya terdiam mendengar apa yang keluar dari mulut pakcik tersebut.


"Sebab pakaian hang kotor. Sebab tu kami tak bagi masuk." Bidas ajk yang direnung tajam orang pakcik tersebut mempertahankan perbuatannya.


"Apakah kerana baju aku agak compang-camping lalu kalian menganggap aku kotor. Sedangkan di pakaian aku ini tidak ada sedikit pun najis. Jika benar sekalipun aku ini kotor, maka apa tugas kalian semua? Apakah hanya solat dan memakan hasil dari kutipan masjid? Bukankah kalian semua diberi amanah untuk menjaga rumah Allah? Apakah menjaga rumah Allah itu hanya perlu dijaga bangunannya sahaja? Lalu bagaimana pula orang susah, fakir miskin, muallaf, musafir, yang hidup melarat, susah. Apakah kalian hanya hidup dengan kelompok kalian sahaja dan membiarkan orang lain merempat dan menuju ke Neraka? Demi Allah.. Aku akan tuntut apa yang kalian lakukan pada aku hari ini di depan Allah di akhirat kelak. Aku adalah seorang musafir yang menagih simpati dari pemegang amanah rumah Allah untuk aku berteduh. Tetapi kalian menghalau malah menghina aku. Jika pakaian aku kotor sepatutnya kalian berikan pakaian bersih untuk aku. Kerana aku punyai hak di atas kutipan derma kalian dari masyarakat. Sepatutnya kalian yang diberi amanah dari Allah lebih pentingkan masyarakat di sekeliling kalian dan bukan hanya pentingkan keceriaan bangunan batu itu semata-mata."


"Tapi sekarang kan musim covid. Kami buat semua ni sebab arahan." Balas ajk tadi yang masih cuba mempertahankan dirinya.


"Ya memang benar. Kita semua perlu menjaga diri. Tapi apakah sampai perlu kita menghalang orang lain dari memasuki rumah Allah? Apakah dia berjoget, berlari, bermain di dalamnya? Tidak! Dia hanya berjalan ke tempat solat dan beriktikaf di sana. Sedangkan di tempat-tempat lain di luar sana. Di pusat membeli-belah, mereka berjalan, berlari, malah memegang itu dan ini. Bukankah itu lebih berisiko dari duduk beritikaf di dalam masjid? Jadi kenapa kalian sampai menghalang orang yang jiwanya berada dalam genggaman Tuhan? Apakah kuman itu lebih kuat dari cinta Tuhan? Demi Allah... Apa yang kalian lakukan pada aku hari ini, akan aku tuntut di akhirat kelak."


Belum sempat Imam muda mengeluarkan kata-kata, pakcik tersebut terus berjalan melintasi jalan raya menuju ke arah bangunan rumah kedai yang berada di sana.


"Pakcik..." 


Imam cuba memanggilnya kembali. Tetapi tidak diendahkan olehnya. Tiba-tiba keluar beberapa orang dari kedai tersebut menghalangi penglihatan aku dari melihat susuk tubuh pakcik tersebut. Lalu aku cuba mencari akan kelibatnya namun tidak lagi kelihatan. Malah, tidak ada seorang pun yang melihat ke mana dia pergi. Sedangkan kawasan tersebut adalah kawasan yang agak lapang.


Maka viral-lah seluruh kawasan kampung kami, akan berita masjid didatangi malaikat berupa manusia. Sejak dari kejadiaan itu juga, pengurusan masjid berubah hampir keseluruhannya. Wang derma dimanfaatkan untuk kebajikan masyarakat. 


Malah bukan itu sahaja, masjid turut menyediakan tempat beristirehat untuk mereka yang bermusafir dan ianya percuma. Selain dari itu, pihak masjid juga turut melakukan ziarah dari rumah ke rumah bagi memantau kehidupan masyarakat dia sekeliling. 


Alhamdulillah.. Hari ini masjid kampung aku lebih ramai dan lebih meriah dari sebelumnya.


Tamat...


Namun apa yang saya cuba sampaikan dalam kisah ini, terutamanya kepada mereka yang diberi amanah oleh Allah dalam menjaga rumahNya, permudahkanlah urusan orang lain.


Saya bukan nak minta untuk dirapatkan saf, tidak. Tetapi sekurang-kurangnya permudahkan urusan orang dalam melakukan ibadah di rumah Allah. Jika orang yang datang itu tidak mempunyai penutup muka, sediakan penutup muka. Jika mereka tidak punyai sejadah, sediakan sejadah.


Penutup muka itu berapa sen sangatlah. Lagi pula, kalian tidak keluarkan satu sen pun dari poket kalian untuk membelinya. Sejadah pula adalah kain, dan ia boleh dinyahkuman dengan menggunakan spray nyahkuman atau sebagainya.


Tidak kisahlah apa pun caranya. Itu tugas kalian untuk menyelesaikannya. Tugas yang diamanahkan kepada kalian semua. Jadi laksanalah dengan sebaiknya.


Sekadar itu sahaja...

Ambillah pengajaran dari kisah diatas...

Menerima tanggungjawab sbg pemegang amanah rumah Allah bukanlah sekadar mengurus keewangan masjid sahaja...tapi memastikan keselesaan setiap ahli jemaah yg hadhir kemasjid,mendekati setiap ahli qariah dan mengambil tahu akan kebajikan setiap ahli qariah...kenduri kendara ahli qariah,mengenal pasti ahli qariah yg tak pernah kemasjid dan mendekati mereka dgn hikmah ....

Ahad, 20 Disember 2020

Omar mokhtar

 Cnp

ASY- SYAHID OMAR MOKHTAR VS TENTERA ITALY, MEMILIH TALI GANTUNG DARIPADA MENULIS PERKARA BATIL


Pegawai tentera: Adakah kamu memerangi negara Italy?


Umar Mukhtar: Ya


Pegawai tentera: Adakah kamu memberi semangat pd masyarakat supaya bangkit menentang?


Umar Mukhtar: Ya


Pegawai tentera: Adakah kamu sedar akan hukuman atas apa yg telah kamu lakukan?


Umar Mukhtar: Ya


Pegawai tentera: Adakah kamu mengakui apa yg telah kamu sebutkan?


Umar Mukhtar: Ya


Pegawai tentera: Sejak bila kamu memerangi pemerintahan Italy?


Umar Mukhtar: Sejak 20 thn.


Pegawai tentera: Adakah kamu mnyesal atas apa yg kamu telah lakukan?


Umar Mukhtar: Tidak


Pegawai tentera: Adakah kamu sedar bahawa kamu akan digantung?


Umar Mukhtar: Ya


Hakim mahkamah: Aku berasa sedih pada kesudahan kamu yg sebegini.


Lalu dijawab oleh Umar Mukhtar: "Malah bagiku inilah jalan yg paling afdhal utk aku akhiri hayatku".


Kemudian pihak hakim cuba menukar keputusannya utk memberi pengampunan am dengan syarat Umar Mukhtar perlu menulis risalah kepada para mujahidin supaya menghentikan jihad ke atas orang2 Italy.


Lalu Umar Mukhtar merenung kpd hakim, kemudian berkata pdnya dgn perkataannya yg cukup mahsyur yg layak ditulis dgn tinta emas: "Sesungguhnya jari telunjuk ini yg diangkat pada setiap kali solat bagi mnyaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mana mungkin sekali2 akan menulis satu kalimah yg batil!!"


Akhirnya Umar Mukhtar dihukum bunuh.. akan tetapi beliau tetap hidup di hati org2 yg tahu menilai apa itu makna hak, kebebasan dan kemuliaan.


Sebaliknya pd hari ini berapa banyak jari2 telunjuk yang sanggup pula menulis kalimah2 yg batil!

Sabtu, 19 Disember 2020

Sedekah

 CASH is the King...bukan Beras & Maggi


Ujian Semakin Perit...


Tertiba teringat suatu kisah disebuah surau di USJ Subang Jaya, beberapa waktu yang lepas..


Terdengar perbualan seorang pemandu teksi dan AJK Surau selepas selesai solat Subuh..


"Saya nak minta bantuan pihak Surau bantu saya bayarkan bil api saya dah tertunggak..


"TNB dah bagi warning akan potong letrik kalau tak bayar dalam masa 3 hari, saya mohon bantuan RM75 tuan"..pohon seorang pakcik dalam pakaian seragam putihnya...


"Ohh SOP Surau ni tak boleh bagi cash sebab dah banyak kes penipuan" jawap AJK dalam keadaan acuh tak acuh..


"Cuba Pakcik ke Masjid kat sana tu, mungkin mereka boleh bagi cash sebab kutipan mereka banyak"...sambung AJK 


"Saya dah pergi Tuan, tapi mereka kata kena isi borang & tunggu kelulusan AJK katanya"


"Itu pun kena bagi banyak maklumat & kena tunggu seminggu baru dapat jawapan.Dan bukan semua diluluskan sebab mereka akan buat pemeriksaan dulu" keluh pakcik tu...


"Saya terpaksa datang kesini sebab dah putus usaha & bekalan tunai.


Minyak teksi saya pun dah kuning" rayu pakcik tu ..


"Maaf Pakcik memang SOP kita tak boleh bagi tunai...Tapi kalau nak bantu makanan saya boleh bagi..


"Pakcik boleh pergi ambik kat Kaunter Asnaf kat depan sana tu.Ambik yang dalam beg plastik oren Jakel tu tau"


Tapi syarat Pakcik memang tak mampu & ambik satu kampit aje tau...takut nanti terambik hak orang lain pula" syarah AJK dengan nada seorang penceramah...


"Takpa la Tuan, terima kasih, bekalan beras kat rumah saya masih ada lagi . Biar golongan Asnaf saja yang ambik hak mereka tu" jawap pakcik dengan perasaan kecewa sambil menuju kearah teksinya Proton Saga yang sudah uzur..


Sebelum sempat beliau berlalu, bangkit seorang jemaah bekas pegawai Tentera terus bersuara lantang menegur AJK Surau..


Tak habis-habis dengan SOP SOP...


SOP kau ...Suruh Orang Pergi" syarahnya sambil menjeling kearah AJK tadi..


Kemudian beliau membentangkan sejadahnya serta membuat suatu pengumuman yang cukup berkesan ...


Sebijik aku pernah dengar dari Guru ku Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki ketika membicarakan Kitab Sairus Salikin.


"Kalau telinga Tuan-Tuan dengar orang yang meminta sedekah secara terang-terangan "wajib" kita menghulurkan bantuan walaupun sepuluh sen sebab dia dah jual maruah diri nya"


"Kita kena bantu saudara kita ini supaya maruahnya dapat dikembalikan dengan cara terhormat bukan menolaknya dengan alasan yang remeh...


Selang beberapa saat kemudian menderu jemaah lain termasuk AJK yang masih tersentak dengan teguran Kolonel bersara tu meletakkan beberapa helai wang kertas termasuk beberapa keping wang RM50 keatas sejadah...


Aku hanya memandang dengan seribu penyesalan....


Tanpa mengira jumlah dikutip Kolonel & beberpa jemaah menyerahkan wang tersebut sambil memeluk erat pakcik yang tampak sangat terharu dengan rezeki yang tidak terduga...


Banyak pengajaran yang ku dapati dari insiden ini..


Lebih berkesan dari ceramah-ceramah Subuh sebelum era PKP...


- Bawa lah dompet duit bila ke Surau....


- Hanya suatu usaha yang kecil dapat memberikan kebaikan pada mereka yg memerlukannya.


- CASH is the King...bukan beras & maggi


- Bersangka baik pada yang meminta terutama pada mereka yang baru cuba untuk meminta kerana bukan mudah nak jual maruah diri untuk menagih simpati orang..


Salam dari Kampong Mahmodiah Johor Baru

Subuh 20 Disember 2020.