Khamis, 21 Julai 2016

Duit

• Nama aku DUIT,

kadang orang panggil aku wang, fulus dan macam-macam lagi.

• Rupa aku biasa je,

badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku.

• Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia,

kerana manusia mengidolakan aku.

• Ramai orang merubah keperibadiannya,

mengkhianati kawan,

memutuskan persaudaraan,

menjual maruah,

malahan meninggalkan keyakinan imannya,

demi aku!

• Aku tak mengerti perbezaan orang senang dengan orang susah,

tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat,

menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.

• Aku bukan Iblis,

tapi seringkali manusia melakukan kejahatan demi mendapatkan aku.

• Aku juga bukan orang ketiga,

tetapi banyak suami isteri bergaduh dan berpisah kerana aku.

Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku.

• Sangat jelas juga aku bukan Tuhan,

tapi manusia menyembah aku seperti Tuhan,

bahkan kerap kali hamba-hamba Tuhan lebih menghormati aku,

padahal seringkali mereka diingatkan supaya jangan sesekali menjadi hamba duit.

• Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun tetapi ramai orang yang rela mati demi aku.

• Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat tetapi aku tidak mampu untuk memanjang kan jangka hayat hidup seseorang.

Sedarkah anda,

• Aku juga satu alat yang boleh membuatkan kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan keberkatanNya.

• Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan malam.

Walhal, tidakkah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi.

• Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak akan pernah putus dari kamu.

• Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dariNya.

• Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya. .


Yang benar,

DUIT.

BILA KITA POST ↓ 'Allahuakbar' 'Subbahanallah' 'Astaghfirullah' ↑

automatik ada orang baca .. senangkan buat pahala .. HANYA MENYAMPAIKAN YANG BAIK

ISLAM ITU MUDAH dan INDAH !!!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan