Selasa, 18 Oktober 2022

Agent

 Nidarahayu Zainal, 34 tahun adalah Wanita Muslim Melayu Agent Melayu yang direkrut dan menjadi dalang Mossad, agen perisikan Israel di Malaysia. Nida tinggal di Desa Pandan bersama suami Raibafie Amdan, 38. Suami Nida dulunya hanya kerja sebagai Ofis Boy sebelum di rekrut sebagai Agen Mossad.  Raibafie mampu memandu kereta Mercedes dan dikatakan keluarga mereka sering melancong ke Eropah. Mereka berdua selalu posting di IG dan FB percutian mereka yang sebenarnya digunakan sebagai Camouflage, aktiviti latihan yang diberikan di Perancis terutamanya dalam menggunakan senjata api dan  bertempur serta taktikal lain. 


Penyamaran Nida? Agensi Kawalan Bodyguard dan Penyiasat Persendirian. Nida menyamar sebagai Private Investigator dan Agen Kawalan Keselamatan dan Bodyguard. Nida dan suaminya menerima tugasan dari Mossad dan latihan di Eropah dan merekrut tentera Upahan dari Malaysia, untuk melakukan penculikan Agen Hamas di Malaysia. 


Mereka telah ditangkap dan bakal berdepan hukuman mati kerana menculik Pakar IT Hamas, Omar ZM Albelbaisy Raeda di Jalan Yap Kwan Seng. Omar kemudian dibawa ke Kuala Langat dan disiksa menurut arahan Mossad di Israel. Pada 5 Okt lepas, media melaporkan polis menyelamatkan mangsa berumur 31 tahun itu sehari selepas diculik oleh individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.


Omar diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka bermula 29 Sept hingga 4 Okt.


Kebodohan mereka? Menculik Omar. Sedangkan Pakar IT sebenarnya adalah kawan Omar yang sama2 dengan beliau sewaktu di ambush di Jalan Yap Kwan Seng. 


Dijangka lebih ramai lagi Agen Mossad ini di Malaysia akan ditangkap memandangkan Hub IT Hamas dan Palestin berpusat di Malaysia.


Ingat tak tiba² Cerita Mat Kilau di Netflix trending di Israel? Yahudi sedang mengkaji Melayu. Lebih ramai anak-anak Melayu akan direkrut.


Nak gaji mahal, hidup mewah, bawak Merc dan selalu melancong ke Eropah? Tak payah join MLM ataupun Scammer. Ada peluang jadi Agen Mossad di Malaysia. 


Ingat tak Pensyarah Palestine yang ditembak pada tahun 2018 dulu? Dia dipercayai dibunuh dengan menggunakan Modus Operandi yang sama.


Nida menjadi dalang rangkaian jaringan perisikan Israel di negara dan telah dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis sebelum direkrut oleh ejen Mossad sebelum tahun 2018. 


Upah Nida dan tentera Upahannya? RM120 ribu. Sikit sangat dan tak berbaloi berbanding dengan hukuman mati dan penjara seumur hidup yang bakal di terima. Disamping bayaran bulanan sejak sebelum 2018 sebanyak Euro2,000.00. Cukup lumayan. 


Senarai tangkapan : Nidarahayu Zainal, 34, Raibafie Amdan, 39.

Edy Ko’im Said, 40; Mohamad Norakmal Hassan, 41; Dody Junaidi, 42; Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39; Mohamad Naziree Mustapha, 39; Faizull Hardey Mohd Isa, 40; Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25; Mohamad Sufian Saly, 23 dan Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21; 


Mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara niat bersama telah menahan Omar ZM Albelbaisy Raeda untuk mendapat ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.


Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Mayang di sini, pada 10.40 malam, 28 Sept lepas mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.


Siasatan mendapati mangsa masuk ke negara ini pada 21 Sept lepas sebagai pelancong dan dipercayai tinggal di Eropah selain tidak menolak kemungkinan mangsa merupakan ahli perniagaan.


#mossadmelayu 

#nirdarahayu 

#IsraelKoyak 

#hamasit

Isnin, 17 Oktober 2022

Warna

 S: Mengapa gas propana dan cecair etanol tiada warna?


J: utk menjawab soalan pljr tu bagitau dia yg bhn organik akan memberi warna jika dia mempunyai conjugated double bonds atau conjugated chromopores. Utk conjugated double bonds perlu ada sekurang2x nye 8 unit barulah mata kita boleh mencerap warnanya. Chromopores tadi perlu menyerap warna dan warna yg tinggal sbg baki tu lah yg kita cerap. Penyerapan warna adalah hasil excitation elektron dari ground state ke excited state. Propane dan ethanol tiada chromopore..so tiada warna. 


Tkasih ayahku

 Ku Halim Ku Bulat

Sabtu, 15 Oktober 2022

Pelik

 Kita berada di alam misteri


1. Pekerja ramai diberhenti, tapi pada masa yg sama susah nak cari pekerja baru


2. Ekonomi merudum, tapi pada masa yg sama mall penuh sesak nak mampus


3. Rider penghantar tak cukup, tapi pada masa yang sama Rider bersidai dapat RM 25 shj sehari


4. B40 miskin tidak cukup belanja bulanan, tapi pada masa yang sama kutipan Mat Kilau 100 juta 


5. Nilai matawang ringgit jatuh, tapi pada masa yg sama Airport penuh, buat passport beratur 5 jam lebih


6. Gaji graduan rendah, tapi pada masa yg sama, jualan Vios dan Honda meningkat


7. Ramai kaum hawa yang bujang, tapi pada masa yang sama ramai lelaki tak kawin dan duda 


8. Rumah mahal tak mampu milik, pada masa yg sama 60% rumah overhang tak terjual di bawah RM250,000 pula


9. Harga ayam mahal, tapi pada masa yg sama, McD penuh, KFC penuh, mamak setiasa penuh


* Ekonomi kita feudal, masih bergantung kepada teknologi ringkas atau dgn berorientasikan pekerja asing. Jadi bila shifting dalam ekonomi global, kelang kabut jadinya kita. Satu lagi kesan bantuan semasa Covid. RM 800 billion berada dalam pasaran sekarang, menyebabkan supply demand equilibrium tergangu.


Nasi tambah versi PRU


10. Paling tak suka PRU sekarang katanya banjir, tapi pada masa yang sama, dialah paling awal kempen


11. Suruh Melayu bersatu hati, tapi pada masa yg sama, dia yang buat parti baru dua tiga kali


12. Dia kata PM tak boleh buat kerja, tapi pada masa yang sama dia yang setuju dan rekomen pada Agong lantik PM itu


13. Dia kata kami tak berkerjasama dgn org tikam belakang, tapi pada masa yang sama, dia kata door is always open

Rabu, 12 Oktober 2022

Golden

 TUJUAN AKHIR

=============


Seorang pengurus yang memiliki gaji RM30,000/bulan sedang berdiri di tepi Lori dan memandang ke arah kebun, ketika seorang petani datang . 


Pengurus itu bertanya :

Berapa lama waktu yang dihabiskan untuk mengeluarkan hasil sebanyak ini?


“Tidak lama, 5 jam sehari sahaja " jawab petani.


“Mengapa tidak pergi lebih lama lagi dan menanam lebih banyak lagi ?”


“Ini sudah cukup buat keluargaku.”


“Apa yang di lakukan diluar waktu bercucuk tanam?”


“Bermain dengan anak-anakku, tidur siang, makan tengahari bersama keluargaku, menghantar dan jemput anak ke sekolah, berbakti kepada kedua ibu bapaku, keluar dengan kawan2, beribadah untuk dekatkan diri dengan Pencipta .......hidup yang begitu kunikmati.”


“Saya ada idea untuk membantumu,” ujar si pengurus. 


“Saya lulusan dari Amerika. Saya cadangkan, habiskan waktu tuan lebih banyak utk menanam sayur, buka kebun yang lebih besar, dapat lebih banyak duit, beli lagi beberapa lori.’


Jangan jual sayur kepada orang tengah, jual terus ke pembeli hingga tuan memiliki kedai sendiri. 


Kendalikan produk, agihan dan penghantaran.Setelah itu anda pindah ke kota besar, kemudian ke luar negeri untuk mengembangkan usaha ini.”


“Menarik,Tapi berapa lama waktu yg di perlukan supaya dapat mencapai semua itu?” tanya petani yang mulai tertarik.


“Lima belas tahun paling cepat. Dua puluh tahun paling lambat,” jawab si pengurus. 


“Setelah itu tuan ?”


“Inilah bahagian yang paling menarik,

Anda boleh menjual saham perniagaan di bursa dan menghasilkan duit yang banyak.”


“Wah, menarik ya. Lepas tu tuan?”


“Lalu, tuan boleh istirahat dan pulang ke rumah. Pindah ke desa kecil di tepi laut, memancing, bermain dengan anak-anak, tidur siang, makan bersama keluarga, menghantar anak ke sekolah, berbakti kepada ibu bapa serta lepak dengan teman2 rapat dan beribadah untuk dekatkan diri dengan Pencipta.


Oooooooh..


kalau TUJUAN AKHIR nya cuma itu, sekarang SAYA SUDAH MENDAPATKAN apa yang SAYA INGINkan,


Kalau menunggu 20 tahun lagi, anak-anak saya sudah besar, jadi tak mungkin lagi saya bermain dan mengantar mereka ke sekolah. Jika ibu bapaku dipanjangkan umur pun rasanya mereka sudah tidak mampu untuk bergerak jauh dan lama, sahut si petani sambil meninggalkan manager yg kebingungan.


Moral of Story : 


Jangan lewatkan GOLDEN MOMENT bersama ANAK-ANAK, IBUBAPA & KELUARGAmu

Kerana HAL INDAH ini TIDAK AKAN TERULANG DUA KALI dalam kehidupanmu


Syukurilah semua hal baik yang kau miliki bersama keluarga mu saat ini.


C/P.

Malaya

 Kapal Perang HMS Malaya Kurniaan Dari Sultan Perak. 


Negeri Perak menjadi negeri yang paling kaya diantara negeri-negeri Melayu sewaktu era penjajahan British. Hasil bumi yang banyak di negeri Perak ini telah mendorong kepada pertumbuhan ekonomi yang cepat berbanding negeri lain di Malaya ketika itu. Ini dapat dilihat dengan negeri Perak merupakan negeri pertama yang mempunyai jaringan keretapi, hospital, muzium, zoo dan lain-lain lagi.


Diatas kemajuan yang dibawa oleh pihak British kepada negeri Perak pada tahun 1912, Paduka Seri Sultan Perak Sultan Idris Murshidul Adzam Shah mencadangkan dalam mesyuarat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bahawa Negeri-Negeri Melayu Bersekutu patut menghadiahkan kepada kerajaan British sebuah kapal perang kelas pertama yang paling canggih sebagai tanda sokongan kepada Empayar British.


Cadangan itu telah disokong oleh Sultan Selangor dan majlis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan dana sebanyak £2,945,709 (25 000 000 Dolar Negeri Selat) bagi tujuan pembinaan kapal perang tersebut.


Pembinaan kapal tersebut dimulakan pada tahun 1913 dan siap sepenuhnya pada tahun 1915. Kapal tersebut ditauliahkan dengan nama HMS Malaya pada tahun 1916 dan mengibarkan bendera dan membawa jata Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sempena menghargai hadiah dari rakyat Negeri-Negeri Melayu bersekutu kepada British.


Sebagai tanda terima kasih kerajaan British diatas kemurahan hati Sultan bersama pemerintah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang lain, pihak Britih telah menampung kos pembinaan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar dengan dana sebanyak 200,000 Dolar Negeri Selat.


Pada tahun 1921 HMS Malaya melakukan lawatan ke tanah melayu dan berhenti di Port Swettenham, Singapura, Melaka, Port Dickson and Pulau Pinang . HMS Malaya melakukan majoriti operasi ketenteraannya di lautan Mediterranean dan kepulauan Britain.


King George yang merupakan Raja British dan Maharaja India pernah bertugas di atas kapal perang ini. Kapal perang utama ini dilengkapi 8 meriam 15 inci yang diletakkan di 4 pembawa meriam berputar utama dan mempunyai sesaran seberat 33,020 tan . Panjang kapal ialah 196.82 m sementara lebarnya pula ialah 27.58 m


Ia dijana menggunakan enjin stim arang batu 56,600 kuasa kuda yang mampu memberikan kelajuan maksimum 25 knot. Ketika Perang Dunia Pertama, HMS Malaya terlibat di dalam Petempuran Jutland 


Pertempuran ini terkenal kerana ia berjaya menghadkan pembabitan Tentera Laut Empayar Jerman hanya sekitar perairan wilayahnya sahaja. Di dalam pertempuran ini HMS Malaya mengalami kerosakan yang teruk akibat dibedil sebanyak 8 kali.


Antara yang tercedera ialah Able Seaman Willie Vicarage . Beliau adalah antara individu terawal yang diberikan pembedahan plastik bagi membaiki muka akibat kecederaan yang teruk


Sebahagian besi dari kesan bedilan kapal perang Jerman ini kemudiannya dihadiahkan kepada Negeri Negeri Melayu Bersekutu ketika lawatan pada tahun 1921. Uniknya HMS Malaya ketika pertempuran Jutland ialah ianya satu-satunya kapal perang yang mengibarkan bendera Negeri – Negeri Melayu Bersekutu 


Pada tahun 1922 HMS Malaya membawa Sultan Mehmed VI , Sultan terakhir Empayar Uthmaniah yang dibuang negara oleh Mustapha Kamal Attaturk ke Malta.


Pada tahun 1936 HMS Malaya dihantar ke Palestin bagi menentang kebangkitan warga Arab yang tidak bersetuju dengan kebanjiran bangsa Yahudi yang dibawa masuk oleh Britain. Beberapa periuk api yang dibawa oleh HMS Malaya digunakan bagi meletupkan rumah milik penentang Arab.


Pada tahun 1941 ketika Perang Dunia Kedua, HMS Malaya mengalami kerosakan teruk akibat serangan torpedo U-Boat. Ia dibaiki di pelabuhan New York dan kemudiannya menjadi pengiring konvoi kapal kargo merentasi lautan Atlantik.


Pada tahun 1948 HMS Malaya ditamatkan perkhidmatnya oleh Tentera Laut Diraja Britain dan ianya diubah menjadi kapal sasaran untuk sekolah latihan pengebom udara. Pada 12 April 1948 ianya dimusnahkan sebagai besi buruk di Fastlane, Scotland.


Pada 12 September tahun yang sama sempena hari menyambut kemenangan British ketika Perang Dunia Kedua di Malaya, loceng HMS Malaya dihadiahkan oleh Tentera Laut Diraja Britain kepada Sekolah Victoria Institution.


Loceng ini dibunyikan setiap pagi bagi menandakan permulaan sesi persekolahan. Ianya dihadiahkan kepada V.I kerana pada ketika itu ianya merupakan sekolah terbaik di Tanah Melayu dan diharapkan prestij HMS Malaya yang penuh bersejarah dapat menjadi contoh teladan pelajar sekolah.


Pada tahun 1983 pihak TLDM cuba mendapatkan loceng ini dari pihak sekolah untuk diletakkan di Muzium TLDM. Pihak V.I enggan menyerahkannya kerana ianya hadiah dari Tentera Laut Diraja Britain dan bukannya milik TLDM.


TLDM gagal mendapatkan hak penjagaan loceng ini selepas pesatuan Old Boys V.I berjaya menunjukkan bukti sahih penyerahan loceng ini kepada pihak sekolah untuk disimpan.


Sungguhpun begitu pada tahun 2007 , loceng ini diserahkan juga kepada TLDM setelah diminta oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda pada ketika itu baru sahaja menemui bendera asal yang digunakan oleh HMS Malaya ketika ianya masih berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Britain.


Bendera ini dihadiahkan baginda kepada Muzium TLDM. Pada hemat baginda adalah baik sekiranya bendera dan loceng HMS Malaya dapat disatukan semula selepas puluhan tahun dipisahkan.


Sumber Kredit Nizam Ali