" APA LAGI ALASAN NAJIB..
Mari saya simpulkan pengesahan yang dibuat oleh Peguam Negara Puan Loretta E. Lynch dalam sidang akhbar beliau di Kementerian Keadilan (Justice Department – mereka tidak panggil kementerian mereka “Kementerian” tetapi “Jabatan”) dalam memfailkan kertas kausa di mahkamah untuk menyita (civil forfeiture) aset-aset/pembelian hasil “duit curi” daripada 1MDB:-
i) Lebih USD1.0b dicuri dalam 2 tahun pertama kewujudan 1MDB selepas diambil alih oleh kerajaan Najib daripada hakmilik kerajaan Terengganu (asalnya Terengganu Investment Authority). Hasil curian itu digunakan antara lain untuk berfoya-foya, membayar hutang judi di Las Vegas, menyewa kapal-kapal yacht, dan membeli jet persendirian.
ii) USD1.37b dicuri daripada hasil dua penjualan bon 1MDB sebanyak USD3.5b pada bulan Mei 2012 dan Oktober 2012. Hasil curian itu dimasukkan ke dalam akaun-akaun simpanan Swiss Bank milik syarikat kerang (shell company) berpangkalan di British Virgin Island yang dikuasai oleh Riza Aziz, anak bini Najib.
iii) Sebahagian USD230m duit curi itu kemudiannya dibahagi-bahagi dan dipindah ke beberapa akaun-akaun simpanan milik beberapa syarikat kerang lain seluruh dunia (yang juga dimiliki/dikawal/diselia Riza Aziz).
iv) Syarikat-syarikat kerang ini kemudiannya mengguna duit curi ini untuk membeli hartanah-hartanah mewah antaranya Park Laurel Condominium (USD23.98m) dan Time Warner Condominium (USD30.55m) di New York, rumah agam di Beverly Hills (USD17.5m) dan satu rumah desa (townhouse) di London. Hartanah-hartanah ini dibeli daripada pemilik asalnya, syarikat kerang milik Jho Low.
v) Lebih USD100m pula masuk ke tabung milik Red Granite Pictures (RGP), syarikat perfileman dimiliki sebahagiannya oleh Riza Aziz yang kemudiannya menerbitkan filem “Anak Mami The Movie” (..eh, mungkin saya tersalah filem kot..)
vi) USD1.26b kemudiannya dicuri lagi hasil penjualan bon ketiga 1MDB sebanyak USD3.0b pada bulan Mac 2013 (yang mana Goldman Sachs sebagai broker mengaut keuntungan USD500m). Hasil curian ini pula digunakan untuk membeli hasil karya Claude Monet (sebut: klod mau-nay) berharga USD35m dan hotel Park Lane di New York. USD106m pula digunakan untuk membeli kepentingan dalam syarikat music E.M.I.
Kesemua tuduhan-tuduhan di atas telah lama dilaporkan oleh banyak media-media luar dan media-media alternatif dalam negara sebelum ini yang mana saya mengambil sikap “benefit of the doubt” kerana pada saya membuat tuduhan memang senang. Namun sekarang telah terbukti bahawa tuduhan-tuduhan tersebut memang ada asasnya malah sekarang sedang dibawa ke Mahkamah oleh pejabat Peguam Negara US.
Juak-juak UMNO dan penjilat tegar bontot Najib seperti biasa akan melemparkan alasan “tuduhan tidak berasas”, ataupun “niat jahat kafir Amerika” untuk menghancurkan kerajaan Islam di Malaysia.
Tidak ada sebab kerajaan US ingin jatuhkan kerajaan Najib. Kerajaan Najib adalah antara rakan kuat (“ally”) kerajaan US dari segi perdagangan dan paling penting, kempen menentang keganasan. Malah Presiden Obama datang ke Malaysia 2 kali dalam tempoh kurang 5 tahun. Kali terakhir seorang Presiden US menjejak kaki ke Malaysia sebelum kedatangan pertama Obama adalah tahun 1966. Seorang Presiden US tidak akan datang mengunjung sehingga dua kali dalam tempoh kurang 5 tahun kalau yang dikunjunginya itu sekadar kawan “biasa-biasa” sahaja.
Orang Amerika walau terkenal dengan sifat kapitalis melampau dan bertuhankan wang, masih tetap berpegang kepada integriti. Peguam Negara US walau dilantik oleh Presiden, masih perlu mendapat kelulusan undi majoriti Dewan Senat untuk disahkan perlantikan beliau. Seorang penjilat tegar seperti Apandi Ali yang selepas perlantikan ke jawatan Peguam Negara dengan lajunya mengumumkan Najib tiada salah laku dalam isu 1MDB kemudian dengan lajunya pula diberikan kerusi “directorship” dalam syarikat berkempentingan kerajaan, tidakkan sampai kiamat boleh dilantik ke jawatan beliau kalau diikut sistem perlantikan di Amerika. Malah Presiden pun kalau tidak berintegriti dan salah laku boleh dipecat oleh Dewan Kongress (Perwakilan+Senat) seperti yang melanda Richard Nixon (penyangak) dan Bill Clinton (gila seks).
Walau apa pun yang berlaku, pengakhirnya saya simpulkan hanya dua: i) Najib terlibat secara langsung dan sah adalah seorang penyangak paling besar dalam sejarah Malaysia, atau ii) Najib tiada kena mengena malah tidak tahu menahu membuatkan beliau Perdana Menteri paling bahalol dalam sejarah Malaysia apabila duit dibawah jagaannya boleh hilang berbillion-billion. Teringat saya akan bekas Presiden Gus Dur..
Sedarlah juak-juak UMNO dan penjilat tegar sekalian, pemimpin anda sudah lagi tidak terbela (undefensible).Terus-terusan membela beliau akan mengakibatkan anda semua menjadi pembangkang di pilihan raya umum akan datang. Yang akan rugi teruk ketika itu nanti adalah me-Layu juga.
Kita berdoa pada Allah untuk ditunjukkan kebenaran. Kadangkala telah tertunjuk kebenaran itu, namun kita juga yang tidak mahu melihat"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan