Khamis, 31 Oktober 2013

Sunnah

SUNNAH NABI S.A.W PADA WAKTU MALAM

1) Sunnah baca Surah Al-Mulk dan As-Sajadah selepas maghrib selamat dari seksa kubur insya-allah.

2) Sunnah baca Surah Yasiin selepas isya tiap malam

3) Dibenarkan lambat solat jemaah isyak jika ada kepentingan agama (seperti ceramah agama atau mesyuarat agama)

4) Sunnah juga baca Surah Al-Waqiah tiap malam, tak kan fakir orang yang istiqamah membacanya.

5) Sunnah iktikaf di masjid lepas magrib sampai isyak, Allah akan bina mahligai di syurga.

6) Sunnah buat solat awwabin 6 rakaat lepas solat ba'diah magrib.

7) Sunnah baca surah Al-Kahfi pada hari jumaat (bermula lepas maghrib khamis)

 Sunnah solat sunat witir tiap2 malam

9) Sunnah berwudhu untuk tidur

10) Sunnah kibaskan tempat tidur dengan kain dari tempat letak kepala menuju ke kaki dengan 3 kibasan dan setiap kibasan dibaca Lahaulawalaquwwataillabillah.

11) Sunnah pakai celak sebelum tidur

12) Sunnah pakai minyak zaitun,sapu di kening,janggut dan rambut sebelum tidur.

13) Sunnah niat qiamulail untuk tahajud sebelum tidur.

14) Sunnah maafkan semua orang dan doakan semua orang sebelum tidur.

15) Sunnah baca 3 Qul dan tiupkan ke tapak tangan,lalu disapukan dari kepala,seluruh badan,sampai kaki,ulang 3 x.

16) Sunnah baca Ayat Kursi untuk perlindungan

17) Sunnah baca tasbih Fatimah sebelum tidur (33 Subhanallah, 33 Alhamdulillah, 34 AllahuAkbar)

18) Sunnah baca doa2 sebelum tidur

19) Kalau tak boleh tidur,sunnah baca doa tak boleh tidur.

20) kalau mimpi buruk, baca ta'awuz (A'uzubillahiminasyaitonirrojim), kalau mimpi baik, bangun dan solat hajat agar ia berlaku, jangan cerita mimpi buruk kat orang.

MAY ALLAH BLESS 

Rabu, 30 Oktober 2013

20 :)


























angry suami

1. Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar.
Contohnya, “hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla ”
2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah.  
Contohnya, “hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardin jer ..ok tak ”
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.
Contohnya, “kita dah simpan screwdriver tu kat dalam stor, tapi entah la kat atas shelf mana satu..”
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak di jumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca.
Contohnya, “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok.
Contohnya,  ”eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan…”
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar.  
Contohnya, “bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ….boleh singgah tak mana mana ..please ”
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian marahkan/menyalahkan suami.
Contohnya, “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apasal awak beli susu pekat dan gula pasir …kan lain tu”
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu.
Contohnya, “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? ”
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. Contohnya, “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”
10. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami.
Contohnya, “malam nih i jemput lina dan liza datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan ”
11. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat di rumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluarrumah.
Contohnya, “oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”
12. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. Contohnya,” sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul ..”
13. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan.
Contohnya, ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.
Contohnya, “eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”
15. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja.
Contohnya, “nak mandi buat apa awal-awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”
16. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain.
Contohnya, “awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih..”
17. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.
Contohnya, “pasukan manchester tu sampai mati pun tak akan dapatkan kalahkan liverpool, baik tolong saya potong ayam nih..”
18. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak.
Contohnya, ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi tak tak…then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”
19. Membebel dan berleter tak henti-henti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari.
Contohnya, ” i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah …bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”
20. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa.
Contohnya, ” eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti hentinih…betina mana pulak awak nak nih…”
21. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami.
Contohnya, “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan negeri die.. eeeii peliknyer!!”
22. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
Contohnya,”..apasal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”
23. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
Contohnya,”..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”
24. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Contohnya, “you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”
**Inilah antara sedikit sebanyak perkara yang boleh menaikkan kemarahan suami, walaupun bukan semua tapi mungkin ada sedikit yang boleh menyumbang kepada kemarahan suami.. Jadi isteri-isteri tu faham-faham la yer.. semoga bermanfaat :)

Selasa, 29 Oktober 2013

Ilmu

Ilmu pengetahuan sangat penting bagi manusia. Dengannya manusia beroleh kemajuan, kejayaan dan kesejahteraan. Oleh kerana itu, Nabi SAW bersabda mafhumnya: “Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim.”
Ilmu yang wajib ialah ilmu bermanfaat khususnya dalam hubungan manusia dengan Tuhannya yang membabitkan tauhid, ibadat zahir dan batin serta akhlak, seterusnya berkaitan hubungan kemasyarakatan seperti muamalat, munakahat dan hukum jenayah. 
Menurut Ibn Qayyim, ilmu yang wajib diketahui merangkumi empat bidang membabitkan rukun iman, hukum Islam, berkaitan yang haram dan ilmu muamalat. 

Bagi Imam al-Ghazali, ilmu diwajibkan ialah ilmu makrifat iaitu ilmu untuk mengenal Allah, ilmu tasawuf (berhubung dengan ibadat batin seperti ikhlas dan tawakal) serta ilmu syarak (masalah halal dan haram, muamalat, munakahat dan jenayah).

Islam memandang tinggi kepada orang berilmu seperti dijelaskan dalam surah Fathir, ayat 28 maksudnya: “...sebenarnya yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”

Kalangan ulama, orang soleh dan ahli zuhud memberi perhatian yang lebih kepada ilmu pengetahuan kerana ia adalah inti kepada ibadat dan asas ketaatan kepada Allah. 

Bagaimanapun dalam hal ini, kita janganlah sampai tergolong dalam kalangan mereka yang terpedaya. Menurut huraian al-Ghazali, mereka yang terpedaya terbahagi kepada beberapa golongan iaitu: 


Orang yang berasa dirinya memiliki ilmu makrifat dan mampu melihat Tuhan dengan hatinya, lalu mengganggap dirinya hampir dengan Allah. 

Padahal mereka hanya mengetahui nama-Nya, yang mereka dengar daripada lafaz yang boleh menjadikannya sesat dan keliru. 

Dengan semua itu, mereka beranggapan memiliki ilmu tertinggi daripada kalangan umat sejak awal hingga akhir. Mereka memandang rendah dan menghina ulama, faqih, ahli tafsir dan hadis, lebih-lebih lagi orang awam dianggap sebagai haiwan peliharaan. 


Orang yang hanya cenderung kepada ilmu zahir dan tidak memikirkan ilmu batin. Mereka berasa bangga dengannya dan berfikir berlebihan sehingga beranggapan dirinya mendapat tempat di sisi Allah. 

Mereka menganggap sudah bebas daripada seksaan Allah, malah mampu memberikan syafaat dan dosanya tidak akan dituntut. 


Orang yang tidak beramal dengan ilmunya. Mengetahui semuanya tidak membawa sebarang erti jika tidak diamalkan. Apa gunanya seseorang mengetahui sesuatu ilmu dan cara untuk beribadat jika tidak mengamalkannya. 

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan memandang rupa dan hartamu melainkan hati dan amalanmu.” 

Dalam Kitab Tanbihul Ghafilin, dinyatakan Nabi Isa bin Maryam berkata: “Sesiapa mengetahui (berilmu) lalu diamalkan dan diajarkan, maka itulah orang yang disebut besar di alam malaikat langit.” 

Sesungguhnya malaikat itu takut kepada tiga perkara: orang alim yang fasik, mengajarkan orang apa yang tidak dikerjakannya, tanah perkuburan orang derhaka yang dibangunkan bata dan simen serta mengukir nama pada kubur orang yang derhaka. 

Al-Auzai berkata: “Sesiapa mengamalkan apa yang diketahui, akan diberi taufik untuk mencapai apa yang belum diketahui.” 

Sufyan ats-Tsauri pula berkata: “Ilmu itu yang pertamanya diam, kedua mendengar (memerhati), ketiga mengingat, keempat mengamalkan dan kelima menyebarkannya.” 


Golongan yang menghabiskan waktunya untuk membersihkan diri daripada segala jenis hinaan, tetapi terlalu berlebihan sehingga berterusan mencari aib dirinya dan mengkaji tipu daya dilakukan, yang akhirnya menjadi urusan harian. 

Segala perbuatan mereka terlalu terperinci, sehingga ini aib, itu buruk dan seumpamanya. Orang seperti ini sama keadaannya yang selalu membayangkan dan menghitung bahaya dalam menunaikan ibadat haji dan akhirnya tidak jadi untuk melaksanakannya. 


Orang yang beranggapan sudah memenuhi kewajipan dengan menghadiri majlis ilmu. 

Mereka menjadikan ia sebagai suatu kebiasaan dan beranggapan bahawa mendengar tanpa beramal juga sudah melayakkan mereka untuk mendapat pahala daripada Allah SWT. 


Mereka yang menuntut ilmu hanya untuk menarik perhatian orang dan mengejar kekayaan. Ilmunya tidak akan memberi sebarang manfaat, manakala perniagaannya (pekerjaan) pula tidak akan berhasil, malah hanya menampakkan kerugian. 

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa menuntut ilmu dengan maksud bersaing dengan kalangan ulama, untuk bermujahadah dengan orang jahil atau menarik perhatian orang, dia akan masuk neraka.” 

Justeru, berhati-hatilah ketika menuntut ilmu. Apalah gunanya mempelajari dan mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi semata-mata dengan niat mengumpul kekayaan, pangkat dan darjat, sehingga menyombong diri. 

Demikian juga mereka yang belajar sehingga ke menara gading, sedangkan apabila berkhidmat tidak amanah, menipu dan mengambil rasuah. Malah, tiada yang boleh dibanggakan, andai khidmat bakti bukannya demi agama, nusa dan bangsa. 

Isnin, 28 Oktober 2013

slaughtered

OPEN LETTER
SURAT TERBUKA UTK SEMUA PENGANUT2 AGAMA2 DI MALAYSIA

Salam semua 
Saya Dr Jamnul Azhar bin Hj Mulkan -Seorang Doktor Perubatan dan Pendakwah Benas

Isu Ibadat Korban Di Sekolah:

Sepatutnya yg menjawab isu ini adalah TPM selaku Menteri Pelajaran bukan timbalannya...

Isu korban ini sebenarnya ada hikmahnya antaranya supaya masyarakat bukan Islam dapat mempelajari bahawa cara mematikan binatang yg terbaik adalah melalui tenik penyembelihan...Laporan ASWC

It should be recognised that although the majority scientific view was that the neck cut causes pain ),

an alternative view was held by others who claimed that significant pain may be avoided with the use of an extremely sharp knife with a swift, clean incision followed by a free bleed-out

(NAWAC, 2001; FAWC, 2003; EFSA, 2004

Terbukti bahawa kajian saintifik menyatakan kebaikan proses penyembelihan sebaga cara terbaik utk mematikan binatang.

Jadi harapnya pihak bukan Islam faham dan jangan pertikaikan upacara ini di lakukan di sekolah2 kerajaan kerana ia ada dalam sillibus pelajaran Islam
Berilut hujah-hujah saya:

1.Korban adalah satu ibadah YANG PERLU DIAJARKAN kpd anak2 Islam di sekolah.

2.Islam adalah agama rasmi yg bebas diamalkan di MANA-MANA DLM BUMI MALAYSIANI...Tak perlu surat pekeliling atau arahan.

3.Murid bukan Islam diasingkan

4.Babi bukan binatang sembelihan yg masuk dlm mana-mana ritual didlm MANA-MANA AGAMA TERMASUK HINDU,BUDHA
,CONFUCIUS DAN KRISTIAN....
(Tak timbul soal sembelih babi di sekolah).

5.Umat Islam tak pernah pertikaikan apa-apa ritual yg dibuat oleh agama2 lain ug jelas dilakukan di tempat2 awam.

6.LEARN TO RESPECT OTHERS YOU WILL BE RESPECTED.

Sekian

Wasslam

Dr Jamnul Azhar b Hj Mulkan
Okt 26 2013 12.00am

orga

Punca kegagalan sebuah organisasi ialah gagal menyelaraskan kehendak organisasi dengan matlamat dan keinginan setiap ahli dalam organisasi tersebut.

atau dalam bahasa lainnya, wahidatul fiqh, wahidatul amal (kesatuan dalam pemikiran dan tindakan).

Contoh terbaik ialah organisasi dalam permainan bola sepak.

Pengurus mahukan kemenangan. Begitu jua dengan pemainnya. Maka, setiap ahli memainkan peranan masing-masing mengikut kepakaran yang mereka miliki.

Bukan ahli yang lain tidak boleh menjaringkan gol, bukan tidak boleh 'multi-tasking', tetapi setiap ahli perlu FOKUS menjadi 'pakar' dalam bidang yang dikuasainya.

Striker sebagai penjaring.
Midfielder sebagai assistance kepada striker.
Goal keeper sebagai penjaga gawang.
Defender sebagai benteng pertahanan.

Perbezaan yang bukan pertentangan, tetapi perbezaan yang bersepadu menuju matlamat yang satu!

Takut bila terlalu multi-tasking dan tidak berfokus, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran...

Ahad, 27 Oktober 2013

Pemilik



Kisah seorang lelaki yang menghadapi masalah yang kronik iaitu sering diganggu oleh anjing semasa perjalanan ke tempat kerja dan ke pasar, memandangkan jalan yang dilalui si lelaki itu hanyalah satu maka beliau tiada pilihan lain melainkan menggunakan laluan tersebut dan mesti bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan-kemungkinan. 

Peristiwa beliau digigit, dikejar, diterkam, terpijak najis dan terkena air kencing anjing hari-hari menghantui fikirannya apabila mulakan langkah melalui jalan itu. Pernah juga beliau memberanikan diri bertindak sebaliknya iaitu mengejar dan membaling objek ke arah anjing-anjing yang mengganggu tetapi umpama tiada kesudahan. Ada beberapa kali beliau cuba menyimpan wang dengan hasrat untuk membeli kenderaan beroda yang boleh membantu perjalanannya yang lebih pantas namun hasrat tersebut tidak kesampaian kerana pendapatannya ‘umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang’. 

Masa berlalu begitu pantas, tibalah suatu hari beliau menceritakan pengalaman hitamnya itu kepada seorang kawan di tempat kerja, kawannya bertanya “apakah sudah awak berjumpa dengan tuan punya anjing-anjing itu?”.., lelaki itu tersentak, “ ahhh, kenapa aku tidak terfikir perkara itu selama ini”..
Tiba masa pulang dari tempat kerja, si lelaki itu mengambil waktu yang sesuai untuk melalui jalanan yang paling banyak anjing kerana fikirannya mungkin laluan itulah agaknya terdapat rumah tuan punya anjing-anjing itu. Kali ini beliau memang bersedia dengan apa sahaja kemungkinan berhadapan dengan serangan tiba-tiba, beliau berkata “kalau perlu aku gigit anjing itu, aku akan gigit, aku tak kira”. , itulah kata-kata motivasi yang menguatkan dirinya.
Hasratnya berjumpa dengan pemilik anjing-anjing itu tercapai dan beliau menceritakan peristiwa yang berlaku pada dirinya, beliau merayu agar anjing-anjing tidak mengganggunya lagi. Tuan pemilik anjing-anjing itu telah membayar pada lelaki berkenaan sejumlah wang sebagai pampasan di atas kecederaannya serta membayar kos perubatan. Sebahagian anjing-anjing di hantar ke Jabatan Haiwan dan sebahagian lagi dikurung di dalam sangkar besar.
Lelaki tersebut cukup gembira seolah-olah dunianya 100% terbalik dan umpama mati hidup semula.
Itulah kisah iktibar yang boleh disimpulkan bahawa memohon dan mengharapkan pertolongan daripada Tuan Pemilik diri kita iaitu Allah swt akan dapat menyelesaikan 100% masalah kita dan sebaliknya jika mengharapkan sesuatu kepada makhluk seperti kita, ianya tidak akan ke mana-mana.
Begitulah juga apabila kita mengharapkan undang-undang ciptaan sendiri untuk menyelesaikan masalah manusia maka harapan itu umpama meludah ke langit, beban yang berat akan ditanggung dan menzalimi diri sendiri. Jadikanlah orang yang sentiasa bersyukur dan rujuklah jalan penyelesaian kepada Allah Rabbul’alamin….

Coretan;
Ahmad Nazri Khamis
Batu Pahat, Johor.
21 Oktober 2013