Perdana Menteri Britain, Theresa May Membaca Quran, Buktikan Islam Adalah Agama Damai
Posted on July 16, 2016
BRITAIN – Perdana Menteri Britain yang baru, Theresa May telah membaca petikan ayat Al-Quran untuk membuktikan Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian.
Theresa berkata, tindakan keganasan IS yang melakukan serangan ganas berlaku di seluruh dunia (bukan sekadar di Syria, tetapi di Bosnia dan sebagainya).
“Pemberita Amerika memberitahu seluruh dunia mereka (IS) adalah pengganas Islam. Tetapi saya ingin memberitahu kebenaran bahawa mereka (IS) bukan Islamik,” katanya.
Tambahnya, kenyataan mereka (Pemberita) (laporan itu) tidak berasas.
Theresa turut membaca sepotong ayat di dalam Al Quran berbunyi “Wahai umat manusia! Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Surah Al-Hujurat (49:13) dan “Tidak ada paksaan dalam agama. Surah Al-Baqarah (2:256).
Tegasnya lagi, Islam adalah agama yang aman, harmoni dan tidak ada unsur ideologi peperangan serta permusuhan mahupun keganasan.
Terdahulu, video Theresa yang membaca Quran untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama damai menjadi viral di laman sosial.
Beliau membacakan ayat al Quran itu, dalam ucapan beliau untuk Parti Konservatif Conference 2014. – SuaraTV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan