Obama dah sampai, TPPA akan jd realiti;
Tun Dr Mahathir....buat renungan orang melayu.
APA DISEBALIK TPPA?
1. Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) bukan soal perdagangan semata-mata. TPPA secara asasnya adalah perjanjian geopolitik Amerika, menggunakan perdagangan sebagai laluan tradisi untuk mengawal negara-negara peserta. Justeru keterlibatan negara dalam TPPA memberi erti secara langsung bahawa Malaysia sudah masuk blok Amerika dan tidak lagi berkecuali.
2. Sejarah Syarikat Hindia Timur yang datang ke Tanah Melayu atas nama perdagangan, berakhir dengan penjajahan berkurun lamanya. Perbalahan sesama sendiri antara pemerintah Melayu pada masa itu, selain pergaduhan kongsi gelap pendatang yang menjarah kekayaan muka bumi, menyebabkan pedagang luar dijadikan kawan, bukan lagi kerana perdagangan, tetapi untuk mendapatkan kekuatan politik, yang kesudahannya memaksa orang-orang Melayu menerima kehadiran Residen British.
3. Sebelum kedatangan British, undang-undang syarak adalah undang-undang yang tertinggi di Tanah Melayu. Selepas kehadiran Residen British, undang-undang syarak dikecilkan skopnya dan dipinggirkan. Kesannya masih kekal sehingga ke hari ini.
4. Sudah tentu nama Residen British tidak akan kembali. Tetapi senarionya tetap sama. Campurtangan British ke dalam urusan pemerintahan di Tanah Melayu adalah atas dasar kepentingan pihak-pihak yang terlibat, yang mengundang mereka masuk. Itulah juga yang berlaku dalam senario TPPA.
5. Umum mengetahui ketidakstabilan politik orang-orang Melayu; akibat perpecahan kepartian yang melampau dan isu intergriti yang sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mahu tidak mahu, keadaan ini melorongkan pemain-pemain politik untuk lebih memikirkan survival politik masing-masing, berbanding masa depan Islam dan orang Melayu. Masing-masing mahu mencari kawan yang kuat, termasuk dari luar.
6. Kapitalis-kapitalis yang sudah sekian lama menjarah kekayaan bumi bertuah ini, sememangnya telah lama juga menanti saat berkuburnya dasar-dasar dan tindakan-tindakan afirmatif, yang masih membataskan penjarahan mereka. Cita-cita mereka sudah semakin hampir tercapai, kerana TPPA yang dimeterai nanti akan memaksa kerajaan melakukannya, sedikit demi sedikit. Inilah rahsia mereka banyak berdiam diri terhadap isu TPPA, tidak membangkang kerajaan sebagaimana biasa. Malah parti utama mereka sudah pun menyatakan persetujuan di sebalik tabir.
7. Jika kerajaan memberikan layanan istimewa kepada syarikat Melayu dan bumiputera, selepas TPPA ditandatangani, kerajaan boleh disaman di tribunal antarabangsa, seperti yang berlaku kepada kerajaan Afrika Selatan akibat melaksanakan dasar mengutamakan rakyat kulit hitam, yang dikenali sebagai ‘Black Economic Empowerment’, yang mirip Dasar Ekonomi Baru.
8. Kerajaan boleh berjanji bahawa kepentingan dasar-dasar teras negara akan dipelihara, sebagaimana yang disebut oleh Perdana Menteri. Kesemua pemimpin negara yang pernah disaman di Investor-State Dispute Settlement (ISDS) juga berkata lebih kurang begitu untuk meyakinkan rakyat masing-masing. Bagaimanapun, statistik kes saman di ISDS menunjukkan peningkatan ketara dari semasa ke semasa.
9. Ini bermakna, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, yang memberikan keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan bumiputera, akan tidak terpakai lagi. Melayu dan bumiputera akan dilayan sama seperti warga asing. Bukan lambat laun. Malah hanya sepelaung.
10. Kedudukan istimewa Islam dan orang-orang Melayu dalam Perlembagaan akan dikira sebagai ‘trade barrier’. Penapisan filem-filem lucah boleh dikira satu bentuk sekatan perdagangan bebas. Peruntukan tanah rizab juga begitu. Semuanya boleh dicabar di ISDS. Satu jalan untuk mengekalkan kedudukan istimewa itu dalam Perlembagaan; dengan tidak menguatkuasakan apa-apa undang-undang berkaitannya. Jadilah ia kekal dalam Perlembagaan dan tidak dicabar, walaupun tiada membawa apa-apa makna lagi
.
11. Kerajaan begitu tegas sekali menyatakan bahawa Parlimen akan membahaskan dan menentukan sama ada Malaysia akan menerima atau menolak TPPA. Kelihatan betapa nilai demokrasi dijunju
ng tinggi dan kehendak rakyat diutamakan. Hakikatnya, Parlimen hanya diberi kata dua; terima atau tolak, dan ruang masa yang diberi hanya dua bulan, untuk meneliti dokumen yang amat teknikal sifatnya. Kita sudah boleh menjangkakan keputusannya.
12. Kelicikan diplomasi dan perundingan Washington yang menderafkan perjanjian, yang melibatkan 600 penasihat korporat mereka, diteruskan dengan kelicikan pentadbiran Kuala Lumpur yang bermain bahasa antara kuasa eksekutif yang berkuasa membuat keputusan dan kuasa perundangan yang boleh memberikan imej demokrasi kepada proses yang tidak telus dan dirahsiakan selama ini. Kesemua kelicikan diplomasi dan pentadbiran itu hanya untuk melunaskan kemahuan syarikat multinasional Amerika-Yahudi. Orang melayu akan kembali hina dan mundur kesan daripada TPPA, sama seperti akibat penjajahan ratusan tahun lalu.
Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan