Dari blok sebelah;
*BANTU PANJANGKAN MESEJ INI BUAT KAKITANGAN MASJID DAN SURAU*
Saya sokong pendapat di bawah ini
Masjid yang WAJAR dicontohi
Semalam, saya solat Maghrib dan Isyak di Masjid Saidina Ali, Padang Balang. Masjidnya biasa-biasa sahaja, tidaklah gah dan harga berjuta. Masjid kampung katakan. Habis saja solat Maghrib, Pengerusi Masjid pergi ke depan dan ambil microfon dan dibacakan permintaan bacaan tahlil dari orang kampung, permintaan sembahyang hajat untuk isteri yang bakal bersalin, untuk saudara mara yang tenat dan sebagainya. Kemudian imam masjid itu membuat beberapa pengumuman mengenai aktiviti masjid bersama masyarakat setempat. Namun pengumuman akhir ini membuat saya tersentak
"Kepada anak-anak yatim dan waris, jangan lupa esok jam 10 pagi kita berkumpul di perkarangan masjid... in shaa Allah esok pihak masjid akan bawa anak-anak ini ke kedai untuk membeli pakaian dan peralatan persekolahan untuk kegunaan tahun hadapan."
Kagum saya! Kagum sungguh dengan pengurusan masjid ini. Padahal barisan pengurusan orang tua-tua saja pun tapi idea dan pendekatan mereka menarik orang sekeliling supaya sukakan masjid itu berkesan dan menarik. Patutlah bila saya solat Zuhur dan Asar pun ramai jemaah yang turun, lebih 60 orang lah. Rupanya pihak masjid ini pandai menarik hati orang setempat dan menggunakan dana seoptima mungkin untuk manfaat orang ramai. Bukan menyimpan dana seperti kebanyakan masjid lain sedangkan orang miskin penuh sekeliling pagar
Saya pernah berborak dengan seorang imam sebuah masjid, katanya dana masjid ada lebih RM 200 ribu, dah tak tahu nak buat apa dah, sedang dana semakin meningkat dari minggu ke minggu. Kalau tuan-tuan dan puan-puan kenal masjid yang ada dana sampai beratus ribu, suruhlah pengurusan masjid itu guna untuk masyarakat setempat yang susah macam ni. Ini duduk berbangga dengan masjid besar yang ada dana berjuta, sedang asnaf ada di depan mata
Oh, saya tahu dah. Bila saya cadang macam ini pasti ada yang bunyi, "Duit tu duit derma orang ramai untuk kegunaan masjid, bukan untuk disedekah pada orang miskin dan anak yatim... mana boleh, HARAMMMM!"
Saya malas nak cerita bab halal haram ni sebab saya bukan ahli dalam maslahat ini. Cuma, kalau kau Imam / AJK masjid yang CERDIK, kau kosongkan tabung masjid hari Khamis, sebelum solat Jumaat esok kau umumlah pada semua makmum, "Semua sedekah pada hari ini akan digunakan untuk beli pakaian sekolah anak-anak yatim dan miskin dalam kampung ini... Harap maklum."
Kan dah settle tu. Atau kalau kau MALAS sangat, kau sediakan je lagi satu tabung, tulis siap-siap 'Dana untuk asnaf dan anak yatim kariah ini'
Itu kalau kau cerdik dan rajin lah. Kalau sebaliknya, saya tak boleh nak kata apa dah lah.
Banyak dah masjid yang bagus pengurusannya dan cakna terhadap masyarakat setempat. Ada masjid yang buat kutipan untuk bina rumah buat ahli masjid yang sangat dhaif dan miskin. Ada, memang ada masjid sehebat itu tapi, ini pun satu hal juga, pihak masjid pilih kasih!
Ya, ada masjid jenis macam ni malah banyak sebenarnya. Geng-geng kaki masjid, geng-geng dia susah, cepat-cepat dia kutip derma dan bagi sumbangan. Kalau yang jarang-jarang nampak muka kat masjid, walau susah, tidak dibantu padahal rumah dia depan pagar masjid je pun. Habis tu macam mana pihak masjid nak tarik orang sukakan masjid kalau mereka pun pilih kasih?
Bagi kat parti politik sudahlah main pilih kasih dan kroni gitu. Kau uruskan masjid, uruslah dengan amanah dan jujur. Adillah pada semua. Pedulikan dia ahli masjid atau tidak asalkan Islam cukup lah. Jika dia layak dibantu, maka bantulah! Baru yang jauh makin mendekat, yang dekat masuk rapat. Baru masjid makin meriah
Oh, sebelum saya terlupa, saya nak cakaplah. Dulu saya pernah bagi cadangan supaya masjid kaya guna dana yang beratus ribu tu untuk guna sebahagian dana bantu asnaf sekeliling masjid. Ada beberapa imam dan pihak pengurusan masjid marah kat aku, katanya, "Kalau kau tidak solat berjemaah 5 waktu di masjid, tak payah cakap lah. Tak payah bagi cadangan kat masjid lah. Ini solat jemaah kat masjid pun jarang-jarang, ada hati nak kritik masjid"
Fuh... mereka cakap macam masjid tu mak bapa dia yang punya... macam duit dalam tabung masjid tu duit dari poket dia.
"Lihat apa yang dikata, bukan siapa yang berkata"
Sejujurnya, saya nak sangat lihat masjid guna dana seoptima mungkin untuk manfaat ahli kariah dan bukan saling bertanding masjid siapa lebih mewah, dana masjid mana paling banyak. Kalau sahabat kenal mana-mana ahli masjid, taglah beliau kat ruangan nie. Moga mereka baca dan ambil apa yang baik
Yang mana berkenan dan nak SHARE, silalah. Tak payah mintak izin. Moga ramai pihak pengurusan masjid yang terbaca dan gunakan masjid sebagai daya tarikan ahli kariah masing-masing. Hasrat hati yang terpendam, moga ada yang pertimbangkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan