Selasa, 10 Oktober 2017

Pt3

Apabila Guru............

1. PT3 anak aku bermula arini tapi aku sikit pon tak trasa excited. Bacaan Yasin dan solat hajat sekolah aku boikot. Doa sendiri2 utk anak aku pon aku tak buat specifically utk "berjaya PT3". Just doa general "penyejuk mata" tu je.
Ini adalh kerana aku bengang gile.

2. Anak aku dapat 9A trial PT3 aritu, tapi aku tak cakap Alhamdulillah pon. Buat hapa. Tak layak utk aku memuji Allah sekiranya result itu adalh result haram. Kerana cikgu2 telah kasi "hint"=soalan bocor utk kesemua subjek2 tersebut.

3. Skang ni muhammad tengah ambik paper BM. Drp "hint" yg dia dapat, soalan karangan adalah pasal "Kelebihan Buah-Buahan Tempatan" ke gitu. Peribahasa dan ayat2 kesalahan tatabahasa pon cikgu dah ajar.

4. Pasni dlm pkul 11 am, paper Math plak. Cikgu2 sekolah dah seminggu pulun sakan satu "mock paper" yg katanya "seakan-akan" soalan PT3 kecuali dia ubah nama dan nilai angka. Tapi soalan dan KBATnya sama. Anak aku ada ter-usha "latihan" budak2 sekolah lain waktu study di public library Kelantan, skali sebijik jugak bro.

5. Besok pagi English, karangan adalh pasal report on school clean-up=gotong royong. Pastu Science plak salah satu soalan Kbat dia adlah pasal roda, kereta dan belon cemana nak aksi gerak laju ke gitu. Lusa KHB dan Agama Islam, cikgu2 dah kasi topik2 specifik dah utk baca, yg lain tinggalkan.

6. Bear in mind, soalan PT3 adalh berbeza2 antara sekolah2. Its not standardised and centralised macam kita dulu. So "hint" anak aku, mungkin takan keluar kat sekolah anak2 korang. Pejabat pendidikan dah sediakan beberapa set soalan PT3 dan sekolah akan decide dia nak set mana satu, A ke B ke C etc.

7. Pastu sekolah akan print sendiri set soalan pilihan mereka dan ada cikgu yg akan di tugaskan utk check soalan2 tu printed elok ke tidak, soalan2 dia cukup ketidak etc. Haaaa....di sini ada crack pertama di dalam sistem ni. Klau cikgu tu corrupt, senang2 dia boleh bocorkan soalan.

8. Petua utk mak bapak bakal pengambil exam utk masa hadapan. Tuisyen sekolah yg last minute seminggu sebelum exam tu jgn kasi anak korang miss. Tu tuisyen special, sekolah dia nak kasi tongkat letuw. haha

9. Jadi mana aku tak bengang. Aku dah cuba mendidik anak aku menjadi a decent muslim human being, sekali sekolah ajar, its okay to menipu.

10. Dah lah batch anak aku ni lah yg satu Malaysia dah trauma kene re-sit UPSR 2014 kerana bocor besar-besaran dulu tu. Yg cikgu2 dok passing kertas2 soalan sebenar dlm wassap, yg last2 takde sapa pon di dapati bersalah. Yang cikgu2 sebok buat tuisyen malam2 sebelum exam, bukan utk mengajar subjek tu, tapi nak soh budak2 hafal mnemonic A,B,C,D,E skema jawapan. Kau tengoklah nanti, batch ni lah akan jadi setan terbesar di dalam sejarah negara di dalam korupsi dan pecah amanah negara.

11. Mak bapak plak tak payah lah berlagak innocent. Korang sedar cikgu2 dok kasi soalan bocor setiap kali test, tapi biasalah sifat selfish manusia, its okay klau corruption tu benefit kita kan. Lagi anak2 dapat soalan bocor, lagi korang suka kan. Sebab tu lah ada pusat2 tuisyen tertentu yg popular gile di kalangan mak bapak kerana adanya "pelacur2 pendidikan" yg dok menjual maruah profession perguruan negara.

12. Aku memula ingat nak komplen kat sekolah, tapi bini aku sekat. Katanya paper PT3 ni cikgu sekolah tu sendiri yg marking dan then submitted the report kpd central. Pastu akan datang external audit yg akan ambik 3 result terbaik dan 3 yg terburuk utk tengok marking cikgu tu ikut standard ke tidak. So in other words, cikgu2 sekolah skang menjadi sangat powerful. Klau kau gaduh dgn cikgu sekolah kau or rakan2 dia, fuhh bahaya.

13. Tapi aku sebenarnya tak bengang kpd cikgu semata2 pon. Bagi aku dia org pon adalh mangsa keadaan. Punca kepada maslahat ni adalah apabila ahli2 politik di Kementerian menjadikan prestasi exam sebagai KPI guru dan sekolah. Quality murid2 berbeza setiap tahun okay, jadi lojik lah klau prestasi turun naik. Kita tengok anak kita sendiri pon dah nampak. Ada yg pandai dan ada yg lembap. Bukannya makin bongsu makin cerdik pon. haha

14. Jadi apabila di pressure utk improve setiap tahun oleh guru besar, oleh kementerian bagai, cikgu mana lah yg tak crack. Stress jadi cikgu ni wei, kita tak boleh imagine. Tiap kali aku gi amik anak kat sekolah trasa macam dalam zoo. Klau aku yg jadi cikgu, aku dah masuk penjara dah skang ni kot sebab aku dah bunuh 2-3 ekor students.

15. Jadi PT3 anak tahun ni, aku lepak je lah. Apa2 result dia pon, aku akan remind anak aku sebagaimana aku nasihat dia slepas trial aritu. Sistem corrupt, cikgu corrupt maka result kau pon corrupt. Its not a real indication of how clever you are. Just how much you can remember soalan2 bocor yg cikgu kau ajar. Pasrah je lah. Welcome to Malaysia, where corruption is taught at school.
___________________________________

p/s: Aku withhold post ni kat fb sampai anak aku balik utk tanya dia keluar ke soalan2 bocor yg cikgu2 kasi tu? Jawapannya Hell Yeah! For both BM and Math. Banyak yg sebijik2. Ada yg ayat dia lain skit, tapi jawapan dia tetap sama.

Sabar

Kisah Seorang Pemandu Teksi Yang Sabar

Ketika teksi bergerak dengan kelajuan sederhana melewati satu kawasan, tiba tiba muncul sebuah kereta yang keluar ke jalan dari arah parkir tanpa memberi isyarat.

Hal tersebut menyebabkan pemandu teksi terpaksa menekan brek kecemasan untuk elak dari pelanggaran. Apa yang berlaku selepas itu sangat tidak diduga kerana pemandu kereta itu bukan sahaja tidak meminta maaf, malah dia memaki hamun kepada pemandu teksi itu seolah olah si pemandu teksi itu yang bersalah.

Apa reaksi si pemandu teksi?

Dia hanya melambai kpd pemandu tadi dan tersenyum, lalu meneruskan pemanduan.

Penumpangnya bertanya dengan hairan, "Kenapa tuan buat begitu? Bukankah dia yang bersalah? Dia hampir menyebabkan teksi tuan rosak teruk dan kita masuk hospital."

Lihat apa jawapan si pemandu teksi ,

"Ramai orang dalam dunia ni ibarat lori sampah. Ke mana mana pergi, mereka bawa 'sampah'. Penuh dengan rasa kecewa, marah dendam dan tidak puas hati. Apabila sampah sarap itu sudah penuh, mereka perlukan tempat untuk membuangnya. Kadang kadang sampah yang dibuang itu terkena pada kita.

Jangan lah ambil hati. Kita balas dengan senyuman, ucap selamat dan teruskan kehidupan seperti biasa. Jangan biarkan sampah itu terpalit pada kita dan kita pula sebarkan kepada orang lain.

Ya, ketika kita boleh memilih untuk marah, kita juga boleh memilih yang lebih baik iaitu memberi kemaafan. Dari situ kita dapat membersihkan diri daripada 'sampah' mazmumah

Clevergirl

#1
Clever girl, tak perlu masuk Clever Girl untuk nampak clever. Terpilih pun sebab ada rupa.

#2
Clever girl, dia utamakan mak bapak dia dulu bukannya pakwe. Pakwe belum halal.

#3
Clever girl, dia tak pakai makeup tebal-tebal. Sebab dia nak laki terima dia seadanya.

#4
Clever girl, dia tak minta hadiah kat pakwe. Dia nak pakwe simpan duit, pinang cepat-cepat.

#5
Clever girl, dia akan berusaha beli rumah dulu sebelum kahwin. Lebih rasa secure.

#6
Clever girl, dia tak letak hantaran tinggi-tinggi, lepas tu perabih kat majlis kahwin.

#7
Clever girl, dia tak kisah hantaran berapa. Ada laki baik nak jadikan dia isteri dah cukup.

#8
Clever girl, okay je majlis kahwin simple. Sebab dia tahu lepas kahwin perlu lagi banyak duit.

#9
Clever girl, dia tak harap kat pakwe saja kumpul duit kahwin. Dia ada tabung kahwin sendiri.

#10
Clever girl, dia tak suka membazir beli tudung bebanyak tapi asyik ulang pakai dua tiga je.

#11
Clever girl, dia cari bakal suami yang pandai cari duit. Dia sendiri pandai simpan duit.

#12
Clever girl, dia berdikari. Kalau pakwe dia curang, dia tak peduli. Terus angkat kaki.

#13
Clever girl, dia tahu malu. Ini tak, berjoget sana sini. Orang rakam dan viral, baru kau tau.

#14
Clever girl, jaga maruah diri dia. Sebab nak like banyak, buat video tak senonoh entah apa-apa.

Haha! - HF

#harithfaisal

SHARE jika bermanfaat.

Isnin, 9 Oktober 2017

KBAT

SURAT TERBUKA UNTUK SEMUA..
KBAT - melanggar FITRAH dan BENCANA dalam pendidikan !

1. KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah terjemahan dari Higher Order Thinking Skills, HOTs  konsep yang popular dlm reformasi pendidikan di Amerika utk melatih rakyatnya berfikir dalam situasi yang kompleks masa depan. Ternyata… di Amerika sendiri, tak semua murid yang 'kuasai' HOTs…  lalu negara itu sendiri terumbang ambing dalam melaksanakan agenda HOTs mereka yang kelihatan indah di atas kertas.

2. HOTs dilaksanakan kononnya untuk menggantikan penekanan pemikiran aras rendah spt hafalan, pemahaman dan aplikasi kepada sintesis , analisis dan penilaian yang berasaskan kepada Benjamin Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives (1956).  Betul kah otak manusia beroperasi secara bertahap dan mengikut hirarki begitu?

Entah macamana… konsep HOTs ini diexport ke banyak negara dan bila sampai ke Msia, ia spt satu tsunami yang melanda transformasi pendidikan negara.

3. Mari kita teliti scenario ini dulu. Manusia dilahirkan dgn  fitrah berbagai kecenderungan dan tahap kebolehan fizikal… emosi dan aqal. Dgn cara ini manusia bkembang secara harmoni dan saling melengkapi. Ada yang lebih dahulu pandai bercakap.. ada yang berbakat bermain bola dan ada yang petah berbicara serta ada yang boleh menyelesaikan masalah dgn lebih mudah. Manusia walaupun mempunyai keperluan asas yang hampir sama – makanan, tempat tinggal, pakaian, pekerjaan dan bekeluarga tetapi secara individu mereka adalah unik.

4. Dengan kepelbagaian tahap dan kebolehan kognitif, bakat, psikomotor dan afektif, manusia boleh dilatih untuk meningkatkan kemahiran dan mempelajari kemahiran baru. Namun, adalah menjadi satu kesilapan besar untuk mengajar manusia untuk belajar satu kemahiran yang sama apatah lagi kemahiran berfikir yang abstrak, dynamic dan complex dgn mengharapkan mereka mencapai satu tahap yang tinggi. Inilah sistem pendidikan kita cuba dilakukan dengan KBAT.

5. Saya analogikan KBAT sebagai satu permainan komputer. Tiba2 permainan komputer di kenalpasti oleh cerdik pandai Amerika sebagai satu permainan untuk masa depan kerana ada unsur fikiran aras tinggi, maka semua murid mesti mempelajarinya sehingga diperkenalkan Kemahiran Komputer Aras Tinggi, KKAT. KKAT ini bukan lagi setakat tahu aplikasi permainan komputer yang asas… tetapi perlu tahu programming dan coding . Msia yang rendah jati diri ini pun terkesima dgn idea KKAT ini lalu menceduk dan memasukkannya sebagai satu strategi transformasi pendidikan negara, maka gegak gempitalah seluruh Msia.

Persoalan saya:
a. Perlukah semua murid di ajar KKAT seolah2 semua mereka mesti menjadi pemain komputer masa depan yang kononnya menguasai pemikiran aras tinggi?
b. Logikkah semua murid akan mampu menguasai KKAT?
c. Adakah semua murid mpunyai kecenderungan dan kebolehan kognitif yg sama untuk dipaksakn mpelajari KKAT?
d. Adakah menjadi masalah jika ada murid yg hanya mampu menguasai asas sbg pemain komputer tetapi menumpukan phatian kpd kemahiran lain?
e. Adakah semua masalah akan selesai bila majoriti menguasai KKAT atau akn wujud masalah yg lebih serius?

6. Maka… begitu halnya dengan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT. Sistem pendidikan terbaik sekalipun tidak mungkin dapat melahirkan semua muridnya menguasai KBAT apatah lagi dalam setiap subjek. Pendidikan bertujuan mengasah bakat dan potensi murid menjadi lebih mahir dgn membekalkan pengetahuan dan kemahiran asas seperti 3M. Namun ada yang mempunyai minat utk menjadi doktor dan lain profession 'tahap tinggi' kerana mempunyai cognitive ability utk mencapainya serta ada peluang, ruang dan pendedahan.

Begitu juga ada yang memang “otak maths” lalu bagi murid ini semuanya berkaitan maths wpun tahap tinggi kelihatan mudah  sedang tahap ini tak tercapai oleh sebahagian besar murid yang lain. Ramai pula yang “tak sure” potensi mereka maka menjadi agenda sekolahlah yang akan mencungkilnya. Ada yang cemerlang akademik dan ada yang tidak di atas banyak factor. Maka memaksa KBAT dalam SEMUA subjek adalah melanggar fitrah kerana survival masa depan mereka bergantung kepada kebolehan yang mereka ada, dan mereka sendiri boleh menguasai KBAT dgn cara natural dan gradual tanpa perlu dipaksa dgn soalan peperiksaan yg pelik2 yg sebahagiannnya bbentuk hipotetikal yg diada2kn jauh dari realiti.... malah ada soalan yg cikgu sendiri tenganga nak menjawabnya !

7. Ramai murid yang tidak cenderung kepada sains dan maths atas factor minat dan mungkin keupayaan kognitif lalu memaksa KBAT dgn soalan2 yang ‘tak masuk akal’ kepada mereka adalah satu ketidakadilan.  Malah, sebahagian besar masalah boleh sahaja diselesaikan dengan cara straight forward asalkan mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran asas dalam bidang tersebut. Banyak  ‘creation’ yang hebat-hebat terhasil dalam garaj2 rumah oleh mereka yang biasa2 sahaja kerana KBAT,  pemikiran aras tinggi wujud bagi mereka yg fokus.. dgn ada pengalaman.

8. Berbalik kepada analogy di atas … cukuplah semua murid tahu kemahiran asas dalam permainan komputer… sebagai satu permainan  utama masa depan tetapi biarlah sebahagian mereka menumpukan perhatian juga kepada permainan lain spt badminton atau bola jaring yang mereka minat walaupun bukan permainan core. Inilah tugas pendidikan – mengembangkan bukan menghancurkan ! 

9. Finland dgn jati diri yang tinggi telah memegang falsafah pendidikan yang lebih dekat dgn fitrah manusia – memberi autonomi kepada guru, silibus yang playful... dan flexible... murid belajar secara collaborative bukan competitive... sehingga mengejutkan negara lain termasuk Amerika – Finland tak perlukan KBAT !

10. Kesimpulannya.. sistem pendidikan bertanggungjawab menyediakan ruang, peluang dan pendedahan membina asas yang kukuh untuk semua murid seperti memastikan 3M dan KBAR, Kemahiran Berfikir Aras Rendah dikuasai dalam setiap subjek. Ini pun dah cukup baik jika dapat dikuasai. Memaksakan KBAT dlm setiap subjek walaupun sekitar bberapa % dari element pembelajaran dan pperiksaan boleh mengundang 'rejection'  secara massa (mass rejection) thdp satu2 subjek tanpa disedari sdgkan tumpuan memastikan juga prasarana... ratio guru-murid, kompitensi guru, waqi' SES.. juga perlu diambilkira.  Jika tidak, pembelajaran semakin sukar kepada sebahagian besar murid lalu wujud spt satu ketidakadilan disamping terang2 melanggar fitrah anak2 yg diversity ...dan jika berterusan.. adalah tidak mustahil akan berlaku bencana dlm pendidikan. Anda telahpun mula melihat bibit-bibit tersebut !

Wallahualam.

OT

Selasa, 3 Oktober 2017

Juvenile rapist

[BALA MALAYSIA]

Baru-baru ni, di tengah2 kesibukan klinik, ada seorang budak lelaki umur lingkungan 5 tahun berlari2 di ruang menunggu. Bukan berlari saja2, tapi berlari sambil mengejar punggung wanita dewasa untuk dicubit/diramas.

Parents budak tu ada di situ, hanya tertawa melihat keletah anak mereka. Memandangkan tiada siapa yg menghalang budak tu, saya terpaksa bertindak menegur budak itu, dan 'sound' parents mereka.

"Adik, adik lelaki tau. tak boleh pegang2 punggung orang perempuan mcm tu." saya cakap dengan tegas.

Dan...panjang lebar jugak saya beri parenting education kpd mak ayah budak ni.

Kenapa saya marah?

Selain kes pedophilia dan sumbang mahram, JUVENILE RAPISTS adalah satu lagi bala yg wujud di Malaysia.
Mudah kata, JUVENILE RAPISTS adalah perogol yg berumur bawah 18tahun.

MAIN KAWEN2
Lebih kurang 2 tahun lepas, ketika saya dimasukkan ke wad (sewaktu mengandung), saya sempat bersembang dgn seorang pesakit yg juga bekerja sbg guru tadika.

"Doktor kalau hantar anak pergi taska/tadika/pengasuh....balik kena check fizikal anak...budak2 zaman sekarang lain sikit" berdebar saya, apalah yg dia nak cerita ni.

Dia pun menceritakan pengalaman dia menjaga budak di tadika. Ada 2 beradik ni (dua2 perempuan), sorang umur 6tahun, adiknya umur 4tahun.

Satu hari, cikgu tadika ni nampak 2beradik ni & sorang lagi budak lelaki umur 6tahun main di bawah meja makan.
Si kakak suruh budak lelaki tadi buka seluar dan duduk di atas adiknya.

"Eh...buat apa ni??" cikgu tadi nak pengsan tengok kejadian tu.
"Kitorang main kawen2..." si kakak jawab, tanpa rasa takut atau bersalah.

Dengan tenang...cikgu tu duduk bersembang, untuk korek cerita dari si kakak. "Kakak, hari ni teacher hantar balik ye. nanti kakak cerita mana kakak belajar main kawen2" cikgu tu cakap.

Petang tu, si kakak cerita... dia selalu diajak 'main kawen2' dgn jiran lelaki umur 12tahun. Si kakak pun tunjuk kawasan semak tempat dia bermain....dan diceritakan juga 'step2' menjengkelkan dalam permainan tu. Saya takmau cerita lanjut.

"Lepas main, kakak selalu dapat ais krim...tapi abang A tak bagi beritau mak sbb takut mak marah"

Hal tu dimaklumkan pd mak 2beradik tu.....tapi tiada tindakan yg diambil.
____________________________________________

Dah ramai Juvenile rapists di Malaysia, terutama sekali pelajar sekolah menengah. Tak sempat utk saya ceritakan semuanya.

Cuma, hal ni tak mendapat liputan. Juvenile rapist yg paling muda saya pernah encounter berumur 6tahun (budak tadika)...kebanyakan yg lain pelajar sekolah menengah.

Sepanjang saya bekerja di Mesir dulu, tak pernah saya jumpa perkara mcm ni. Mungkin sebab budak2 di sana disibukkan dgn hafazan al-quran...dan mereka tidak terlalu terdedah dgn gajet.

Zaman sudah berubah. Anak2 kita sedang berisiko terdedah dengan perkara2 ganas & lucah di media2. Perlu kawal apa yg anak2 tonton, main dan bergaul.
Anak perempuan perlu diajar sifat malu manakala anak lelaki perlu diajar melindungi & menghormati perempuan.

Jadilah teman paling rapat dgn anak2. teman mereka bermain,bercerita, bermanja.
Maaf sekiranya post ini mengganggu mood anda.
Sekian.

Puan wawa

Pencen

S E L O K A
O R A N G  P E N C E N

Orang pencen hati gembira.
Hidup aman sebagai pesara.
Kerja tak perlu hidupnya disara.
Nilai prestasi dah tak dikira.

Cukup bulan dapat bayaran.
Buat belanja lauk sayuran.
Sekali sekala keluar berjalan.
Ke Jalan Allah bersama kawan.

Bangun pagi tidak tergesa.
Subuh di Surau pasti dijaga.
Sarapan sedikit sekadar rasa.
Tahap kesihatan sering diperiksa.

Makan dan pakai hanya ala kadar.
Janganlah sampai kita tak sedar.
Amalan yang lalai wajib dihindar.
Bawa anak cucu semua keluar.

Perkara yang penting amal jariah.
Menjaga kebajikan surau kariah.
Anak cucu yang ada tambah meriah.
Masjid yang makmur rezeki bertambah.

Orang pencen orang dihormati.
Teladan baik budi pekerti.
Di sana di sini orang menanti.
Mendengar pengalaman yang  tersimpan di hati.

Hidup bersara terasa lega.
Tiada musykil serta curiga.
Tak banyak hati yang perlu dijaga.
Hanya bermesra jiran tetangga.

Orang pencen anak dah besar.
Cucunya ramai sedang membesar.
Rumah selesa hidup ala kadar.
Masa beramal dijaga tak gusar.


M E S T I  S H A R E
D E N G A N  O R A N G
PENCEN  😀

PLC

*PLC dan Pendidikan Peringkat Matrikulasi*

Sebagai permulaan sila pertimbangkan definisi PLC berikut : *A professional learning community, or PLC, is a group of educators that meets regularly, shares expertise, and works collaboratively to improve teaching skills and the academic performance of students*

Untuk melihat kesesuaian PLC ini dengan pendidikan aras matrikulasi, kita perlu memahami apa matlamat akhir proses pendidikan yang perlu dilakukan pada aras itu.

Matlamat utama pendidikan matrikulasi adalah menyediakan pelajar dengan pengetahuan,  kemahiran, aras motivasi dan sikap yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pada tahun pertama universiti.

Satu keperluan yang mungkin ramai pensyarah matrikulasi terlepas pandang adalah *keperluan mengurangkan kebergantungan pelajar itu kepada guru atau orang lain kepada paras yang paling minima* untuk membolehkan beliau berjaya pada peringkat yang lebih tinggi atau bekerja.

Tuan-puan mungkin boleh meneliti sejauh mana PLC itu sesuai dengan amalan pendidikan matrikulasi dan apakah kawalan proses yang perlu dilakukan supaya ia tidak tersasar daripada matlamat utama tersebut.

Pada pendapat saya pada peringkat Matrikulasi, PLC lebih sesuai untuk meningkatkan kemahiran pensyarah untuk membuat penyampaian yang lebih baik dan mengatur strategi untuk mencapai matlamat utama pendidikan matrikulasi  dan tidak mengabaikan keperluan untuk memastikan pengurangan kebergantungan pelajar kepada orang lain.

 Satu perkara yang perlu dilihat secara rasional dan kritikal adalah  pendidikan itu bukanlah bermatlamat semata-mata untuk menghasilkan gred A yg banyak tapi x seiring kualiti sebenar.

Gred hanya akan menggambarkan kualiti sebenar penerima suatu proses pendidikan jika semua kawalan yang perlu telah dilaksanakan dengan sempurna.