Ahad, 28 September 2014

kisah muallaf

KISAH MÙALAF MUHAMMAD MUSTÖFA

Dalam lif tadi terserempak dengan seorang foreigner yg berasal dr Amerika. Tinggi badannya, berkulit hitam (African american rasanya). Tapi jernih wajahnya, senyuman manis sangat, sekali kita tengok rasa seronok ja tengok walaupun kulitnya gelap.

Terus aku teringat kisah bilal. Masa dalam lif dia tanya ''are u muslim?'' Aku pun cakap ''yes,i'm muslim''. Ingatkan tanya kosong ja. Lalu dia tanya lagi ''do you love prophet Muhammad''
Aku tersentak sangat soalan tu,yalakan,jarang foreigner nak tanya soalan macam tu. Sekali lagi aku balas ''yes'' sebab aku tak fluent english sangat,balas pun pendek ja la.......

Tiba2 dia cakap ''kalau prophet Muhammad ada bersma skrg, pasti akan sedih'' ......Alamak...kali ni aku betul2 sentap, aku ada buat salah apa2 ka? Atau dia nk cakap aku terrorist?? Macam2 dalam hati aku ni dok pkiaq...

Tak sampai seminit air mata dia keluar bercurcuran..arghhh aku buat salah apa lagi ni...takkan pasal mh17 kot...tak kan pasal peristiwa pentagon aritu...lalu terus dia cakap dalam keadaan sebak, sebenarnya saya seorang mualaf, saya begitu cintakan Islam dan saya sayang Allah dan prophet Muhammad,masa ni dia da tunduk sambil lap air mata, aku tengok banyak jgkla bekas titisan air mata dia dlm lif..

Baru dia nak sambung cakap, pintu lif da terbuka..........
Kami keluar sama2 dan aku ajak dia berbual lagi dekat lobby hotel...aku tertarik sangat dgn statement dia tadi,lagipun byk soalan yg timbul kt benak fikiran aku ni. Selamat dia setuju nak sambung berbual lagi..kali ni dia makin sebak lagi, hurm...aku da makin nebes.

''Prophet Muhammad pasti sedih melihat kita muslim asyik bergaduh sesama kita, berfikiran dan akhlak tak seperti apa yg baginda wariskan, berpakaian tapi spti tidak berpakaian lgsg.aku begitu cinta Islam kerana ia agama tenang dan mendamaikan, aku tidak pernah merasa nikmat itu semasa agama sebelum ini, aku beryukur Allah membuka pintu hatiku untuk islam, prophet Muhammad begitu baik dan manis akhlaknya,tidak seperti saudara2 muslim ku skrg, mereka bertengkar dan tidak lagi memperkenalkan siapa prophet Muhammad pada anak2 mereka seawal umur''

''Aku mualaf amerika tapi aku berhajat biar aku dikuburkan di tanah suci mekah, bagiku tidak ada apa lagi yang aku inginkan selain dekat dgn Rasulullah'' Doakan aku ya,saudara..kamu sudah lama memeluk islam,pasti amalan kamu lebih banÿak dariku,dan pastinya doamu lebih mudah termakbul.

Meremang tubuhku sehingga gugur air mata, Ya Allah,begitu sucinya niat dan begitu teguhnya cintanya pada jalanmu walaupun dia baru memeluk islam......dia minta aku manusia pendosa ni mendoakannya,sungguh...tidak layak ahli mksiat ni mendoakanmu kerana dirimu lebih mulia dr ku.

Dalam kesebakan,dia ingin mengdur diri, teksi dia da smpai. Sebelum jauh melangkah,dia bersungguh pesan padaku, ''brother,please sholawat as much as u can to Rasulullah''...make it your daily routine,sambil senyum dan salam dgn ku.

Aku??? Kita???? Yang dari lahir dibesarkan dgn Budaya islam, diceritakan dr kecil ttg siapa Rasulullah,mengapa kita tidak begitu cinta pada baginda? Apa yg ada pada kita skrg ni yg bila kita tengok dapat mengingatkan kita pada Rasulullah??

T︵T ALLAHUMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD

tv internet

Tiket Neraka : TV & Internet
“Adik tutup mata! Ada iklan Safee Sali Nampak lutut.”

“Abang tutup mata! Ada iklan Lisa Surihani promote Jus.”

“Mak tutup mata! Ada babak mat salleh mandi guna boxer”

Imran melompat-lompat di ruang tamu sambil menutup mata ahli keluarganya dengan semangat.
Beliau melompat-melompat menutup mata kerana ingin menjaga mata ahli keluarganya.
Menjaga mata mereka daripada melihat aurat lelaki dan perempuan yang bertaburan di TV itu.

Bagi Imran ada TV & Internet adalah lagho.
TV & Internet itu padat dengan Lagho, Dosa & Maksiat

Bagi Imran, TV & Internet ialah Tiket ke Neraka.

Bagi Imran TV & Internet perlu dihapus terus dari muka bumi.
Imran siap bercita-cita nak beli bom nuclear untuk hapuskan Satelit yang menjadi sumber hidup TV & Internet.

Dalam usaha Imran untuk tutup mata Ayahnya dek kerana iklan Lisa Surihani promote Jus lagi,
tiba-tiba kepala Imran kena siku dan sekeh serentak.

Imran hanya mampu mengerang kesakitan dek kerana siku + sekeh ayahnya yang deras wa daebak.

Kemudian Imran masuk pondok Tahfiz dan menghafal Quran 30 Juzuk.

The End.

----------------------------------------

Popcorn habis serentak dengan habisnya kisah Imran.
Sungguh dramatik dan sedih kisah Imran T^T *kesat air mata*

Sebenarnya, aku nak join sekali siku dan sekeh kepala Imran tu sekali.
Kalau boleh nak serentak dengan ayah beliau -.-

Aku faham apa yang Imran perjuangkan, dia nak jaga mata ahli keluarga dia.
Dia nak jaga ahli keluarga dia daripada lagho.

Perjuangan ikhlas, tapi tak berasas memang layak kena sekeh dan siku.

Beginilah,
Sesungguhnya tidak berdosa untuk kita lihat aurat lelaki atau perempuan di TV mahupun internet.
Tengoklah berjuta-juta kali kat TV & Internet, namun tidak berdosa ke atas kita.

Aku ulang,
Sesungguhnya tidak berdosa untuk kita lihat aurat lelaki atau perempuan di TV mahupun internet.
Tengoklah berjuta-juta kali kat TV & Internet, namun tidak berdosa ke atas kita.

Aku tak gurau.
Serious ni *buat muka serious*

Relax relax. Meh aku nak explain.
Kalau kita kat Alam Realiti,

Basically
Tengok aurat lelaki perempuan = pandangan pertama tidak dosa, pandangan seterusnya berdosa.

Advance,
#1 Tengok aurat lelaki perempuan, tak naik Syahwat = 1 dosa
#2 Tengok aurat lelaki perempuan, naik Syahwat = 2 dosa

Ulang Advance,
#1 Tengok aurat lelaki perempuan, tak naik Syahwat = 1 dosa
#2 Tengok aurat lelaki perempuan, naik Syahwat = 2 dosa

Orite. Kasi faham dahulu konsep-konsep tu.

Tapi,
Kalau kita kat Alam Maya (TV & Internet)

#1 Tengok aurat lelaki perempuan, tak naik Syahwat = 0 dosa
#2 Tengok aurat lelaki perempuan, naik Syahwat = 1 dosa

Aku Ulang
#1 Tengok aurat lelaki perempuan, tak naik Syahwat = 0 dosa
#2 Tengok aurat lelaki perempuan, naik Syahwat = 1 dosa

See?

Berbeza Alam Realiti & Alam Maya.

Mehh aku kasi contoh lagi…
#1 Kalau aku tengok Safee Sali main bola kat Stadium Live, aku dapat dosa tengok aurat dia.
#2 Kalau aku tengok Safee Sali main bola melalui Astro Arena ataupun live streaming internet, aku tak dapat dosa tengok aurat dia.

#1 Kalau aku tengok Safee Sali main bola kat Stadium Live, dan aku naik Syahwat tengok aurat dia, maka aku dapat 2 dosa, dosa tengok aurat & dosa naik Syahwat.
#2 Kalau aku tengok Safee Sali main bola melalui Astro Arena ataupun live streaming internet, dan aku naik Syahwat, maka aku dapat dosa naik Syahwat, tapi aku tak dapat Dosa tengok aurat dia.

So, conclusionnya kat sini.
Kalau tengok aurat lelaki perempuan live. Dosa tengok aurat konfem dapat.
Kalau tengok aurat lelaki perempuan melalui TV atau Internet. Tak dapat Dosa kalau tengok aurat.

Cuma kedua-dua situasi dapat Dosa kalau naik Syahwat.

Orite. So begitulah equationnya.

So tak dosa pun ada Internet & TV kat rumah.

Senang, jagalah apa yang patut dijaga. jaga MATA tuh 

Cuma janganlah banyak tengok perkara yang lagho dan melalaikan macam Runningman dan drama-drama korea 

Perlu korang tahu, Imam Syafiee yang tak sengaja tengok betis perempuan hilang beberapa hafalan.
Tak sengaja beb. Pandangan yang tak sengaja. Dah laa pandangan pertama :’)

Oleh itu, kita sebagai manusia biasa, tidak sama special macam Imam Syafie, sepatutnya lebih menjaga apa yang patut dijaga lebih daripada Imam Syafie T^T

Bila tengok rancangan kat TV atau Internet yang memaparkan aksi-aksi dan adegan yang sangat melampau kelucahan atau sangat melampaui batas, maka tinggalkanlah. Alihkan pandangan.
Kalau sekadar rancangan-rancangan yang biasa tu still boleh consider.

Sedikit pesanan.
* Kalau nak tengok cerita lagho tidak mengapa, tetapi isikanlah jadual menonton TV itu dengan menonton TV Alhijrah, Astro Oasis.
* Kalau nak ada twitter facebook Instagram pun tidak mengapa, tapi pastikan ada perkongsian Dakwah dan perkongsian kebaikan di Alam Maya korang.

Bagi aku, lagho itu ialah masin. Satu kemasinan.
Janganlah terlalu masin.

Nak masin tiada masalah.
Cuma tambahkan gula-gula yang menjadi pemanis.

Neutralkanlah.

Facebook Twitter?
Update dan tweet laa something yang Islamik.

Pastikan apa yang kita buat itu ada bermanfaat untuk Ummah.
Ummah perlukan kita. Bantulah bina Ummah walaupun sedikit.

Ehemm ehemm,
Nak kasi wasiat siket 

Aku mohon untuk korang atleast sekurang-kurangnya selitkan kebaikan dan dakwah dalam kehidupan korang di Alam Maya.
Jadikanlah amalan itu sebagai satu jihad korang dalam membina Ummah.

Moga Allah tambah Cinta.

tagih hutang tengah hari

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia
memberi pesan kepada kedua anaknya :

“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan
kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”

“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”

“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik
matahari secara langsung”

5 TAHUN BERLALU:

Sang ibu menjenguk anak sulungnya
dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.

Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu…

Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun
sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama²
habislah modal saya..

Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar
matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang
kerja saya selalu naik teksi”.

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang
keadaannya berbeda jauh.

Si bungsu sukses
menjalankan bperniagaannya.

Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu
sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”

Si bungsu menjawab : “Ini karena saya mengikuti
pesan ayah bu..

Pesan yang pertama saya dilarang
menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu
saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun
sehingga modal saya tetap kukuh”.

“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari
secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada
saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan
pulang setelah matahari terbenam, sehingga para
pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup
lebih lewat”.

Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA,
namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang
atau MINDSET berbeda.

Mereka MELAKUKAN cara yang
berbeda sehingga mendapatkan HASIL yang berbeda
pula.

Hati² lah dengan Mindset kita..

Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya
mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.

The choice is yours..!

tips-tips belajar salafus soleh

Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita. TIPS BELAJAR 📓 

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.
#sharing is caring

3 lelaki tua

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."


"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.


Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.


Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."


Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"


Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :


"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.


"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :


"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.


...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM


Best lah citer ni.... 

syukur redha

Syukur adalah kunci kekayaan yang menyebabkan dirimu tiada akan resah, gelisah dan banyak merungut-rungut dalam kehidupan. 

Syukur adalah sentiasa redha dengan Allah dalam apa jua keadaan. 

Syukur adalah memandang pilihan Allah lebih baik daripada pilihan dirinya. 

Syukurlah jika dirimu tiada dikenali kerana ia menyelamatkan dirimu dari sifat riak. 

Syukurlah jika dirimu dihina kerana ia menyebabkan nafsu kesombongan hancur. 

Syukurlah dirimu diberi sedikit kerana selamat dirimu daripada ketamakan dan panjang angan-angan. 

Syukurlah dirimu dipilih dalam golongan yang berzikir walaupun tiada dikurniakan keasyikan kerana engkau dapat menaiki tangga kewalian dengan kesabaran dan istiqamah.

Waktu haram solat

WAKTU HARAM SOLAT

Waktu diharamkan solat terbahagi kepada lima dimana tiga waktu diharamkan disebabkan oleh waktu (kedudukan matahari) dan dua lagi diharamkan disebabkan oleh perbuatan.

WAKTU DIHARAMKAN SOLAT BERKAIT DENGAN WAKTU
1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kira-kira kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira-kira kadarnya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira-kira menyemai dengan lapan belas inci. Lebih kurang 16 minit dalam tempoh matahari terbit

2. Waktu Istiwa iaitu waktu matahari berada di tengah-tengah langit sehingga zawal iaitu gelincir matahari atau condong ke bawah. (Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)

3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning-kuningan sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk.

WAKTU DIHARAMKAN SOLAT BERKAIT DENGAN PERBUATAN
1. Selepas sembahyang fardhu Subuh iaitu bagi orang yang telah menunaikan sembahyang Subuh sehingga terbit matahari.

2. Selepas sembahyang fardhu ‘Asar sehingga terbenamnya matahari.

WAKTU LAIN YANG DITEGAH UNTUK MENDIRIKAN SOLAT
1.Ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu.
Makruh memulakan sembahyang sunat selepas bilal memulakan iqamah sembahyang, sama ada sembahyang itu sembahyang sunat rawatib, seperti sembahyang sunat Subuh, Zuhur dan lain-lain. Sama ada dia meyakini yang dia akan sempat mendapat satu rakaat bersama-sama imam atau tidak.

2.Ketika Khatib Berada Di Atas Mimbar
Sebaik saja imam duduk di atas mimbar, maka ditegah dan dilarang daripada melakukan sembahyang. Tegahan ini adalah khusus kepada mereka yang telah sedia ada hadir di masjid sedang imam telah pun duduk di atas mimbar.

PENGECUALIAN LARANGAN BERSOLAT
1.Hari Jumaat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa mengerjakan sembahyang ketika matahari tegak (rembang) adalah makruh tahrim. Bagaimanapun ia dikecualikan pada hari Jumaat. Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah hadis daripada Qatadah daripada Nabi SAW, katanya yang maksudnya:

“Bahawasanya Baginda membenci sembahyang pada tengahari (rembang) kecuali pada hari Jumaat, dan Baginda bersabda: “Sesunguhnya neraka Jahannam dimarakkan (pada saat itu) melainkan pada hari Jumaat”.~(Hadis riwayat Abu Daud)

2. Tanah Haram Mekah
Mengerjakan apa saja jenis sembahyang di tanah suci Mekah adalah diharuskan tanpa mengira sebarang waktu sekalipun pada waktu yang terlarang. Pendapat ini adalah yang shahih di dalam mazhab Syafi‘ie dan disokong dengan hadis Rasulullah SAW, sabda Baginda yang maksudnya :

“Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu melarang seseorang tawaf di rumah ini (Baitullah) dan bersembahyang pada bila-bila waktu yang dia sukai, malam atau siang” ~(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

3. Qada Solat
Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)
 — karo 化葵剩 lan 11 liyané.

poto: WAKTU HARAM SOLAT

Waktu diharamkan solat terbahagi kepada lima dimana tiga waktu diharamkan disebabkan oleh waktu (kedudukan matahari)  dan dua lagi diharamkan disebabkan oleh perbuatan.

WAKTU DIHARAMKAN SOLAT BERKAIT DENGAN WAKTU
1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kira-kira kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira-kira kadarnya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira-kira menyemai dengan lapan belas inci.  Lebih kurang 16 minit dalam tempoh matahari terbit

2. Waktu Istiwa iaitu waktu matahari berada di tengah-tengah langit sehingga zawal iaitu gelincir matahari atau condong ke bawah. (Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)

3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning-kuningan  sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk.

WAKTU DIHARAMKAN SOLAT BERKAIT DENGAN PERBUATAN 
1. Selepas sembahyang fardhu Subuh iaitu bagi orang yang telah menunaikan sembahyang Subuh sehingga terbit matahari.

2. Selepas sembahyang fardhu ‘Asar sehingga terbenamnya matahari.

 WAKTU LAIN YANG DITEGAH UNTUK MENDIRIKAN SOLAT
1.Ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu.
Makruh memulakan sembahyang  sunat selepas bilal memulakan iqamah sembahyang, sama ada sembahyang itu sembahyang sunat rawatib, seperti sembahyang sunat Subuh, Zuhur dan lain-lain. Sama ada dia meyakini yang dia akan sempat mendapat satu rakaat bersama-sama imam atau tidak.

 2.Ketika Khatib Berada Di Atas Mimbar 
Sebaik saja imam duduk di atas mimbar, maka ditegah dan dilarang daripada melakukan sembahyang. Tegahan ini adalah khusus kepada mereka yang telah sedia ada hadir di masjid sedang imam telah pun duduk di atas mimbar.

PENGECUALIAN LARANGAN BERSOLAT
1.Hari Jumaat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa mengerjakan sembahyang ketika matahari tegak (rembang) adalah makruh tahrim. Bagaimanapun ia dikecualikan pada hari Jumaat. Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah hadis daripada Qatadah daripada Nabi SAW, katanya yang maksudnya:

“Bahawasanya Baginda membenci sembahyang pada tengahari (rembang) kecuali pada hari Jumaat, dan Baginda bersabda: “Sesunguhnya neraka Jahannam dimarakkan (pada saat itu) melainkan pada hari Jumaat”.~(Hadis riwayat Abu Daud)

 2. Tanah Haram Mekah
Mengerjakan apa saja jenis sembahyang di tanah suci Mekah adalah diharuskan tanpa mengira sebarang waktu sekalipun pada waktu yang terlarang. Pendapat ini adalah yang shahih di dalam mazhab Syafi‘ie dan disokong dengan hadis Rasulullah SAW, sabda Baginda yang maksudnya :

“Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu melarang seseorang tawaf di rumah ini (Baitullah) dan bersembahyang pada bila-bila waktu yang dia sukai, malam atau siang” ~(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

3. Qada Solat
Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)