Sabtu, 30 Januari 2021

Hikmah covid

 Mungkin sebelum ini kita berlebihan dalam meraikan sesuatu untuk dunia. 


Buat kenduri kahwin habis berpuluh ribu ringgit. Hingga membawa pada perbandingan.Pembaziran. Harga sebuah pelamin boleh mencecah 50K untuk duduk tak sampai berapa jam. Belum masuk persalinan pakaian dan sebagainya. Hinggakan hilang keberkatan majlis. 


Akhirnya, tahun ini Allah kembalikan fitrah majlis perkahwinan yang sebenar. Ringkas, dipermudahkan. Cukup sekadar membuat majlis kenduri doa selamat, raikan tetamu dengan bungkusan. Tidak mengapa. Ia sudah memadai untuk memaklumkan dua hati telah disatukan. Malaikat mendoakan pasangan mempelai dengan mudah. Tiada hiruk pikuk bunyi muzik dan sebagainya. Bukankah perkahwinan itu mencari rahmat? 


~ si covid yang kecil itu asbab. 


Jika sebelum ini akhir tahun warna-warna hari terakhir persekolahan dibanjiri dengan majlis gilang gemilang walaupun hanya tamat sekolah rendah. Baru tamat pra sekolah. Baru tamat tadika. Tapi kita meraikan seperti telah berjaya menakluk segalanya. Bukan tidak boleh meraikan tetapi adakalanya ia seperti perlumbaan, pertandingan, hingga ada anak-anak yang tidak mampu tidak mahu ke sekolah. Atau ibu bapa terpaksa menyediakan sejumlah kewangan yang besar untuk meraikan kejayaan yang baru bermula. 


Tahun ini, Allah hantar si covid untuk kita berfikir dan kembali kepada fitrah. Apabila laluan sebelum ini terlalu berlebihan. Walaupun ada yang mengatakan untuk kenangan apalah salahnya. 


Apabila kita buat kerana acuan manusia, maka kita sentiasa ada jawapan. Kita tidak mahu kalah. Tapi kita tidak mahu dengar apa yang Allah minta sebenarnya. 


Tahun ini tiada lagi majlis gilang gemilang graduasi, yang ada dibuat menyampaikan secara pandu lalu, atau berkumpul dengan kumpulan kecil. 


Jika tahun sebelum ini, wall penuh dengan gambar percutian keluar negara dan dalam negeri. Namun tahun ini Allah minta kita tenang-tenang sahaja. 


Mungkin dulu ada yang terluka kerana menyebabkan rasa iri apabila melihat rakan-rakan bercuti dengan penuh mewah, ke sana ke sini. Tahun ini kita lihat gambar Throwback sahaja. 


Begitulah! 


Allah membetulkan semula cara yang kita rasa betul tapi rupanya Allah tidak suka. Kita kata sekali sekala tapi Allah kata, usah berlebih-lebihan.


Tak perlu digegarkan dunia dengan memecah lautan cukuplah Allah hantar covid untuk tarbiyah diri. Mungkin ini cara Allah mahu mengkhabarkan bahawa sudah tiba masanya kalian bersedia dengan tanda-tanda melenyapkan kita umat akhir zaman.  


Adakah kita belajar sesuatu dengan ujian ini. Atau kita tetap yang dulu? 


Kerana kasihnya Allah kepada Nabi Muhammad Allah masih memberi secara perlahan ujian ini, Allah boleh sahaja nak rentap dan binasakan seperti mana Allah buat kepada umat terdahulu.


Covid telah setahun bersama kita, kita akan hidup bersama-sama dengannya. Tiada yang sia-sia dari Allah. Hanya kita, terdidik atau tidak dengan ujian ini.

 

#dakwahitucinta 

#islamituindah

Selasa, 26 Januari 2021

Pdpr

 Baru tiga hari PdPR bermula, kita dah mula mendengar keluhan dan kekecewaan para ibubapa. Ada yang mendakwa guru tidak mengajar tetapi sekadar meminta anak-anak mereka menonton video di YouTube. 


Ada ibubapa yang mendakwa guru tidak mengajar dengan baik. Tak kurang juga yang berkata pengajaran melalui PdPR gagal.


Beginilah. Biar kita berlaku adil pada para guru. 


Pertama, tidak ada seorang pun guru di negara ini yang dilatih mengajar secara PdPR. Tidak ada. Tidak ada seorang guru pun mempunyai sijil atau ijazah pendidikan di dalam bidang pengajaran PdPR. Tidak ada.


Semua guru di negara ini dilatih sebagai guru yang mengajar secara bersemuka di dalam bilik darjah. PdPR adalah pengalaman pertama semua guru. Jadi tidak adil mendakwa guru tidak cekap mengajar dalam PdPR. Pandemik Covid19 pengalaman pertama semua orang. 


Kedua, dalam mana-mana kerjaya profesional, kita membenarkan ahlinya menguruskan proses dan kita menerima hasilnya. Doktor melakukan proses pembedahan, waris menunggu hasilnya di luar bilik bedah. 


Jurutera menguruskan proses pembinaan bangunan, setelah siap hasilnya akan diserahkan pada pemilik bangunan. 


Seorang tukang masak di hotel masak makanan di dapur, hasilnya makanan yang tersedia dihidangkan pada pelanggan. 


Penulis menulis novel, hasil akhir sebuah novel yang dibaca oleh para pembaca. Jangan harap kita dapat baca sebelum siap novel beliau. 


Anda boleh bayangkan waris berada dalam bilik bedah memerhati dan menilai kerja doktor pakar yang sedang membedah? Mahu meraung bila tengok orang yang kita sayang luka bila dibedah. Tentulah kita tak mahu orang yang kita sayang kena bedah. Tapi itu adalah proses. Kalau kita bukan ahlinya, kita tak akan faham. Sekiranya proses hendak dinilai maka mestilah juga dari ahlinya. 


Biarlah proses diuruskan oleh ahlinya. Manakala hasil dinikmati oleh penerimanya.


Tetapi dalam proses PdPR, guru bukan sahaja terpaksa menguruskan 40 pelajar dalam talian tetapi juga mereka diperhatikan dan dinilai setiap saat oleh para ibubapa yang ikut sertai proses PdPR.


Bayangkan setiap saat guru diperhatikan oleh para ibubapa sepanjang PdPR berjalan. Itu belum lagi bercakap ada ibubapa yang mengambil video dan merakam PdPR para guru. Tidak mudah menjalankan pengajaran dalam talian dengan 40 orang pelajar (apalagi pelajar sekolah rendah) yang turut disertai para ibubapa. Sangat-sangat sukar. Kalau tak percaya, anda cuba sendiri. 


Sebab itu ibubapa kena beri masa dan sedikit ruang untuk para guru sesuaikan diri dengan PdPR. Guru di Malaysia telah dibuktikan mempunyai komitmen yang tinggi. Kajian dari Universiti Cambridge telah membuktikan (https://bit.ly/37dYGUd).  Tetapi mereka memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran PdPR. Mereka perlu masa untuk bangunkan bahan pengajaran dan peralatan bantuan mengajar. 


Kesabaran dan sokongan para ibubapa akan banyak membantu menguatkan semangat para guru. Semakin kuat semangat para guru, semakin cepat mereka menyesuaikan diri dan semakin cepat anak-anak kita dapat belajar dengan berkesan melalui PdPR. 


Satu sahaja yang perlu ibubapa lakukan sekarang .. SABAR.. Berikan sedikit ruang untuk guru sesuaikan diri.

Sabtu, 23 Januari 2021

Melayu

 GILIRAN MELAYU PULAK MENUNTUT


《《《《《《《《《《》》》》》》》》》


25 Tuntutan Melayu Buat YAB Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Perdana Menteri Malaysia ke 8


Mari semua bangsa melayu pula bangkit bersatu menyokong Dari cadangan Peguam kita Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz 

Peguambela & Peguamcara

*0129770412* 

Ini Tanah Melayu sering Bangsa Melayu asik kena sabar kena sabar kena sabar kena lebih kurang mengalah kena lebih kurang mengalah sampai kena pijak pun masih disuruh bersabar . 

*Ini kalilah Kasi Sampai Jadi Bangkit Melayu kita Bersatu Ini bumi Malaysia Tanah Kita Asal usul Bangsa Kita diamanahkan oleh Allah untuk Dijaga rapi* 


so..

Bersama2 ini saya panjangkan untuk perhatian YAB Tan Sri, 25 Tuntutan Tuntutan Orang Melayu Terhadap Kerajaan Sempena Sambutan ke 72 tahun penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).


Wahai Orang2 Melayu.


Seringkali kita mendengar pelbagai tuntutan di buat oleh kaum2 minoriti terhadap kerajaan.

Seringkali juga kita melihat kerajaan kita menunaikan segala permintaan yg di buat oleh kaum minoriti berkenaan atas alasan kompromi politik.


Seringkali juga kita melihat satu demi satu hak agama, hak bangsa dan hak tanahair kita terpaksa di korbankan sedikit demi sedikit oleh kerajaan semata2 bagi memenuhi tuntutan kaum minoriti kerana sumber yg semakin terhad itulah yg terpaksa kita kongsi dengan kaum lain.

Istilahnya "berkongsi" namun hakikatnya kita memberi lagi dan lagi hak kita kepada mereka sehingga akhirnya apa yg tinggal tak cukup untuk anak cucu kita sendiri.


Realitinya, mereka tidak pernah memberi apa2 kepada kita, sedang mereka meminta lagi dan lagi, dan pemimpin kita memberi dan terus memberi.


Wahai Melayu sekelian, demi kelangsungan hidup bernegara yg berterusan untuk anak cucu kita, marilah kita bersama2 menuntut kembali hak kita yg sememangnya telah termaktub lama dalam Perlembagaan Persekutuan sejak  Malaya merdeka tahun 1957 dahulu.


Sebab generasi bapa dan datuk kita tak pernah membuat tuntutan ini, maka walaupun ianya termaktub dalam Perlembagaan, ianya semakin di lupakan oleh kerajaan atas alasan kita tidak pernah menuntut untuk undang2 hak kita tersebut di kuatkuasakan.


Maka dengan lafas Bismillahirahmanirahim, demi masa depan anak cucu waris Melayu yang belum lahir, ORANG MELAYU DENGAN INI MENUNTUT DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN 25 PERKARA BERIKUT:-


1. Memperkukuhkan Islam sebagai  Agama Persekutuan menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.


2. Menuntut Institusi Kebajikan Islam di berikan peruntukan lebih besar untuk kerja-kerja kebajikan umat Islam di Malaysia.


3. Menuntut Institusi Wakaf di pengerusikan oleh Raja-Raja Melayu di perkasakan.


4. Menuntut peruntukan hak pendidikan untuk umat Islam menurut perkara 12(2) Perlembagaan di tambah bagi menambah bilangan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Pendidikan KAFA dan Kelas-kelas bimbingan keagamaan di semua masjid di setiap daerah di Malaysia.


5. Menuntut hak untuk bersolat Jumaat untuk semua kakitangan sektor swasta dan menghukum semua majikan yang sengaja menghadkan masa rehat bagi membolehkan pekerja beragama Islam menunaikan solat jumaat.


6. Menuntut agar semua aktiviti di jabatan kerajaan di hentikan selama 10 minit pada waktu solat Zohor dan Asar dan waktu bekerja di tambah 20 minit bagi menggantikan semula 20 minit yang di peruntukkan untuk waktu solat sewaktu jam bekerja berkenaan.


7. Menuntut di hentikan penggunaan istilah Semenanjung Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.


8. Menuntut di kembalikan penggunaan istilah Negeri-Negeri Tanah Melayu seperti  yang termaktub dalam Perkara 113(6), 116(2), 121(1)(a) dan 161E(1) Perlembagaan Persekutuan. 


9. Menuntut Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam agar segera diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan.


10. Menuntut mana-mana tanah simpanan Melayu yang di ambil untuk tujuan pembangunan berbilang kaum di gantikan dengan tanah lain dengan keluasan yang sama dengan komersil yang sama menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan.


11. Menuntut di mansuhkan fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuan Agung untuk meluluskan sesuatu Rang undang-undang sebelum di wartakan selaras dengan kedudukan YDPA sebagai Kepala Utama Negara menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.


12. Menuntut di kuatkuasakan Perkara 18(1) Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan mana-mana permohonan untuk menjadi warganegara adalah wajib menangkat ikrar taat setia kepada Raja dan Negara mengikut Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan.


13. Menuntut Kerajaan mendedahkan samada 7.3 juta kewarganegaraan terhadap kaum-kaum lain yang di berikan di antara tahun 1957 hingga 1970 telah melalui proses mengangkat ikrar ini atau tidak.


14. Menuntut di hapuskan penggunaan istilah Bahasa Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam perlembagaan.


15. Menuntut di gunakan kembali istilah Bahasa Melayu seperti yang di peruntukkan dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.


16. Menuntut fasal wajib untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi kerajaan termasuk mesyuarat, sidang media, kertas kerja dan pembentangan serta meminda Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bagi mendakwa mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi.


17. Menuntut semua papantanda jalan/perniagaan/bangunan menggunakan istilah Bahasa Melayu yang di luluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta memberikan kuasa pendakwaan dan penyitaan kepada DBP terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan Bahasa Melayu ini. 


18. Menuntut agar semua prosiding di Mahkamah menggunakan Bahasa Melayu dan hanya kebenaran khas ketua Hakim Negara sahaja membolehkan selain dari Bahasa Melayu di gunakan. Untuk perbicaraan di mahkamah.


19. Menuntut kerajaan tidak lagi meluluskan permohonan dan pembinaan sekolah jenis kebangsaan kerana sekolah vernakular baru selepas Hari Merdeka tidak di benarkan dalam Perlembagaan.


20. Menuntut sistem persekolahan 1 aliran kebangsaan bagi memupuk perpaduan dan keharmonian kaum.


21. Menuntut Perizaban quota berkenaan perkhidmatan awam, biasiswa, keistimewaan pendidikan, latihan, kemudahan khas, lesen, permit perniagaan dan pertukangan untuk orang Melayu mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


22.  Menuntut agar Dasar Ekonomi Baru di laksanakan kembali dan pemilikan ekuiti 30% Orang Melayu di kembalikan menjadi dasar utama kerajaan dan di tingkatkan kepada 40% pegangan ekuiti individu Melayu dalam kek ekonomi negara menjelang 2040.


23. Menuntut agar sebuah Suruhanjaya Hak Istimewa Melayu di tubuhkan di bawah Parlimen khusus utk menasihati YDPA untuk menjalankan kuasa Baginda menurut perkara 153 Perlembagaan dan memantau pelaksanaan dasar kerajaan samada menepati semangat perkara 153 Perlembagaan atau tidak.


24. Menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri di kembalikan.


25. Menuntut agar titah Majlis Raja2 berkaitan isu2 negara di berikan perhatian dan tindakan segera oleh Kerajaan di bawah Perkara 38(3) Perlembagaan Persekutuan.


PERJUANGAN INI DAH TERLAMBAT UNTUK KITA TETAPI MASIH TERLALU AWAL UNTUK CICIT2 KITA YG BELUM LAHIR. SEMOGA MRK AKAN SENTIASA MENDOAKAN RAHMAT UNTUK KITA ALMARHUM DATUK2 DAN MOYANG2 MEREKA, INSYAALLAH.


(Sila kongsikan tuntutan ini jika anda bersetuju dengannya)


JANGAN LAGI MELAYU DI BULI


Di sediakan oleh,

*Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz*

Peguambela & Peguamcara

*0129770412*


#RasisBerpelembagaan

#DaulatTuanku

Jumaat, 22 Januari 2021

Kluster

 KLUSTER DI RUMAH


KLUSTER SUIS

Buka lampu x reti nak tutup. Buka lampu bilik air, lampu dapur, lampu bilik lepas tu biar je menyala. Buka tv tapi x tengok. Dah on komputer x reti nak tutup. Charge hp tapi lepas tu x tutup suis. Tugas aku siang malam tutupkan semua sampai satu tahap aku dah malas nak layan. Lantak kome lerrr. Ingat ayah kerja TNB bil letrik free ke🤣🤣🤣


KLUSTER PERIUK API

Dari ruang tamu, semua bilik, atas katil hatta dalam bilik air pon bersepah barang mainan. Aku penat2 konon nak landinglah atas tilam sekali aku smackdown barang mainan diorg. Mengelupur aku atas katil tu. Paling sakit jiwa kalo aku terpijak lego. Pergghhh....terus aku jadi diva AA tau. Sakit wehhhhh 🥺🥺


KLUSTER BISKUT

Ni jenis buka biskut tu biskut ni pastu biar je terdedah macam tu. Last2 masuk angin. Ehhh...berbulu je aku tengok. Penyudahnya aku nyorok semua biskut. Haaaa....rasakan xde benda nak ngunyah dah.


KLUSTER X RETI PENAT

Pelik aku tengok deme ni. Siang malam main x henti. Dahlah malam tidur lewat sejak PKP ni. Boleh plak subuh2 dah bangun. Aku kadang tunggu lerrr deme tido awai. Bolehlah aku me time makan coklat ke, kek ke, eskrem ke. Hurrmmmm....sampai kesudah aku telan air liur jela 🤤🤤🤤


KLUSTER MENANGIS

Asyik nak meragam, nak nanges aje. Orang pegang tu dia nak. Orang main tu dia nak. Orang usik sikit nanges. Tak dapat itu nanges. Nak cakap pon nak nanges. Nak tidur nanges, lapo nanges, ngantuk nanges 😭😭😭


KLUSTER MEMERAP

Langsung aku x boleh bergerak. Aku kat dapur semua kat dapur. Aku masuk jamban semua diri depan pintu buat kuiz ibu tengah buat apa. Aku duduk depan tengok tv, semua berdiri depan tv. Aku masuk bilik baju nak lipat kain, semua ada dalam bakul kain. Time tidur pon, sedor2 semua dah melekat celah aku, xde ruang aku boleh bergerak dah. Dah macam berlatih tidur dalam kubur...hahaha tapi bila aku cakap jom solat dengan ibu terus semua lesap 🤣🤣🤣


KLUSTER MEMUNGGAH.

Aku baru kemas rumah, 5 minit lepas tu udoh bersepah balik. Aku kutip mainan, deme keluarkan dari kotak. Aku susun buku, deme teraburkan. Aku lipat kain, deme nak sidai kain. Memang maraton dok ngemas siang malam.


KLUSTER SUSAH NAK MAKAN

Tiap kali nak suap makan memang aku jadi tarzan, kingkong, hulk semua. Jenuh terpekik terlolong panggil deme makan. Aku masak bagai nak rak, deme buat nohen je x terliur nak makan. Tapi kalo aku bagi nasi, telur, kicap 3 pinggan pon licin. Suami aku cakap baguslah senang kerja ibu tapi aku emo lebih sebab anak orang lain macam2 menu diorg request nak makan. Anak aku tengok buttermilk chicken dia cakap eeeuuwww apa ni ibu 🤣🤣🤣


KLUSTER SINKI

Aku baru basuh pinggan. Sampai berkilat sinki aku kerjakan. Sat je dah penuh balik cawan, pinggan mangkuk. Kerja aku dok basuh pinggan mangkuk je. 10x minum air, 10xlah cawan lain deme guna. Haaa...ko darab lerrr 3 orang anak 🤣🤣🤣


KLUSTER BILIK AIR

Suruh mandi punyalah susah. Dah masuk bilik air udoh tak keluar2 dah. Abeh deme berpesta songkran pula dalam tu. Sabun sebotoi kejap aje abeh. Ubat gigi deme buat pencuci muka....hahaha macam manala mak kome x jadi your mother is green 🤣🤣🤣


KLUSTER BUKA PETI AIS

Ntah berapa ratus juta kali ntah deme dok buka tutup pintu ais tu. 3 orang dok bergilir pergi buat lawatan sambil belajar ke peti ais tu. Aku pon naik heran kadang tu sekadar buka tengok gitu je then tutup blk....teruk beno angaunya


Paling last sekali KLUSTER KE SANA, KE SINI, KE SANA SINI 🤣🤣🤣. Seminit pon x dok diam. Ada je kerja deme nak buat tapi bila suruh baca buku terus penat siap tertidur lagi 😁😁


#copypaste

#banyaklagiklusterrupenye

#klusterterbaruklusterpdpr

Khamis, 21 Januari 2021

Aturan

 bila ada di antara kita yang mula memberikan peranti telefon pintar, komputer riba pada anak-anak, atau memberi pinjam benda² tersebut kepada anak-anak, silalah pantau, khususnya anak-anak yang baru berjinak dengan penggunaan alat tersebut serta aplikasi-aplikasi media sosial. Ajarkan peraturan kerana terkadang keterujaan anak-anak mencipta kump. belajar membawa kepada perbualan kosong dan melalaikan.


*Etika Kump Belajar WhatsApp, Telegram, Signal*


Bahawa saya <lafaz nama>, dengan ini berjanji dgn bersaksikan Allah, dan di hadapan ibu ayah ; akan berusaha untuk 


• niat ikhlas berbincang tentang ilmu dengan menggunakan aplikasi ini.


• menghormati ahli di dalam kumpulan.


• menggunakan kata-kata yang baik sewaktu perbualan.


• mengucapkan "Salam", "Terima Kasih", "Alhamdulillah" kepada ahli kumpulan — sebagai membudayakan komunikasi sihat anjuran Islam.


• menggunakan "sticker" dan _emoticon_ untuk tujuan tertentu dan tidak berlebihan.


• menulis dengan betul (ejaan dan singkatan yg disepakati bersama).


• tidak berkongsi maklumat dan berita yang TIDAK DIKETAHUI status kebenaran dan dari siapa sumber berita diperoleh.


• tidak memberikan maklumat peribadi kepada yang tidak dikenali.


• tidak menggunakan gambar profil diri yang kurang sopan, dan TIDAK BERKONGSI gambar² keluarga, peribadi di dalam kumpulan.


• menggunakan aplikasi dalam tempoh keperluan pembelajaran sahaja (telefon pintar dan lain² pinjaman dikembalikan kepada ibu ayah apabila selesai penggunaan).


• menggunakan aplikasi WhatsApp/Telegram/Signal sebagai aplikasi perbincangan pelajaran/pembelajaran dan bukan tapak pengiklanan, hiburan dan umpatan.


*Adalah baik peraturan ini dibacakan oleh anak sebagai ikrar di hadapan ibu dan ayah — mungkin apabila selesai solat jemaah Subuh di rumah ATAU di permulaan hari apabila ibu ayah dan anak² berkumpul bersama-sama*


Ayah mendoakan kebaikan kepada anak-anak dan keluarga setelah ikrar selesai dibaca.

Rabu, 20 Januari 2021

Mentol

 ** Ibarat mentol terbakar *

     

Seorang pengarah kanan kerajaan telah bersara dan berpindah dari kediaman rasminya ke kawasan perumahan, di mana dia memiliki sebuah banglo. Dia menganggap dirinya hebat dan tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun. Walaupun ketika berjalan di taman setiap petang, dia tidak menghiraukan orang lain, malah memandang rendah pada mereka.

     

Suatu hari, seorang tua yang duduk di sebelahnya memulakan perbualan, dan mereka sering bertemu selepas itu. Setiap kali, perbualan mereka kebanyakannya bagaikan monolog, dan pengarah yang telah bersara itu membincangkan topik kegemarannya, tentang “Tidak ada sesiapa yang dapat membayangkan jawatan besar dan jawatan tinggi yang saya pegang sebelum bersara; Saya datang ke sini kerana terpaksa bersara mandatori ”; dan seterusnya, dan orang tua yang menemaninya  mendengar dengan tenang.

     

Setelah berhari-hari, berlalu ketika pengarah yang sudah bersara itu mula ingin tahu tentang orang lain, pak tua pendengar yang menemaninya itu membuka mulut dan berkata, “Setelah bersara, kita semua seperti mentol yang sudah terbakar. Tidak kira berapa watt mentol itu, berapa banyak cahaya atau kilauan yang diberikannya, setelah ianya terbakar. "

     

Dia selanjutnya berkata, “Saya telah tinggal di masyarakat ini selama 5 tahun dan tidak memberitahu siapa pun bahawa saya adalah Ahli Parlimen selama dua penggal. Di sebelah kanan anda, dia bersara sebagai Pengurus Besar di syarikat korporat membuat kereta. Di hujung sana merupakan Mejar Jeneral dalam Tentera Darat. Orang yang duduk di bangku dengan berpakaian putih bersih itu merupakan ketua Bursa Saham sebelum bersara. Dia tak pernah memberitahu kepada sesiapa pun, walaupun kepada saya, tetapi saya tahu. "


"Semua mentol mentol yang terbakar ini sekarang menjadi sama - apa pun wattnya - 0, 10, 40, 60, 100 watt - tiada bezanya sekarang. Tidak kira apa jenis mentol sebelum ianya terbakar - LED, CFL, Halogen, mentol pijar, pendarfluor, atau lampu hiasan. Dan itu juga, kawan, turut terjadi kepada anda. Pada hari anda memahami perkara ini, anda akan mendapat ketenangan dalam masyarakat dan dunia ini. "

     

"Matahari yang terbit serta matahari terbenam kedua duanya nampak indah dan menikmatkan. Tetapi, pada hakikatnya, matahari terbit lebih penting dan dipuja, bahkan dinanti nanti, sedangkan matahari terbenam tidak diberi penghormatan yang sama. Lebih baik ini anda fahami lebih awal daripada kemudian hari kelak ”.


Pangkat, gelaran dan kuasa kita sekarang tidak kekal. Menyimpan banyak emosi dengan perkara-perkara ini hanya merumitkan hidup kita apabila kita kehilangan semua ini pada suatu hari nanti.


Ingatlah bahawa apabila permainan catur berakhir, raja dan bidak akan kembali dalam kotak yang sama ... dan kita semua akan kembali ke tanah yang kita pijak pijak selama ini......


* Nikmati apa yang anda ada hari ini 😊. Selamat berbahagia di hari yang mendatang ..... *


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3887458531298482&id=100001031199286

Isnin, 18 Januari 2021

Alim vs arif

 BEZA ALIM BILLAH DAN ARIF BILLAH


Ia mempercayai ALLAH berdasarkan hujah ilmu dan akal

Atas dasar ilmu ia tidak boleh menolak adanya Tuhan

Tapi percaya secara ilmu itu, tidak ada rasa berTuhan

Takut dan cintanya dengan ALLAH tidak dapat dirasakan


Berlainan sekali Al Arifbillah

Orang yang mengenal ALLAH dengan makrifat yang mendalam

Ilmunya memberitahu

Dikuatkan dengan perasaan hati yang sentiasa sedar rasa berTuhan


Al Alimbillah suka berbahas, suka berforum, suka bermujadalah

Tapi apa yang dibincangkan tidak pun dihayati

Dan tidak diperbincangkan dengan amalan


Al Arifbillah, cinta dan takutnya dengan Tuhan amat mendalam

Perasaan itu payah hendak diungkaikan

Rasa kehambaan dapat dilihat di dalam kehidupan


Al Arifbilah bercakap berdasarkan pengalaman

Al Alimbilah bercakap di atas dasar ilmu pengetahuan

Al Arifbillah kerana rasa kehambaan mendalam

Sifat-sifat mahmudahnya nampak terserlah di dalam kehidupan


Al Alimbillah sifat-sifat mazmumahnya yang terserlah

Terutama sifat-sifat ego, riak dan megah

Gila nama dan glamour

Ingin dipuji dan dikenang jasanya


Al Arifbillah , sanjungan dan pujian itulah yang menyeksa hatinya

Itulah yang dibenci dan sangat tidak disukainya

Al Alimbilah belum menyelamatkan seseorang

Al Arifbillah baru ada jaminan dari Tuhan

Alim arif

 BEZA antara ALIM  &  ARIFFBILLAH.*


ALIM tahu dan faham.

ARIF tahu, faham dan alami.


ORANG ALIM KELASNYA ULAMA'.

ORANG ARIFF KELASNYA WALI.


ORANG2 ALIM berjumpa, buat muktamar,

seminar2 ulama' Nusantara,


ORANG2 ARIF berjumpa juga

DALAM MESYUARAT WALI-WALI

DI ALAM MALAKUT. ALAM ARDHU ZAMZIMAH.

Alam Ardhu Zamzimah (Nama alam yg diluar alam kasar,ertinya dialam ghaib)


ni Allah swt ciptakan dari lebihan tanah yg buat lembaga ADAM AS.


ALIM kalau terlampau ALIM dipanggil 'ALLAMAH.

(Berilmu)

ARIF kalau terlampau ARIF dipanggil HUJJATUL MUHAQIQIN.

(berdasarkan kata yg haq dan petunjuk)


IMAM GHAZALI terlampau 'ALLAMAH

dipanggil HUJJATUL ISLAM,


itu sebelum belajar tasauf & tareqat,

bila Imam Ghazali dah belajar tasauf & tareqat

Beruzlah selama 11 tahun dipanggil terlampau

ARIF, HUJATUL MUHAQIQIN.


ALIM ada ijazah, master, phd,

mengaji macam2 pondok.

ARIF tak mesti ada IJAZAH.


ORANG ALIM TAHU apa itu gula.

ORANG ARIFF RASA itu gula.


ORANG ALIM MAKAN GAJI

ada OT ada Elaun ada upah dll


ORANG ARIF MAKAN WARIDAH & ZAUKIAH.

(Sumber rezeki yg tidak disangka2)


ORANG ALIM mudah ada perasaan

DENGKI sama2 ALIM.(Faham ilmu,hafalan dr sumber2 kitab,hati belum bersih sepenuhnya)


ORANG ARIF sama2 arif sangat CINTA.

(Suci hatinya,ikhlas d redha)


ORANG ALIM mudah nak tuduh orang2 arif sesat.

ORANG ARIF tak tuduh orang alim tapi sangat hormat.


ORANG ALIM ada alim2 kucing.

ORANG ARIF HINA DIRI.(Serah tunggak)


ORANG ALIM dapat SYURGA FIRDAUS.

ORANG ARIF dapat dua syurga.


SYURGA "AJILAH & SYURGA AAJILAH.”

(Nama syurga yg tertinggi)


ORANG ALIM GUNA AKAL.

ORANG ARIF GUNA LUBBUN.

(Minda tidak terbatas)


ORANG ALIM kenal TUHAN secara SAMAI'.

(Masih ada kesamaran)

ORANG ARIF kenal TUHAN secara ZAUKI.

(Asyik dgn kecintaan)


ORANG ALIM maqam syariat.

ORANG ARIF maqam syariat, tarekat & hakikat.


ORANG ALIM DAPAT HIDAYAH UMUM.

ORANG ARIFF DAPAT HIDAYAH KHUSUS.


ORANG ALIM bersama kitab2.

ORANG ARIFF bersama Allah swt.


ORANG ALIM rujuk kitab2.

ORANG ARIFF rujuk Allah swt.

(Al Qur'an)


ORANG ALIM ulang alik ALAM MULKI.

(Yg diperintah)

ORANG ARIFF ulang alik ALAM MALAKUT,

JABARUT, LAHUT.

{Allah (hu) ~(Ah) Ahad}


ORANG ALIM sentiasa TAFAKUR.

(Memikir dan memandang)

ORANG ARIFF sentiasa MUSYAHADAH.

(Hubungan hablum minallah~zikirullah annafs d Ruh)


ORANG ALIM bergelumang KASBI.

( untung)

ORANG ARIFF bergelumang WAHBI.

(Pemberi )


ORANG ALIM bertaraf DAI'.

ORANG ARIFF bertaraf ULUL ALBAB.


ORANG ALIM ialah ABID,

(Hamba)

ia ibarat air yg menyirami bumi,

tetapi ia sendiri tidak mendapat

dan tidak merasakan buah

yg tumbuh di atas bumi itu.


ORANG ARIFF yg mengenal akan HAQ

dan WAJAH ALLAH SWT.

(Insan dzatulhaq)

Siaga

 PKP dijangka lebih lama. 


Bersedia sahaja, paling awal 6minggu.. boleh sehingga 3bulan- 6bulan. 


Bantuan-bantuan oleh goverment kepada rakyat ini menjadi antara signal awal, PKP akan lebih lama. Belum kira lagi bantuan bank dan moratarium,


Maka,kita perlu bersedia. 


1. Perayaan- perayaan tahun 2021,bersedia untuk TIADA. Termasuk Thaipussam,Tahun Baru Cina,Hari Raya Puasa. 


2.Simpan sahaja dalam otak,perkara ini sampai Jun 2021 kemungkinan besar berlaku. 


3. Bisnes berkaitan event,pelancongan,hotel,kedai2 dalam Mall,kena laju buat keputusan. Jangan tunggu dan lihat duit hangus demi mahu bertahan.


4. Gerak kerja Digital,kena buat segera. Website,page,shopee dan apa sahaja yang boleh onlinekan bisnes. 


5. Orang bisnes, ambil langkah defend(simpan duit) dan attack(buat duit)  dengan kadar segera.


6. Belajar benda baru untuk bisnes dan terima perubahan demi untuk masa depan, bukan lagi masa tenggelam dalam perubahan. 


7. Pasaran saham akan lebih meriah,duit akan banyak dalam pasaran kesan dari bantuan ini. 


8. Rumah dan kereta akan lebih banyak dilelong,untuk mereka yang terjejas. 


9. Untuk yang ada duit Bukan masa beli rumah undercon,pasaran rumah sewa jatuh. Nak beli,beli rumah yang sudah siap atau lelong. 


10. Economy Cycle, setiap benda yang turun dan jatuh pasti  ada benda dan perkara yang menaik dan terus mendaki. Pastikan kita berada di graf yang menarik dan mendaki kejayaan.


Abdul Basit

Guru Pengurusan Bisnes

Ahad, 17 Januari 2021

Siaga

 Mohon perhatian smuax , untuk kesiapsiagaan bencana diwaktu yg tak diduga, sperti malam atau dini hari, harap dilaksanakan mulai malam ini

*9 kebiasaan Siaga Bencana* :

1. Tidur berpakaian yg benar (lengkap)

2. Batteray Handphone selalu terisi cukup

3. Jangan kunci pintu kamar

4. Tidur Jangan pakai headset

5. Handphone, laptop, jam tangan, dompet atau barang berharga lainnya diletakkan pd tempat yg dapat segera diambil 

6. Mobil dan Motor selalu diparkir dg kepala mnghadap keluar

7. Simpan kunci motor dan mobil di satu tempat yg mudah diambil

8. Terdapat pakaian yg cukup untuk 2-3 hr, terlipat rapi, termasuk pakaian dalam dll

9.Jangan lupa berdoa sebelum tidur memohon lindungan dan keselamatan qt semua


Biasakan mulai malam ini, kesiapsiagaan bencana, krn hal ini akan banyak manfaatx saat bencana terjadi

Semoga kita senantiasa dalam lindunganNya dan selalu diberikan keselamatan. 

Aamiin...🙏🙏🙏

Saadiah grik

 Sambungan cerita Mak Cik Saadiah....


Untuk memastikan ada kesinambungan cerita, atok papar balik episode pertama...diikuti oleh cerita seterusnya....


Kisah Mak Cik Saadiah yang meruntun jiwa...


Atok pernah bertugas di Gerik sebagai Ketua Polis Daerah dari tahun 1995 hingga 2000...di situlah tugas terakhir atok dalam PDRM sebelum bersara.  


Masa mula2 sampai di Gerik atok selalu melihat seorang perempuan tua mengayuh basikal datang ke balai, tiap hari dia datang, tak miss. Antara jam 10-11pagi  sampailah dia. Dia kurang bercakap tapì banyak ketawa...dia menegur semua anggota polis yang dia jumpa sambil melempar senyuman atau ketawa kecil. Anggota pun semua dah kenal dia dan saling bergurau dengan dia. 


Mak cik ni kalau datang mesti bawak satù bungkus nasi...dia masuk ke dalam balai, letak nasi tu kt Enquiry dan terus balik. Kadang dia bawa gula2 dalam poket bajunya, dia bagi kt anggota perempuan yang sedang bertugas di situ...


Anggota pun suka menyakat2 dia dan dia ketawa terbahak2...mesra sekali nampaknya. 


Mula2 atok tak kisah sangat dengan perempuan tu...atok fikir dia ada anak atau sedara di balai...tapi bila melihatnya datanģ setiap hari tanpa miss, terpanggil jugak atok nak bertanya siapa dia, buat apa dia datang...


Jawapan anggota atok..."Dia tu tak berapa betul tuan. Tiap hari dia datang bawak nasi...dia letak kt balai dia balik. Kami tak makan pun nasi tu, selalu beri kucing je. Dalamnya ada nasi, ada lauk sikit, kadang ada ikan masin atau pucuk kayu...dah berpuluh tahun dia buat begitu...Rumahnya kt Kuala Kenderong kira2 4km dari balai."...


Berpuluh tahun??....atok fikir mesti ada sebab dia buat begitu. Mengapa harus seorang perempuan tua umur 60an, sanggup datang ke balai setiap hari, mengayuh basikal basikal hampir 10km semata2 untuk menghantar sebungkus nasi...dan dah berpuluh tahun lamanya.


Atok pun selidik lagi dengan anggota atok orang2 lama kt balai tu...jawapan mereka amat mengejutkan atok...


Namanya Saadiah,  umur 60an, tinggal di Kuala Kenderong bersama seorang anak lelaki yang belum kawin dan tak berkerja.


Makcik Saadiah sebenarnya ialah balu kepada MMT 5244 Mat Alias bin Nik Daud, pernah bertugas sebagai boatman di IPD Gerik tahun 70an....dia mati dibunuh oleh pengganas komunis semasa menjalankan tugas pada 28 Aug 1975.....


Kisah bermula pada pagi 28 Aug 75... 4 orang anggota Polis bertugas sebagai boatman bernama Wan Marzuki, Abdul Manaf bin Akob, dan dua orang lagi kedua2nya bernama Yeop telah ditugaskan untuk menghantar ration menggunakan bot ke kawasan operasi di sekitar Banding......selepas semua persiapan diaturkan, mereka berempat bersedia untuk bertolak. 


Namun pada pagi itu sebelum mereka bertolak, isteri MMT Abdul Manaf bin Akob yg sedang sarat mengandung telah datang ke balai. Dia merayu kepada ketua supaya suaminya tidak dihantaŕ untuk tugas tersebut...katanya dia sarat mengandunģ, bila2 masa akan bersalin. Tapi MMT Abdul Manaf tetap hendak pergi juga...itu adalah tugas yang perlu dilaku...Isterinya terus merayu dan menangis, meraung sambil memeluk erat kedua2 kaki suaminya tak membenarkan dia pergi....Maka OCS tiada pilihan... dia mencari  seorang pengganti......dan malang bagi MMT Mat Alias, suami kepada Mak Cik Saadiah, dia dikerah untuk mengambil tempat MMT Abdul Manaf.  Lalu pergilah mereka berempat untuk melaksanakan tugas yang memakan masa 3-4 hari.


Perjalanan dengan bot dari Gerik ke Banding perlu melalui keadaan sungai yang berliku2, airnya kadang dalam, kadang cetek, kadang deras, kadang perlahan.... Disepanjang perjalanan pula melalui hutan belantara, bermakna amat berisiko tinggi untuk diserang-hendap oleh pengganas Komunis yang sentiasa berkeliaran dalam hutan di situ...


Selepas beberapa jam perjalanan dengan, mereka tiba di suatu tempat di kawasan Banding, di mana keadaan airnya sangat cetek dan bot tidak boleh lepas. Maka mereka berempat terpaksa turun dari bot dan menolaknya sekuat hati bagi melepasi kawasan cetek itu......tiba2mereka diserang hendap......


Sesungguhnya tak siapa yang tahu apa sebenarnya telah berlaku, kerana tak seorang dari mereka telah selamat untuk menceritakannya. Namun anggota2 polis dalam sebuah lagi bot yang berada berhampiran tempat itu menceritakan mereka mendengar bunyi tembakan senjata api yang bertalu dari satu gerombolan yang sgt ramai. 


Yang nyata mereka berempat telah diserang hendap oleh pengganas Komunis

Keempat2 mereka gugur ditempat itu juga, tetapi mereka tetap melawan dan membalas tembakan hingga ketitisan terakhir. Kedua2 anggota yang bernama Yeop ditemui penuh dengan kesan tembakan, mayat mereka turut dikerat2 dan dimutilasikan. Mayat Wan Marzuki pula ditemui agak jauh dari situ dengan kecederaan tembakan di kaki. 


Mayat MMT Mat Alias, suami Mak Cik Saadiah ditemui tanpa kesan tembakan, tetapi dia telah disembelih oleh pengganas Komunis dan badannya digantung kepada bot, dipotong2, kemaluannya disumbat kedalam mulut...amat kejam sekali puak Pengganas Kominis durjana....


Berbalik kepada cerita  Mak Cik Saadiah, pada pagi kejadian dia  tidak tahu bahawa suaminya telah dihantar ke kawasan operasi. Maka saperti biasa, di rumah dia masak nasi dan kemudian bungkuskan...kayuh basikal pergi ke Balai, untuk hantar makanan tengahari kepada  suami tersayang. Itu adalah routine beliau setiap hari. Apakan daya, pada pagi berkenaan suaminya tak sempat menjamah nasi yang dimasaknya... 


Hati mana yang tak hancur bilamana dia dapat tahu kemudian bahawa suami tersayang telah mati dibunuh komunis, lehernya disembelih, kemaluannya dikerat dan disumbat ķe dalam mulut...


Kisah bersambung....


Sambungan cerita Mak Cik Saadiah...


Selepas mendapat maklumat terperinci mengenai Mak Cik Saadiah,   atok buat kesimpulan...Mak Cik Saadiah bukan orang tak betul, bukan orang gila...dia òrang baik, seorang yang sangat cintakan suami, seorang yang merasa dirinya sebahagian  dari PDRM....sebenarnya dia seorang yang mengalami trauma yang berpanjangan...hingga sanggup mengayuh basikal 10km setiap hari selama berpuluh tahun, seolah2 suaminya masih hidup. Anak cucunya menegah dia dari berbuat demikian tapi dia tetap bertekad menganggap Balai  Gerik  macam keluarganya....betapa suci dan murni hati Mak Cik Saadiah...


Justeru atok memanggil mesyuarat di kalangan pegawai dan anggota atok...atok taklimatkan betapa perlu kita beri perhatian dan penghargaan kepada orang2 lama yang telah berjuang untuk negara dan memperhitungkan nyawa mereka untuk kepentingan keselamatan dan keamanan...dan betapa banyak wira2 telah terkorban, yang cacat seumur hidup...dan lebih banyak lagi ahli2 keluarga Pasukan yang menjadì susah dan trauma selepas kehilangan tempat bergantung....seorang darinya ialah Mak Cik Saadiah. 


Atok arahkan pegawai dan anggota supaya tidak lagi menganggap Mak Cik Saadiah sebagai orang tak betul...berikan layanan yang baik kepadanya, hulurkan bantuan jika perlu...Dari segi kewangan Mak Cik Saadiah agak selesa sebab dia punya pencen peninggalan bekas suaminya.


Selepas mesyuarat, atok panggil Mak Cik Saadiah ke Balai ...atok hadiah kepadanya sebuah basikal baru yang dibeli dengan duit  sendiri...


Tak banyak yang atok dapat atok lakukan untuk beliau semasa berkhidmat di Gerik...Namun selepas bersara, atok dan uwan berkesempatan pergi semula ke Gerik untuk melihat keadaan Mak Cik Saadiah....dia masih sihat.


Masa kami tiba di rumahnya, Mak Cik Saadiah telah keluar ke halaman ...mula2 dia agak enggan menerima kami...dia memang kurang mesra dengan orang yang dia tak kenal...dan dia tak mengenali atok...mungkin dah lupa. Atok bagi tau...


"Saya dari balai...datang nak jumpa Mak Cik...kita dulu kawan..."


Mendengar perkataan Balai Mak Cik Saadiah terus berubah menjadi mesra...dia menghulurkan tangan menyambut kedatangan atok dan uwan. Cara dia bersalaman pun unik...ada tepuk tampar...mula2 tepuk belakang  tangan, kemudian tepuk tapak tangan,  tepuk balik belakang tangan beberapa kali...mesra betul dia...


Atok perhatikan Mak Cik Saadiah walau masih sihat, tapi dia dah mùĺa dimamah usia dan kurang cergas. Namun dia tetap masih  mampu berulang alik ke balai naik basikal...dia melakukannya tanpa jemu walau dah lebih 40 tahun...


Rumahnya pula terlalu usang hampir menyembah bumi...anak cucunya memujuk beliau supaya buat rumah baru...tapi dia enggan. Katanya itu rumah dia bersama arwah...dia tak hendak berpisah dengan rumah itu...itu adalah kenangan abadi buatnya bersama arwah suaminya...


Selepas mengunjungi Mak Cik Saadiah atok terus mengunjungi rumah Tok Ketua Kuala Kenderong,  nama Hj Rashid...kebetulan beliau adalah bekas anggota atok yang sudah bersara, dia juga adalah bekas pemandu atok. Kami memang rapat dari dulu...atok meminta Tok Ketua Hj Rashid membawa kes Mak Cik Saadiah ke peringkat JKK Daerah Gerik, jika perlu ke peringkat JKKN Perak...cuba dapatkan bantuan rumah baru untuk Mak Cik Saadiah...


Balik ke rumah atok terus buat posting dalam fb mengenai kisah sedih Mak Cik Saadiah....serta merta cerita atok menjadi tular. Cerita atok juga kemudian sampai ke pengetahuan pemberita...mereka memuat naik cerita atok dalam akhbar tempatan...maka lebih tularlah ia...


Mengenai rumah baru untuk Mak Cik Saadiah,  usaha Tok Ketua Hj Rashid memang tak sia2...akhirnya pihak Kerajaan Negeri Perak mengeluarkan belanja untuk mendirikan sebuah rumah batu untuk Mak Cik Saadiah... Alhamdulillah...terima kasih Pak Chu Rashid...hang sungguh baguih, tak sia2 depa lantik hang jadi Tok Ketua...


Kelmarin atok berhubung dengan anggota2 polis di Gerik...mereka kata Mak Cik Saadiah masih ada, tapi dia dah uzur, dah beberapa tahun berhenti dari mengayuh basikal ke Balai...


Moga Mak Cik terus sihat dan menikmati ketenteraman,  kedamaian dalam meniti hari2 tua...Aamiin. 


Atok bengang bila mengingatkan kezaliman dan kedurjanaan Komunis...


Atok bengang orang sekarang dah mula lupa kejahatan Komunis...


Atok bengang ada orang, ter masuk orang Melayu cuba menganggap Kominis sebagai wira negara...Lebih bengang bila orang yg sama  dilantik menjadi Menteri Pertahanan...tambah bengang bila suku sakat PKM dilantik timbaĺan menteri...mulalah mereka mengenakan uniform seakan2 uniform PKM di majlis rasmi...


Apa nak jadi dengan rakyat kita kini, bangsa kita ķini dan negara kita kini....Apa nak jadi....???


Anak cucu Mak Cik Saadiah turut menjadi rapat dengan atok sampai sekarang...mereka pernah datang mengunjungi rumah atok di Kuala Selangor ...


Coretan oleh

Zahriman Alias

16 Jan 2021.

Guru BDR

 " 'Pembelajaran online' boleh terima lagi. Masalahnya yang berlaku bukan pembelajaran online tapi 'pemberian homework online'. Sakit kita ni sebagai parent"


Ini pendapat seorang ibu di ruangan komen post influencer terkenal. 


Aku ni guru dan dalam masa yang sama bapa kepada 3 orang anak yang bersekolah. Dalam bab ni, aku memang akan pakai baju parent dan bersetuju dengan pendapat di atas.


Lantaklah cikgu nak marah ke apa.


Pernah sampai kami laki bini berselisih faham kecil di rumah dalam bab menyelesaikan tugasan yang cikgu bagi.


Kerja seorang anak, tahan lagi. Duklah ajar tekan-tekan supaya faham. Masuk yang kedua, pun sama, berderet kerja. Semua nak kena ajar sendiri. Masuk hat ketiga mulalah 'bebai'. Lagi-lagi bila push sekali, jalan sekali. Macam pahat dengan penukul.


Mula lah nak menyinga merimau segala.


Naik rimas aku dengan keadaan tu.


Anak sendiri nak kena tengok. Anak-anak orang yang berpuluh orang kat sekolah kena tengok.


Aku kata, 'stop'lah. 

Buat takat mana yang boleh je.


"Tapi ni kena hantar. Cikgu dorang mintak"


"Dah kalau budak tak boleh, nak hantar apa? Lantak situlah. Ada ke cikgu dia mengajar semua benda ni? Cikgu dia pun tak ajar kan? Tau bagi page sekian-sekian, suruh buat. Lepas tu mintak hantar? Rentikanlah. Kita ajar takat mana budak tu boleh. Kita tau anak kita boleh takat mana. Cukup"


.

Ya tuan-tuan. Ini ayat aku as a parent. Memang aku cikgu. Tapi aku tak layan sangat kehendak cikgu yang 'humban' kerja berlambak-lambak kat budak.


Aku paham sangat, cikgu buat pun sebab disuruh buat macam tu. 


Tapi prinsip aku senang. Ketika memakai baju guru, aku pegang gini - kau hanya layak bagi kerja berkaitan benda yang kau dah ajar.


Kalau kau tak ajar, kau tak layak bagi kerja. Kalau ibu bapa dorang yang ajar, ibu bapa dorang lah yang tau latihan bagaimana yang sesuai untuk anaknya buat.


Kalau nak juga bagi latihan, buatlah macam mana cara pun untuk ajar. Video, zoom, google meet atau apa saja.


Akuilah hakikat PdPR kita GAGAL bila cuma mampu longgokkan kerja tanpa disusuli pengajaran. 


Kalau satu subjek sampai 5 mukasurat, kau kali jelah dengan 5 subjek atau 6,8,10 subjek. Itu sehari. Seorang anak. Kalau beranak-anak? Dannnn..itu baru sekolah kebangsaan. Sekolah agama pulak?


Cikgu kata, kerja kami bagi tugasan je. Buat tak buat, bukan lagi tanggungjawab cikgu. 


Betul. Tapi ibu bapa yang prihatin ni lain macam sikit. Dia ada rasa keperluan untuk pikul beban tanggungjawab untuk selesaikan semua walaupun tak paksa. Tapi dalam masa yang sama dia tak mampu. 


Ada pula guru yang siap buat list 'hantar tak hantar' dalam group whatsapp. Semua ni jenis tak memikir kesan sampingan. Fikir tengkuk sendiri je. Tak paksa, tapi buat list. Itu paksa secara tak langsung namanya.


Maaflah, aku sendiri secara peribadi lebih prefer menjawab dengan ketua jika aku gagal dalam pengajaran dari rumah berbanding nak nampak rekod cantik bagi kerja kat budak tapi bubuh beban kat parent nak mengajar separuh mati.


Kita akui ada part kita gagal. Mengarut je mengajar dari rumah ni. Tapi apa pilihan yang kita ada? Tak ada pilihan. Jadi buat cara tak ada. Jangan bagi kerja serupa macam sekolah jalan macam biasa. Siap berlebih pula.


Waktu sekolah macam biasa, kerja memang sebanyak tu ke?


Fikirlah.

#copipes#

Emas malaya

 [16-1, 7:36 PTG] DATO SERI TNGKU PPSSOFIAN: SMPLE YANG PECAHAN POTONGAN BYK ADA SINI..

[17-1, 10:15 PG] DATOHJRIFENMDDARISKL: Gunung Berapi Temerloh Akan Meletus Balik? dan Rahsia Emas Akhir Zaman…


Ramai yang tak tahu bahwa Semenanjung Malaysia dahulu mempunyai gunung berapi yang banyak sekali dan tersusun cantik sepanjang banjaran titiwangsa . Jutaan tahun dahulu sebenarnya semenanjung Malaysia yang asal ialah Perlis ,Kedah , Perak ,Selangor , Negeri Sembilan dan Melaka , namun plat Cathaysia yang mempunyai negeri Kelantan , Terengganu , Pahang dan Johor telah bertembung dengan plat Sibumasu iaitu tanah semenanjung asal .

.

Akibat dari pertembungan , tekanan dan pelanggaran kedua tektonik ini , ianya telah mewujudkan barisan gunung berapi disepanjang banjaran ini . Pada waktu itu gunung-gunung berapi ini semuanya adalah aktif . Namun setelah ia berlanggar sepenuhnya barulah gunung berapi yang aktif tadi bertukar menjadi separuh aktif , pendam sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati .

.

Lalu setelah banjaran-banjaran gunung berapi ini mati , ianya telah membentuk menjadi bukit pergunungan dan Banjaran baru yang sekarang kita kenali sebagai Banjaran Titiwangsa , Banjaran Bintang , Banjaran Keledang , Banjaran Bintang Tahan dan Banjaran Benom .

.

Prof Madya Dr.Habibah berkata , banjaran gunung berapi tersebut dikirakan wujud semasa usia akhir 237 juta tahun yang lalu . Disebabkan aktiviti gunung berapi inilah terdapat banyaknya emas-emas , bijih besi , timah , perak dan pelbagai sumber mineral lain yang menjadikan Malaysia berjaya menjadi kuasa besar dunia pada zaman lampau sehingga dizaman moden ini . Sehingga mampu membangunkan negara China sebanyak dua kali di zaman kejatuhan mereka , apakah mereka tidak sedar?

.

Dari tanah yang kaya dengan sumber mineral ini jugalah menyebabkan Malaysia mempunyai kayu-kayu balak yang berkualiti tinggi dan mampu bertahan beratus ribuan tahun seperti Belian , cengal , tualang , mempening , penaga dan banyak lagi kayu berkualiti Gred A kelas Satu dan tahan lama . Jadi tidak hairan lah Malaysia mampu menjadi empayar penguasa lautan dan pencipta pengangkutan pertama di dunia iaitu industri perkapalan suatu ketika dahulu .

.

Siapa kata Melayu Pemalas? Sehinggakan maharaja china telah meminta bantuan Empayar Melayu Srivijaya untuk melabur , membina dan mengajar mereka ilmu tukang perkapalan . Maka terbitlah tentera laut yang pertama di china dibawah telunjuk Srivijaya . Tidak mungkin Laksamana Cheng Ho mampu pusing keliling dunia jika bukan kerana bantuan Empayar Melayu .

.

Berbalik kepada tajuk utama kita mengenai Gunung Berapi Temerloh . Abang pernah berjumpa dengan ahli kasyaf di suatu lokasi pertapaan di atas sebuah gunung . Menurut ahli kasyaf , gunung berapi ini masih separa aktif namun tidaklah ditahap serius . Namun jika berlaku lagi gempa bumi di sekeliling Tanah Melayu ini , kita bakal menyaksikan gunung berapi tersebut akan menjadi total aktif . Bukan sahaja gunung berapi Temerloh yang masih berfungsi sehingga kini , namun terdapat beberapa lagi gunung yang masih aktif mengeluarkan sumber mineral seperti gunung berapi Gunung Tahan.

.

Tanda-tanda keberadaan batuan hasil aktiviti letusan gunung berapi itu telah ditemui sepanjang jalur tengah semenanjung Malaysia , terutama di Kampung Arwah . Kampung Arwah ialah sebuah perkampungan Melayu tradisional terletak di dalam mukim Bukit Segenggam , kira-kira 18km dari bandar Temerloh dan 35km dari bandar Maran ,Pahang . Lokasi terpaksa dirahsiakan dan diubah .

.

Ahli geologi tempatan menjangkakan bahawa lokasi gunung berapi paling aktif berkemungkinan terletak berdekatan dengan kawasan tersebut . Kerana pengkaji telah menemui pelbagai jenis batuan gunung jauh lebih banyak berbanding di tempat-tempat lain . Berdasarkan penemuan ini ahli geologi yakin bahawa pusat gunung berapi suatu tika dahulu terletak di negeri Pahang .

.

Sambungan dari hasil pertapaan , abang diberitahu bahawa emas akan muncul dengan banyak sekali tanpa perlu mengorek ke dasar dalam pada akhir zaman kelak . Logiknya? emas yang ada sekarang telah memasuki fasa yang baru iaitu pada tahun 2012 dimana ramai menjangkakan dunia akan kiamat menurut kalendar Maya , namun apa yang mereka tidak tahu ialah sebaliknya .

.

Tahun 2012 sebenarnya adalah waktu bermulanya pembentukan bumi untuk menyediakan dirinya sehingga diwaktu bumi meletup pada akhir zaman . Dimana salah satunya ialah dengan mengaktifkan kembali gunung-gunung berapi diseluruh dunia . Disebabkan itu terdapat banyak bencana alam yang dahsyat berlaku pada tahun-tahun sekitarnya .

.

Secara tidak langsung juga , ianya telah mengakibatkan fasa permulaan pembentukan baru sumber mineral di dunia terutamanya emas! Bermakna emas yang ada sekarang adalah di fasa awal iaitu belum matang sepenuhnya . Fasa ini terpecah kepada tiga bahagian dan fasa akhir ialah setelah 10 tahun bermula sekarang . Kepada penduduk Temerloh dan kawasan sepanjang banjaran emas tersebut anda tahu apa perlu anda lakukan bukan?

.

Bahasa mudahnya batuan-batuan dibawah kerak bumi akan menolak emas tersebut sehingga muncul ke dasar permukaan , kerana ia muncul dengan jumlah yang banyak . Adakah ini semua mustahil?

.

Pada akhir zaman kelak , Imam Mahdi akan mengeluarkan sumber dan harta dunia sehingga manusia tidak mahu lagi menerimanya kerana terlalu banyak . Ternakan-ternakan dan tanaman akan menjadi subur akibat dari berlakunya perubahan dalam bumi .

.

Bagaimana mungkin semua ini terjadi tanpa logik sains akal bukan? Itulah sebab mengapa bumi sedang aktif kembali dan akan mengeluarkan semua hasilnya sebelum ianya mati . Di satu tahap , bumi akan mengeluarkan semuanya hatta isi perutnya sendiri hingga menyebabkan bumi ini terburai .

Ini semua adalah kehendak tuhan dan telah ditulis dengan selengkapnya di dalam hadis akhir zaman . Hanya orang yang berilmu akan mengambil pengajaran.


*Ditulis oleh Syed Al Shahab Al Banjari*

Sabtu, 16 Januari 2021

Kobit

 _*DIALOG MANUSIA DENGAN AL QUR'AN TENTANG MUSIBAH (COVID-19)*_


*Manusia bertanya kepada Sang Khaliq :*


Ya Allah, apakah gerangan yang sedang menimpa kami saat ini ?

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan” (QS. Al-Baqarah : 155)

.

*Mengapakah kami harus diuji dengan wabah corona seperti ini ?*

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : ”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi ?” (QS. Al-Ankabut : 2)

.

*Untuk apa sesungguhnya ujian ini, ya Allah ?*

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali dengan izin Allah ; barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya” (QS. At-Taghabun :11)

.

*Namun, mengapa harus terjadi pada kami ?*

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (QS. Al-Ankabut : 3)

.

*Darimana datangnya musibah ini ya Allah ?*

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Dari mana datangnya ini ?” Katakanlah: “Itu dari dirimu sendiri” (QS. Ali Imran: 165)

.

*Tapi ya Allah, wabah ini sungguh buruk bagi kami….*

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al-Baqarah : 216)

.

*Telah sesak nafas kami, berat hidup kami, gara-gara wabah ini….*

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (QS. Al-Baqarah : 286)

.

*Kami tidak bisa bekerja ya Allah, kami dikurung di rumah saja, kami tidak bisa berbuat apa-apa….*

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS. Ali Imran : 139)

.

*Terkadang, wabah ini memberikan tekanan yang demikian dahsyat kepada kami. Rasanya kami telah menyerah kalah. Sebagian dari kami bahkan telah berputus asa.*

.

*Al Qur'an menjawab :*


“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir" (QS. Yusuf : 87).


“Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabbnya, kecuali orang-orang yang sesat” (QS. Al-Hijr: 56)

.

*Kami menjadi gelisah, tidak tenang, karena beban berat yang kami hadapi akibat wabah ini….*

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (QS. Ar-Ra’du: 28)

.

*Di saat sempit seperti ini, masih adakah jalan keluar bagi kami ? Masih adakah pintu rezeki untuk menyambung hidup kami ya Allah ?*

.

*Al Qur'an menjawab :*


“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan memberikan baginya jalan keluar (dalam semua masalah yang dihadapinya), dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (QS. Ath-Thalaq: 2-3).


“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya kemudahan dalam (semua) urusannya” (QS. Ath-Thalaq: 4)

.

*Tapi, perusahaan sudah memotong gaji kami. Bahkan sebagian dari kami, sudah tidak memiliki pekerjaan lagi. Siapa yang akan memberikan rezeki kepada kami ?*

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya" (QS. Hud: 6)

.

*Sudah selama ini kami menjalani kebijakan Stay At Home.* *Rasanya sudah tidak kuat untuk terus menerus dikurung di dalam rumah. Lelah ya Allah. Sungguh kami tidak tahu, sampai kapan suasana ini….*

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS. Ali Imran : 200)

.

*Mengapa Engkau menyuruh kami untuk bersabar ?*

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Allah mencintai orang-orang yang sabar” (QS. Ali Imran : 146)

.

*Adakah balasan atas kesabaran kami ya Allah ?*

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan” (QS. An-Nahl : 96)

.

*Alhamdulillah. Seberapa banyakkah pahala yang akan Engkau berikan kpd kami ?*

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (QS. Az-Zumar : 10)

.

*Masya Allah… Lalu bagaimana nasib kami kelak di akhirat ya Allah ?*

.

*Al Qur'an menjawab :*

“Sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu (surga),(sambil mengucapkan) ‘SeLamat untuk kalian atas kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu” (QS. Ar-Ra’du : 23-24)

.

*Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...*


Sekarang kami tenang ya Allah, kami ridha dengan ketentuan-Mu, kami bersabar dengan ujian-Mu.

.

*Al Qur'an menjawab :*


*“Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya” (QS. Al-Bayyinah : 8)*


*“Dan keridhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar" (QS. At-Taubah : 72)*


*_Kesemua ini Khazanah dari Al Qur'an_* 


Oleh itu....


*PERBANYAKKAN MEMBACA TERJEMAHAN AL QURAN AGAR FAHAM AKAN WAHYU DARI ALLAH UNTUK SEKALIAN MANUSIA.*

*AGAR MENJADI PEYULUH DAN PETUNJUK UNTUK MENCARI KEBENARAN YG SEBENAR...*

-----------------------------

Rabu, 13 Januari 2021

Masjid

 *PESANAN DAN NASIHAT BERSAMA KEPADA KERAJAAN!/


Juga AJK DAN KARIAH MASJID*


Jangan Pernah Menutup Mesjid atau Surau, walau apa pun keadaan atau musibah!!!


 Kerana Di Mesjid dan Surau lah! Kita semua umat Islam memohon Doa, agar Di Murahkan Rezeki, di Tolakkan Bala dan Memohon untuk mendapat Rahmat ALLAH untuk semua kaum Muslimin dan Muslimat Setiap Solat 5 Waktu..


*Tolong jangan Pernah TUTUP Mesjid!!!...*


*_bukalah pintu masjidmu 24 jam,_* (menutup tetapi tidak mengunci), agar engkau tidak malu di hadapan ALLAH yang membukakan pintu rezeki dan ampunan-Nya untuk kita semua setiap waktu.’


Barangkali ada saudara kita yang ingin beri’tikaf malam atau bertahajjud!.


*_Pesan ke 2_*, jangan pernah engkau tulis *_‘Dilarang Tidur di Masjid‘_*


Anda tidak tahu ada beberapa musafir yg sama sekali tidak punya wang untuk menginap di hotel. Akibatnya di lantai depan Masjid-lah mereka mengistirahatkan kepenatannya. 


Setidaknya, sediakan karpet dan Kain Pelikat yang sentiasa Bersih untuk kegunaan para musafir di masjid...!


*_Pesan ke 3_*, jangan pernah engkau tulis *_‘Selain jamaah masjid dilarang menggunakan tandas" atau "Toilet Bukan Untuk Mandi‘_*


Mengapa begitu perhitungannya kita dgn umat Islam atau musafir?, hanya menumpang buang air kecil atau membersihkan diri pun dilarang?


 Padahal ceramah Khatib mengatakan “kebersihan sebagian dari iman”. Khatib beri nasihat, tetapi AJK masjid buat sebaliknya.


*_Pesan ke 4_*, jangan pernah engkau tulis *_Jangan membawa anak kecil"_ ke Masjid* atau berkata “ Saf kanak2 di bahagian belakang!? kerana, Rasulullah pernah membawa Hassan dan Hussein anaknya bersama solat di Saf Hadapan di belakang Imam!” 


Ketahuilah anak² kecil itulah yang akan menjadi pewaris dan penerus kita nanti sebagai pemakmur masjid!, baik selagi kita masih hidup maupun setelah kita wafat. Biasakanlah anak-anak kita dengan masjid.


 Jadikanlah masjid itu mesra kanak2 dan anak2 supaya kanak2 dan anak2 ini jatuh cinta kepada masjid. 


*_Pesan ke 5_*, ‘Bangunkanlah masjidmu sebaik mungkin, karena masjid bukan hanya sekadar tempat bersujud‘ tetapi digunakan untuk bermusyawarah, mengurus masalah umat, menimba ilmu, memeberikan bantuan pada fakir miskin dll, serta menenangkan hati dan merehatkan zahir dan batin kita.


*_Pesan keenam_*, ‘Jangan bangga dengan jumlah infak yg ratusan juta tetapi tidak digunakan untuk kemakmuran masjid’ dan kariah/musafir yang susah atai dalam kesempitan!.


Ingatlah! Orang berinfak ke masjid itu berharap pahala jariyah. Bagaimana mereka akan mendapatkan pahala amal jariyah dan bagaimana pula Anda mahu mendapatkan pahala menjaga amanahnya?, sedangkan wang infak tersebut tidak kamu gunakan atau menafaatkannya sebaiknya untuk *MANFAAT* manusia lain? Sebaliknya Anda menyimpan wang infak masjid dan diuruskan dengan lemah. 


Apakah Anda tahu, boleh jadi di sekitar masjid ada manusia yang susah atau sakit yang memerlukan pembelaan dari wang infak masjid?


*_Permudahlah setiap orang yang hadir ke masjid kerana ia rumah ALLAH!!!_* 


Barangkali kerana amal kecil itu bisa menjadi sebabmu ke syurgaNya.


*_Bagaimana mungkin Anda menyebut masjid itu “Rumah ALLAH” sedangkan Anda atur buka dan tutupnya laksana kedai perniagaan atau harta peribadi_anda*???

 


## *Sebarkan* untuk *manfaat semua* 👍🏻👍🏻👍🏻🤝🏻🤝🏻🤝🏻


*“Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.”*

 (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)


Wallah hutaalla aklam.

Vaksin

 Ni saya copy n paste je..

Untuk dibaca oleh kawan² saya terutama yg masih berpegang bahawa c-19 adalah konspirasi/propaganda


Vaksin untuk HIV tidak ada, tiba tiba vaksin untuk covid 19 dah ada? Nampak sangat vaksin ini sebenarnya ciptaan yahudi untuk tujuan bisnes, mereka cipta penyakit dan mereka juga yang cipta vaksin untuk cegah penyakit, macam virus dalam computer, mereka yang cipta virus dan mereka jugak yang cipta anti virus. Apa komen abang mayat.


Jawapan:


Dapat gambar ni dalam komen post sebelum ini, jawapan abang.., 

HIV tidak berjangkit melalui sentuhan, orang berzina baru boleh terjangkit..,  jadi virus ini boleh di kawal, untuk makluman, selain HIV, virus Denggi pun belum ada vaksin yang mana virus terjangkit melalui gigitan nyamuk. Tapi nyamuk ni senang di bunuh maka kes Denggi tidak tinggi dan terkawal.


Tapi tiba tiba ada virus yang berjangkit melalui udara, seluruh dunia  terkena, dua juta orang dah mati, masjid dan rumah ibadat di tutup, kelab malam, dan panggung wayang juga di tutup. Malahan ada Jemaah Tabligh terkandas lapan bulan di india kerana virus ini.

Maka orang islam pun pakat pakat berdoa, buat solat hajat, minta pertolongan pada Allah,dan tak sampai setahun, vaksin ditemui oleh pakar perubatan.


Tidak kah korang mahu bersyukur? Bila doa korang dimakbulkan secara berjemaah?


Siapa yang bersukur Allah akan tambah nikmat. Siapa kufur azab Allah amat pedih!


Geng kospirasi yakin dunia ni dikawal oleh yahudi serta freemason, padahal tiada yang berkuasa melainkan Allah, siapa yakin yahudi ada kuasa ke atasnya maka dia sedang syirik!


Rujuk al quran, mereka meracang, tapi Allah merancang dan Allah sebaik baik perancang!


Jika betul yahudi yang cipta penyakit dan cipta vaksin untuk tujuan bisnes, kenapa negara kapir yang banyak kena virus zika? Kenapa mereka yang banyak kena HIV? Dan kenapa sampai sekarang mereka tak jual vaksin denggi dan zika dan HIV? Tentu kaya jika ada vaksin tu, sebab denggi ni dah wujud sejak tahun 1779 dan zika pula dah ada sejak tahun 1947, sekarang dah nak masuk 2021 kenapa yahudi tak jual vaksin denggi dan zika jika betul mereka handal?”


Sebab mereka tak handal pun, Allah yang cipta penyakit dan Allah juga yang bagi ilham pada manusia untuk jumpa penawar, yahudi tak berkuasa, Allah yang berkuasa, yahudi merangcang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik baik perancang! Apa korang ingat vaksin untuk denggi dan zika ni simple macam anti virus dalam computer yang susun nombor guna binary kod bagai? 


Ciptaan Allah ni Maha Hebat sehingga Allah berfrman: berkumpul semua manusia nak buat seekor lalat pun tak mampu, apatah lagi nak buat kuman? jadi pleaselah berhenti buang masa tuduh yahudi hebat sangat control dunia, lebih baik luangkan masa untuk kaji kebesaran Allah, dan ambil manafaat dari ciptaanya untuk selamatkan manusia dan selamatkan iman kita.


Bab vaksin ditemui, bersukurlah, doa kita dah makbul, dan Bila vaksin tu dengan izin Allah mampu buat perisai dalam dunia macam vaksin sebelum ini, sujud syukur lah kita sebab insyaAllah kita boleh kembali solat rapat, dan kembali boleh pergi haji tahun ini, amin…


Akhir kata: Siapa yang bersukur Allah akan tambah nikmat. Siapa kufur azab Allah amat pedih!


Ps: kesian tengok orang tua main internet bila dapat layan youtube dan facebook tapi berlagak macam sudah tahu semua benda padahal semua orang boleh share konten di youtube serta facebook, maka janganlah mudah tertipu, kajilah dengan rujuk pakar, jika malas nak kaji, cukuplah layan FB page keretamayat.

Woha!

Selasa, 12 Januari 2021

Politik

 Saja aku tulis kronologi di sini untuk kita semua tak lupa apa yang berlaku kat negara kita.


Dan untuk kita cerita kat cucu-cicik kita, betapa jadahnya politik Malaysia.


24 Februari 2020 – Bersatu umum keluar PH. Kenyataan dibuat oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


24 Februari 2020 – Tun Dr Mahathir umum letak jawatan sebagai PM. Secara automatik seluruh kerajaan PH tumbang.


Bersatu keluar PH khabarnya diputuskan MT. Tetapi Tun M letak jawatan PM tak ada perbincangan even dengan Majlis Presiden PH.


Ini dua tindakan besar yang memulakan segala huru-hara yang kita, rakyat hadapi hari ini. Ingat tu.


Masa tu, kes masih boleh dikawal. Muhyiddin jadi hero, keluar baca doa dan perutusan hari-hari tapi tak benarkan wartawan tanya soalan. 


Rupanya di sebalik doa dok merancang dengan Hamzah untuk rampas Sabah. Langkah pertama, lepaskan Musa Aman.


Musa Aman buat kerja. Akhirnya umum cukup majoriti untuk bentuk Kerajaan Negeri. Shafie Apdal menghadap TYT, cadangkan PRN dan dipersetujui.


Maka bermula huru-hara kedua. Terutama bila Ismail Sabri tiba-tiba ubah SOP kata yang pulang dari Sabah tak ada simptom tak payah kuarantin.


Masa tu kes Sabah dah 3 angka.


Lepas tu habislah kes terus mencanak naik. Entah berapa menteri positif.


Dari hari tu, sampai sekarang, UMNO malam-malam dok meeting. Najib dan Zahid buat move nak ceraikan UMNO dengan Bersatu sebab kes mereka tak nampak cara nak diselamatkan. Kes duit UMNO pun tak lepas-lepas sampai sudah. Mana UMNO tak marah.


Dari akar umbi sampai ke peringkat atasan, UMNO tak habis-habis bergaduh.


Akhirnya Annuar Musa kena pecat. Buat kenyataan media kata surat Zahid kepada Agong itu sahih. Lagi satu drama mula.


Lepas tu Jazlan umum tarik sokongan. Muhyiddin jadi 110. 


Semalam keluar satu notis, MP Padang Rengas akan buat kenyataan hari ni jam 2 pm. Khabarnya nak tarik sokongan kepada Muhyiddin juga.


109, secara asasnya kerajaan dah tak ada majoriti.


Tapi keluarlah berita, Agong perkenan darurat yang disyorkan PM semalam jam 5.30 PM.


Lihat permainan percaturan kuasa politikus elitis ini tuan2.


Kita ni dengan banjir tak surut2, kes canak naik, lepas tu ekonomi lembap, nak makan kita pun pening nak cari, mereka hari-hari meeting politik.


Hari ni tengoklah orang beratur kat KWSP last day nak ambik duit sendiri nak hidup.


Selepas PKP, darurat terus sampai Ogos. Darurat ni bererti, kerajaan ni kekal walaupun haram jadah punya tak kompeten dan haram jadah punya tak sedar diri yang merekalah punca semua ini.


Aku marah, aku bengang dan aku geram. Tapi aku tak boleh nak buat apa.


Kepada semua pemimpin yang mencatur semua ni samada depan2 atau belakang2, aku takkan maafkan korang sampai bila-bila.


Kau tak kenal aku dan kau tak akan menjawab pun pada aku. Tapi aku doa, kau hadaplah dengan Tuhan nanti dan kau jawablah dengan Tuhan.


Ini semua saham dosa yang kau kumpul sampai akhirat dan sampai padang mashyar nanti. Kau jawab semua ni depan Tuhan bersaksikan 32.7 juta rakyat Malaysia.


Tak kisahlah kau siapa, pak lebai pak ustaz pak melayu keris ke apa, atau pak penangguk pengikut atas nama agama ke apa, sebab kaulah rakyat semua kebulur.


Sejarah ni tak akan dilupakan. Sampai kau mati pun orang akan menyumpah nama kau.


Kami tak boleh balas apa kau buat, tapi Tuhan boleh.


- Ah, Netizen biasa

Ahad, 10 Januari 2021

Ready

 *DAH JADI BARU NAK KAJI*


Seorang nelayan melihat air laut surut dgn terlalu mendadak. Tanah yg dipijaknya terasa bergoyang². Beberapa hari yg lalu heboh, ikan² dr laut naik melompat² ke pesisiran pantai. Orang ramai hadir bersorak sambil menangkap ikan² itu.


"Petanda buruk!"


Si Nelayan pergi menghadap Dato' Bandar.

"Tuan, saya rasa ada perkara buruk bakal melanda bandar kita. Saya yakin bahawa tsunami akan menyerang kita!"


Dato bandar lihat si nelayan atas bawah. Sah! Cuma nelayan kampung yg pengetahuannya xdiiktiraf! 

"Kau jangan pandai² kaitkan apa yg berlaku skrg dgn bala yg Tuhan nak bagi.."


"Tapi tuan, berdasarkan pengalaman, penilitian dan pembacaan saya, tanda² sgt jelas dan ketara!"


Dato' bandar balas "Aku boleh percaya apa yg kau cakap! Kalau kau tu drp Jabatan Kaji Cuaca atau sekurg²nya kau tu Ahli Ramalan Cuaca! Nanti Tsunami nak datang, pandailah kami nak bertindak! Aku Dato' Bandar lah, aku lagi tahu!"


"Apa kata tuan hubungi pihak berkenaan dan nyatakan apa yg sy khabarkan nie? Ini soal nyawa tuan."


Dato' Bandar berang "Habis tu?! Kalau betul sekalipun apa kau cakap, kau boleh ke hadap Tsunami tu?! Kau lari jugak kan?! "


Si nelayan baru nak mencelah.


"Sudah! Kau balik sekarang orang gila, sengaja nak takut²kan penduduk bandar! Biar tanda² jelas Tsunami tu ada dahulu, Para Pengkaji Cuaca sahihkan, dan Siren di Pantai berbunyi baru kita akan lancarkan tindakan!"


Bukan itu sahaja, Dato' Bandar itu menghebahkan berita dari nelayan itu dlm keadaan mempersenda. Ramai yg tertawakan si Nelayan itu, xcukup yg menghina namanya, ada juga yg mencercanya.


Si nelayan balik ke rumah dgn hiba,namun semangat masih kental. Dikemasnya barang² keperluan, dikumpulkan sahabat² dan keluarganya yg yakin bala yg bakal tiba.

Mereka lengkap dengan persediaan untuk selamatkan diri.


Mereka pun bergerak keluar drp kota itu, sedang rakyat kota itu masih sibuk membahaskan, menggelakkan dan mencerca berita si Nelayan itu. 


Lusa setelah situasi itu, Tsunami betul² tiba. Ramai yg terkorban. Mereka sangka mereka sempat bersedia. Ada yg selamat namun anak isterinya terkorban. Ada yg terkorban tnp disedari krn tsunami yg melanda begitu pantas meragut setiap nyawa, menjatuh²kan stp tiang².


Mereka menyesal tak ambil peduli, akhirnya menjadi mangsa dimamah fitnah Dajjal.. eh Tsunami. 


Ambil peduli itu adalah langkah awal bagi petunjuk dan ilmu yg membawa kepada persediaan yg rapi.


Ramai yg salah faham.Sangkaan mereka, ambil tahu sekadar nafsu, seronok² sebar berita bukan² sebab taksub, saja² kaitkan sesuatu itu sekadar utk tambah pengikut. 


Hakikatnya ambil tahu Itu utk  bersedia kerana nak melarikan diri pun kena ada ilmu. Bala yang bakal tiba, Tuhan tidak sediakan pada kudrat manusia untuk melawan melainkan sedikit, namun Tuhan kurniakan akal untuk fikirkan persediaan dan kemungkinan.


Jgn tanya "Nak sedia apa??" kalau proses Ambil Tahu pun xlepas.

Sabtu, 9 Januari 2021

Mati

 What to do


Apabila berlaku kematian, memang x di jangka. Pagi sihat berjenaka, bila malam dah tiada. Sampai x tahu buat apa. 


Selepas selesai uruskan jenazah:


1.cari kad pengenalan arwah. Photostate banyak2 sbb bila nak buat tuntutan memang nak guna. Bila buat sijil kematian, kad pengenalan tu nanti akan di pulangkan ke jabatan pendaftaran.


2. Buat 1 fail, dalamnya masukkan sijil kematian,  salinan kad pengenalan, kad pengenalan ibu atau bapa jika ada, surat nikah, surat beranak dan kad pengenalan isteri/suami/anak2. Dokumen ni photostat dan sahkan salinannya banyak2 utk permudahkan urusan.


3. Claim Khairat kematian. Check sekiranya arwah ada keahlian bank, asb, koperasi, aim, socso, kwsp, kakitangan kerajaan, insurans atau mana2 yg sediakan bantuan pengurusan jenazah atau khairat kematian. Khairat ni perlu mohon segera sbb ada tempoh masa.


4. Insurans jika ada boleh claim segera, x kiralah samada berkelompok atau personal. 


5. Jika kerja kerajaan, bawa semua dokumen yg perlu ke pejabatnya. Urusan akan di buat oleh pegawai yg berkenaan. Jika pencen, boleh hubungi kwap(bahagian pencen). Nak mudah urusan, boleh google dulu apa dokumen yg perlu utk urusan berkaitan.


6. Jika kerja swasta, boleh claim kwsp atau socso(perkeso)


7. Boleh mohon bantuan zakat atau baitulmal jika hilang punca pendapatan. Mereka akan membantu.


8. Jika ada anak cacat, hubungi jabatan kebajikan utk bantuan.


9. Jika ada harta si mati, berurusanlah dengan pejabat tanah(kadar lebih murah) atau guna perkhidmatan amanah raya.


10. Ingat, wang khairat x perlu faraid,  gunalah utk urusan jenazah dan selebihnya untuk kelangsungan hidup yg tinggal.


11. Harta pusaka, serahkan pada haknya. Yg ni selalu complicated bila yg menuntut hak x ingat anak2 yatim yg di tinggalkan.


12. Jangan ingat segala tuntutan ini kerana tamakkan harta, tapi tuntutan ini dpt meringankan beban mereka yg ditinggalkan selamanya. Duit memang x boleh ganti insan yg disayangi tapi dpt membantu meneruskan kelangsungan hidup mereka yg ada.

Selasa, 5 Januari 2021

Duwet kotas

 Peralihan dari duit kertas ke duit digital dah nak complete.


Penggunaan duit kertas bila2 masa boleh diLINGKUPkan dengan sengaja


Apa akan jadi jika anda gagal setelkan hutang bila duit kertas lingkup yer?


bagi anda yang mempunyai hutang, perhatikan baik2 perkara berikut kerana KITA TAK PUNYA MASA


A) apa perlu buat jika masih ada hutang?

- buat senarai hutang yg ada

- catat siapa penerima duit hutang itu

- catat perbadanan/bank/institusi kewangan/ syarikat yg anda hutang

- kalau ia adalah orang perseorangan

- catat nama orang itu dan waris2nya

- bayar seperti biasa hutang2 anda jika masih bekerja atau berniaga


b) Kenapa perkara A) kena buat ?


- katakan anda bayar hutang mcm biasa


- anda bayar hutang dengan anggapan hari esok lusa akan berterusan seperti hari ini


- ya, boleh teruskan seperti ini boleh jadi hutang anda boleh selesai


- mungkin nanti anda dapat rezeki lebih boleh bayar lump sump


- teruskan cara ini kalau anda yakin baki hutang anda selesai lagi 3-4 bulan


- tetapi...

- tetapi tuan puan


- katakanlah semua nasihat2 kami menjadi realiti


- katakanlah kajian2 penganalisis matawang dunia menjadi kenyataan


- maka rujuk perkara C)


C) lagi apa perlu buat?


- keluarkan semua wang simpanan semampu anda (jika ada)


- jika hape pun takde, otak anda skrg dah kena ligat berfikir 180 darjah bagaimana utk setelkan hutang


- tinggalkan baki 40% dalam bentuk wang kertas untuk kecemasan dan keperluan bulanan sahaja


- simpan juga sikit dalam bentuk digital ke akaun digital antarabangsa seperti Paypal, atau Payoneer


- baki 60% lagi tukarkan terus kpd emas atau perak


- pastikan tukar kpd emas fizikal sama ada jongkong, dinar atau brg kemas


D) kenapa emas dan perak?


- katakan minggu depan pada jam 9:30 malam hari Khamis ekonomi USA lumpuh 100% di sana


- kami percaya, berdasarkan perkiraan kami


- keesokan harinya anda 100% tak boleh lagi keluarkan duit kertas dari mesin ATM dari mana2 bank di mana2 negara pun anda berada...


- ok macam ni...

- katakan akhirnya sistem lama kapitalis (duit kertas) lumpuh...


- rebakannya laju & keesokannya dunia akan berlarutan huru-hara...


- huru-hara di sini bermaksud...


- orang yang kerja bahagian akaun akan kusut & kacau bilau


- orang kerja bank akan tergendala sistemnya


- pentadbiran swasta & kerajaan akan menghadapi gangguan terlampau


- rekod2 nombor akan bercelaru akibat tiada kadar tukaran matawang


- semua akaun2 rakyat dlm bank akan diBEKUkan SERTA MERTA 


- duit yg ada dalam akaun tak boleh transfer atau dikeluarkan seperti yg berlaku di Australia


- secara ringkasnya, mesin ATM/CDM dah takde function lagi


- hanya sistem online sahaja akan aktif


- ketika itu mungkin tak ada lagi nama bank2 yang anda maksudkan itu


- kalau ada pun mereka akan tutup semua branch dan akan running online shj


- pembelian panik akan berlaku kerana berita tersebar


- katakan ada peniaga tak update dengan keadaan ekonomi semasa


- katakanlah anda pula sempat membeli bekalan makanan (tapi bertahan takkan lama punya)


- katakanlah kalau peniaga tu cerdik, dia taknak terima pun duit kertas sbb dah tak laku


- ketika keadaan ini wujud nanti...


- peranan sistem BARTER akan mengambil alih secara tak langsung


- fikir2kan, ketika penjual barangan harian taknak duit kertas, dengan apa anda nak BARTERkan ?


E) fikir2kan lagi

- Kalau anda dulu seorang jutawan tapi tak buat persiapan, anda mesti miskin papa kedana KETIKA itu...bukan mesti tapi PASTI.


- mereka2 yang buat persediaan akan menjadi kaya & survive


- padahal orang yang buat persediaan tu orang biasa2 aje, orang yang dihina kononnya


- bayangkan, orang2 yang menggadaikan emasnya di bank sebelum ini, jangan haraplah bank nak pulangkan


- siapa2 yang bukak akaun emas secara maya, jangan mimpi boleh dapat emas fizikal


- orang yang cagarkan barang kemasnya pula, lagilah takde peluang nak dapatkan balik


- fikir2kan lagi... orang yang langsung takde backup menyimpan emas atau perak, apa ikhtiarnya?


E) selain itu, siapa yang akan survive?


- peladang, pekebun & penternak (diorang takde emas & perak pun takpe, sebab orang akan cari diorang ni)


- mereka yg ada survival skill


- penduduk kampung atau pedalaman yg ada sumber alam seperti sungai, telaga, tasik, hutan sebab ia adalah tempat paling sesuai untuk survive


- bandar adalah kawasan bahaya ketika itu, sbb kes jenayah meningkat beratus kali ganda


F) KERAJAAN DIGITAL

- ketika inilah button kerajaan digital akan dirasmikan


- ketika ini kemungkinan Paus Roman Peter II akan berucap dari Tel Aviv, bukan dari Vatican lagi


- ketika ini, sistem matawang digital akan dijanakan perlaksanaan sepenuhnya


G) Jadi bagaimana pula mereka yang pernah ada hutang di zaman duit kertas tapi gagal langsaikan ???


- jawapannya ada 2 teori akan berlaku di sini ketika duit kertas sdg beralih ke duit digital


- SATU = sistem peralihan data2 hutang telah gagal (maknanya rekod hutang2 anda hilang begitu saja)


- DUA = sistem peralihan data2 hutang berjaya MAKA ANDA TAKKAN TERLEPAS


- dari hasil risikan kami, yg DUA lah yang akan jadi kenyataan


- sebab itulah dalam carta pyramid pagan, goyyim atau binatang ternak tak mungkin terlepas kerana rekod berada pada penternaknya


H) Kesimpulannya


- Jadi kepada yg nak terlepas dari dirantai, sila rujuk perkara A) dan C)


- untuk hutang sistem, tak perlu buat apa2 sbb for sure mereka takkan lepaskan anda selagi angka2 hutang anda masih dalam rekod mereka 


- kalau anda ada emas & perak atau tanah untuk disetelkan hutang anda, maka buatlah macam tu


- kalau anda takde hape nak bayar, bersedialah utk segala kemungkinan yg mereka akan buat kpd anda


- Untuk hutang perseorangan, pastikan anda tahu rumah2 mereka...pastikan orang2 itu masih hidup bersama waris2nya...


- kalau anda 1 hape pun takde nak bayar, pastikan anda mintak halal dari mereka...


- katakan semua hutang2 anda itu dihalalkan, tambah pulak dia orang Islam, dan dia redho...bertuahnya anda


- katakan dahla anda takde apa nak bayar hutang, pulak2 dia kafir, dia tak halalkan... habislah anda


- dan inilah yang paling kami gerunkan sekali kerana jika anda mati kalau dapat ke syurga sekali pun...tertahanlah anda di pintu syurga...


- Maka sempurnalah misi Lucifer(iblis) untuk meNERAKAkan seberapa banyak keturunan Adam di planet bumi...


Kaji jangan keji..

Jumaat, 1 Januari 2021

Ijazah sanad

 *-Adab menerima ijazah-*


Ramai kalau terima ijazah hanya akad Qabiltu, qabilna atau saya terima. Tapi kalau tengok kitab lama dan ajaran ulama tua, selepas ijazah diterima, adabnya kita mesti bacakan surah Fatihah dan dihadiahkan kepada baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم , para keluarga dan sahabat baginda, para masyaikh yang berada di dalam Sanad ijazah, serta kepada Khadim/pengijazah. Ulama tua kita sebut sebagai Amalan "pengesahan ijazah".


Kalau dalam tertib toriqat Chistiyyah yang kami amal, Rabitah dan itsal thawab dilakukan setiap kali sebelum beramal dengan mana-mana wirid. Begitu juga saya lihat diamalkan dalam tareqat lain. Contohnya tanah Melayu punya tareqat, amal yasin, akan ada doa hadrah pada permulaan untuk menghadiahkan surah Fatihah kepada Rasulullah, keluarga, sahabat, dan lain-lain arwah. MasyaAllah hebat adab ulama dulu.


Hari tu terbaca di posting sorang ustaz yang post tentang wirid ayat 4, ramai dok buat cerdik dalam tu katanya tak penting ijazah² ni semua, amal je, zikir ni untuk Allah, tak ijazah pun takde masalah.


Saya malas nak ulas panjang. Cuma saya nak cakap, pengalaman saya dan rakan-rakan seperjuangan saya, amalan bersanad/khusus, jika tidak diijazahkan, insyaAllah tidak berkesan. Ya, pahala tetap dapat jika sebut nama Allah, baca ayat quran, baca selawat. Tapi limpahan dan kesan kerohanian tu tak ada. Sebab Sanad tak hubung. Dan izin tidak diberi.


Ijazah bermakna izin. Mungkin ada yang akan try hard buat lawak yang ijazah ni macam ijazah sarjana muda kat universiti. Tapi makna sebenar ijazah ialah izin. Kalau tak ada izin masuk rumah, duduk lah kat luar. Kalau masuk jugak, itu menceroboh namanya. Jadi menceroboh amal tidak akan memberi kesan. 


Sama macam pernah sekali masyaikh tabligh pernah ditanya apa akan jadi kalau tak ikut tertib kerja tabligh yang betul? Maulana jawab,


"PAHALA DAPAT, ISLAH TAK DAPAT."


Terngiang benda tu sampai sekarang, dan itulah ajaibnya tertib dan ijazah. Allah pelihara warisan ini hanya untuk mereka yang ikhlas, tawadhuk dan taat, baru maksud dapat dicapai dengan izin Allah.


Tidak sikit pulak mereka yang "gila isim" bila amal amalan khusus tanpa ijazah dan Sanad. Kena faham dunia amalan ada yang khusus dan ada yang umum. Yang umum ni ialah semua amalan sunnah² nabi yang nabi dah ijazah umum untuk amal. Yang khusus pula ialah amalan yang diwarisi dari ulama terdahulu melalui rantaian Sanad khusus. Kita pulak tak paham dan main hentam je amal semua yang kita jumpa di internet, di buku. Samada kesan tak ada, atau kesan "salah". Silap amal, bukan malaikat datang, syaiton yang datang menyamar jadi malaikat.


Amalan secara "berijazah" merupakan warisan dari nabi sallallahu alaihi wasallam sendiri. Nabi selalu beri amalan umum, tapi ada sahabat yang nak amalan khusus. Yang mana amalan khusus tu, itu untuk dia je nabi ijazah. Contohnya hadis tentang seorang sahabat minta ijazah puasa setiap hari. Tapi nabi tak izin, suruh puasa Isnin Khamis je, tapi sahabat tu nak lebih, jadi nabi up ijazah kepada puasa Daud. Jadi dari situ kita tahu ada amalan umum dan ada amalan khusus. Zaman sekarang, kalau nak yang umum, boleh ikut pengajian hadis. Semua wirid dalam hadis yang nabi ajar boleh amal. Tapi kalau nak wirid khusus, kena bai'ah toriqah untuk ambil berkat sanadnya dan ijazahnya.


Ada juga yang sombong dan ego untuk ambil ijazah dari seseorang sebab banyak faktor, mungkin umur, ilmu, kedudukan, pangkat, Sanad tak tinggi dll.


Tapi ulama dulu telah ajar adab yang hebat apabila mereka menjalani latihan sufi dan berusaha bersihkan ego sombong yang mengiblis di hati dengan mengambil ijazah dari guru tua, guru sebaya bahkan lebih muda. Jadi mereka ada koleksi Sanad tinggi, sanad sederhana dan Sanad rendah. Barulah dikira sempurna sebagai seorang "musnid".


Oleh sebab itu ilmu tasawwuf dan mempunyai mursyid sufi sangat penting untuk membuang barah busuk dalam hati walau alim mana pun kita.


Salah seorang murid saya, bukan ustaz, orang awam biasa,  pernah dicium tangannya oleh Ustaz Muhadir Jol kerana mengambil ijazah durood 40 dari tangannya yang mengambil dari tangan saya, seperti yang diceritakan dalam status lama saya. Inilah ciri-ciri ulama sufi. Tawadhuk nya bukan dibuat-buat.


Selalu nampak habaib cium tangan budak-budak, sebab mereka rasakan budak-budak lebih mulia dari mereka. Ye lah, budak-budak suci, tak da dosa. Inilah tawadhuk, berbeza dengan orang takabur macam kita yang nak orang muda cium tangan kita sebab kita tua, mulia dan wajib dihormati.


Kalau kita berguru dengan guru sufi, tawadhuk akan masuk dalam hati.


Berguru dengan guru takabur, takabur akan masuk dalam hati.


Hal ilmu, itu beza. Hal tasawuf, satu sudut yang lain. Saya sendiri ambil ilmu dari semua mashaikh, bahkan guru saya di kalangan wahabi sangat ramai, saya tetap cium tangan mereka kerana muliakan ilmu. Cumanya untuk teladan, akhlak, Islah, tazkiyah, tentulah guru mursyid kita yang menjadi guru hidup mati kita. Kerana mursyid sufi memang khas bidangnya untuk buang penyakit hati dalam hati murid. Murid yang asal nya penuh dengan perasaan AKU, aku mulia, aku tak dosa, aku mustahil salah, aku lebih baik dari dia, aku lebih kaya, aku lebih berilmu, aku lebih lebih suci, akan dihentam sebersihnya oleh guru sufi sehingga AKU (Ana) mati dan digantikan dengan DIA (Hu). Masa tu barulah bebas menjadi hamba, bukan lagi perasan diri tuhan macam Firaun.


Jadi tak ramai yang berjodoh panjang dalam jalan ni kerana tak mampu nak "bunuh diri".


Semoga kita semua diberi Taufik dan  hidayah untuk mengamalkan nya.


Insyaallah, saya akan buka pengijazahan baru yang seterusnya tak lama lagi iaitu ijazah Makrifat Fatihah dan Pedang Al-Kursi. Boleh digunakan dalam perubatan Islam dll hajat mengikut pengalaman ulama yang ijazah sebelum ini.


 *Terima kasih atas sokongan semua, madrasah kami dah berjaya kumpul 62k untuk projek pembelian tanah dan pembangunan. Masih berbaki 440k 😘*


*Zakuan Faiz*

*Tanah Syam*

*25 Ramadhan 1440*