Isnin, 18 September 2017

Bobrok

On being a Photojournalist #20 - Catatan peribadi

Sepanjang saya bekerja di dalam bidang kewartawan, saya berpeluang berjumpa hampir semua lapisan masyarakat. Banyak juga yang saya belajar dari pengalaman tersebut.

Hari ini, saya tidak bercadang untuk menulis mengenai fotografi. Saya cuma ingin meluahkan isi hati. Kenapa di page fotografi? Kenapa bukan di wall peribadi?

Kerana pengalaman saya sebagai wartawan foto yang menjadikan pemikiran saya begini.

Terima kasih kerana menjadikan status FB personal saya `viral’ sehingga pagi ini. Tapi, kalau `viral’ je tanpa kita dapat fikirkan dan muhasabah diri dari kata-kata itu, tak guna juga…kan?
Status tersebut melambangkan kekecewaan saya pada yang terjadi di dalam masyarakat pada hari ini. Oleh kerana ramai yang kongsi, saya anggap ramai juga yang kecewa dan sependapat dengan saya.

Siapa itu MASYARAKAT?
Masyarakat itu, kita la. Setiap seorang dari kita adalah masyarakat. Kita berkumpul membentuk masyarakat. So, apa jadi dengan kita/masyarakat hari ini? HURU HARA..!!

KENAPA?
Kerana kita lari dari agama. Simple!
Agama? Bukan kita lari dari ISLAM ke? BUKAN..!! Kita lari dari agama….! Mana ada agama yg menggalakan penganutnya buat jahat bos..!! Jadi ini bukan isu ISLAM sahaja… cuma, saya sebagai umat Islam, saya gunapakai pendekatan Islam je la….tu pun tau sikit2.
Saya tak berani nak huraikan point saya secara Islamik kerana ilmu agama saya cetek.. takut nanti ada pula pakar2 yg bertanya `apa kelayakan awak?’…

Ada 2 tragedi baru-baru ini.
1: Pusat tahfiz dibakar dan ramai anak-anak terkorban.
2: Jenayah dilakukan oleh anak-anak bawah umur & dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Salah siapa? Salah kita la sebagai masyarakat..!! Jangan Lari..!! Dari YDPA sampai la ke kita orang bawahan … semua bertanggungjawab. Kita memilih pendekatan hidup yang kurang tepat.

Contoh:
Sejak kebelakangan ini, saya banyak rasa kecewa dgn corak kepimpinan yang ada. PEMIMPIN? SIAPA?
Secara umumnya, saya kata `org besar’ la… ~`Org besar negara’ `org besar negeri’ `org besar politik’ `org besar agama’ `org besar korporat’….

Saya bertanya kpd sebilangan kawan-kawan saya,
1: Secara peribadi, kau suka kawan dgn org pandai atau org baik?
Jawapan: 90% jawab suka kawan dgn org baik.

2: Jika kita tubuh kumpulan, siapa kita nak lantik jadi ketua? Org pandai atau org baik?
Jawapan: 90% mahukan orang pandai.

Secara peribadi semua mau yang baik, tetapi bila kita bermasyarakat, pemikiran kita berubah kepada set pemikiran yg lain.

Ertikata lain, kita melebihkan ilmu berbanding akhlak. Baik je tapi bodoh buat apa? Baik tapi susah buat apa? Baik je tapi tak kaya buat apa? Jangan sentap ek?? Melihat dunia sekarang, kadang2 saya pun terfikir begitu…

Sedar atau tidak, itulah cara kita memilih pemimpin…. ORG PANDAI..! sampai lupa tentang pilihan peribadi kita iaitu AKHLAK.

“ Aku menghormati seseorang kerana adabnya, bukan kerana ilmunya. Sebab Iblis lagi berilmu dari manusia..tapi akhlak hanya dimiliki para Nabi” - Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. (Ini copy & paste tau..!)

Mungkin sebab itu, kita kecewa dgn pemimpin kita kot….tapi, salah kita juga.

PEMIMPIN
Hari ini pemimpin kita, kalau menipu, selamba…!! Sekejap Derma, Sekejap duit parti, sekejap tak tau.. Sekejap org Bota, sekejap Ponorogo…!! macam2..
Tu tak kira yg tayang tetek pakai towel di khalayak ramai…. Video 3gp toksah cerita la…

Inilah teladan yg kita dapat dari kepimpinan hari ini. Hasilnya, `ala diorg makan lebih, apa salahnya aku makan sikit jugak.”… Makanya masyarakat menerima budaya WANG….!! biasa kan?

Ada juga agamawan kita yang taksub dengan kecerlangan akademik hingga lupa tugas mereka. Semua nak dapat title Dr PhD aka pakar..! Ada juga yg sehingga menempelak dgn kata2 `apa kelayakan awak?’ bila ada yg mempertikaikan hujah2 mereka.

Menteri2 moden ni lagi laa…. oleh kerana terlalu moden dan menghormati hak asasi manusia. maka ada juga yang ingin mencadangkan supaya `ibubapa yg merotan anak dianggap jenayah’….. siapa la yang cadangkan tu?
ada la dikalangan kita juga kan?

Menuju negara maju katanya…

Sapa laa yg pilih mereka ni? Salah siapa? Kita jugakkkk… yg penting nak PRU nanti dpt RM50 ngan kain batik…

SEKOLAH
Ni lagi satu hal, kebanyakan generasi ibubapa sekarang ni adalah Gen-X….. dulu guru-guru sekolah dipandang tinggi oleh ibubapa kita…. Inilah `Lilin yg membakar diri menerangi anak bangsa’….tapi tu dulu..!! Masa kita kecik2 dulu..
Guru sekarang?….mcm kerani pun ada, tak habis2 dengan kertas kerja, tugasan itu ini….
Fokus utk mengajar dah lari sebab tugasan2 lain..

Key-in data la, KBAT la, itu ini laa…. Cikgu penat, anak murid lagi la penat…. tak dibuat, kena menjawab pulak nanti.
Dapat murid zaman moden ni, (anak2 kita la) mcm2 perangai jugak. Dimarah tak boleh, dirotan, kena saman…
Buntu cikgu nak cuba mendisiplinkn anak kita & jadikan mereka manusia...

Keluar pula pekeliling KPM mengatakan sebarang PENDERAAN FIZIKAL & MENTAL TIDAK DIBENARKAN…
Bersoraklah cikgu..!! senang kerja aku…! Anak kau, pandai2 kau la…!

Kononnya nak ikut, negara maju…. Sweden la, Jepun la, Finland la…. Saya tak pernah sampai…tak tau pun module pendidikan di sana…tapi, bila tengok dokumentari, negara2 ni takde pulak KBAT sekolah rendah…
Kat negara Scandinavia, budak2 sekolah main je…exam pun takde… Kat jepun lagi la mental…. hari-hari budak2 kecik ni cuci tandas, sapu lantai, kutip sampah bagai….. kalau kita, berkoyan surat saman dah…..

Malaysia - KBAT: Hasil budak cerdik kononnya
Jepun - cuci toilet/ kerja sosial : Hasilnya….disiplin

Salah siapa? Siapa yg cadangkan? adala dikalangan kita cerdik pandai, moden, high class yg ada cable besar tu…

KITA / Masyarakat
Ada sapa2 pernah kena rotan sebab makcik jiran kita report kelakuan buruk kita? Saya pernah la jugak.
Dulu, masyarakat kita mementingkan semangat `kekitaan’… Anak aku, anak kau juga…. Baik utk kau, baik utk aku juga….

Sekarang zaman moden…. kita amalkan sikap `keakuan’… kau, kau, aku, aku… Jangan jaga tepi kain orang…
Jaga anak kau, anak aku aku tau la….

Ini sikap kita sekarang….tuailah hasilnya…. yang bakar tu bukan anak aku pun…apadehal..!!

Sebagai masyarakat, kita lupa kepentingan akhlak kerana kesibukan kita mengejar ilmu, pangkat, dunia. Berlaku jujur la dengan diri sendiri. Mungkin sudah sampai masanya kita berubah. Sama2la kita jaga satu sama lain.

Saya bukan penulis atau pakai motivasi, jadi faham2 je la kalau point dan bahasa tunggang langgang.

My point is….. Yg terkorban tu adalah anak2 kita,…..yang buat jenayah tu pun anak2 kita… Sampai bila kita nak menidakkan perkara ni? Ini masalah negara. Ini masalah masyarakat. Ini masalah kita. Kita adalah masyarakat, kita adalah negara. Kita bertanggungjawab mencoraknya.

Kepada pemimpin, agamawan, cerdik pandai….kami letakkan amanah kepada anda menjadi wakil kami supaya kami jadi lebih baik. Berlaku jujur la.

Kepada yang membaca, sama2 kita renungkan kembali perjalanan hidup kita. Sama-sama kita berubah untuk kebaikan.

Harap jangan sentap, harap jangan kecam. Ai hati tisu, hanya Saxxt tempat mengadu… hehe.
Take a chill pill please.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan