BAHAYA "ALANG-ALANG". NO 7 PALING BAHAYA.
Dalam kewangan, berhati-hati apabila membuat keputusan dengan menggunakan pendekatan "alang-alang".
1. "Alang-alang beli telefon, baik beli yang 256gb terus. Nanti boeh simpan banyak data"
- Hakikatnya, tak sampai dua tahun model telefon sudah ketinggalan dan beli pula telefon baru.
+ Alternatif, beli dengan storage kecil pun tidak mengapa.
2. "Alang-alang pergi kerja, baik terus beli kereta. Lebih selasa berbanding naik kenderaan awam atau motosikal"
- Hakikatnya, apabila membeli kereta memakan kos 2 per 3 dariapda gaji termasuk ansuran, petrol dan penyeleggaraan yang hanya digunakan pergi dan balik kerja.
+ Alternatif, guna sahaja kenderaan awam atau motosikal, lebih ekonmi.
3. "Alang-alang beli kereta, beli MPV terus. Nanti dah beranak pinak, senang."
+ Hakikatnya, apabila sudah beranak-pinak, MPV yg dibeli tadi sudah lusuh. Kereta lebih banyak digunakan dan dinaiki dengan jumlah ahli kelaurga yg muat utk kereta sedan.
- Alternatif, beli sedan sahaja pun memadai. Jika ahli kelaurga bertambah tidak semestinya perlu tukar MPV.
4. "Alang-alang beli rumah, beli rumah teres terus. Nanti senang apabila keluarga membesar."
+ Hakikatnya, kos membeli rumah teres sangat mahal sekarang jika dibandingkan dengan rumah apartment atau flat
- Alternatif, beli rumah apartment yg lebih murah dan sewakan kemudian menyewa sahaja di rumah teres jika perlu.
5. "Alang-alang langgan takaful, ambil yang paling mahal, semua cover"
+ Hakikatnya, takaful ialah komitmen jangka masa panjang dan produk takaful sentiasa evolve.
- Alternatif, tidak mengapa ambil dengan caruman yang rendah terlebih dahulu dan tambah sedikit demi sedikit berkadaran dengan peningkatan pendapatan.
6. "Alang-alang buat majlis kenduri kahwin, buat besar-besar. Kahwin hanya sekali"
- Hakikatnya, tidak berbaloi keluarkan kos yg tinggi, bergolak bergadai, buat pinjaman bagai, hanya semata utk majlis kenduri sehari.
+ Lebih baik bajet yg sama digunakan utk kos kehidupan selepas kahwin spt membeli rumah dan pelaburan masa hadapan.
7. "Alang-alang kahwin, biat sampai 4"
- Rasanya belum dengar lagi "alang-alang jenis ini. Hoho!
8. "Alang-alang baca tulisan ini, share dan komen la sikit. Paling kurang klik LIKE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan