Ahad, 4 Disember 2016

الرزق

Ketika kami adik beradik sedang duduk berbual bersama walid, kami bertanya; "Apa yang walid paling hairankan di dunia ini?"

maka walid menjawab; "Apa yang paling walid hairankan ialah manusia yang bimbang akan rezekinya. Sedangkan dulu ketika mereka berada di dalam perut si ibu, mereka hanya makan makanan yang dimakan oleh ibu. Dan ketika mereka dilahirkan dan semakin membesar, si ibu yang menyuapkan dan memberi makanan. Begitu hebat aturan Tuhan, begitu kasihnya Allah terhadap kita. Sentiasa memberi nikmat dan rezeki, dari tidak wujud hingga wujud. Dan apabila mereka semakin dewasa, mereka kurang yakin terhadap Allah Arrazaq. Sungguh hina mereka, mudah melupakan kasih sayang Allah terhadapnya selama ini."

Sifat kasih sayang ibumu adalah kepunyaan Tuhan. Tanamkan dalam jiwamu kepercayaan dan cinta kepada Tuhan sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan