Keluar dari masjid, sempat kerling ke kereta yang di parkir di sebelah kereta aku.
"Pergh. Meleleh betul tengok Honda Civic ni. Mesti masyuk owner dia", getus hati yang hanya mampu memasang angan.
Entah apa-apa. Baru lepas solat pun tak mampu lawan pesona dunia. Nak buat macam mana. Aku manusia biasa. Huhu.
Terkejut juga apabila tiba-tiba lampu signal kereta itu menyala tanda kunci dibuka.
Lebih terkejut apabila melihat sosok yang menghampiri kereta itu adalah Pak Imam yang mengimamkan kami tadi.
Terus laju aku menyapa,
"Wah, mantap kereta Pak Imam".
"Alhamdulillah, rezeki besar dapat anak yang baik. Dapatlah nikmat kemudahan ni", ujar Pak Imam sambil tersengih.
Entah kenapa kata hati aku waktu itu negatif sungguh. "Hai Pak Imam, takkanlah sebab dapat kereta, kata anak baik. Habis kalau anak tak bagi kereta, jahatlah?".
Cuma dalam hati. Tak diluah.
Seakan mendengar melankolik dalam hati aku, Pak Imam terus menyambung bicara.
"Dapat kereta ini memang rezeki, tetapi sebenarnya saya tak mahu. Saya ini dah tua, apa lah agaknya pandangan orang.
Tetapi anak saya, cikgu M, yang bertugas di Kuala Lumpur nun yang berkeras mahu tukar kereta ini dengan Iswara lama saya tu.
Katanya, Abah pakailah kereta ini. Ini kereta auto. Mudah dan cepat untuk urusan Abah ke sana ke mari dan semestinya untuk ke masjid.
Saya marah dia sebab saya tahu, dia bukan senang sangat. Kerja cikgu duduk KL. Kenapa belikan kereta mahal-mahal.
Nak tahu apa dia jawab?
"Abah, saya memang tak kaya. Tapi saya fikir inilah saja caranya. Infaq yang terbaik adalah untuk qarabat terdekat - abah lah orangnya. Infaq yang terbaik adalah dari harta yang kita sayang - inilah hartanya.
Bonusnya, abah Imam. Mudah-mudahan andai ada pahala kenderaan ini menjalar ke Masjid saban waktu, dapatlah juga saya menumpang pahalanya".
"Habis, dia pakai Iswara lama Pak Imam lah pergi sekolah?", celah saya.
"Ya, dan saya tahu, rakan-rakan dia di KL tu pakai kereta canggih-canggih. Tapi dia bersungguh mahu saya terima dan buat muka sangat tidak senang bila saya cuba menolak.
Tak apa lah. Saya terima ini sebagai amanah", Pak Imam mengakhiri perbualan sambil bersalaman dan senyum, sebelum beredar.
* * *
Kepada Cikgu M, anak Pak Imam sebuah masjid daerah di negeri utara Malaysia, aku salute dengan dua tangan.
Memang kau rezeki besar buat ayah kau. Teruskan istiqamah dalam kebaikan.
Bodoh aku, sebab buruk sangka.
Aku sendiri belum tentu dapat lakukan yang sama. Ada kereta idaman, memilih untuk memakai kereta lama.
Hati kau mulia, sebab kau nampak kenderaan itu bukan takat kemudahan dunia, tapi pedati yang boleh kau pacu menuju syurga.
Semoga terus dilimpahi rezeki olehNya.
#khairulkamilin
ps: Kisah disiar tanpa sempat meminta izin hamba Allah itu berdua. Jadi watak perlu disamarkan bimbang tidak disenangi mereka. Ambil pengisiannya sahaja ya.
cara daftar sabung ayam online di situs agen s128 terpercaya
BalasPadamdaftar - deposit - withdraw sekarang juga
segera gabung di website www.bolavita.ltd
info lebih lanjut hubungi cs kami :
WA: +628122222995