Sabtu, 28 April 2018

توكل

Riwayat lain, terdapat seorang soleh yang sedang berjalan di tengah-tengah padang pasir.  Kemudian datang Syaitan menggodanya:  “Di padang pasir ini tiada orang lain dan tiada yang subur di sini.  Engkau akan mati di sini kerana tidak membawa bekalan”. 

Akan tetapi, beliau tidak goyah sedikitpun mendengar godaan Syaitan itu, bahkan beliau mengambil jalan yang tidak biasa dilalui orang dengan tujuan tidak mahu mengambil apa-apa dari orang lain dan tidak mahu mamakan apa sekalikpun.

 Dalam hati, beliau berkata:  “Aku tidak makan apa-apa keuali jika ada orang memasukkan ke dalam mulutku samin dan madu”.
Kemudian, beliau terus menyimpang dari jalan yang sebenar seorang diri.  Kemudian, beliau mengatakan:  “Lama sungguh aku berjalan.  Tiba-tiba aku melihat seorang kafilah yang tersesat jalan. 

Maka, agar dia tidak melihatku, akupun merebahkan diri ke tanah.  Tetapi Allah mentakdirkan sebagai lain iaitu kafilah itu berjalan ke arahku sehingga dia menemui aku dalam keadaan terbaring.  Lalu, aku memejamkan mata, tetapi dia mendekati aku dan berkata:  “Kasihan orang ini, terkandas dalam perjalanan.

 Dia pengsan kerana kelaparan dan kehausan.  Biar aku masukkan ke dalam mulutnya samin dan madu kerana kalau makanan keras, mungkin akan membahayakan dirinya.  Dengan madu dan samin, mudah-mudahan dia dapat segera sembuh dari pengsan”.  Kemudian orang itupun berusaha memasukkan ke dalam mulutku samin dan madu.

 Aku menutup mulut rapat-rapat.  Ternyata, orang itu tidak kehabisan akal, dia membuka mulutku secara paksa dengan pisau.  Lalu, aku tertawa... Menyaksikan keadaan itu, dia bertanya kepadaku:  “Gilakah engkau?  Tadi aku lihat engkau tergolek pengsan, tatapi kini engkau tertawa, gilakah engkau?”  Aku jawab:  “Tidak!  Aku tidak gila... Alhamdulillah. 

“Kemudian aku ceritakan kepadanya tentang apa yang aku alami dari awal (ketika aku digoda Syaitan), hingga dia menemui aku.  Dia merasa hairan mendengar ceritaku”.
Demikianlah orang yang bertawakal kepada Allah, mendapat rezeki tanpa disangka.  Semua itu adalah aturan Allah.  Salah seorang guru kami mengatakan:  “Tatkala aku menuju sebuah masjid yang terpencil dengan tidak membawa sebarang bekalanpun sebagaimana kebiasaannya para wali, aku telah digoda oleh Syaitan katanya:  “Masjid yang engkau tuju ini jauh dari orang ramai.  Alihkan tujuan kamu ke masjid yang berada di tengah-tengah desa, nescaya engkau akan mendapat makanan”.

  Dalam hati, aku berkat:  “Tidak, aku akan tidur di masjid terpencil itu.  Aku bersumpah tidak akan makan kecuai halwa (manisan) .  Dan aku juga tidak akan makan, kecuali disuap sesuap demi sesuap”.  Kemudian, aku solat Isyak dan mengunci pintu masjid.  Di tengah malam, ada seseorang mengetuk pintu sambail membawa obor. 

Lama orang itu mengetuk pintu.  Setelah aku buka, aku lihat seorang nenek bersama seorang pemuda berdiri di depan pintu.  Lalu mereka masuk dan meletakkan sebuah piring berisikan kuih di hadapanku.  Kemudian, nenek itu berkata kepadaku:  “Pemuda ini anakku dan aku membuat kuih ini untuknya. 

Tetapi oleh kerana terdapat sedikit perselisihan faham antara kami berdua, maka dia bersumpah tidak mahu memakannya kecuali disertai seorang pembantu yang berada di masjid”.  Lalu, sambil mempersilakan, dia menyuap aku secara bersilih ganti dengan anaknya.  Demikian seterusnya, sehingga kami kenyang.  Setelah itu, merekapun pulang dan aku menutup pintu dengan perasaan yang penuh kehairanan”.

Begitulah Allah mengatur rezeki seseorang dan ini cuma sebahagian kecil dari sekian banyak contoh mengenai orang yang kuat hatinya melawan godaan Syaitan.  Semua itu merupakan contoh perjuangan para solihin yang melawan Syaitan dan hawa nafsau.

Isnin, 23 April 2018

Sampah

KISAH GURU DI MAKI HAMUN.
By Afandi Nasir

Seorang lelaki yang berbeza fahaman dengan seorang guru mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar, meluapkan kebenciannya kepada sang guru.

Sang guru hanya diam, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apa pun.

Setelah lelaki tersebut pergi, si murid yang melihat peristiwa itu lalu bertanya, "Mengapa guru diam sahaja tidak membalas makian lelaki tersebut?"

Beberapa saat kemudian, maka sang guru bertanya kepada si murid,

*"Jika seseorang memberimu sesuatu, tapi kamu tidak mahu menerimanya, lalu menjadi milik siapakah pemberian itu?"*

*"Tentu sahaja menjadi milik si pemberi." jawab si murid.*

"Begitu pula dengan kata-kata kasar itu." balas sang guru.

"Kerana saya tidak ambil endah dengan kata-kata itu, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri. *Dia tidak menyedari, kerana nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia bahkan di akhirat; kerana aura negatif yang muncul dari fikiran, perasaan, perkataan, dan perbuatan hanya akan membuahkan penderitaan hidup."*

Kemudian, sang guru meneruskan kata-katanya, "Sama seperti orang yang ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludah itu hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri. Demikian halnya, *jika di luar sana ada orang yang marah-marah kepadamu... Biarkan sahaja… Kerana mereka sedang membuang SAMPAH HATI mereka. Jika engkau diam sahaja, maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri, tetapi kalau engkau hiraukan, bererti engkau menerima sampah itu."*

*"Hari ini begitu banyak orang di jalanan yang hidup dengan membawa sampah di hatinya (sampah kekesalan, sampah amarah, sampah kebencian, ego dan sebagainya).*

Oleh itu, *jadilah kita seorang yang BIJAK bukan SAMPAH."*

Sang guru meneruskan *nasihatnya :*

"Jika engkau tak mungkin memberi, *janganlah mengambil."*

"Jika engkau terlalu sulit untuk mengasihi, *janganlah membenci."*

"Jika engkau tak dapat menghibur orang lain, *janganlah membuatnya bersedih."*

"Jika engkau tak mampu memuji, *janganlah mengeji."*

"Jika engkau tak dapat menghargai, *janganlah menghina."*

"Jika engkau tak suka bersahabat, *janganlah bermusuhan."*

*Kalam Ulama*

#Perkongsianuntukkitasemua
#SharingisCaring👌🏻👌🏻👌🏻

Sabtu, 21 April 2018

المِلَا يُو

KISAH ASAL MELAYU...
DARI KITAB SHEIKH DAUD AL FATANI....

 "Kisah Kerajaan Kedah Tua Melalui Kalam Ulamak Amalan Pusaka Khalifah Wali Islam "

Bukan Melalui Sarjana Barat...

Kedatangan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani Bersama 11 Sahabatnya Yang Lain Di Puncak Gunung Jerai,Kedah Darul Aman

Kisah Yang Diceritakan Oleh Tuan Guru Syekh Ahmad Junaidin,seperti yang
di ceritakan oleh Syekh Mahmud Nasri Usmani(Anak Murid Tok Kenali) seperti yang di ceritakan oleh Sultan Badlishah Kedah terdahulu pada Tuan Guru seperti yang ditulis di dalam beberapa Buku@Kitab,Ceramah Kuliah Tuan Guru kepada Murid-Muridnya di dalam Jemaah Abjad dan Warga Melayu.

Sejarah PengIslaman Penduduk Di Tanah Melayu Oleh Syekh Abdullah Al Qumairi melalui Pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa :

Islam bermula apabila Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani menghantar 12 orang muridnya yang diketuai oleh Sayyid Syeikh Abdullah Bin Abdul Qumairi daripada Baghdad ke Gunung Jerai pada kadar satu langkah dalam waktu zohor

Melalui Perjalanan Lipat Bumi Yakni Karamah Yang Dizahirkan Oleh Allah dengan Satu Langkah atau seperti Pegerakkan Tikar atau Karpet yang di gulung

Azan yang pertama dilaungkan di Puncak Gunung Jerai pada Waktu Zohor.

5 kali Azan, Asar,Magrib,Isyak dan Subuh.

Selepas Azan Zohor ke -2
Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi menghadap Raja Phra Ong Mahawangsa di Istana Bukit Meriam(Lembah Bujang)

Mereka tidak melakukan apa apa serangan dan hanya mengambil tempat Uzlah selama 40 hari dan tidak secara tergesa gesa untuk melakukan kerja mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa

Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan 11 Sahabatnya mengambil Tapak Langkahan Hulubalang dan Kafiat Adab sebagai Persiapan menentang Ilmu Istidraj oleh Raja Phra Ong Mahawangsa

Raja Phra Ong Mahawangsa beserta Sami saminya dan kesemua Puak yang disebut tadi menyerang Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi dan 11 Orang Sahabatnya dengan segala bentuk Sihir dan Silap Mata melalui Latihan Pertahanan Diri,Perbomohan,dan lain-lain cara.

Agama yang dianuti ketika itu adalah Hindu dan Budha atau Sembahan Permujaan Patung dan Kepercayaan Animisme yang lain

Raja Phra Ong Mahawangsa juga menjemput Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani ke dalam Istana dan mempamerkan ilmu Istidrajnya namun berjaya di patahkan oleh Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi dengan Langkah Gerak Hulubalang yang di zahirkan oleh Allah kepadanya (Seumpama Kisah Nabi Musa Menentang Sihir Pengikut Firaun)

Kesemuanya itu tidak memberi bekas dan hasil.

Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bala Tenteranya datang menghadap Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan bertanya kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi :

Apakah yang Tuan Pakai ?

(Raja Phra Ong Mahawangsa Menyangkakan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi mengamalkan Ilmu Sihir sepertinya)

Kami jumlah yang besar kalah dengan kamu jumlah yang kecil !

Sayyid Abdullah Al Qumairi menyebut Islam !

Apabila ditanya Apa itu Islam?

Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi menghuraikan dengan Panjang Lebar...

Raja Phra Ong Mahawangsa terus menerima Islam sebagai Agama melalui Ucapan "Talqin Syahadah" dan memerintahkan Pembesar-pembesarnya menerima Agama Islam.

Apabila Raja masuk Islam,Pembesar Pembesar pun turut masuk Islam diikuti Rakyat Jelata.

Mereka datang dengan Tempayan dan Gelas untuk menjamu Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi.Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa perintah Tempayan dan Gelas dimusnahkan kecuali mangkuk kaca Baginda yang di cuci bersih dan dihadiahkan kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi .

Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi pun menyebut

هذا قدح دار الأمن

Haza Qodah Darul Aman

بلدة طيبة ورب غفور

Negeri yang Baik(nyaman) dan Aman sedang (Tuhanmu) adalah Maha Pengampun

(Surah Sa"ba -15)

Negeri Kedah Dinamakan Sempena Bekas Minuman Arak Yang Selalu Diminum oleh Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bekas itu kemudian di pecahkan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi lalu hari itu disebut perkataan "Haza Qodah Darul Aman" iaitu Negeri Yang Aman Bebas Segala Jenis Syirik,Kufur,Kafir,Munafik dan Murtad dan segala Jenis Perbuatan Thoghut setelah menerima Islam..

Perkataan Gelaran Al Mala U (Melayu) telah diberikan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kepada Penduduk Kedah ketika itu yang ada pelbagai warna kulit dan keturunan yang terdiri dari Arab,Parsi,India,China,Monggolia dan 24 Jenis keturunan

Gelaran Al Mala U bermaksud Bangsa Yang Menerima Agama Islam (Bangsa Yang Beragama)

Juga digelar Ahli Jawi Jadid kerana menulis Tulisan Jawi dan bertutur dalam Bahasa Melayu

Nama Raja Phra Ong Mahawangsa kemudian ditukar kepada Raja Muzaffar Syah dan berguru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kemudian diarahkan Pembinaan Menara Masjid di Puncak Gunung Jerai.(Menara Azan Tertinggi di Asia Tenggara Kerana Berada Di Puncak Gunung Jerai )

Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi adalah Guru Murabbi paling Kanan kepada Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani

Ketika Pembinaan Menara Puncak Gunung Jerai Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi jatuh Sakit lalu Wafat

Setelah itu Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Guru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Qumairi telah datang melawat Puncak Gunung Jerai dan kemudian telah Melantik Raja Phra Ong Mahawangsa dengan memakai Gelaran Sultan (Yang Pertama Di Alam Melayu)

Sultan istilah Bahasa tanpa Menuntut Jawatan Khalifah

Sultan juga bermaksud Ketua@Pemimpin kepada Orang Beriman

Wilayah yang berada di Wilayah Sultan dan Kerajaan Taklukkannya secara Automatik menjadi Wilayah Bangsa Al Mala U atau Milik "Islam Melayu Melayu Islam"

Dikatakan juga pada Tahun 1187 Masihi Tentera Al Mala U yang berpusat di Kedah telah menghantar 10 Ribu bala Tentera untuk membantu Sultan Salehudin Al Ayubi pada Misi Perang Salib ketiga di BaitulMaqdis dan hasilnya mereka berjaya merampas BaitulMaqdis(Tak pernah dinyatakan dalam Sejarah)

Pandangan Syekh Ahmad Fatani mengenai Bangsa Al Mala U

" al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya", takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah "me" (Me-layu)"

Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.

"Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.

"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.

"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.

"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka."

Sumber Kitab Hadiqatul Azhar

"Digelarnya mereka ini kumpulan atau kelompok Melayu kepada mereka yang tinggal di Wilayah Kepulauan Melayu yang bermula di Utara Segeting Kera Thailand dan Timurnya di Filipina,dan Selatannya di Sempadan Australia,dan hingga di Kepulauan Madagascar"
- Syeikh Ahmad Junaidin

"Islam Melayu Melayu Islam"

Walahualam

Pengasas Majlis Haul Akbar Syeikh Abdullah Al Qumairi dan Himpunan Bani Jawi SeNusantara

Kita orang melayu, kalau lupakan jasa Syeikh Abdullah Al Qumairi kita memang manusia yang tak pandai mengenang budi, Orang kedah khususnya mesti kena kenal siapa Syeikh Abdullah Al Qumairi dan Sultan Muzaffar Shah 1 dah kenal kena selalu selalulah ziarah dan hadiahkan Al Fatihah... mereka adalah asbab Datuk nenek kita menerima ISLAM - Ym Ayahanda Dato' Hj Hashim Ismail An Naqsyabandi

#TerimaKasihAyahdanGuru

Khamis, 19 April 2018

Gurindam ali haji

★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★
☆★☆°GURINDAM DUA BELAS°☆★☆
★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★

Karya:~ Almarhum Raja Ali Haji

★GURINDAM PERTAMA★

"Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh di bilangkan nama."

"Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang ma’rifat."

"Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah."

"Barang siapa mengenal diri,
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri."

"Barang siapa mengenal dunia,
Tahulah ia barang yang teperdaya."

"Barang siapa mengenal akhirat,
Tahulah ia dunia mudarat."

★GURINDAM KEDUA★

"Barang siapa mengenal yang tersebut,
Tahulah ia makna takut."

"Barang siapa meninggalkan sembahyang,
Seperti rumah tiada bertiang."

"Barang siapa meninggalkan puasa,
Tidaklah mendapat dua termasa."

"Barang siapa meninggalkan zakat,
Tiadalah hartanya beroleh berkat."

"Barang siapa meninggalkan haji,
Tiadalah ia menyempurnakan janji."

★GURINDAM KETIGA★

"Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita."

"Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping."

"Apabila terpelihara lidah,
Niscaya dapat daripadanya Faedah."

"Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan"

"Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fi’il yang tiada senonoh."

"Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat"

"Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjaian yang membawa rugi."

★GURINDAM KE EMPAT★

"Hati itu kerajaan di dalam tubuh,
Jikalau zalim segala anggota pun rubuh."

"Apabila dengki sudah bertanah,
Datanglah daripadanya beberapa anak panah."

"Mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
Di situlah banyak orang yang tergelincir."

"Pekerjaan marah jangan dibela,
Nanti hilang akal di kepala."

"Jika sedikit pun berbuat bohong,
Boleh di umpamakan mulutnya itu pekung."

"Tanda orang yang amat celaka,
Aib dirinya tiada ia sangka."

"Bakhil jangan di beri singgah,
Itulah perampok yang amat gagah."

"Barang siapa yang sudah besar,
Janganlah kelakuannya membuat kasar."

"Barang siapa perkataan kotor,
Mulutnya itu umpama ketor."

"Di mana tahu salah diri,
Jika tidak orang lain yang berperi."

★GURINDAM KE LIMA★

"Jika hendak mengenai orang berbangsa,
Lihat kepada budi dan bahasa,"

"Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
Sangat memeliharakan yang sia-sia."

"Jika hendak mengenal orang mulia,
Lihatlah kepada kelakuan dia."

"Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
Bertanya dan belajar tiadalah jemu."

"Jika hendak mengenal orang yang berakal,
Di dalam dunia mengambil bekal."

"Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai."

★GURINDAM KE ENAM★

"Cari oleh mu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat."

"Cari oleh mu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru."

"Cari oleh mu akan isteri,
Yang boleh di menyerahkan diri."

"Cari oleh mu akan kawan,
Pilih segala orang yang setiawan."

'Cari oleh mu akan ‘abdi,
Yang ada baik sedikit budi,"

★GURINDAM KE TUJUH★

"Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta."

"Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
Itulah landa hampirkan duka."

"Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat."

"Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih."

"Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang."

'Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur."

"Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar."

"Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan."

"Apabila perkataan yang lemah-lembut,
Lekaslah segala orang mengikut."

"Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar."

"Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar."

★GURINDAM KE LAPAN★

"Barang siapa khianat akan dirinya,
Apalagi kepada lainnya."

"Kepada dirinya ia aniaya,
Orang itu jangan engkau percaya."

"Lidah yang suka membenarkan dirinya,
Daripada yang lain dapat kesalahannya."

"Daripada memuji diri hendaklah sabar,
Biar dan pada orang datangnya khabar."

"Orang yang suka menampakkan jasa,
Setengah daripada syirik mengaku kuasa."

"Kejahatan diri sembunyikan,
Kebaikan diri diamkan."

"Keaiban orang jangan dibuka,
Keaiban diri hendaklah sangka."

★GURINDAM KE SEMBILAN★

"Tahu pekerjaan tak baik,tetapi di kerjakan,
Bukannya manusia Itulah syaitan."

"Kejahatan seorang perempuan tua,
Itulah iblis punya penggawa."

"Kepada segaia hamba-hamba raja,
Di situlah syaitan tempatnya manja."

"Kebanyakan orang yang muda-muda,
Di situlah syaitan tempat bergoda."

"Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
Di situlah syaitan punya jamuan."

"Adapun orang tua yang hemat,
Syaitan tak suka membuat sahabat"

"Jika orang muda kuat berguru,
Dengan syaitan jadi berseteru."

★GURINDAM KE SEPULUH★

"Dengan bapa jangan durhaka,
Supaya Allah tidak murka."

"Dengan ibu hendaklah hormat,
Supaya badan dapat selamat."

"Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ke tengah balai."

"Dengan kawan hendaklah adil,
Supaya tangannya jadi kapil."

★GURINDAM KE SEBELAS★

"Hendaklah berjasa,
Kepada yang sebangsa."

"Hendaklah jadi kepala,
Buang perangai yang cela."

"Hendaklah memegang amanat,
Buanglah khianat."

"Hendak marah,
Dahulukan hujjah."

"Hendak di malu,
Jangan memalui."

"Hendak ramai,
Murahkan perangai."

★GURINDAM KEDUA BELAS★

"Raja mufakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri."

"Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja."

"Hukum ‘adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh ‘inayat."

"Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas diri mu."

"Hormat akan orang yang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai."

"Ingatkan dirinya mati,
Itulah asal berbuat bakti."

"Akhirat itu terlalu nyata,
Kepada hati yang tidak buta."

Tamatlah Gurindam yang dua belas pasal yaitu karangan kita Raja Ali Haji pada tahun Hijrah Nabi kita seribu dua ratus enam puluh tiga likur hari bulan Rajab Selasa jam pukul lima, Negeri Riau, Pulau Penyengat.

#Wallahuallam
================================

Keterangan Kata :-
Bakhil ; kikir atau pelit
Balai : rumah tempat menanti raja (di antara kediaman raja-raja)
Bahri : hal mengenai lautan (luas)
Berperi : berkata-kata
Cindai : kain sutra yang berbunga-bunga
Damping : dekat, karib, atau akrab
Fi’il : tingkah laku, perbuatan
Hujjah : tanda, bukti, atau alasan
Inayat : pertolongan atau bantuan
Kafill : majikan atau orang yang menanggung kerja
Kasa : kain putih yang halus
Ketor : tempat ludah (ketika makan sirih), peludahan
Ma’rifat : tingkat penyerahan diri kepada Tuhan yang setahap demi setahap sampai pada tingkat keyakinan yang kuat
Menyalah : melakukan kesalahan
Mudarat : sesuatu yang tidak menguntungkan atau tidak berguna
Pekong : (pekung) penyakit kulit yang berbau busuk
Penggawa : kepala pasukan, kepala desa
Perangai : sifat batin manusia yang mempengaruhi segenap pikiran dan perbuatan
Senonoh : perkataan, perbuatan, atau penampilan yang tidak patut (tidak sopan)
Tegah : menghentikan
Teperdaya : tertipu
Termasa : tamasya

Alhamdulillah_InshaAllah_Bismillah

Isnin, 16 April 2018

Rezeki الله

Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan-akan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti.

Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah penjual akhbar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu.

Tampaknya seperti sebuah buku. Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibaca nya.

Namun perlahan-lahan kudekatinya, ternyata kitab suci Al-Quran yang dibacanya.

"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."

"Bagaimana jualan akhbar tuan?"
"Alhamdulillah, dah terjual satu."

"Wah! Susah juga ya kalau hujan begini?"
"InsyaAllah adalah rezeki nya."

"Kalau hujan sampai petang macam mana?"
"Itu bererti rezeki saya bukan jualan akhbar, tapi boleh banyak berdoa."

"Doa?"
"Bukankah Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga."

"Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?"
"Bererti, rezeki saya adalah bersabar."

"Kalau tidak ada yang boleh dimakan?"
"Bererti rezeki saya berpuasa."

"Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?"
"Allah yang memberi rezeki. Apa sahaja rezeki yang diberikanNya saya syukuri. Selama jualan akhbar, walaupun tidak laku dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah  kelaparan." Katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan.

Sahabat, hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung. Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku resah-gelisah? Khuatir tidak dapat wang? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan?

Baru kusedar, rezeki bukan wang semata-mata. Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah.

Sahabat, rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang atau dari apapun juga.

Tulisan asal,
Ahmad Fedtri Yahya

Allah Maha Mengetahui
Perkara Yang Benar.

Ahad, 15 April 2018

Ikang 2 riyal

Ada lelaki yang membuatkan aku menangis dalam hati sebentar tadi.

Ada banyak cerita pahit manis sepanjang kami berjualan ikan sejak kelmarin. Antara yang aku masih terkesan sampai ke saat ini ialah cerita seorang lelaki tadi.

Dia datang singgah ke khemah jualan kami. Meletakkan motosikal betul-betul di hadapan khemah dan terus berjalan ke mari. Kami ‘greet’ seperti biasa. Selepas puas mundar mandir melihat ikan, dia memanggil aku ke tepi.

“ Sini jap adik “

“ Ya bang ? Apa boleh saya bantu ? “

“ Abang cakap ni jangan marah ya. Nak tanya dulu ni. Ikan Kembung tu dua ringgit dapat berapa ekor ? “

Aku senyum. Aku tersentak.

“ Takpa bang. Sekejap ya saya timbang dulu “

Aku ambil beberapa ekor ikan kembung dan letakkan di atas penimbang digital. Aku tekan harga RM5 sekilo. Jawapan yang aku dapat selepas timbang ialah RM2.30 untuk 5 ekor.

“ Bang, saya dah timbang tadi. Dapat 5 ekor “

Beliau senyum dengar jawapan aku. Nampak suka betul.

“ Ha. Baguslah kalau macam tu. Bagilah 2 ringgit “

Aku bungkuskan 5 ekor tadi dan aku topup ikan ekstra untuknya. Aku bagi lebih lagi untuk beliau.

“ Nah bang “

“ Terima Kasih dik ya. Terima Kasih banyak. Abang doakan bisnes adik maju “

Beliau terus ke motosikal dan bergegas pulang. Ini kisah realiti kehidupan yang benar-benar wujud. Mungkin abang tadi sedang diuji. Aku hanya mampu mendoakan apa saja urusan beliau dipermudahkan. Apa pun yang terjadi, tangungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyediakan lauk pauk di dapur mesti ditunaikan. Dapur mesti berasap.Aku salute.

Dua ringgit nilainya pelbagai di mata orang. Bagi kita, mungkin itu cuma nilai beli jajan buat anak. Mungkin juga, itu cuma nilai untuk bayar parking di pusat membeli belah. Tetapi, ada orang cuma berbelanja 2 ringgit itulah untuk mengenyangkan semua perut yang ada di rumah.

Begitulah. Hidup mesti terus. Usaha jangan putus-putus.

Kami masih berada di sini. Di hadapan Stesen Minyak Petron Putra Heights Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan untuk menjual ikan.

Ikan Kembung RM5 sekilo
Ikan Kerisi RM7 sekilo
Ikan Cencaru RM7 sekilo
Ikan Tongkol Hitam RM11 sekilo
Ikan Mata Besar RM8 sekilo
Ikan Sardin RM7 sekilo

Ikan dari Kuantan, bukan dari Kotak. Tak percaya datang tengok sendiri. Tak jadi beli tak apa, sekurang-kurangnya kita jadi kawan. Tak gitu ?

Jualan Ikan setiap hari Sabtu Ahad sahaja.

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan
Panglima Perang Jualan Ikan Rakyat

Sabtu, 14 April 2018

Alam sekitar

Alam sekitar rosak bukan sebab budak-budak. Alam sekitar rosak sebab pembalakan haram yang masuk tanpa dapat dikawal.

Yang merosakkannya orang tua. Yang nak disusahkan mereka budak-budak.

Beg budak punya la berat dengan pelbagai buku teks. Silibus budak sekarang punya lah tinggi sampai mak ayah kerja Petronas, kerja engineer pun garu kepala nak bagi anak faham.

Sekarang mahu sumbat pula silibus baru? Mahu perkenalkan pula Subjek Alam Sekitar?

Subjek ni patut yang belajar ialah menteri besar setiap negeri. Tak kira negeri yang dikuasai pembangkang mahu pun kerajaan. Sebab mereka yang luluskan kerosakan alam sekitar yang berlaku dalam negeri masing-masing.

Sudah-sudahlah jadikan sekolah kambing hitam. Semua masalah negara nak suruh budak sekolah selesaikan. Konon didik generasi akan datang. Kononnya begitulah.

Benda ni boleh selit je dalam matapelajaran Sains, agama, moral mahu pun sivik. Tak perlu perkenal subjek baru.

Yang perkenalkan subjek tu bukan dia yang turun mengajar. Dia pandai-pandai nak perkenalkan sahaja lepas tu yang menanggung seksa selama masa ialah guru dan murid.

Mencadang senang lah. Melaksana tu perit bang.

Aku cadangkan kita bina bangunan setinggi 888 tingkat. Aku cadangkan juga gaji minima pekerja rm350,000 seorang. Aku cadangkan satu kelas 10 murid. Aku cadangkan setiap sekolah ada gym, kolam renang dan mini stadium.

Sedap kan cadang? Sedaplah sebab aku tak buat.

Mana pergi subjek pendidikan seks yang diperkenalkan suatu ketika dahulu?

Mana pergi subjek Keselamatan Jalan Raya yang disumbat dalam silibus sedia ada murid?

Perit nak kata. Tapi seseorang perlu berkata. Seseorang perlu menulis dengan telus.

Seseorang yang rapat dan tahu. Seseorang yang laksanakan sendiri semua dasar yang digubal.

Aku menulis bukan demi kepentingan diri. Jauh sekali demi kepentingan politik.

Sudah-sudahlah jadikan sekolah mangsa. Sudah-sudahlah suruh budak-budak selesaikan masalah orang dewasa.

Jangan politikkan sistem pendidikan. Tolong!

Yang nak bagi cadangan tentang penambahbaikan dalam pendidikan negara hendaklah orang yang betul-betul faham sistem kita. Orang yang benar-benar layak dan ahli dalam hal ini.

Yang pernah merasa perit getir, yang pernah merasa situasi mengajar dan keperitan para guru bandar, luar bandar dan pedalaman. Yang arif dengan perkembangan sistem pendidikan dunia dan taraf kemampuan fikir anak-anak kita.

Itu baru layak membincangkan hal-hal ini. Itu baru layak memberi cadangan dan membuat rombakan untuk penambahbaikan sistem pendidikan kita.

Hentikan campur tangan luar dalam sistem pendidikan.

Tolong hentikan tuan-tuan. Penat nak realisasikan kehendak tuan-tuan yang makin lama makin pelik dan menjengkelkan.

Mencadang itu mudah. Turun dan laksanakan sendirilah baru tahu langit tinggi rendah.

#MFS
- Jangan caca marbakan lagi sistem pendidikan kita. -

#copy_drFB

Jumaat, 13 April 2018

Faraid

Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus

Soalan : Salam, nak tanya ustaz. apa hukum seorang perempuan bercinta dengan suami orang dalam satu tempoh yang lama (4 tahun) tetapi masih belum berkahwin? Sebelum ni, ada lelaki yang melamar perempuan tu, tetapi lamaran ditolak sebab perempuan tu masih setia dengan suami orang tu.

Jawapan : Wsalam..
lelaki boleh berkahwin lbh dari satu..
perempuan yg belum bersuami boleh nak berkahwin dgn suami org..
bercinta tu yg tak bolih kalau terlebih dr batasan..kalau setakat menaruh perasaan pd suami org kerana niat berkahwin hukumnya harus..tdk lbh dr itu.

Soalan : Ustaz mcm mne nk bimbing seorang kafir untuk msuk islam??? sbb sye ade kwn kafir yg minar terhadap islam, jika sye ajak die ke masjid untuk belajar solat dan merasai bagaimana umat islam solat adakah sye ptut untuk menyuruh die mandi wajib dahulu atau mcm mne??? mudah2 an dngn cre tu bleh melembutkan hati die untuk msuk islam...

Jawapan : tak perlu mandi..bagi link2 yang berkait tentang Islam yg mudah difahami sbg membantu.

Soalan : السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ustaz, saya selalu migraine. Doa apa ya untok menghilangkan migraine ya ustaz? Huhuhu

Jawapan : Suruh ibu baca fatehah sekali niat sembuhkan sakit tu kemudian hembus atas kepala bhg yg sakit..

Soalan : mohon pandangan ust..apa harus sy buat dan pilihan yg mna lbih baik bg pndgn ust...

sy baru kawin 8bln , tp sejak beberapa bln lalu sy diabaikn suami tnpa kabar berita, tanpa nafkah zahir & batin...apakah sy perlu bersabar ust...sy buntu, dan sy x sanggup nk hadapi dgn status janda utk kali kedua ini...apakah sy kena yakin yg Allah akn gantikan calon yg lbih baik drp dia selepas ini seandainya sy buat tuntutan fasakh...mohon sgt ust bg cadangan yg sebaiknya...sy buntu...

maaf sbb kerap brtanya sbb buntu sgt...

Jawapan : Sebaiknya puan solat istikharah..sungguh doa minta petunjuk dr Allah..mesti dpt keputusan yg terbaik..

Soalan : Ustaz,nk tnya..buleh dop jelaskn tntng org perempuan yg nikoh di golok..lepas itu blik dimalaysia hdup same kt 1 tahun..x sempat daftar nikoh malaysia..suami plop mati..dlm perut ye ad kndungan doh..5 bulan..gne hkum ye klu ye nk nikoh pulop.kne tngu lahir anok ke buleh nikoh trus..ce uztaz jelas sket sbnyk..trma ksih🙂

Jawapan : Wsalam..kena tunggu lahir anak dalam kandungan..

Soalan : As'salamualaikum Ustaz.
Saya ada soalan.
Kalau ibu meninggal.
Anak pernah berhutang dengan ibu.
Bagaimana nak bayar balik hutang?

Jawapan : Wajib diserahkan kepada semua waris mengikut faraaidh.

Rabu, 11 April 2018

Kuat lemah

KEKUATAN DAN KELEMAHAN..

Kekuatan dan kelemahan tidak boleh dipisahkan.Tiadalah kekuatan jika tiada kelemahan, juga tiada kelemahan jika tiada kekuatan.Kedua-duannya bersatu.

Kekuatan mampu menjadi kelemahan dan kelemahan juga mampu menjadi kekuatan. Kadang-kadang kelemahan itu lebih membantu daripada kekuatan yang ada, kadang-kadang juga kekuatan itu akan menjadi bebanan dan halangan pula.

Kedua-duanya berselingan antara satu sama lain.

Biarkan orang lain dengan kekuatanya, biarkan orang lain dengan kelemahanya

kita hanya bersyukur dengan segala
kuat lemah kita. Selalu bersyukur Allah jualah yang menjadikan kita kuat dan Dia jugalah yang menjadikan kita lemah.
Maka beryukurlah dengan ketentuaNya.

Jika kita bangga dengan kelebihan dan kekuatan kita htta menjadi riak dan takabur maka beringatlah bahawa kekuatan itu semuanya bukan hak milik kita, ianya milik Allah, milik mutlakNya. Dan, jika melenting atau bersungut dengan serba kekurangan dan kelemahan kita hatta menjadikan kita seorang hamba hina yang tidak bersyukur maka beringatlah bahawa ianya datang daripada Allah, segala baik buruk datangnya daripada Allah, jika kita melenting maka dengan siapakah kita melenting itu?

Berhati-hatilah bila berbicara sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala apa yang ada
di dalam hati hamba-hambaNya.

Apalah yang ada pada kita ini?

Harta..
Akal..
Pangkat..
Kedudukan
Rupa ..

Kelak tanah jua menjadi penginapan,
akhirat jua kita kembali menemuiNya.

Tiadalah daya upaya kita melainkan denganNya.

"Ya Allah Ya Tuhan kami
Terimalah segala amalan kami selama ini jauhkan kami dari perasaan riak dan takabur.  ..

Jadikanlah kami, kaum keluarga kami, sahabat kami dan semua hamba-hambaMu yang berdiri teguh di atas jalanMu antara ahli syurgaMu nanti.
Jadikan kami semua ini mulia di sisiMu.

 Aamiin ya Allah

#seLamatMALAM
#SALAMKEMAAFAN

sultan Abdul samad

*SULTAN ABDUL SAMAD*

Ada mengatakan semua pembangunan ini dibuat melalui hasil lombong timah.

*Tapi sebenarnya, Kekayaan ini terkait dengan rizab emas Nabi Sulaiman yang dikeluarkan sedikit bagi membangunkan ibu negara Selangor dan yang terpenting,sistem rel kereta api Tanah Melayu.*

*Bagi mencari sejarah penggunaan harta Nabi Sulaiman ini, saya mula mendampingi susur galur keluarga Sultan Abdul Samad.*

Akhirnya, saya berpeluang melihat 'carta keluarga' yang disusun melalui cicitnya yang saya panggil Pak Ungku. Seorang ahli tasawuf yang duduk di Banting.
Seiring dengan peredaran zaman, baginda juga tidak lepas dari disandung fitnah.

*Baginda dituduh menjadi tali barut British. Yang orang tidak tahu, British sentiasa mencari peluang untuk berbaik dengan Sultan Abdul Samad bagi mengorek rahsia mengenai hasil emas dan harta karun yang menjadi tunggak kekayaan baginda.*

Daripada sejarah lisan yang disampaikan oleh keturunan Sultan Abdul Samad, saya difahamkan, baginda pernah dipanggil ke Istana Buckingham untuk diberi gelaran "SIR", tetapi sesuai dengan kedudukannya sebagai pemerintah dan wali kecil ketika itu, beliau tidak mahu menjatuhkan martabat dirinya sebagai seorang raja Melayu dan maruahnya sebagai seorang mukmin, perlawaan itu ditolak secara baik.
Sultan Abdul Samad dan orang kepercayaannya yang dipanggil sebagai "Panglima Hitam" pernah belayar ke Palestin untuk mengambil kunci emas Nabi Sulaiman.

*Kunci ini diguna bagi mengeluarkan sedikit harta dari rizab emas Gedung Nabi Sulaiman yang terletak di Tanah Melayu, dengan kekayaan inilah, beliau membangunkan, bangunan Sultan Abdul Samad, ibupejabat KTMB, stesen besar KTM, bangunan-bangunan lama dan bersejarah di sekitar Dataran Merdeka, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan yang paling utama adalah landasan keretapi yang berlingkar di Tanah Melayu ini.*
Saya tidak perlu kemukakan bukti, saudara boleh lihat dengan mata kepala sendiri dan panjangkan fikiran....apa begitu muliakan hati penjajah mahu membangunkan bangunan-bangunan ini dengan seni reka Islam?

Jika benar hati penjajah begitu bersih, mengapa bangunan-bangunan lama di negeri-negeri lain tidak mempunyai sentuhan Islam, sebaliknya architecture Inggeris secara TOTAL? Dengan kekayaan tersebut, pembinaan bangunan2 ini dibiayai oleh Sultan Abdul Samad, Inggeris hanya menjadi pembina dan pereka.

Beliau hanya meninggalkan namanya pada Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai kenang-kenangan.
Di bawah bangunan tersebut terdapat bilik bawah tanah dan terowong-terowong yang menghubungkan beberapa lokasi lain di ibu negara. bilik-bilik bawah tanah itu satu ketika dahulu menempatkan emas negeri-negeri Selat tetapi sekarang tidak wujud lagi, bilik dan kompleks bawah tanah itu masih ada.

*Dipetik dan diolah dari penulisan Shah Paskal*

Selasa, 10 April 2018

Panas enjin

Enjin kena warm-up ka?

Dulu sewaktu di Jepun, apabila tiba musim sejuk di antara bulan 12 hingga 2, memang malas ke kelas. Nak naik motor sejuk bontot. Handle pun sejuk. Bila jalan kena angin, pun sejuk walaupun pakai full leather suit dengan jaket snow board.

Bila stop, buka glove, pegang ekzos pipe, bessss. Tak sempat maintain panas, dah sejuk balik.

Maka, menjadi rutin, sebelum naik motor, panaskan enjin dulu. Suatu hari, saya disekolahkan oleh mekanik motor saya, ex-racer dan jurutera enjin pakar ICE (internal combustion engine). Awat hang idle enjin motor hang lama sangat Iwan? (Dia cakap Jepun, saya translate ke Bahasa Kedah supaya hangpa paham hehehe).

Saya pun jawab poyo macam pandai guna commonsense saya; ya la Ueno-San, sejook kowt?? Sat gi mati la plak.

Dia jawab, jangan idle lebih daripada 30-saat. Tak kira kondisi musim sejuk atau panas. Enjin kontinental atau Jepun. Enjin direka untuk bergerak. Apabila enjin dan minyak enjin sejuk, sistem pembakaran akan banyakkan minyak supaya pembakaran rich. Kalau kekal idle, minyak tadi akan meleleh di dalam keadaan cecair ke dalam silinder merosakkan piston, dinding silinder dan blok enjin.

Jika keadaan stoichometric, minyak akan menjadi wap di combustion chamber bercampur udara dan spark, lalu dikompres piston untuk menukar energi haba ke energi kinetik.

Habis tu, steering fluid, minyak gearbox dan pelincir moving parts masih sejuk, ok ka berjalan?

Ueno-san respon; jika dibiarkan idle tanpa kita guna steering dan gear, minyak akan kekal berada di sum masing-masing tanpa diedarkan ke gear-gear moving parts. Tak ada maknanya.

Maka katanya, idle jangan melebihi 30-saat. Enjin moden ada autochoke yang akan rich-kan campuran fuel dan apabila kita bergerak, ia akan selaras automotik ke idling sesuai. Untuk minit 1 hingga 15, jangan kasar dengan throttle. Bawa beradab. Santuni enjin, gearbox dan differential. Bawa slow, TETAPI HARUS BERGERAK.

Baru saya faham bahawa takrif warm-up enjin di dalam mode parking itu tak wujud. Tak digalakkan. Saya rasa ramai orang tak tahu atau ada maklumat songsang tentang isu ini kan? Lalu kita pun amalkan ajaran sesat-permotoran semenjak kereta pertama kita sedangkan amalan  macam ni memang salah.

Pada tahun 1999, kereta 4 pintu pertama saya selepas DC2R 98-Spec dan sebelum Evo6 RS adalah E39 BMW 525i. Di manualnya jelas tertulis : do not leave your car engine in idle condition for more than 40 seconds. Ini rahsia supaya enjin, transmisi dan segala moving parts tahan lama.

Saya harap informasi radikal ini walaupun akan mencipta kontroversi, mampu membantu anda memanjangkan hayat K20A, 4AG-E, B18C, B16B, RB26DETT, 13B-REW, SR20DET, M54, S65B44 ataupun M156 AMG anda.

#irwansanei #tweakautomotive #cosworthmalaysia

Nota : idling enjin di dalam keadaan kereta berhenti tidak bergerak hendaklah dielakkan, jika mampu. Idling di dalam situasi apapun memendekkan hayat enjin dan menggunakan bahan bakar yang banyak. Membazir minyak (dibaca : fuel). Maka, cuba pendekkan tempoh warm-up (dibaca : memanaskan enjin) di dalam mode parking. Gerakkan kenderaan anda 30-90 saat setelah enjin dihidupkan dan biar enjin warm-up ketika bergerak. Berlembut dengan throttle. Pandu seperti biasa apabila enjin di suhu operasi optimum sekitar 98.9-darjah Celcius yang disarankan oleh SAE (Society of Automotive Engineers).

Isnin, 9 April 2018

Deed

Haris D bundle mania:
SEMUA KEBAIKAN ADALAH BESAR
PADA SISI ALLAH

Satu petang seorang tua yang ada pertalian saudara jauh,berkayuh basikal dari rumahnya di satu kampung lain yang jaraknya lebih 2 km,datang kerumah saya.Setelah memberi salam,dia berkata,"Aku mai ni nak sampaikan salam adik beradik hang di Gunung Semanggol.Aku pi sana makan kenduri dua hari lepas."Peluh yang mercik di mukanya,disapu dengan sapu tangan yang lusuh.Saya menjemputnya masuk tetapi dia menolak kerana nak terus balik.Setelah mengucap salam,basikalnya ditolak hingga luar pagar dan menghilang di selekoh..Saya menghantarnya dengan pandangan dan kagum dengan  sifatnya,apa tidaknya,hanya untuk menyampai salam,dia sanggup meredah panas dan begitu jauh berkayuh basikal.Inilah antara contoh insan yang disebut nabi tidak meremehkan atau memandang kecil suatu kebaikan,walaupun hanya sekadar menyampaikan salam.

Sabda nabi“Janganlah kamu meremehkan kebaikan walaupun kecil”. (Riwayat Muslim dan Ahmad)

"Janganlah kamu menganggap remeh suatu kebaikan, meski sekadar bermanis muka ketika menemui saudaramu" (HR. Muslim )

Jelas bahawa dalam berbuat baik,tidak ada kecil besarnya disisi Allah,hanya kita yang memandai-mandai meremehkan dan memandang kecil satu kebaikan,meletak ukuran sendiri kerana bercampur sifat menunjuk dan berbangga,sedangkan ukuran sebenar ditangan Allaah..Mereka yang ikhlas berbuat baik,tidak pernah merasa kecil satu perbuatan baik,akan direbutnya jika berkesempatan.

Sabda nabi lagi, "Sungguh aku melihat seorang laki-laki menikmati kesenangan di dalam syurga kerana  sebatang pohon yang ia singkirkan dari tengah jalan yang mengganggu manusia" (HR. Muslim ) :

 “Barangsiapa yang membuang batu di jalanan, ia akan dicatat telah mendapat satu kebaikan , dan barangsiapa mempunyai suatu kebaikan, maka ia akan masuk syurga”. (Tabrani)
Ini contoh merebut kesempatan berbuat baik,bila melihat sesuatu yang mungkin mengganggu atau membahayakan orang lain,segera diatasinya.Tukarannya adalah syurga walaupun banyak orang mengelak dan berlalu serta bersungut,ini bukan kerja aku.

Sabda nabi lagi,"Wahai para wanita muslimah! Janganlah salah seorang di antara kalian meremehkan pemberian tetangganya walau pemberiannya hanyalah kaki kambing.” (HR. Bukhari).

Begitu juga dalam menerima pemberian,jangan diremehkan. Terimalah dengan  besar hati walaupun apa yang diberi amat sedikit atau rendah nilainya,tetapi tinggi pada sisi Allah.

Setiap kebaikan walaupun kecil akan melahirkan kebaikan yang lain. Jika kita melakukan kebaikan, maka akan menjadi pintu gerbang untuk memasuki pelbagai kebaikan yang lainnya. Jika kita meremehkan atau meninggalkannya, akan menutup pintu gerbang yang mendatangkan kebaikan-kebaikan tersebut.Saya mengajak anda mengubah persepsi dari anggapan kebaikan ada kecil besarnya,kepada  semua kebaikan itu besar dan utama,jangan dilepas jika telah didepan mata.

Sebaliknya,jangan pandang remeh kesalahan kita.Seremeh apa pun,seringan mana pun, sekecil mana pun kesalahan, ia tetaplah kesalahan. Jangan berbangga dengan  kesalahan kita,kerana  sikap inilah yang akan menambahburukkan kita. Jangan anggap kecil sebuah kesalahan hanya kerana  melihat kesalahan lain yang lebih besar.Pandanglah setiap kesalahan sebagai sesuautu yang tidak boleh dilakukan.Satu kesalahan juga menjadi sebab dan gerbang ke arah kesalahan yang lain,jd jangan mula berbuat yang salah. Wallahu a'lam.

~ABD GHANI HARON

Jumaat, 6 April 2018

Isteri

Khas buat semua Isteri2..zaujah2..ahliah2...dan semua bakal wife kat luar sana..Pesanan yg sgt baik n padat dari kakanda Hamka kereta mayat(Dr pakar rumah tgga)..

Soalan pembaca:

Salam,
Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik,  Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, terbaru Ungku Emran bercerai dengan Erra Fazira yang memang cantik, bekas ratu lagi... Soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.

Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.

******

Hamka keretamayat jawab:

Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!

Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...

Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”

Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin

Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!

Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!

Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, , setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.

Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.

Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.

Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.

Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.

Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.

Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:

“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:

“Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang”

Woha!

Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan. Chow!

Rabu, 28 Mac 2018

Halau nyamuk

HEALTH - LEARN TO MAKE A SIMPLE TRAP MOSQUITOES AND AGAINST DENGUE mosquitoes.

Items needed:

What we need is basically:
200 ml water
50 grams of brown sugar,
1 gram of yeast (yeast bread, found in any supermarket) and a 2-liter plastic bottle. [...]

How to:
One. Cut the plastic bottle (PET type) in half. Storing the neck portion:
2nd. Mix brown sugar with hot water. Let cool. When cold, pour in the bottom half of the bottle.
3rd. Add the yeast. No need to mix. It creates carbon dioxide.
4th. Place the funnel part, upside down, into the other half of the bottle.
5th. Wrap the bottle with something black, minus the top, and put in some corner of your house.

In two weeks you will see the amount of mosquitoes and mosquitoes who died inside the bottle.

In addition to cleaning their homes, breeding sites of mosquitoes and mosquitoes, we can use this method very useful in: Schools, Nurseries, Hospitals, homes, ranches, farms, ranches, nurseries. etc. Do not forget Dengue in the coming months: this mosquito can kill a person! from salve o planeta (spanish)

Ahad, 25 Mac 2018

Soal UAI

*Sesi Soal Jawab UAI di Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.*

Soalan Pertama:Apakah hukum sakit perut dalam solat..sikit2 nak pergi tandas..terima kasih kerana jawab soalan saya..lepas ni saya nak belanja ustaz..boleh atau tidak?

Jawapan UAI:Boleh..nak belanja x payah tanya..any time boleh..Nabi kata tidak ada sembahyang orang yang bertolak dengan hadas..maksudnya sembahyang orang tu x sempurna dah..tidak molek dah..maksud bertolak tu dia nak buang air besar atau kecil..kalau rasa sikit2 macam nak kencing berak nak kentut..maka sunat kita tahan..teruskan sembahyang..kalau rasa nak sangat terkentut berak atau kencing..maka afdhol kita berhenti sembahyang..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.2:Kalau sedang solat dan kita sendawa lalu terkeluar makanan daripada kerongkong..batal atau tidak tidak jikalau telan semula makanan itu?

Jawapan UAI:Jawabnya x boleh telan..makanan dalam mulut kalau telan batal..makanan dalam perut kalau sendawa terkeluar lepas tu telan balik pun batal..makanan atas meja pun batal jugak..sembahyang x boleh makan x boleh minum..kalau dalam mulut kita ada makanan masa solat..hendaklah kita ludah..kalau dalam rumah..ludah belah kiri..atau sembahyang atas tanah..ludah sebelah kiri..kalau di masjid..kalau makanan tidak najis tu semua..ludah dalam kocek..kalau x de kocek..ludah dekat lengan baju..yang baik kalau ada tisu..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.3:Benarkah kaum wanita lebih ramai daripada kaum laki2 akhir zaman?..jika demikian haruskah laki2 kahwin dari satu?

Jawapan UAI:Ini soalan yang terbaik..haha..benda yang akan datang dipanggil alam ghaib..alam situasi yang kita x boleh capai dengan pancaindera..nabi kata akhir zaman perempuan itu lebih ramai dari laki2..nabi bukan ahli sains..bukan pakar phd doktar..itu zonniaj sahaja..nabi x cakap menggunakan kepala otak sahaja..nabi cakap semua wahyu yang Allah beritahu..wajib kita percaya..baby perempuan lebih ramai daripada laki2..mati lebih ramai laki2 daripada perempuan..seluruh dunia..nisbah perempuan 50..laki2 1..kajian dibuat di united nation rateo 7 perempuan 3 laki2..kalau monogomi sahaja..250 ribu lebih orang perempuan yang tidak berkahwin..sepatutnya kita kena blancingkan..sekurang kurang kena kahwin 2..hahaha..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.4:Apakah hukum orang perempuan dalam haid sentuh quran?

Jawapan UAI:Jumhur ulama mengatakan x boleh..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.5:Apakah hukum solat bawa anak?..dalam pempersnya ada najis..

Jawapan UAI:Jika anak itu tidak ada najis..tidak batal sembahyangnya..yang batal kita membawa sesuatu yang membawa najis..kita bawa beg..dalam beg ada najis..batal sembahyang..beg tu kita letak atas lantai..kita x pikul..x batal sembahyang..anak kita tidak ada najis..duduk atas riba kita..x batal sembahyang..kalau kita tahu ada najis..jangan bagi dia duduk atas riba kita..tapi kalau kita berdiri dia sandar dia sentuh..boleh..jangan dia pegang dia angkat kaki kita..kita dikira membawa orang yang membawa najis..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.6:Kebelakangan ini sijangkang ada masalah buang sampah tidak terkawal..nak buat macam mana dengan masyarakat ni ustaz?

Jawapan UAI:Islam ni agama yang paling bersih kalau kita ikut..tetapi kenapa terjadi orang kapir lebih bersih?..sebab kita x ikut..quran hadis tambah lagi penerangan2 ulama detail..x ikut..nak ikut macam mana..mengaji pun tidak..mengaji belum tentu ikut..yang x mengaji balik awal terus..nak mengajar kena ada tauliah..kamu dah tahu dia betul..bagi la tauliah..x betul bagitaw ni x betul..ni haram..x boleh kata..x boleh mengajar disini..x betul..x nak bagi tauliah..x payah suruh pergi pejabat..paham!!!!!..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.7:Jatuh talak x seorang suami yang mengaku dirinya bujang kepada orang lain?

Jawapan UAI:Tidak jatuh talak..yang dalam facebook kata jatuh talak..tu mazhab x boleh pakai..yang boleh pakai imam 4 mazhab..yang jatuh talak ini lafaz talak soreh..contoh "aku telah ceraikan isteriku kerana hendak kepada kamu wahai seorang wanita".."aku telah talak isteriku"..baru jatuh dirumah..kalau "aku masih bujang" "seronoknya jadi teruna" "bestnya kalau duduk berseorangan"..ni semua bukan talak..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.8:Ketika solat berjemaah sebahagian jemaah solat didalam dewan yang berhawa dingin dan berpintu sliding..adakah terputus saf bagi jemaah yang berada dikawasan terhalang oleh sliding door yang tidak dibuka?

Jawapan UAI:Tidak putus saf..dah yang kata putus saf?..ada 15 Qaul dalam masalah ini..maka ada khilaf..perselisihan dikalangan ulama2 besar memberi keringanan kepada kita orang awam..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.9:Orang yang suka bernazar ini semacam mengugut tuhan..contoh "kalau aku x lulus aku x buat makan untuk jiran"..tunggu lulus baru nak belanja jiran..

Jawapan UAI:Jawabnya ni bukan nazar..ni bangang namanya..nazar lain..nazar ni nak buat benda baik..aku bernazar kalau lulus periksa aku nak sembelih lembu jamu orang masjid..tu baru nazar..nazar ni nak dekatkan diri kepada Allah..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.10:Lepas solat jumaat baru perasan baju ada najis..kena sembahyang semula ke tidak?

Jawapan UAI:Tengok lah..tidak sah sembahyang pakaian yang ada najis..syarat sah sembahyang adalah suci daripada najis..jikalau syarat tidak dilaksanakan maka sembahyang tidak terpakai..begitu juga kalau x tutup aurat..tidak sah sembahyangnya..kerana tutup aurat tu syarat sah sembahyang..makna syarat adalah suatu benda yang mesti ada..kalau x de dia..tidak sah sembahyang..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.11:Apa hukum gantung tauliah kerana baca qunut nazilah?

Jawapan UAI:Qunut nazilah ni sunnah nabi..dibuat apabila umat islam menerima mudharat musibah dan sebagainya..maka sunat baca qunut nazilah..sebab tu kalau kita buat apa..biar Allah Rasul atas kepala kita..bukan nafsu..Nabi akan datang suatu zaman orang cakap bohong..orang percaya..orang cakap betul..orang x percaya..ni la zamannya..orang bohong cakap dia belum naik atas pentas orang dah tepuk tangan..bila kuliah tok guru alim ulama..dia kata pembohong..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.12:Apakah hukum mengundi?

Jawapan UAI:Hukum mengundi ni kalau kita x mengundi pun parti islam akan menang dan islam itu akan mulia maka x wajib mengundi..tengok dekat bangladesh..dulu di seorang ulama telah salah fatwa dia kata orang islam x perlu mengundi..akhirnya parti sekular naik pimpinan hasina..1200 orang ulama dan para al hafiz telah dibunuh disana..ade yag dibakar..dibuang dalam laut..dikurung..yang terbaru digantung sampai mati..ini semua sebab awal2 dah salah fatwa..sebab tu hati2 nak keluarkan fatwa..Allah akan tanya kita..hati2..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.13:Adakah batal solat orang perempuan yang keluar keputihan semasa sedang solat?

Jawapan UAI:Bab keputihan ni berlaki khilaf ulama..saya jawab ni pandangan paling ramai..keputihan yang membatalkan yang keluar daripada batin..yang duduk pada bibir faraj..tidak membatalkan..batin adalah tempat yang tidak sampai semasa melakukan persetubuhan..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.14:Tanda akhir zaman telah keluar satu persatu..apakah persediaan kita untuk menghadapi kemunculan dajjal?

Jawapan UAI:SEKARANG INI KITA UMAT ISLAM KENA BERSATU DAN JANGAN IKUT TENTERA DAJJAL..tentera dajjal adalah yang Allah sebut nabi sebut..siapa sahaja manusia yang menghalang benda2 baik dan menyuruh benda2 yang dosa..itu tentera2 dajjal..walaupun anak beranak kita sendiri..kuliah haram..arak boleh..ceramah agama x boleh..judi boleh..tu la tentera dajjal..kena bersama umat islam yang ingat Allah..bukan yang lagha..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.15:Apakah tuntutan pada waris bagi harta simati selepas difaraidhkan?..boleh ke digunakan apa sahaja untuk keperluan dirinya?

Jawapan UAI:Siapa yang dapat hak daripada harta faraidh..itu hak dirinya..cuma jangan buat benda yang haram..sebab harta kita ni pastikan betul dibahagikan untuk kita..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.16:Apakah hukum menggunakan emoji dalam whatsapp telegram seperti smile dan sebagainya?

Jawapan UAI:Hukumnya boleh selama tidak menunjukkan kepada syirik atau maksiat..gambar isyarat lucah tangan x boleh dalam islam..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.17:Apakah hukum orang perempuan yang terkentut vagina didalam sdmbahyang?..kena ambil wudhu atau bagaimana ustaz?

Jawapan UAI:Kentut vagina ni ada dua jenis..yang pertama batal wudhu..yang kedua x batal wudhu..yang batal wudhu yang keluar angin daripada dalam..yang kedua x batal wudhu..bibir vagina dia bergesel sebab dia bergerak..angin yang terperangkap dalam vagina tadi terbunyi..itu tidak membatalkan wudhu..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.18:Saya beritahu kawan saya kelebihan solat dhuha..kawan saya buat solat dhuha tu..saya dapat x pahala?

Jawapan UAI:Dapat la..macam orang tanya soalan malam ni..tukang tanya paling banyak dapat pahala..bukan tukang jawab dapat banyak pahala..sebab tukang tanya tu asbab orang lain dapat jawapan..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.19:Adakah salah jual tudung di kelab malam berbanding jual tudung di pasar malam?

Jawapan UAI:Nanti marah pulak neolofa dekat aku..dah la 2 3 malam ni x whatsapp dah aku..hahaha..baik jadi begini..jual tudung tu x salah..duduk saje2 pun boleh..duduk mane2 pun boleh..dekat bandar boleh..dekat rumah boleh..tetapi tengok tempat..tengok majlisnya..bila kita duduk di majlis yang tempatnya banyak sangat maksiat disitu..dengan sebab kita yang mengumpulkan orang disitu..tu x boleh..kalau orang lain yang buat..kita lalu tu boleh..Nabi kata yang tunjuk perkara baik..dia akan dapat pahala yang orang tu buat..orang yang tunjuk perkara yang haram..maka dia dapat dosa sama orang yang buat dosa tu..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.20:Adakah sistem demokrasi itu haram kerana x de dalam islam?

Jawapan UAI:Demokrasi ada dalam islam..demokrasi yang ada dalam banyakw negara yang ada ni demokrasi cara barat..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.21:Apakah itu wahabi?

Jawapan UAI:Wahabi ni adalah satu golongan yang mengikut akan Muhammad bin wahab..namanya muhammad..tapi dibanggakan dengan nama ayahnya..mazhab salaf ada 4..mazhab handai maliki syafie dan hanbali..tu mazhab salafi..4 tu semua ahli sunnah..salaf maknanya yang hidup 300 hijrah ke bawah..muhammad bin abdul wahab abad ke 19..100 tahun lebih..mazhab baru..aqidah salaf adalah aqidah yang berasal daripada nabi dan para sahabat..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.22:Apakah sekular itu betul?

Jawapan UAI:Sekular itu tidak betul kerana asal daripada kristian yang moderad..asal ajaran sekular bab2 negara bab2 ekonomi bab2 hiburan..kita ikut kerajaan..dan bab2 akhirat kita ikut injil nabi isa..tu ajaran sekular..sekarang umat islam mudah jadi kapir sebab bab2 sembahyang haji zakat puasa..kena ikut quran hadis..bab memerintah negara semua..kita ikut orang ramai..punah ranah habis..jadi pakat2 perbetul sebelum mati..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.23:Macam mana solat sunat hadiah waktu berlaku kematian?

Jawapan UAI:Pandangan ini pandangan dhaif..pandangan sebahagian kecil sahaja dikalangan ulama..tidak dikeluarkan kerana bukan pandangan muktamat..pandangan yang paling kuat dalam mazhab syafie..tidak ada sembahyang teman..tidak ada sembahyang hadiah..kata dr wahbah zuhaily memberi fatwa kita jangan ikut la qaul yang sangat lemah ini..kita ambil qaul yang dipakai disisi jumhur ulama..setiap kai selepas solat kita niatkan hadiahkan pahala solat kita kepada simati..dengan izin Allah..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.24:Macam mana nak kawal hati daripada tidak lalai daripada mengingati Allah?

Jawapan UAI:Jawabnya banyakkan zikir Allah..kurangkan zikir duit..kurangkan zikir dunia..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.25:Apakah ciri2 pemimpin islam yang kita harus pilih untuk menaikkan sebagai pemimpin negara kita?

Jawapan UAI:Yang pertama dia takut kepada Allah..kena beriman..yang kedua dia sayang kepada rakyat..bila takut kepada Allah..anak bini cucu dia tutup aurat..seringgit pun dia x berani ambil harta negara..kalau dia sayang rakyat..dia akan letak harga yang rakyat seronok apabila membeli belah..dia akan buat kehidupan rakyat lebih senang daripada dirinya..ramai yang ada sekarang ni x takut Allah..zalimnya rakyat kerana jahatnya rakyat itu sendiri..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.26:Cuba ustaz terangkan apa itu syariat..tariqat..hakikat dan makrifat..

Jawapan UAI:Syariat tu agama lah..tariqat ni jalan..jalan kepada Allah..hakikat ilmu yang berkait dengan tasawwuf untuk melihat akan hakikat..tujuannya mentauhidkan akan Allah..makrifat ni kenal Allah..siapa x kenal..dia x kan cinta Allah..siapa yang cinta Allah dia akan takut Allah..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.27:Kita buat kerja amal tapi selalu ada orang sibuk mak dengki la..macam mana tu ustaz?

Jawapan UAI:x de buat macam mana..teruskan kerja awak..x payah susah dia nak dengki..orang yang dengki ni amalan dia hangus..dengki ni adalah kita sakit hati tengok orang islam yang lebih baik dapat nikmat..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.28:Berlaku perpecahan umat islam dalam hal politik..apakah nasihat ustaz?

Jawapan UAI:Allah dah jawab..jangan pecah belah..kena bersatu..sekalian orang islam seluruh dunia kena bersatu dengan hukum Allah..buat parti ikut agama..ada sekor mufti kata jangan gunakan agama dalam politik..dah kalau x nak guna agama..nak guna apa!!!!!!?

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.29:Boleh x ustaz berkuliah di selangor selama sebulan sebab di terengganu ustaz susah berkuliah..pindah sini la..

Jawapan UAI:Sedak gamok mung nok suruh aku pindoh..doh bining aku duduk sane?..guane kire..carikan bini dekat sini untuk aku..baru boleh kuliah sini..hehe..musim ni patutnya bukan larangan berkuliah..kalau orang tu x bodoh lah..sebab ni nak dekat PRU..masing2 nak tunjuk baik..ini bukan orang pejabat agama..ini orang politik..saya tahu belake..saya tanya umno kuala terengganu..siapa keluar arahan di setiu..bukan orang pejabat agama tapi orang atasan..call pejabat agama suruh sekat..macam tu la terjadi seluruh malaysia..orang yang turut jadi kambing hitam..8 ribu orang yang datang kuliah malam tu..polis kata kalau ustaz buat sahaja dimana..lulus..polis..seluruh malaysia..polis terbaik..yang jahat orang politik..dia ingat kita takut..lain tahun la boh..kita kerja dengan Allah Taala..siapa takut mahluk..syirik..takut hanya kepada Allah!!!!!!!..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.30:Jika seorang ibu menghayunkan buaian anaknya sebelum tidur..adakah dapat pahala selawat atau sekadar menyanyikan anaknya sahaja?

Jawapan UAI:Dapat la boh..orang2 tua dulu bagus..Nabi kata siapa yang selawat sekali..Allah akan selawat keatasnya 10 kali..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.31:Apakah hukum orang yang hidup buat haji kepada orang yang telah mati?

Jawapan UAI:Boleh..yang x boleh orang mati buat haji untuk orang hidup..hehe..sekarang ni ada 2 3 orang ustaz..nak kata ulama..bukan..dia memandai2 kata x boleh buat amal untuk orang mati..tu bukan perkataan ulama..tu pandangan kepala hotak dia yang jahil..nak tolong buat boleh..tapi biar ada nas..anak2 kepada ibu bapa..yang pertama puasa..yang kedua haji..sekali pun dengan upah..ini iktifaq ulama..jangan memandai2 kata x boleh..yang ketiga zakat..yang keempat korban..yang kelima tolong bayar hutang..yang x boleh tolong qadha sembahyang untuk orang mati..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.32:Adakah peninggalan simati wajib wakaf atau bahagi sama waris?

Jawapan UAI:Buat dua2..nabi sudah ajar kita..sedekah dan wakaf..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.33:Kenapa kuliah ustaz dihalang?

Jawapan UAI:Bodoh..berjoget di setiu boleh..import datang daripada thailand..boleh..macam2 masuk kampung dia buat..x kan mengajar x boleh..nampak mung ni tentera dajjal..arak boleh..kuliah x boleh..dajjal..pakat viral..dajjal..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.34:Hukum mengaji, musafaha dan mengambil sanad dalam bidang tajwid?

Jawapan UAI:Mengambil sanad2 ini bukanlah wajib tetapi sebaiknya biarlah bersanad kerana ingin menutup pintu kerosakan..bukan kata dalam bidang tajwid sahaja..seluruh ilmu islam mesti dengan talaqqi..sebab hadis menyebut ilmu taalum..tafaul itu tafail..mesti ada muallim..mesti ada mutallim..ade guru ade murid..sebab tu orang x letak syeikh al bani al hafiz..sebab dia x de guru..dia sekadar membaca hadis sahaja..dia bukan ulama hadis..berbeza dengan imam ibnu hajar..imam suyuti..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.35:Apakah ayat terakhir diturunkan didalam quran ustaz?

Jawapan UAI:Ayat yang terakhir tidak berlaku ijma' ulama..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.36:Apakah kerugian besar apabila seorang laki2 bermonogami?

Jawapan UAI:Kalau kita nak kahwin lebih..biar betul caranya..beri kebaikan kepada isteri..ni mas kahwin hari tu x habis lagi hutang..nak kahwin sekor lagi..kemudian bini kena kerja pulak..suami yang terbaik adalah isterinya tidak perku berkerja mencari rezeki..bukan kata haram isteri berkerja..kalau boleh..biar bini kita relax duduk rumah..jangan tipu bini kita..banyak kes tipu bini..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.37:Saya masih belajar tapi rasa nak bernikah..saya suka pada seseorang..apa yang perlu saya lakukan ustaz?

Jawapan UAI:Belajar dulu..sebab risau kalau kahwin dulu..nanti belajar slow..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan No.38:Selepas bercerai..saya tidak percaya lagi wanita diluar sana..saya berusaha memperbaiki diri dan focus kepada ibadat..adakah wajar tindakan saya ini..saya tidak menolak perkahwinan cuma trauma kepada isteri derhaka sahaja..

Jawapan UAI:Jawabnya memang trauma..apa sahaja yang baru berlaku..kita memang trauma..manusia ni dia akan ingat benda yang baru berlaku..jawapanya awak tunggu lama sikit..InsyaAllah awak kahwin lagi..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Soalan Terakhir:Saya x mampu pergi umrah..kawan saya kata kalau x pergi umrah pun boleh dapat pahala umrah..solat subuh berjemaah di masjid..beri'tikaf dalam masjid sampai waktu syuruk kemudian lakukan solat sunat..dapat pahala umrah..betul atau tidak ustaz?

Jawapan UAI:Betul..cuma umrah itu umrah sunat..bukan umrah wajib..jangan x pergi pulak umrah wajib..orang pergi haji tu buat haji dan umrah la tu..wajib kerana Allah..ada haji tamatuk..ada haji qirat..ada haji ifrat..maksudnya umrah dulu haji kemudian..haji dulu umrah kemudian..haji dan umrah sekaligus..maksudnya tadi jangan x pergi haji..

Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

Sabtu, 24 Mac 2018

Uai

Kuliah Maghrib Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus | Kitab:Anak Kunci Syurga | Sabtu:24 March 2018 | Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat Selangor.

❤..Hari jumaat adalah penghulu segala hari..kalau penghulu segala bulan adalah bulan ramadhan..

❤..Sunat mandi jumaat bagi siapa yang wajib pergi..orang perempuan x sunat mandi jumaat..tapi kalau raya..orang x pergi pun sunat mandi sunat hari raya..

❤..Kalau pergi awal dapat pahala unta..

❤..Korban yang afdhol adalah binatang yang gemuk..yang harus ialah yang biasa..yang makruh lembu kurus..yang x sah kurus sangat..

❤..Nabi kata mandi sunat jumaat macam mandi janabah..tapi bukan mandi sebab nak mandi hadas..niatnya aku mandi sunat jumaat..ulama hanya memberi contoh..macam niat dalam solat jugak..itu semua pandangan ulama..aku sembahyang fardhu subub berjemaah..tu contoh..mengikut imam pun boleh..yang penting maksud sama..

❤..Selalu kita hadis hasan..hadis ni maksudnya perkataan perbuatan sifat atau kebenaran daripada Nabi SAW..hadis terbahagi kepada dua..Hadis mutawatir dan hadis hadis ahad..

❤..Hadis ahad terbahagi kepada 3..hadis soheh..hadis hassan..hadis dhaif..yang boleh menetapkan hukum halal dan haram hanya kepada hadis soheh dan hasan..

❤..Hadis dhaif hanya boleh fadhilat2 amal mengikut jumhur ulamak..

❤..Saidina Abu Bakar Nabi kata iman dia kalau nak banding dengan penduduk madinah..berat lagi iman Saidina Abu Bakar..yang nabi kata tu penduduk madinah..penduduk muhajirin dan ansar..penduduk yang Allah telah jamin syurga..

❤..Saidina Abu Bakar kata tidak akan diterima solat orang yang benda haram dalam badannya..

 ❤..Imam nawawi kata kalau orang cakap masa tengah khutbah dijalankan..Imam nawawi kata tunjuk isyarat..

❤..tunjuk isyarat untuk orang yang bercakap tu diam

❤..Bahasa isyarat ada lima..yang pertama angguk..yang kedua geleng2..yang ketiga isyarat diam..yang keempat isyarat penumbuk..yang kelima isyarat duit..yg nieh semua tahu..hehe..

❤..Siapa yang mandi sunat jumaat..pergi awal..dengar khutbah baik2..dapat pahala amal ibadat setahun setiap langlah pergi ke masjid..

❤..Berjalan perlahan2 pergi ke masjid..dengan sakinah..maksudnya yang tergopoh2..

❤..Jangan langkah kepala orang..bagi isyarat tangan kalau nak lalu sebelah orang..Nabi larang langkah kepala orang..

❤..Arab ramai jenis x reti base..langkah kepala orang..jangan ikut orang arab..tapi ikut orang alim..x kire bangse mane pun..

❤..Jangan ikut arab jahilliyyah..jenis betulkan kopiah mase solat..letak serban mase tahiyyat..letak balik setban kalau x betul..ade hari tu cakap mase tengah sembahyang..bangang namenye..

❤..Nabi marah orang yang langkah kepala orang..nabi kata ijlis..bukan iblis..jangan silap sebut..maknanya duduk..

🦅🦅🦅..Sesi soal jawab ..🦅🦅🦅

✈..Nabi kata tidak sembahyang orang yang bertolak2 dengan hadas..maknanya nak buang air..maknanya tidak sempurna..kalau rasa sikit2 nak kencing..afdhol kite teruskan..kalau rase nak sangat kencing..afdhol pergi kencing dulu..

✈..Tengah sembahyang kalau keluar makanan mase sendawe..kalau telan balik..batal solat..dalam masjid jangan ludah dalam masjid..ludah dalam kocek..kalau dalam rumah x de masalah..yang baik kalau ada tisu ludah dalam tisu..

✈..Benda yang akan datang adalah alam ghaib..nabi kata antara tanda akhir zaman adalah perempuan lebih ramai daripada lelaki..dalilnya baby perempuan lagi ramai daripada lelaki..orang perempuan lebih banyak mati daripada laki2..

✈..Dalam hadis yang lain Nabi kata nisbah 50 perempuan dan laki2 1..

✈..Petua nak kahwin lagi adalah tunggu isteri pertama mati dulu..hehe..

✈..Jumhur ulama meegatakan orang perempuan haram pegang quran ketika haid..

✈..Islam ni agama yang paling bersih kalau kita ikut..kita jadi kotor sebab kita quran hadis x nak ikut..x nak ikut ulama..

✈..Nak ikut macam mana..mengaji pun x nak..yang mengaji pun belum tentu ikut..yang x mengaji?..balik awal terus..

✈..Kahwin bukan wajib pun..sunat sahaja..cuma sebaiknya kahwin awal..

✈..kalau nak best kahwin kahwin masa muda2..sebab Abdul Rahman Bin Auf pernah kahwin dengan orang tua..dan nabi tegur kenapa x kahwin dengan orang muda..boleh kamu bermain2..

✈..Jatuh talak x kalau suami mengaku bujang?..x jatuh boh..yang jatuh kalau lafaz talak soreh..

✈..Tidak putus saf solat jumaat dalam bilik yang ade slinding

✈..Nazar buat benda baik..nazar bukan buat benda yang x baik..

✈..Syarat sah sembahyang adalah suci daripada najis..kalau syarat tidak terlaksana maka tidak sah solat..

✈..Qunut nazilah ni sunnah nabi..nabi kalau akhir zaman nanti yang pembohong dikata benar..yang kuliah tafsir..tok guru dikata sesat..nia zamannya..

✈..Keputihan yang membatalkan adalah yang keluar daripada batin..yang keluar dari bibir faraj x batal..

✈..Sekarang ni hati kita kena bersatu umat islam..nabi kata tentera dajjal sekarang adalah yang menyuruh benda yang jahat..menyekat yang baik.

✈..Harta kita ni kena betul yang dibahagikan kepada kita..

✈..Hukum emoji dalam whatsapp dan instagram..boleh selagi mana tidak membawa fitnah..

✈..Hukum mengundi ni kalau kita x mengundi pun parti islam akan menang dan islam itu akan mulia maka x wajib mengundi..tengok dekat bangladesh..salah fatwa dia kata orang islam x perlu mengundi..akhirnya parti sekular naik..1200 orang ulama telah dibunuh disana..ade yag dibakar..dibuang dilaut..yang terbaru digantung sampai mati..ini semua sebab awal2 dah salah fatwa..hati2 nak keluarkan fatwa..

✈..Wahabi ni yang mengikut muhammad bin abdul wahab..sebut wahabi tu sebab bapanya nama wahab..mazhab salaf ada 4..hanafi maliki syafie dan hanbali..

✈..Sekular ni x betul..sebab daripada kristian modered

✈..Pandangan paling ramai dalam mazhab syafie tidak ada sembahyang teman atau sembahyang hadiah..yang ada kata boleh tu pandangan yang dhaif..

✈..Jumhur ulama kata lepas solat kita hadiahkan pahala solat kepada simati..

✈..Banyakkan zikir Allah untuk ingat Allah..

✈..Pilih menteri yang takut kepada Allah dan sayang kepada rakyat..

✈..Syariat tu agama..tariqat tu jalan..hakikat kembali kepada Allah..makrifat tu kenal Allah..siapa cinta Allah dia akan takut Allah.

✈..dengki ni maksudnya orang islam yang sakit hati kepada suadaranya yang dapat nikmat..

✈..buai bayi masa selawat..dapat pahala la boh..

✈..Kuliah dekat setiu tu bukan salah pejabat agama..yang jahat orang politik dekat atas tu..dia yang arahkan pejabat agama suruh sekat kuliah..orang yang jalankan tugas tu jadi kambing hitam..

✈..Orang hidup boleh buat haji untuk orang mati..haji badal..kalau dia mati..orang lain boleh qada..tetapi dengan nas..anak boleh qadakan..

✈..yang x boleh qadhakan solat yang telah mati..

✈..Kuliah x boleh..berjoget dekat setiu bawak dari thailand..boleh pulak..tu bodoh namanye..tentera2 dajjal..pakat2 viral..

 ✈..Ayat yang last turun dalam Quran tidak berlaki ijmak ulamak..

✈..suami terbaik adalah suami yang menanggung sepenuhnya nafkah kepada isterinya..bukan kata haram isteri berkerja..tapi isteri yang x berkerja tu yang terbaik..

✈..Nak buat kerja agama..jangan takut rezeki..

Tamat Kuliah
Wallahhuallam
Silakan share..

Ahad, 18 Mac 2018

Poligami

*AKUR walau BERISTERI BANYAK*

Saya menikah 1997 ketika itu saya umur saya sedang matang2nya sekitar 30 tahun, dan istri saya berumur 22 tahun.

Di tahun kesepuluh, istri mendorong saya untuk menikah lagi, sebenarnya saya sudah merasa cukup dengan 1 istri.

Tapi istri trus memaksa... dan malah mengenalkan dan melamarkan yg umur 20 thn, status janda anak 1, ditinggal mati Suami.., akhirnya kami menikah.

 Kehidupan berjalan empat tahun, kedua istri saya sepertinya berkompromi, memaksa saya untuk mencari istri utk yg ketiga.
Saya bilang "sudah, aku beristrikan kalian berdua saja, aku merasa belum bisa adil, aku takut jika hal ini memberatkanku kelak......, sudah cukup..."

Jawab mereka, "kami ikhlas kok.., kami merasa Papa sudah adil kok.., kami carikan madu lagi ya Pa......

Mereka semakin merajuk dan memaksa sambil memberikan informasi ada janda umur 20 tahun tanpa anak".

Akhirnya kami menikah.....

Berjalan nya waktu, kehidupan poligami ini.., istri2 dan anak2 saya semakin akrab..., dan  tidak ada masalah diantara mereka.

Suatu hari, aku di kagetkan oleh unjukrasa... mereka.

 Ketiga istri dan anak2ku!! Mereka sepakat menuntutku untuk menikah lagi...!

Mencari isteri yang ke empat...!!!

MasyaALLAH...
Aku bingung.

Akhirnya ditengah kebingunganku....
Seseorang yang sangat dekat menegur ku!

*Bang... bangun!*
*Bang.... bangun!*
dah pagi nanti lambat kerja!


Ohhh ternyata cuma mimpi!

Aduhhhhh sayang sekali...

😀😊😆

Sabtu, 17 Mac 2018

Matang

SEMBILAN (9) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN

1. Kita berhenti MENILAI dan MENGHUKUM orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Kita boleh MENERIMA orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani MELEPASKAN kenangan lama yg pahit. Tidak BERDENDAM dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti MENGHARAP dan MEMINTA dari orang, tetapi mula MEMBERI. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6. Kita berhenti MENUNJUK kepandaian, kehebatan dan mula MENGAKUI kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7. Kita berhenti MEMBANDINGKAN nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita BERDAMAI dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8. Kita boleh bezakan "KEHENDAK" dan "KEPERLUAN", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "RASA KOPI" dari menikmati "CANTIKNYA CAWAN".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik.  Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

Wallahualam..

Rabu, 14 Mac 2018

Meninggal di kereta

*Dua Perkara Yang Menyedihkan:*

1: Seorang lelaki yang tidak pernah masuk masjid kecuali jenazahnya.

2: Seorang wanita yang tidak pernah menutupi auratnya kecuali ketika dikafankannya.

Firman Allah SWT:

*بل تؤثرون الحياة الدنيا*

“Sedangkan kamu lebih mengutamakan kehidupan dunia...”
(QS Al-A'la: 16)

Demikianlah sikap kebanyakan manusia:

1: Mereka boleh masuk ke tempat kerja sebelum waktunya.

2: Mereka boleh tiba di lapangan terbang sebelum waktunya.

3: Mereka boleh datang (menunggu giliran) di hospital sebelum waktunya.

4: Mereka boleh berada di dalam stadium, 2 atau 3 jam sebelum perlawanan bermula...

Akan tetapi tatkala mereka mendengar Azan mereka berlengah-lengah tanpa berasa apa-apa, apatah lagi melewatkan solat.

Moga Allah pelihara kita semua hendakNya.

Jom jadikan kata2 ini sebagai azam untuk mengubah diri...

*_Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang_*

Cara belajar organik

Salam.

Cara belajar kimi-A! Organik... macam memasak jer...

ماشآءالله
تبارك الله
ان شاءالله
اللهم امين
اللهم صلى على محمد
Contoh
Intro organik. Sama macam kenal alat memasak, bahan, lauk, rempah dll

Hydrokarbon macam nak masak nasi ayam

Benzene... masak nasi 7 benua
Kenal rempah... tau resepi

Dan seterusnya....
Jumpa cara ... nampak halan.

Yg penting usaha
nota wat sendiri...

Fokus di kuliah.
Bertanya klu tak faham

من جد وجد
ومن زرع حصد

Yg penting ... jawapan organik dah ada kat soalan...

Analogi... pertandingan memasak. Klu suruh masak kita tengok apa yg disediakan bahan² atas meja. Apa yg ada itu yg kita masak. 

Ada faham kalu?

Pangkat

Cuba bayangkan kalau semua orang di Malaysia malam semalam Allah bagi
RM 10,000,000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank.

Bangun pagi ni, kita cek akaun melalui CimbClicks, punyalah terkejut sebab ada
rm10 juta dalam akaun. Kita pun merancang untuk masukkan duit dalam pelaburan, bagi emak dan ayah, bayar hutang, beli kereta baru, beli rumah baru, shopping sakan dan pergi Melancong dan Umrah

Kita pun call emak di kampung, emak cakap tak perlu bagi emak duit lagi sebab emak dah jutawan.

Kita keluar rumah untuk pergi selesaikan urusan kita tadi. Keluar rumah, baru nak hidupkan kereta myvi, kereta pula rosak. Terus terbayang nak tukar dengan BMW 328i Sport. Sebelum tu, kena ada kereta lain dulu untuk ke Auto Bavaria. Kita pun call 012-5235574 untuk sewa kereta. "Maaf, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staff cuti. Mereka sudah jadi jutawan."

Kita pun terus membuka applikasi Grab dan Uber. Ternyata tiada yang available kerana semua sudah jadi jutawan.

Kita mula melangkahkan kaki keluar untuk mendapatkan teksi. Ternyata Teksi juga tiada kerana semua pemandu teksi sudah jadi jutawan.

Kita teruskan melangkah ke bank untuk mengeluarkan duit. Bank juga tutup kerana semua pegawai bank sudah jadi jutawan. Duit di dalam mesin Atm juga sudah habis kerana kita agak lewat dan tiada penghantaran duit kerana mereka yang bekerja dengan Securiforce juga sudah jadi jutawan.

Kita mula buntu dan cuba melangkah longlai ke kedai mamak berhampiran untuk pekena teh ais kaw bagi menghilangkan rasa tertekan. Ternyata kedai mamak juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.

Kita semakin buntu. Kelihatan banyak projek pembinaan bangunan tidak berjalan kerana semua pekerja Indonesia dan Bangla juga sudah jadi jutawan.

Kite melangkah masuk ke kedai 24 jam, 7 eleven. Buat kali pertama kedai 7 eleven juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.

Banyak stesen minyak yang tutup kerana terputus bekalan minyak kerana pemandu lori minyak juga sudah jadi jutawan.

Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada Polis Trafik yang bertugas menjaga lalu lintas kerana semua Polis Trafik juga sudah jadi jutawan.

***

Jadi, bagaimana dengan kita?

Kesimpulannya, Allah dah jadikan setiap perkara itu adil dan sempurna.

Kepada mereka yang Allah berikan nikmat rezeki dan pangkat yang lebih, jangan sesekali sombong, berlagak dan memandang hina pada orang yang serba kekurangan atau biasa-biasa sahaja ini.
Kerana tanpa disedari, mereka ini lah yang banyak memudahkan urusan harian anda dengan izin Allah.

#muhasabahdiri
#mengingatidirisendiri
#kopraltbbk15717#pkps

Selasa, 13 Mac 2018

62

KEPADA
CUEPACS dan ahli lembaga CUEPACS,

Tuan,

*PERMOHONAN JANGAN DITAMBAH USIA PENCEN DARI 60 TAHUN KE 62 TAHUN*

Saya dengan sukacitanya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Untuk maklumat tuan, pada usia 60 tahun, saya nak pencen. Saya tak mahu dah tambah sampai 62. Kalau boleh awal lagi dari 60 pun saya nak pencen. Berikut senarai saya nak buat, bukan dok bergelumang dengan kerja di office lagi pada usia 62.

1. Saya nak pelihara ayam keliling rumah.
2. Saya nak tanam pokok buah banyak-banyak.
3. Saya nak main dengan cucu cicit saya.
4. Saya nak pergi umrah dan haji.
5. Saya nak pergi pasar hari-hari.
6. Saya nak pergi kenduri kendara dengan aman tanpa perlu apply cuti rehat.
7. Saya nak jalan-jalan naik motor dengan laki saya macam muda-muda dulu dengan aman.
8. Saya nak jaga laki saya kot dia sakit tua.
9. *Saya nak jaga laki saya kot dia nak tambah cawangan, sempatlah saya banteras seawal mungkin.*
10. Saya nak buat amal ibadat banyak-banyak.
11. Saya nak pelihara ikan koi.
12. Saya nak pelihara kucing.
13. Saya nak tanam pokok rose jepun.
14. Saya nak berulang ke hospital ambil ubat tanpa perlu ambil time slip.
15. Saya nak tengok Tanyalah Ustazah (kalau rancangan tv tu wujudlah lagi time saya umur 62).
16. Saya nak pergi surau pagi-pagi tanpa perlu kelam kabut dan nak cepat ke office sebab dah tua sangat tak larat nak buat kerja cepat-cepat.
17. Saya nak dok relaks tanpa perlu bertekak dengan public.
18. Saya nak tenangkan fikiran dari dok menghadap fail bertimbun atas meja.
19. Saya nak tidur, cover balik tidur tak cukup masa zaman kerja.
20. Saya nak tengok drama swasta atau telenovela dengan aman sebab saya jarang berkesempatan buat itu semasa kerja.

Sekian dahulu senarai "apa saya nak buat pada usia tua". Nanti kalau ada saya tambah lagi. Mohon tak payahla minta benda merapu lagi kat kerajaan. Ada baiknya kau minta pencen naik sahaja. Itu lagi bagus.

Yang benar,
Penjawat Awam yang Nak Pencen Awal Kalau Boleh.

Ahad, 11 Mac 2018

Haiwan masuk masjid

Menurut kitab tafsir taksiran ulama ulamak ulum berkaitan binatang yg memasuki masjid...seperti yg diceritakan oleh ustaz alzahari dari langat selangor...tertera kepada 3 binatang yg tidak boleh memasuki masjid dan sekitar liga masjid..seperti berikut:

1- babi,
Jika babi memasuki masjid @ surau..tanda nya daijal sudah habis mengorak permukaan bumi,

II- diterangkan juga iaitu masjid @ surau yg cantik ,gah dan besar, hanya iman dan bilal dan beberapa jemaah saja.

III- iman., bilal dan siak...suka membangga bangga kerja mereka buka dari sudut ihklas tapi membangga diri..

2- Anjing,
Jemaah bergaduh diantara sama sendiri, ajk berebut rebut jawatan, tidak meumarakkan masjid @ surau.

3. Ular
Ditafsirkan segala dana @ harta diinfakkan tetapi tidak digunakan untuk tujuan keagamaan, kedekut, serta menyeleweng,

Kesemua itu telah pun kita lihat dimana mana saja , ajk bergaduh jawatan, kedekut nak cari pencaramah sepeeti kulaih magrid, subuh ,dhoha , sumbangan kepada ibu ibu tunggal, anak yatin piatu dan lain lain.lagi,

Apabila Allah hantar  3 ekor binatang itu...hanya memberikan peringatan kepada manusia yg punya akal yg waras supaya berfikir ,terutama mengajak kerumah Allah...sesengguhnya hidup ini seperti angin yg bertiup..semasa datang kita lega tetapi apabila pergi hilang terus..mati😑😭

Kereta

Keluar dari masjid, sempat kerling ke kereta yang di parkir di sebelah kereta aku.

"Pergh. Meleleh betul tengok Honda Civic ni. Mesti masyuk owner dia", getus hati yang hanya mampu memasang angan.

Entah apa-apa. Baru lepas solat pun tak mampu lawan pesona dunia. Nak buat macam mana. Aku manusia biasa. Huhu.

Terkejut juga apabila tiba-tiba lampu signal kereta itu menyala tanda kunci dibuka.

Lebih terkejut apabila melihat sosok yang menghampiri kereta itu adalah Pak Imam yang mengimamkan kami tadi.

Terus laju aku menyapa,
"Wah, mantap kereta Pak Imam".

"Alhamdulillah, rezeki besar dapat anak yang baik. Dapatlah nikmat kemudahan ni", ujar Pak Imam sambil tersengih.

Entah kenapa kata hati aku waktu itu negatif sungguh. "Hai Pak Imam, takkanlah sebab dapat kereta, kata anak baik. Habis kalau anak tak bagi kereta, jahatlah?".

Cuma dalam hati. Tak diluah.

Seakan mendengar melankolik dalam hati aku, Pak Imam terus menyambung bicara.

"Dapat kereta ini memang rezeki, tetapi sebenarnya saya tak mahu. Saya ini dah tua, apa lah agaknya pandangan orang.

Tetapi anak saya, cikgu M, yang bertugas di Kuala Lumpur nun yang berkeras mahu tukar kereta ini dengan Iswara lama saya tu.

Katanya, Abah pakailah kereta ini. Ini kereta auto. Mudah dan cepat untuk urusan Abah ke sana ke mari dan semestinya untuk ke masjid.

Saya marah dia sebab saya tahu, dia bukan senang sangat. Kerja cikgu duduk KL. Kenapa belikan kereta mahal-mahal.

Nak tahu apa dia jawab?

"Abah, saya memang tak kaya. Tapi saya fikir inilah saja caranya. Infaq yang terbaik adalah untuk qarabat terdekat - abah lah orangnya. Infaq yang terbaik adalah dari harta yang kita sayang - inilah hartanya.

Bonusnya, abah Imam. Mudah-mudahan andai ada pahala kenderaan ini menjalar ke Masjid saban waktu, dapatlah juga saya menumpang pahalanya".

"Habis, dia pakai Iswara lama Pak Imam lah pergi sekolah?", celah saya.

"Ya, dan saya tahu, rakan-rakan dia di KL tu pakai kereta canggih-canggih. Tapi dia bersungguh mahu saya terima dan buat muka sangat tidak senang bila saya cuba menolak.

Tak apa lah. Saya terima ini sebagai amanah", Pak Imam mengakhiri perbualan sambil bersalaman dan senyum, sebelum beredar.

* * *

Kepada Cikgu M, anak Pak Imam sebuah masjid daerah di negeri utara Malaysia, aku salute dengan dua tangan.

Memang kau rezeki besar buat ayah kau. Teruskan istiqamah dalam kebaikan.

Bodoh aku, sebab buruk sangka.

Aku sendiri belum tentu dapat lakukan yang sama. Ada kereta idaman, memilih untuk memakai kereta lama.

Hati kau mulia, sebab kau nampak kenderaan itu bukan takat kemudahan dunia, tapi pedati yang boleh kau pacu menuju syurga.

Semoga terus dilimpahi rezeki olehNya.

#khairulkamilin

ps: Kisah disiar tanpa sempat meminta izin hamba Allah itu berdua. Jadi watak perlu disamarkan bimbang tidak disenangi mereka. Ambil pengisiannya sahaja ya.