Ahad, 8 Jun 2014

Istihaalah

#‎DNA‬ Babi dalam makanan
Sedikit ulasan Tuan Guru saya iaitu Ustaz Adnan Che Abu.
["sekadar sedikit perkongsian Dari insan biasa.
Istihaalah dalam fiqh adalah bertukarnya sesuatu unsur kepada unsur yg lain, dgn kadar tidak lagi ada pada unsur yg baru sebarang kesan unsur yg asal .. contoh yg diberikan adalah apabila najis atau bangkai bertukar menjadi tanah ..
Penukaran najis atau benda yg haram kepada unsur baru dgn perbuatan manusia tidak akan menghalalkan najis tersebut .. ini berdasarkan hadith yg diriwayatkan oleh Muslim [3669], At-Tirmidzi [1215], Abu Daud [3190]: Bahawa Abu Thalhah menanyakan Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- mengenai anak-anak yatim yang mewarisi arak. Lalu Baginda bersabda: (Tumpahkanlah ia [yakni arak berkenaan]). Beliau berkata: Adakah tidak boleh kami membuatnya menjadi cuka? Baginda bersabda: (Tidak) ..
Para Ulama memahami daripada hadith berkenaan bahawa menukarkan arak menjadi cuka dgn perbuatan manusia adalah haram .. tidak boleh dimanfaatkan dgn arak utk sebarang manfaat kecuali ditumpahkan.
Mereka bersepakat jika arak itu bertukar (ihaalah) dgn sendiri kepada cuka, maka ia tidak mengapa dan halal .. adapun dgn perbuatan maka tidak dibenarkan.
Mari kita lihat semua istidlal yg digunakan di dalam fatwa yg disebarkan yg mengatakan tak mengapa gelatin babi dalam makanan dan lain kerana telah istihaalah:
1) Najis yg terbakar maka abunya halal .. fatwa ini digunakan utk membincangkan org yg menggunakan najis kering utk memasak dan membakar di dapur .. abu yg berterbangan dari najis berkenaan dimaafkan kerana payah utk dielakkan terkena pada benda2 yg di sekeliling dapur dan hatta makanan pun mungkin terkena .. ia bukan bermaksud suruh jilat abu kat dapur yg dinyalakan dgn najis .. bahkan najis yg digunakan adalah dari lembu, dan seorg yg telah belajar fiqh perbandingan sepatutnya tahy bahawa najis/kencing binatang yg dimakan dagingnya dipercanggahkan hukumnya.
2) Kalau anjing masuk dalam takungan garam, anjing tu akan jadi anjing masin .. macam ikan masin .. tak pun jadi anjing pekasam .. Kalau tajuk zat atau jirim anjing tu hilang setelah lama berada tak kira di mana pun, ia adalah pertukaran yg tabii .. bukan dgn perbuatan manusia .. bahkan perbincangan ini adalah sewaktu garam merupakan komoditi yg mahal dan sukar diperolehi.
Babi jadi ubat gigi, sabun, cokelat dan lain dgn sendiri ke, hinggakan sewenang-wenang disamakan hukum istihaalah dalam fiqh dgn perbuatan mencampurkan babi itu ke dalam makanan atau kosmetik???
Jgn jadi macam Yahudi .. bila Allah haramkan mereka makan lemak, mereka cairkan lemak tu dan makan hasil jualannya .. mereka tak makan lemak .. mereka makan duit .. so telah istihaalah .. jadi halal ke???
Begitulah memahami najis & mutannajis. Ianya berbeza. Najis itu bagaimana sekalipun tak dpt disucikan. Yang dibersih disucikan ialah mutannajis.
Ada pendapat lain? Sila kongsikan utk kita bincangkan dgn sumber sandaran dalil yg kukuh.

haram

~2 hadis untuk menjawab isu hot~
Saya tak berniat atau berhajat untuk panjangkan hal ni, kepada yang faham, fahamlah..
Bukan untuk cari balah, tapi sebagai peringatan semata-mata kepada kita semua yang berada di zaman Dajjal ni...
Zaman di mana, agama menjadi perkara yang mengelirukan....
Selama 1400 tahun sesuatu itu haram, tiba-tiba zaman kini, satu persatu ia dihalalkan oleh "ulama yang mendapat perhatian MEDIA"...
1) ‘Abdurrahman bin Ghanm Al-Asy’ariy berkata: telah menceritakan kepadaku Abu ‘Aamir atau Abu Malik Al-Asy’ariy; demi Allah beliau tidak membohongiku bahawa beliau telah mendengar Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“ Akan ada dari kalangan umatku suatu kaum (kelompok) yang menghalalkan zina, sutera, Al-khamr , dan al-ma’aazif (alat-alat muzik). Dan benar-benar akan ada beberapa kaum mendatangi tempat yang terletak berhampiran gunung tinggi lalu mereka didatangi orang yang berjalan kaki untuk suatu keperluan.
Lalu mereka berkata, “Kembalilah esok”.
Pada malam harinya, Allah menimpakan gunung tersebut kepada mereka dan sebahagian yang lain diubah menjadi monyet dan babi sehingga hari kiamat.”
(lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 5590. Shahih Ibnu Hibban, no. 6754. Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, no. 3417 dan dalam Musnad Syamiyyin, no. 588. As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 6100, dan 20988. Lihat juga: Taghliiq At-Ta’liiq oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani, no. 5590)
Note 1: Hadis ini menceritakan tentang banyak perkara yang diharamkan oleh Islam, kelak akan difatwa halal oleh "ulama-ulama" akhir zaman. Maka disebabkan umat Islam asyik dan mabuk dengan benda haram, maka Allah mengubah mereka menjadi seperti monyet dan babi. Secara umumnya, itulah yang berlaku pada ummah hari ini, sesetengah "ulama" menghalalkan banyak hal yang haram atas alasan "Islam itu mudah" misalnya menghalalkan alkohol atas nama perubatan, menghalalkan alat muzik haram seperti alat muzik bertali dan bertiup (alat muzik berketuk seperti duff,kompang dll diharuskan dalam mazhab Syafi'e), menghalalkan riba atas nama islamic finance, menghalalkan zina atas nama nikah mut'ah, menghalalkan babi atas nama DNA, menghalalkan wanita haid lepak di masjid atau bertilawah Al-Quran tanpa alasan, menghalalkan zakat diberi kepada orang kafir atas alasan "Islam itu indah", menghalalkan penggunaan kulit dan tulang babi atas alasan tiada dalil yang mengharamkannya dan macam-macam hal lagilah geng-geng "ulama PhD" buat hal. Disebabkan semua ini dihalalkan, maka umat Islam telah Allah ubah menjadi seperti monyet, misalnya kewujudan sampah-sampah masyarakat yang terkinja-kinja di disko, konsert, pavi, shopping mall, program realiti mencari artis, pak lawak, artis tua bangka, artis belum baligh, semua tu tidak saling tumpah keadaan mereka dengan sekumpulan monyet. Dan juga Allah akan merubah umat menjadi babi, ini juga berlaku apabila umat Islam kini suka dengan majlis-majlis bercampur laki perempuan, bergomol-gomol dan berhimpit-himpit berlainan jantina, sama seperti babi. Mereka juga berzina dan merogol manusia dan saudara kandung, anak kandung, cucu kandung, nenek kandung seperti sekawan babi. Semua ini jelas seperti yang diramalkan Rasulullah. Fikir dan nilai sendiri.
2) “Akan ada manusia dari kalangan umatku yang meminum al-khamr , mereka menamakannya dengan selain namanya. Mereka berhibur di atas kepala-kepala mereka dengan al-ma’aazif (muzik) dan para penyanyi wanita. Maka Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan Allah akan mengubah bentuk sebahagian dari mereka menjadi monyet dan babi.” (Sunan Ibnu Majah, no. 4020. Shahih Ibnu Hibban, no. 6758. Al-Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, no. 3419. As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 20989. Mushannaf Ibn Abi Syaibah, no. 23758)
Note 2: Di dalam hadis ini pula baginda menyatakan modus operandi atau metod atau cara "ulama-ulama" akhir zaman menghalalkan benda yang haram. Iaitu menggunakan kaedah "penukaran nama". Misalnya arak haram, tapi alkohol halal. Babi haram, tapi DNA babi dan Cadburry halal. Kaedah penukaran nama ini sedang hangat "dihalalkan" mereka sebijik seperti yang diramalkan Rasulullah. Kata mereka apabila nama asal sesuatu tu hilang, contohnya "daging babi" menjadi "gelatin", maka ia halal atas alasan ia bukan lagi zat asal.  wtf?
Note 3: Sekali lagi fikirkan, kalau ini semua bukan tanda kiamat, bila lagi dunia nak kiamat?
Note 4: Status ini tidak ditujukan kepada sesiapa atau untuk memprovok mana-mana pihak. Ia hanya sebuah tulisan pencetus fikir kepada kita semua untuk semakin berhati-hati dengan kedatangan Dajjal besar tak lama lagi kerana tanda-tandanya sudah jelas. Kepada yang masih tertipu dan terus tertipu dengan "ulama-ulama" seperti ini, semoga kita semua diberi petunjuk daripada Allah.
Note 5: Ini status serius.  *sambil buat muka serius*

Wahhab dan Syafi'e

~Wahhabi, wahhabi, kau tau ke Wahhabi tu apa??~
Ayat ni selalu kita terbaca di laman sosial ditulis oleh puak-puak Wahhabi (yang bertaqiyyah/menyamar atas nama "Salafi")...
Ya! Wahhabi tu apa?
Soalan ni banyak kali dituju dalam inbox saya oleh follower-follower baru yang saya sangka baik mereka tak cukup kuota internet untuk load status-status lama di fb saya yang dah bertahun-tahun cakap pasal Wahhabi...
Tapi masih ditanya soalan sama:
"ustaz, Wahhabi tu apa? Mohon pencerahan..."
Ok, disebabkan saya malas dah nak jawab secara skema (sebab dah dijawab dalam post yang lepas secara skema dan saksama), kali ni saya nak jawab cara sketsa...
Al-kisah disebutkan bahawa Pak Mat mempunyai dua orang anak yang taat pada bapanya. Seorang nama Wahhab, seorang lagi nama Syafi'e. Mereka berdua selalu berlumba-lumba untuk penuhi apa sahaja kemahuan ayah kesayangan mereka.
Pada suatu hari....
Pak Mat (PM): Uhuk! uhuk! (batuk), sape-sape tolong ambil air untuk ayah kejap... (kata beliau kepada dua orang anaknya).
Wahhab dan Syafi'e pun berlari-lari untuk mendapatkan air. Tetapi yang anehnya, Wahhab berlari ke tandas manakala Syafi'e berlari ke dapur. Tak lama lepas tu, masing-masing menghadap ayah mereka. Di tangan Wahhab ada sebaldi air dari tandas dan di tangan Syafi'e ada secawan air tapisan mesin Korea dari dapur.
PM: Eh Wahhab, kenapa kau bawa air sebaldi ni??
Wahhab (W): Kan ayah cakap "bawakan air", jadi berdasarkan teks ungkapan ayah, air mesti dibawa kepada ayah. Saya bawalah air ni. Saya telah menunaikan tanggungjawab saya.
PM: Tapi ayah mintak air untuk minum la....bawak secawan sudah la... (muka sedih)...
W: Apa dalil dari teks arahan ayah yang menunjukkan ayah nak air untuk minum? Dalil mana, dalil? Ayah cakap nak air je, tak cakap pun nak minum ke, nak secawan ke? Kalau tak ada dalil, ianya jadi bidaah dan perlu ditolak.
"sesungguhnya setiap yang baru itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat, dan setiap yang sesat itu akan ke neraka...."
PM: *kelepek!* (tampar dahi sendiri)..adoi la... wahhabi punya anak...!
W: Apa salah saya? Hanya kerana saya ingin kembali kepada teks asal ayah yang sahih, saya dituduh Wahhabi? (sedih sambil berselfie) *kechak!* (pastu update status dalam fb: "sesungguhnya dakwah salafiyyah ini penuh rintangan, sungguh memedihkan apabila ayah sendiri merupakan ahli bidaah, ‪#‎pray4PakMat‬ ").
PM: Haa, kamu Syafi'e, tahu pulak ayah nak air secawan? Ayah tak cakap pun nak air secawan untuk minum?
Syafi'e: Oh.. itu mudah saja ayah. Sebelum saya memahami apa-apa arahan daripada ayah melalui "teks-teks/ayat-ayat perintah" yang keluar daripada mulut ayah, saya akan melihat seluruh keadaan dan dalil-dalil lain. Saya lihat ayah terbatuk, batuk itu sering diqiyaskan dengan sakit tekak atau tekak berkahak, jadi secara dalil umum, dapat diketahui orang yang batuk minta air itu pasti untuk diminum. Kemudian saya lihat pula keadaan ayah yang sedang bersandar di kerusi, tak mungkin ayah nak basuh kereta, maka fahamlah saya bahawa kehendak sebenar daripada "arahan ayah" tadi ialah bawakn air secawan untuk diminum. Jadi selepas saya meneliti semua dalil yang ada, sababul wurudnya (sebab-sebab arahan tu dikeluarkan),kaedah nahunya dan semua sisi, lalu saya berijtihad dengan segala kemampuan yang ada tanpa hanya bergantung kepada makna zahir teks yang asal, maka keputusan akhir saya dalam memahami perintah ayah itu ialah ayah perlukan secawan air.
PM: Haaaaaa.... macam ni lah kehendak ayah yang sebenar.... memang terbaiklah...!  ayah doakan kamu dikekalkan kefahaman agama seperti ini dan yang mengikutimu sehingga kiamat.
Note: Kalau tak faham jugak, elok bunuh diri je lah, kerana Otak anda tidak memberi apa-apa faedah kepada kemajuan , pembangunan dan ekonomi negara.
-selesai-
selfie sikit....(pakai batang selfie sambil tunjuk 2 jari tanpa sebab musabab yang jelas) *kechak!*

Bil

Seorang lelaki tua berusia 80 tahun mempunyai masalah penglihatan dan jika tidak dirawat kemungkinan matanya akan menjadi buta.
Dia ke hospital untuk menjalani rawatan untuk memulihkan semula masalah penglihatannya
Selepas menerima rawatan, pihak hospital memberikan bil hospital yang menyatakan jumlah kos yang perlu dibayar.
Si tua ini menangis. Pihak hospital bersimpati dan menyatakan kesediaan mereka untuk mengurangkan jumlah kos rawatan.
Si tua ini memberitahu.. aku menangis bukan kerana melihat bil hospital ini. Aku menangis kerana selama 80 tahun aku di beri penglihatan, Allah Taala tidak pernah menghantar bil kepada ku.
Semoga kita menahan mata kita dari melihat benda yang haram.. ameen.

Malay


DrShukri Abdullah nambah 3 poto anyar.
Orang Putih, Cina dan Melayu ...
Bandingkan Tiga Budaya Berikut
Foto 1: banyaknya basikal di kampus Univ Oxford (universiti ternama dunia)
Foto 2: siswa/i UTAR (Univ T.A.Rahman) Kampar digalakkan berbasikal
Foto 3: tempat parking motorsikal di sebuah sek menengah di FELDA
Tengok foto berkenaan dan buat rumusan sendiri betapa silapnya kita orang Melayu terutama mak-ayah Melayu di kawasan desa berebut-rebut membekalkan motorsikal kepada anak. Bekalkan basikal tidak salah. Yang ketara salah ialah memberi motorsikal kepada anak dan memBIARKAN ANAK BEBAS:
a. Bawa motorsikal ke mana saja.
b. Bawa motorsikal bila masa saja (sehingga malam).
c. Tunggang motorsikal dgn siapa saja (lelaki-perempuan)
Ini antara lain MENGGALAKKAN:
a. Anak keluar masuk rumah bebas
b. Menyertai geng merempit (yg sesetengahnya sudah tamat sekolah)
c. Bawa girlfriend/boyfriend ke mana saja, berdakapan atas motorsikal
Fikir dengan rasional, agak-agaknya:
Kita menggalakkan budaya anak jadi cemerlang, atau
Kita membuka laluan mudah anak jadi kecundang.
Inikah anak Wawasan 2020 yang diidamkan oleh mantan PM Tun Mahathir. Saya yakin tidak. Malah saya yakin Tun M tak nak melayu begini. Malangnya hari ini tiada siapa membuat kempen mendidik i/bpa Melayu khususnya di kawasan desa:
-- Agar tidak terlalu memanjakan anak dengan motorsikal
-- Agar tidak terlalu manjakan anak dengan smartphone
-- Agar tidak terlalu manjakan anak, beri semua apa yang diminta.
Malang juga tidak siapa membuat kempen, mendidik i/bapa Melayu khusus di kawasan desa agar:
-- Mendidik anak agar lebih berdisiplin
-- Mendidik anak agar rajin belajar
-- Mendidik anak agar bersolat (on-time dan berjemaah)
Yang banyak program-program TV pakat didik ibubapa Melayu desa agar gemarkan hiburan. Hiburan lawan ilmu sepatutnya ilmu menang. Tetapi di kalangan Melayu, hiburan menang jauh ke hadapan,
Kesihan bangsaku.
Siapa yang nak membela mereka hah ?
Yang melaung nak tolong Melayu senyap saja dengan isu-isu begini ?

Khamis, 5 Jun 2014

Bintang Syikra

"Hampir setiap kali sebelum atau selepas solat Subuh kita akan nampak hanya satu bintang terang di langit. Bintang ini membelakangkan kiblat. Lepas solat Subuh di Surau Alamanda pun saya nampak bintang ini, lepas solat Subuh di Masjid Bongek pun nampak, lagi terang di Bongek dan amat-amat cantik kerana berlatar belakang Gunung Datuk.

Bintang ini ialah Bintang Syikra, satu-satunya bintang yang disebut di dalam Al Quran. Saintis mendapati Bintang Syikra ini sebenarnya ialah bintang berkembar, Syikra A dan Syikra B. Syikra A adalah paling terang, Syikra B tidak kelihatan. Dua bintang ini mengelilingi satu sama lain dalam satu orbit selama 49.9 tahun dalam bentuk lengkungan berkembar seperti busaran panah.

Ianya jelas disebut dalam Al Quran pada ayat ke 49 dan 9.

Sayang, kita umat Islam ada satu buku yang begitu hebat iaitu Al Quran, tetapi kita tidak dapat menghayati apatah lagi mengamalkan setiap suruhan di dalam Al Quran.

Besok selepas atau sebelum solat Subuh cuba perhatikan membelakangi kiblat bintang ini.

Sehingga menjadilah jarak sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi; (An-Najm 53:9)

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra; (An-Najm 53:49)"

Rabu, 4 Jun 2014

solat

Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut,
Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,
Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,
Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),
Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,
Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.
Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,
Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,
Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai.
"sesungguhnya BERJAYALAH orang2 yg beriman. Iaitu mereka yg KHUSYUK dalam SOLAT yg mereka lakukan" - (Al-Mu'minuun:1-2)