Rabu, 16 Mac 2011

ikhlaskan dirimu...

"Kira-kira pada tahun 1988 seorang kawan saya iaitu Ustaz Mokhtar dari Pondok Kubang Bemban Pasir Mas telah pergi menunaikan haji Ke Mekah. Beliau pergi seorang diri tanpa membawa isterinya ke Mekah.

Semasa di Mekah beliau mendengar satu berita, dimana King Fahd Arab Saudi telah diberi anugerah bintang kebesaran oleh baginda Queen Elizabeth England. Dengan wajah yang berseri King Fahd bergambar dan gambar keluar dalam majalah Times versi Bahasa Arab. Apabila majalah telah berada dipasaran, baharulah sedar bahawa medal itu merupakan sejenis salib (salib itu ada beberapa bentuk)

Dalam keadaan panik King Fahd memanggil semua mufti diseluruh Arab Saudi dan mengarahkan mereka mengatakan salib yang dipakai seperti dalam majalah itu bukan salib tetapi bunga. Mufti yang berada dalam keadaan diugut terpaksa mengaku ianya bunga kecuali seorang mufti dan ia telah dibuang dari jawatan mufti.

Mufti yang kena buang itu rupanya berasal dari Patani, Thailand tetapi telah menjadi warga Saudi. Ustaz Mokhtar yang berasal dari Thailand itu kenal bekas mufti berkenaan. Setelah selesai mengerjakan haji, Ustaz Mokhtar pergi ketempat mufti berkenaan disuatu perkampungan, dimana ia mengajar agama sambil memelihara kambing dan kambingnya dijaga oleh murid-muridnya.

Bila tiba dikediaman bekas mufti berkenaan Ustaz Mokhtar beritahu ingin belajar ilmu darinya. Tapi dia kata `Mu tahu belako doh, aku nak ajar gapo ?' Setiap hari ustaz Mokhtar minta diajar sesuatu, tapi jawapannya sama. Setelah beberapa hari (saya lupa jumlahnya) ustaz Mokhtar pun ingin pulang ke Mekah semula. Semasa sedang memakai kasut untuk pulang, bekas mufti berkenaan berkata `Aku nok pese so yah ko mu, (aku nak pesan satu sahaja kepada mu) ikhlaslah dalam semua perkara. Ustaz pun pulang ke Mekah. Setelah selama beberapa hari, yang dapat ia belajar hanyalah sepatah perkataan iaitu ikhlas.

(Ustaz Mokhtar telah uzur dan masa ini masih mengajardi Pondok dan masjid, berkelulusan Ijazah Akademi Islam Nilam Puri, bekas pejuang pembebasan empat wilayah Thailand selama 13 tahun mengangkat senjata dalam hutan)

Kesimpulan yang diperolehi ialah:
1. Jika Mufti Arab Saudi yang gajinya sekitar Rial 30,000 sanggup menjualagama demi jawatan, kemungkinan mufti di Malaysia mungkin lebih lagi.
2. Untuk memahami dan mempraktik ikhlas itu amat susahdan memerlukan bertahun-tahun untuk mempelajarinya.

Inilah cerita yang tidak diminati bagi setengah orang."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan