Jumaat, 22 Julai 2016

Poligami

Tercengang dengar luahan dan penyesalan sahabat saya ustaz Mohamed Iqbal Alivi tentang gurau bab poligami dengan isteri.. Baru2 ni beliau baru je dapat cahaya mata.. Comel anak dia..Lepas habis program di pasir gudang lepas solat semua ajak ustaz iqbal makan di asam pedas power johor dan kami bersembang..

Dia kata "lil.. Lain kan dah ada anak ngan tak ada anak lagi.. Allahu.. Lil.. Aku bersama ngan isteri aku dalam bilik bersalin 8 jam nak tunggu baby keluar.. Isteri ak kata.. "Abg apa2 berlaku jap lagi.. Biar anak selamat.. Apa2 berlaku pada saya xpe.." Aku nangis lil.. Ak tengok dri mula sampai akhir bini ak bersalin.. Aku rasa yaAllah payah nya laa.. Aku terus teringat kat mak aku lil.. Aku lahir dulu beso 4kg lebih.. Lagi teruk mak aku lahirkan ak dulu..." Huhuk..

"Masa kami berdua je.. Ak selalu bergurau dengan isteri ak nak kawin dua.. Biar awak senang sikit.. Saya kawin dua awak ada kawan... Masa tu orang umah ak marah.. Ngajuk.. Aku tak faham.. Lepas ak tengok dia bersalin ak dah x nak sebut benda2 kawin dua ni lil.. Kesian kat bini ak..."

Allahu.. Saya terfikir.. ramainya suami2 hari ni jadikan itu sebut nak kawin dua.. Nak kawin sorang lagi jadi bahan gurauan.. Tapi langsung tak tahu.. Sebenarnya walaupun nampak bergurau tapi sangat beri kesan pada hati seorang wanita.. Nampak macam xde pape.. Dia cubit kita.. Ngajuk.. Tapi dia akan ingat sampai bila2 gurauan kita tu... Kadang2 benda2 gurau2 benda2 macam ni buatkan isteri kita hilang respect pada kita.. Sebab buat benda2 macam ni gurauan.. Hati wanita sangat lembut dan cepat terasa..

Saya kalau timbul perbincangan tentang kawin dua dan sebagainya depan saya dan isteri saya terus kata "saya xde masa nak fikir psal ni... Kerja saya banyak.. Isteri saya ni cukup sempurna bagi saya.."

Saya nak ajak suami2 kawan2 saya.. Walaupun poligami dibenarkan syara' tapi jangan jadikan soal itu sebagai gurau .. Kita bergurau la lepas ni ngan isteri kita perkara lain.. Main Angkat2 dia ke.. Main lari2 ke.. Main nyorok2 ke.. Yg buat dia boleh happy ngan kita.. Jangan sesekali kita jdikan poligami bahan gurauan depan isteri dan anak2 kita.. Kita jaga perasaan orang umah kita macamana kita nak isteri kita jaga perasaan kita.. YaAllah.. Maafkan saya.. Maafkan kami semu.. Kami x perasan perkara2 kecil ni...

Sya pernah dengar.. Bila isteri lepas bersalin.. Kita kena banyak puji isteri kita.. Cakap.. Awak kuat sangat.. Awak banyak tolong sy.. Terima kasih.. Saya dapat rasakan yg awak kuat berdoa dengan Allah untuk saya dan cereer saya.. Sekali sekala.. Puji isteri kita depan mak ayah dia.. Mak ayah dia pun suka.. Isteri kita pun suka,. Tapi malangnya hari ni.. Kita sebagai suami jarang sngat.. Berat snagat mulut nak puji isteri kita yg bnyak korban untuk kita.. Bukankah dia pernah lahirkan zuriat kita.. Dia yg tanggung perit smeua? YaAllah.. Maafkan kami.. Kami x pndai jadi suami yg terbaik..

Motivator Ummat,
Ustaz Khailil Razak

Share pada suami, menantu, dan tunang kita insyaAllah..

#storyustaztido

N nak share pada ofismate..😂😂😂

Monyet bisnes

Brader Jahar (Mohd Ezhar):
KISAH PENIAGAAN MONYET
===∞===∞===∞===∞===

Diceritakan terdapat banyak monyet liar berdekatan sebuah kampung.

Suatu hari datang seorang peniaga ingin membeli monyet² berkenaan. Dia memaklumkan kepada orang kampung akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM100 seekor. Orang kampung fikir peniaga ini pasti gila kerana bagaimana sanggup dia membeli RM100 seekor?

Tapi nak dijadikan cerita, ada yang pergi tangkap dan peniaga ini membayar RM100 seekor.

Berita ini menjadi viral dalam sekelip mata. Dan masing² pergi memburu monyet dan menjualnya kepada peniaga tersebut. Sehingga pada suatu hari peniaga tersebut membuat pengumuman akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM200 seekor.

Penduduk menjadi tak senang duduk. Ke sana ke mari memburu saki baki monyet yang ada. Dan mereka berjaya menjualnya pada peniaga tersebut dengan harga RM200 seekor.

Kemudian peniaga tersebut membuat satu lagi pengumuman yang mengejutkan. Kali ini dia sanggup membeli RM500 seekor. Penduduk dah naik sasau sampai tak tidur memburu monyet² yang masih ada. Hanya terdapat lebihkurang enam atau tujuh ekor sahaja yang berjaya ditangkap dan semuanya berjaya dijual kepada peniaga tersebut.

Orang kampung menunggu dengan penuh harapan apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh peniaga tersebut selepas ini. Kemudian peniaga ini membuat satu pengumuman...

Dia akan pulang ke kampungnya selama seminggu dan bila balik nanti dia akan membeli monyet² yang berjaya ditangkap dengan harga RM1000 seekor. Terkejut beruk orang kampung!

Dia menyuruh pekerjanya menjaga monyet² yang telah ditangkap di dalam kurungan. Hanya dia seorang sahaja yang menjaga kesemua monyet2 di dalam kurungan itu.

Peniaga tadi pun pulanglah ke kampung halamannya...

Penduduk kampung sangat kecewa kerana tiada lagi monyet² yang boleh ditangkap untuk dijual dengan harga RM1000 seekor. Sehinggalah pada satu hari pekerja tadi memberitahu orang kampung bahawa dia sanggup menjual secara rahsia monyet² dalam kurungan dengan harga RM700 seekor. Orang kampung akan dapat untung RM300 atas seekor monyet yang terjual. Berita ini viral sepantas kilat.

Keesokkan pagi penduduk kampung dah siap beratur. Rupa²nya ada dah yang siap bawak khemah tidur kat depan kandang sejak semalam. Panjangnya melangkaui 3 deretan kedai (kalau di bandar).

Pekerja tersebut berjaya menjual kesemua monyet² yang ada di kandang tersebut dengan harga RM700 seekor. Apa tidaknya, orang kaya membeli dalam pukal, orang miskin pula ada yang membuat pinjaman dari AhLong untuk membeli monyet² tersebut.

Orang kampung membawa balik monyet² yang dibeli tadi dan menunggu peniaga balik dari kampungnya.

Tetapi tiada siapa balik...
Mereka pun bergegas mencari pekerja yang menjual monyet² tadi.
Rupa²nya dia juga sudah lesap...

Kemudian orang kampung tersedar bahawa mereka telah membeli monyet² liar yang tidak berguna dengan harga RM700 seekor dan tidak mampu menjualnya kepada sesiapa pun.

Inilah realiti perniagaan yang kita kenali sebagai STOCK MARKET!

Perniagaan ini membuatkan ramai orang muflis manakala sebahagian kecilnya sahaja yang kaya raya dalam 'bisnes monyet' (monkey business) ini.
.
WHOSE THE MONKEY NOW!??

Semoga sama² kita mengambil teladan dalam cerita ini...
Tiada yang mudah dalam perniagaan. Tidak ada jalan pintas. Perlu ada kesabaran, kecekalan, usaha dan selebihnya bertawakkal kepada Tuhan, Maha Pemberi Rezeki. Jangan bergantung kepada manusia...

Khamis, 21 Julai 2016

1MDB

" APA LAGI ALASAN NAJIB..
Mari saya simpulkan pengesahan yang dibuat oleh Peguam Negara Puan Loretta E. Lynch dalam sidang akhbar beliau di Kementerian Keadilan (Justice Department – mereka tidak panggil kementerian mereka “Kementerian” tetapi “Jabatan”) dalam memfailkan kertas kausa di mahkamah untuk menyita (civil forfeiture) aset-aset/pembelian hasil “duit curi” daripada 1MDB:-
i) Lebih USD1.0b dicuri dalam 2 tahun pertama kewujudan 1MDB selepas diambil alih oleh kerajaan Najib daripada hakmilik kerajaan Terengganu (asalnya Terengganu Investment Authority). Hasil curian itu digunakan antara lain untuk berfoya-foya, membayar hutang judi di Las Vegas, menyewa kapal-kapal yacht, dan membeli jet persendirian.
ii) USD1.37b dicuri daripada hasil dua penjualan bon 1MDB sebanyak USD3.5b pada bulan Mei 2012 dan Oktober 2012. Hasil curian itu dimasukkan ke dalam akaun-akaun simpanan Swiss Bank milik syarikat kerang (shell company) berpangkalan di British Virgin Island yang dikuasai oleh Riza Aziz, anak bini Najib.
iii) Sebahagian USD230m duit curi itu kemudiannya dibahagi-bahagi dan dipindah ke beberapa akaun-akaun simpanan milik beberapa syarikat kerang lain seluruh dunia (yang juga dimiliki/dikawal/diselia Riza Aziz).
iv) Syarikat-syarikat kerang ini kemudiannya mengguna duit curi ini untuk membeli hartanah-hartanah mewah antaranya Park Laurel Condominium (USD23.98m) dan Time Warner Condominium (USD30.55m) di New York, rumah agam di Beverly Hills (USD17.5m) dan satu rumah desa (townhouse) di London. Hartanah-hartanah ini dibeli daripada pemilik asalnya, syarikat kerang milik Jho Low.
v) Lebih USD100m pula masuk ke tabung milik Red Granite Pictures (RGP), syarikat perfileman dimiliki sebahagiannya oleh Riza Aziz yang kemudiannya menerbitkan filem “Anak Mami The Movie” (..eh, mungkin saya tersalah filem kot..)
vi) USD1.26b kemudiannya dicuri lagi hasil penjualan bon ketiga 1MDB sebanyak USD3.0b pada bulan Mac 2013 (yang mana Goldman Sachs sebagai broker mengaut keuntungan USD500m). Hasil curian ini pula digunakan untuk membeli hasil karya Claude Monet (sebut: klod mau-nay) berharga USD35m dan hotel Park Lane di New York. USD106m pula digunakan untuk membeli kepentingan dalam syarikat music E.M.I.
Kesemua tuduhan-tuduhan di atas telah lama dilaporkan oleh banyak media-media luar dan media-media alternatif dalam negara sebelum ini yang mana saya mengambil sikap “benefit of the doubt” kerana pada saya membuat tuduhan memang senang. Namun sekarang telah terbukti bahawa tuduhan-tuduhan tersebut memang ada asasnya malah sekarang sedang dibawa ke Mahkamah oleh pejabat Peguam Negara US.
Juak-juak UMNO dan penjilat tegar bontot Najib seperti biasa akan melemparkan alasan “tuduhan tidak berasas”, ataupun “niat jahat kafir Amerika” untuk menghancurkan kerajaan Islam di Malaysia.
Tidak ada sebab kerajaan US ingin jatuhkan kerajaan Najib. Kerajaan Najib adalah antara rakan kuat (“ally”) kerajaan US dari segi perdagangan dan paling penting, kempen menentang keganasan. Malah Presiden Obama datang ke Malaysia 2 kali dalam tempoh kurang 5 tahun. Kali terakhir seorang Presiden US menjejak kaki ke Malaysia sebelum kedatangan pertama Obama adalah tahun 1966. Seorang Presiden US tidak akan datang mengunjung sehingga dua kali dalam tempoh kurang 5 tahun kalau yang dikunjunginya itu sekadar kawan “biasa-biasa” sahaja.
Orang Amerika walau terkenal dengan sifat kapitalis melampau dan bertuhankan wang, masih tetap berpegang kepada integriti. Peguam Negara US walau dilantik oleh Presiden, masih perlu mendapat kelulusan undi majoriti Dewan Senat untuk disahkan perlantikan beliau. Seorang penjilat tegar seperti Apandi Ali yang selepas perlantikan ke jawatan Peguam Negara dengan lajunya mengumumkan Najib tiada salah laku dalam isu 1MDB kemudian dengan lajunya pula diberikan kerusi “directorship” dalam syarikat berkempentingan kerajaan, tidakkan sampai kiamat boleh dilantik ke jawatan beliau kalau diikut sistem perlantikan di Amerika. Malah Presiden pun kalau tidak berintegriti dan salah laku boleh dipecat oleh Dewan Kongress (Perwakilan+Senat) seperti yang melanda Richard Nixon (penyangak) dan Bill Clinton (gila seks).
Walau apa pun yang berlaku, pengakhirnya saya simpulkan hanya dua: i) Najib terlibat secara langsung dan sah adalah seorang penyangak paling besar dalam sejarah Malaysia, atau ii) Najib tiada kena mengena malah tidak tahu menahu membuatkan beliau Perdana Menteri paling bahalol dalam sejarah Malaysia apabila duit dibawah jagaannya boleh hilang berbillion-billion. Teringat saya akan bekas Presiden Gus Dur..
Sedarlah juak-juak UMNO dan penjilat tegar sekalian, pemimpin anda sudah lagi tidak terbela (undefensible).Terus-terusan membela beliau akan mengakibatkan anda semua menjadi pembangkang di pilihan raya umum akan datang. Yang akan rugi teruk ketika itu nanti adalah me-Layu juga.
Kita berdoa pada Allah untuk ditunjukkan kebenaran. Kadangkala telah tertunjuk kebenaran itu, namun kita juga yang tidak mahu melihat"

Islam

*BELUM ADA LAGI DALAM SIRAH NABI...*

Pagi ini semasa kelas Sirah bersama Dr Nabil Mubarak, aku bertanya kepada Syeikh berkenaan 2 golongan Ulama. Antara Ulama di Malaysia yang hanya berdiam diri dengan rasuah, salah guna kuasa dan kewangan oleh pemimpin negara dan ulama yang sibuk untuk laksanakan hudud yang mana masyarakat bukan Islam dan Islam sendiri pun masih belum memahami sehingga timbul salah faham dikalangan bukan Islam di negara.

Lalu Syeikh menjawab dengan melontarkan pertanyaan. "Di negara kamu hendak laksana Syariat Islam mesti bertanya kepada kepada orang kafir?"

Aku jawab "Ya".

"Jika begitu itu sesuatu perkara yang sangat pelik. Tidak pernah ada dalam kitab Sirah, Nabi bertanya atau minta izin dari Abu Jahal atau Abu Lahab. Bahkan baginda juga tidak pernah minta daripada pemimpin musyrikin atau Pembesar Yahudi di Madinah untuk melaksanakan syariat Islam" jawab Syeikh.

Aku ulangi lagi persoalan tadi "Jadi bagaimana pula dalam isu rasuah, salah guna kewangan, banjir. Ada kalangan Ulama seolah-olah berdiam diri."

Syeikh bertanya lagi "Adakah ulama kamu juga terjebak rasuah? "Mana mungkin" Jawabku.

Syeikh terus sambung "Jika begitu, Ulama kamu tahu dan alim Fiqh Sirah. Di zaman Nabi s.a.w, pembesar dan pemimpin Makkah bukan setakat salah guna kuasa, segala kejahatan dan kefasadan telah dilakukan oleh mereka sehingga peringkat mensyirikkan Allah. Jika ekonomi yang kamu takutkan, Nabi s.a.w pernah berniaga di pasar dan meninggalkan pasar tersebut. Jika banjir yang kamu takutkan, Kota Makkah pernah banjir sehingga runtuhnya Kaabah.

*Perbetulkan Aqidah masyarakat kamu.* Tunaikan hak Allah yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah, perkara-perkara yang lain akan datang kemudian. Sepertimana Nabi s.a.w membina negara bukan dengan ekonomi mahupun kuasa tetapi dengan Aqidah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Lantas beliau membacakan Ayat Quran surah Al-Ahzab ayat 21.

لقدكان لكم في رسول ٱلله أسوة حسنة....

dan Surah Al-Baqarah Ayat 120

لن ترضى عنك اليهود ولا ٱلنصرى حتى تتبع ملتهم...

Kemenangan bukan dari pertolongan atau sokongan orang kafir mahupun kaum muslimin tetapi kemenangan adalah dari Allah s.w.t.

Allah jualah yang memberi kekuatan ekonomi. Bukan golongan kafir. Kerana ekonomi berkaitan dengan rezeki dan rezeki itu datang dari Allah s.w.t dan bukan manusia.

Jawatan, kuasa dan kepimpinan juga datang dari Allah kerana Allah Maha Berkuasa dari semua kuasa yang ada di bumi ini.

*Jadilah Islam kerana mahukan Redha Allah* dan bukan jadinya kamu Islam kerana mahu menunjuk-menunjuk kepada kafir atau mengharapkan redha Kuffar!!!" tegas Syeikh panjang lebar.

Aku tersenyum. 😄😄

*ABDUL HAMID AL-YAHYA*
Mukalla Hadramaut
Yemen 10.04 Pagi
_16 Syawal 1437 | 21 Julai 2016

Duit

• Nama aku DUIT,

kadang orang panggil aku wang, fulus dan macam-macam lagi.

• Rupa aku biasa je,

badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku.

• Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia,

kerana manusia mengidolakan aku.

• Ramai orang merubah keperibadiannya,

mengkhianati kawan,

memutuskan persaudaraan,

menjual maruah,

malahan meninggalkan keyakinan imannya,

demi aku!

• Aku tak mengerti perbezaan orang senang dengan orang susah,

tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat,

menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.

• Aku bukan Iblis,

tapi seringkali manusia melakukan kejahatan demi mendapatkan aku.

• Aku juga bukan orang ketiga,

tetapi banyak suami isteri bergaduh dan berpisah kerana aku.

Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku.

• Sangat jelas juga aku bukan Tuhan,

tapi manusia menyembah aku seperti Tuhan,

bahkan kerap kali hamba-hamba Tuhan lebih menghormati aku,

padahal seringkali mereka diingatkan supaya jangan sesekali menjadi hamba duit.

• Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun tetapi ramai orang yang rela mati demi aku.

• Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat tetapi aku tidak mampu untuk memanjang kan jangka hayat hidup seseorang.

Sedarkah anda,

• Aku juga satu alat yang boleh membuatkan kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan keberkatanNya.

• Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan malam.

Walhal, tidakkah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi.

• Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak akan pernah putus dari kamu.

• Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dariNya.

• Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya. .


Yang benar,

DUIT.

BILA KITA POST ↓ 'Allahuakbar' 'Subbahanallah' 'Astaghfirullah' ↑

automatik ada orang baca .. senangkan buat pahala .. HANYA MENYAMPAIKAN YANG BAIK

ISLAM ITU MUDAH dan INDAH !!!.

Rabu, 20 Julai 2016

Breath n die.... life

Nice quote:-
A beautiful question. What is the meaning of life?
A beautiful answer to it: When a person is born,
he has BREATH but no NAME and when he dies,
he has name but no breath. The gap between this BREATH and NAME is LÎFÉ!
*👍How to TALK 👍*

Talk to *Mother* _lovingly_ ,
Talk to *Father* _respectfully ,_
Talk to *Brothers* _heartfully _,
Talk to *Sisters* _affectionately ,_
Talk to *Children* _enthusiastically ,_
Talk to *Relatives* _empathetically ,_
Talk to *Friends* _jovially ,_
Talk to *Officials* _politely ,_
Talk to *Vendors* _strictly ,_
Talk to *Customers* _honestly ,_
Talk to *Workers* _courteously ,_
Talk to *Politicians* _carefully _,
Talk to *GOD* _silently,_

Talk to * WIFE*   ~no no~  ......
*KEEP QUIET & LISTEN ONLY...!!!*

No other OPTION !! 😜😝

Ahad, 17 Julai 2016

Parent

Assalamu'alaikum.

*WAKE UP PARENTS*❗

Years back, *poor illiterate  parents* produced
🔹Doctors,
🔹Engineers,
🔹 Scientists,
🔹 Accountants,
🔹 Lawyers,
🔹 Architects,
🔹 Professors..,  whom I will refer to as *Group 'A'*.

These *Group 'A'* Children struggled on their own after Primary 6 or Grade 12, to become notable personalities.

Most of them
👉🏾trekked to school *barefooted*
👉🏾 went to farms
👉🏾fetched water and firewood
👉🏾cared for domesticated animals
👉🏾did some work including trading after school to survive.

Now Group 'A' , who have now become Parents themselves are *producing  Group 'B'  Children*

These group B children are
🔹pampered
🔹 helped in their homeworks or home assignments from nursery school through secondary schools to higher institutions.
 🔹chauffeur driven to very expensive schools or are sent abroad to study.
🔹they can watch movies from morning till dawn after school.
🔹 they are treated like baby kings and queens.
🔹they don't do any household chores.
🔹Food is put on the table for them,
🔹their plates are removed and washed by parents or house maids.
🔹They are given expensive cars and clothes,
🔹not forgetting *big pocket monies to be wasted* !!!.
🔹Their parents help them in doing their assignments.
🤔 In spite of all these, only few can *speak* or *write* correctly. 😏

🤔Group 'A' Parents  cared for their own *parents* and *children*,
Group 'B', their Children are still *struggling to find their feet at age 30+*.‼

🤔They find it difficult to do things on their own because they are used to being helped to think and doing things by Group 'A'.

So they can't help themselves, their parents or the society.

THEY ABANDON THEIR PARENTS IN THEIR BID TO ACQUIRE THE WORLD

😴 *Where do you belong*❓
🏮Reduce the pampering and the unnecessary help you offer your children.

🏮 Let your children *grow in wisdom, intelligence and strength*.

🏮Let them face the truth and the realities of life. Teach them to grow  to become *independent adults.*

Teach them to :-
👉🏾fear God,
👉🏾respect  others and
👉🏾 develop confidence in themselves.

🤔Parents, discipline your children to become disciplined adults, *useful* and not *useless.*

Have a blessed DAY !!!