Assalamualaikum wbt
sahabat sahabat FB saya, kita hidup biarlah saling ingat mengingati....kalau saya salah tolong nasihatkan saya...begitulah juga orang lain. Hari ini banyak sangat skim cepat kaya,skim piramid lah, skim cabang daun lah,MLM lah dan macam macam skim cepat kaya. Sasaran mereka sehingga sampai ke golongan profesional termasuk professor USM, kampus kejuruteraan Nibong Tebal.Saya pun biasa kena tapi tak banyak. Saya sangat bernasib baik atas nasihat boss saya yang sangat perihatin dalam hal skim cepat kaya.
Saya bertemu secara kebetulan dengan kawan sekolah saya yang sebaya umur dengan saya, kalau dia tak tengur mungkin tak kenal, terlalu daif pakaiannya, dia mendapat ijazah Mechanical engineering dari USM dan master dari Sheffield University dalam bidang yang sama, bekerja dari Engineer sampai jadi Manager. Jumpa saya pun nak sembunyi kepala takut ahlong nampak...gara gara skim cepat kaya Platinum Lanes Sdn. Bhd. (PLSB) di kulim, beliau jatuh muflis. Ramai yang kena kat kampung saya dan ada yang muflis sehingga ada yang meninggal , tinggal baju dan kain saja. Kawan lama saya nie ajak saya kerumahnya dan saya pun ikut, jauh masuk pendalaman mahang dekat sempadan kedah perak....kemudian sampailah rumah dia yang amat daif seperti reman ayam bersama 6 orang anak dan isteri.
Disini kami bersembang kisah kisah suka duka ketika di sekolah. Akhir sampailah cerita dia macam mana sampai boleh jadi begini. Suatu ketika gaji dia dah mencecah 16k sebulan, dia hantar keluar negara untuk latihan dan dinaikkan pangkat sampai jadi manager. Dia terpengaruh dengan skim cepat kaya dimana kulim merupakan sarang skim cepat kaya, macam macam skim cepat kaya ada seperti Skim 120, Skim 350, Platinum Lanes Sdn. Bhd. (PLSB), penternakan cacing Kulim Worm Sdn. Bhd. dan skim penternakan burung walit, Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd.
Dia keluarkan hampir 300k wang simpanan untuk melabur dalam PLSB, dapat pulangan tapi tak ambil,...nak tambah pelaburan...untung lagi...tak ambil juga untung untuk tambah pelaburan. Kemudian kerana untung, buat pinjaman bank 500k berdasarkan gajinya dia memang layak buat pinjaman sebanyak itu. Dia jadi pula penjamin kepada sahabat karibnya untuk buat pinjaman 300k untuk pelaburan itu. Oleh kerana pada mulanya untung, dia berhenti kerja dan jadi agen skim cepat kaya ini. Oleh kerana wang simpanan dah tak ada, pinjaman wang dah tak boleh buat dah di bank, dia menjangkakan pelaburan dia mendapat untung RM30 juta dalam 3 bulan lagi pada masa itu, dia buat pinjaman pula dengan Ahlong 100k. Tak sampai sebulan Bank Negara serbu, habis pelaburan hangus.
Kerja pun dah berhenti, duit rumah dah tak terbayar, hutang bank lagi, jadi penjamin lagi dan Ahlong hampir setiap petang datang rumah minta duit. Lepas dua tahun dia diistihar bankrap....nak kerja kilang kena buka akaun bank.jadi kilang tak boleh terima sebagai pekerja kepada orang bankrap..oleh kerana bankrap akaun bank tak boleh buka....nak berniaga Ahlong dok cari....rumah ini merupakan ke 23 dah dia cari tempat perlindungan. Hutang Ahlong saja sampai kini dah jadi RM7 juta termasuk bunga dengan buah sekali. Mana nak korek duit.
Habis harta benda kena lelong termasuk sebiji banglo yang habis bayar. Dia bernasib baik isteri dapat bekerja dengan gaji RM1300 sebulan....lepaslah untuk duit anak sekolah dan nasi berlauk telor. Katanya menyesal sejuta kali menyesal. Kini dia mengidap pula sakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang. Saya kasihan anaknya yang pandai belajar disekolah. Saya nasihat agar isterinya balik rumah ibu mertuanya manakala dia pandai pandailah cari makan cuma jangan terjebak dengan pengedaran dadah.
Cari lah rezeki halal. Ini bagi memastikan pelajaran anak anak tidak terjejas dan isterinya setuju balik rumah emaknya. Saya lampir cerita ini sebagai pengajaran kepada diri saya dan kawan kawan FB saya agar apa yang berlaku pada kawan sekolah saya ini tidak terjadi pada kita. Tiada pelaburan yang menjanjikan keuntungan berjuta juta ringgit dalam masa yang singkat. Ini semua penipuan dan karut marut. Apa yang terjadi pada dia ......tidak berulang pada
orang lain dan iktibar pada kita semua. Semoga Allah melindungi kita semua dan jadilah kita semua sebagai orang yang sentiasa bersyukur atas nikmat pemberiannya walaupun tak berjuta juta.ringgit....
C&P rakan Fb
Tiada ulasan:
Catat Ulasan