Selasa, 26 September 2017

Ibu bapa

1. Kenapa seorang anak boleh memukul ibunya?

Sebab semasa anaknya masih kecil, ibu hanya ketawa dan gelak-gelak sahaja apabila anak memukul-mukulnya dan tidak memberitahu anaknya bahawa perbuatan tersebut adalah salah.

2. Kenapa anak remaja sekarang begitu gemar mencarut dan menggunakan kata-kata kasar seperti babi, bodoh, bangang dll?

Sebab sewaktu kecil ibu dan bapanya hanya gelak-gelak dan ketawa sahaja semasa anak yang masih kecil itu menyebut perkataan-perkataan tersebut, malah tidak menegur kesalahan anaknya.
Kata ibu bapanya, lucu dan pandai anakku!

3. Kenapa anak-anak remaja berani keluar pada waktu malam?

Sebab dari kecil lagi ibu bapa tidak menghalang anak-anak mereka keluar dan tidak menetapkan peraturan bahawa anak-anak wajib berada di rumah pada waktu malam.

Apabila segalanya sudah menjadi kebiasaan kepada anak-anak, maka sudah tentu sukar bagi mereka untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Untuk anak-anak muridku yang telah bergelar ibu atau bapa, ingat pesan guru tua ini.

1. Bercakaplah dengan bahasa yang baik dan sopan dengan anak-anak. Tegur dan berikan hukuman semerta jika anak-anak mengeluarkan kata-kata kesat.

2. Jangan benarkan anak-anak kecil bermain hp. Berikan buku atau permainan yang sesuai dengan umur anak-anak.

4. Jangan dibiarkan televisyen terpasang 24 jam di rumah anda. Hadkan masa menonton, contohnya pada waktu petang sahaja. Malam ialah masa untuk anak-anak mengulang kaji dan bermesra dengan ahli keluarga.

5. Jangan benarkan anak-anak menunggang motosikal apatah lagi memberikan motosikal kepada anak-anak. Biarlah kita yang menghantar dan mengambil mereka jika mereka mahu ke mana-mana. Susah sikit tak apa. Alah bisa tegal biasa.

6.. Tiada hp adalah lebih baik. Benarkan anak-anak memiliki hp apabila anak-anak sudah bijak, matang dan dapat memanfaatkan penggunaan hp dengan baik.

7. Solat berjamaah dengan anak-anak terutama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sama ada di rumah atau masjid.

8. Waktu antara Maghrib dan Isyak sangat sesuai untuk membimbing anak-anak mengaji al-Quran.

9. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak. Semak buku-buku latihan dan kerja rumah anak-anak.

#panduankeibubapaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan