Ahad, 4 Disember 2016

Exam dajjal

Begitulah hebatnya percaturan Dajjal melalui org2Nya, iaitu yahudi-zionis. Hasil buah fikiran Dajjal, kemudiannya disusun dgn menjadikan peperiksaan akal sbg halatuju atau tanda aras kehebatan akal seseorang. Disusun sedemikian rupa sehingga wujudnya "kasta" di dlm sistem pendidikan. Pelajar yg pandai dipisahkan dgn pelajar yg lemah kekuatan akalnya. Akhirnya wujud jurang yg nyata di antara mereka. Hasilnya kedua2 golongan pelajar yg lahir drpd sistem itu, tetap menyuburkan sifat2 mazmumah(sifat2 tercela) di dlm diri. Pelajar pandai yg dihasilkan menjadi sombong, ego dan rasa hebat dgn ilmu dan didirinya. Manakala pelajar yg kurang pandai pula menjadi pelajar yg rasa rendah diri. Rasa diri tidak berguna kerana disisihkan. Akhirnya menjadi seseorang sentiasa berputusasa di dlm kehidupannya.

Natijahnya sistem pendidikan hari ini yg telah disusun dgn begitu "cantik" dgn falsafah, misi dan visinya tetap bersifat fizikal atau kulit shj. Ia tidak mampu diterjemahkan kpd para pelajar. Sebab utamanya sistem pendidikan yg disusun dlmnya berbagai program jangka panjang dan pendek, tidak ada roh di dlmnya. Tidak "ada" Tuhan di dlmnya. Sistem yg dihasilkan tetap tidak membesarkan Tuhan. Terpisah drpd Tuhan. Dlm perkataan mudah sistem pendidikan yg dibentuk masih "sekulara". Iaitu, nilainya masih terpisah di antara dunia dan akhirat. Matlamatnya hanya di dunia, tidak sampai ke akhirat. Walaupun falsafah atau ciri2nya ada menyebut atau menyentuh hal akhirat. Ttp matlamat utama hanya setakat di dunia shj.

Pintu Allah


*JANGAN JEMU MENGETUK PINTU*

Fudhail bin 'Iyadh berkata:
Aku belajar tentang sabar daripada seorang kanak-kanak kecil....
Pada suatu hari, dalam perjalananku ke masjid aku melintasi sebuah rumah. Aku terdengar seorang kanak-kanak sedang menjerit dipukul ibunya. Sebentar kemudian kanak-kanak itu membuka pintu dan lari keluar dari rumah. Dan ibunya lantas menutup pintu dan menguncinya.

Selepas itu, aku bertemu dengan kanak-kanak itu. Selepas dia berhenti menangis, dia mula menoleh ke kanan dan ke kiri mencari perlindungan, namun dia tidak menemui sesiapa dan tidak menemui sebarang tempat untuk dia berlindung. Lalu dia kembali ke rumah ibunya. Didapati pintu rumah masih berkunci. Lalu dia merebahkan badan, meletakkan pipinya di hadapan pintu dan tertidur di situ. Manakala ibunya membuka pintu dan mendapati anaknya dalam keadaan itu, dia tidak dapat menahan diri lalu rebah di atas badan anaknya dan menciumnya bertalu-talu seraya berkata: "Duhai anakku, ke mana engkau pergi tinggalkan ibu? Siapa yang dapat menjagamu selain aku? Tidakkah aku telah berkata kepadamu, jangan lawan cakap ibu?" Si ibu memeluk erat anaknya dan membawanya masuk ke dalam rumah.

Melihat peristiwa itu, Fudhail menangis sehingga basah janggutnya. Dia berkata: Maha Suci Allah! Sekiranya seseorang hamba sabar menunggu di pintu Allah, pastilah Allah akan buka pintuNya untuk hamba itu!

Abu Darda' berkata: bersungguh-sungguhlah berdoa. Sesungguhnya siapa yang banyak mengetuk pintu, tidak lama pintu itu akan dibuka untuknya.

Maka sesiapa yang belum mengecapi kemanisan puasa, qiam, sedekah dan tilawah al-Quran sehingga sekarang, jangan berputus asa. Jangan tinggalkan pintu Allah kerana sebentar lagi ia akan dibuka. Sabarlah seketika cuma. Mudah-mudahan Allah akan buka pintu-pintu rahmatNya untukmu dan akan berjurai anugerahNya....
💚💚💚💚💚💚💚💚

Ubat kencing manis

*PERKONGSIAN MENGUBAT KENCING MANIS OLEH SEORANGBPESARA IMIGRESEN*.....
*Saya pernah mengidap kencing manis dan kini kencing manis saya sudah sembuh sepenuhnya dan ramai kawan2 saya juga sembuh selepas saya bagi cara mengubatinya*.
*Ambil sebiji limau nipis.dan sumbat sebiji garam kasar di dalam nya dan rebus dengan tiga gelas air*. *Rebus agak lama dari tiga gelas air hingga sampai airnya tinggal agak segelas dan hancurkan limaunya*. *Yang penting biji limau tu dihancurkan guna senduk dan bila sudah hancur tapis air tu dan bila sejuk dan diminum*.
*Perlu sedia gula2 atau makanan yang manis2 kerana biasanya selepas minum air limau itu, gula dalam badan akan jadi kosong*.
*Guna garam kasar size biasa saja dan tak perlu besar sangat, belah sikit limau tu untuk sumbat garam. Sebaiknya buat tiga kali sebiji setiap kali dan berselang sehari membuatnya*.
*Ingat yg penting hancurkan biji*. *Limau tu jika tak hancur kencing manisnya cuma kurang tapi tak sembuh*.
*Saya dapat ubat ini setelah saya buat solat hajat mohon ubat kencing manis dari Allah SWT kerana waktu itu kaki saya hampir dipotong sebab dah busuk*.
*Alhamdulillah sekarang dah 6 tahun pulih sepenuhnya dan saya tidak pernah pantang makan gula*.
*#Jom kita share dengan rakan2*.....

الرزق

Ketika kami adik beradik sedang duduk berbual bersama walid, kami bertanya; "Apa yang walid paling hairankan di dunia ini?"

maka walid menjawab; "Apa yang paling walid hairankan ialah manusia yang bimbang akan rezekinya. Sedangkan dulu ketika mereka berada di dalam perut si ibu, mereka hanya makan makanan yang dimakan oleh ibu. Dan ketika mereka dilahirkan dan semakin membesar, si ibu yang menyuapkan dan memberi makanan. Begitu hebat aturan Tuhan, begitu kasihnya Allah terhadap kita. Sentiasa memberi nikmat dan rezeki, dari tidak wujud hingga wujud. Dan apabila mereka semakin dewasa, mereka kurang yakin terhadap Allah Arrazaq. Sungguh hina mereka, mudah melupakan kasih sayang Allah terhadapnya selama ini."

Sifat kasih sayang ibumu adalah kepunyaan Tuhan. Tanamkan dalam jiwamu kepercayaan dan cinta kepada Tuhan sepenuhnya.

Sabtu, 3 Disember 2016

saat

PENDEKNYA SAAT MEMBESARKAN ANAK2

Satu ketika dulu rumah ini di penuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurausenda dan bagai lagi. Buku2 pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat ntah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan d bawah meja. Maka...... kedengaran lah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku2 dan hantar pakaian kotor ke bilik air.

Pagi esoknya... seorang akan bertanya emak. "Mak... mana pensil saya.". Kemudian sorang lagi brtanya... " bedak mana makkk?" Sorang pulak akan tanya..." anak tudung saya mana mak?.
Mak segera lupakan jeritan semalam... "Tu laaa... lain kali jangan sepah barang2."

Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak2...😔😔😔 ada katil yg dah kosong. Tmpt sangkut baju pun... sikit jer bajunya.

Apa yg tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran.  Mak boleh cam mana satu bau anaknya.  Tiap2 anak punyai bau istimewa masing2. Jadi... mak pun hidu udara bilik tu sedalam2nya untuk ilangkan rindu pada anak2.

Apa yg tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak2. DAN JUGA... kehangatan badan anak2 dibawah pelukannya masa kecil dulu.
Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur.
Tapi ia seindah padang pasir yang x berpenghuni.
Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit... suruh anakanak2 buka atau tutup.
Kamu semua dah ada dunia sendiri.
Dan mak sentiasa memohon... YA ALLAHHH...peliharalah anak2 ku, menantu2 ku walau dmana  mereka berada. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi penyayang.

Dedicated to all parents...😭😭😭😭

Jumaat, 2 Disember 2016

Fatwa pertama

Tarbiah Sentap:
Tadi dalam kelas, Ustaz Abdul Aziz Ateik cerita sekejap tentang kisah Imam Syafie masa umur dia sekitar 15-18 tahun.

Pernah sekali ada seorang suami ni di zaman tu sebut pada isterinya yang mengandung,

"Kalau bulan purnama lebih cantik dari anak yang lahir ni, aku akan ceraikan kau.."

Dijadikan cerita, saat bayi tu lahir, lelaki tu rasa bulan purnama lagi cantik dari anaknya. Lalu lelaki tu menyesal sebab melafazkan talak kinayah tu dan merasakan telah menceraikan isterinya.

Dia menangis2 termasuk isterinya sebab menyesal. Bila Imam Syafie tau (masa tu belum jadi imam besar lagi, dia masih pelajar), imam syafie datang padanya.

Lelaki tu pun cerita apa yang berlaku. Kemudian Imam Syafie diam, dan dia pun sebut (lebih kurang),

"Kau belum bercerai lagi. Sebab Allah kata dalam al Quran,

"Sesungguhnya Allah menciptakan manusia dengan sebaik2 (secantik2) penciptaan..(surah at tin)"

Bila lelaki tu dengar ayat ni, terus angguk setuju dengan semangat dan gembira.

Ada pendapat kata itulah fatwa pertama imam Syafie.

---

Poin dari kisah ni ada banyak. Tapi saya ambil yang simple je.

Semua manusia cantik dan hensem tak kisah warna kulit apa, tinggi mana, gemuk atau kurus dan sebaginya. Yang rasa hodoh tu adalah sebab persepsi setempat je.

Yakinlah, Allah jadikan  kita ni semua sebaik2 ciptaan. Kan? :)

Chill.

Gi solat maghrib sana. Muka cantik atau hensem tapi selalu lewatkan solat pun takda function juga.

😜😜

Khamis, 1 Disember 2016

Alang²

BAHAYA "ALANG-ALANG". NO 7 PALING BAHAYA.

Dalam kewangan, berhati-hati apabila membuat keputusan dengan menggunakan pendekatan "alang-alang".

1. "Alang-alang beli telefon, baik beli yang 256gb terus. Nanti boeh simpan banyak data"

- Hakikatnya, tak sampai dua tahun model telefon sudah ketinggalan dan beli pula telefon baru.

+ Alternatif, beli dengan storage kecil pun tidak mengapa.

2. "Alang-alang pergi kerja, baik terus beli kereta. Lebih selasa berbanding naik kenderaan awam atau motosikal"

- Hakikatnya, apabila membeli kereta memakan kos 2 per 3 dariapda gaji termasuk ansuran, petrol dan penyeleggaraan yang hanya digunakan pergi dan balik kerja.

+ Alternatif, guna sahaja kenderaan awam atau motosikal, lebih ekonmi.

3. "Alang-alang beli kereta, beli MPV terus. Nanti dah beranak pinak, senang."

+ Hakikatnya, apabila sudah beranak-pinak, MPV yg dibeli tadi sudah lusuh. Kereta lebih banyak digunakan dan dinaiki dengan jumlah ahli kelaurga yg muat utk kereta sedan.

- Alternatif, beli sedan sahaja pun memadai. Jika ahli kelaurga bertambah tidak semestinya perlu tukar MPV.

4. "Alang-alang beli rumah, beli rumah teres terus. Nanti senang apabila keluarga membesar."

+ Hakikatnya, kos membeli rumah teres sangat mahal sekarang jika dibandingkan dengan rumah apartment atau flat

- Alternatif, beli rumah apartment yg lebih murah dan sewakan kemudian menyewa sahaja di rumah teres jika perlu.

5. "Alang-alang langgan takaful, ambil yang paling mahal, semua cover"

+ Hakikatnya, takaful ialah komitmen jangka masa panjang dan produk takaful sentiasa evolve.

- Alternatif, tidak mengapa ambil dengan caruman yang rendah terlebih dahulu dan tambah sedikit demi sedikit berkadaran dengan peningkatan pendapatan.

6. "Alang-alang buat majlis kenduri kahwin, buat besar-besar. Kahwin hanya sekali"

- Hakikatnya, tidak berbaloi keluarkan kos yg tinggi, bergolak bergadai, buat pinjaman bagai, hanya semata utk majlis kenduri sehari.

+ Lebih baik bajet yg sama digunakan utk kos kehidupan selepas kahwin spt membeli rumah dan pelaburan masa hadapan.

7. "Alang-alang kahwin, biat sampai 4"

- Rasanya belum dengar lagi "alang-alang jenis ini. Hoho!

8. "Alang-alang baca tulisan ini, share dan komen la sikit. Paling kurang klik LIKE