Tips menyimpan daging korban agar terjaga kualitinya:
1. Sebelum disimpan, daging tidak perlu dibasuh kerana jika dibasuh guna air paip, kuman boleh masuk dan tinggal dalam pori2 daging. Basuh daging bila kita mahu masak daging tersebut.
2. Jika dapat daging yang banyak, jangan simpan 2-4 kg daging ketul besar sekali gus. Cara yang betul, potong daging berukuran lebih kecil dan simpan di dalam plastik lebih kurang 1/2 kg atau 1 kg seplastik. Jika mahu masak, ambil satu plastik atau jumlah kg yang hendak dimasak saja. Inshaa Allah daging dalam sejuk beku tahan lebih satu tahun.
3. Sebelum simpan di freezer, simpan daging dalam peti sejuk selama 4-5 jam. Setelah sejuk baru masuk ke dalam freezer.
4. Jika mahu masak daging beku, jangan cairkan ais pada daging beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di dalam air biasa (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).Setelah daging sudah dinyah beku, buka plastik, basuh daging hingga bersih dan potong lalu siap dimasak.
5. Tips tambahan: Jangan guna plastik hitam kerana ia adalah hasil kitar semula iaitu mengandungi Cadmium yang merangsang kepada sel kanser. Pakailah plastik putih atau plastik jernih untuk membungkus daging.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan