Ahad, 22 Januari 2023

Band 6

 Meh la belajau OBE.. Akan lebih faham maksud pentaksiran dan penilaian.

It is not easy as u think.
TP - BUKAN sistem penggredan yg boleh meletakkan tahap penguasaan pelajar SEBAB TP tidak menggambarkan dengan tepat tahap penguasaan kognitif pelajar. Sifat TP tidak telus. TP 1-3 : memberi maksud penilaian secara kognitif. Tetapi, TP4-6 : menggabungkan penilaian kognitif dan afektif. Dalam pentaksiran, TIDAK berlaku gabungan kognitif dan afektif dalam 1 penilaian. Cikgu tidak boleh menilai tahap kognitif pelajar dan afektif kerana kognitif merujuk kpd skema jawapan, manakala afektif merujuk kpd rubrik.

Penilaian sumatif : menggunakan kognitif. Jawab atas kertas dan beri markah pd jawapan. Jika ada ujian  lisan : rubrik afektif digunakan, dan bukan skema jawapan.
Penilaian formatif : menilai pencapaian pelajar semasa pdp, boleh menggunakan kognitif (kuiz) atau afektif (rubrik).

Penilaian afektif selalu disalahertikan sbg kognitif. Afektif WAJIB ada rubrik.
Contoh - Pembentangan Projek
- rubrik : Komunikasi Lisan, Komunikasi Bertulis.
Ada rubrik utk menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran berkomunikasi secara lisan dan secara bertulis.
Bgmn menentukan pelajar FAHAM isi kandungan pembelajaran? Dalam rubrik Kemahiran Lisan : lickert scale yg digunakan MESTI ada komponen KEJELASAN penyampaian dll yg merujuk kpd kemahiran lisan.
Bgmn menentukan bahan penyampaian memberi makna kpd penyampaian lisan? Disini, Kemahiran Bertulis : lickert scale mempunyai komponen KEBERKESANAN BAHAN persembahan yg membantu keberkesanan penyampaian lisan.

Rubrik spesifik seperti ini yg cikgu perlu sediakan kalau nk buat pentaksiran jenis Afektif.
Baru betul nk beri TP kpd pelajar.

BUKAN, soalan matematik tahun 1, bab 1 dah ada TP 4-6. Paling tak boleh tahan, dlm DSKP Metamatik Tahun 1  TP6 : Menyelesaikan masalah seharian.
Sedangkan TP6 matematik - ada elemen afektif.

Sebab tu, cikgu² berikan penilaian kpd pelajar dlm keadaan tidak terurus. TP4-6 HANYA boleh diberikan kpd pentaksiran berterusan menggunakan jenis AFEKTIF sahaja. Sebab, pernyataan TP4-6 dibezakan penguasaannya pada kata kerja AFEKTIF (berbentuk SIFAT), seperti
TP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab : Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.
Perkataan Tahu, Faham dan Boleh Buat merujuk kpd kognitif ( Tahu, Faham, Aplikasi, rujuk Bloom)
Perkataan BERADAB merujuk kpd elemen afektif. Mesti menilai pelajar berasaskan rubrik. Supaya pelajar faham, beliau telah membuat sesuatu pentaksiran bukan shj telah mencapai tahap aplikasi (C3) tetapi penilaian afektif A4 (Menilai) / A6 (Mengkategori nilai atau set nilai) ( rujuk Domain Afektif Karthworl)

Dalam mentaksir, MESTI pilih, domain berdasarkan kepada kata kerja dalam Objektif pembelajaran.

Not easy peasy like kacang gorenng

C&P Group sebelah ✌️

Rabu, 18 Januari 2023

Fitnah

 Saya seorang guru yang gila buat projek sekolah.


Dari bermulanya hari pertama posting, sehinggalah kini, saya masih tak dok diam memikirkan pelbagai jenis projek yang menguntungkan semua orang.


Beza dulu dan sekarang projek2 saya sudah di swastakan, yang memberi maksud, saya all out semua kreativiti saya di luar sekolah yang lebih menguntungkan.


Kenapa jadi gitu?


Kini bila saya ke sekolah, saya hanya buat yang wajib je.


Kalau boss2 baru tanya apa kemahiran saya.. Saya jawab saya tak pandai buat apa2 walaupun mereka tahu saya banyak job di luar yang melibatkan kreatif dan inovatif.


Saya seorang pelajar cemerlang dalam bidang berkaitan. Bukan nak cakap besar... Saya ada bukti sijil yang saya cemerlang dalam bidang kreatif dan inovatif ketika saya belajar di maktab. 


Tapi... Apabila kita bersungguh2 nak mencipta kejayaan bersama, ADA LANGAU YANG PENUH DENGAN KUMAN DALAM OTAKNYA SAKIT HATI MELIHAT KEJAYAAN ORANG LAIN!!!


Bila depa tak tahan, depa fitnah! Depa hasut! Depa cipta kisah yang tak wujud bagi menjatuhkan orang lain.


Sekolah pertama saya berjaya mencipta bengkel seni contoh daerah, cipta band musik murid, dan mengajar pelajar bermain squash dan catur dengan baik.


Lepas kene fitnah, saya pindah keluar walaupun ada pegawai ppd pujuk untuk terus berbakti pada projek2  yg saya cipta.


Lepas pindah tu... Fitnah berlegar2 lagi di sekolah baru walaupun saya dah mula nak mencipta dunia seni yang baru sehingga sekolah mampu menjana pendapatan sendiri.


Pindah mana pun saya, saya tetap berkhidmat dan mengajar murid pelbagai kemahiran yang saya minat sehingga pelajar saya mencipta nama apabila beliau menang tangga ke 4 dalam MSSM pada tahun saya berpindah pada sekolah kedua tersebut.


Fitnah datang lagi...


Fitnah datang kepada sekolah ke 3, sekolah ke 4 x lama, masuk sekolah ke 5 & ke 6, saya stop sebab serik kene fitnah. Dan saya fokus pada dunia perniagaan luar dari sekolah.


Datang sekolah, tulis kehadiran, masuk kelas, mengajar dan balik rumah tanpa toleh ke belakang.


Saya rela kene fitnah ketika berniaga dari fitnah buat projek sekolah yang habis duit sendiri tanpa melibatkan mana2 jenis keuntungan.


Faham maksud saya?


Jika tak faham... Ini lah point saya nak bagitau..


👉 Dalam penjawat awam, adakala kita tak boleh all out sangat... Atau sebelum nk luahkan segala skill2 untuk ko buat amal jariah dalam sekolah, pastikan rujuk cikgu2 lama takut2 pentadbir tidak menyokong guru sebegini, dan periksa juga ada ke tidak jenis cikgu yang tak reti nak tengok cikgu lain berjaya.


Jadi... Dari saya buang masa buat pahala di sekolah, baik saya buat pahala tolong orang lain berniaga. Berniaga pun satu ibadah juga.. 


Pahala dapat, duit dapat..


Ya.. Saya ada skit kemahiran mengajar orang tua berniaga mengikut kemahiran tertentu...


Kepada pentadbir2 yang ada dalam KGM, jika korang jumpa cikgu macam saya... Pelihara lah dia dari fitnah cikgu dan fitnah yang di salur pada ppd melalui guru yang mempunyai hasad dengki tahap 7 petala langit.


Jika tidak... Kau pun akan terjebak dengan dosa fitnah yang tak mungkin cikgu teraniaya akan maafkan.


Jangan tanya aku.. Sebab semua aku maafkan kecuali ada seorang ustazah yang sudah meninggal. Akan ku tuntut sehingga kiamat dan di pintu neraka kau! (walaupun jari berani menulis, di hati tetap nak lepaskan beliau) 


Dapat sesuatu dari tulisan saya?

PGL

 MERUNGKAI MISTERI LAGENDA PUTERI GUNUNG LEDANG


Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka yang ke-8 pada ketika itu baru sahaja kemangkatan permaisurinya, Tun Kecil dan meninggalkan bakal pewaris takhta, Raja Ahmad yang masih kecil.


Hibanya tidak terkata mengenangkan isteri yang telah tiada meskipun baginda mempunyai isteri-isteri yang lain, Tun Teja puteri dari Pahang serta Puteri Onang Kening, anakanda Sultan Mansur Syah dari Kelantan.


Baginda sudah beberapa hari tidak menjengah Balai Rong Seri untuk bertemu para pembesar negeri. Ini amat menggusarkan hati para pembesar terutamanya Bendahara Tun Perpatih Sedang dan Laksamana Hang Tuah, dua pembesar yang amat dihormati dan berpengaruh di istana Melaka.


Namun apa yang berlaku pada suatu malam mengubah segalanya apabila baginda bermimpikan seorang perempuan yang terlalu cantik paras rupanya muncul dan berasyik masyuk dengan baginda.


Terlalu luar biasa akan rupa perempuan itu, membelai dan menggoda baginda sehinggakan baginda seakan tidak mahu langsung terjaga dari mimpinya.


Dikhabarkan, perempuan itu adalah Puteri Gunung Ledang, penjaga Gunung Ledang yang telah mendiami gunung tersebut sejak ratusan tahun yang lalu.


Selama ini baginda hanya mendengar akan cerita orang mengenai puteri itu tetapi melalui mimpinya itu, barulah baginda tahu yang puteri itu terlalu cantik orangnya. Lalu utusan peminangan telah dihantar ke Gunung Ledang.


Puteri Gunung Ledang, telah meletakkan syarat-syarat tertentu sebagai hantaran perkahwinan iaitu,


- Sebuah jambatan emas yang dibina dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang

- Sebuah jambatan perak yang dibina dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Melaka

- Tujuh dulang hati nyamuk

- Tujuh dulang hati kuman

- Tujuh tempayan air mata anak dara

- Tujuh tempayan air pinang muda

- Semangkuk darah Raja Muda


*******************************************


Persoalan yang timbul ialah,


a) Siapakah sebenarnya Puteri Gunung Ledang itu?

b) Kenapa Sultan Mahmud Shah tidak murka dengan penolakan peminangan secara halus dari Puteri Gunung Ledang?

c) Apakah kesudahan riwayat Puteri Gunung Ledang tersebut?


*******************************************


1. Sebilangan besar ahli sejarah secara majoritinya menulis bahawa Puteri Gunung Ledang adalah puteri raja dari Jawa.


2. Hanya sebahagian minoriti penulis sejarah mencatatkan yang Puteri Gunung Ledang itu adalah puteri Raja Majapahit.


3. Kerajaan Majapahit (1293 – 1478) telah didirikan oleh Raden Wijaya pada tahun 1293 dan berakhir semasa pemerintahan Bhre Kertabumi atau Bhrawijaya V dalam tahun 1478.


4. Runtuhnya Kerajaan Majapahit setelah pasukan pendakwah Islam yang diketuai oleh Raden Fatah dan dibantu oleh anggota Wali Songo pada tahun 1478. Setelah itu berdirilah Kerajaan Islam Demak (1478 – 1548).


5. Raden Fatah telah ditabalkan sebagai Sultan Demak pertama yang menggunakan gelaran Sultan Alam Fattah al-Akbar bin Sultan Wan Abdullah Umdatuddin (1478 – 1518).


6. Kesultanan Melaka (1399/1402 – 1511) yang dimulai dengan Parameswara putera Seri Ratna Wira Karma (1399/1402 – 1413) dan berakhir semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah bin Sultan Alauddin Riayat Shah (1488 – 1511).


7. Menerusi perkahwinan pertama dengan Raja Wati (Tun Kecil) binti Sultan Muhammad Shah, pada tahun 1494, Sultan Mahmud Shah telah dikurniakan Raja Ahmad.


8. Puteri Gunung Ledang pula telah dihantar oleh ayahandanya dari Jawa untuk menuntut ilmu agama di Pulau Besar, Melaka dengan guru-guru agama yang berada di sana.


9. Usia Puteri Gunung Ledang ketika itu dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun.


10. Raja Bhrewijaya V, Raja Majapahit adalah beragama Hindu telah melarikan diri ke Bali setelah runtuhnya Majapahit.


11. Adalah sangat tidak munasabah apabila seorang yang bermati-matian mempertahankan agama Hindu, telah menghantar puterinya mendalami agama Islam di Pulau Besar, Melaka.


12. Sultan Mahmud Syah Melaka pula menaiki takhta pada tahun 1488, iaitu setelah 10 kejatuhan Kerajaan Majapahit.


13. Yang dimaksudkan sebenarnya Raja Jawa itu ialah Raden Fatah, iaitu Sultan Demak yang pertama (1478 – 1518), yang memerintah di Jawa Tengah.


14. Ini bermaksud, Puteri Gunung Ledang itu ialah Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau nama sebenarnya Puteri Siti Djamilah binti Sultan Alam Fattah al-Akbar atau Raden Fatah.


15. Panggilan lain Puteri Gunung Ledang ialah, Gusti Puteri Adjeng Ratno Dumilah Sari, Raden Ratna Gumilah Sari, Raden Gumilah dan Siti Jamilah.


16. Ibu Puteri Gunung Ledang ialah Siti Murtasimah binti Maulana Ahmad Rahmatullah atau Sunan Ampel. Ini bermaksud Puteri Gunung Ledang adalah cucu Sunan Ampel, Wali Songo.


17. Bapa Puteri Gunung Ledang iaitu Raden Fatah pula ialah putera Sultan Wan Abdullah Umdatuddin iaitu salah seorang pendakwah di Jawa yang kemudian menjadi panglima perang Champa dan seterusnya menjadi Raja Champa (1471 -1478).


18. Dan yang menjadi pelopor dakwah di Pulau Besar, Melaka ialah Maulana Ishaq (Sunan Wali Lanang) bin Sayyid Ibrahim al-Akbar, iaitu berpangkat datuk sepupu Puteri Gunung Ledang.


19. Turut menuntut ilmu agama di Pulau Besar ialah Sunan Bonang dan Sunan Giri, anggota Wali Songo.


20. Puteri Gunung Ledang bersama dua orang lagi saudara yang mempunyai pertalian darah, iaitu puteri kepada Sayyid Thanauddin, telah berpindah ke Gunung Ledang untuk bersuluk setelah tidak lagi selesa dengan gangguan Sultan Mahmud Syah di Pulau Besar.


21. Tun Seri Lanang telah menggambarkan dengan bahasa yang halus (metafora) tentang penolakan peminangan oleh Sultan Mahmud dengan perkara yang tidak mampu disediakan oleh manusia biasa.


22. Sultan Mahmud Syah juga tidak menitahkan hukuman bunuh atas sifat durhaka Puteri Gunung Ledang atas penolakan peminangan tersebut, sebagaimana kelaziman yang dilakukannya.


23. Ini kerana Puteri Gunung Ledang adalah puteri kepada Sultan Demak yang kuat pengaruhnya yang berjaya menjatuhkan Kerajaan Majapahit serta mendapat sokongan daripada ulama dan anggota Wali Songo.


24. Puteri Gunung Ledang juga adalah anak saudara Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati) bin Sultan Wan Abdullah Umdatuddin, yang menjadi penguasa di Cirebon, Jawa.


25. Melaka pada waktu itu juga sedang berada di ambang keruntuhan akibat perebutan kuasa di kalangan pembesar dan akhirnya tumbang kepada Portugis pada tahun 1511.


26. Setelah tamat pengajian agama di Pulau Besar, Melaka, Puteri Gunung Ledang telah kembali ke Jawa dan berkahwin dengan Raden Abdul Kadir bin Raden Muhammad Yunus bin Sayyid Khalid al-Idrus. Raden Abdul Kadir adalah anak Adipati Jepara.


27. Hasil perkahwinan Puteri Gunung Ledang dengan Raden Abdul Kadir, mereka telah dikurniakan cahaya mata, Raden Abu Bakar dan Raden Abu Syahid.


28. Raden Abu Bakar dan Raden Abu Syahid juga telah dihantar menuntut ilmu agama di Pulau Besar. Kedua-dua mereka terkorban di Pulau Besar semasa pertempuran menentang Portugis di Melaka. Turut terkoban dalam perang tersebut ialah Raden Abdul Kadir, suami Puteri Gunung Ledang.


29. Semasa berlaku perebutan kuasa di Demak dan setelah kematian suami serta dua orang puteranya, Puteri Gunung Ledang telah kembali semula ke Gunung Ledang untuk bersendiri dan berkhalwat kepada Allah.


30. Menurut sesetengah pendapat, Puteri Gunung Ledang telah meninggal dunia dalam lingkungan tahun 1640, dalam usia yang sangat tua.


31. Puteri Gunung Ledang sememangnya telah melahirkan zuriat yang bukan semata-mata berjasa kepada bumi Melaka, tetapi telah menyerahkan nyawa suami dan anak-anaknya kepada Allah untuk mempertahankan dakwah di Nusantara.


Kesimpulannya,


1) Puteri Gunung Ledang bukanlah makhluk halus atau bunian seperti kepercayaan masyarakat.


2) Metafora yang digunakan oleh Tun Seri Lanang adalah untuk menutup kekurangan raja-raja melayu yang menjadi punca kejatuhan kuasa orang Melayu.


3) Penjajah cuba menutup sejarah dakwah Islam di nusantara.


Kredit: Tok Cu

Khamis, 12 Januari 2023

Silibus tinggi

 Saya menyokong jika ada mana2 pihak mahu utarakan bab silibus yg tinggi ni. Saya sendiri pun tak habis2 ingatkan bahawa keadaan emosi anak harus dijaga dgn baik dalam hal ini agar mereka tidak membenci pelajaran. 


Anak saya yg di darjah 5 cakap,minggu depan ada ujian. 

As usual,budaknya mudah panik. Merembes air mata mintak saya ajarkan subjek Sejarah. "Ma,macam mana nak study sejarah ni? 😭😭😭" 


Saya sengaja tak nak merasa resah sama ikut mcm dia. Saya kata, nanti kita study sama2. Budak panik,soalannya "bila nak study?" Saya cakap,ikut masa saya (jam 4-5 pagi) yg selalu saya bangun. Sebab anak saya ni memang dah biasakan diri utk bgn awal macam mak dia. So,setakat jam 4 pagi nak kena bangun,takde hal lah. Memang selalu pun dia buat kerja sekolah time awal pagi mcm ni. 


 Tapi...untuk study ni, dia punya panik tu,dia kunci jam 3 pagi. Jam 3.30 pagi dia dtg kat saya. Selama ni saya ambil kisah je pasal subjek Sejarah time buat kerja sekolah. Tapi kali ni suruh study...haaaaa menggelupurlah jugak saya nak memahamkan dia! 


Subjek Sejarah tahun 5 awal2 lagi dok bagi penekanan kat institusi diraja. Nak serap pemikiran politik ni dari awal lagi. Sedangkan hakikat asas penubuhan Tanah Melayu melalui alkisah Parameswara tak wujud pun. Kita dulu belajar penubuhan Tanah Melayu melalui macam2 cerita pasal Parameswara lah...mcm mana Portugis dtg ke Melaka. Zaman Belanda ada kat Tanah Melayu dan sbgnya. Rasanya bila mula dari situ,senang nak keep track cerita pasal sejarah ni. 


Mai tang buku teks anak darjah 5 ni...haaaa tudiaaaa...

Keluaq perkataan Sulalatus Salatin lah...paman lah....Demang Lebar lah...


Apa benda semua tu? 

Anak sampai skrg tak faham maksud kuasa mutlak tu apa. 

Titah perintah tu macam mana. 

Tu belum cakap lagi institusi raja zaman kerajaan melayu awal,British,Jepun dan selepas Merdeka. 

Depa sendiri tak tau zaman2 ni zaman apa. 

Kot nak mula pada zaman kesultanan Melayu Melaka ka...takdak! Tiba2 merentas masa sampai zaman Jepun,British bagai. 


Eh ingat senang ke nak bagi budak faham pasal perlembagaan negeri di peringkat usia 11 tahun ni? 

Sekali lagi saya ulang...11 tahun eh umur budak ni!  Bukan 21 tahun eh! 


Perkataan perlembagaan pun saya baru dengar masa tingkatan 3 kalau tak silap saya. 


Hello penggubal silibus kat atas sana! 

What do you expect budak 11 tahun faham pasal perlembagaan ni?!!!


Memang saya mengucap betul dlm hati. 

Takleh tunjuk depan anak,sat lagi dia sama meroyan.

Dia sama risau. Jenuh nak handle part emosi tu pulak. 

Saya bertenang dalam dia bergenang air mata. 

Padahal saya tak marah dia pun. Saya wujudkan soalan2 tertentu supaya dia tahu kalau soalan mcm ni keluar,nak bagi jawapan apa. 

Itupun last2 saya tolong jawabkan. 

Ajar buat peta minda. 

Ajar tengok point. 

Tapi paling takleh blah...institusi diraja di luar negara pun kena tau jugak 😆adeh....nampak sgt otak tukang2 buat silibus ni dok kat lutut,tak sampai ke hati. Otak yg tak dibimbing dgn hati yg punya rasa empati pada kanak2,mcm nilah jadinya buku teks yg ada. 


Lepas tu salahkan cikgu sebab tak guna kreativiti dalam PnP. 

Apooo??? 

Diri sendiri tak menjamin keselamatan akal fikiran dan emosi pelajar,kemudian nak salahkan orang lain pulak. 


Jangan terkejut eh nanti ramai anak kecil ni dah develop depression dlm diri. Tak semua budak boleh ikut silibus aras tinggi ni. 


As parents,lower down your expectation please. 

Jgn sebab takut sangat dgn silibus,anda dah buat emosi anak terganggu. 


Kalau mcm nilah gayanya..percayalah,tiada keadilan dlm sistem pendidikan kita. Guru2 pasti akan bagi soalan2 berulang dan dah diberi hint siap2 utk pelajar2 score bagi menaikkan rating sekolah. Dan lebih ramai ibu bapa memilih utk homeschooling anak drpd percaya kepada sistem pendidikan zaman kini. 


A wake up call utk ubah silibus aras tinggi.

PBD

 Mengapa Sistem Pendidikan Caca Marba?


(1) Pelaksanaan PBD telah merumuskan sesuatu yang sangat penting untuk kita pelajari. Ya, sesuatu yang sangat penting dalam usaha kita memahami mengapa sistem pendidikan negara sedang caca marba?


(2) PBD telah menunjukkan wujudnya perbezaan cara fikir antara kumpulan pengubal pentaksiran dan kumpulan pentadbir pendidikan sehingga menghimpit guru sebagai pelaksana pendidikan. 'Mangsa akhir' tentulah murid-murid.


Bagaimana ia berlaku?


(3) Apabila pengubal telah merangka dan menyusun PBD, itulah yang kita lihat di dalam dokumen PBD. Istilah muluk seperti holistik, kemenjadian murid, kualiti pendidikan, pendidikan masa depan atau kepelbagaian bakat murid menjadi 'slogan' para pengubal PBD . 


(4) Dari mana mereka dapat ilham untuk mengubal PBD ? Dari siri lawatan, piawaian dan model pentaksiran dari negara lain. 


(5) Selepas PBD dibangunkan, maknanya kumpulan pengubal telah melaksanakan tugas mereka. Mereka pun 'cuci tangan'. 


(6) Dari 'air tangan' pada pengubal PBD , lahirlah dokumen yang serba cantik. Anda sendiri boleh buat carian untuk membaca dokumen Pentaksiran Bilik Darjah yang dikeluarkan. 


(7) Di peringkat pentadbir pendidikan pula, fokus mereka ialah mencapai kecemerlangan akademik. Mereka mempunyai KPI juga. Itulah yang diuruskan sejak dahulu. Memastikan murid-murid mencapai keputusan akademik yang baik dan itu KPI tahunan jabatan. Dengan pemikiran ini, mereka berusaha kuat untuk menjalankan tanggungjawab mereka. 


(8) Apabila bertembung antara idea 'kemenjadian murid' yang holistik oleh pengubal PBD dengan idea 'kecemerlangan akademik' oleh pentadbir, maka para guru sebagai pelaksana pasti tersepit di tengah. 


(9) Di satu pihak, guru sedaya upaya cuba untuk memenuhi hasrat para pengubal PBD tentang 'kemenjadian murid' yang holistik. Di satu pihak lain, guru perlu pula patuh untuk memastikan rekod pencapaian akademik meningkat setiap tahun. Seolahnya jika berlaku kemerosotan akademik, ia satu kesalahan besar untuk sekolah dan para guru.


(10) Inilah yang sedang berlaku sekarang. Pengubal mahu laksanakan PBD yang berkesan. Maksudnya, pengubal tahu untuk laksanakan PBD kelas mestilah tidak  ramai murid supaya dapat dilaksanakan PBD dengan berkesan. Tetapi pentadbir pula tidak melihat isu mengurangkan bilangan murid-murid di dalam kelas sebagai sesuatu yang kritikal. 


(11) Sebab itu PBD di negara ini tetap juga dilaksanakan dalam kelas yang ramai murid. Sehingga ini, tidak ada sebarang pengumuman untuk mengecilkan bilangan murid-murid. Guru-guru tersepit. Akhirnya terpaksa melakukan PBD di dalam kelas yang terlalu ramai murid. 


(12) Contoh lain, pengubal PBD tentu faham dan bersetuju yang silibus mata pelajaran tidak boleh terlalu padat dan rigid jika mahu melakukan PBD yang berkesan. Silibus yang tidak padat akan menyebabkan lebih banyak aktiviti murid dapat dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengubal tahu melalui aktiviti pembelajaran yang banyak ini,  pelaksanaan PBD akan lebih baik. 


(13) Tetapi pentadbir pula melihat keutamaan mereka ialah laporan kecemerlangan akademik. Silibus mestilah banyak, lebih rigid berasaskan DSKP dan apa yang ada di dalam buku teks. 


(14) Guru sebagai pelaksana tersepit di tengah antara pengubal dan pentadbir. Guru perlu melaksanakan PBD dan pada masa yang sama kena juga mengajar secara 'laju' disebabkan silibus yang padat.


(15) Contoh lain. Pengubal PBD bangunkan tahap penguasaan (TP1-6) untuk memudahkan guru mengenal pasti keupayaan murid. Jika rendah keupayaan murid berilah TP1 atau TP2. Kemudian guru lakukan intervensi supaya kemenjadian murid dapat ditingkatkan. Ini proses yang berterusan. 


(16) Tetapi tidak semestinya pentadbir melihat TP PBD sebagai alat ukur berterusan membantu kemenjadian murid. Mereka melihat TP PBD sebagai pencapaian akhir murid-murid. Sebab itu timbul berbagai dakwaan kononnya berlaku 'penipuan TP' yang sedang heboh sekarang. Sedangkan PBD adalah amalan di dalam bilik darjah. Apa perlunya pelaporan berterusan PBD di luar bilik darjah kecuali pada ibubapa? 


(17) PBD baru satu contoh. Bagaimana pula dengan 'Sekolahku SEJAHTERA'? 'PAK21'? 'TS25'? KBAT?


(18) Selagi pemikiran kumpulan pengubal dan kumpulan pentadbir tidak selaras, guru-guru sebagai pelaksana pasti akan tersepit dan memang caca marba-lah sistem pendidikan negara.