Khamis, 7 Mei 2026

Solat

 Solat yang terakhir adalah solat asar, bukan solat isyak. Demikian juga solat permulaan hari adalah maghrib bukanlah subuh.

Solat isyak adalah pembuka malam & solah subuh adalah penutup malam.

Malam itu adalah waktu untuk mereka yang dicintai Allah, malam itu adalah waktu khusus untuk mereka menghampir Allah.


Solat yang jangan sesekali kita terlepas daripada waktunya, solat yang jangan sesekali kita tertinggal sehingga terpaksa mengqadakannya.

Adalah SOLAT ASAR, siapa yang terlepas solat asar, siapa yang tinggalkan solat asar seluruh amal kebaikannya haritu tidak diterima Allah ‎سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى walaupun sedikit.


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Barangsiapa yang meninggalkan solat Asar, maka gugurlah amalannya.”

Riwayat al-Bukhari (no. 553) & Muslim (no. 626)


Kerana itu tiada jamak antara asar & maghrib, yang ada hanya zohor & asar, maghrib & isyak, kerana hari yang berbeza.


Siapa jaga 2 waktu solah ini di awal waktu (solat ubuh & solat asar) inshaAllah rezekinya pasti lancar, rezeki itu luas, kesihatan, kemudahan, dipermudahkan, kefahaman ilmu, panjang usia ini semua rezeki. Solat yang paling utama untuk berjemaah adalah solat Subuh & Solat Isyak.


Siapa solat isyak berjemaah ganjarannya seolah ia beribadah separuh malam, dan siapa yang solat subuh berjemaah ganjaran baginya BERIBADAH SELURUH MALAM.


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Barangsiapa yang terlepas solat Asar, seolah-olah dia kehilangan keluarga dan hartanya.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)


Dua waktu yang kita kena jaga zikir/baca quran iaitu selepas selesai solat subuh & selepas selesai solat asar. Di antara terbitnya matahari & terbenamnya matahari adalah waktu khusus ahlullah (merekalah orang orang Allah, waliullah, yang hampir kepada Allah ‎سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) para zikirin.


Wallahua’lam

Aki Naszeri

Rabu, 6 Mei 2026

Setenang ikang di kali

 Ada satu hari tu, si isteri bagitahu dekat suami,

“bang… I nak keluar jap tau dengan kawan.”


Suami dia yang tengah main phone, angkat muka sikit je, lepas tu jawab,

“Okay. Pergilah, have fun”


Si isteri tu terus pelik. Biasanya suami dia mesti tanya macam-macam dah. 

“Perlu ke keluar?”

“Kena pergi ke?”

“Jangan balik lambat.”


Tapi hari tu… kosong. Tak ada tanya pape, tak ada buat muka bengis ke apa..cuma rilex je cakap “Okay.”


Beberapa jam lepas tu, anak lelaki diorang yang remaja masuk dapur. Tangan pegang kertas, muka pucat semacam.


“Ayah…” suara dia perlahan,

“Result exam percubaan dah keluar, tapi teruk sangat.”


Dia berdiri kaku, tunggu kena marah macam biasa. Selama ni ayah dia memang jenis tekan bab belajar. Jadi dia dah ready nak kena ceramah panjang.. pasal buang masa, selalu main game, tak capai keputusan cemerlang semua tu.


Tapi ayah dia jawab tenang je,

“Okay.”


Anak tu ternganga.

“Eh… tu je? Okay?”


“Haah,” ayah dia jawab lembut.

“Kalau kau study lebih, kompem next time punya result bertambah elok. Kalau tak, mungkin kena repeat semester. Tu semua pilihan kau.”


“Ayah tetap support dua-dua.”


Anak tu terus blur. Sejak bila ayah dia jadi setenang ni?


Esok petang, anak perempuan pulak masuk dengan muka serba salah. Berdiri kat ruang tamu lama sikit sebelum bersuara.


“Ayah.. i eksiden, terlanggar belakang kereta.. tapi tak teruk sangat, cuma ada kemek dekat depan.”


Ayah dia tak melenting. Tak naik suara pun.

Dia cuma cakap,

“Okay. Esok hantar workshop.”


Anak perempuan tu terus beku.

“Eh… ayah tak marah?”


Ayah dia senyum nipis.

“Marah pun tetap tak elok gak kereta tu. Lain kali hati-hati.”


Sekarang satu rumah dah mula risau.


Ini bukan ayah yang sama.


Dulu dia cepat naik angin, senang stress, benda kecil pun boleh jadi besar. Tapi sekarang… steady, tenang,  dia punya chill tu macam ada level lain.


Diorang pun mula berbisik sesama sendiri..

“Ayah okay ke?”

“Sakit ke?”

“Ada apa-apa jadi ke?”


Akhirnya malam tu, diorang duduk sekali kat meja makan.


Isteri dia bersuara dulu.

“Abang… abang dah lain sangat sekarang.”


“Apa jadi pun abang tak marah, tak react. Abang okay ke?”


Suami tu tengok muka diorang satu-satu, lepas tu senyum.

“Tak ada apa pun. Semua okay. Cuma abang dah faham sesuatu.”


Semua diam.


“Lepas bertahun-tahun…” dia sambung,

“Abang baru sedar, setiap orang kena tanggung hidup dia sendiri.”


Isteri dia angkat kening.

“Maksud abang?”


Dia letak tangannya atas meja.


“Dulu abang risau semuanya.. Awak lambat balik, abang risau. Result exam anak teruk, abang rasa bersalah. Barang2 rosak, abang marah. Orang dalam rumah ni merajuk, abang cuba pujuk.”


“Semua masalah korang, abang anggap macam masalah abang.”


Dia tarik nafas sikit.


“Tapi satu hari abang sedar, risau abang ni sebenarnya tak selesaikan pun masalah korang. Cuma hancurkan ketenangan abang je.”


Anak perempuan dia dengar diam-diam.


Dia sambung lagi,

“Stress abang tak bantu pun hidup korang. Susah abang tak ringankan pun beban korang, cuma tambah beban abang sendiri.”


“Abang boleh bagi nasihat. Boleh bagi kasih sayang. Boleh support.”


“Tapi abang tak boleh hidupkan hidup korang.”


“Keputusan korang, baik atau buruk tu korang sendiri kena hadap.”


Dia berhenti kejap, senyum lagi.


“Jadi abang buat keputusan, abang berhenti cuba kawal benda yang memang bukan dalam kawalan abang.”


Anak lelaki dia tanya perlahan,

“Jadi… ayah dah tak kisah pasal kami?”


Ayah dia geleng.

“Bukan tak kisah. Tapi beza ambil berat dengan nak kawal”


“Ayah tetap sayang. Tetap jaga. Tapi bukan sampai ayah hilang ketenangan sendiri.”


Sunyi sekejap satu meja.


Dia pandang diorang bertiga dengan lembut.


“Tugas ayah.. sayang korang, guide korang, sediakan apa yang perlu, dan ada bila diperlukan.”


“Tapi tugas korang uruskan hidup sendiri. Buat keputusan. Dan hadap akibat dia.”


“Kat situlah korang belajar.”


Dia tambah lagi, tenang je,


“Sekarang kalau ada apa2 yang jadi, abang akan anggap benda tu bukan untuk abang selesaikan. Abang cuma kekal tenang dan percaya korang akan belajar.”


“Sebab memang macam tu hidup. Dia ajar kita… satu-satu.”


Malam tu rumah jadi sunyi lain macam.


Tapi suasana tu… ringan.


Isteri dia pegang tangan dia.

“Hari ni… abang ajar kami semua sesuatu.”


Dia senyum.

“Mungkin. Tapi abang pun kena belajar dulu.”


Malam tu masing-masing fikir balik kata-kata dia.


Anak lelaki tu duduk study balik, bukan sebab takut kena marah, tapi sebab dia sedar itu tanggungjawab dia.


Anak perempuan pulak settle sendiri pasal repair kereta, siap faham pasal insurans sekali.


Isteri dia mula urus rumah dengan lebih sedar, bukan sebab dipaksa, tapi sebab dia nak.


Pelan-pelan… rumah tu jadi lebih tenang.


Tak ada dah buat benda sebab takut kena marah.

Semua buat sebab faham.


Sebab bila seorang dalam rumah pilih untuk tenang,

tenang tu akan berjangkit.


Bila seorang lepaskan kawalan,

yang lain belajar kawal diri sendiri.


Dan macam tu lah… ketenangan tersebar. Sama macam kasih sayang.


Kadang bukan kita kena kawal orang lain dengan marah, tekanan, atau kuasa.


Cukup kita betulkan diri sendiri,

dan bagi orang lain sedar tanggungjawab masing-masing.


Kalau kena dengan hidup kau… mungkin ada sesuatu untuk kau fikirkan.

Selasa, 5 Mei 2026

Bala الله

 Dicanang,Pesta Hujan di KL telah berjaya mendapat hasil 200 juta rm!!!. 

Org2 Kafir Laknatullah bangga dgn pencapaian mereka ini. Di sana- sini,berita dimuat naik tentang kejayaan mereka yang luar biasa.Mereka rasa mereka lagi bijak dari org2 Islam.


Untuk saya pula, walaupun dpt 200 Billion ringgit sekali pun,ia tidak ada makna kerana kita telah sah2 belakangkan Allah .

Kita kini seperti telah mengangkat Iblis menjadi Tuhan baru kita.

Ada juga konon2nya Puak2 Very The Islamic mempertahankan Pesta Air itu. 

Mereka suruh kita Look At The Bigger Picture,di mana Pesta Air ini membawa Perpaduan di antara rakyat dan juga Pesta Air ini menjana pendapatan kpd peniaga-peniaga tempatan. Untuk saya,I Look At Neraka je.

Dicanang 180,000 manusia hadir ke Pesta Air itu. Walaupun 1 Billion org datang pun,ia tidak ada makna kalau ALLAH berdukacita dgn negara kita ini..

Kalau Allah berdukacita,DIA hentikan minyak petrol dari perut muka bumi Malaysia. Petronas konfirm kena tutup, itu salah siapa?

Kalau Tsunami atau pun gempa bumi melanda Malaysia kerana ALLAH marah,itu salah siapa?

Kalau hujan tak turun,tanah jadi kering kontang, makanan tak dapat dihasilkan,itu salah siapa?

Kalau hujan tak berhenti2 turun, banjir besar berlaku, itu salah siapa?

Kenapa pemimpin2 kita mencabar ALLAH.

Mereka ini seolah-olah rasa yg Allah akan merestui mereka.

Kerajaan skrg dah melampaui batas. Mereka tidak langsung nak hormati ALLAH!

Saya mungkin sakit. Saya mungkin miskin. Suara saya mungkin kecil tetapi saya Tidak Akan berdusta kpd ALLAH. Saya kena bersuara walaupun saya tahu bahaya akan menimpa saya.

Setiap hari,mulai dari hari ini, saya akan berdoa supaya kerajaan ini ranap dan kalah teruk di dlm PRU 16.

Dan selepas kalah, kerajaan ini bolehlah buat Pesta Air di rumah mereka.

Lipas2 cybertrooper tak payah dok menyemak di dalam page saya..Ko org pun tak takut pada ALLAH.

Isnin, 4 Mei 2026

Adab pelajar

 Masuk kelas hari ini, kita tak lagi berhadapan dengan murid seperti dulu.


Yang kita hadap sekarang… cabarannya lain macam.


Bukan sekadar ajar silibus, tapi kadang-kadang terpaksa berhadapan dengan perkara yang tak pernah kita bayangkan sebagai seorang pendidik.


Mari kita lihat satu per satu.


1. Adab semakin terhakis


Hari ini, ada murid yang berani bercakap kasar, mempersendakan guru, malah tidak lagi melihat guru sebagai individu yang perlu dihormati.


Bayangkan seorang guru berdiri di hadapan kelas dengan niat mendidik, tetapi disambut dengan gelak tawa sinis, kata-kata yang menyakitkan, dan sikap tidak peduli.


Kalau adab runtuh, ilmu pun susah nak masuk. Sebab itu, pendidikan adab perlu kembali jadi keutamaan, bukan sekadar mengejar A dalam peperiksaan.


2. Batas pergaulan semakin kabur


Ada kes murid yang sudah melampaui batas sehingga ada yang bercakap lucah, membuat gangguan, malah berani menghantar mesej tidak senonoh kepada guru.


Ini bukan lagi “nakal remaja”. Ini tanda rosaknya sempadan antara hormat dan bebas.


Anak-anak perlu dididik bahawa maruah itu bukan bahan gurauan. Apa yang dianggap “biasa” hari ini, boleh jadi dosa besar yang mereka bawa sampai bila-bila.


3. Media sosial membentuk lebih daripada ibu bapa


Apa yang mereka lihat di telefon, itulah yang mereka tiru. Bahasa, gaya, cara berfikir sehingga semuanya diserap tanpa bertapis.


Masalahnya, dunia digital tidak mendidik… ia hanya mempengaruhi.


Kalau tiada bimbingan, anak akan membesar dengan nilai yang tidak jelas. Sebab itu, kawalan dan bimbingan ibu bapa sangat penting, bukan sekadar beri gajet untuk diamkan anak.


4. Guru semakin hilang sokongan


Bila guru tegur, ada ibu bapa yang terus mempertahankan anak tanpa usul periksa.


Akhirnya guru rasa seperti berjuang seorang diri. Nak tegas salah, nak diam pun salah.


Kalau rumah dan sekolah tidak sehaluan, anak akan keliru yang mana yang betul dan mana yang boleh diabaikan.


5. Tekanan emosi guru semakin berat


Ada guru praktikal yang baru seminggu sudah rasa putus asa. Ada yang hilang semangat untuk mengajar.


Orang nampak cikgu mengajar depan kelas, tapi tak nampak apa yang mereka tahan dalam hati setiap hari.


Sedangkan satu perkataan penghargaan pun mampu mengubah hari seorang guru.


6. Generasi baru, cabaran baru


Anak-anak hari ini membesar dalam dunia yang pantas, bebas, dan penuh pengaruh luar.


Guru bukan lagi sekadar mengajar, tetapi perlu mendidik jiwa, membetulkan akhlak, dan memimpin emosi.


Pendekatan juga perlu berubah iaitu dengan lebih banyak sentuhan hati, bukan hanya tekanan akademik.


Akhirnya, ini bukan tentang siapa salah.


Ini tentang bagaimana kita semua iaitu ibu bapa, guru, dan masyarakat berganding bahu membentuk generasi akan datang.


Kalau hari ini kita biarkan…

esok kita akan menyesal.


Dan waktu itu, mungkin sudah terlambat untuk kita perbaiki.


Begitulahh..

Khamis, 30 April 2026

Seksa kubur

 Abah tinggalkan kami RM3 Juta, Velfire & Banglo. Tapi kenapa tiap malam kami dengar dia menjerit kepanasan dari kuburnya?


Abah meninggal dunia secara mengejut. Serangan jantung masa tengah main golf. Ramai yang datang ziarah. Abah dikenali sebagai 'Datuk' yang pemurah. Ahli perniagaan berjaya, selalu dapat tender besar, sponsor majlis agama. Kami anak beranak ingat... Abah ahli syurga.


Majlis tahlil buat 7 hari 7 malam, katering paling mahal. Tinggalan Abah? Cash dalam bank dekat RM3 juta, beberapa buah rumah sewa, banglo mewah dan deretan kereta import. Masa tu kami fikir, "Alhamdulillah, rezeki anak-anak." Kami tak tahu, itu bukan rezeki. Itu racun.


Masuk bulan kedua Abah meninggal, hidup kami mula hancur. Ibu tiba-tiba lumpuh separuh badan tanpa sebab perubatan. Adik bongsu accident, koma di ICU. Duit simpanan Abah yang berjuta tu mengalir macam air bayar bil bil hospital pakar. Tapi yang paling seram... mimpi kami.


Setiap malam, aku mimpikan Abah. Bukan mimpi indah. Aku nampak perut Abah membusung besar sebesar bukit. Diperutnya tembus nampak ulat, nanah dan darah mendidih yang dia terpaksa telan. Abah menangis, melolong pandang aku. "Tolong pulangkan balik Long... Abah tak tahan... panas sangat api ni Long..."


Aku terbangun berpeluh. Ingatkan mainan tidur. Sampailah satu hari, aku kemas pejabat Abah. Aku terjumpa satu fail peribadi dan satu telefon 'secret' yang Abah tak pernah tunjuk kat sesiapa. Aku buka fail tu. Terduduk aku menangis.


Dalam fail tu, bukan dokumen bisnes biasa. Itu rekod 'Duit Kopi' dan penipuan.

Projek bina dewan sekolah? Abah markup 40%, guna simen murah, besi nipis.

Kelulusan tanah? Ada nama pegawai yang Abah suap bulan-bulan.

Bisnes kosmetik Abah? Rupanya produk timbang kilo yang rosakkan muka beribu perempuan, Abah rebrand jual harga yhudee.


Di telefon rahsia tu lagi hancur luluh hati aku baca WhatsApp Abah.

Ada mesej dari seorang kontraktor kecil: "Datuk, tolonglah bayar payment saya. Anak saya kat hospital. Saya dah bankrap Datuk."

Reply Abah? "You tak reti sabar ke? Ada duit i bayarlah!" Padahal masa tu Abah baru beli Velfire cash.


Ustaz yang datang rawat mak aku geleng kepala bila tengok fail tu.

"Long, harta ni takde barakah. Ini harta darah dan air mata orang. Duit rasuah, duit tipu orang, duit zalim. Kamu sekeluarga tengah makan 'aaapineraka' yang ayah kamu suapkan. Sebab tu hidup kamu panas."


Ustaz tu sambung, "Dosa dengan Allah, kita taubat nasuha, Allah Maha Pengampun. Tapi dosa ambil hak manusia... Allah takkan ampunkan selagi manusia tu tak halalkan. Ayah kamu sekarang tengah beratur panjang kat Barzakh sana, kena lempang, kena seksa dengan roh-roh yang dia zalimi."


Bermulalah episod paling hina dalam hidup aku. Aku jual banglo, jual segala kereta mewah, cairkan semua aset RM3 Juta. Aku cari balik satu-satu nama dalam buku Abah. Aku pergi cari kontraktor yang bankrap tu.


Pakcik tu sekarang duduk rumah setinggan, meniaga pisang goreng. Bila aku sebut nama ayah aku dan hulur cek RM200 ribu (duit yang ayah aku tipu dia dulu), pakcik tu menangis.

"Dah 5 tahun pakcik doa siang malam lepas solat hajat. Pakcik minta Allah balas perbuatan ayah kamu. Baru hari ni Allah tunjuk."


Aku melutut depan pakcik tu kat lorong setinggan tu. Sambil peluk kaki dia, aku menangis teresak-esak. "Pakcik... tolong ampunkan ayah saya pakcik. Ayah saya tengah kena seksa teruk kat sana. Ampunkan dia pakcik... saya kembalikan semua hak pakcik..."

Aku merayu macam budak kecil. terpaksa tebalkan muka melutut merayu demi roh ayah.


Sebahagian maafkan. Tapi ada yang paling aku takut...

Bila aku jumpa seorang makcik yang tanah pusaka dia ayah aku rampas pakai orang dalam (rasuah). Makcik tu pandang aku sayu. Dia tolak duit yang aku nak pulangkan.


"Makcik dah hilang tempat berteduh. Makcik merempat bawa anak yatim 10 tahun lepas. Duit ni takleh beli balik air mata anak-anak makcik. Cukup. Kamu baliklah. Biar makcik tuntut dengan bapak kamu depan Allah kat Mahsyar nanti. Makcik nak pahala dia, makcik nak dia pikul dosa makcik."


Allahuakbar... Korang bayangkan dengar ayat tu? Macam mana tertutupnya pintu taubat untuk ayah aku? Terbayang ayah aku nanti kat Mahsyar, merangkak cari makcik ni nak minta halal, tapi makcik ni tendang muka dia dan ambil segala amal ibadah ayah aku berpuluh tahun.


Sebab tu aku nak pesan pada yang baca ni. Terutamanya orang kita kat Malaysia ni.


Kau yang kerja kerajaan / swasta yang 'biasa' ambil komisen bawah meja.


Kau peniaga online yang jual barang fake tapi claim ori.

Kau founder produk scam ejen suruh restock lepas tu kau lari.

Kau kedai makan yang tipu harga, potong timbangan ayam daging.


Kau mungkin rasa selamat sebab polis tak tangkap. SPRM tak dapat hidu. Kau boleh pergi Umrah tiap tahun bawa family pakai 'duit komisen' tu. Kau boleh beli Vellfire nak tunjuk kau berjaya. Tapi kau lupa, malaikat Munkar Nakir tak makan rasuah.


Setiap sen duit haram yang kau suap jadi darah daging anak bini kau, itu adalah benih-benih api neraka. Bila kau mati esok, anak bini kau berebut harta, takde siapa ingat nak carikan mangsa-mangsa yang kau tipu. Akhirnya kau reput, hancur, kena bkar dan disiat-siat kulit kau pampas hutang manusia kat alam kubur sana.


Berhentilah ambik rasuah. Berhentilah scam orang. Berhentilah meniaga zalim menipu timbangan dan harga.


Tak berbaloi kaya di dunia 60 tahun, tapi kau melolong kepanasan di Barzakh yang lamanya ribuan tahun. Jangan sampai anak kau pula yang kena melutut peluk kaki orang menangis merayu tebus dosa kau!


Gambar sekadar hiasan