Sabtu, 30 September 2017

Tua8

Azmieyna:
*TAZKIRAH MAGHRIB*
UkhuwahFillah

*NASIHAT ORANG TUA*

Pemuda: "Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah"

Pakcik: "Tidak nak. Kebanyakan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar"

Pemuda: "Ehh kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja"

Pakcik: "Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai? 10, 15 orang? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni?"

Pemuda: "Hmmm...."

Pakcik: "Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salah faham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah.

Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat dan mengaji kau letak no 3, no 4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten? Tidak nak...."

Pemuda: "Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah?"

Pakcik: "Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak. Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar.

Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu.

Kau nak belajar Al quran pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa.

Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah dan belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa.

Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu.

Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi.

Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati"

Pemuda: "Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Allah yang beri ke?"

Pakcik: "Memang betul hidayah tu Allah yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua.

Walaupun Allah buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah.

Sebab tu pakcik cakap, cabaran bila dah tua baru nak mula beramal ini lagi susah sebenarnya.

Cepat penat, ingatan tak kuat, cepat putus asa. Tambah lagi jika kau dah ada kehidupan yang selesa.

Ingat nak, dalam hidup kita ni berkali-kali Allah bukakan pintu hati kita untuk berubah.

Tetapi yang payahnya itu ialah istiqamah.

Jadi belajarlah solat di awal waktu dan jangan tinggal Al Quran setiap hari.

In Syaa Allah jika sudah terbiasa ia akan kekal sampai akhir hayat"

Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya.

 Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang jarak sekitar 1km, baru beliau sedar.

Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid.

Kepada sesiapa yang membaca kisah ini, sama-sama kita berdoa supaya kita dijadikan dalam golongan yang menjaga solat dan istiqamah membaca Al Quran.

@tarbiyahiman

Jumaat, 29 September 2017

Kpi

Nazimshah Mns:
_NOTA HIJRAH 2_
*KERJA ADALAH TUGAS, JIHAD ADALAH TANGGUNGJAWAB*

📌 *Tugas adalah kerja yang diberikan dengan mendapat bayaran gaji atau imbuhan atau keuntungan duniawi.* Contohnya, kerjaya sebagai guru, petani, pegawai dan kerani. Mereka dibayar gaji atau mendapat keuntungan hasil dari kerja yang dilakukan.

*Manakala tanggung jawab ialah kerja yang dilakukan tanpa sebarang imbuhan atau tanpa imbuhan yang sepadan.* Contohnya ialah berdakwah, menjadi imam, menegur orang yang buat salah, membuang sampah tepi jalan, membimbing anak muda solat, mengajar dan menulis Facebook dakwah.

📍Ada orang yang melaksanakan kerja disebabkan ia merupakan tugas sahaja. Kalau tidak ditugaskan, dia tidak akan buat. Namun, ada orang yang melaksanakan tugas melebihi imbuhan yang diberikan kerana ikhlas untuk menjaga agama, bangsa dan negara. Itu adalah jihad.

📍Dalam masa yang sama, ada juga orang yang melaksanakan tanggungjawab ini dengan bersungguh, tetapi rupanya ada udang disebalik batu. Matlamat utamanya ialah kenaikan pangkat atau ingin mendapat pujian manusia. Wallahu a'lam, urusan ini diserahkan kepada Allah kerana ikhlas bukan urusan manusia.

Dari sudut majikan pula, pekerja melaporkan tugasnya kepada manusia. Manakala seorang (sukarelawan) yang melaksanakan kerja berdasarkan kepada tanggungjawab hanya mengharapkan balasan dari Allah. Dengan erti yang lain, majikannya adalah Allah.

‼Hijrah kita ialah berhijrah dari menganggap tugasan itu hanyalah sebagai tugasan sahaja, tetapi menganggap tugasan itu sebagai tanggungjawab yang kita bekerja untuknya bukan semata-mata kerana gaji atau upah. Kita kerja beyond gaji atau upah yang diberikan.

👉Sebagai contoh, tugas yang hakiki seorang guru math dan english ialah memastikan murid-murid lulus dengan cemerlang dalam dua subjek ini. Namun, sebagai seorang guru yang bertanggung jawab bukan sekadar itu, dia juga perlu mmemastikan murid-murid mempunyai akhlak mulia termasuklah memperingatkan mereka tentang solat. Guru itu juga sebenarnya memang komited tentang ibadah solat di sekolah, di rumah dan di tempat-tempat lain.

👉Begitu juga, tugas hakiki seorang pegawai agama ialah menguruskan hal ehwal Islam untuk memenuhi KPI tertentu. Namun, seorang yang ada ijazah dalam bidang agama bukan sekadar bekerja mencapai KPI berkenaan. Sebenarnya, dia boleh melipatgandakan usaha berkenaan termasuklah terlibat juga dengan aktiviti agama di kawasan kediamannya.

✏Dr. Muhamad Faisal

https://www.facebook.com/drfaisal7/posts/1636696623016453

Rabu, 27 September 2017

Kurma

توان ازرين اسماعيل:
"NAK, JANGAN KAU PERMALUKAN AYAHMU DI AKHIRAT NANTI, LANTARAN PERBUATANMU INI...AYAH LEBIH SENANG KAU MATI DALAM KEADAAN LAPAR, DARIPADA ENGKAU HIDUP DENGAN MEMAKAN BARANG YANG HARAM!".

Ada sahabat Rasul Saw yang bernama Abu Dujanah. Ia mempunyai kebiasaan tergesa-gesa meninggalkan Jama'ah seusai Shalat Subuh, tidak seperti halnya sahabat yang lain yang menunggu hingga Rasulullah Berdoa.

Suatu ketika Rasulullah Saw menegurnya, “Wahai Abu Dujanah, tidakkah kau memiliki permintaan kepada Allah?” Kenapa engkau tidak menunggu sampai aku Berdoa?  Abu Dujanah menjawab, "Ya Rasulullah, tentu aku mempunyai permintaan kepada Allah".

Rasul Saw berkata :
"Lalu mengapa engkau segera pulang?”.

Abu Dujanah pun menjelaskan udzurnya :
“Bukannya aku tidak mau mendengarkan doamu ya Rasul...Namun aku ini memiliki anak kecil di rumah yang sedang lapar, tidak satupun makanan ada di rumahku, bahkan tidak jarang kami seharian menahan lapar".

"Sedangkan aku memiliki tetangga yang memiliki pohon kurma yang batangnya condong ke rumahku, maka jika malam angin bertiup kencang, pasti buah-buahnya jatuh ke halaman rumahku".

"Pernah suatu hari usai Shalat Subuh, aku menunggu sampai mendengarkan engkau membacakan Doa, namun yang terjadi ketika aku sampai di rumah, aku lihat anakku sedang memungut kurma tetanggaku yang jatuh di halaman rumahku, dan ia memakannya karena lapar".

"Maka segera aku keluarkan kurma itu dari mulutnya. Aku tidak mau anakku memakan yang bukan haknya. Aku katakan kepadanya, “Nak, jangan kau permalukan ayahmu di akhirat nanti, lantaran perbuatanmu ini...Ayah lebih suka engkau mati dalam keadaan lapar, daripada engkau hidup dengan memakan barang haram.”

Mendengar kisah Abu Dujanah, Rasulullah Saw dan para sahabat meneteskan air mata. Sambil menangis, Rasullah memberikan penawaran kepada si pemilik pohon kurma dengan imbalan pohon-pohon kurma di Surga.

Kontan saja si pemilik yang munafik itu menolaknya. Segera Sayyidina  Abu Bakar melakukan penawaran berikutnya :
“Hai fulan, ku beli pohon kormamu dengan 10 pohon kurma terbaikku di kota Madinah.”

Mendengar penawaran yang menguntungkan itu, si Munafik menyetujuinya. Sayyidina Abu Bakar berhasil membelinya, lalu memberikannya kepada Abu Dujanah.

Begitulah orang-orang yang bertakwa akan senantiasa mendapatkan jalan keluar dan penolong di setiap kesulitannya.

Sumber: Kitab ‘Ianatuth-Thalibin Bab Luqatah, Juz 3, hal : 239.

Selasa, 26 September 2017

Ibu bapa

1. Kenapa seorang anak boleh memukul ibunya?

Sebab semasa anaknya masih kecil, ibu hanya ketawa dan gelak-gelak sahaja apabila anak memukul-mukulnya dan tidak memberitahu anaknya bahawa perbuatan tersebut adalah salah.

2. Kenapa anak remaja sekarang begitu gemar mencarut dan menggunakan kata-kata kasar seperti babi, bodoh, bangang dll?

Sebab sewaktu kecil ibu dan bapanya hanya gelak-gelak dan ketawa sahaja semasa anak yang masih kecil itu menyebut perkataan-perkataan tersebut, malah tidak menegur kesalahan anaknya.
Kata ibu bapanya, lucu dan pandai anakku!

3. Kenapa anak-anak remaja berani keluar pada waktu malam?

Sebab dari kecil lagi ibu bapa tidak menghalang anak-anak mereka keluar dan tidak menetapkan peraturan bahawa anak-anak wajib berada di rumah pada waktu malam.

Apabila segalanya sudah menjadi kebiasaan kepada anak-anak, maka sudah tentu sukar bagi mereka untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Untuk anak-anak muridku yang telah bergelar ibu atau bapa, ingat pesan guru tua ini.

1. Bercakaplah dengan bahasa yang baik dan sopan dengan anak-anak. Tegur dan berikan hukuman semerta jika anak-anak mengeluarkan kata-kata kesat.

2. Jangan benarkan anak-anak kecil bermain hp. Berikan buku atau permainan yang sesuai dengan umur anak-anak.

4. Jangan dibiarkan televisyen terpasang 24 jam di rumah anda. Hadkan masa menonton, contohnya pada waktu petang sahaja. Malam ialah masa untuk anak-anak mengulang kaji dan bermesra dengan ahli keluarga.

5. Jangan benarkan anak-anak menunggang motosikal apatah lagi memberikan motosikal kepada anak-anak. Biarlah kita yang menghantar dan mengambil mereka jika mereka mahu ke mana-mana. Susah sikit tak apa. Alah bisa tegal biasa.

6.. Tiada hp adalah lebih baik. Benarkan anak-anak memiliki hp apabila anak-anak sudah bijak, matang dan dapat memanfaatkan penggunaan hp dengan baik.

7. Solat berjamaah dengan anak-anak terutama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sama ada di rumah atau masjid.

8. Waktu antara Maghrib dan Isyak sangat sesuai untuk membimbing anak-anak mengaji al-Quran.

9. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak. Semak buku-buku latihan dan kerja rumah anak-anak.

#panduankeibubapaan

Isnin, 25 September 2017

Silibus

Aku paparkan semula artikel ini kerana aku tidak puas2 membaca realiti kehidupan yg ditonjolkan.
Jika siapa yg pernah tinggal di kwsn Sg Bertik, Klang (berhampiran rumah Ella) sekitar lewat 80an atau awal 90an, ada sebuah mini market. Ada 2 budak kecik Cina yg selalu main2 tepi longkang, sekolah pun nak tak nak, tapi rajin membantu bapa mereka berniaga. Skrg mereka itulah pemilik Econsave!
Tahniah utk Lai brothers..satu antara kisah2 yg harus umum ketahui.

ANAK MELAYU VS ANAK CINA

Anak Melayu belajar dari tadika sampai universiti semua mengikut SUKATAN PELAJARAN. Umur 25 tahun baru masuk bidang pekerjaan selepas selesai ijazah sarjana. Umur 60 tahun dah bersara walaupun sihat untuk bekerja sampai umur 80 tahun. Baru nak pandai dan bijak, dah kena bersara. Bila ada anak, jawatan bapak dalam kerajaan tak boleh diwaris kepada anak

Anak Cina Triang tak pergi sekolah macam saya. Tapi umur 14 tahun dah ambil alih kedai runcit bapak dan mereka BELAJAR TANPA SUKATAN PELAJARAN (Pelajaran mereka tiada sukatan dan tiada batasan). Umur 16 tahun dah buka cawangan. Umur 19 tahun buka supermarket, umur 25 tahun semasa kita terima ijazah dan bergambar dengan topi leper berambu itu mereka sudah ada cawangan supermarket seluruh negeri. Kita keluar dengan segulung ijazah dan bekerja dengan mereka.

Perbandingan di atas itu antara budak paling bijak Melayu dan budak drop-out Cina. Tidaklah kita nak kata jangan pergi sekolah tetapi lihat juga orang Cina pergi sekolah, balik sahaja sekolah tolong mak ayah jaga kedai. Orang Melayu balik rumah tengok "Diari Akademi" and all the lagho thing.

Anak Melayu berhibur pergi fun-fair di Pekan Triang dan tengok wayang di Odeon. Anak Cina jaga kaunter tiket funfair dan Odeon yang orang Melayu bayar.

Orang Melayu Raya, orang Cina yang kaya. Orang Cina raya, orang Melayu yang susah kerana semua kedai Cina tutup.

Saya bukan nak rasis. Tak semua Cina macam tu, tak semua Melayu begitu. Tapi untuk maju, lihatlah keburukan diri untuk diperbaiki dan lihatlah kebaikan orang untuk dicontohi.

Umur 25 tahun Anak Cina ada RM20 Juta, anak Melayu hutang PTPTN RM20 Ribu

Belajar BERSUKATAN atau belajar TIADA SUKATAN? Menteri boleh kata sistem pendidikan kita yang terbaik. Mungkin ayatnya tidak habis, sistem pendidikan kita yang terbaik MENGHASILKAN HAMBA DAN BUKAN TUAN. Jika benar sistem pendidikan kita yang terbaik, mengapa Datuk Seri Hishamuddin Hussein semasa menjadi Menteri Pelajaran Malaysia tetapi masih hantar anak ke Sekolah Antarabangsa?

Pengamal Pendidikan Tanpa sukatan..

Ahad, 24 September 2017

Realiti

Saya tak sedih tahfiz terbakar sebab YA....sudah nak terbakar, terbakarlah dia. Biarlah orang nak persoalkan ciri keselamatan ker hapa. Pandai2lah ambil ikhtibar.

Saya juga tak sebak anak2 tahfiz tu rentung. Syurgalah tempat mereka. Anak saya yang masih hidup ni tak tahu lagi akan menghuni syurga atau sebaliknya. Harap2 syurgalah juga namun jika boleh usahlah pergi dalam keadaan azab dan rentung, tapi andai itu yang sudah ditetapkan yang maha kuasa, YA.. saya akan belajar untuk redha. INSYAALLAH.

Tapi air mata saya bergenang, dada saya sebak dan tak tertelan air liur saya dek kerana terasa berpasir tatkala mendapat tahu yang menjadi dalang kepada musibah itu adalah anak2 yang sebaya anak saya malah lebih muda dari anak saya sendiri.

Spontan terlintas difikiran...

"Ya Allah... anak2 jenis apakah yang sudah generasi aku lahirkan keatas dunia ini? Kenapa zalim dan langsung tidak ada sedikit rasa kasihan atau peri kepada manusia lain yang masih bernyawa?

Adakah anak2 ini yang tidak boleh ditegur guru, ditegur jiran, dirotan guru, didenda tatkala tidak menyiapkan kerja sekolah dan adakah anak2 generasi ini yang tidak boleh duduk di atas jalan tar semasa perhimpunan sekolah?

Adakah anak2 ini yang tatkala kita ibu bapa dipanggil guru kerana anak kita merokok dan memonteng kelas tapi kita maki kembali cikgu dengan mengatakan anak kita anak yang baik dan kita akan menyaman sekolah kerana kununnya mahu menfitnah anak kita?

Adakah anak2 ini yang tatkala rambutnya dibotakkan guru displin kerana berfesyen serta berwarna kita serang sekolah dan menyuruh anak kita untuk tidak hadir ke sekolah kerana kununnya guru2 kurang ajar dan tidak tahu adab bersama pelajar?

Adakah anak2 ini?

Anak2 yang dimanjakan secara membuta tuli. Anak2 yang diajar kasih sayang melalui wang ringgit, gadjet mewah dan kebebasan tanpa batasan.

Anak2 yang kita fikir sudah terlalu dewasa dan matang untuk menjaga diri sendiri tatkala kita terlalu sibuk dan lelah mencari nafkah memburu rezeki dari subuh gelap hingga lewat malam gelita dek kerana desakan kos sara hidup yang semakin menyempit?

Allahuakhbar!!!

Tak terfikir Tak terbayang!
Kenapa anak2 generasi baru ni terlalu ekstrem!
Kenapa anak2 generasi baru ni terlalu bebas!
Kenapa anak2 generasi baru ni terlalu 'cendiakawan'!
Kenapa? Kenapa? Dan Kenapa???

Ibu bapa generasi hujung 70an dan awal 80an.

Kita boleh berbangga kita hamil kerana menggunakan produk itu dan produk ini. Bunjut itu dan bunjut ini.
Kita megah air susu kita meriah kerana mengamalkan produk itu dan produk ini. Pam itu dan pam ini.

Tapi untuk mendidik anak menjadi anak yang mendengar kata, anak yang ada sifat peri dan belas dalam diri, anak yang berakhlak serta berbudi, tidak ada alat atau pun produk atau supliment yang boleh kita beri pada mereka kecuali kita berikan didikan dan tauladan yang baik yang datangnya dari kita sendiri.

Mungkin kita tak punya banyak masa memantau mereka tetapi bagaimana kita berusaha mencari duit untuk hidup begitulah juga kita harus berusaha mencari masa agar anak kita tidak terlalu selesa bebas melakukan apa saja sehingga tergamak melakukan jenayah yang akhirnya membuat kita merana.

Berhentilah masuk campur urusan guru2 sekolah semasa mendidik anak2 kita. Biarlah anak kita dirotan, ditampar didenda selagi mana anak kita tidak lumpuh tidak koma tidak mati. Yakinlah guru2 disekolah niatnya mahu mendidik. JARANG guru menghukum murid tanpa sebab. KEBANYAKKAN guru menghukum kerana mahu mendidik. Anak kita dihukum pasti bersebab.

Sudah2lah asyik mahu menyerang sekolah menyaman sekolah hanya pada perkara kecil yang mana zaman2 kita dahulu pun kita lalui perkara yang sama tapi ibu ayah kita tak menyebelahi kita pun, malah ibu ayah akan menyokong apa yang guru2 buat pada kita kerana mak ayah kita berpegang pada prinsip, "cikgu mahu mendidik dan jika anak aku tak salah cikgu tak akan menghukum".

Tapi mak ayah zaman moden sudah terlalu manjakan anak sehingga anak2 hilang hormat pada guru malah tidak ada rasa hormat pada masyarakat jiran keliling kerana sudah dididik jika jiran mengadu perihal buruk anak mereka,

si ibu atau si ayah akan menyerang si pengadu dengan mengatakan "usah masuk campur urusan keluarga mereka"

Makanya generasi 70an dan 80an.

Fikir... adakah kita berterusan mahu melahirkan generasi yang terlalu ekstrem dan hilang rasa belas kasihan pada insan lain?

Jawapannya sudah tentu TIDAK.
Namun apa usaha kita untuk membendung semua ini?

Muhasabah diri.
Fikir berkat tak berkat rezeki yang kita kenyangkan perut anak2 kita.
Renung dalam2 mata anak kita dan tanya diri kita...

1) Bila kali terakhir kita kejut anak kita solat subuh?

2) Bila kali terakhir kita punggah beg sekolah anak2 kita dan periksa sehelai demi sehelai buku2 sekolahnya?

3) Bila kali terakhir kita periksa gadjet2 anak kita?

4) Bila kali terakhir kita peluk kita cium dan kita berbual2 dengan anak kita?

5) Bila kali terakhir kita solat sama2 dan mengaji sama2 dengan anak kita?

6) Bila kali terakhir kita memberi nasihat dan mengingatkan anak kita apa yang boleh dibuat apa yang jangan dibuat?

☺☺☺☺☺

Fikir, Ingat, Renung dan Masih Sempat Jika Mahu Berubah.

Nur Farina Abdullah
MA Sosiologi Keluarga UKM
Fakulti Sains Sosial Dan Kemasyarakatan

Guru

*Hayati*:
Kami para guru disekolah seluruh negara tidak pernah membuat tayangan cerita 'blue' kat murid-murid. Apatah lagi kat murid sekolah rendah.

Jadi dari mana mereka belajar tentang hal ini? Sehingga melukis gambar lucah cikgu sendiri dan berkongsi pula dengan rakan-rakan.

Amat menyedihkan akhlak anak-anak sekarang, berani mengugut untuk merogol guru mereka sendiri.

Ugutan ROGOL tuan puan. Bukan ugutan mencalar kereta atau sekadar melawan dengan kata-kata.

Lebih menyedihkan, ugutan ini keluar dari murid sekolah rendah. Yang usianya belum pun mencapai 13 tahun lagi. Apa hal ini kita masih boleh menutup mata?

Semalam saya berkongsi gambar pelajar lelaki yang mengacungkan jari tengah (simbol fuck) kepada guru mereka. Hari ini guru tersebut bercerita,

" Murid-murid ini tidur di atas meja kat belakang kelas. Maka aku tutup kipas nak bagi mereka sedar. Murid itu dengan berang berkata,

' Pantat mana yang tutup kipas ni.'"

Hati guru mana yang mampu bersabar kalau dipanggil 'pantat'? Satu gelaran lucah yang amat biadab terhadap seorang guru.

Sangat kurang ajar!

Maka guru itu bertindak balas. Dia ambil gulungan kain dan pukul murid itu. Gulungan kain tuan puan, bukan pukul pakai kayu baseball. Tiada luka, tiada lebam.

Namun murid itu mengadu guru itu memukulnya dengan besi. Sehingga guru itu dipanggil pentadbir dan dikenakan tindakan.

Alangkah peliknya dunia pendidikan zaman sekarang. Murid biadab, guru cuba mendidik. Namun guru pula yang kena tindakan.

Apa itu tidak pelik?

Dan begitulah selalunya. Apa jua tindakan guru, anak-anak pulang melapor kepada ibubapa dengan kisah yang diputar belit. Ibu bapa datang menyerang, datang membuat aduan malah ada yang memfailkan saman.

Maka akhirnya, guru juga yang bersalah. Guru juga yang dikenakan tindakan.

Dan sahabat saya itu, kini hatinya sudah tawar. Tawar sudah hendak menegur dan mendidik.

" Aku buat kerja aku saja. Malas dah nak ambil tahu dan didik lebih-lebih. Aku serik."

Bilamana sang guru mulai tawar hati dan tidak lagi mempedulikan anak-anak kita, maka tunggulah saat kehancuran. Percayalah!
. tolong sampaikan kepada seberapa ramai yang boleh untuk anak bangsa kita dimasa depan.'bukan untuk membela guru'.😔😔😭.....

Sabtu, 23 September 2017

AI

ly4~16317:
Ramalan Jack Ma tentang 30 tahun akan datang.

Dalam satu temuramah, beliau berkata:

1. Revolusi teknologi ketiga berlaku seiring dengan dunia digital dan internet tanpa sempadan.

2. Artificial Intelligence (AI) / robot / mesin berkembang dengan pesat di seluruh dunia.

3. Sekiranya latar belakang pendidikan seseorang tidak berinovasi dan kreatif, manusia akan kehilangan kerja kerana diambil alih oleh mesin.

4. Berikan fokus kepada usaha globalisasikan bisnes atau pekerjaan kerana manusia tidak boleh bergantung kepada bisnes dan pekerjaan lokal sahaja.

5. Cara terbaik untuk mencipta peluang pekerjaan adalah dengan membantu bisnes kecil menjual produk tempatan ke luar negara melalui internet. Persiapan awal mestilah dilakukan sekarang.

6. Manusia akan mula bekerja 4 jam sehari dan 4 hari seminggu.

7. Manusia akan dapat travel lebih banyak negara.

8. Jack Ma travel ke serata dunia untuk memberi tahu kerajaan dan pimpinan negara agar "moving fast!" Jika mereka tidak bergerak laju, masalah akan berlaku. Jika kita melihat sesuatu sedang muncul, kita mesti bersedia dari sekarang.

9. Apabila ditanyakan apakah mesin akan mengatasi manusia? Beliau menjawab: "Tidak, manusia akan menang. Mesin sangat bagus pada 'knowledge' tetapi manusia sangat hebat pada 'wisdom'.

10. Oleh sebab itu, beliau sentiasa mengingatkan kerajaan agar memberikan perhatian serius kepada sistem pendidikan bagi mengembangkan 'wisdom' manusia. Mesin / AI hanya ada 'intelligence' dan 'smart' tetapi manusia ada 'wisdom'.

11. Wisdom adalah tentang pengalaman hidup.

12. Smart people (AI) tahu apa yang mereka mahu. Wise people (human) tahu apa yang mereka tidak mahu.

13. Manusia perlu mencipta mesin dengan 'memberi minum' data. Tanpa data, 'innovation society' menjadi mustahil.

14. Ali Baba percaya bahawa data sangat penting pada hari ini untuk kehidupan manusia pada masa depan. Dengan data manusia boleh mengenali kehidupan dengan lebih baik untuk masa depan.

15. Data boleh meningkatkan status kehidupan manusia dan meningkatkan kualiti mesin untuk memastikan mesin boleh melakukan kerja dengan lebih baik untuk menyokong manusia selain mencipta peluang kerja.

16. Dengan data yang ada, beliau percaya AI / mesin tidak akan mempunyai 'wisdom' seperti manusia.

17. Wisdom daripada hati dan intelligence daripada otak. Kita sentiasa boleh buat mesin belajar pengetahuan baru tetapi sangat sukar untuk mencipta mesin mempunyai hati seperti manusia.

18. Mustahil untuk kita mencipta mesin yang sama seperti manusia. Kita hanya perlu pastikan bahawa mesin boleh melakukan perkara yang manusia tidak boleh buat.

===

-Artificial Intelligence
-Education
-Third Technology Revolution (future of innovation)
-Data Technology (I.O.T.)
-And other concerns and possibilities

Rabu, 20 September 2017

Suro

MALAM  SATU SURO
(Muslim/Jawa wajib baca)

Masyarakat Jawa zaman dahulu dipimpin oleh seorang Sultan di Negeri  Mataram. Sultan tersebut merupakan cucu dari Panembahan Senopati bernama Sultan Agung Hanyokrokusumo.

Menurut sejarah, beliau adalah raja terbesar dinasti Mataram. Pada masa pemerintahannya tidak ada satupun penjajah yang berani mengusik daerah kekuasaanya. Bahkan VOC Belanda pun pernah di gempur dan di kepung di Batavia (Jakarta) selama bertahun tahun oleh prajuritnya. Barak para prajurit Mataram di Jakarta sekarang dikenal dengan nama "Matraman" dari kata Mataraman.

Sultan Agung sebagai raja besar membuat Kalender Jawa yang mengacu pada pergerakan bulan mengelilingi Bumi (Sama dengan kalender Hijriyah/Islam). Bulan pertama pada penanggalan Jawa disebut dengan bulan "Suro" maka malam menjelang tanggal 1 Suro disebut sebagai "Malam Satu Suro" (Malam ini).

Masyarakat Jawa sangat menghormati malam satu suro. Bentuk penghormatannya bahkan malam ini banyak dikeramatkan, dan memiliki daya magis yang sangat luarbiasa.

Pada malam ini pula, banyak masyarakat Jawa yang mengisinya dengan berbagai macam ritual diantaranya:

1. Jamasan Pusaka
2. Topo Bisu
3. Topo kunkum
4. Tirakatan

Dari berbagai macam bentuk ritual tersebut, masih banyak ritual lainnya yang tidak bisa penulis cantumkan.

Sudah menjadi tradisi bahwa laki-laki Jawa selalu dibekali/memiliki sebuah gaman atau pusaka, baik dari keturunan maupun mendapatkannya sendiri.

Malam satu suro biasanya digunakan untuk menjamas seluruh pusaka tersebut, karena diyakini bahwa dengan menjamas maka daya magisnya akan lebih kuat, selain sebagai bentuk perawatan pada fisik senjata tersebut.

Bentuk ritual berikutnya adalah topo bisu, secara filosofi dimaksudkan sebagai upaya mawas diri, selama tahun sebelumnya. Dengan harapan, esok pada tahun baru akan lebih baik dari tahun berikutnya.

Selanjutnya adalah topo kungkum, biasanya dilakukan disungai besar kolam besar sebagai simbol penyucian diri secara fisik dan non fisik, dengan harapan akan lebih bersih kehidupannya nanti di tahun baru.

Ritual berikutnya adalah "Tirakatan", kata ini berasal dari bahasa arab " Torikoth" atau Jalan. Biasanya dilakukan dengan tidak tidur semalam suntuk, dan digunakan untuk mendekatkan diri pada Alloh SWT.

Begitu dasyatnya, begitu agungnya ajaran para leluhur kita di Pulau Jawa dan Nabi Muhammad. Maka menurut penulis "Sangat Rugi" jika kita tidak memperingatinya, atau paling tidak memberitakannya.

Bandingkan dengan tahun baru nasional/masehi? Hanya malam yang dipenuhi kembang api yang hanya berdurasi 30 menit saja tanpa ada filosofi yang mendalam dibandingkan dengan Malam satu suro/Tahun Baru Islam dan Jawa.

Jika anda orang Islam maka anda akan mensyiarkannya. Jika anda orang Jawa maka anda akan meramaikannya. Karena Malam satu suro adalah Tahun Baru bagi Seorang Muslim dan Orang Jawa.

Apabila anda hidup berkeluarga ajaklah keluarga untuk melakukannya dan jika anda memiliki organisasi/paguyuban maka kewajiban moral ada pada anda dan pengurusnya. Namun pilihan ada pada diri anda....

SELAMAT TAHUN BARU ISLAM DAN TAHUN BARU JAWA

Mohon maaf lahir dan Bathin. Jika bermanfaat silahkan sebarkan tulisan ini.

Dadah


SAMA-SAMA PERANGI DADAH.

Kes remaja yang membakar tahfiz mengingatkan saya kejadian 8 tahun lepas ketika saya masih seorang pelatih.Saya terima seorang pesakit awal 20-an yang ditetak dengan parang di kedua2 belah tangannya. Kira-kira tak lebih dari 10 deep laceration wound di sana. Dia datang bersama-sama sepasukan anggota polis dalam keadaan separuh sedar.

Ini kali pertama saya lihat luka seperti itu. Pucat muka&berdebar jantung saya. Hasil maklumat dari pihak polis, dia ditangkap setelah merompak&membunuh 3 orang penghuni rumah- isteri, anak berusia 3 tahun&orang gaji. Tak bernasib baik, belum sempat dia melarikan diri, sang suami pulang ke rumah dan menangkapnya. Akibat amarah, si suami menetak dan orang kampung mencurah cuka pada lukanya. Padanlah separuh masak isinya.

Saya lihat betul-betul wajahnya. Sampai sekarang saya masih boleh ingat wajahnya. Orangnya masih muda, wajah putih bersih tak nampak seakan penjenayah. Janggut sejemput seperti seorang ustaz layaknya. Benarlah kata orang, jangan menilai orang dari rupa/luarannya. Pesakit ini rupa-rupanya penagih dadah. Malah, Sebelum pecah masuk dia sempat mengambil 16 biji pil ekstasi.  Dalam keadaan tidak sedar, dia membunuh semua yang berada di rumah. Malah anak kecil berusia 3 tahun itu ditemui di dalam bilik air dalam keadaan perut terburai.

Bila masuk ke ward, social history lbh terperinci di dapati. Kisah hidup anak muda ini tragis. Dia adalah pelajar cemerlang (10A) di dalam SPM. Malah ditawarkan jurusan perubatan. Tetapi dia terkesan dengan perceraian kedua ibu bapanya. Dia tidak dipedulikan, maka dia menentukan hidupnya sendiri. Dia berhenti belajar dan terlibat dengan najis dadah.

Ketika dia dimasukkan ke hospital tak ada seorang pun ahli keluarganya kelihatan. Malah pihak hospital mengalami masalah mendapatkan maklumat dari ahli keluarganya. Ada no telefon yang diberikan tetapi tidak mengaku mempunyai pertalian denngannya. Malah tiada siapa yang melawatnya di hospital.

Kisah anak muda  ini selalu saya ceritaka untuk mengingatkan betapa durjana najis dadah. Begitulah dadah memusnahkan segalanya. Walaupun pesakit ini bekerja, tetapi ianya tak mampu menanggung desakan ketagihan dadah. Dalam 2 hari habis duit gaji sebulan untuk membeli dadah. Habis duit gaji, terpaksa mencuri. Natijahnya terpalit pada insan tak berdosa.

Sepanjang bertugas di Jabatan Kecemasan dan mengendalikan kes OSCC, 90%(anggaran kasar&personel) dari kes rogol, sumbang mahram,sodomy malah dadah terhasil dari broken family. Ketika ini lihat dimana anak-anak kita. Dengan siapa mereka berkawan. Jika selama ini kita tak pernah peduli, mulakanlah sekarang. Periksa diri kita sebagai ibu bapa. Kita adalah acuan mereka. Jika hasil tidak molek, acuannya yang tak kena. Berhentilah menyalahkan orang lain sebaliknya berlapang dada memperbaiki diri kita.

Sikap kita juga mesti diperbaiki. Hentikan sikap menghukum.Sejahat manapun seorang manusia, Allah membuka ruang untuk hambanya bertaubat..siapalah kita untuk menentukan syurga neraka seorang manusia.  Boleh jadi mereka yang kita cerca lebih mulia dari kita jika mereka bertaubat nasuha.

Pesakit saya itu, tiada siapa berani mendekatinya mungkin kerana perbuatannya dan mungkin kerana terlalu ramai anggota polis menggerumuninya. Saya masih igt soalan yang ditanya ketika dia sudah sedar dari 'high', baru sedar dia membunuh 3 nyawa.

 "kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh."

"Sebab kamu manusia.. manusia buat silap.kalau kamu bertaubat boleh jadi kamu lebih mulia dari saya."

Ketika itu saya sebak. Mengenangkan dia seorang yang hampir punya masa depan gemilang bakal berakhir di tali gantung kerana dadah&masalah keluarga.

-Dr Nadiah Yusuf

Selasa, 19 September 2017

Hussien

Prkongsian sebenar dari salah sorg Jemaah Surau di klang selangor.

Assalamualaikum Warahmatullaji Wabarakatuh.

Patot lah dah lama x nampak Husain, rupanya dia dh prgi mnggalkan dunia yg fana, dia di gelar Husein gila.. sbb dri zahirnya kita lihat dia x sprti org biasa/normal.. dia selalu ada di surau2.. kja dia mngutip bnda2 ktor di kapet surau di kwasan surau.. msuk dlm poket nya.. prnah jemaah surau bagi dia pnyapu, dia xnak.. katanya..rugilah kalau aku pakai pnyapu.. kalau satu aku kutip gna tangan..10ganda ALLAH SWT bg aku.. jd jemaah xbleh nk kata apa.. kdang2 dia cuci blik air surau.. dia brus lantai dndng2... kalau 1blik air dia brus.. smpai 1hari pn x siap..sbb apa? orng bg brus..dia x nak..dia nk gunakan brus gigi nya..bila di tnya.. katanya rugilah kalau pakai brus lantai.. skjap dah siap..x smpai sejam dah siap..kalau pakai brus gigi malam bru siap.. stiap kali aku brus waktu brlalu ALLAH SWT bg aku hadiah nanti.. jd dpt bnyak...  Astaghfirullah Al Azim... orng bg duit xnak.. dia kata aku ada tngan, ada kaki bleh jalan2 cari makanan yg orng buang.. membzir bdosa.. aku x prlukan duit nak makan je.. aku makan untk hdup nk brsihkan surau... klau mntak rokok sbatang.. orng bg skotak dia marah.. kau x paham ke aku nk sbatang je.. bdosa mntak2 orng bnyak2.. skit2 x palah.. pelik prangai Husein ni.. kdang2 kutip2 nasik satukan smua.. ltak kat lantai.. bla tnya.. semut pn makhluk ALLAH SWT.. kalau kucing bleh bg Mason macam ni.. knapa smut x bleh? last2 jemaah imam biarkan shaja, apa dia buat.. org solat dia x solat...prnah jemaah tnya.. Husein marilah solat sama.. dia tempik nya jemaah tu.. kan ALLAH SWT kata orng gila xpayah solat.. x bleh, haram.. SubhanALLAH...
siapa Husein ni sbnrnya? yg thu kisah asal.. dia ni plajar pondok... dlunya mak tirinya suka dera nya.. pkul.. bapak nya pn sama.. smpailah dia tekanan, mrayau2 x tntu arah... paling tekejut skli... Husein bebel2.. mana muazim ni x azan ke dh nak Maghrib ni...aku jelah Azan kan..jemaah tahan dia..tp imam surau sruh biarkan sahaja... SubhanALLAH...
saat dia Azan...menitik air mata imam jemaah mndngrnya.. lbh smpurna dari kita yg ada...kata imam surau tu...bla di tnya Husein.. pndai kau Azan ye? mnglah pndai dah hari2 aku kat sini.. aku solat je x bleh.. ALLAH SWT x bagi.. krong pn xsuka aku.. smua duduk jauh.. lpstu dia gelak.. saat jenazah Husien smpai.. ktika di mandikan..3orng tukng mndi jenazah btukar2 krana x snggup.. mngigil.. menangis.. sebak melihat jenazah Husein... muka berseri2, dlu htam bdaki.. gigi yg bkarat jd putih bsinar.. bau bsuk hilang bgtu shja.. wangi nya jenazah Husein shingga kalah bau haruman atar jemaah yg pakai... ALLAHU AKBAR... kalian nak tahu.. dari zahirnya kta nmpak dia gila.. tp hakikatnya dia bijak.. kita lihat dia bdaki kotor busuk.. zahirnya bila di mndikan kelihatan sifat asal sbnr arwah..

Seminggu Surau snyi sepi.. Sebulan silih bganti imam btukar2 sbb nak menDoakan Husein. jenazah imam pn x smpai macamtu orng doakan... byngkn 30hari stiap kli lps Solat, msti mndoakan ksejahtraan Husein ..smpai mnitis air mata imam dan jemaah rndukan Husein gila..

kita ni trhijab zahir shngga x nampak dlamannya..

Smoga mnjdi iktibar buat kita smua yg masih hidup dan mencari2 kesempurnaan di dunia persinggahan ini.

ALLAH SWT pandang Nawaitu kita, ati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keImanan, keTaqwaan, keIslaman, keTaatan dan keSetiaan kita.. bkn pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.

Muhasabah diri sndri dan utk saudara seIslamku utk sedar dr khayalan yg samar dan kembali kpd Janji kita yg nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.

Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan klang selangor.

Isnin, 18 September 2017

Subuh berjemaah

Turkey News.

Berikut ini adalah catatan perjalanan Ketua Umum BAZNAS Dr. KH. Didin Hafidhuddin, M.Sc saat mengunjungi Turki.

Cerita yang mengagumkan bukan tentang gemerlapan kota Istambul yang jelas terlihat dari pesawat apabila melintasi Eropah, atau para wanitanya yang berwajah cantik, tapi tentang kehidupan beragama yang semakin pesat luar biasa.

Turki benar-benar berubah 180 darjah sejak dipimpin Presiden Erdogan.

Hal yang sangat menakjubkan adalah suasana keagamaan rakyat Turki yang begitu hebat.
Sekarang masjid-masjid sangat ramai dengan pemuda yang beribadah dan juga kegiatan keislaman. TERUTAMA yang paling mengagumkan adalah ketika waktu SOLAT SUBUH datang, masjid di Turki sangat penuh sesak dengan jamaah yang didominasi KAUM MUDA , suasana yang mirip dengan di Malaysia, pada solat Jumaat.

Dr. Didin mengingat kembali ketika dirinya berkunjung ke Turki sekitar tahun 1990-an, saat itu Turki masih sangat sekular.
Jangankan waktu solat subuh, dikala azan Maghrib pun tidak ada yang pergi solat berjamaah.

"Saat itu saya solat hanya dengan isteri dan anak, sebab tiada jamaah setempat yang datang." jelas Dr Didin.

Luar biasa dan yang lebih mencengangkan para remaja Turki ke masjid dengan kereta mewah di parking di halaman masjid” ungkapnya.

Selain tingkat keagamaan masyarakat Turki yang menjadi lebih baik, kondisi ekonomi Turki saat ini juga sangat berkembang pesat.
Tanpa bantuan pinjaman luar negara. pemerintah Turki sanggup membangun, membuat perubahan signifikan dan mampu bersaing dengan negara maju dunia.

Peringkat ekonomi Turki melompat tinggi sekali dari 111 menjadi peringkat 16 dunia,  sehingga saat ini Turki masuk daftar 20 negara kuat (G20).

Pendapatan perkapita penduduk pun naik dari $3500 USD (2003)..
menjadi $11000 USD (2013).. dan terus melonjak.

Pemerintah Turki sebelumnya serius mencanangkan 3 Program Nasional iaitu:

1⃣ Gerakan Solat Subuh berjamaah di Masjid.
2⃣ Gerakan Infaq dan  Sedekah.
3⃣ Gerakan Ekonomi Umat.

❤ Program terobosan GERAKAN solat SUBUH berjamaah di MASJID memperoleh sambutan luar biasa dari masyarakat, dengan hasil membanggakan.

Solat subuh menjadi sangat ramai seperti  solat jumaat di Malaysia.
Tentu saja keberkatan solat subuh berjamaah mendapatkan hasil di luar jangkaan, dibuktikan dengan teratasinya berbagai kesulitan nasional Turki yang sebenarnya tidak mudah, apalagi Eropah beberapa tahun lalu menderita krisis ekonomi.

Apa kabar dengan Malaysia kita.. ?!

Bila lagi negara yang berpenduduk majoriti Muslim ini menjadi negara yang tingkat keagamaan yang tinggi.. ?!
Semoga tak lama lagi.

Tolong disebarkan agar banyak muslimin mengambil manfaat, ibrah/pelajaran serta hikmah dari fenomena menarik ini.

❤ Jangan lupa bagikan info ini... agar semua MUSLIM MALAYSIA TERGERAK hatinya untuk melaksanakan SUBUH berjamaah di MASJID atau SURAU,
karena Allah sendiri yang menjamin kehidupan orang-orang yang mahu bergegas solat berjama'ah.
Dan solat yang PALING  BERAT adalah solat SUBUH berjamaah di MASJID dan SURAU...

Iktibar

Tenggelamnya Bahtera Bangsa
==========================

Oleh Cikgu Asmadi Abdul Samad

Paparan masa pada google maps menunjukkan kelewatan selama 30 minit untuk jarak sejauh 1KM.

Kenderaan masih berpusu-pusu masuk ke Jalan Datok Keramat Hujung. Mungkin mereka juga seperti kami suami isteri ingin melihat sendiri kawasan berlakunya tragedi menyayat hati tempoh hari.

Suasana semakin sesak apabila kenderaan semakin menghampiri kawasan Pusat Tahfiz Darul Quran. Dari jarak 100 meter kami sudah boleh melihat bangunan Pusat Tahfiz yang terbakar. Serentak dengan itu rasa sayu dan pilu menyelinap masuk ke dalam hati mengenangkan apa yang dilalui oleh anak-anak di sini.

Dalam kenderaan yang bergerak perlahan itu kami tidak putus-putus bersembang mengenai apa yang berlaku. Perihal kondisi rumah-rumah di kawasan ini yang berhimpit antara satu sama lain, jalan yang sempit dan berbukit-bukit pada kami mungkin menyukarkan usaha menyelamat sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Tertanya-tanya juga apa puncanya yang menyebabkan anak-anak di pusat tahfiz ini dikhianati sebegini.

Kalau diikutkan, pusat-pusat pendidikan tahfiz sebegini amatlah dipandang tinggi oleh masyarakat. Mereka berusaha memelihara Al-Quran dan melahirkan golongan alim ulama yang akhirnya membimbing masyarakat. Dan tak kurang juga waktu ini pusat-pusat tahfiz telah mampu melahirkan golongan profesional huffaz yang menjadi contoh kepada masyarakat.

Namun akhirnya kelompok yang dipandang tinggi dengan nilai kebaikan dan dipelihara dari segenap segi ini juga tidak terlepas dari menerima akibat dari kepincangan sosial yang berlaku. Ia mengingatkan kepada kami tentang satu perumpamaan yang disebut oleh Nabi Saw dalam satu hadis,

"Perumpamaan orang yang berpegang dengan hukum-hukum Allah dan yang melanggarnya itu bagaikan kaum yang sama-sama menaiki kapal, sebahagian ada yang di atas dan sebahagian ada yang di bawah, orang-orang yang berada di bawah apabila ingin mengambil air mereka mesti melalui orang-orang yang berada di atas, lalu orang-orang yang di bawah itu berkata,  Seandainya kita lubangi (kapal ini) untuk memenuhi keperluan kita maka kita tidak akan mengganggu orang-orang yang ada di atas kita!  Maka jika orang-orang yang di atas itu membiarkan kemahuan mereka yang di bawah, akan tenggelamlah semuanya, dan jika mereka menahan tangan orang-orang, yang di bawah, maka akan selamat, dan selamatlah semuanya.  (HR. Bukhari)."

Sahabat-sahabat yang saya muliakan,
Bagi kami, tragedi ini adalah contoh realistik kepada penterjemahan hadis yang disebutkan di atas. Kepincangan yang sedang berlaku dalam struktur sosial kita hari ini akhirnya memberi kesan kepada semua yang berada di dalam lingkungannya tidak kira sehebat mana seseorang atau sesebuah institusi itu dipelihara.

Kita hidup di bahtera yang sama. Kita mungkin kelompok orang yang berada di bahagian atas bahtera. Kita terlupa untuk menjenguk, melihat dan mengambil berat kelompok -kelompok yang menghuni di bahagian bawah bahtera.

Kita hidup dalm bahtera yang sama. Kita pandai tetapi kita membiarkan kelompok di bawah terus berada dalam kebodohan. Kita bahagia dengan kebaikan yang kita lakukan hingga kita lupa mencegah keburukan yang mereka kerjakan.

Kita hidup dalam bahtera yang sama. Namun kita tidak mampu menegur anak-anak yang sedang merosakkan diri sendiri, tidak mampu mendekati anak-anak nakal yang kadang-kala menjadi mangsa kepincangan keluarga apatah lagi membimbing anak-anak yang tergelincir dalam memilih jalan hidupnya.

Perlahan kami meninggalkan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, membawa bersama teguran dari Allah swt yang amat dalam. Amal kebaikan dalam mengajak manusia ke arah kebaikan harus dirancakkan sekaligus usaha-usaha menyelematkan anak-anak pewaris masa depan kita ini mesti digerakkan.

Beraksilah kita dalam apa jua platform, wasilah , jemaah atau NGO, surau, masjid, persatuan penduduk atau berdasarkan hobi dan minat seperti kelab berbasikal, kompang, seni lakon atau seni mempertahankan diri, sepakatkan usaha menegakkan kebaikan, satukan usaha mencegah kemungkaran. Inilah yang harus kita mulakan dan budayakan.

Saya bimbang suatu hari nanti jika ibubapa sudah tidak mampu menegur si anak, para guru sudah dihalang dari menegur si murid, para ulama sudah dikunci mulut dan tangannya, maka persiapkan lahad buat bangsa ini kerana itu barangkali petanda bahawa bahtera umat ini akan tenggelam bersama semua yang berada di dalamnya.

Bobrok

On being a Photojournalist #20 - Catatan peribadi

Sepanjang saya bekerja di dalam bidang kewartawan, saya berpeluang berjumpa hampir semua lapisan masyarakat. Banyak juga yang saya belajar dari pengalaman tersebut.

Hari ini, saya tidak bercadang untuk menulis mengenai fotografi. Saya cuma ingin meluahkan isi hati. Kenapa di page fotografi? Kenapa bukan di wall peribadi?

Kerana pengalaman saya sebagai wartawan foto yang menjadikan pemikiran saya begini.

Terima kasih kerana menjadikan status FB personal saya `viral’ sehingga pagi ini. Tapi, kalau `viral’ je tanpa kita dapat fikirkan dan muhasabah diri dari kata-kata itu, tak guna juga…kan?
Status tersebut melambangkan kekecewaan saya pada yang terjadi di dalam masyarakat pada hari ini. Oleh kerana ramai yang kongsi, saya anggap ramai juga yang kecewa dan sependapat dengan saya.

Siapa itu MASYARAKAT?
Masyarakat itu, kita la. Setiap seorang dari kita adalah masyarakat. Kita berkumpul membentuk masyarakat. So, apa jadi dengan kita/masyarakat hari ini? HURU HARA..!!

KENAPA?
Kerana kita lari dari agama. Simple!
Agama? Bukan kita lari dari ISLAM ke? BUKAN..!! Kita lari dari agama….! Mana ada agama yg menggalakan penganutnya buat jahat bos..!! Jadi ini bukan isu ISLAM sahaja… cuma, saya sebagai umat Islam, saya gunapakai pendekatan Islam je la….tu pun tau sikit2.
Saya tak berani nak huraikan point saya secara Islamik kerana ilmu agama saya cetek.. takut nanti ada pula pakar2 yg bertanya `apa kelayakan awak?’…

Ada 2 tragedi baru-baru ini.
1: Pusat tahfiz dibakar dan ramai anak-anak terkorban.
2: Jenayah dilakukan oleh anak-anak bawah umur & dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Salah siapa? Salah kita la sebagai masyarakat..!! Jangan Lari..!! Dari YDPA sampai la ke kita orang bawahan … semua bertanggungjawab. Kita memilih pendekatan hidup yang kurang tepat.

Contoh:
Sejak kebelakangan ini, saya banyak rasa kecewa dgn corak kepimpinan yang ada. PEMIMPIN? SIAPA?
Secara umumnya, saya kata `org besar’ la… ~`Org besar negara’ `org besar negeri’ `org besar politik’ `org besar agama’ `org besar korporat’….

Saya bertanya kpd sebilangan kawan-kawan saya,
1: Secara peribadi, kau suka kawan dgn org pandai atau org baik?
Jawapan: 90% jawab suka kawan dgn org baik.

2: Jika kita tubuh kumpulan, siapa kita nak lantik jadi ketua? Org pandai atau org baik?
Jawapan: 90% mahukan orang pandai.

Secara peribadi semua mau yang baik, tetapi bila kita bermasyarakat, pemikiran kita berubah kepada set pemikiran yg lain.

Ertikata lain, kita melebihkan ilmu berbanding akhlak. Baik je tapi bodoh buat apa? Baik tapi susah buat apa? Baik je tapi tak kaya buat apa? Jangan sentap ek?? Melihat dunia sekarang, kadang2 saya pun terfikir begitu…

Sedar atau tidak, itulah cara kita memilih pemimpin…. ORG PANDAI..! sampai lupa tentang pilihan peribadi kita iaitu AKHLAK.

“ Aku menghormati seseorang kerana adabnya, bukan kerana ilmunya. Sebab Iblis lagi berilmu dari manusia..tapi akhlak hanya dimiliki para Nabi” - Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. (Ini copy & paste tau..!)

Mungkin sebab itu, kita kecewa dgn pemimpin kita kot….tapi, salah kita juga.

PEMIMPIN
Hari ini pemimpin kita, kalau menipu, selamba…!! Sekejap Derma, Sekejap duit parti, sekejap tak tau.. Sekejap org Bota, sekejap Ponorogo…!! macam2..
Tu tak kira yg tayang tetek pakai towel di khalayak ramai…. Video 3gp toksah cerita la…

Inilah teladan yg kita dapat dari kepimpinan hari ini. Hasilnya, `ala diorg makan lebih, apa salahnya aku makan sikit jugak.”… Makanya masyarakat menerima budaya WANG….!! biasa kan?

Ada juga agamawan kita yang taksub dengan kecerlangan akademik hingga lupa tugas mereka. Semua nak dapat title Dr PhD aka pakar..! Ada juga yg sehingga menempelak dgn kata2 `apa kelayakan awak?’ bila ada yg mempertikaikan hujah2 mereka.

Menteri2 moden ni lagi laa…. oleh kerana terlalu moden dan menghormati hak asasi manusia. maka ada juga yang ingin mencadangkan supaya `ibubapa yg merotan anak dianggap jenayah’….. siapa la yang cadangkan tu?
ada la dikalangan kita juga kan?

Menuju negara maju katanya…

Sapa laa yg pilih mereka ni? Salah siapa? Kita jugakkkk… yg penting nak PRU nanti dpt RM50 ngan kain batik…

SEKOLAH
Ni lagi satu hal, kebanyakan generasi ibubapa sekarang ni adalah Gen-X….. dulu guru-guru sekolah dipandang tinggi oleh ibubapa kita…. Inilah `Lilin yg membakar diri menerangi anak bangsa’….tapi tu dulu..!! Masa kita kecik2 dulu..
Guru sekarang?….mcm kerani pun ada, tak habis2 dengan kertas kerja, tugasan itu ini….
Fokus utk mengajar dah lari sebab tugasan2 lain..

Key-in data la, KBAT la, itu ini laa…. Cikgu penat, anak murid lagi la penat…. tak dibuat, kena menjawab pulak nanti.
Dapat murid zaman moden ni, (anak2 kita la) mcm2 perangai jugak. Dimarah tak boleh, dirotan, kena saman…
Buntu cikgu nak cuba mendisiplinkn anak kita & jadikan mereka manusia...

Keluar pula pekeliling KPM mengatakan sebarang PENDERAAN FIZIKAL & MENTAL TIDAK DIBENARKAN…
Bersoraklah cikgu..!! senang kerja aku…! Anak kau, pandai2 kau la…!

Kononnya nak ikut, negara maju…. Sweden la, Jepun la, Finland la…. Saya tak pernah sampai…tak tau pun module pendidikan di sana…tapi, bila tengok dokumentari, negara2 ni takde pulak KBAT sekolah rendah…
Kat negara Scandinavia, budak2 sekolah main je…exam pun takde… Kat jepun lagi la mental…. hari-hari budak2 kecik ni cuci tandas, sapu lantai, kutip sampah bagai….. kalau kita, berkoyan surat saman dah…..

Malaysia - KBAT: Hasil budak cerdik kononnya
Jepun - cuci toilet/ kerja sosial : Hasilnya….disiplin

Salah siapa? Siapa yg cadangkan? adala dikalangan kita cerdik pandai, moden, high class yg ada cable besar tu…

KITA / Masyarakat
Ada sapa2 pernah kena rotan sebab makcik jiran kita report kelakuan buruk kita? Saya pernah la jugak.
Dulu, masyarakat kita mementingkan semangat `kekitaan’… Anak aku, anak kau juga…. Baik utk kau, baik utk aku juga….

Sekarang zaman moden…. kita amalkan sikap `keakuan’… kau, kau, aku, aku… Jangan jaga tepi kain orang…
Jaga anak kau, anak aku aku tau la….

Ini sikap kita sekarang….tuailah hasilnya…. yang bakar tu bukan anak aku pun…apadehal..!!

Sebagai masyarakat, kita lupa kepentingan akhlak kerana kesibukan kita mengejar ilmu, pangkat, dunia. Berlaku jujur la dengan diri sendiri. Mungkin sudah sampai masanya kita berubah. Sama2la kita jaga satu sama lain.

Saya bukan penulis atau pakai motivasi, jadi faham2 je la kalau point dan bahasa tunggang langgang.

My point is….. Yg terkorban tu adalah anak2 kita,…..yang buat jenayah tu pun anak2 kita… Sampai bila kita nak menidakkan perkara ni? Ini masalah negara. Ini masalah masyarakat. Ini masalah kita. Kita adalah masyarakat, kita adalah negara. Kita bertanggungjawab mencoraknya.

Kepada pemimpin, agamawan, cerdik pandai….kami letakkan amanah kepada anda menjadi wakil kami supaya kami jadi lebih baik. Berlaku jujur la.

Kepada yang membaca, sama2 kita renungkan kembali perjalanan hidup kita. Sama-sama kita berubah untuk kebaikan.

Harap jangan sentap, harap jangan kecam. Ai hati tisu, hanya Saxxt tempat mengadu… hehe.
Take a chill pill please.

Ahad, 17 September 2017

Fitrah


Kalau dulu budak2 bergaduh bile ade yg nangis semua takut dan lari dan stop gaduh siap nyesal lg...
*Sekarang gaduh, buli, dendam sampai mati dan membunuh..!!!*

Kalau dlu budak2 nk hisap rokok menyorok dlm semak belukar takutnya org dewasa marah dan tegur...
*Sekarang hisap rokok kat food court atau stesen bas atau depan sekolah siap baju sekolah lagi..!!!*

Zaman dulu budak2 tak berani keluar malam lebih dari waktu Isyak..
*Sekarang tak balik rumah pun ibubapa relax jer...!!!*

Zaman dulu habis kuat nakal anak pompuan tak pakai tudung jer keluar rumah...anak lelaki mungkin seluar pendek ke hulu ke hilir...
*zaman sekarang anak pompuan pakaian macam telanjang dengan ketat dan nipis dedah dana sini..anak laki pulak tak reti pun tukar pakai seluar panjang bila tamu datang...mak bapak relax jer senyum..!!*

Inilah hasil didikan kita..tepuklah tangan untuk diri sendiri kerana menghasilkan generasi sampah...

*Sebab apa????*

Sebab kemalasan kita ibubapa menuntut ilmu agama mnyebabkan kita tak mampu mendidik zuriat sendiri....!!!

Sikap kita ibubapa terlalu sambil lewa dalam bab pendidikan agama anak2..bagai melepas batuk di tangga..!!!

Sedarlah wahai sekalian ibubapa/penjaga...

*Kata Saiyidina Umar Al-Khattab:*
Jika kalian tidak memberi didikan agama secukupnya kepada anak2 kalian..maka tunggulah saatnya mereka menjadi anak derhaka!!!!

Dan hari ni kita melihat 1 demi 1 natijah yang berlaku kepada anak cucu zuriat keturunan kita yang melakukan berbagai perkara yang tidak boleh diterima akal sihat sehingga sanggup menjadi PEMBUNUH/PEMBULI/PERAGUT/PENYAMUN/PEROGOL DAN LAIN2 JENAYAH melampau pada usia yang masih sangat muda...!

Sedarlah wahai sekalian ibubapa...kembalilah kepada agama..kembalilah kepada fitrah manusia yakni HIDUP BERAGAMA.

Wallahuaalam

Sabtu, 16 September 2017

Tahfiz

Berhampiran Maahad Tahfiz Ittifaqiah adanya Taman Tasik Keramat. Di sinilah tempat pasangan muda bermadu kasih di bawah langit gelap, tidak kurang juga ada yang hidu gam dan hisap dadah.

Ia juga menjadi tempat lepak orang muda dikala malam, terutama hujung minggu. Ada beberapa buah gerai makanan sekitar tasik. Ya, mereka nampak remaja yang sedang bermaksiat ini, namun tidak ditegur.

Dah nama pelajar tahfiz, takkanlah nampak remaja sebaya mereka hisap dadah, mereka biarkan sahaja. Lalu mereka tegur. Namun teguran itu akhirnya membawa kepada tragedi yang lebih besar. Sungguh! Aku tak tahu betapa remuknya hati ini.

Semalam, aku sedapkan hati dengan teori Tahfiz dibakar oleh orang upahan Ahlong. Mereka tak puas hati dengan PPIM, mahu bakar bangunan berkenaan, namun tersalah. Nampak juga rasionalnya.

Sebentar tadi, polis sebutkan ia angkara remaja belasan tahun, hati ini seperti dihiris pisau yang tajam. Generasi apa yang telah kita lahirkan hari ini?

Saya jangka kes buli hingga mati di UPNM dahulu sudah tragis dan kejam, rupa-rupanya kes ini lebih dahsyat! Manusia membunuh manusia dengan membakarnya hingga rentung!

Sebagai manusia yang waras, jangan sekali-kali cepat menuding jari kepada ibubapa pesalah. Boleh sahaja sebut mak ayah pandai lahirkan anak, tak pantau mereka, sibuk bekerja, anak jadi syaitan! Elok kau pakai kondom masa berjimak dahulu dari lahirkan zuriat seperti ini!

Persoalannya, betul ke semua kesalahan terletak kepada ibubapa pelaku? Sudah ke kita kaji bagaimana rumah mereka? Adakah ia rumah yang selesa untuk didiami, atau tempat yang sempit untuk didiami.

Bagaimana pula dengan pendapatan isi rumah? Pekerjaan ibubapa mereka? Tahap pendidikan?

Boleh jadi remaja ini sertai kumpulan-kumpulan gengster di ibukota. Cara mereka mengatur strategi untuk membakar itu terlihat profesional. Seolah-olah, ada mastermind yang mengajar mereka semua ini.

Suka untuk saya katakan, remaja yang membunuh ini juga adalah mangsa. Mangsa bagi kepincangan yang berlaku dalam negara. Baik ekonomi, kos sara hidup yang tinggi, kurangnya skil mendidik anak-anak, tak tahu hala tuju hidup serta pembangunan material tidak disertai dengan membangunan insan.

Saya risau sekali bilamana wajah-wajah mereka tular di whatsapp dan facebook. IC mereka didedahkan, alamat rumah mereka terpampang sana sini. Bukankah semua ini akan membuatkan keluarga mereka tidak selamat?

Boleh jadi ada masyarakat yang cari alamat berkenaan, kemudian belasah mak ayah mereka. Boleh jadi juga balas dendam berlaku, dibakar pula rumah remaja ini.

Akhirnya, ia berbalik kepada kita semua. Masyarakat yang tak pedulikan hal orang lain. Nampak budak couple, raba sana sini, comolot, tangkap gambar mereka, viralkan. Netizen sambung maki-maki.

Nampak remaja yang berpeleseran lewat malam, rempit basikal atau motor, maki sahaja yang kita tahu. Tiada inisiatif untuk menyantuni, bahkan untuk membantu. Percayalah, ada sebab mereka jadi macam tu.

Kita tinggal kawasan rumah flat. Hari-hari kita nampak budak hidu gam dan hisap dadah. Mula-mula rasa marah juga, lama-lama ia jadi kebiasaan. Kita terima ia dengan menganggap ini kebiasaan anak muda di tempat ini.

Tuding jari kepada orang lain memang mudah, yang sukarnya adalah untuk menerima hakikat yang membunuh itu juga berpunca dari kita sendiri.

Kita tu boleh jadi rakannya, jirannya, pemimpin setempat, penduduk sekitar, menteri, penggubal dasar, ustaz, ustazah, guru hinggalah Perdana Menteri.

Jika hal semacam ini tak mampu untuk menyedarkan kita betapa teruknya generasi yang telah kita bina dari sistem yang sedia ada, maka jangan pelik ia akan berulang kembali.

Ketika itu, kita akan nampak betapa bodohnya kita tak belajar dari pengalaman, tak berbuat apa-apa untuk membina generasi baru dalam negara, hanya pandai beri komen, lebih sudu dari kuah!

Sungguh, negara ini sudah layak untuk digelar sebagai #NegaraMurai!

Bak kata Tuan Fdaus Ahmad, "Tuhan ambil anak-anak tahfiz dan tinggalkan kita anak-anak hisap syabu. Padan muka kita!"

Brother Fairuz
Tukang Ceramah Budak Sekolah

Jumaat, 15 September 2017

Asrama


Ibu ayah yang anaknya belajar diasrama.
Berikut satu tips mudah yang boleh diamalkan jika berlaku kebakaran mengejut:
1. Ajarkan anak-anak supaya sebelum tidur, sediakan sebotol besar air minuman (kegunaan Dua dalam satu).
Jika kebakaran berlaku dan sukar mendapatkan bantuan, tuangkan air itu ke tuala/kain pelikat/sarung/atau Kain selimut. Tutup kepala dan badan dengan Kain itu dan terus lari sepantas mungkin untuk tinggalkan tempat itu. Insya Allah paling teruk pun melecur bahagian bawah.
Kalau air Ada lebih sikit, basahkan juga bahagian kaki seluar. Takut disambar api ketika berlari keluar.

Tips ini juga Terpakai  di bilik tidur.

Tahfiz

Assalamualaikum

Rentetan tragedi Maahad Tahfiz baru ini izinkan saya utk meluahkan rasa sebagai seorang ayah yg menghantar anaknya  ke Mahaad Tahfiz.

ini adalah berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh ramai pihak mengenai kejadian tersebut.  TPM mengatakan jangan gadaikan  keselamatan utk akhirat...  ada celebriti yang begitu lantang  marah dengan mudir dan pengurusan tahfiz...  ada figura ternama yg minta semua tahfiz tdk di daftar ditutup serta merta... ramai pula yg mempertikaikan ibubapa tdk mementingkan aspek keselamatan....

sebenarnya saya juga tdk tahu banyak mengenai tahfiz sebelum saya menghantar anak saya ke tahfiz  3 tahun yang lalu. Naufal seawal usia 9 tahun telah menyatakan minat utk masuk tahfiz... tanpa melengahkan masa kami mengambil ķeputusan utk menghentikan sekolah akademiknya (wlpn dia cemerlang dlm akademik) dan mencari tahfiz yang sesuai.... baru kami sedar bukan senang mencari tahfiz....

1. kalau yang berdaftar biasanya akan hanya menerima pelajar 13 tahun ke atas
2. kalau yang cantik dan lengkap dan di kelolakan oleh ustaz selebriti biasanya mahal dan di luar kemampuan kami dan agak jauh dari rumah..

akhirnya kami ketemu sebuah tahfiz yang baru di buka di pinggir ttdijaya.... rumah corner lot yang serba kurang.... tapi saya berbincang denga  isteti mengambil keputusan utk hantar juga...   bukan tidak terdetik apa yang akan berlaku jika ada kebakaran kerana tdk ada pintu kecemasan......  tetapi seperti ibubapa lain yg menghantar anak le tahfiz.... kami bukan menyerahkan anak  kepada tahfiz tetapi mewakafkan anak ini utk Islam dan yakin Allah mempunyai perancangan yang baik utknya...
 tapi  tahukah berapa kali kami pernah menangis bila menghantarnya pulang lepas bercuti..... dapatkah aku lihat wajah ini lagi ya Allah....

Tahun lepas kami mengambil keputusan utk menukarkan tahfiz lain dan tidak berasrama... ulang alik dari pkl 7.30 pagi ke 9mlm... Hari pertama meghantar naufal ke tahfiz, kebakaran berlaku di tahfiz memusnahkan sebuah bilik... alhamdulillah semua pelajar berada di surau utk solat maghrib...
tapi kani tidak berputus asa dan meneruskan juga kerana menghantar anak ke tahfiz ujiannya bukan sedikit.

kami bukan lah bercita cita utk menjadikan dia imam masjidil haram atau pun imam masjid shah alam sekali pun.... seperti ingatan saya pada Naufal  selalu... naufal boleh jadi apa pun yg naufal hendak apabila besar.... dari seorang doktor kepada peniaga minyak attar di sudut masjid. tetapi akhlak naufal kena akhlak Al quran...

Mungkin ramai yang tidak tahu kebanyakan tahfiz mengenakan bayaran antara rm200 ke rm400 sebulan. ini termasuklah sewa , gaji guru.. gaji warden.. makan 4 kali sehari.. tempat tinggal dsbnya...  congak la sendiri kalau cukup.

Biasanya pusat tahfiz akan cari sendiri dana bagi menampung lebihan perbelanjaan mereka. nak mengharapkan pusat zakat..  baitulmal.... mmphh macam2 syarat dan kelulusan.

nak mengharapkan koporat ada yg mengenakan syarat hanya yg ada aliran agama dan akademik yg dapat bantuan.  belum lagi yg meminta kertas kerja dan kelulusan dsbnya...

Tahfiz dipandang sepi...  anak2 tahfiz pula... seringkali dikata sejuk mata memandang....  jemputan ke majlis kenduri tahlil.. cukur jambul.. rumah baru dsnnya... dapat rm5 atau 10 seoarang.. itu lah fungsi tahfiz di tengah2 masyarakat kita..  tapi tahukah anda banyak mana zaman k anak2 dan remaja yang telah mereka korbankan untuk terus menjadi pewaris naskah   mukjizat ini?

Dengan izin Allah.. mereka la yang akan memimpin kita sebenarnya....

kami yg inginkan  anak2 menjadi tahfiz  faham benar tentang keperluan keselamatan tetapi adakah kami mempunyai pilihan?

kami bukan menghantar anak ke yamaha muzik... kumon atau montesorri berjenama utk kani demand itu dan ini dari pihak tahfiz... kami faham benar dengan kekangan kewangan tahfiz... sekali lagi kami berserah pada Allah..

apabila sesuatu berlaku pada tahfiz kena begitu mudah menyalahkan ibubapa dan ustaz tahfiz....  bukannya ustaz2 tu yang buat marketing supaya kami daftar....  kami yang mencari dan redho menghantar... kami yang memilih jalan itu....  bagi kami ustaz tahfiz banyak berkorban utk mendidik jiwa2 kecil ini...  kami terhutang budi...

sehingga kini menghantar naufal setiap pagi ... saya akan menciumnya dan memandang dalam matanya....  hati saya siapa yang tahu....

kalau kerajaan ikhlas menolong kenapa tidak adakan aliran tahfiz di sekolah2 terpilih... tahfiiz tanpa akademik! ada bran?

kenapa tidak mudahkan proses perlesenan... kenapa campur adukan politik dengan sekolah tahfiz? jangan bimbang serban putih ini tidak mengugat ....

kenapa tidak ada menteri yang bangun mengatakan tahfiz akan di bantu ... dibinakan bangunan dan di selaraskan di bawah kem pendidikan....

kenapa tidak ada suara2 utk memartabatkan institusi tahfiz....  berdiri gah seperti srkolah chung hwa.... pin hwa.... hin hwa... kwang hwa (go visit this schools in klang)...

sampai bila kita hendak melihat tahfiz... menumpang disurau... rumah2 kedai..... rumah2 corner yg di ubahsuai.... dan rumah2 banglo usang yang tak tahu bilakah pendawaiannya pernah diselenggara kali terakhir....? ustaz2nya memandu van burok membawa anak2 ini ke kenduri sana sini....  sampai bila...

berapa banyak nyawa lagi?

saya pohon sekali lagi ......

jangan komen jika tidak tahu apa yang dialami oleh institusi pendidikan tahfiz..

jangan salahkan mudir atau pengurusan tahfiz. mereka telah banyak berkorban....

jangan kata ibubapa tidak peduli. kami punya kekangan kewangan juga untuk memilih tahfiz yg bertilam empuk dan spinkler sana sini.

Bantu la anak2 tahfiz... kita tidak tahu siapa di antara mereka yang akan solat dan talkinkan kita nanti...

Maafkan sata jika terkasar bahasa dan doakan Naufal.......

Wallahualam & Selamat Hari Malaysia

Sheik Amir Hussien

Firedrill

Azmieyna:
Satu perkongsian untuk kita renungi...

Assalamualaikum.

Saya berkesempatan melawat pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung. Setakat jam 8.00pm 14 Ogos, 24 adik2 telah kembali ke pangkuan ilahi.

Bila baca news, macam2 cerita yg diterima. Cuma ada beberapa perkara yg netizen sentuh saya nak betulkan. Ini berdasarkan pemerhatian saya sahaja.

1. Pusat tahfiz ni bukanlah pusat tahfiz yang dhaif seperti kebanyakan pusat tahfiz di pedalaman. Ini pusat tahfiz yang agak maju. Bangunan yang terbakar tu seperti bangunan asrama yg elok. Bangunan konkrit.  (ada sebuah asrama PICOM yg lebih kurang sama binaan mcm pusat tahfiz ni). Jadi ada tohmahan sekolah tahfiz membunuh adalah tidak benar. Ini sebuah bangunan standard asrama sekolah dan layout plan sdg menunggu kelulusan bomba.

2. Punca kebakaran bukanlah lintar pintas. Pendawaian baru dan disahkan suruhanjaya tenaga. Ada kemungkinan dari perkara lain. Pihak bomba mengesahkan api yg marak dalam masa yg sgt singkat tidak menampakkan punca dari Litar pintas. (Berita Harian, 14 Ogos). Pihak polis dan bomba sedang menyiasat punca kebakaran. Tak perlu buat kesimpulan khianat dan sebagainya.

3. Menteri2 pun keluar mcm2 statement. Antaranya tiada kelulusan M&E (TS Noh Omar) & tiada ciri2 keselamatan (DS Tengku Adnan). Saya harap tiada lagi statement yang tidak wajar dari pak2 menteri buat masa ini. Statement2 ini seperti melepaskan batuk di tangga. Buat masa ini, biarlah keluarkan statement yg baik utk menjaga hati ibubapa mangsa yg terlibat.

Saya menyokong statement dari menteri KKLW Dato Ismail Sabri. Giat MARA akan menjalankan audit menyeluruh ke pusat2 tahfiz dan membantu secara percuma utk pendawaian. Ini langkah yg amat baik dan statement yg sgt bertanggungjawab dari seorang menteri yg dipilih rakyat.

4. Kepada netizen. Jgn dicemuh pengurusan dan pengetua pusat tahfiz. Ada yang meminta pengetua bertanggungjawab atas kematian anak2 ini dan tidak hanya berserah pada takdir.

Kita tidak berada di pihak mereka. Mereka mengadakan pusat tahfiz ini bukan sebagai business. Kebanyakan pusat tahfiz ini bukan saja dihuni oleh anak2 yg ingin mendalami pengajian AlQuran tetapi juga oleh anak2 yatim yg ingin tumpang berteduh.

Ya mungkin ada setengah pusat tahfiz dimanipulasi oleh pihak tertentu tetapi bukan kesemuanya.

5. Ambil iktibar dari kejadian ini. Mungkin ada pusat tahfiz di sekeliling kita yg memerlukan bantuan. Jumpa pihak pengurusan dan hulurkan bantuan dan derma. Sekalipun bukan wang ringgit, mungkin keringat dan pengalaman kita diperlukan. Jangan asyik salahkan mana2 pihak.

6. Yang ada anak2 di sekolah tahfiz, minta pihak sekolah adakan fire drill di waktu malam. Buat secara mengejut. Kalau boleh, libatkan pihak bomba.

7. Juga ingatkan anak anak di asrama, tentang bahaya electrical overloads. Pekakas elektrik seperti sterika, periuk nasi, cerek air antara yg mempunyai nilai watt yg tinggi dan tidak sesuai digunakan serentak pada satu2 outlet socket elektrik. Begitu juga anak anak di asrama agar jangan terlalu kreatif dgn memasak menggunakan sterika. Atau memasak air menggunakan baldi dan tangkal pemanas sahaja.

8. Kepada pihak bomba, boleh adakan audit di sekolah sekolah tahfiz untuk elakkan kejadian ini berulang. Adakan lawatan ke sekolah tahfiz dan sekolah2 berasrama bagi memudahkan pematuhan spesifikasi dan kelulusan di buat.

9. Akhir kalam, marilah kita sama sama sedekahkan alfatihah kepada mangsa yang terlibat. Anak2 ini adalah anak syurga. Mereka meninggal dalam perjalanan menuntut ilmu Allah. Mereka meninggal ketika Alquran di dalam hati mereka.

Alfatihah

Sekian

Ir Khairie
M&E Engineer

Khamis, 14 September 2017

Guru

ly4~16317:
Amaran:- post panjang

Saya seorang guru. 6 tahun pertama, saya ditempatkan di sekolah yg murid2nya terpilih. Murid yg belum pun saya sempat membuka mulut,  telahpun mengangkat tangan sambil bertanya 'Teacher what are we going to learn today?' Murid yg sangat fokus dengan pelajaran. Kelas yang sangat senyap sehinggakan kita tertanya2 guru manakah yg bijak mengawal kelas? Tetapi bila dihampiri rupa2nya tiada guru di dalam kelas. Yang ada hanyalah murid2 yang tekun menyiapkan kerja rumah ataupun mengulangkaji. 6 tahun pertama tiada satu pun murid saya yang gagal. Keputusan SPM untuk matapelajaran saya sentiasa 100%.

Tahun ke 7, saya berpindah negeri. Maka sekolah pun bertukar. Perkara pertama yang pengetua baru saya ucapkan sewaktu saya melapor diri ialah 'welcome to *. Unlike your previous school we cannot choose our students. Here we accept the good, the bad and the ugly.' Dan di sini, saya mengajar murid yg berbeza aras kepandaian. Yang pandai tersangat pandai. Dan yang lemah tersangat lemah. Ujian Satu dan itulah pertama kali ada murid saya yang gagal. Dan saya message kawan saya memaklumkan ada murid saya yang gagal dan dia membalas 'welcome to the real world.' Saya akur bukan semua murid boleh cemerlang dalam akademik.

Kini saya di sekolah yang ketiga. Sekolah Band 5.  17 tahun sebagai cikgu dan baru2 ini berlaku peristiwa yang betul2 memberikan pengajaran kepada saya. Di sekolah ini ramai murid yang bekerja. Kebanyakkan bukanlah murid yg susah cuma mereka bekerja untuk mencari duit tambahan untuk tujuan membeli handphone/ top up handphone/ membayar duit minyak motor dan bergaya.

Dan saya selaku cikgu yang mengajar murid di kelas yang paling pandai dan juga kelas paling hujung haruslah mempunyai harapan agar semua murid saya lulus. Sebagai seorang manusia tipulah jika saya mengatakan saya tidak sakit hati setelah berulang kali mengajar murid masih tidak faham. Masih gagal. Seolah2 mereka tidak peduli dengan SPM. SAYA SAJA YANG BERIA-RIA.

Namun setelah berkenalan dengan dua murid istimewa ini saya sedar dikala saya beria2 mahukan murid2 saya lulus matapelajaran saya, dikala saya tidak berpuas hati melihat mereka menghantar kertas kosong semasa peperiksaan, dikala saya merasakan mereka ini tidak peduli, MURID-MURID INI CUMA MAHU MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP SAHAJA.

Murid pertama seorang murid perempuan yang saya ajar semasa tingkatan 4&5. Pada kebanyakkan masa dia akan tidur. Setiap kali ujian & peperiksaan hanya kertas kosong dengan nama yg tertulis sahaja yang dihantar. Suatu hari disebabkan terlalu geram saya bertanya 'you buat apa di rumah? asyik tidur saja? you masak kah? buat keje rumah kah? Dia tidak menjawab,sebaliknya rakannya yang menjawab 'ya la cikgu. Dia aaa balik rumah aaa SEMUAAA dia kena buat? Rupa2nya maknya telah lari meninggalkan dia bersama bapa semasa dia berumur 12 tahun. Dia tinggal dengan bapa dan atuk neneknya. Semua urusan kerja rumah dilakukan oleh dia. Selalu juga dia dimarahi. Jadi mulai hari itu saya faham.

Sekolah ialah satu ESCAPISM buatnya. Berada di sekolah bermakna dia dapat berehat. Dapat lari buat seketika dari tugas2 yang memenatkan. Dia tidak pernah membawa duit belanja. Setiap hari dia berkongsi makanan kawan2nya. Ini dimaklumkan oleh kawan2 nya dan saya juga selalu perhatikan dia semasa rehat. Memang kawannya itu membawa bekal yg banyak. Adakah dia lulus matapelajaran saya sewaktu spm tahun lepas? YA dia lulus. Dari murid yang menghantar kertas kosong tanpa jawapan akhirnya dia dapat D. lulus bermakna ada cubaan menjawab semasa periksa. I know I'm in her good book because before SPM she came to me and ask for a hug. 'cikgu....minta peluk ar'

Murid kedua ialah murid saya tahun ini. Murid Lelaki Tingkatan 5. Kelas paling hujung. Dia bekerja mengikut lori menghantar stok air botol ke kedai2 dan memasang khemah. Saya pun bertanya 'itu duit you buat apa? ( sambil di dalam otak saya telah pun membuat keputusan terlebih dahulu dengan menyangka duit gaji dihabiskan dengan sia2).

Namun jangkaan saya meleset bila dimaklumkan duit diserahkan kepada nenek untuk menampung ke

perluan harian. Rupanya rumah mereka itu dihuni seramai 14 orang yang terdiri dari 4 generasi. (moyangnya baru saja meninggal minggu lepas. the mom was a teenage mom dan bapanya?) Pada hari dia bekerja dia akan balik selewat 2 pagi dan masih datang ke sekolah setiap hari sambil menahan mengantuknya. Adakalanya dia ke sekolah tidak membawa duit belanja maupun bekal. Pernah satu hari dia mengadu. 'beras suda abis. saya mau makan pun kena marah. kasi itu budak kicik2 makan dulu'

Pada hari saya mengetahui kisahnya,  saya menangis semahu2nya memikirkan betapa saya mementingkan diri sendiri. Saya sebagai seorang guru CUMA memikirkan murid ini sebagai seorang penyumbang statistik kegagalan matapelajaran saya. (Bahkan penyumbang statistik gagal peratus lulus sekolah) Murid yang saya tidak faham kenapa perlu hadir ke sekolah jika lemah dalam semua matapelajaran?

It was so selfish of me to assume when i didnt even know about his life and what he has gone through. Saya sangat fokus tentang budak yang akan gagal matapelajaran saya tanpa memikirkan bahawa dia hanya cuba melalui hari-harinya dengan sebaik mungkin. Dia seorang ahli keluarga yg baik. Juga anak murid yang baik. Jadi kenapa lah saya tidak fokus kepada kelebihannya ini?   Jadi saya memberitahunya 'cikgu tak taula apa nak ajar kamu supaya kamu lulus SPM. jadi cikgu akan ajar kamu benda2 asas supaya boleh bantu kamu dalam hidup nanti.

Setiap kali saya masuk ke kelas2 yang lemah inilah perkara yang saya selalu sebutkan.
'Cikgu faham bukan semua orang boleh cemerlang dalam akademik. Tapi kita kena ingat Tuhan itu adil. Kalau kamu baik, dengar cakap ibu bapa, senangkan hati cikgu2 kami semua akan doakan yang baik2 untuk kamu. Kamu mungkin tidak pandai belajar tapi nanti mungkin kamu dapat pasangan yang baik, anak2 yang baik, bos yang baik, semua yang baik2 lah.

JADI CIKGU2 YANG SUSAH HATI JIKA MERASAKAN KITA SAHAJA YANG BERIA-RIA, SEMASA PEPERIKSAAN, KETAHUILAH DI SAAT KITA MERASAKAN LULUS PEPERIKSAAN DAN MENDAPATKAN KEPUTUSAN TERBAIK ITU ADALAH SEGALA-GALANYA, ADA DI ANTARA ANAK MURID KITA SEDANG BERGELUT UNTUK MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP. DAN LULUS PEPERIKSAAN DAN MENDAPATKAN KEPUTUSAN TERBAIK DALAM PEPERIKSAAN BUKANLAH SEGALA2NYA BAGI MEREKA INI KERANA ADA PERKARA LEBIH PENTING UNTUK DIUTAMAKAN.

DOAKAN ANAK MURID KITA BERJAYA DENGAN CARA MASING2.

pstttt:- Murid yg kedua telah pun diberikan bantuan setelah dimaklumkan. Pengalaman saya dengan mereka ini, jika murid itu betul2 susah seboleh2nya mereka tidak mahu berkongsi masalah mereka. Mungkin malu. Ataupun demi menjaga air muka. Dua orang murid ini jika diberikan duit belanja ataupun makanan mereka mmg akan menolak. Setelah dipujuk berkali2 barulah mereka setuju terima.

Tahniah sebab berjaya habiskan bacaan :)


#bacalahkot2pengalamankitasama

Guru kimi-A!

Di mana duduknya aku
Sebagai seorang guru
Di dalam Jadual Berkala itu....

177 unsur tersusun rapi
Asas yang kukuh rintisan Dimitri
Tertib menaik jisim atom dikaji
Ruang kosong ditinggal buat yang belum ditemui
Konsep nombor atom idea cetusan Moseley

Sesuaikah aku seorang guru
Sebagai unsur kumpulan satu
Logam alkali nama gelaran
Sifat berubah menuruni kumpulan
Lembut bahasa di kelas hadapan
Bertukar garang bersama kelas belakang
Lantaran sikap pelajar yang suka berdendang
Ibarat litium dengan air memberi tindak balas perlahan
Umpama seketul kalium dengan air bisa menjadi punca kebakaran
Mampukah aku membuat penyesuaian
Dalam menongkah arus perubahan dunia pendidikan..

Atau
Biar aku menjadi gas adi
Neon argon kripton xenon nama diberi
Di kumpulan 18 megah berdiri
Tetapi lengai secara semulajadi
Petala valens telah lengkap diisi
Tidak perlukan sesiapa di sisi
Selesa hidup sendiri tanpa perlu terima elektron atau tanpa perlu berkongsi
Mungkin tidak.. kerana aku punyai visi
Mendidik kalian demi pertiwi
Sahabat sahabat guru perlu berada di sisi
Saling membantu dan menyokong sesama sendiri
Terus mendidik menabur bakti

Atau
Unsur kumpulan 17 lebih bersesuaian
Unsur halogen nama timangan
Molekul dwi atom yang berpasangan
Berbau sengit, beracun dan arus elektrik tidak dialirkan
Tidak sesuai... kerana di dalam kelas aku berseorangan yang mengajar kalian
Tanpa pasangan tanpa tuan pengetua sebagai peneman

Mungkin
Biar aku menjadi unsur peralihan
Duduk di tengah tengah diapit di kiri dan kanan
Banyak sifat istimewa dengan pelbagai pilihan
Seperti ferum yang punyai 2 nombor pengoksidaan
Ibarat kobalt yang berwarna merah jambu dalam larutan
Tanda ion ion unsur peralihan menunjukkan kehadiran
Begitulah seorang guru perlu menyesuaikan
Sifat sifat istimewa perlu ditonjolkan
Demi mempelbagaikan aktiviti pembelajaran

Namun
Biarlah aku hanya menjadi
Unsur karbon yang jarang dikaji
Arang yang hitam legam kadang dibenci
Intan berlian berkilau yang dipuji
Sebagai lilin yang menyalakan api
Membakar diri sendiri untuk menerangi
Kehidupan dan masa depan pelajar yang disayangi
Aku tidak akan pernah berhenti
Menabur bakti yang luhur dan murni

Ahad, 10 September 2017

Halal

Khodimul Ulama ASWJ:
Soalan: apa hukum menghalalkan yang haram?

Jawapan : menghalalkan yang haram adalah haram dan berdosa bahkan ada ulama yang mengatakan siapa yg menghalalkan sesuatu yg haram maka ia kafir. Kecuali pada suatu perkara.

Apa tu Ustaz?
Saya dengan anak Pakcik ni haram berhubung kan ?
 Ya la...

Maka jika Pakcik halalkan hubungan kami nescaya tidak haram dan tidak kafir, bahkan boleh jadi ibadah Pakcik !!!

Muet

Fight between husband and wife ......(both r MA in English literature) instead of resorting to shouting, abusing or physical force... they write poems to each other. .....

                             WIFE:
I wrote your name on sand it got washed..
I wrote your name in air, it was blown away.
Then I wrote your name on my heart & I got Heart Attack.

                           HUSBAND:
God saw me hungry, he created pizza.
He saw me thirsty, he created Pepsi.
He saw me in the dark, he created light.
He saw me without problems, he created YOU.

                             WIFE:
Twinkle twinkle little star
You should know what you are
And once you know what you are
Mental hospital is not so far

                     HUSBAND:
The rain makes all things beautiful.
The grass and flowers too.
If rain makes all things beautiful
Why doesn't it rain on you?

                     WIFE:
Roses are red; Violets are blue
Monkeys like u should be kept in zoo.                              
                Husband :
Don't feel so angry you will find me there too
Not in cage but laughing at you!! 😳😜😜😂

Maki

Kisah Guru di maki hamun seorang lelaki

Seorang lelaki yang berbeza fahaman dengan seorang Guru mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar, meluapkan kebenciannya kepada Sang Guru.

Sang Guru hanya diam, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apa pun.

Setelah lelaki tersebut pergi, si murid yg melihat peristiwa itu lalu bertanya, "mengapa Guru diam sahaja tidak membalas makian lelaki tersebut?"

Beberapa saat kemudian, maka Sang Guru bertanya kepada si murid,
"Jika seseorang memberimu sesuatu, tapi kamu tidak mahu menerimanya, lalu menjadi milik siapa kah pemberian itu?”

"Tentu sahaja menjadi milik si pemberi” jawab si murid.

"Begitu pula dengan kata-kata kasar itu”, balas Sang Guru.

"Kerana saya tidak ambil endah dengan kata-kata itu, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri. Dia tidak menyedari, kerana nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia bahkan di akhirat; kerana aura negatif yang muncul dari fikiran, perasaan, perkataan, dan perbuatan hanya akan membuahkan penderitaan hidup”.

Kemudian, Sang Guru meneruskan kata-katanya, "Sama seperti orang yg ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludah itu hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri. Demikian halnya, jika di luar sana ada orang yg marah-marah kepada mu... biarkan sahaja… kerana mereka sedang membuang SAMPAH HATI mereka. Jika engkau diam sahaja, maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri, tetapi kalau engkau hiraukan, bererti engkau menerima sampah itu.”

"Hari ini begitu banyak orang di jalanan yang hidup dengan membawa sampah di hatinya (sampah kekesalan, sampah amarah, sampah kebencian, Ego dan sebagainya)…

Oleh itu, jadilah kita seorang yang BIJAK bukan SAMPAH”

Sang Guru meneruskan nasihatnya :

"Jika engkau tak mungkin memberi, janganlah mengambil”

"Jika engkau terlalu sulit untuk mengasihi, janganlah membenci”

"Jika engkau tak dapat menghibur orang lain, janganlah membuatnya bersedih”

"Jika engkau tak mampu memuji, janganlah mengeji”

"Jika engkau tak dapat menghargai, janganlah menghina”

"Jika engkau tak suka bersahabat, janganlah bermusuhan”


Pesanan yg baik...copy paste dr kawan..

KPI

Seorang rakan yang baru setahun balik ke Malaysia, kembali bertugas di sebuah kementerian di Putrajaya bercerita panjang mengenai situasi pejabatnya. Selepas lebih sedekad bertugas di luar negara, mulanya bersemangat untuk berbakti sebelum persaraan.

Dia yang juga berlatar belakang bidang agama sungguh kecewa melihat cara dan sikap kakitangan kerajaan bekerja. Kerja yang boleh diselesaikan seminggu menjadi berbulan kerana kononnya semua prosedur dan amalan yang menjadi budaya!

Ironinya, menurut kawan saya itu, setiap pagi setiap jabatan kerajaan membuat amalan membaca doa seperti ahli syurga semuanya, tetapi bila bab kerja, langsung tidak islamik.

Lebih hipokritnya, solat tidak tinggal, puasa penuh sebulan, tarawih tetap 20 rakaat dan semua menutup aurat, tetapi sikap sewaktu kerja jauh daripada menetapi roh Islam yang sebenarnya.

Solat menjadi ritual dalam islam kosmetik penuh hipokrasi. Tidak hairan kita mempunyai pelbagai masalah, dari kecil hingga besar. Anak luar nikah, dadah, mat rempit, politikus kleptokrat dan para agamawan tidak habis bergaduhan.

Islam yang kita corakkan menghitamkan agama suci yang menjadi agama rasmi perlembagaan semenjak merdeka.

Saya tidak terkejut walau sudah hampir dua dekad tidak bekerja di tanah air. Begitupun, dari pengalaman berurusan dengan banyak jabatan kerajaan, ada kalanya nampak perubahan positif dalam beberapa perkara. Itu pengalaman sedikit sebagai rakyat berurusan dan bukan yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan sendiri seperti kawan saya itu.

Sewaktu saya menjadi pengurus besar bawah syarikat penyanyi Cat Stevens atau Yusuf Islam di Dubai, banyak saya belajar mengenai apa yang bernilai 'islamik' dan apa yang hipokrasi daripada seorang yang profesional dan berjaya dalam bidang seni dunia.

Contoh paling kecil, saya memilih warna hijau sebagai warna logo syarikat. Cat Stevens menolaknya dan bertanya, "Apakah hanya hijau warna islamik?"

Pandangan dan kefahaman Islam saya begitu sempit mengikut acuan Melayu Islam yang lebih kepada kosmetik dan ritual. Walaupun sewaktu belajar di New Zealand, sedikit sebanyak memberi impak kepada pemikiran, perlakuan, tetapi suasana di Malaysia mengubah banyak perkara.

Satu pengajaran sewaktu di New Zealand ialah punctuality, menepati masa. Paling terserlah ialah jadual bas. Sentiasa tepat mengikut jadual dan kalau lambat seminit pun pasti tertinggal.

Dari situ menjadi tabiat untuk sentiasa menepati waktu sehingga hari ini dan menepati waktu adalah islamik. Berapa ramai yang menepati waktu, hatta waktu solat lima waktu?

Begitu juga kebersihan dalam setiap sudut, terutama penjagaan tandas dan pemuliharaan alam sekitar. Semuanya bermula dari individu, tanpa perlu segala peraturan dan slogan yang tiada erti apa-apa.

Tak jual 'agama'

Kalau di masjid sendiri tidak selamat dan tidak terjaga kebersihan tandas, apatah lagi di luar masjid.

Agak istimewa di UAE, tiada papan tanda amaran 'Jaga Barangan anda' dan 'Awas pencuri' di masjid-masjid. Pakailah kasut semahal mana, kes kecurian amat jarang. Malah di musim panas, ramai yang tidak menutup enjin kereta untuk bersolat, ke bank atau kedai.

Begitu selamat. Sehingga pihak polis menyaman kenderaan yang tidak ditutup enjin!

Sewaktu bekerja dengan syarikat kerajaan Dubai, satu perkara yang menarik mengenai Dubai itu sendiri tidak menjual 'agama' untuk menarik pelaburan. Motonya, sekiranya bagus untuk bisnes, baguslah untuk Dubai.

Tetapi tidak bererti apa pun boleh walau melanggar agama. Ada peraturan dan batasan. Yang ketara, tidak seperti negara kita yang riuh sekampung sebagai negara Islam tetapi ramai politikus yang memimpin merompak, menyeleweng dana, rasuah, berbohong setiap hari dan meriah dengan pelbagai skandal yang memalukan.

Di UAE, tiada terasa kempen 'islamisasi' atau 'wasatiyyah' kerana Islam tidak pada slogan dan kempen berbau politik. Tentunya, UAE tidak sempurna seperti juga banyak negara, apa yang kita lihat ialah perkara positif dan kesungguhan untuk menjadi lebih baik tanpa mempergunakan agama.

Memang banyak perubahan dalam khidmat jabatan kerajaan di UAE semenjak dua dekad. Kesungguhan untuk memperbaiki khidmat bukan sekadar perhiasan pejabat yang indah dan mahal. Kerenah penjawat awam semakin baik kerana ketegasan pemerintah.

Pertama kali saya disedarkan mengenai etika dan profesionalisme ialah dalam satu perbualan dengan seorang pemandu bas berbangsa Maori di New Zealand. Zaman mahasiswa 80-an. Setelah lama kenal, saya beranikan diri untuk bertanya, kenapa jadi pemandu bas?

Pemandu itu dengan bangga menjawab, "Saya seorang profesional. Ya, walau sebagai pemandu bas, saya berbangga dengan kerjaya saya untuk rezeki halal. Saya memperbaiki dan memajukan diri sendiri dengan belajar apa sahaja mengenai bas, termasuk untuk mekanikal. Saya bahagia dengan kerjaya sebagai pemandu bas!"

Kalau kita pergi ke negara-negara Islam, tidak banyak yang kita boleh lihat Islam selain masjid, pakaian dan solat. Bermula dari lapangan terbang yang jarang efisien dan mesra pelanggan.

Mesir misalnya, di luar pagar Universiti Al Azhar, jauh keadaan realitinya.

Begitu juga di Arab Saudi, malah di Mekah dan Madinah. Bayangkan Arab Saudi tanpa Masjidil Haram, siapakah yang sudi datang dengan sikap orang tempatan secara umumnya. Dan di Masjidil Haram sendiri, kalau tanpa ribuan pekerja menjaga kebersihan, apakah sebersih yang kita lihat?

Arafah dan Mina selalunya dipenuhi sampah sarap dan memerlukan ribuan pekerja. Kalaulah setiap jemaah menjaga kebersihan, tidak perlu ada ribuan pekerja.

60-an yang sekular

Apapun, kita juga mempunyai jumlah penjawat awam yang besar. Besar berbanding jumlah penduduk. Sama juga jumlah menteri kabinet yang besar hanya untuk memenuhi keperluan politik.

Tidak dinafikan, memang ramai penjawat awam kita yang profesional dalam pekerjaan mereka dipelbagai peringkat. Mereka bukan sahaja islamik dalam nilai etika tanpa menjual slogan dan kostum agama, malah menjadi contoh. Terutama di tahun 60-an ke 70-an, ramai yang begitu komited, dedikasi walaupun waktu itu dianggap sekular kerana belum ada islamisasi, wasatiyyah mahupun perjuangan untuk RUU355 dan hudud.

Kita mengharapkan lebih ramai, kalau tidak semua kakitangan kerajaan, yang majoritinya Melayu Islam memahami bahawa Islam bukan sekadar solat, puasa, haji, zakat, tetapi juga etika pekerjaan dengan amanah diberikan.

Cuma contoh yang diberikan para menteri kabinet dari perdana menteri, menteri ke timbalan menteri begitu tidak islamik. Kita boleh lihat menteri menggunakan jentera, aset dan kakitangan kerajaan untuk berkempen walaupun konon-konon bawah tugas rasmi.

Dengar sahaja ucapan mereka di majlis rasmi yang penuh retorik, kempen politik dan menghentam seteru politik. Apalagi menggunakan kenderaan, jentera dan penjawat awam untuk aktiviti parti tanpa rasa berdosa sedikitpun.

Ataupun mereka tidak tahu membezakan antara kerja untuk rakyat dengan kerja untuk parti.

Setiausaha politik dan pegawai khas misalnya, apakah tugas untuk kerajaan atau untuk parti dan bos? Itu satu contoh kecil.

Lantas saya teringat kata-kata Muhammad Abduh, “I went to the West and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and saw Muslims, but not Islam.”

Begitu juga Cat Steven yang menemui Islam (hidayah daripada Allah) melalui al-Quran yang dibacanya bukan melalui orang Islam. Dia tidak pernah jumpa orang Islam lebih dahulu dan setelah mengenali majoriti orang Islam, tidak sama dengan pemahaman dalam ayat-ayat al-Quran!

Maka untuk mengubah dunia, bermula dari diri sendiri dan keluarga, dengan mencari ilmu seperti wahyu pertama, “Bacalah.”

Paling kritikal mengubah negara dan bangsa ialah sistem pendidikan mesti berjaya membina insan bukan sekadar riuh rendah dengan jumlah A demi KPI. Bukan semakin bercambah segala yang islamik (tahfiz, universiti dan bank) tetapi hanyalah pada slogan, kostum, kosmetik semata-mata tetapi negara haru-biru terutama bawah politikus kleptokrat bertaraf cakerawala Islam.

Jumaat, 8 September 2017

الكهف

Marziana:
❤ Istimewanya Al-Kahfi ❤

Mesti anda selalu dengar ni,

_*Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)*_

_*Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)*_

Ha, ini yg selalu disebut-sebut kan?

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? 🤔

Bismillah,

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua - fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun - fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yg Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! 😱

Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya  baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dr fitnah Dajjal. Sbb surah ni bkn hanya brcerita, tp bg solusinya juga!

Bagaimana?

Fitnah aqidah - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

Fitnah harta - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat

Fitnah ilmu - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir

Fitnah kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah

Tapi ada yang lagi mind blowing 🙌🏻🙌🏻🙌🏻

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH! 😱

Tak percaya? 😅

Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? 💂🏼✨

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense! 😬

Setuju tak?

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Aslih nafsak, wad'u ghairak! 🌹

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.

Ada 4.

Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pun zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Wallahualam

Have a blessed Jumaat

📋[kepada penulis asal artikel ini dan juga kpd sesapa yang memanjangkan mesej ini 👉🏼 semuga berpanjangan pahala hingga yaumul akhirah. AAmeen.]💞

Khamis, 7 September 2017

Tanah lot Lidi

*Sumber: Laman FB Pejabat Tanah & Galian Negeri Selangor*


*RISIKO BELI TANAH LOT TIADA GERAN INDIVIDU*
*(LOT LIDI / GERAN KONGSI) (SHARE POSTING INI)*


PENGENALAN

Kegiatan menjual lot lidi yang semakin berleluasa berpunca daripada masalah harga rumah yang semakin mahal, tiada ilmu berkaitan dengan urusan jual-beli hartanah dan keinginan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Tinjauan mendapati kegiatan ini sering tertumpu di kawasan pinggir bandar, yang mana sasaran pembelinya terdiri dari penduduk-penduduk kampung, pesara atau keluarga muda. Pejabat Tanah dan Galian Selangor ingin memaklumkan bahawa terdapat banyak risiko yang akan dihadapi kepada pembeli-pembeli lot lidi ataiu geran kongsi.

TAKRIFAN

LOT LIDI :
Sebidang tanah yang mempunyai geran yang sah, tetapi kemudiannya dipecah-pecahkan lot kecil untuk dijual semula dengan tujuan untuk membina rumah.

PEMEGANG AMANAH :
Salah seorang yang melantik diri sendiri atau dilantik oleh pembeli-pembeli lot lidi untuk memegang amanah bagi semua pembeli dan hanya namanya seorang yang didaftarkan di dalam geran.

SURAT PEMEGANG AMANAH :
Surat berupa perjanjian di antara pembeli-pembeli dengan Pemegang Amanah yang menyatakan bahawa Pemegang Amanah akan memegang hak di atas tanah berkenaan. Ia juga dipanggil Surat Ikatan Amanah.

PESAKA :
Prosedur pembahagian tanah kepada waris selepas berlakunya kematian pemilik tanah.

RISIKO BELI TANAH LOT BANGUNAN TIADA GERAN INDIVIDU (LOT LIDI / GERAN KONGSI)

1. Tidak Boleh Dipindah Milik Kepada Pembeli

Sekiranya salah seorang pembeli lot lidi ingin menjual semula lotnya kepada orang lain, tiada prosedur undang-undang yang sah boleh dilaksanakan untuk urusan jual beli berkenaan melainkan mereka terpaksa membuat Surat Pemegang Amanah baru yang memerlukan Pemegang Amanah sendiri untuk melaksanakannya. Sekiranya Pemegang Amanah itu enggan untuk menukar nama atas apa-apa sebab (perbalahan, tiada masa, malas, nyanyuk, sudah meninggal dunia atau sebagainya) maka proses pertukaran nama itu tidak boleh berlaku.

2. Nama Pembeli Tiada Dalam Geran

Dokumen yang menunjukkan anda ialah seorang pemilik di dalam lot lidi hanyalah dengan melalui Surat Pemegang Amanah sahaja. Hanya seorang yang akan menjadi Pemegang Amanah bagi kesemua pemilik-pemilik lot lidi dan nama Pemegang Amanah itu sahaja yang akan didaftarkan di dalam geran. Sebagai contoh jika ada 12 orang pembeli lot lidi di dalam satu kawasan, nama Pemegang Amanah akan tertera di dalam geran sebagai mewakili 11 pembeli yang lain. Pemegang Amanah ini boleh jadi terdiri daripada salah seorang pembeli lot lidi atau boleh jadi juga pemilik asal tanah berkenaan. Hakmilik adalah punca kuasa yang sangat penting di dalam apa-apa urusan tanah. Jika nama tiada di dalam hakmilik, mereka tidak layak untuk berurusan apa-apa mengenai tanah berkenaan walaupun diikat dengan Surat Pemegang Amanah.

3. Tidak Tahu Kedudukan Sebenar Tanah

4. Tidak Boleh Bina Rumah Secara Sah Di Atasnya

Lot lidi lazimnya ialah lot yang bersyarat pertanian. Membina rumah di atas lot bersyarat pertanian adalah kesalahan serius seperti yang termaktub di dalam Seksyen 125 Kanun Tanah Negara. Anda akan dikenakan denda atau tanah anda boleh dirampas.

5. Tidak Boleh Digadaikan Kepada Bank Untuk Mendapatkan Pinjaman

6. Tidak Boleh Diwariskan Kepada Waris Apabila Pembeli Meninggal Dunia

Ini adalah risiko terbesar yang perlu dihadapi oleh pemilik-pemilik lot lidi. Jika Pemegang Amanah meninggal dunia, pembeli-pembeli lot lidi bolehlah diibaratkan seperti layang-layang terputus tali. Memang benar mereka boleh melantik Pemegang Amanah yang baru, tetapi prosedurnya bukanlah semudah seperti yang disangka. Anda akan berhadapan dengan ketidaktentuan, prosedur pesaka yang rumit, masa yang lama, kos yang tinggi dan kemungkinan berlaku perbalahan yang berpanjangan.

7. Tanah Masih Menjadi Hak Pemilik Asal

8. Tidak Layak Dapat Pampasan Jika Tanah Diambil Oleh Kerajaan

Jika Kerajaan berhasrat untuk membuat pengambilan di atas tanah berkenaan kerana sebab-sebab tertentu, pembeli lot tidak mempunyai apa-apa hak untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan. Hanya Pemegang Amanah yang akan dipanggil untuk sesi pendengaran malah wang pampasan akan diberikan kepada Pemegang Amanah sahaja. Pembeli-pembeli lot perlu berurusan dengan Pemegang Amanah untuk membahagi-bahagikan wang pampasan.

9. Tidak Boleh Dipindahmilik Kepada Waris

Oleh kerana nama pemilik-pemilik lot lidi tidak didaftarkan di dalam geran, waris-waris si mati tidak boleh memulakan prosedur pesaka kerana secara teorinya tanah berkenaan adalah milik Pemegang Amanah.

10. Terdedah Kepada Unsur-Unsur Penipuan Dan Perbalahan

JANGAN TERPEDAYA DENGAN KATA-KATA PENJUAL LOT LIDI SEPERTI :

1. Akan membuat tukar syarat atas tanah itu selepas semua lot habis dijual.
2. Akan mengemukakan pelan pembangunan kepada pihak berkuasa.
3. Akan pecahkan lot secara betul menggunakan juruukur berlesen pada masa akan datang.
4. Sempadan lot lidi akan ditanam dengan batu sempadan.
5. Nama akan ditukar secara automatik jika Pemegang Amanah meninggal dunia.
6. Tidak akan ada masalah kerana ada Surat Pemegang Amanah.
7. Lot lidi adalah sah dari segi undang-undang.

PTGS menasihatkan supaya mengelakkan diri dari terlibat dengan pembelian lot lidi. Biarlah membeli tanah atau rumah yang mahal sedikit asalkan mengikut lunas undang-undang kerana ia akan membantu sekiranya terdapat masalah-masalah pada masa akan datang. Adalah dikhuatiri kediaman idaman anda yang sepatutnya memberi keselesaan kepada keluarga dan boleh diwariskan kepada anak-anak akan berakhir dengan kerugian yang besar, perbalahan keluarga dan penyesalan di kemudian hari.