Jumaat, 16 Julai 2021

Tuan Jana khatib

 Kedatangan sekumpulan pendakwah Para Aulia’ dan Wali yang berketurunan Rasullulah S.A.W dari titian Syaidina Hussein Ibni Syaidina Ali Ibni Abi Talib pada abad  ke 14 Masehi.  Setelah misi dakwah mereka di Deccan Selatan India selesai dan seterusnya mereka berlayar membawa syiar Islam di seluruh pelusuk Asia Tenggara khususnya Alam Melayu Nusantara, yang pada ketika itu menganut Agama Hindu dan Buddha serta Kepercayaan Nenek Moyang.

Maka bermulalah satu misi memperkenalkan Agama Islam keseluruhannya termasuklah langkah serta gerak tari seni mempertahankan diri iaitu ilmu-ilmu perang yang selepas itu dikenali sebagai Silat, ditambahkan pula pengisian rohani Islam yang dikenali sebagai Seni Kebatinan Islam, melalui kekuatan Zikirullah dan Ayat-ayat suci Al-Quran.

Mereka ini dikenali dengan gelaran Wali Tujuh.

1.     YM SAIYID HUSSEIN JAMADIL KUBRO IBNI SHEIKH AHMAD JALAL TITIAN DARIPADA SYAIDINA HUSSEIN IBNI SYAIDINA ALI  IBNI ABI TALIB ATAU MAULANA HUSSEIN.

2.     YM SYEIKH THANA’UDDIN IBNI SHEIKH AHMAD JALAL ATAU ABDUL KARIM AS SAMAN AL-MADANI ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI ADI PUTRA.

3.     SYEIKH ZAINUDIN AL-KHATIB TUAN JANA KHATIB ATAU SINGAPURA DILANGGAR TODAK.

4.     SAIYID BARAQAT ZAINOL ALAM –MENUJU KE BRUNEI DAN MENJADI SULTAN BRUNAI DENGAN GELARAN SULTAN BARAQHAT.

5.     SYARIF MUHAMMAD KEBUNGSUAN-MENUJU KE KEPULAUAN SULAWESI DAN PEMERINTAH DI MINDANAO FILIPINA DAN SULU.

6.      TUAN SYARIF AULIA ATAU SYEIKH ABDUL KARIM AL-MAKDUM-MENJADI ULAMA BESAR MELAKA DI MAKAMKAN DI PANGKALAN KEMPAS PORT DICKSON.

7.     ARWAHI GHOIBIYAH.

Kumpulan Jemaah Aulia’ dan Wali Allah tersebut diketuai oleh YM SAIYID HUSSEIN JAMADIL KUBRO IBNI SHEIKH AHMAD JALAL TITIAN DARIPADA SYAIDINA HUSSEIN IBNI SYAIDINA ALI  IBNI ABI TALIB ATAU MAULANA HUSSEIN .

Setelah beberapa lama dalam pelayaran, mereka tiba di Pasai.  Dari situ mereka berpisah dan meneruskan hala tuju misi dakwah ke Melaka, Tumasek (Singapura), Tanah Jawa, Aceh Sumatera Utara, Sulawesi, Mindanao, Kalimantan, Kelantan, Pattani, Kemboja dan Champa.

Salah seorang daripada rombongan tersebut, bernama Sheikh Zainuddin Al-Khatib (Tuan Jana Khatib) dari Pasai meneruskan misi dakwahnya ke Tumasek (Singapura).  Raja Tumasek pada ketika itu bernama Paduka Seri Maharaja.  Pada suatu hari Permaisuri Baginda telah kagum mendengar kekeramahan Tuan Jana Khatib dan menitahkan beliau menunjukkan kebolehan.  

Tuan Jana Khatib menyatakan bahawa dengan kudrah Illahi segalanya boleh terjadi (Kun Faya Kun).  Tuan Jana Khatib telah merenung pada sebatang pohon pinang dan dengan kekeramahan beliau dari hujung hingga ke pangkal pohon pinang tersebut terbelah dua.  Bila ini terjadi Raja Tumasek telah dihasut oleh Pembesar Istana yang menyakinkan bahawa takhta Raja boleh dirampas semudah peristiwa pohon pinang.  Raja Tumasek menitahkan agar Tuan Jana Khatib dihukum bunuh.  

Sebelum kemangkatan, beliau melafazkan ‘Tanah Tumasek akan musnah dan tidak akan ada Raja Melayu memerintah’.  Sehari selepas kemangkatan Tuan Jana Khatib satu peristiwa yang tercatat di dalam sejarah iaitu seluruh pantai Tumasek dilanggar oleh ikan Todak sehingga beberapa minggu yang menyebabkan ramai rakyat Tumasek terutama Armada Laut Tumasek yang terkorban, ini menyebabkan Raja Tumasek gering dan berdukacita.  

40 hari selepas Tumasek dilanggar Todak, Armada Majapahit menyerang sehingga Pulau Tumasek menjadi ‘Padang Jarak Padang Tekukur’.  Seperti sumpah Wali Allah, Tumasek atau Singapura tidak lagi diperintah oleh Melayu hingga kini.

Manakala yang lain meneruskan misi dakwah ke beberapa negeri di Nusantara. Sayed Husein Jamadil Kubra bersama adiknya iaitu Sayed Thana’uddin atau gelarannya Sheikh Abdul Karim As-Saman Al-Madani ke Kelantan.  

Setelah disambut meriah oleh Raja Kelantan dan memperkenankan untuk menempatkan beliau dua beradik tinggal di perkarangan Istana, tetapi mereka lebih selesa berdakwah serta berkhalwat (bersunyi-sunyian) di dalam Gua Puncak Bukit Panau sambil menyebarkan Islam dan berdakwah. 

Sayed Thana’uddin atau Sheikh Abdul Karim As-Saman Al-Madani berulang alik dari Bukit Panau ke Pulau Besar Melaka dan Gunung Ledang berkhalwat serta berdakwah, mengajar ilmu hikmah dan kebatinan Islam.  Beliau juga dikenali sebagai Tuan Syarif Aulia atau Sang Adiputra yang menjadi guru kepada Laksamana Hang Tuah lima saudara di Gunung Ledang.  

Manakala di Pulau Besar Melaka beliau menjadi guru kepada Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Kalijaga, yang kemudiannya dikenali sebagai Wali Sembilan di Tanah Jawa. Manakala murid beliau Sheikh Sutabris juga menjadi Wali dan Pendakwah terkenal.  

Sheikh Abdul Karim As-Saman Al-Madani mangkat ketika berumur 120 tahun. Jenazah beliau disemadikan / dimakamkan di puncak Bukit Panau, Kelantan dan ada juga mendakwa jenazah beliau dimakamkan di Pulau Besar Melaka.

Pulau Upih adalah sebuah pulau yang kecil di pesisiran pantai Melaka.  Di situ juga ada penempatan pondok perguruan dan pusat dakwah yang terkenal di seluruh Nusantara, di bawah bimbingan Sheikh Awlul Islam atau Maulana Isyak ayahanda kepada Sunan Giri.  

Beliau juga menjadi guru kepada Wali–Wali Sembilan di Tanah Jawa, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Acheh, Champa dan Pattani.  Pesantren ini banyak mengeluarkan ulama serta para Wali–Wali Allah yang terkenal yang menyinarkan cahaya Islam di seluruh alam Melayu.

Selasa, 13 Julai 2021

Sebak

 #SAYAHANYASHARE ...


-Beratur nak bayar barang kat satu kedai runcit kat Puchong Prima petang tadi. Depan aku ada brader nie tengah bayar sekotak susu formula sama dengan brand anak aku kat kaunter berharga rm23 dan telur 10 biji berharga rm7. Apa yang tersentuh hati aku, brader nie bayar duit pakai duit syiling.!! berdesing bila duit syiling tue jatuh selambak kat meja kaunter. Termenung dan terdiam sekejap budak cashier tue dengan kawan dia kira dan asingkan duit seringgit².. Aku dan pelanggan lain kat belakang yang tengah beratur (ada cina, India dan Bangla) pon turut terkasima dan pastinya semua sayu tengok kejadian nie depan mata.


Budak cashier tue terus kira dan rasanya baru sampai Rm10 dan dia terus cakap duitnya cukup dan bungkus cepat² susu formula tadi. Aku nampak mata dia dan kawannya mula berkaca. Aku tahu bukan budak cashier nie malas kira tapi dalam fikiran dan perasan budak cashier  tue sedang sedih dan andai kata duit syiling brader tue kurang dia akan gantikan.


Tak semena² aku tegur brader tue. "Bang, takpa bang biar saya bayarkan". Brader tue menoleh dengan berat kat muka aku dan jawab "tak apa bang, saya 'saja' jer nak pakai duit tabung saya.. hehehe" dengan muka senyum 1000 penipuan. Tiba² uncle cina belakang aku sahut "Takpa apa barang u ambil sini kasi cukup barang rumah saya bayar". Dan tetiba Bangla kat belakang auntie India bergerak ke depan letak beras 5 kilo kat cashier sambil pegang bahu dan gelengkan kepala untuk signal yang dia sedekahkan beras tue kat  brader tadi.. (mungkin dia tak pandai cakap tapi dia faham situasi tadi).


Brader tadi serba salah dan terkedu dan matanya mula berkaca.. tapi last² ayat dia "Takpa bang...takpa" terus sambar barang dia dan keluar dengan laju menuju ke motornya, Kitorang jerit panggil dia buat tak dengar. Start motor terus jalan.


Cashier ambil duit dia yang tak habis kira tue masuk dalam bekas bawah meja dan kawan dia dah basah pipi dah. Bangla tue ambil balik beras dia dengan muka sedih dan beratur balik. Uncle cina tue sembang dengan auntie India belakang dia pasal brader tadi.. aku pulak terdiam dan terus bayar dan keluar kedai dengan bawak balik satu kejadian yang menyedihkan aku. Patutlah dia mundar mandir dalam kedai tue macam nak tunggu taiming kaunter cashier clear. Dia segan kot nak bayar pakai duit syiling.


Bro.. (andai kata ko dapat baca posting aku nie) Aku tau ko ada ego lelaki, ego seorang ketua keluarga, seorang ayah dan suami.. Aku boleh rasakan betapa beratnya perasaan seorang Ayah yang korek duit tabung dan tebalkan muka beli susu dan telur untuk keluarga.. Dengan alasan ko kata "saja nak pakai duit tabung" itu aku takleh terima sebab aku tahu yang duit terakhir ko adalah duit tabung. Orang korek tabung hanya bila dia dah terdesak.


Dengarlah nasihat aku bro.. saat getir ini. Tak perlu malu sekiranya ko perlukan bantuan. Dan jangan segan silu kalau ada yang sudi membantu. Sebab sebenarnya dugaan untuk ko adalah ujian untuk kami. Fikirlah demi untuk keluarga dan bukan kerana mahalnya egomu. Andai ko baca posting aku nie dan masih dalam kesukaran. Jangan segan untuk naikkan bendera putih. Demi survival keluarga ko dapat bertahan sampai habis darurat ini. Bila ko dah pulih nanti siapa tahu mungkin giliran ko pulak bantu orang lain. Bagilah peluang untuk orang lain bantu diri dan keluarga ko.


Aku balik rumah dan terfikir, saat Tuhan turunkan dugaan, Ia juga turunkan rahmat dan pertolongan melalui insan² di sekeliling kita. Dan dugaan kesusahan orang lain sebenarnya adalah ujian untuk kita. Kat sini aku nampak rakyat tolong rakyat.Tanpa ada perbezaan fahaman, bangsa Melayu India Cina dan Bangla sekalipun semua nak membantu tak kisah lah status ko kaya atau miskin.. ramai yang susah sekarang nie tapi ramai juga yang membantu, sedar atau tidak amalan bersedekah semankin banyak dipraktikkan.. teruskan rakyat Malaysia, semoga dengan amalan bersedekah ini diterima Allah dan semoga Allah mengampuni dosa² kita dengan mengangkat semula Wabak ini keluar dari bumi Malaysia.. Amin...😭😭😭


-kredit to Amirul azizi-

Isnin, 12 Julai 2021

Insaf

 Masa tu saya baru keluar dari kedai. Di sebelahnya ada klinik. Masa keluar tu terserempak dengan Cikgu P. Beliau ni bekas pengetua.


Bila dah terserempak sembanglah kejap. Saya tanya ‘tak sihat ke cikgu?’. “Dah tua tua ni biasalah. Sakit tu sakit ni.” Saya pandang mukanya.


Cikgu P ni sering keluar masuk hospital. Tropi penyakit 3 serangkai dah ada dalam genggaman. Dulu badan berisi sekarang dah kurus. Nampak tak bermaya.


Masa sembang tu saya perhatikan mukanya. Mata dia berkaca. Sayu. Tak ada senyum.


Sesekali dia lontarkan pandangannya. Jauh nampak dia merenung. Bila bercerita suara bergetar-getar.


Saya rasa serba salah pula. Gatal mulut pergi tanya tadi. Dah sedih pula jadinya Cikgu P.


Tapi Cikgu macam nak bercerita. Saya layan saja. “Saya ni  dulu pengetua. Dengan cikgu-cikgu saya garang. Selalu aja cari pasal".


“Dengan cikgu bawahan saya ni saya pasang spy. Intip apa cikgu tu buat. Asalnya nak ubah sekolah. Untuk kebaikan. Tapi lama-lama jadi lain.”


“Saya ni jadi mata lalat. Asyik cari salah aja. Ada saja yang tak kena.” Kata Cikgu P. Suara dgn nada mendatar saja.


Saya telan air liur saja masa dia cerita. “Sadis juga” saya fikir dalam hati. 


Dia kata kalau ada guru yg sakit, dia orang tetap kena hadir kerja. Walau dapat cuti sakit dari doktor. Dia tak kira. “Selagi tak warded kena datang kerja,” kata Cikgu P sambil geleng-geleng kepala.


“Kalau cuti Rehat Khas tak payah minta. Hari sabtu pun kena datang sekolah. Kalau habis sekolah balik terus memang saya cop pemalas.” Tambah Cikgu P lagi. 


Telan air liur saya dengar cerita Cikgu P ni memang brutal habis gaya leadership dia.


“Saya selalu kata ikut macam saya ni. Kerja macam saya. Sabtu Ahad saya tetap turun kerja.” Siap dengan tangan Cikgu P sekali naik.


Tambah Cikgu P lagi, padanya surat pekeliling jabatan seolah-olah surat dari tuhan. Ditafsir se- rigid yang mungkin. Walau tafsiran sekolah lain beza, dia tak peduli. Dia hanya terima apa yang dia faham saja.


Sebelum pencen, Cikgu P kata dia diserang oleh penyakit. Penyakit 3 serangkai muncul dgn tiba tiba. 


Yang sedihnya bila dia masuk hospital tak ada  siapa datang melawat. Tak ada guru mahu mendekat.


Dia kata yang sedihnya bila pencen terserempak dengan cikgu lain. Tak ada yang nak tegur. Buat-buat tak nampak aja. Mereka masing-masing mengelak.


Katanya sekarang ni dia sedar. Jawatan bukan segalanya. Hidup bukan untuk mencipta musuh tetapi membina kawan.


Sekarang sudah terlambat katanya. 


Masa ni saya nampak mata Cikgu P berkaca. Ombak dadanya kuat. Genggaman tangan terlihat kuat.


Begitulah kehidupan. Masing masing ada ceritanya tersendiri.


Saya terfikir. Ramai tidak sedar. Hubungan sesama manusia mempengaruhi kesihatan sehingga ke cellular level.


Hubungan yang baik boleh meningkatkan sistem imun tubuh. Kajian jangka panjang selama 70 tahun di Harvard University membuktikan aspek ini. Mereka mendapati orang yang bahagia adalah mereka yang ada hubungan baik sesama manusia.


Bila bahagia, kesihatan pun terjaga.


Dalam hidup elakkan dari jadi mata lalat. Tak perlu cari salah anak. Tak perlu fokus pada buruk pasangan. Tak perlu mencari-cari aib org lain.


Hidup bukan untuk cari salah orang. Tapi untuk perbaiki diri sendiri dulu.


Jadilah mata lebah. Mencari yang baik. Mencari yang indah.


C&P 

Terimakasih buat penulisnya.


#DemiMasa

#KingOfPukau

Gas memasak methane

 Soalan: Kenapa pilih Methane utk memasak berbanding dgn n-Octane?


Sebab Pertama:

Jawapan mudah utk soalan tersebut tentunya pilih Methane sbb n-Octane banyak asap dan kotorkan periuk mahal la gitew..marah la Mak Cik kat dapur..ha ha..Lihat sebab ke-5 di bawah sekali – ada kaitan!


Sebab Kedua:

Walaupun entalpi utk pembakaran n-octane lebih tinggi berbanding methane (n-octane = -5430 kJ/mol; methane = -890 kJ/mol) tapi Tenaga dibebaskan per unit jisim (atau Q/m) pulok methane adalah lebih tinggi dari n-octane (methane = 55.536 kJ/g; n-octane = 48.254 kJ/g). Jadi methane hasilkan haba yg lebih tinggi bagi setiap gram gas berbanding n-octane. Sebab tu Methane dipilih!


Sebab Ketiga:

Methane dipilih berbanding n-octane juga berdasarkan amount CO2 yg dibebaskan juga. Cuba tengok equation berikut:


CH4 + 2O2 --> CO2 + 2H2O

[16 g CH4 hasilkan 44 g CO2; Jika kita ratiokan: 44/16 = 2.75 g CO2/1 g CH4]


2C8H18 + 25O2 --> 16CO2 + 18H2O

[228 g C8H18 hasilkan 704 g CO2; Jika kita ratiokan: 704/228 = 3.09 g CO2/1 g C8H18]


n-Octane hasilkan lebih banyak CO2 berbanding CH4..sbb tu CH4 patut dipilih.


Sebab Keempat:

n-Octane hasilkan asap yg menusuk hidung/tajam (acrid smoke)..mcm bau dari ekzos keter tu la, tetapi methane tidak! Baru la bau rempah menumis tu mengancam! Ha ha..


Sebab Kelima:

n-Octane hasilkan banyak asap!

CH4 + 2O2 --> CO2 + 2H2O

[1 mol CH4 hanya perlukan 2 mol O2 utk pembakaran lengkap]


2C8H18 + 25O2 --> 16CO2 + 18H2O

[tetapi 1 mol C8H18 perlukan 12.5 mol O2 utk pembakaran lengkap..fuuh! Kelam la dapur

Asid lemah

 Rujuk document ini: "BASF Formic Acid for the Rubber Industry - Chemicals"...ada dijelaskan kenapa HCOOH dipilih.


ada beberapa sebab la asid lemah dipilih berbanding asid kuat: 


1) Asid kuat akan sebabkan ketidakhomogenan hasil NR - sebab latex menjadi beku terlalu cepat..pH jatuh dgn cepat; 


2) Jika asid kuat digunakan maka getah keping terhasil lebih gelap dan kadang-kadang ada tompok atau bintik hitam akibat pengoksidaan; 


3) Asid kuat lebih membawa kemudaratan kpd alam sekitar; 


4) Asid kuat perlukan kepakaran utk handling dan pencairan; 


5) Ada kajian mengatakan tensile strength juga jatuh jika guna asid kuat - tapi kena study betoi-betoi la..nanti ada org marah! Rasanya itu jer kot.