Khamis, 31 Januari 2019

Faham

"Dif, kenapa ada orang mengaji kat surau dan masjid tapi tak jugak berubah perangai?" soal ibu saya baru baru ini.
.
Lalu saya jawab soalan ibu saya itu dengan jawapan yang saya perolehi daripada guru yang pernah saya belajar dahulu.
.
"Ibu, ada orang duduk dalam majlis ilmu tu bukan niat nak belajar. Cuma nak mengisi waktu yang lapang sementara menunggu waktu solat sahaja. Jadi kalau tak ada niat nak dapatkan ilmu, maka dia hanya dengar sahaja tapi ilmu tak lekat dalam dada."
.
"Itu sebab, tanpa niat yang betul, belajarlah seberapa lama pun, memang tak mampu dia nak amalkan ilmu yang dia dengari itu. Kelebihan kelebihan lain yang dijanjikan seperti mendapat pahala dan diampunkan dosa memang dapat, tapi ilmu yang didengari itu susah sikit la nak lekat sebab niat bukan untuk menuntut ilmu."
.
"Bukan itu sahaja ibu, bahkan majlis ilmu yang tenang tu jugalah tempat untuk melelapkan mata. Rugilah sebenarnya, sebab pergi dengar ilmu tetapi tak dapat ilmu. Setidak tidaknya bersungguhlah sikit ketika belajar walaupun kita tahu faham terhadap ilmu itu adalah milik Allah."
...
Begitulah. Sememangnya ada orang yang menginginkan ilmu yang didengarinya lalu ingin diamalkan dan disampaikan, tetapi masih juga ramai yang bersikap tidak bersungguh sungguh dalam menuntut ilmu. Akibatnya adalah kerugian bagi diri sendiri.
.
Kita perlu mencontohi orang orang soleh terdahulu menuntut ilmu. Kesungguhan dan halobanya mereka terhadap ilmu amat tinggi kerana bagi mereka, ilmu itu adalah agama dan agama itu adalah ilmu.
.
Maka, mempelajari ilmu itu bermaksud mempelajari agama. Oleh kerana kesungguhan dan haloba terhadap ilmu itulah Allah mengizinkn mereka untuk memahami agama dan memelihara kesuciannya.
.
Kita bagimana ya?
.
Jika kita benar benar bersungguh dalam agama yang kita cintai ini, maka bersungguh sungguhlah dalam menuntut ilmu. Wallahu'alam.
.
#AkhiAdifGorment
31 January 2019

Rabu, 30 Januari 2019

Anak istimewa

Sudah 3 hari dmm dan rs tdk selesa bdn sehingga tdk dpt ke sekolah. Akhirnya dpt jg mc 2 ari doktor bg tp nm kata nak dpt cukup rehat mmg tiada istilah itu sjk berglr abah. Setiap kali ambil anak2 pulang dr ptg hingga ke mlm sementara nak tunggu ummi blk sekolah usahkan nak tdr, nak lelap mata sekjp pun pyh. Bimbang lalai yg sekelip mata bertukar menjd tragedi tdk diduga. Kebtln syifaa pula dah lbh seminggu blum sht sepnhnya sjk adik yg kcl dmm sbb asyik on and off. Dgn urusan sekolah utk wang bantuan persekolahan, urusan keceriaan kls pd hjg minggu, data apdm pd waktu mlm, lthn sukan dan temujanji hospital saban minggu blh bt bdn jd lesu dan otak jd tepu.  Hanya satu perkataan yg bt minda berkecamuk iaitu PENAT.... PENAT... PENAT. Semlm nak dijadikan cerita mmg abah tlh hilang sabar sbb ms nak bg syifaa mkn ubat bknlah satu perkara mdh. Dia istimewa dan tak sm mcm bdk normal yg lain dan dia perlu diberi mkn ubat sawan dua kali sehari utk setiap hari. Nak suap mkn pn kdg2 tkt pch lg pinggan dan cawan. Belum msk time dia tantrum dan nak kena dodoi sampai tertidur lena yg adakalanya hingga ke pagi br lena. Pendek kata perlu byk bersabar dgn kerenah syifaa nur imani yg seorang ini. Kdg2 bila dia tantrum hbs tgn dan bdn dicakar atau digigit sekuat hati. Lebam dan berdarah pd tubuh-bdn abah dan ummi itu perkara biasa. Kdg2 tgh mkn pun ditepis mknan hbs berterabur jth ke lantai, dah satu kerja nak kutip dan mop lantai lg. Dgn sikap si adik seorang bdk lelaki yg semakin membsr jadi semlm lps ummi tegur byk2 kali trs abah angkat dan kurung dlm stor si adik sambil abah tengking dan marah sbb tak dgr ckp.  Melalak meraung lah minta maaf tak nak bt lg. Katanya: adik minta maaf abah, tlg lah adik tkt gelap dlm ni. Bila mlm kakak dah mula merengek sbb dia tak selesa bdn jd bila ms nak bg mkn ubat tu mmg seksa jd abah terpaksa jg berkasar dan berkeras sampai ummi ckp lps dulu bang sbb sakit bdn anak tu nnt. Menangis melalak jg lah sikakak mlm tu. Masa tu mcm2 perasaan dtg menerjah minda, jujur abah bertanya knp aku?  Andai bnr mereka yg sabar shj diuji sebnrnya aku sdh tdk sabar lg. Knp bkn org lain? Mcm2 persoalan timbul dibenak seakan penat dgn perjlnan hdp yg tertulis ini. Sudah aku ketepikan ms lapang bersama kwn2, tlh jg aku lupakan keinginan dan perasaan hati tp msh jg serba tak menjadi. Krn syifaa jg abah prnh berselisih fhm dgn pengurusan lama. Sbb memperthnkan hak kakak jg abah tlh berpindah sekolah utk memudahkan urusan. Segalanya tlh abah dan ummi korbankan demi anak syurga tercinta.  Bila mlm sebelum tdr, aku tatap wjh anak2 terutama syifaa. Allah! menitis airmataku krn andai shj dia bisa berkata2 pasti shj dia menjwb bhw dia tdk minta lhr kedunia dgn keadaan yg serba kekurangan. Bahkan dia ingin shj bisa membsr seperti knk2 lain utk membahagiakan ummi dan abah bila bsr nnt. Mungkin jg dia bisa berkata, sabarlah abah sampai ms kakak akan pergi jua bt selamanya.. Mungkin jg abah lupa satu ketika saat Allah uji dgn keadaan kakak yg sdg kritikal di hospital sedikit waktu dulu. Waktu itu abah dan ummi hanya mampu berdoa agar kakak diberikan peluang utk trs berjuang. Airmata ini jth mengalir laju sambil dimulut berkali-kali mengungkapkan. Maafkan abah syg krn abah hanya seorang manusia biasa yg kdg kala lemah dgn bisikan dunia.. Dlm setiap sujudku berdoa, ya tuhan andai bnr syurga tlh kau berikan didpn mataku maka kau campakkanlah kesabaran dlm diri hambamu ini. Kau peliharalah imanku dan tetapkan pendirianku demi utk berbakti kpd anak syurgaku.. Utk adik jg abah minta maaf syg sbb fokus yg terlalu byk diberikan pd kakak kdgkala bt abah terlupa bhw adik jg perlukan perhatian dr abah dan ummi meniti saat membesar ini.  Abah lupa walaupun abah selalu ckp adik lelaki mesti kuat, sihat sbb nnt kena jg kakak. Kena selalu syg kakak andai satu masa abah dan ummi tiada lg. Abah lupa usia adik yg msh kecil yg perlukan ksh-syg sm mcm knk2 seusia yg lain. Jauh dilubuk hati ini abah sgt sygkan anak-anak abah ibarat nyawa abah sendiri. Semoga Allah swt trs menjg hbgn kt sehingga ke syurga nan abadi. Maafkan abah sayang!

(Sehingga ke saat ini airmata msh lg mengalir membasahi pipi. Terbayang senyum manis syifaa sambil tgnnya melambai-lambai apabila terlht kelibat abah)

                                                         Catatan abah!

Selasa, 29 Januari 2019

Guru

MAKIAN CIKGU DULU-DULU

Assalamualaikum. Teringat semasa sekolah dulu, Cikgu garang2. Selain rotan, baling dgn kapur dan duster, makian dah biasa kami kena.

 Antara yg saya masih ingat;
1. Cikgu Singh ajar Sejarah Darjah 6: "Hei belacan... "
2. Cikgu sejarah tingkatan 1 (tak ingat namanya): "Awat perak? oi semang, jakun, ramayana, mahabharata"...

3. Cikgu Goh Yu Jin ajar ilmu hisab tingkatan 3: "Bodoh soi" dan "lu cilaka tiga ekoq di belakang..."
4. Cikgu Kang ajar sains tingkatan 3: "you bloody kok kark "...

5. Cikgu Shaari dlm Masam2 manis: "bodoh, bahlul, malewol, badewol", "engkau mana tahu, engkau tak sekolah".

Apa sekalipun makian Cikgu kami tetap hormat Cikgu sbb tanpa cikgu kami tak akan berada di mana kami berada sekarang. May God bless our teachers...

CnP dari seorang sahabat..
Maki itu mengentalkan jiwa kita...
Bkn cam skang...jeling pon tak bole!! Pastu jadik daghai bak kata oghang utagha

CnP dari tak ingat mana dah..
Tkaseh pd penulis asal

Isnin, 28 Januari 2019

Cerai

Re-post

BERCERAI

Duduk sebentar sementara menunggu penghawa dingin kuda besi siap diservis, terpandang tajuk utama di salah sebuah akhbar tempatan '3 pasangan mendaftar cerai setiap satu jam.'

Hadir mekanik kedai yang sang faqir panggil dengan panggilan Abg J bersuara, "huhh! Menyesal beli paper hari nie, tajuk entah apa-apa, pasangan bercerai lah, itulah, inilah. Ini semua sebab ekonomi, sebab tu jadi macam tu."

Sang faqir seperti biasa, akan tersenyum dahulu sebelum bersuara.

Tambah Abang J, " kalau ekonomi ok, mesti takde semua nie." Sambil memasang api pada rokoknya di tangannya.

Sang faqir bersuara, " bukan pasal ekonomi Abg J, salah tu. Yang sebenarnya adalah ILMU."

"Macam mana tu? Apa kena mengena dengan ilmu? " Tanya Abg J.

" Abg J, ekonomi itu adalah penting, betul, tapi yang terlebih penting adalah ILMU, yang teramat penting adalah AMAL, dan tersangat penting adalah REDHA dan IKHLAS."

Sang faqir menyambung apabila melihat Abg J mula memberi perhatian;

"Banyak pasangan bermasalah datang jumpa saya, dan artikel dalam 'paper' tu betul, tapi, nak cerita di sini kebanyakan yang datang jumpa saya, asyik menuding jari kepada pasangan, suami kata isteri, isteri kata suami, macam dalam paper sebut tu, 'isteri curang, suami tidak bertanggungjawab', tapi... tapi... lepas saya tanya soalan pada suami, berapa kali mandi bersama isteri? Berapa kali tadarus Al Quran bersama isteri?  Bila kali terakhir usap tangan isteri sambil ucap 'i love you' atau seangkatan dengannya? Bila kali terakhir solat jemaah dengan isteri? Lebih spesifik, qiamulail berjemaah. Pada isteri pula, bila kali terakhir picit kaki suami tanpa suami minta? Bila kali terakhir bancuhkan air pada suami tanpa suami minta? Bila kali terakhir  mohon maaf, minta ampun pada suami walaupun tidak buat salah? Semua yang saya tanya ini, kebanyakannya saya hanya dapat jawapan Alif Fathah 6 Harkat, Abg J faham maksudnya? "

" Tak faham ustaz. Apa yang 6 harkat tu?" Soal Abg J.

"Maksudnya, Aaaaaaa tu panjang sambil mata tengok ke langit, faham? " Terang sang faqir.

"Ooo faham." Abg J mengangguk.

Sang faqir menambah lagi, " orang kata bercerai pasal kos sara hidup tinggi, ekonomi jatuh, macam-macam, tapi mereka lupa bahawa ALLAH yang beri rezeki, baiki hubungan dengan ALLAH, solat 5 waktu macam mana?  Apabila tanya, jawabnya 'eh tak sempat pasal nak siapkan kerja', jadi macam mana kita nak dapat rezeki lain kalau rezeki masa kita tak jaga, MASA adalah rezeki, bukan main-main tu, sebab tu ALLAH tegur kita pasal masa. Itu belum cerita bab qiamulail. Ada juga yang solat pasal hendak minta ALLAH tambah rezeki, itu yang silap, tambah atau kurang rezeki kerja DIA, kerja kita adalah berusaha raih Rahmat dan Redha DIA, itu kerja kita, berusaha raih, dapat atau tidak, itu kerja DIA."

Sang faqir teruskan lagi membebel, Abg J tertunduk dan menggeleng-geleng kepala.
"Kenapa adanya orang letak solat pasal nak tarik rezeki? Pasal Ilmu. Ilmu yang sepatutnya ambil tahu, ambil berat, tidak diendahkan. Apa ilmu yang perlu diambil berat? Ilmu Aqidah. Kebanyakan pasangan yang bermasalah, apabila diajukan soalan, 'berapa rukun syahadah?', 'apa sifat syahadah?', 'sudah faham semua 68 aqaidul iman?' , 'berapa rukun solat?', 'bagaimana sifat solat?', 'nyatakan semua tajwid dalam Al Fatihah beserta sifat huruf.' Tak cukup dengan tu, ada juga yang sibuk nak menambah cawangan, bila ditanya, 'berapa jenis warna darah haid wanita dan apakah warnanya?' Jawapan yang saya dapat adalah Alif Fathah 6 harkat. Sebab itu saya berani kata, ekonomi bukan penyebab runtuhnya rumahtangga. Goyangnya rumahtangga adalah disebabkan kurangnya ilmu dan lemahnya amal."

"Betullah ustaz, baru saya sedar, faham. Solat bukan pasal rezeki, tetapi hendak rahmat dan redha ALLAH." Abg J mengangguk tertunduk.

Sang faqir menambah, "saya bercakap atas dasar pengalaman yang tidak seberapa Abg J, saya nikah masa belajar, mas kahwin pun saya hutang dengan isteri, rm88.88, hutang duit isteri, untuk mas kahwin dia, dapat anak pun masa belajar. Hidup susah, makan minum tak teratur, tapi kami pastikan yang teratur adalah ILMU dan AMAL. Jadi, insyaALLAH, jika kita pegang kukuh Aqidah kita, genggam kemas Ibadah kita, peluk erat Akhlak kita, faham benar hakikat hidup mati kita, tiada apa yang dapat memisahkan antara suami isteri kecuali sudah memang ada ketentuan dari ALLAH."

Abg J mengangguk, datang staf Abg J duduk di sebelah Abg J, turut khusyuk mendengar bebelan sang faqir.

" Hendak dinding rumah cantik, bumbung rumah cantik, tiada masalah, yang penting tiang dulu kena kukuh dan kuat, insyaALLAH dinding teguh, bumbung ampuh. Dari situ akan timbul sikap menghargai antara satu sama lain" Sang faqir menyambung.

"Jadi, saya rasa, kalau pasal ekonomi yang membuatkan pasangan suami isteri bercerai, bermaksud mereka sebenarnya perlu membaiki hubungan mereka dengan ALLAH, pasti akan nampak jalannya. Carilah ALLAH, kenallah ALLAH, insyaALLAH bertemu jalan kebahagiaan." Sang faqir mengakhiri sesi bebelan di bengkel orang.

Kedua-dua mereka tertunduk malu dan segan, kerana mereka ternyata jauh lebih berumur dari sang faqir.

"Terima kasih banyak-banyak ustaz, ilmu hari nie, banyak saya belajar. Banyak lagi kena belajar." Ucap Abg J sambil bersalaman dengan sang faqir.

"Sama saja kita Abg J, kena sama-sama banyak belajar. Ok, saya jalan dulu, ada urusan di kilang. AssalaamuAlaikum WarahmatULLAHi Wabarakaatuh." Jawab sang faqir mengangkat tangan sambil mengundurkan kuda besi dan terus berlalu pergi.

***********************

Betapa hari ini, ketandusan bab Aqidah, Ibadah dan Sakhsiyyah (Akhlak) sebab utama keruntuhan rumahtangga.

Ekonomi, kos sara hidup dan lain-lain adalah sekadar tabir kepada permasalahan sebenar.

Kenal ALLAH, raihlah Rahmat dan Redha ALLAH. Kerana ALLAH itu bersifat Istighna' (Maha Kaya) dan Iftiqor (Berkehendak). Tidak akan miskin mereka yang bertauhid, kerana mereka yakin ALLAH tidak kedekut dengan RahmatNYA.

Ahad, 27 Januari 2019

Askar malaya

Kisah Tentera kita (kisah pertama)= Askar Melayu dengan salji.

Oleh kerana ramai minta saya cerita kejadian2 yg pernah saya alami, baiklah saya akan bercerita sikit setakat yg saya boleh cerita.

1995, saya masuk latihan pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja. Setelah 6 bulan, satu pemilihan dibuat untuk memilih antara kadet yg terbaik untuk dihantar sambung ke luar negara. Saya terpilih seorang diri ke Officer Cadets School of New Zealand selama 18 bulan di kem Waiouru, New Zealand.

Pada tahun 1996, saya sedang buat latihan perang dalam keadaan amat sejuk kerana ribut bersalji dan suhu turun sehingga -30 celcius. Sejuknya teramat amat sehingga baju seluar dan tali kasut pun beku, ramai jurulatih dan kadet dari new zealand sendiri kena ’frost bite’ dan tak sedar diri sebab ‘hypothermia’. Saya ni bertahan sekuatnya saja. Latihan kami terpaksa dibatalkan dan kami semua diselamatkan segera oleh pihak kem Waiouru. Terlalu sejuk!

Dalam masa yg sama, ada satu latihan tentera 5 negara sedang berjalan iaitu Exercise SUMAN WARRIOR di kaki Gunung Ruapehu tak jauh dari kem kami. SUMAN itu ialah gabungan Singapore, United Kingdom, Malaysia, Australia, New zealand.. Tentera kita diwakili oleh 1 kompeni (100 orang) dari Batalion ke 4 Rejimen Askar Melayu DiRaja (4 RAMD).

Ketika suhu jatuh ke -30 bawah paras beku, kami di kem Waiouru mula dengar siren ambulan berulang alik keluar masuk dari hospital kem ke kawasan latihan. Ambulan-ambulan itu ulang alik sampai 2 hari! Jadi semua tertanya-tanya, apa dah jadi? Rupanya ramai tentera yg dalam latihan itu kena hypothermia dan jatuh sakit. Kalau tak silap saya, jumlah yg jatuh sakit masuk hospital itu=

1. Askar New Zealand= 15-20 orang kena hypothermia
2. Askar British = 10-15 orang kena hypothermia
3. Askar Australia = 20-30 orang kena hypothermia
4. Askar Singapore = 50-60 orang kena hypothermia
5. Askar Malaysia = 1 orang sebab tergeliat kaki (?????)

Pelik kan? Ya, tak ada askar kita masuk hospital sebab kesejukan tapi sebab tergeliat kaki. Maka kecohlah seluruh kem waiouru itu, masing-masing nak tahu apa yg berlaku sebenarnya. Jadi esoknya, sekolah pegawai kadet buat lawatan ke kawasan latihan Exercise Suman Warrior itu.

Sampai saja di kawasan latihan di kaki gunung itu, keadaan amat sejuk, bersalji tebal, mendung, gelap dengan angin kuat. Kami pergi ke setiap tempat askar-askar itu berkhemah. Kami lihat=

1. Askar New Zealand= 5-6 orang duduk luar khemah dan kelilingi api, yg lain lagi 100 orang sedang baring kesejukan dalam sleeping bag.
2. Askar British = Sama
3. Askar Australia = Senyap sunyi. Tak nampak siapapun diluar, semua dalam khemah masing-masing, dalam sleeping beg, kesejukan.
4. Askar Singapura = Sama macam askar Australia. Senyap sunyi. Semua kesejukan.

5. Askar Malaysia?= Ramai-ramai tengah main takraw, minum kopi panas, goreng cucur, main salji, tak ada seorang pun dalam khemah! Hehehe, sejuk sangat la tu sampai tak reti nak duduk diam! 😆

Ya Allah bangganya saya waktu itu melihat tentera kita. Rupanya yg 1 orang masuk hospital terkeliat kaki itu sebab terjatuh lubang waktu main takraw! Hahaha. (Saya bukan nak malukan negara-negara lain, tapi nak cerita kekuatan jiwa kita sendiri)

Pengajaran= Harap anak-anak bangsa kita tahu, bahawa dalam darah daging keturunan kita, terdapat sejarah yg mengatakan kita adalah satu bangsa yg amat tahan lasak, berjiwa kental, boleh hidup dimana pun didunia! Kita tidak lemah dan bodoh, tapi kita yg diperbodohkan beratus tahun oleh penjajah yg asyik kata kita lemah, kita malas, kita bodoh. Bangunlah dan sedarlah! 😊💪

Fb : Mohd Fitri