Isnin, 31 Mei 2021

Royo jowo

 Assalamualaikum w.w. 


Eid dalam Bahasa Jawa


Eid adalah istilah Bahasa Arab yang diterjemahkan sebagai Hari Raya dalam Bahasa Melayu, samada Hari Raya Puasa (Aidulfitri) atau pun Hari Raya Haji/Kurban (Aidul Adha). Namun dalam Bahasa Jawa terdapat banyak istilah yang selalu diguna yang memberi maksud Hari Raya. Di antaranya adalah Hari Raya, Lebaran, Botho, Ryioyo dan Ryiadi.


Lebaran dipercayai berasal daripada perkataan "wis bar" yang berarti sudah selesai, iaitu telah selesai ibadah puasa di bulan Ramadan. "Bar" adalah bentuk pendek daripada perkataan Jawa "lebar" yang artinya selesai. Namun istilah Lebaran ini kurang digunakan oleh masyarakat Jawa tetapi sebaliknya diucap oleh masyarakat Betawi. Masyarakat Betawi meluaskan erti lebaran dengan memasukkan maksud kelegaan hati setelah melaksanakan ibadah puasa, serta kegembiraan menyambut hari kemenangan.


Botho lebih kerap digunakan dalam perbualan biasa masyarakat Jawa. Ianya perkataan Jawa Ngoko yang sebenarnya berasal daripada perkataan Arab “ba’dha” yang berarti selepas atau pun selesai. Artinya selesai menunaikan ibadah puasa. 


Ryioyo adalah terjemahan langsung bagi Raya. Sama sebagaimana Botho, Ryioyo lebih kepada istilah Jawa Ngoko.  Namun dalam Bahasa Jawa (Kromo) yang lebih tinggi statusnya istilah “Riyadi” diguna untuk Ryioyo. Antara ucapan yang sering diguna adalah “Sugeng Ryiadin” yang bererti “Selamat Hari Raya”.


Dalam Bahasa Jawa terdapat satu lagi istilah yang terkait dengan raya, iaitu “Botho Kupat” , “Hari Raya Ketupat” atau pun “Lebaran Ketupat”. Hari raya ini lebih disambut secara individu pada hari ke 8 Syawal, iaitu setelah 6 hari berpuasa sunat bulan syawal. Ianya lebih bersifat Budaya Jawa dan tidak terkait dengan agama. Dipercayai budaya ini adalah lanjutan daripada budaya yang telah dirai sejak sebelum kedatangan Islam di Nusantara. Namun Sunan Kali Jaga (Wali 9) telah mengadaptasi amalan ini untuk diserasikan dengan ajaran Islam pada sekitar abad ke 14.


Secara umum ketupat adalah salah satu makanan istimewa Hari Raya masyarakat Melayu. Ketupat adalah makanan yang dibuat dari beras yang dimasukkan ke dalam anyaman daun muda kelapa (janur). Janur merupakan kependekan daripada kata Jawa “Jatinining nur” yang bermaksud “memiliki cita-cita untuk mencapai cahaya Illahi dengan hati yang bersih”.

“Ketupat” berasal dari kata “Kupat”. Kupat merupakan singkatan daripada perkataan “Ngaku Lepat” dan “Laku Papat”. 


Ngaku Lepat yang bermaksud mengakui kesalah dan memohon kemaafan dilakukan oleh masyarakat Jawa melalui tradisi “balalan/sungkeman” di hadapan saudara mara yang lebih tua. Pengakuan dan permohonan maaf ini kebiasaannya dilakukan dengan penuh perasaan dengan bait2 ayat dalam Bahasa Jawa Kromo yang khusus. Umumnya balalan memperlihatkan bagaimana seorang anak bersimpuh dan meminta maaf pada orang tua, tidak angkuh, memuliakan orang tua, serta selalu memohon bimbingan mereka.


Laku Papat diartikan ke dalam empat istilah, yakni “Lebaran“, “Luberan, “Leburan“, dan “Laburan“.  

Lebaran berarti berakhir ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan dan meraikan hari kemenangan.

Luberan bermakna meluber atau melimpah, sebagaimana air yang melimpah dari bekasnya. Istilah ini bermaksud untuk membahagi2kan berkah/rezeki yang ada kepada orang yang lebih memerlukan.

Leburan berarti melebur habis. Ia bermaksud saling bermaaf-maafan untuk meleburkan dosa antara satu dengan yang lain, melalui balalan/sungkeman. 

Laburan berasal dari kata Labur atau Kapur yang memiliki warna putih dan dapat menjernihkan, sama seperti hati manusia selepas lebaran ketupat.


Selamat menyambut Botho Kupat kepada yang meraikannya pada hari ini 8 syawal 1441.

Ahad, 30 Mei 2021

Realiti

 BAGAIMANA ROCKEFELLER MENGHANCURKAN PENAWAR SEMULAJADI & MENCIPTA BIG PHARMA


Pengarang, Chris Kanthan, telah menulis artikel yang luar biasa tentang bagaimana keluarga Rockefeller melemahkan masyarakat moden dengan banyak cara, tetapi yang tidak disedari oleh kebanyakan orang adalah betapa mereka menghapuskan penawar semula jadi.


Nama keluarga Rockefeller dikaitkan dengan penghancuran ubat semula jadi atau alami yang telah diamalkan manusia selama ribuan tahun demi untuk mencipta industri farmaseutikal yang menghasilkan banyak wang. Inilah yang ditulis oleh Chris untuk 'World Affair'


Manusia 'moden' hari ini akan memandang anda seperti orang aneh jika anda bercakap mengenai sifat penyembuhan tumbuhan atau amalan holistik lain. Sama seperti perkara lain, terdapat banyak politik dan wang di sebalik sistem perubatan moden kita.


Semuanya bermula dengan John D. Rockefeller (1839 - 1937) yang merupakan pembesar minyak, baron perompak, jutawan pertama Amerika, dan pemonopoli setiap industri.


Menjelang abad ke-20, dia menguasai 90% semua kilang minyak di A.S. melalui syarikat minyaknya, Standard Oil, yang kemudiannya dipecah menjadi Chevron, Exxon, Mobil dll. Pada waktu yang sama, sekitar tahun 1900, para saintis menemukan "petrokimia" dan kemampuan untuk membuat semua jenis bahan kimia dari minyak. Sebagai contoh, plastik pertama - yang disebut Bakelite - dibuat dari minyak pada tahun 1907.


Para saintis menemui pelbagai vitamin dan menduga bahawa banyak ubat farmasi boleh dibuat dari minyak. Ini adalah peluang indah bagi Rockefeller yang melihat kemampuan memonopoli industri minyak, kimia dan perubatan pada masa yang sama! Perkara terbaik mengenai petrokimia ialah segala sesuatu dapat dipatenkan dan dijual dengan keuntungan yang tinggi. Tetapi ada satu masalah dengan rancangan Rockefeller untuk industri perubatan: ubat-ubatan semula jadi / herba sangat popular di Amerika pada masa itu.


Hampir separuh doktor dan kolej perubatan di A.S. mengamalkan perubatan holistik, menggunakan pengetahuan dari Eropah dan Orang Asli Amerika. Rockefeller si pemonopoli, harus mencari cara untuk menyingkirkan persaingan terbesarnya. Oleh itu, dia menggunakan strategi klasik "penyelesaian masalah-reaksi." Iaitu, buat masalah dan menakut-nakutkan orang, dan kemudian tawarkan penyelesaian (yang telah dirancang sebelumnya). (Mirip dengan ketakutan keganasan, diikuti dengan "Patriot Act").


Dia pergi ke temannya Andrew Carnegie - seorang plutokrat lain yang menghasilkan wangnya dari memonopoli industri keluli - yang merancang skema. Dari Yayasan Carnegie yang berprestij, mereka menghantar seorang lelaki bernama Abraham Flexner untuk mengelilingi negara dan melaporkan status kolej perubatan dan hospital di seluruh negara. Ini membawa kepada Laporan Flexner, yang melahirkan perubatan moden seperti yang kita ketahui.


Tidak perlu dikatakan, laporan itu membincangkan mengenai perlunya penambahbaikan dan pemusatan institusi perubatan kita. Berdasarkan laporan ini, lebih daripada separuh daripada semua kolej perubatan. Homeopati dan ubat-ubatan semula jadi diejek dan ditipu; malah doktor dipenjara.


Untuk membantu peralihan dan mengubah pemikiran doktor dan saintis lain, Rockefeller memberikan lebih dari $100 juta kepada kolej, hospital dan menubuhkan kumpulan depan dermawan yang disebut "General Education Board" (GEB).


Dalam masa yang sangat singkat, semua kolej perubatan diselaraskan dan dihomogenkan. Semua pelajar belajar perkara yang sama, dan perubatan adalah menggunakan ubat yang dipatenkan. Para saintis menerima geran besar untuk mengkaji bagaimana tumbuhan menyembuhkan penyakit, tetapi tujuannya adalah untuk mengenal pasti bahan kimia mana yang berkesan, dan kemudian mencipta bahan kimia serupa - tetapi tidak serupa - di makmal yang boleh dipatenkan. Pil untuk orang sakit menjadi mantera perubatan moden.


Sekarang, 100 tahun kemudian, kita melahirkan doktor yang tidak tahu apa-apa tentang khasiat pemakanan atau ramuan atau amalan menyeluruh secara alami/semulajadi.


Seluruh masyarakat yang diperbudak oleh syarikat Rockefeller untuk kesejahteraannya.


Amerika membelanjakan 15% daripada KDNKnya untuk penjagaan kesihatan, yang semestinya benar-benar disebut "rawatan sakit." Ia difokuskan bukan pada penyembuhan, tetapi hanya pada gejala, sehingga menciptakan pesakit/pelanggan berulang.


Tidak ada penawar untuk barah, diabetes, autisme, asma, atau bahkan selsema. Ini adalah sistem yang diasaskan oleh oligarki dan plutokrat, bukan oleh doktor.


Untuk barah/kanser, American Cancer Society ditubuhkan oleh Rockefeller pada tahun 1913. Pada bulan kesedaran kanser payudara ini, sangat menyedihkan apabila melihat orang-orang dicuci otak mengenai kemoterapi, radiasi dan pembedahan.


Kita ditipu selama ini dan kita kononnya merasa bangga dengan kemajuan teknologi sedangkan kita telah meninggalkan segala yang semulajadi demi untuk mengkayakan industri Big Pharma ciptaan John D. Rockefeller dan keturunannya sehingga ke hari ini.


-Juan Casablanca

Sabtu, 22 Mei 2021

Sunnah isteri

 Adat Melayu vs Sunnah Islam Dalam Rumahtangga... 


Adat :


Isteri hidang makanan utk suami, isteri berdiri tepi...apa2 tak cukup, isteri kena tambah...hbis suami mkn, isteri kena angkat pinggan suami dan basuh...pastu bru isteri boleh mkn... 


Sunnah :


Rasulullah s.a.w mengajak isteri Baginda makan sepinggan dgnnya...Rasulullah s.a.w hanya menggunakan 1 cawan dan Baginda minum di tempat yg sama yg diminum isterinya...Rasulullah s.a.w juga menyuap isterinya makan...


😊👍


Adat :


Bila suami balik, makanan wajib ada bwh tudung, atas meja...


Sunnah :


Rasulullah s.a.w pulang ke rumah lalu melihat tiada makanan utk dimakan...ini kerana isteri Baginda belum ke pasar...Lantas Rasulullah s.a.w menyoal Saidatina Aishah, "Belum ada makanan ya Humaira?"


Saidatina Aishah menjawab belum ada kerana beliau belum ke pasar lagi...


Rasulullah s.a.w terus berkata, "Jika begitu, aku puasa saja hari ini..."


😊👍


Adat :


Isteri kena hantar suami smpai depan pintu rumah, isteri kena tunggu suami balik depan pintu rumah...


Sunnah :


Pernah sekali Rasulullah s.a.w pulang ke rumah dan Saidatina Aishah telah terlelap tidur. Baginda masuk perlahan2 ke dalam rumah dan Baginda tidor di luar bilik kerana tidak mahu membuatkan isterinya terjaga dari tidur...


😊👍


Adat :


Keje2 rumah semuanya tanggungjawab isteri...tanggungjawab suami ialah kluar mencari rezeki sahaja...


Sunnah :


Rasulullah s.a.w sering membantu isteri Baginda selepas Baginda pulang ke rumah...Baginda merupakan seorang pemerintah, pemimpin umat islam...Byk perkara yg Baginda kena fikirkan dan lakukan...namun Baginda masih menolong isteri Baginda melakukan keje2 rumah...


😊👍


Adat :


Kedudukan suami itu tinggi...isteri perlu taat dan hormat walau mcm mna pun keperibadian seorang suami tu...


Sunnah :


Rasulullah s.a.w pemimpin tertinggi umat islam...namun bila pulang ke rumah, Baginda merupakan org yg paling bertolak ansur dan lemah lembut dgn isteri...Baginda sedikit pun tidak meninggikan suara terhadap isteri Baginda...


Bahkan Baginda bersabda, "Sebaik-baik kalian ialah yg paling baik terhadap isterinya, dan aku baik terhadap isteriku..."


😊👍


Adat :


Seorang isteri wajib pandai memasak...suami dah bayar hantaran tinggi, klu tak pandai masak, maka isteri tu tak setimpal dgn wang hantaran yg dibayar...


Sunnah :


Ada satu ketika di mana Saidatina Aishah masak sesuatu dan ianya masin...Lalu Rasulullah s.a.w panggil Saidatina Aishah dan menyuapnya makan...tersedarlah Saidatina Aishah yg makanan itu masin dan Rasulullah s.a.w sedikit pun tidak menunjukkan muka yg kurang senang dgn masakan tersebut...


😊👍


Adat :


Isteri yg menyiapkan pakaian suami dari membasuh, mengeringkan, melipat dan menggantungkan baju suami...


Sunnah :


Rasulullah s.a.w menjahit dan menampal sendiri bajunya yg koyak tanpa perlu menyuruh isterinya...


😊👍


Kesimpulannya, amalkanlah sunnah dlm kehidupan rumahtangga berbanding adat...tak salah utk ikut adat, tapi biarlah bertempat...jgn terlalu menjunjung adat sehingga memudaratkan dan menghambakan org lain yg ada didalam rumahtangga tersebut...


Saidatina Aishah berkata, "Kalau Rasulullah s.a.w berada dirumah, Baginda Nabi selalu membantu urusan rumahtangga..."


Kalau Rasulullah s.a.w yg dijamin syurga pun boleh buat mcm ni, kita yg tiada jaminan syurga ni, takkan semudah ini pun tak nak ikut dan amalkan dlm rumahtangga...? Pahala free je ni klu ikut...


Renung-renungkan...✌️


Kredit: Tanyalah Ustaz

Jumaat, 21 Mei 2021

Guru

 Buat yang bernama GURU..


Seorang guru telah sediakan satu white board..di tempat yang bebas dan terbuka. Disediakan juga marker pen berwarna-warni di situ. 


Datang seorang pelajar yang gagal satu subjek, lalu dia menulis di white board, 

_*guru ini baik tapi tidak pandai mengajar*_...


Tak lama kemudian datang seorang pelajar pandai, lalu dia menulis di white board, 

_*guru ini sangat baik dan sangat pandai mengajar*_, 


Datang seorang pelajar yang gagal banyak subjek..lalu menulis..

_*guru sekolah ini  tidak berkualiti..tidak pandai mengajar. _*


Tatkala riuh di sekolah, datang seorang pelajar score A dalam semua subjek..lalu ia menulis di white board itu..

*_sekolah ini amat bagus sekali, guru-gurunya sangat baik hati...sangat memahami dan suka membantu pelajarnya.._*


Datang seorang bekas pelajar sekolah ini yang amat berjaya dalam hidupnya, lalu menulis di white board..

*_sekolah ini amat berjasa, membawa berkat kepada ku dan guru-gurunya sangat pandai mengajar dan mendidik ..*_


Kemudian datang seseorang yang tak dikenali lalu menulis di white board itu..

*_buang masa mendengar apa yang cikgu cakap dan tiada apa-apa aku dan anak aku dapat di sekolah ini.*_


Kemudian datanglah pengetua sekolah itu lalu memadamkan semua yang tertulis di white board itu..


terpadamlah semua tulisan di white board itu.. white board itu kembali putih dan bersih..


*Pengetua itu berpesan kepada gurunya*...


’’Janganlah risau kata orang, kerana setiap orang membaca dunia/hidup seseorang (tak kira bidang pendidikan/bukan) dengan tafsiran pemahaman dan pengalaman yang berbeza"


Teruslah melangkah selama engkau berada di jalan dan laluan yang benar..meski pun terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai..


Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada sesiapa pun....


Yang menyukai dan menghargai mu, tak perlu tahu semua kebaikan yang kamu lakukan.. 


dan yang membenci mu, tidak akan percaya tentang kebaikan yang masih ada pada diri mu.


Hidup bukan siapa yang terbaik..

tetapi hidup tentang siapa yang hendak berbuat baik & yang sentiasa memperbaiki diri


Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza, pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua hambaNya...


*Kita bukan sesiapa untuk menilai orang lain. Sebaik-baik penilai adalah Tuhan yang MAHA MENGETAHUI.*


Bahagia atau derita,  hidup mesti diteruskan. Kaya atau miskin, teruskan berusaha. Hanya kita mampu mengubah diri kita. Cipta bahagia ikut acuan sendiri. Corak hidup kita dengan warna warni kehidupan ikut kemampuan sendiri. Kata-kata yang baik jadikan azimat. Kata-kata nista dan cemuhan mahupun kutukan dan fitnah, biarkan ianya berlalu dibawa angin. 


Bahagia milik semua orang. Hidup senang dan tenang tidak semestinya dengan punyai wang yang banyak dan harta benda dunia yang melimpah ruah. Kita bahagia, kita tenang dan senang dengan apa yg ada. Tingkatkan sifat syukur. Insyaallah bahagia datang,  derita berlalu pergi


Ingat, siapa pun anda, usah terlalu fikirkan kata-kata orang lain. *Pujian* dan *kejian* , kedua-duanya *UJIAN* .


SELAMAT HARI GURU...


*"BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU"*


Terima Kasih Cikgu!

Khamis, 20 Mei 2021

Debt

 *HUTANG PENYEBAB ISLAM KEHILANGAN UTHMANIAH, PALESTINE DAN AL-AZHAR. KENALI DAJJAL MELALUI SURAH AL-KAHFI - JANGAN SAMPAI SEJARAH INI BERULANG DI ‘SINI’*


Penat kita dengar pelbagai resolusi PBB tentang isu Palastine naik turun naik turun namun akhirnya tidak boleh buat apa-apa juga. Ini kerana pengambilan tanah oleh Israel itu sebenarnya telah berlaku secara SAH dari sudut sejarah. 


Mungkin ramai akan marah jika diberitahu bahawa Palestine sebenarnya bukan dirampas oleh Israel, tetapi sebenarnya telah DIJUAL secara licik oleh pemimpin Islam yang termakan hasutan Dajjal.


Sama seperti bagaimana tanah milik FELDA yang bertukar tangan kepada sebuah syarikat lain. Tiada apa boleh dilakukan kerana prosidurnya adalah sah. 


Baca sampai habis untuk tahu bagaimana ia dikatakan satu transaksi yang SAH. Cuma yang melakukan transaksi itu sahaja yang jahat lagi bodoh dan mudah diperbodohkan.


*PUNCA KEJATUHAN KEKHALIFAHAN UTHMANIYAH*


Kekhalifahan Islam Uthmaniyah telah mewakili umat Islam di seluruh dunia dengan satu central power di Turki. Itulah yang mewakili KITA. 


Menjelang kejatuhan, Khalifah sangat boros sehingga sanggup membina Istana Dolmabache berharga 35 ton emas (sekitar RM 6.3 Billion) dengan kemewahan melampau. Kononnya mahukan 'European look'. 


Padahal istana Topkapi yang sedia ada dan bercirikan Arabic juga sudah terlampau mewah. Jaraknya pun hanya sepalaungan sahaja dari Istana Dolmabache.


Kos pentadbiran kerajaan pula terlampau mewah namun untuk membina jalan keretapi penting dalam empayarnya pun tidak mampu. Akhirnya, terpaksa membuat satu pinjaman pada tahun 1854 dengan bunga yang kemudiannya ditanggung oleh KITA sehingga 100 tahun lamanya. 


Pinjaman dibuat dari French & British Bank. Umum tahu bahawa inilah strategi Rothschild selaku penguasa dunia melalui kartel perbankannya di seluruh dunia. Hanya beberapa negara yang diperangi seperti Cuba, North Korea dan Iran sahaja yang masih tinggal tanpa menggunakan ‘franchise bank negara’ di negara mereka. 


Di Malaysia sekarang, kita cuba untuk berbaik sangka dengan apa yang dicaturkan oleh pemimpin negara demi nasib anak bangsa di bumi tercinta. Rata-rata rakyat bimbang dengan projek mega seperti ECRL, Pelabuhan Kuantan, Forest City, Bandar Malaysia dan Melaka Gateway. China kelihatan sangat bermurah hati memberikan dana. 

Sepertimana dialog dalam filem Madu 3, “Baikkk? Baik ada makna tuuu...!!!”


Begitu jugalah halnya dengan China. Baiknya mereka juga “ada makna”. China mahu mengatasi dominasi Rothschild melalui kartel perbankan dunia dengan membuat jerat hutang yang sama juga. Hari ini jerat kewangan melalui pinjaman-pinjaman itu sedang ditabur di seluruh dunia. 


WANG MUDAH itu amat merisaukan KITA. Sampai hari ini, kita belum jelas apakah pajakan dan cagaran kepada hutang kita kepada China. Kita harap ia bukan satu hutang bercagar, tetapi berupa join-developement atas satu kepentingan bersama. Semoga PM akan jelaskan segera kepada kita. 

  

Dalam keadaan gelap begini, kita perlu disuluh dengan maklumat dan kefahaman yang jelas. Sebagai hamba rakyat, kita tidak tidak mahu hidup dalam kegusaran yang berpanjangan. 


*KEGUSARAN RAKYAT AKAN HUTANG NEGARA*

 

Yang paling membuatkan kita sangat takut pada hari ini ialah kehilangan kedaulatan seperti mana hilangnya kedaulatan Islam di Turki. Selepas jatuh ke tangan Rothschild, Ottoman Public Debt Administration (OPDA) ditubuhkan. OPDA memasuki empayar Uthmaniah mengikut jalan depan secara sah untuk mengambil alih administrasi empayar ini. 


Fungsi OPDA kononnya mahu menguruskan percukaian untuk dibayar terus kepada mereka buat melunasi hutang yang banyak itu. PADAHAL itulah sebenarnya satu penjajahan halus tanpa perlu bertumpah darah. 

 

Kedaulatan Uthmaniah dirogol beramai-ramai oleh British dan Perancis. Mereka memasuki empayar KITA atas nama OPDA yang anggota administrasinya berjumlah 9,000 orang. Sebenarnya jumlah itu merupakan satu kerajaan jelmaan yang benar-benar menjalankan tugas seperti sebuah kerajaan dalam kerajaan. 


Waktu itu, kekhalifahan KITA hanya jadi boneka perlambangan satu kuasa yang tidak lagi berkuasa. Setelah kekhalifahan bertukar kepada Sultan Abdul Hamid II, baginda cuba membetulkan semula kesilapan khalifah sebelumnya, namun semuanya sudah terlambat. 


*KERANA HUTANG, PALESTINE DAN AL-AZHAR TERGADAI KE TANGAN AGEN ROTHSCHILD*


OPDA bukan sekadar menjajah Turki seperti dalam peta hari ini, tetapi telah turut berjaya menggadaikan wilayah jajahannya termasuk Palestine dan al-Azhar. Kerana itu jangan pelik jika hari ini Saudi boleh bersuara menyebelahi Israel dan USA secara terbuka. Mengapa? 


Kerana mereka terjerat dengan sejarah nenek moyangnya. Itulah Sharif Hussein, gabenor Hijaz ketika zaman Uthmaniah yang telah membuat satu perjanjian rahsia dengan “Dajjal”.


Kononnya Dajjal berazam membantu bebaskan Hijaz dari Uthmaniyah dengan syarat mereka akan serahkan Wilayah Palestine kepada British & France selaku penaja kepada pembebasan mereka dari Uthmaniyah. 


Dari situlah bermulanya penjajahan ke atas Palestine. Walau pun berlaku tentangan sebelumnya, akhirnya Palestine dilepaskan juga dalam perjanjian bersama Dajjal.

 

Dalam situasi Uthmaniyah yang sudah nyawa-nyawa ikan, Sharif Hussein dihasut untuk memberontak termasuk dibekalkan dengan senjata oleh British. Kononnya selaku Bangsa Arab dan berketurunan Nabi, mereka lebih berhak memerintah Jazirah Arab dan menjadi Khalifah umat Islam. Tidak perlu bernaung di bawah Uthmaniyah yang berbangsa Turki. 


Ketika itu beliau memang benar-benar sudah kemaruk untuk bertakhta menjadi Sultan. Dipendekkan cerita, beliau akhirnya dikhianati pula oleh British yang beralih menyokong lawannya, iaitu Ibn Saud untuk merampas kuasa. Dari situlah bermulanya Negara SA'UDI yang bermaksud ‘Negara Milik Sa'ud’ dan Palestine diserahkan kepada British.


Untuk mudah faham, MISALNYA JIKA PAHANG dibebaskan dari Malaysia atas bantuan British, maka ‘bayaran’ untuk bantuan itu ialah British mahukan PEKAN. Selebihnya Pahang boleh tadbir. PEKAN itulah umpama wilayah Palestine dan selebihnya itulah Saudi.  


Pada tahun 1875, semasa Uthmaniyah sudah tidak mampu lagi melunaskan hutang-hutang dengan tingginya kadar bunga, maka Wilayah Uthmaniyah di Mesir juga turut tergadai kepada Rothschild dan negara yang bersekutu dengan mereka. 


Amat menyedihkan apabila Al-Azhar yang menjadi nukleus kemajuan ilmu Islam ketika itu secara rasminya turut bertukar tuan kepada Rothschild. Mereka bijak kerana tidak memusnahkan Al-Azhar, malah terus mendanainya. 


Namun begitu, mereka tubuhkan panel ulamak sendiri untuk mengawal ilmu dalam institusi itu. Mereka tidak mahu ilmu yang disampaikan akan membangkitkan Islam semula. 


Universiti al-Azhar asalnya dibina oleh kerajaan Fatimiyyah di Mesir (909-1171). Kaherah dijadikan sebagai pusat pemerintahannya dan Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Dahulu, masjid sememangnya merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan. 


Pada abad ke-12, dengan kejatuhan Dinasti Shia Fatimid, Sultan Saladin (pengasas Dinasti Ayyubid Sunni) menukar Al-Azhar menjadi pusat pembelajaran Sunni Shafi'ite.


QS 18. Al-Kahfi 1. “Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al-Kitab (Al-Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya”. 


Begitu jugalah kerja Dajjal yang sentiasa berusaha ‘membengkokkan’ kefahaman kitab suci kita. Setelah berkuasa, Rothschild dan sekutunya meletakkan ‘nose-ring’ kepada Al-Azhar supaya mereka mengikuti telunjuknya secara halus tanpa diketahui umum sehingga ke hari ini. 


Pada tahun 1961, Al-Azhar dirombak lagi di bawah Presiden Mesir ke-2, Gamal Abdel Nasser. Beberapa ‘fakulti sekular’ turut ditambah ke universiti tersebut. Dari situ kelainan 'roh pengajian' dari Universiti itu semakin berleluasa.


*KESAN HUTANG PADA ANAK BANGSA KITA DI ZAMAN INI – ANALOGI LEBAH BERGANTI LABAH-LABAH*


Hari ini, Malaysia dilihat turut mencaturkan pembangunan negara dengan hutang juga. Kebetulan ada nilai sentimental yang sama dengan hutang Uthmaniyah, iaitu terkait dengan pembinaan jalan keretapi juga. Dejavu sungguh….


KITA harap pemimpin negara sudah mengkaji apa yang telah berlaku pada kerajaan Islam Uthmaniyah ini. Harapan kita agar anak cucu kita tidak perlu membayar hutang-hutang ini, ketika pembuat hutang itu telah pun lama mati. 


Kita berdoa agar Putrajaya tidak akan mengalami nasib yang sama, hilang hak ke atas negara bila mana semuanya terpaksa melalui MPDA (Malaysia Public Debt Administration) tajaan China pula. Itulah satu set kerajaan yang boleh ‘menjelma’ dalam kerajaan kita dan dianggotai sepenuhnya oleh penguasa China… “Nauzubillahi min zaalik”.


Bukan Malaysia sahaja yang ditawarkan hutang oleh negara Tanah Besar itu. Thailand nampak bijak kerana menolak terma pinjaman dari China yang menyatakan mereka boleh merampas aset-aset kerajaan sekiranya pinjaman yang dibuat tidak dilunasi. 


Nasib Zimbabwe, Sri Lanka dan Djibouti berkaitan hutang dengan China pun perlu kita pelajari juga. 


Kita doakan, pemimpin kita masih bijak dalam mengatur nasib bangsa dan kedaulatan negara. Semoga semua kerisauan ini tidak benar dan ada penjelasan lain yang lebih rasional dari pemimpin kita. Bimbang sekali jika sejarah kejatuhan Uthmaniyah ini akan berulang kembali di sini. 


Dahulu nenek moyang kita hidup jadi kuli ladang. Apabila ladang dijual kepada pemilik lain, maka tanpa sedar para ‘pekerja’nya turut ‘dijual’ dan bertukar ‘tuan’ juga. Tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku lagi pada kita jika tidak berjaga-jaga. Hari ini pun nama sahaja Tanah Melayu, namun banyak manakah lagi tanah yang masih jadi milik orang kita?


Wallahualam...

Rabu, 19 Mei 2021

Covid

 Pesanan utk semua


JANGAN SOMBONG KETIKA WABAK.


Musim wabak melanda ialah musim yang sepatutnya menjadi ruang untuk kita bermuhasabah dan bertaubat kepada Allah. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, Ahli Bait عليهم السلام, para sahabat عليهم الرضوان, salafus soleh dan para wali Allah. Musim wabak menuntut kita untuk sentiasa merendah diri di samping berikhtiar untuk keluar daripada wabak dengan pelbagai sebab duniawi dan ukhrawi yang ada. 


Namun sayangnya, ketika pandemik C19 sedang melanda negara kita dan dunia umumnya, ada segelintir orang yang bersikap sombong. Kesombongan ini dipamerkan melalui ketidakpatuhan pada SOP, acuh tak acuh pada jangkitan wabak, cemuhan, cacian dan kejian pada pihak-pihak tertentu. Sikap sombong inilah yang menyebabkan balasan Allah datang dengan segera.


Ketika wabak mula-mula melanda negara, ada penduduk kampung yang dengan angkuh berkata bahawa wabak ini tidak akan sampai ke kampung. Namun, balasan Allah segera sampai. Ada kampung yang terpaksa dikenakan PKPD kerana penularan wabak. Ada masjid di kampung yang terpaksa ditutup malah muncul juga kluster masjid yang terletak di kampung.


Ketika kami menjalankan pemantauan di beberapa masjid dan surau berkaitan kepatuhan SOP, ada jemaah yang kurang senang. Malah ada rakan-rakan penguatkuasa agama yang dicemuh, “Saya Dato’ ......., you gred berapa? Siapa pegawai atasan you? Saya nak cakap pada pegawai you tu...,” kata seorang yang bergelar Dato’ apabila ditegur kerana tidak patuh SOP. Dia lupa bahawa apabila kematian akibat Covid melanda, pangkatnya itu tidak berguna lagi. Malah, dia mati seorang diri. Waris terdekat tak dapat menatap wajahnya, tak boleh menguruskan jenazahnya dan tak boleh mendekatinya. Siapa yang uruskannya? Petugas kesihatan dan petugas urusan jenazah C19.


Pernah ada kes kematian akibat C19, seorang waris terdekat pun tak dapat hadir untuk pengecaman kerana semuanya dikuarantin dan dimasukkan ke wad akibat positif. Terpaksa menanti waris jauh untuk hadir melakukan pengecaman. Sedih dan simpati melihat keadaan ini. Mati seorang diri tanpa orang tersayang di sisi, diuruskan oleh orang yang tak dikenali dan dikebumikan tanpa waris dapat mendekati. 


Sekarang pun dapat dilihat betapa banyak kluster berkaitan keagamaan yang muncul. Majoritinya daripada masjid dan surau. Institusi suci dan mulia ini tercemar akibat kesombongan segelintir ahli masjid wal surau. Cemuhan, cacian, dan kejian dihamburkan kepada penguatkuasa agama. Bermula cacian peringkat rendah hinggalah peringkat tinggi. Tanggung dosalah, jawablah di akhirat nanti, anjing kerajaan, walaun, binatang yang terkeji lagi hina, lebai Covid, ahli bidaah, munafik, kafir dan sebagainya. Ya, balasan Allah itu segera. Kini masjid dan surau pun tak terlepas daripada diserang wabak.


Sikap ini juga tanpa sedar turut disuburkan oleh segelintir agamawan. Menerusi kuliah agama dan tulisan di media sosial, mereka menyindir, menghukum pihak tertentu sebagai jahil, takutkan virus, tak takut Allah dan seumpamanya. Orang awam pun terjebak sama ekoran sikap segelintir agamawan ini yang akhirnya mengheret para mufti dan alim ulama ke dalam kancah untuk dihina, dicaci, dicemuh dan pelbagai lagi sikap buruk. Tambahan pula dengan kemunculan golongan teori konspirasi. 


Sombong ialah maksiat. Malah sombong yang bersarang di hati walaupun sebesar atom boleh menghalang daripada masuk ke syurga. Lebih malang lagi apabila kesombongan bergabung dengan kebodohan sebagaimana yang ditunjukkan oleh segelintir orang. 


Apa yang saya coretkan di sini adalah berkenaan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir orang. Walaupun segelintir, mereka inilah setitik nila yang merosakkan sebelanga susu. Sombong tidak mengenal sesiapa. Lebih malang apabila agamawan dan ahli masjid wal surau ditimpa penyakit hati ini. Kami memohon ampun dan ‘afiah daripada Allah. 


Inilah coretan pengalaman yang disulami dengan luahan perasaan. Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan selalu bertaubat. Moga Allah ampuni saya dan kita semua serta mengangkat wabak ini dengan segera.


Patuhi SOP itu sebahagian ikhtiar kita. Sebahagian lagi melalui doa, munajat, rasa rendah diri, rasa berdosa dan taubat.


Allah jaga kita. 


Kredit:

Ust. Danial Farhan Dolmat.

JHEAINS.


دانيال فرحان دولمات

Makang

 "Sorry la. Tak makan ikan sungai. Hanyir". 


"Aku takkan makan petai plastik tu. Hancing". 


"Eiii...kuatnya bau tempoyak ni. Pening". 


"Makanan sini semua tak sedap. Tak puas hati langsung aku". 


"Ikan jenis macam tu aku bagi kucing aku je makan".


Ada. Memang ada orang macam ni. Apa saja yang dia punya, bagus. Apa saja yang orang ada, tak elok. Menghinanya tu bukan setakat terhenti pada sifat dan barang, lalu akhirnya jatuh pada menghina rezeki Tuhan. Makanan.


Saya ingat lagi seorang kawan ni. Suka makan rebung. Satu hari masa dia tengah makan dekat dalam pantri, ada kawan lain masuk. Kawan yang ni kata," Eh...apa bau hancing ni?". Saya tengok kawan ni tutup bekas makanan dia. Perlahan-lahan pergi buang dalam tong. 


Lepas tu setiap kali makan, dia duduk di kaunter atau kantin. Makan sorang-sorang. Malu nak join makan dalam pantri lagi.


Dulu ada orang datang rumah ayah. Dia bawa makanan 2-3 bekas dari kampung. Dia suruh panaskan. Ajak makan sama-sama. Masa nak panaskan tu, salah satunya basi. 


Saya tengok ayah ambik, simpan dekat tempat beku. 


Masa dia tanya mana lagi satu lauk, ayah saya bukak peti dan tunjuk makanan dekat tempat beku tu. 


"Ni lauk dah banyak. Yang ni simpan tempat beku. Ni feveret ni. Nanti aku panaskan sikit-sikit kendian nanti". 


Bila orang tu dah balik, baru ayah buang lauk yang dah basi tu. 


Dulu saya tak faham. Kenapa tak cakap jujur je makanan tu basi. Kan berkata benar itu benar. 


Sekarang bila saya dah tahu masak. Dah tahu penatnya masak. Dah tahu penatnya cari duit untuk beli barang masak. Dah tahu masak itu bukan setakat masak tapi ada ingatan, kasih sayang, panas, letih dan semuanya, saya faham. Apa yang ayah buat tu betul. 


Kita ada baki sikit pun makanan yang kita masak dah tak elok, sayang dan sedih rasa nak buang. Apatah lagi kalau makanan satu bekas dah rosak. 


Tentu orang itu pun akan suruh buang kalau tahu makanan tu basi. Pasti dia tak teragak-agak suruh letak dalam tong sampah. 


Tapi memikirkan susah payah, ingatan, seronoknya, bahagianya dia masak nak bagi orang jauh ni makan, menjaga hati dia adalah pilihan yang lebih baik pada masa itu. 


Sifat ayah itu menjadikan kami rasa semua makanan sedap. Tak ada yang tak sedap. Semua okay. Masin, tawar, manis, pahit, cukuplah rasa di tekak. Lalu simpan di hati.


Suka, makan.

Tak suka, sorok-sorok letak tepi. 


Ada benda. Kena belajar tahan mulut kita. Lagi-lagi benda milik orang. Yang kita, suka hati kitalah kita nak komplen apa. Yang orang punya, tahanlah. 


Jangan sebut. 


Itulah akhirnya tanda kita orang yang memiliki adab dan peribadi.


Kredit : Siti Suryani Yaakop 

#kaknis

Isnin, 17 Mei 2021

AJK masjid

 1. Mesyuarat Pertama AJK Masjid : 

 = Kita bahagi kupon kepada jemaah supaya kehadiran jemaah tidak melebihi kuota yang ditetapkan. 

Semua setuju.... Sokong.. 


2. Mesyuarat kedua AJK Masjid : 

= Kita dapat aduan, tak adil bahagi kupon. Sb AJK akan bagi kupon pada kroni2 sahaja. 

= Ok. mesyuarat setuju. Kita bahagi kupon ikut kawasan rumah / lorong2. 


3. Mesyuarat ketiga AJK Masjid : 

= Kita dapat aduan, AJK main ikut suka bagi kupon. Yang tak pernah nampak masjid sebelum ni dapat kupon. Padahal datang solat seminggu sekali je. Yang kaki masjid tiap2 hari ni. tak dapat kupon. 

= Ok. mesyuarat setuju. kita bahagi kupon kepada ahli2 masjid, sebagai tanda menghargai, merekalah yg menghidupkan masjid sebelum2 ini. 


4. Mesyuarat keemapt AJK Masjid :

= Kita dapat aduan lagi. Asyik bagi kupon kepada geng2 masjid je. Kalau bukan geng2 masjid ni, kira tak layak  la nak masuk syurga jugak? sepatutnya, masa ni la kita pilih2 yg bukan kaki masjid untuk diberi kupon, supaya mereka mula dekat dengan masjid dan terpaksa hadir masjid sebab dapat jemputan. Ini la peluang nak dakwah. 

= Ok. mesyuarat setuju. kita bahagi kupon kepada muka2 yang jarang2 atau memang tak nampak ke masjid. moga mereka juga rasa terpilih untuk ke masjid. 


5. Mesyuarat kelima AJK Masjid : 

= Kita dapat keluhan lagi dari penduduk. Kenapa AJK dapat kupon tiap2 minggu. Jemaah yang tiada jawatan ni kadang2 dapat kupon., kadang2 tidak dapat kupon. 

= Ok. mesyuarat setuju. AJK tukang bahagi kupon je. Untuk AJK tak boleh ambil. bagi peluang pada jemaah lain yg tiada jawatan. biar sorang dua je AJK yg boleh hadir solat. 


6. Mesyuarat ketujuh AJK Masjid : 

= Kita dapat makian dari penduduk. Ada yang dapat kupon tapi tak hadir solat. Membazir je kouta yang diberikan. Sebaiknya bagi awal pada jemaah kupon tu, supaya jemaah ready yang mana boleh hadir, yg mana tidak boleh hadir, akan pulang semula kupon tu. 

= OK. mesyuarat setuju. Kita bahagi awal kupon dan yang tidak hadir selepas dapat kupon, kita blacklist kan dia. 


7. Mesyuarat kelapan AJK Masjid : 

= Ada jemaah marah. yang dapat kupon buat2 lambat datang solat. sebab mereka dah tahu, mereka dapat kuota tu, mereka lambat2 pun takpe. Sedangkan ada yang cuba datang awal. tp takder kupon, tetap tak boleh masuk. Zalim betul. Patut yang datang awal bagi je masuk. 

= Ok. Mesyuarat setuju. Siapa datang awal, dia dapat masuk. cukup kouta yang ditetapkan. kita tutup pagar. 


8. Mesyuarat kesembilan AJK Masjid : 

= Jemaah marah lagi. Main siapa cepat dia dapat ni tidak adil. sebab ada yang datang tunggu awal untuk waktu solat jumaat je. solat lain tak datang. saya yg datang tiap2 waktu ni, bila terlambat sedikit masa jumaat. saya tak benarkan masuk sb alasan kuota dah penuh. sedangkan saya ni tiap2 waktu hadir. patutnya untuk jumaat ni, bagi je la ke muka2 yang tiap2 waktu hadir solat ni. 

= Ok. Mesyuarat setuju. SEMUA AJK dihantar ke HOSPITAL SAKIT MENTAL. Selesai masalah. haha


Gambar sekadar hiasan

Sabtu, 15 Mei 2021

Hari Guru

 Kerjaya Guru, Ibadah Aku


Usai sahaja sesi pengajaran terakhir di penghujung semester, ini menjadi ungkapan wajib aku kepada para pelajar aku,


"Izinkan Sir meminta balasan bagi setiap ilmu yang Sir telah kongsikan kepada kamu. Andai kita bersua kembali di Hari Hisab kelak, jika kamu melihat Sir bakal dicampak ke Neraka, maka segeralah menarik Sir dan menyatakan saksi akan segala ilmu dan keikhlasan yang Sir telah curahkan kepada kamu. Moga-moga Allah mengampuni dan meredhai kita semua".


Setiap kali ungkapan ini aku sampaikan kepada mereka, tampak wajah aku seolah-olah bergurau, namun jauh di sudut hati ini, remuk membayangkan kalau-kalau usaha murni mendidik anak bangsa yang aku curahkan tidak diterima oleh Allah, sebak. Walau bersahaja dalam kata-kata aku, memang benar-benar aku harapkan apa yang aku pinta kepada pelajar. Ianya tidak selayaknya dikatakan 'permintaan' tetapi lebih kepada 'amanah' aku kepada mereka.


Sering bermain di fikiran seolah-olah dialog aku kepada Allah, 


"Ya Allah, hamba-Mu ini bukanlah daripada kalangan yang baik amalannya, yang kuat imannya, yang banyak sedekahnya, malahan sering dan terlalu banyak dosa-dosa yang aku lakukan. Namun aku amat suka mengajar, aku bersungguh-sungguh dalam menjadikan pelajar-pelajar aku memahami apa yang dipelajari, kehidupan aku kini pun banyak terluang dengan kerjaya aku sebagai guru. Maka, ikhlaskanlah hati aku dalam usaha mendidik anak bangsa ini, moga-moga Engkau terimanya sebagai ibadah, menjadi asbab keampunan dan keredhaan-Mu terhadap hamba ini".


Ya, kerjaya guru buat aku bukan sekadar punca mencari rezeki! Ianya lebih besar daripada itu. Ianya ibadah buat diri aku yang serba kurang ini. 


Hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW:

 

مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ


“Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang  mengamalkannya sedikitpun”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]


Menyedari akan hakikat bahawa mengajar ialah suatu ibadah, sudah pasti seboleh-bolehnya aku tidak mahu mengotorinya dengan niat dan perbuatan yang salah. Setiap kali memulakan sesi pengajaran, aku meminta agar para pelajar aku membaca doa belajar, dan aku juga tidak berkecuali. Aku titipkan doa antaranya seperti ini,


"Ya Allah permudahkanlah urusan kami khususnya dalam aku menyampaikan ilmu-Mu dan para pelajar aku memahaminya. Ya Allah, bukan aku yang memberi kefahaman, dan bukan pula ilmu yang disampaikan ini milik aku".


Apabila pelajar-pelajar, rakan-rakan sekerja memuji-muji kaedah pengajaran aku yang menjadikan mereka mudah faham, sudah pasti sebagai pendidik, aku amat gembira. Aku gembira kerana aku berpeluang memudahkan urusan orang lain dan dapat sedikit sebanyak membantu mereka.


Dari Abu Hurairah R.A., Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).


Namun, kadang-kadang aku sedih dan takut, kalau-kalau terdetik di hati ini rasa bangga, riyak, ujub dan takbur kerana kononnya, pelajar aku mampu memahami dek kerana kehebatan diri sendiri yang hebat dalam mengajar, merasa diri ini lebih baik daripada rakan-rakan pengajar yang lainnya. Allahu...Allah jualah yang memberi izin bagi segala sesuatu untuk berlaku, sedangkan aku sama sekali tiada upaya.


Genap 5 tahun dalam ibadah khusus aku ini dan sudah pasti perjalanan aku masih jauh. Moga-moga Allah pelihara hati ini agar terus semangat dan ikhlas dalam mendidik. Keberkatan daripada-Nya aku dambakan moga-moga semakin meningkat kualiti pengajaran aku sesuai dengan keperluan zaman. 


Tulisan ini aku tujukan buat diri aku dan rakan-rakan seperjuangan dalam bidang pendidikan. Mudah-mudahan saat aku lupa dan leka, tulisan ini menjadi peringatan...BUKAN! Menjadi amaran kepada diri ini, kerjaya guru ini, ialah ibadah. Saat aku tidak yakin dengan amalan aku lainnya, aku amat berharap mengajar menjadi ibadah yang mampu menyelamatkan aku daripada kemurkaan Allah. Justeru, saat dalam ibadah, harus aku jaga kesuciannya, pelaksanaannya, bukan sambil lewa, bukan suka-suka!


SELAMAT HARI GURU!


Sir Raja,

Pendidik

Channel YouTube: https://cutt.ly/ibXYlzL

NGO

 TEKNIK-TEKNIK BUAT DUIT DENGAN NGO UNTUK KAU JADI KAYA!


Korang perasan tak, dah makin ramai orang buat NGO. Korang juga perasan tak, orang yang run NGO ni biasanya takda kerja tetap, tapi survive je. Mana diorang dapat duit?


Sebenarnya, bukan tunggang agama je boleh buat duit. Tunggang NGO pun boleh buat duit. Sebab tu kau perasan ramai yang all out kutip derma, sampai sanggup tekan ads, billboard, dan bayar iklan masuk media. Sampai ada yang sanggup berhenti kerjalah, full time dengan NGO dia!


Korang tau tak yang bank negara (BNM) allow mana-mana NGO collect derma dan ambil up to 30% dari duit derma sebagai charge pengurusan. Kalau kau berjaya collect RM100k, kau boleh guna RM30k sebagai pengurusan. Begitulah seterusnya.


Bila NGO tu kau yang control. Kau CEO, kau founder, kau pengerusi. Mestilah kau ada kuasa penuh. Hujah biasa puak ni, orang derma atau infaq disebabkan dia. Orang pecaya dia. 


Berikut cara mereka bikin wang dengan NGO!


1. GAJI. 


Kutip derma atau infaq. Set gaji or elaun sendiri, masuk dalam charge pengurusan.


Dengan charge pengurusan nilah, kau boleh bayar sewa pejabat, bayar gaji crew dan juga gaji kau! Kau dibayar untuk buat baik. Benda yang kau suka. Bukan susah kan? Ada NGO yang kaya collect derma letak gaji RM20k tau dekat pengerusi dia!


2. SUPPLIER.


Kutip derma atau infaq. Kau sendiri jadi supplier.


Kau buat announcement yang kau nak sedekah facemask dekat B40 dari PPR. So kau cari orang nak infaq or derma. Kau sendiri supplier. Lepas dah collect duit derma dan infaq tu, NGO kau beli dekat kau facemask tu full price. So, kau dapat sales.


3. KRONI.


Kutip derma atau infaq. Kroni kau yang supply. Kau cashout tepi.


Kau minta derma untuk buat rumah asnaf, duit dah dapat. Kau lantik kawan kau jadi kontraktor. NGO kau bayar dia, dia kasi kau 10%!


4. BUAT PROGRAM BISNES.


Kau guna NGO kau buat program waqaf sambil berbisnes.


Dia kumpul orang, collect sorang RM1000 untuk beli ayam serama, jadi return 50/50. 50% ke asnaf, 50% ke pelabur. Kalau fail, dia akan return 50%. Beramai-ramailah masuk sebab nak tolong asnaf. Dia tak buat pun bisnes tu. Dia ambil 50%, dia return 50% seperti dalam agreement.


5. 100% KEUNTUNGAN UNTUK INFAQ!


Kau declare yang 100% keuntungan bisnes kau, akan kau infaq ke NGO kau.


Jadi beramai-ramailah orang membeli di kedainya. Walhal dia dah set gaji dia berpuluh ribu. Cover semua cost dah. Untung RM10, bagi semua RM10 pun kira 100% juga.


6. INVESTMENT UNTUK ASNAF.


Kau collect derma untuk NGO kau, kata kau akan invest dalam business. Nanti pulangan, boleh bagi dekat asnaf di bawah NGO.


Dia invest dekat company dia sendiri, or kroni-kroni dia. Bila rugi, dia cakaplah, investment mana ada janji untung. Itu riba. Ada yang lagi hampeh, dia buat main saham.


7. BELI HARTA UNTUK NGO.


Kau collect derma atau infaq untuk NGO kau, kau beli harta kau sendiri untuk cashout.


Kau ada van buruk. Kau sesak nak duit. So, kau collect derma untuk beli van kau yang kalau kau jual sendiri, takda siapa nak beli. Jadi kau guna power kau untuk NGO kau beli van buruk kau. Kautim!


8. LANTIK SYARIKAT SENDIRI.


Kau sebagai founder NGO kau, kau lantik kedai runcit kau jadi food bank orang miskin.


Siapa bayar kedai runcit tu? NGO tula bayar. Kau jangan pelik, walaupun kedai runcit tu kosong, tak meriah. Tapi nanti sales dia berpuluh juta! Semua salea itu dari NGO yang dibayar dengan duit derma  atau infaq korang.



Setakat ni 8 style ni la yang aku kesan. Kalau ada lagi, korang tambahlah. Sebab itu korang jangan pelik puak ni sanggup ni buat team publisiti ramai-ramai, dengan cameraman, soundman, content writer, video editor, designer. Siapa bayar semua tu? The more donation coming in, the merrier the NGO pocket.


Kalau dapat RM100,000, RM30,000 kau boleh enjoy as operation. Kalau kau dapat collect RM1,000,000, RM300,000 kau ambil. Kalau kau dapat collect RM100,000,000, RM30,000,000 kau boleh enjoy dengan NGO kau.


Ia legal dan tak salah di sisi undang-undang. Sebab itu makin ramai buat. Kerja senang bro. Bukan duit kau. Orang bayar kau untuk kau buat baik. Kau dapat duit, kau nampak baik. 


Cuma aku tertanya-tanya, masa kau buat derma atau infaq tu, kau memang dah redha ke RM100 kau nak bagi dekat asnaf tu, hanya sampai RM70? RM1,000 kau tu sampai kat asnaf RM700 je. Ke korang tak tau?


Kau jangan terkejut orang yang run NGO kaya ni, dia jadi kaya raya rasanya sebab duit derma tu je. Ada yang sampai kahwin 2,3. Entah berapalah gaji dia set dekat diri dia. Kita tak boleh lepas ke situ. Unless MA (management account) dia terbocor lah.


Ada yang lebih traditional, door to door kutip derma, tunggu dekat bank, mall. Korang ingat diorang fi sabi lillah? Tidak. Ada komisen diorang nanti. 30% ma, pandai-pandailah bedak-bedak nanti. Setiap orang orang ada bahagian masing-masing.


Jadi, kau jangan pelik boss-boss NGO ni rilex je full time dengan NGO. Hidup steady, kereta steady, berjalan oversea. Sebab semuanya sudah ditanggung. Mereka dibayar untuk buat perkara yang mereka suka.


Siapa yang tak suka hulur derma tapi dapat gaji? Kau pun nampak baik..


😜


Kredit: Aliff Ahmad III

Jumaat, 14 Mei 2021

Bantuan الله

 *Kenapa Allah tak tolong orang Palestin?*


Ada kisahnya..


Satu hari, sewaktu Nabi Muhammad SAW sewaktu melihat Sahabat di seksa akibat masuk islam, Nabi yang ketika itu tak mampu buat apa apa, sebab belum ada kekuatan tentera dan sebagainya, telah berkata:


“Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”


Maka ucapan yang sama kita ucapkan: “Bersabarlah Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”


Balik kepada Palestin, anak Tanya, Kenapa Allah tak tolong orang Palestin?


Maka wahai anakku - rujuk kisah Sumayyah.


Adakah Allah tak tolong Sumayyah? Salah tafsir pertolongan Allah dalam bentuk matrial atau fizikal semata mata, pertolongan adalah bila Allah teguhkan Iman Summayah hingga mati syahid dan di janjikan Syurga.


Sebab tu Nabi pesan perkara yang sama, teguhkan iman itu penting! Jangan terkena penyakit Wahan (cintakan dunia, takut mati). Mati kena seksa bukan kegagalan, mati tak beriman itu lah kerugian yang besar.


Secara hakikatnya, negara merdeka bukan kejayaan. Negara perang bukan kegagalan, tapi mati beriman dalam negara merdeka atau perang.. itulah kejayaan.


JIka mati tak beriman, dalam negara merdeka pun rugi, perang apatah lagi?!


Jadi bantuan yang sebenar adalah bila Allah teguhkan keimanan kita hingga mampu mati dalam islam! Itulah bantuan sebenar!


Sebab ada kisah Nabi terdahulu yang di pancung, di gergaji, dibunuh, semua itu bukan bermakna Allah tak bantu, tapi teguhnya keimanan mereka sewaktu menjelang ajal, itulah bantuan terbesar!


Jadi kita doakan, orang palestin dikuatkan Keimaman, dan mendapat bantuan fizikal serta rohani.., amin Ya Rabbil Alamin..


Bab mati perang ni, Nabi dah tahu, satu masa sahabat akan berperang sesama sendiri, Aisyah akan berperang dengan Ali, Cucunya akan dibunuh, semua Nabi tahu, dan Nabi tak mampu ubah semua takdir Allah dalam bab ujian terhadap umat islam, tapi Nabi doa agar keimanan kita semua kuat dan kukuh waktu hadapai ujian. Sebab masalah besar, bukan bagaimana kita mati? Tapi ADAKAH KITA MATI BERIMAN ATAU TIDAK? Itu yang besar!


Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.


Tuan puan, kita tengok cina non muslim mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?


Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!


Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.


Uztaz Ebit lew cerita kisah betapa syukurnya emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.


Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.


Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.


Sabda nabi ﷺ maksudnya,


الدُّعَاءُ مُخُّ الْعِبَادَةِ

“Doa adalah otak Ibadah.”


Maka di Pelestin, orang yahudi mati masuk neraka, dan Orang islam yang beriman mati masuk syurga! Doakan Iman mereka terus teguh dan kita bantulah apa yang mampu.


Mereka sedang di uji dengan perang, doakan mereka wahai anak, agar sentiasa kuat Iman di dada dan Dibantu Allah dunia akhirat.


“Bersabarlah Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”


*Bab perang pula..*


Al kisahnya, awal islam, Nabi Muhammad SAW yang tak mampu tolong umat islam di seksa teruskan berdakwah cari pengikut, hingga Nabi sendiri di ancam bunuh, lalu Nabi Hijrah ke Madinah atas perintah Allah untuk usaha atas kenabian.


Pendek cerita, Perang Badar berlaku, seribu kafir Mekah datang nak serang Madinah, tapi kalah apabila umat islam bertawajuh pada Allah, bersama bantuan dari langit telah datang.


Kemudian berlaku perang Ahzab, gabungan semua orang kafir nak serang madinah, Nabi guna strategi Salman Al Farisi, dengan menggali parit, buatkan musuh terhenti di tepi parit, dan pasukan Nabi sukar di serang sebab sudah kuasai bukit dan perigi. Nabi Juga kaedah melaga lagakan musuh hingga mereka bergaduh sama sendiri, Juga bantuan Ribut kencang, maka musuh telah pun kalah.


Akhirnya Nabi dan tentera masuk Mekah secara rombongan macam perarakan Maal Hijrah, lalu semua orang kafir menyerah, dan Mekah di kuasai oleh orang Islam selamanya sampai hari ini.


Maka untuk menang perang, Rasulullah SAW telah tunjukkan, jika kekuatan tak sama tidak ada masalah, namun strategi perang itu penting, dan tawajuh pada Allah jangan tinggalkan, InsyaAllah akan mampu beri kemenangan. Namun jika kalah perang pun tetap menang kerana kejayaan adalah mati dalam agama islam.


"Ya Allah kau bantulah semua umat islam di seluruh dunia, sungguh antara kami ada yang ditindas, Kau bantulah, antara kami ada yang sakit, kau sembuhkanlah, antara kami ada yang bergaduh, Kau damaikanlah, antara kami ada yang diliputi beban beban, Kau ringanlah, antara kami ada yang berhutang, kau permudahkanlah, antara kami ada yang rosak iman, Kau Baikilah, antara kami ada yang tidak membantu, Kau Gerak gerakkanlah"..


Mereka Merancang, dan Kau Juga merangcang, dan Kaulah sebaik baik perancang, Tiada daya upaya melainkan dengan IzinMu.


Jika tiada dalam takdirMU akan bantuan Fizikal, cukuplah bantu Rohani kami agar teguh Keimanan sampai mati, asal Kau Redha!


Amin Ya Rabiil Alamin! 🤲

Palestin

 Ramai yang meminta saya mengulas mengenai isu di Palestin.


Disebabkan ramai yang dah ulas dari satu sudut. Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi dari satu sudut pandang berbeza pula tentang Palestin.


...

1. Serangan tentera IDF ke atas Palestin tahun ini bukan kali pertama berlaku dalam bulan Ramadhan. Perkara ini sentiasa berulang-ulang setiap tahun.


2. Saban tahun, memang tentera Isreal akan menggunakan kekerasan terhadap umat Islam di Palestin setiap kali tibanya HARI JUMAAT TERAKHIR dalam bulan Ramadhan.


3. Mengapa hari Jumaat terakhir? Kerana pada hari tersebut disambutnya HARI AL-QUDS sedunia oleh para negara MUQAWAMAH. Tak tahu apa itu Muqawamah? Boleh tekan google cari siapakah mereka.


4. Hari Al-Quds disambut 2x setahun. Pertama iaitu pada hari Jumaat terakhir setiap bulan Ramadhan. Kedua, iaitu pada tanggal 21 Ogos setiap tahun. Kedua-duanya mempunyai simbolik tertentu pada isu Palestin dan diraikan bersama diserata dunia.


5. Tentera Isreal akan mulakan keganasan dan kekerasan mereka dengan menyerang warga Palestin yang beribadah di Al-Aqsa pada tarikh berdekatan dengan hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan.


6. Korang boleh check bila yahudi zionis tu mula serang penduduk Palestin setiap kali bulan Ramadhan dan korang akan jumpa jawapannya. Tarikhnya pasti berdekatan dengan hari Jumaat terakhir Ramadhan setiap tahun.


7. Mengapa serang umat Islam pada tarikh tersebut? Ia sebagai simbolik satu kejayaan besar bagi orang yahudi zionis kerana dapat mengganggu ibadah umat Islam sekaligus menganjing umat Islam disaat umat Islam menyambut hari Al-Quds sedunia.


8. Biasanya setelah keganasan bermula, pasti ada tindak balas dari penduduk Palestin sendiri. Di Jerussalem, rakyat Palestin menyerang tentera yahudi dengan batu. Manakala di Gaza, berlaku serangan balas menggunakan roket.


9. Menurut kepercayaan karut yahudi, jika mereka terkena lemparan batu dari umat Islam, hidup mereka umpama telah terkena badi. Kerana itu rakyat awam Palestin walaupun hanya menggunakan batu kerikil, begitu berani menyerang tentera yahudi yang lengkap bersenjata. 


10. Walaupun beberapa hari sebelum Eid Fitr disambut diseluruh dunia, tentera yahudi masih mengasari penduduk Palestin dan menyerbu Al-Aqsa. Bagi umat Islam, menyambut Eid Fitr adalah satu kejayaan setelah sebulan berpuasa. Bagi yahudi zionis, mengasari umat Islam adalah kejayaan mereka dan pahala buat mereka.


11. Apa yang berlaku ini sama sekali tidak akan memadamkan semangat beribadah dalam kalangan penduduk Palestin. Sehari sehelum Eid mereka diserang, tapi malam tadi (waktu Malaysia) mereka dengan berani tetap berkumpul di Al-Aqsa untuk menunaikan solat hari raya Eid Fitr.


12. Manakala di Gaza pula, terdapat kumpulan bersenjata Hamas yang memiliki roket yang disupply oleh negara Muqawamah kepada mereka sebagai bekalan untuk melindungi penduduk dan melancarkan serangan balas terhadap IDF. Kumpulan ini digelar Murobbitoun dan sebahagian lainnya adalah Briged Izzuddin Al-Qassam.


13. Selain Hamas, masih ada banyak paksi perjuangan rakyat Palestin antaranya Liwa Al-Quds, Jihad Islam Palestin, dll. Kebanyakan mereka telah dilatih oleh tentera dari negara Muqawamah dan mendapat kelengkapan persenjataan dari negara tersebut.


14. Sehingga kini, rakyat Palestin berjuang atas kemampuan dan kapasiti yang mereka ada dengan bantuan dana dan persenjataan negara Muqawamah tersebut.


15. Negara Turki TIDAK termasuk dalam kalangan Muqawamah bahkan Turki itu sendiri adalah kawan baik kepada negara haram Isreal. Turki merupakan negara Islam PERTAMA yang menormalisasikan hubungan dua hala dengan Isreal.


16. Semua video yang tersebar kononnya tentera Turki sudah sampai di Palestin adalah TIDAK BENAR. Itu adalah video yang di edit dari video tentera Turki yang menceroboh di Syria dan video di Ukraine.


17. Gambar tentera Turki yang kononnya sudah tiba di depan Al-Aqsa juga adalah PALSU dan diedit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Di Al-Aqsa, penduduk Palestin masih boleh beribadah dengan bebas dan mereka juga bersolat Eid beramai-ramai pada malam tadi (waktu Malaysia). Boleh tonton video sebagai tatapan bukti.


18. Eid Al-Fitr disambut meriah di Al-Aqsa dengan kehadiran beribu-ribu umat Islam yang menunaikan solat hari raya beramai-ramai. TIADA lagi penjarakan sosial ketika mereka beribadah, TIADA lagi pemakaian face mask dan TIADA lagi SOP WHO yang karut di Al-Aqsa. Jauh berbeza daripada kita di Malaysia yang tiada zionis di negara ini, namun masih berpegang teguh dengan sunnah WHO yang tiada kejayaan ini.


19. Selain itu, negara Malaysia juga TIDAK pernah menghantar bantuan persenjataan atau ketenteraan kepada rakyat Palestin. Malaysia juga secara sulit sebenarnya telah memperakui Isreal sebagai sebuah negara seperti termaktub dalam passport kita semua.


20. Gambar tentera Al-Qassam yang memakai pakaian celoreng mirip ATM itu diimport dari negara tertentu yang mana Malaysia juga mengimportnya dari sana. Kebetulan designnya hampir sama kerana pengeluar boleh sahaja menirunya seakan-akan sama.


21. Realitinya, negara kita tidak terlibat dalam bantuan persenjataan dan ketenteraan di Palestin. Sebaliknya negara kita memang banyak menyumbang dari segi kewangan untuk pembangunan setempat bagi rakyat Palestin dan bekalan makanan sahaja. Di Gaza misalnya, banyak kebun moden, kolam ternakan ikan dan kilang roti yang dibangunkan hasil dana rakyat Malaysia.


21. Walaubagaimanapun, 90% dana yang disalurkan oleh rakyat Malaysia melalui NGO yang mengatasnamakan Al-Aqsa, TIDAK pernah sampai ke Al-Aqsa sebaliknya banyak yang hilang ditengah jalan. Pengakuan ini dibuat sendiri oleh Menteri Waqaf Palestin pada tahun lepas dalam satu sidang media.


22. Namun, saya tidak menafikan sebahagian besar sumbangan rakyat kita memang sampai ke Gaza untuk tujuan pembangunan Gaza dan bekalan makanan disana. Namun, untuk Al-Aqsa ianya tidak sampai.


23. Hari ini terlalu ramai orang mengambil kesempatan atas isu Palestin sama ada untuk mencari pengaruh, mengutip wang dan lain-lain kepentingan tertentu organisasi mereka.


24. Hari ini kita semua telah membaca kononnya negara Turki sedang giat dalam usaha untuk membantu Palestin. Erdogan dilihat mengambil kesempatan untuk meraih populariti agar dipandang tinggi oleh masyarakat Islam dunia.


25. Hakikat sebenar Erdogan dalam diam berkawan rapat dengan musuh-musuh umat Islam. Kedutaan Isreal bebas dibuka di Turki. Kedutaan Turki juga ada di Tel Aviv. Berpuluh penerbangan terus ke Tel Aviv telah terbang setiap hari dari Ankara. Bertan-tan bekalan pembangunan Isreal juga diimport dari Turki saban tahun. Hubungan diplomatik dan ekonomi dua hala antara Turki - Isreal telah lama wujud. Amat janggal apabila melihat Erdogan kononnya ingin menghancurlumatkan Isreal yang menindas Palestin.


26. Selain berkawan baik dengan Isreal, Turki juga merupakan antara punca utama ketidakstabilan negara umat Islam di Syria. Turki merupakan hab pengganas seluruh dunia yang ingin masuk 'berjihad' di Syria. Turki juga telah menceroboh negara berdaulat Syria sejak akhir 2017 yang lalu. Jika hendak diceritakan, banyak lagi yang tidak baik mengenai Turki moden ini. Jauh panggang dari bara api jika kita percaya Erdogan hendak menjadi pembela umat Islam diseluruh dunia.


27. Jadi jangan terpedaya dengan berita palsu pihak Turki yang hanya mahukan merit populariti disaat umat Islam saudara kita di Palestin dibom oleh yahudi zionis. Sesungguhnya malapetaka besar di Palestin yang sedang berlaku ini, hakikatnya Turki merupakan antara penyumbang utamanya. Tak percaya? Sila google...


28. Dalam kesempatan yang ada, saya ingin mengajak semua agar tidak lagi tertipu dengan pihak-pihak yang mengambil kesempatan atas kesengsaraan umat Islam di Palestin. Hentikan penyebaran berita khayalan pihak-pihak yang mengambil kesempatan atas kesengsaraan umat Islam Palestin. Sebarkan berita yang benar dan sahih sahaja.


29. Saya menyokong penuh perjuangan pembebasan Palestin dan doa saya telah saya titipkan bersama umat Islam saudara segama kita di sana. Namun, saya sama sekali TIDAK akan bersetuju dengan pihak-pihak yang terang-terang menipu demi kepentingan organisasi mereka dan mengatasnamakan Palestin.


30. Alangkah malang apabila kita umat Islam tidak mengenali manakah musuh manakah kawan dan lawan kita. Jangan terpedaya dengan kisah sensasi, sebaliknya carilah kebenaran disebalik setiap realiti yang berlaku.


Moga ada manfaat....


---

ALLAHumma Solli ala Muhammad wa Aali Muhammad. ALLAHummansuril Islama wal Musliminal Mustadhafiina fi Filastin. ALLAHummansur Ikhwananal Mustadhafiina fi Filastin. ALLAHumma Asyghilil Yahuudi biz Zholimin wa Akhrij Ikhwananal Muslimiinal Mustadhafiina mim Bainihim Saalimin. WasallALLAHu ala Muhammad wa Aali Muhammad.


----

*Video berikut ini saya sertakan buat tatapan semua betapa indahnya ibadah umat Islam di Masjid Al-Aqsa dalam rangka menunaikan Solat Sunat Eid Fitr dan menyambut 1 Syawal 1442H. Kredit video kepada instagram Masjidil Aqsa.


Bersaksilah, bahawa ini sebagai sebahagian dari solidariti saya untuk saudara seagama kita di Palestin. Menyampaikan kebenaran walaupun pahit.


Sekian dan terima kasih.


.

#AlAqsa

#Palestin 

#EidMubarak 


.

-Muhammad Mamzah

2 Syawal 1442H

14 Mei 2021M

Isnin, 10 Mei 2021

HB

 hydrogen bond, 


is "hydrogen bond what causes adhesive and cohesive forces" or " hydrogen is an example of adhesive and cohesive forces"?


Cadangan Jawapan: 


COHESION (LEKITAN) DAN ADHESION (LEKATAN):


Ringkasan


COHESION VS ADHESION:


Cohesion:

“Co” bermakna “bersama” dan “haerere” bermaksud “melekat”.

Dalam Bahasa Melayu, Cohesion dipanggil “Lekitan”.


Adhesion:

“Ad” bermaksud “terhadap” dan “haerere” bermaksud “melekat”.

Dalam Bahasa Melayu, Adhesion dipanggil “Lekatan”.


Dalam perbincangan ini, kita mengambil contoh air (water) dan bekas kaca (glass).


Cohesion:

Cohesion forces adalah hasil gabungan ikatan hidrogen dan daya van der Waals yg menyebabkan cecair saperti air tidak tercerai.


Adhesion:

Adhesion pula adalah hasil dari gabungan daya mekanikal dan daya elektrostatik yg dikenakan terhadap dua bahan yg berbeza. Contohnya air boleh melekat pada dinding bikar kaca dan membentuk dinding bekas. Contoh lain adalah tindakan capillary spt air di dalam tube kaca..air naik di dalam tube kaca.


Fenomena:

Katakan kita titiskan air ke atas satu permukaan pepejal, cohesion akan menyebabkan air berbentuk titisan (drop) manakala adhesion akan menyebabkan ia melekat di permukaan pepejal tersebut dan tidak bergerak ke tempat lain. Surface tension (ketegangan permukaan) yg menyebabkan bentuknya hampir sfera


Cohesion di antara molekul air sebenarnya yg menghasilkan “surface tension” di mana air dan udara bertemu!


Jadi bentuk titisan cecair merupakan satu ilustrasi hubungan atau perkaitan di antara cohesion dan adhesion. Jika cohesion terlalu kuat berbanding dgn adhesion, maka bentuk titisan cecair tersebut menjadi hampir sfera. Keadaan sebaiknya jika adhesion pula tersangat kuat berbanding cohesion, maka titisan cecair tadi menjadi hampir rata (flat).


Graviti juga bertindak terhadap cohesion dan adhesion…menjadikan titisan air hampir flat.


Air merupakan cecair bukan-logam yg punyai nilai cohesion tertinggi.


Cohesion melibatkan tindakbalas kimia dan elektrik. 


Ikatan hydrogen boleh terbentuk dalam sebatian kovalen yg terbentuk di antara atom hydrogen dan 

atom-atom lain saperti oksigen (saperti H2O), atau nitrogen (NH3) atau juga florine (spt gas HF).


Ikatan hydrogen bukan ikatan sebenar saperti ikatan kovalen atau ikatan ionic. Ikatan hydrogen adalah merupakan hanya tarikan daya elektrostatik yg disebabkan kewujudan cas separa positif hydrogen dan cas separa negative oksigen.


Molekul air bersifat dipolar iaitu ada hujung yg bercas separa positif (hujung hydrogen) dan satu hujung lagi bercas separa negative (hujung oksigen). Setiap satu molekul air boleh membentuk 4 ikatan hydrogen dgn 4 molekul air yg lain. Ikatan hydrogen ini lebih lemah berbanding ikatan kovalen atau ikatan ionic.


TINDAKAN RERAMBUT:


Tindakan Rerambut (capillary action) ditakrifkan sebagai pergerakan air di dalam ruang suatu bahan porous akibat dari daya-daya yg bertindak saperti cohesion, adhesion dan surface tension.


Capillary action berlaku bila adhesion sesuatu cecair kpd dinding lebih kuat dari daya cohesion sesame molekul dalam cecair tersebut.


Ketinggian kenaikan cecair di dalam rerambut bergantung kepada surface tension dan gravity. Cuba kita tengok formula pengiraan ketinggian kenaikan cecair di dalam suatu rerambut:


Ketinggian, h = (2 x Gamma x Cos Q)/(rho x g x r)

Di mana, Gamma = surface tension (liquid-air); Q=theta = contact angle; rho = fluid density; g = gravitational field; r = radius  of the capillary. Semua mesti dalam SI unit.


Contoh nilai contact angle: water-glass = 0 degree; mercury-glass = 140; water-silver = 90; Ethanol-glass = 0; kerosene-glass = 26; water-paraffin = 107.


Satu petua: Jika nilai theta kurang dari 90 degree, maka cecair akan naik di dalam rerambut. Jika kurang dari 90, maka ia akan turun ke bawah…sebab Cos Q akan memberi nilai negative jika theta melebihi 90 degree. Boleh cuba!


KESIMPULANNYA:

Bagi kes air, cohesion adalah akibat pembentukan ikatan hydrogen sesame molekul air itu sendiri sbb air adalah molekul dipolar/dwikutub. Air akan membentuk cohesion dgn dinding kaca (glass) disebabkan dalam kaca ada kumpulan silanol yg akan membentuk ikatan hydrogen dgn molekul air. Ketinggian air dalam rerambut (capillary) bergantung kpd surface tension dan gravity. Manakala surface tension itu sendiri bergantung kpd cohesion dan adhesion. Terima kasih.


Ikatan hidrogen yg terbentuk yg menyebabkan kewujudan cohesion dan adhesion tu.


Cohesion: Dalam titisan air, ikatan hidrogen lah yg menyebabkan molekul air itu mempunyai suface tension (ketegangan permukaan)


Adhesion: Misalnya antara air dan pemukaan kaca...maka ikatan hidrogen lah yg wujud di antara air dan kumpulan silanol dalam kaca tersebut.


Jika bahan tu atau cecair tu tak polar, maka hanya wujud suatu ikatan lemah shj yg kita panggil dipersion forces.


Tapi jika molekul tu bersaiz besar, kadang-kadang van der Waals forces tu lebih kuat dari ikatan hidrogen...


Secara ringkasnya: Ikatan hidrogen lah yg membentuk sifat cohesion dan adhesion tu jika melibatkan molekul yg polar spt air.

seperti fatty acids...


Molekul besar di mana terdapat hampir 100 atoms.


adhesion force = daya lekatan; cohesion force=daya lekitan


Kredit Ku Halim Ku Bulat 

Mohon halal ilmu 


Prof Muhamad Samudi Yasir 

Arek nambah?

Suhu air

 Berapa suhu air paling tinggi?


Pagi tadi sebelum sahur, saya sempat melintasi ayat ini :


‎هٰذَا فَلْيَذُوقُوهُ حَمِيمٌ وَغَسَّاقٌ ٥٧


❬57❭ Inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakannya, (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat dingin.


(Shaad 38:57)


Antara azab yang akan ditimpa keatas ahli neraka ialah, mereka akan minum air yang sangat panas dan air yang sangat dingin.


Berapa suhu air yang sangat panas? Seperti yang kita ketahui, takat didih air ialah 100deg celcius.


Tapi itu adalah pada keadaan ambient pressure atau tekanan biasa / atmosfera sekeliling, dalam keadaan terbuka. 


Tapi sekiranya pemanasan dilakukan dalam keadaan tertutup / kebuk / tangki, suhunya boleh mencapai sehingga 374deg celcius (superheated water).


Bukankah neraka itu berada dalam keadaan yang bertutup rapat? Pastinya tekanan didalamnya adalah sangat tinggi.


‎عَلَيْهِمْ نَارٌ مُّؤْصَدَةٌۢ ٢٠


❬20❭ Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat.


(Al Balad 90:20)


Terkena air panas pun boleh menyebabkan kulit kita melepuh / melecur, bagaimana pula dengan suhu yang hampir 4 kali ganda? Ia pasti jauh lebih menyakitkan. 


Setelah kulit itu hancur, ia akan digantikan dengan kulit lain, supaya sakit itu berterusan.


‎إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايٰتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنٰهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُواْ ٱلْعَذَابَ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا ٥٦


❬56❭ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


(An Nisaa 4:56)


Rujuk juga ayat :


هٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِهَا ٱلْمُجْرِمُونَ ٤٣


❬43❭ Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh orang-orang berdosa.


(Ar Rahmaan 55:43)


‎يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ ءَانٍ ٤٤


❬44❭ Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air mendidih yang memuncak panasnya.


(Ar Rahmaan 55:44)


Wallahu a’lam. Hanya Allah yang mengetahui berapa suhu sebenar air tersebut. 


Untuk kita - mari muhasabah diri. Saki baki Ramadhan yang ada ini, kita penuhi dengan amal2 soleh, untuk meraih redha & rahmat Allah, semoga kita terselamat dari seksa api neraka. Aaminn.


Mohamad Zulfa Khairi Bin Ab. Rahim

24 Ramadhan 1442

1st day PKP 3.0

 https://m.facebook.com/zulfakhairi/posts/4514234371938040

Sabtu, 1 Mei 2021

Ajak

 Dalam hidup ni berhenti la guna ayat " la x ajak pun "... (Tp benda ni hanya berlaku di Burkina Faso je) 😂😂


byk sbb kadang2 Kita x di ajak...di antaranya :


▪️Mmg event/majlis ni bukan utk diajak seluruh warga malaysia.

▪️Selalu ajak kau buat dono..bila x ajak kau comment " la x ajak pun "

▪️Crowd ni maybe x sesuai utk kau

▪️dah mmg x nak ajak

▪️mmg terlupa nak ajak

▪️Benda ad hoc x dan nak ajak

▪️ceh, dah kau tu kaki ffk

▪️Kau tu pernah ajak aku ke?

▪️Eh suka aku la nak ajak ke tak

😬😬😬


(Sila tambah apa lg sbb ya ada ye)


Selamat meneruskan Ibadah Puasa ye semua...🤭🤭

Covid india

 *Keadaan semasa di Delhi India dari kaca mata isteri seorang diplomat.* Copy and paste.



Bismillahirrahmannirrahim...


Pembuka kata Salam Jumaat dan Alhamdulillah, kami sihat pada yang bertanya khabar kami secara PM, bertanya secara VC, bertanya dalam postings Yang dalam FB setakat ni. Dan pada yang tak bertanya pun kami announce kami sekeluarga sihat walafiat dan masih dlm keadaan terkawal.

.

Tulisan hari ni adalah jika ini Ramadhan terakhir buat kami... Kerana, keadaan di luar mengikut local news, WHO, BBC, even di Malaysia TV AlHijrah ada buat laporan khas tempoh hari selain other TV stations and local newspapers reporting about this COV19 Crisis India. Yes it is very worrying. Not just for the living but for the dead too. Cremations for the dead (Hindus) are everywhere now, lain2 agama kami tak tahu maybe dah jadi pembakaran umum utk semua yg mati di sini. Cuaca mendung akibat banyak pembakaran berlaku di luar sana. Udara mungkin jadi tercemar. Frankly speaking, mulai smlm hingga pagi ini saya mula batuk² dan dada terasa sempit. Tapi saya cuba utk tidak memikirkan yang buruk². These crisis are being recorded and witnessed by the nation and around the world. Tapi kami masih di dalam compound HCM. Ye kami dah berkurung dalaman setakat ni sebulan lebih dah kerana too afraid to expose to the outside world. Food stocks ordered frm kuli aje. We don't simply expose ourselves unless our husbands need to go to the bank. Ade yang mulai risau takut virus carried by airborne now. Hari ni Delhi reported 395 deaths dari beratus ribu kes active Cov19 ye. Nisbah kadar 1:3 akan confirm positif case setakat ni.

.

Kenapa semua ni berlaku? Sebab orang² di sini mula melakukan aktiviti seperti biasa. Mass gatherings berleluasa (tiada social distance) dan kemudian double mutation virus didapati semakin mengganas. Ini buka auta ye, ini fakta. Sekolah² di sekitar sebelum ini telah nampak tranding jangkitan dari oramg dewasa kpd anak² kecil seawal umur 1 thn. Yang dewasa toksah cakaplah keluar bekerja, atau melalu aktiviti sosial yang tidak terbendung kemudian balik menjangkit kepada pasangan di rumah masing² dan simptom mereka mulai dengan batuk², susah bernafas, sakit urat, hilang selera, deria dan bau dan kemudian demam panas yang tidak kebah. Saya bercakap melalui pengalaman. Saya turut membantu 2 keluarga lain dimana isteri mereka dijangkit Cov19 ini. Sungguh kesian. Saya hanya dapat bantu memasak selama 2 minggu berturut (bayangkan masak mcm catering in stages) & saya juga terkesan kerana anak sendiri dijangkit virus ini. Hanya kami yang melalui situasi ini akan faham. 

.

Pesan kami pada semua di Malaysia atau di mana sahaja anda berada, jangan ambil mudab atau cakap besar bila hal jangkitan virus ini tidak berlaku pd anda atau keluarga anda. Virus ini makhluk kecil yang dihantar Allah sebagai ujian utk kita agar beringat dan ambil iktibar. Kejadiah di negara India (no 2 kes tertinggi di dunia dan merebak paling cepat di dunia) telah menimbulkan kegelisahaan/kerisauan/ketakutan pada para saintis dan pakar perubatan. Director WHO sendiri menganggap kes di India ini adalah sangat membimbangkan. Banyak ahli kedutaan di sekeliling kami audah dijangkiti juga dan proses evakuasi telah bermula. Tapi kami, Wallahualam. Saya tak tahu nak komen apa. Kami hanya ikut perintah. Jika dievakuasi kami balik, tapi jika Kerajaan Malaysia rasa tidak perlu, kami stay. Kalau tanye saya apa rasa..Saya dan suami tak rasa apa pun. Suami dah dilatih utk menghadapi situasi begini terutamanya PTD. Dia tiada komen. Sebagai isteri saya redha. Anak² pun terima apa sahaja yang berlaku di keliling mereka. Apa pun Kerajaan India sekarang ini sudah mula menasihatkan kami semua memakai double layer masks jika berada di luar dan jika masih takut mask juga digalakkan pakai di dalam rumah. Crazy? Bukan. Inilah realiti kami sekarang di Delhi (states paling tinggi kes Cov19 di India), Mumbai no 2 dan lain2.

.

Ramai yang minta saya share gambar² crisis di sini. Saya hanya dpt share sedikit cuma bukan dari lensa kami sendiri. Melalui info Defense dan Agensi2 lain di sini saya titipkan. Apa pun, sedikit pun ucapan atau pertanyaan khabar anda kepada kami sudah buat kami rasa seronok kerana masih ade yang ingat kami di sini. Bukan niat utk buka pekong hal krisis di sini tapi saya share supaya anda semua buka mata pd apa yg sedang berlaku di sini sopaya yang di Malaysia ambil iktibar. Jangan seronok utk berjumpa², keluar dan bergaul tanpa ada SOP.

.

Salam sayang dan itu sahaja coretan saya untuk hari ini.


New Delhi, India

17 Ramadhan 1442H.