Ahad, 27 Ogos 2023

Adab

 DUNIA PENDIDIKAN

"Saman"..."Saman"..."Saman"...


HARAPAN AKU SEBAGAI GURU


1. KPM keluarkan kenyataan bahawa sebarang aduan kepada penjawat awam khususnya guru tidak dibenarkan diwarwakan dalam media sosial sepanjang prosiding siasatan.


2. KPM wartakan tiada aduan dalam bentuk media sosial berbentuk hentaman kepada guru. Jika berlaku, apa tindakan wajar dari autoriti terATAS ini?


3. KPM sediakan pemetaan tindakan organisasi dalam menangani hal KECAMAN sehingga kepada penerima KECAMAN.


KENAPA?


1. Aku pernah kena sekali dengan parents, sampai sekarang aku ingat. bukan dendam, tapi kecewa. semudah itu aku DI****kan di media sosial. semudah itu komen menjatuhkan hukum sehingga mudah minta aku berhenti dari jadi guru. sedangkan salah aku di mana? kesal dan kesal.. minta maaf penutup semua. tapi, aib dan luka, PADAM ke? 


2. Aku juga dikhabarkan menerima aduan atas nama aku disebabkan tersilap langkah pengadu. Inilah rencah dunia pendidikan.


TAPI...


1. aku tetap pandang tinggi ibubapa yang ambil tindakan bercakap dengan diri aku dalam bentuk teguran dan berbincang, SEBAB aku, guru bukan juga maksum.


LIHATLAH..


Ini REALITI dunia pendidikan. aku tertanya, samada akan adakah ADAB lagi dalam diri murid. 


KERANA..


Guru tidak sewenangnya berEMOSI jika adab murid itu TINGGI. Percayalah. Umpama juga kita sebagai ibubapa, jika anak kita ADAB tinggi, adakah kita berEMOSI.? 


Sebaliknya, berlaku jika murid mendatangkan NILAI ADAB yang RENDAH, mengundang EMOSI. Itu juga perlu dilihat dan diteliti. 


Menjadi GURU tidak DINAFIKAN, kawalan EMOSI itu perlu SETINGGI PETALA LANGIT. Maka, GURU jika sudah mula terasa EMOSI, tinggalkan semua ruang tersebut, dan cari ruang diri sendiri.


PERINGATAN UNTUK AKU DAN KAMU..


Ingat GURU, 

Kita GURU yang MENGAJAR silibus, BUKAN lagi ADAB!!!

Cukup AJAR, PULANGLAH...

Ada KELUARGA SENDIRI yang perlu GURU jaga..

Bukan PENTING DIRI, tapi lebih kepada JAGA DIRI...

ADAB itu serahkan sahaja kepada IBUBAPA mereka...


jika MURID memilih TIDAK SIAP KERJA, cukup tinggalkan CATATAN dalam BUKU..

jangan LEBIH-LEBIH....

biar IBUBAPA sedar kerja buat anak MEREKA...

bukan kita lagi ada KUASA...

cakap atau bertindak LEBIH bawa PADAH dan BAHAYA diri juga...

Jumaat, 18 Ogos 2023

Kenangan

 Semalam:

• Seorang rider makanan sedang menunggang motorsikal membawa sup yang dipesan oleh pelanggannya.

• Seorang anak bongsu selalu mengucapkan kata-kata, “adik sayang mama…” setiap kali menelefon ibunya.

• Seorang pemandu e-healing telah menolak permintaan pelanggan yang mahukan khidmatnya. Satu jam sebelum itu dia masih sempat bergurau dengan isterinya tentang luka di mukanya. Dia juga beri anaknya simpan gambarnya buat kenangan.

• Seorang Adun setelah menang pilihan raya dia disayangi masyarakat di tempatnya berkhidmat.

• Seorang ayah berasa tak sedap hati nak ke Langkawi dan tinggalkan dua orang anaknya yang kurang sihat.

• Seorang juruterbang memberikan nombor telefon isterinya kepada sahabatnya untuk dihubungi kalau ada hal penting.

• Seorang lagi juruterbang yang sudah empat tahun menduda selalu berpesan kepada ayahnya tolong tengokkan anak-anaknya kerana dia mahu kejar pahala atas setiap urusan kerjanya.

• … dan kisah-kisah yang lain.
.

Hari ini:
Ini antara catatan yang mengingatkan kita tentang erti perpisahan paling abadi.
.
.
Sudah tak ada momen bersama-sama semua almarhum ini.

Tiba-tiba sahaja takdir pahit datang dan semuanya menempuh erti perpisahan paling abadi. Berpisah mati.

Jika masih ada orang tua keraplah hubungi mereka. Emak abah selalu tertunggu-tunggu panggilan telefon anak-anak.

Peluk kuat-kuat orang tersayang, itu mungkin pelukan yang terakhir.

Bergurau dan rajinlah bersembang dengan isteri, suami dan anak-anak kerana jika kematian berlaku, ada kenangan yang manis untuk dikenang.

Selalulah bercakap perkara-perkara baik dengan semua orang, mereka antara yang akan memberi doa selepas kematian kita.

Luangkan masa melakukan banyaknya kebaikan selagi kita dipinjamkan nafas. Kerap lakukan solat berjemaah sekeluarga.

Berilah hadiah dan bersedekah kepada semua yang memerlukan. Ini akan menjadi tanda indahnya pahala dan ukhuwah

Jika ada menulis buku dan kisah-kisah kehidupan, ini waktunya dibaca semula setiap tulisan yang telah menjadi sejarah keluarga – kerana kematian berlaku tanpa syarat dan tanpa isyarat.

Ya kerana kita pernah hidup dan kerana kita akan mati. Soal kematian memang tak ada yang tercepat atau terlewat.

Silakan kongsi jika tragedi ini memberi kesan dalam hati.

Innalillahhiwainalillahirojiunn

.
Saya masih terkejut dengan tragedi ini.
Sri Diah Shaharuddin
.

Isnin, 14 Ogos 2023

Tarik keter

 Rakyat Rugi Ratusan Juta Ringgit Dalam Isu Tarik Kereta


Dalam sebulan lepas saya ada terima aduan berkaitan dengan isu tarik kereta.

Walaupun saya sering handle isu vaksin, kelahiran, prosedur kesihatan, saya agak terkejut apabila dicari untuk isu tarik kereta.

Apabila saya lihat isu tarik kereta ini melibatkan kepentingan rakyat, saya akhirnya tidak dapat elak daripada uruskan beberapa kes ini.

Dan dalam beberapa kes ini saya dapat lihat betapa mudah orang ramai dipermainkan oleh 3 pihak, iaitu;

1. Bank
2. Penarik Kereta
3. Penyimpan Kereta

Dalam beberapa kes, ada pemilik yang keretanya ditarik walaupun baki hutang masih berbaki 10%. Rupanya pemilik asal telah meninggal dunia, kereta digunakan oleh waris, lebih 8 bulan tak bayar dan ada arahan mahkamah untuk penarikan. Bagi kereta yang telah dibayar lebih 75% tidak boleh ditarik mengikut kontrak asal.

Ada kereta ditarik dengan serahan sukarela dan pemilik fikir akan berurusan dengan pihak bank. Kesilapan pemilik adalah dia tak ikut ke mana keretanya dibawa dan disimpan. Baki loan kereta lebih rendah daripada nilai semasa kereta.

Pihak bank (sebenarnya pihak ke-3) menyusahkan komunikasi dengan pemilik, dan mereka berniat untuk lelong kereta tersebut dengan harga rendah untuk ambil untung dengan jualan semula kereta (nilai masih tinggi).

Jika kereta dilelong rendah dan tidak cukup untuk selesaikan baki hutang, maka pemilik bakal masih ada baki hutang dengan bank. Kereta terlepas dan baki hutang masih ada.

Pihak penarik kereta tidak perlu update Tuan Puan di mana kereta disimpan. Ada kereta yang ditarik di Sungai Petani tapi disimpan di Butterworth. Dalam jarak ini, rim kereta ditukar dan ada aksesori hilang. Penarik tidak dikenali, kad EPS tidak pernah dilihat, identiti langsung tak tahu kerana takut dengan perwatakan gengster yang ditonjolkan.

Ketika kereta hampir dilelong, baru pihak bank (collection) beritahu lokasi kereta. Ada sesetengah situasi, full settlement telah dibuat tapi kereta rosak dan ada barang hilang.

Pihak penarik kereta walaupun ada buat report polis, tapi report itu tidak didedahkan melainkan kepada IO kes jika perbuatan khianat, jenayah dilaporkan. Atau saman sivil dibuat agar proses Discovery untuk tuntutan saman dapat dimulakan.

Dalam isu di atas secara ringkasnya, kelemahan di pihak pemilik menjadi punca mereka teraniaya berganda, selain kemampuan bayar hutang terjejas lebih-lebih lagi pekerjaan dan perniagaan terjejas teruk sejak PKP dilaksanakan.

Ada ke mana-mana YB nak jadikan manifesto mereka untuk membela rakyat daripada penganiayaan sistem kewangan dan selain membela mereka daripada jadi mangsa kelemahan ekonomi?

Kepada Tuan Puan di luar sana, jika kenderaan bermasalah dan hendak ditarik tanpa pemilik EPS perkenalkan identiti mereka, Tuan Puan boleh kekal berada dalam kenderaan hingga polis peronda tiba. Call polis.

Tuan Puan boleh beri kerjasama untuk kereta ditarik asalkan Tuan Puan tahu;
1.  Siapa yang tarik kereta.
2. Tahu di balai polis mana mereka akan pergi buat report polis, dan
3. Tahu di lokasi mana kereta akan disimpan.

Jangan takut. Hubungi ahli keluarga terdekat atau rakan terdekat untuk ada bersama-sama Tuan Puan.

Maklumat penyimpanan kenderaan ini perlu dikongsikan oleh penarik kereta dan kereta Tuan Puan tidak boleh dibawa pergi secara 'misteri'. Tuan Puan jangan sesekali terima jawapan penarik kereta untuk 'tanya bank' berkenaan keselamatan kenderaan Tuan Puan yang bakal dibawa pergi.

Sebaiknya Tuan Puan ikut sekali jika kenderaan dibawa secara towing.

Masalah berkait dengan pemilik yang kerugian kerana penganiayaan, sabotaj dan taktik kotor untuk 'lelongkan' kereta adalah tidak mampu lantik peguam untuk pertahankan 'harta' mereka yang dibawa lari.

Untuk minimumkan risiko ini, pastikan mata Tuan Puan tidak terlepas pandang proses kereta dibawa pergi hingga ke lokasi kereta disimpan.

Untuk tindakan pembelaan, masih ada beberapa pilihan tindakan yang boleh diambil dengan menggunakan agensi kerajaan dan sistem perundangan sedia ada. Kita kongsi kemudian.

Sabtu, 12 Ogos 2023

PRN 13 113/54/13

 KESELURUHAN UNDI DI PDM SG LANG PRN 15

12.8.23 - Sabtu

                     PN/PH

Saluran 1 : 186/154

Saluran 2 : 220/176

Saluran 3 : 361/172

Saluran 4 : 346/163

Saluran 5 : 367/140

Saluran 6 : 317/164

Saluran 7 : 325/177


*Keseluruhan Undi PN - 2122

PH - 1146

# Alhamdulillah dan Terimakasih diucapkan kepada sahabat dan saudara2 di KESEMUA SALURAN yang sudi memilih PN...Anda terbaik 👍👌🌹.

Rabu, 26 Julai 2023

Set soalan

 Askm dan salam sejahtera, 

Pada masa sekarang ini, ketika selalu diberikan borang soal-selidik untuk diisi (biasanya Google form), terutama selepas selesai sesuatu program atau bengkel. Saya kongsikan 10 tips yang saya compile daripada sumber Internet, tentang perkara yang perlu dielakkan ketika membina soal-selidik seperti ini. Suka saya nyatakan, ini bukanlah kaedah untuk membangunkan soal-selidik untuk research level akademik taraf penerbitan jurnal ya. Ianya sekadar untuk membangunkan soal-selidik biasa untuk membuat rumusan deskriptif yang ringkas.

10 Perkara Yang Perlu di Elakkan Ketika Membina Soal Selidik (Questionaires)

1. Jangan bertanya maklumat peribadi penjawab soal-selidik (i.e Nama, Email, No. Telefon). Jika soal selidik itu bertujuan untuk mendapatkan ‘jawapan sebenar’/ ‘pandangan sebenar’,

2. Jangan bertanya soalan yang tidak perlu ditanya. (Contoh, tanya pasal agama, jantina- tanpa ada tujuan/ keperluan dalam soal-selidik tersebut).

3. Jangan bertanya soalan yang telah ada kecenderungan jawapan tertentu / biased.

4. Jangan bertanya soalan yang memerlukan interpretasi yang lama (penjawab tidak ada masa untuk berfikir lama).

5. Jangan bertanya soalan yang memerlukan ingatan. Contoh, penjawab perlu ingat apa jawapan yang dia telah pilih pada soalan normbor 1, untuk menjawab soalan nombor 4.

6. Jangan bertanya soalan/ piihan yang tidak dapat dijawab/ dipilih oleh penjawab soalan.

7. Jangan bertanya soalan yang sensitif yang tidak ada keperluan dalam objektif soal selidik tersebut (contoh, kepercayaan agama/ kewangan/ seksual).

8. Jangan menggunakan perkataan yang complicated/ akronim (bukan semua orang faham, seperti apa yang anda faham).

9. Jangan menggabungkan/ bertanya 2 soalan (atau lebih) dalam 1 soalan.

10. Jangan mengulangi soalan yang sama/ hampir sama jawapannya, pada soalan berikutnya.