Jumaat, 2 Disember 2016

Fatwa pertama

Tarbiah Sentap:
Tadi dalam kelas, Ustaz Abdul Aziz Ateik cerita sekejap tentang kisah Imam Syafie masa umur dia sekitar 15-18 tahun.

Pernah sekali ada seorang suami ni di zaman tu sebut pada isterinya yang mengandung,

"Kalau bulan purnama lebih cantik dari anak yang lahir ni, aku akan ceraikan kau.."

Dijadikan cerita, saat bayi tu lahir, lelaki tu rasa bulan purnama lagi cantik dari anaknya. Lalu lelaki tu menyesal sebab melafazkan talak kinayah tu dan merasakan telah menceraikan isterinya.

Dia menangis2 termasuk isterinya sebab menyesal. Bila Imam Syafie tau (masa tu belum jadi imam besar lagi, dia masih pelajar), imam syafie datang padanya.

Lelaki tu pun cerita apa yang berlaku. Kemudian Imam Syafie diam, dan dia pun sebut (lebih kurang),

"Kau belum bercerai lagi. Sebab Allah kata dalam al Quran,

"Sesungguhnya Allah menciptakan manusia dengan sebaik2 (secantik2) penciptaan..(surah at tin)"

Bila lelaki tu dengar ayat ni, terus angguk setuju dengan semangat dan gembira.

Ada pendapat kata itulah fatwa pertama imam Syafie.

---

Poin dari kisah ni ada banyak. Tapi saya ambil yang simple je.

Semua manusia cantik dan hensem tak kisah warna kulit apa, tinggi mana, gemuk atau kurus dan sebaginya. Yang rasa hodoh tu adalah sebab persepsi setempat je.

Yakinlah, Allah jadikan  kita ni semua sebaik2 ciptaan. Kan? :)

Chill.

Gi solat maghrib sana. Muka cantik atau hensem tapi selalu lewatkan solat pun takda function juga.

😜😜

Tiada ulasan:

Catat Ulasan