*BELUM ADA LAGI DALAM SIRAH NABI...*
Pagi ini semasa kelas Sirah bersama Dr Nabil Mubarak, aku bertanya kepada Syeikh berkenaan 2 golongan Ulama. Antara Ulama di Malaysia yang hanya berdiam diri dengan rasuah, salah guna kuasa dan kewangan oleh pemimpin negara dan ulama yang sibuk untuk laksanakan hudud yang mana masyarakat bukan Islam dan Islam sendiri pun masih belum memahami sehingga timbul salah faham dikalangan bukan Islam di negara.
Lalu Syeikh menjawab dengan melontarkan pertanyaan. "Di negara kamu hendak laksana Syariat Islam mesti bertanya kepada kepada orang kafir?"
Aku jawab "Ya".
"Jika begitu itu sesuatu perkara yang sangat pelik. Tidak pernah ada dalam kitab Sirah, Nabi bertanya atau minta izin dari Abu Jahal atau Abu Lahab. Bahkan baginda juga tidak pernah minta daripada pemimpin musyrikin atau Pembesar Yahudi di Madinah untuk melaksanakan syariat Islam" jawab Syeikh.
Aku ulangi lagi persoalan tadi "Jadi bagaimana pula dalam isu rasuah, salah guna kewangan, banjir. Ada kalangan Ulama seolah-olah berdiam diri."
Syeikh bertanya lagi "Adakah ulama kamu juga terjebak rasuah? "Mana mungkin" Jawabku.
Syeikh terus sambung "Jika begitu, Ulama kamu tahu dan alim Fiqh Sirah. Di zaman Nabi s.a.w, pembesar dan pemimpin Makkah bukan setakat salah guna kuasa, segala kejahatan dan kefasadan telah dilakukan oleh mereka sehingga peringkat mensyirikkan Allah. Jika ekonomi yang kamu takutkan, Nabi s.a.w pernah berniaga di pasar dan meninggalkan pasar tersebut. Jika banjir yang kamu takutkan, Kota Makkah pernah banjir sehingga runtuhnya Kaabah.
*Perbetulkan Aqidah masyarakat kamu.* Tunaikan hak Allah yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah, perkara-perkara yang lain akan datang kemudian. Sepertimana Nabi s.a.w membina negara bukan dengan ekonomi mahupun kuasa tetapi dengan Aqidah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Lantas beliau membacakan Ayat Quran surah Al-Ahzab ayat 21.
لقدكان لكم في رسول ٱلله أسوة حسنة....
dan Surah Al-Baqarah Ayat 120
لن ترضى عنك اليهود ولا ٱلنصرى حتى تتبع ملتهم...
Kemenangan bukan dari pertolongan atau sokongan orang kafir mahupun kaum muslimin tetapi kemenangan adalah dari Allah s.w.t.
Allah jualah yang memberi kekuatan ekonomi. Bukan golongan kafir. Kerana ekonomi berkaitan dengan rezeki dan rezeki itu datang dari Allah s.w.t dan bukan manusia.
Jawatan, kuasa dan kepimpinan juga datang dari Allah kerana Allah Maha Berkuasa dari semua kuasa yang ada di bumi ini.
*Jadilah Islam kerana mahukan Redha Allah* dan bukan jadinya kamu Islam kerana mahu menunjuk-menunjuk kepada kafir atau mengharapkan redha Kuffar!!!" tegas Syeikh panjang lebar.
Aku tersenyum. 😄😄
*ABDUL HAMID AL-YAHYA*
Mukalla Hadramaut
Yemen 10.04 Pagi
_16 Syawal 1437 | 21 Julai 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan