Jumaat, 29 September 2017

Kpi

Nazimshah Mns:
_NOTA HIJRAH 2_
*KERJA ADALAH TUGAS, JIHAD ADALAH TANGGUNGJAWAB*

๐Ÿ“Œ *Tugas adalah kerja yang diberikan dengan mendapat bayaran gaji atau imbuhan atau keuntungan duniawi.* Contohnya, kerjaya sebagai guru, petani, pegawai dan kerani. Mereka dibayar gaji atau mendapat keuntungan hasil dari kerja yang dilakukan.

*Manakala tanggung jawab ialah kerja yang dilakukan tanpa sebarang imbuhan atau tanpa imbuhan yang sepadan.* Contohnya ialah berdakwah, menjadi imam, menegur orang yang buat salah, membuang sampah tepi jalan, membimbing anak muda solat, mengajar dan menulis Facebook dakwah.

๐Ÿ“Ada orang yang melaksanakan kerja disebabkan ia merupakan tugas sahaja. Kalau tidak ditugaskan, dia tidak akan buat. Namun, ada orang yang melaksanakan tugas melebihi imbuhan yang diberikan kerana ikhlas untuk menjaga agama, bangsa dan negara. Itu adalah jihad.

๐Ÿ“Dalam masa yang sama, ada juga orang yang melaksanakan tanggungjawab ini dengan bersungguh, tetapi rupanya ada udang disebalik batu. Matlamat utamanya ialah kenaikan pangkat atau ingin mendapat pujian manusia. Wallahu a'lam, urusan ini diserahkan kepada Allah kerana ikhlas bukan urusan manusia.

Dari sudut majikan pula, pekerja melaporkan tugasnya kepada manusia. Manakala seorang (sukarelawan) yang melaksanakan kerja berdasarkan kepada tanggungjawab hanya mengharapkan balasan dari Allah. Dengan erti yang lain, majikannya adalah Allah.

‼Hijrah kita ialah berhijrah dari menganggap tugasan itu hanyalah sebagai tugasan sahaja, tetapi menganggap tugasan itu sebagai tanggungjawab yang kita bekerja untuknya bukan semata-mata kerana gaji atau upah. Kita kerja beyond gaji atau upah yang diberikan.

๐Ÿ‘‰Sebagai contoh, tugas yang hakiki seorang guru math dan english ialah memastikan murid-murid lulus dengan cemerlang dalam dua subjek ini. Namun, sebagai seorang guru yang bertanggung jawab bukan sekadar itu, dia juga perlu mmemastikan murid-murid mempunyai akhlak mulia termasuklah memperingatkan mereka tentang solat. Guru itu juga sebenarnya memang komited tentang ibadah solat di sekolah, di rumah dan di tempat-tempat lain.

๐Ÿ‘‰Begitu juga, tugas hakiki seorang pegawai agama ialah menguruskan hal ehwal Islam untuk memenuhi KPI tertentu. Namun, seorang yang ada ijazah dalam bidang agama bukan sekadar bekerja mencapai KPI berkenaan. Sebenarnya, dia boleh melipatgandakan usaha berkenaan termasuklah terlibat juga dengan aktiviti agama di kawasan kediamannya.

✏Dr. Muhamad Faisal

https://www.facebook.com/drfaisal7/posts/1636696623016453

Tiada ulasan:

Catat Ulasan