Khamis, 27 Jun 2013

solat

Teringat berbual dengan seorang brother ni. Dia tidak solat dan pakai seluar pendek jer.Katanya cuba ustaz tengok suasana kl ni. Katanya jika tuhan tengok kita. Dia mesti kasihan dan mungkin ringankan solat cuma 2 waktu jer atau pasti dia mudahkan kita tidak payah solat. Dia cakap dengan penuh semangat dan yakin jer.( Sedih masa dengar)

Saya cuma ajak dia makan dan minum teh tarik...

Ajak pergi masjid untuk solat maghrib kerana ada kuliah. Dia ada 4 orang anak. Di masjid kami dengar bayan/ceramah/kuliah, kata penceramah,menceritakan mengenai seorang pemandu bas bergerak...Bas penuh. Ada orang tua tahan. Bas terus jer. Orang tanya driver bas kenapa tak berhenti. Jawabnya bas penuh..

Bas terus bergerak, ada orang sakit tahan. Bas terus jalan,tidak berhenti. Orang kata kasihan orag sakit.Bagilah dia naik. Jawab driver bas, tak boleh,bas dah penuh.

Tapi tiba bas berhenti dan memberi tempat kepada beberapa anak kecil. Semua orang tanya kenapa berhenti pulak. Kata bas dah penuh.

jawan driver bas. itu anak saya. Memang tugas saya ambil mereka. Kalau dan penuh pun kena ejas bagi muat juga.kerana mereka anak saya.Ada tempat dalam hati saya.

Samalah kita, walau betapa sibuk sekali pun kita. Jika dalam tempat dalam hati cinta Allah dan cinta pada Nabi SAW pasti kita akan menyediakan masa untuk solat dan berjuang untuk agama.

Dia mula sibuk ke masjid dan amalan memakmurkan masjid. Kini sambil berniaga pakai jubah jer..solat 5waktu di masjid. Isteri dan anak-anak mula pakai tudung. itulah bila cinta Allah dan Nabi ada dalam hati.Ia mengubah seluruh cara hidup dan pemikiran

Ikhlas batu

Seorang bapa bertungkus-lumus membawa balik sebuah hadiah patung buat hari jadi anak perempuan kesayangannya.

Keesokan harinya, ketika balik dari pejabat, kereta bapa mengalami masalah air mendidih. Bapa berang akan nasibnya kerana semalam keretanya disaman kerana parking di tempat yang salah untuk membeli patung buat anaknya.

Ketika tiba di rumah, anak perempuannya menyambutnya. Diberikannya seketul batu hitam bersilau. Bapanya berang.

“Tak nampak ke ayah dalam keadaan kotor. Kau bagi sampah kat ayah mengapa! Pergi buang di tong sampah!” jerit bapanya.

Anak perempuannya terus mengambil batu itu dan menangis balik ke dalam bilik.

Maknya terus keluar dari dapur.

“Susah penat anak kamu pergi sungai dapat batu itu sebagai hadiah kerana abang semalam dapatkan hadiah patung pada dia. Walaupun ia hanya seketul batu, itu sajalah yang anak kita ada untuk bagi kat abang. Jangan lihat batu itu, lihat keikhlasan belakang batu itu,” kata maknya.

Bapa terkejut dan tersentak. Dan pergi bilik anaknya untuk memujuk.

“Maafkan ayah, ayah mood tak baik tadi. Terima kasih atas hadiah batu. Sangat cantik,” kata bapa sambil memeluk dan mencium dahi anak perempuannya.

Sekadar cerita sebelum melelapkan mata^^,
Salam Jumaat..

Alfatehah

Dalam hadis qudsi, sabda Baginda Rasulullah S.A.W., Allah berfirman,

“Aku telah membahagikan solat (al-fatihah) kepada dua bagian, separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa saja yang dimohonkan kepada-Ku. 



بِســـــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Apabila hamba-Ku berkata, “Segala puji untuk Allah Tuhan Sekalian Alam.
Allah menjawab: Hamba-Ku telah memuji-Ku.

Apabila hambaKu berkata, Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.
Allah menjawab: Hamba-Ku telah memberi sanjungan kepada-Ku.

Apabila hamba-Ku berkata: Yang Menguasai hari pembalasan.
Allah menjawab: Hamba-Ku telah mengagung-agungkan-Ku.

Apabila hamba-Ku berkata, Hanya Engkau yang aku sembah dan hanya Engkau tempat aku memohon perlindungan.
Allah menjawab: Ini di hamba-Ku dengan Aku dan untuk hamba-Ku apa saja yang dimohonkan kepada-Ku

Apabila hamba-Ku berkata, Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Allah menjawab: Ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa saja yang dimohonkan kepada-Ku.”

Semoga kita mampu membacanya dengan tertib, menghayatinya dan menyadari betul bahwa Allah senantiasa membalasnya setiap bait al fatihah kita...

Selamat bersiap subuh sahabat semua... Semoga dilancarkan urusannya hari ini dan penuh kerberkahan.. Aamiin..

Redha 2 :)







































Pencerahan...


Kronologi ringkas bagaimana Syiah muncul?

1) Runtuhnya Empayar Parsi/Sassanid/Iran di tangan Umar al-Khattab.
2) Fairuz, putera Maharaja Parsi Yezdager 111 menjadi tawanan perang, dia menjadi hamba kepada Mughirah r.a.(Gabenor Kufah)
3) Dimerdekakan & diberi nama Abu Lu'luah. Dia datang ke Madinah untuk membunuh Umar al-Khattab.
4) Tragedi subuh, Umar di bunuh oleh Abu Lu'luah ketika mengimamkan solat subuh. Abu Lu'luah dibunuh/membunuh diri sendiri.

----------------------------------------------------------------

5) Utsman menjadi Khalifah. 6 tahun kemudian, muncul Abdullah b. Saba' seorang Yahudi yg mengaku masuk Islam.
6) Abdullah b. Saba' mengumpulkan kekuatan dari Mesir, kufah & Basrah untuk menjatuhkan Utsman. Dia menggunakan nama Saidina Ali, Talhah Ubaidillah & AzZubair Ibnu Awwam untuk mengumpulkan pengikutnya.
7) Utsman di bunuh. Saidina Ali diangkat menjadi Khalifah. Abdullah b Saba' bergabung dalam tentera Ali. Abdullah b. Saba' mencipta rangka ajaran Syiah yg berkait dengan Ali. Ali dibunuh setelah perang Siffin.
8 ) Sebelumnya Husain b Ali bernikah dengan Shahrbanu puteri Maharaja Parsi Yezdager 111. Sejak itu keturunan Ali berkait rapat dengan bangsa Parsi. Ajaran Syiah yg dicipta oleh Yahudi, berjaya melebarkan sayapnya ke Parsi/Iran.
9) Munculnya berbagai aliran Syiah yg berkaitan dengan Saidina Ali. Imamiyyah memegang Iran & beranggapan imam di sisi mereka ada 12 orang dari keturunan Ali.
10) Yahudi mempergunakan nama Syiah untuk meruntuhkan Islam dari dalam. Dalam Syiah ada golongan menipu & tertipu. Golongan menipu adalah Yahudi di Israel yg berkerjasama dengan Yahudi di Iran, golongan yg tertipu adalah sebahagian besar Syiah awam diseluruh dunia termasuk Syiah melayu di nusantara.(Syiah jadian)
11) Yahudi mempergunakan bangsa Parsi untuk meruntuhkan Islam kerana bangsa Parsi berdendam dengan Umar al-Khattab akibat jatuhnya empayar besar Parsi.

----------------------------------------------------------------

Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Nabi s.a.w:“Dajjal akan keluar dari kota Yahudi Isfahan (di Iran) bersama 70,000 penduduk Isfahan.” [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]

Nabi s.a.w bersabda : “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan,mereka memakai Al-Tayalisah.” [Hadis riwayat muslim]

Ibn Kathir berkata :"Dajal pada mulanya akan muncul dari Isfahan dari sebuah kota Yahudi." [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]

Kesimpulan : Syiah adalah Yahudi yg bertopengkan Islam. Tidak termasuk mazhab Imam Zaid & Imam Ja"far. Jangan terkeliru, Syiah bermaksud golongan. Dalam al-Quran ada 4x perkataan syiah disebut. Dalam surah as-Saffat ayat 83, Maryam ayat 69 & al-Qasas ayat 15(disebut 2x). Yg dikatakan Syiah pada artikel ini adalah menyebut Syiah secara kebiasaan orang ramai faham..

Lompat

-Jika pelajar agama malas dan membaca kitab dengan melompat-lompat, tanpa faham dan hafaz, ia bakal menempuh kesusahan di akhirat kerana pendapat dan ajarannya yang menyeleweng serta hati menjadi mati, iman pula 'cedera parah'.

-Jika pelajar perubatan malas dan membaca dengan melompat-lompat tanpa faham dan hafaz, pesakitnya bakal bertambah sakit atau mungkin mati, jarum dan kain mungkin akan ditinggalkan dalam tubuh pesakit.

-Jika pelajar kejuruteraan malas dan membaca dengan melompat-lompat, bangunan pasti akan bocor dan runtuh sana sini, jejantas dan jambatan pula bergoyang atau runtuh.

-Jika pelajar bisnes, ekonomi dan kewangan malas dan membaca melompat-lompat, bisnes rugi sentiasa, inflasi bertambah dan negara mengalami krisis kemunduran ekonomi.

Ruh


BAGAIMANA PARA WALI DAPAT BERJALAN CEPAT??

(Dikisahkan oleh Habib Ali Habsyi/Shohibul Maulid Simtuddhuror)

Ahmad bin Thoha bertanya, "Bagaimana para wali dapat
berjalan cepat, apakah itu bumi yang dilipat bagi mereka, atau
bagaimana?

Habib Ali Habsyi berkata, "Tidak, itu adalah jasad yang mengikuti ruh. Alam jasmani itu terikat oleh sebab-sebab. Jika kau ingin ke Mekah, kau harus menyiapkan kendaraan, bekal, atau perahu dan lain-lain. Kau tidak akan dapat sampai kesana kecuali dengan susah payah. Namun bila jasmani ringan (dari dosa) maka ia akan mengikuti ruh.

Jika terlintas keinginan di hatimu untuk pergi ke Mekah, maka, saat itu juga kau akan sampai ke Mekah: kau akan bertawaf, berziarah ke Nabi Saw dan kembali saat itu juga sebagaimana yang terjadi pada Syeikh Abu Bakar As-Sakran bin Abdurrahman As-Saggaf.

Suatu hari teman-temannya mendengar suara-suara (aneh).
Mereka bertanya: ”Apa itu?”
Syeikh Abu bakar berkata, “Shafra binti Khathlin datang dari India bersama 30 wali wanita ke kota ini. Mereka hendak berziarah makam Nabi Hud, Anaknya yang ditinggalkan di India menangis. Lalu ia menggoyangkan mainan anaknya yang gemerincing, untuk menenangkan anaknya”.

Demikian pula yang terjadi dengan imam Sya’rani, ia berkata:
“Datang kepadaku 7 orang dari India mereka berkata:
“Kami berangkat semalam dari India. Kami umrah,menziarahi Nabi Saw
pergi ke Bait al-Maqdis dan pagi ini kami bersamamu”.

'Abdul Qadir bin Ahmad bin Thahir bercerita bahwa Habib
Abu Bakar berkata; ”Ketahuilah Nak. (dari Huraidhah) aku pergi
ke Syibam ke tempat Habib Ahmad bin Umar bin Smith kemudian ke Masileh, ke rumah syeikh, lalu berziarah kepada Habib Thahir dan Habib Abdullah, kemudian aku kembali lagi ke Huraidhah.Semua ini berlangsung selama bacaan Fatihah”.,