Ahad, 4 Mac 2018

Ayah

Masihkah kau ingat?

Pen stabilo mata bulat,aku pegang erat.
"Hah,tulis.!"ayah mengarah.
beras 10kati,
Minyak makan satu botol besar,
Gula 2 kati,
Susu cap Junjung satu katun,
Beskut lemak satu tim.

"Ayah,beskut kawin la Yah..,dah lama tak makan..."
"Tak payah ,beskut kawin ,kalau ada orang datang,aku beli nanti!"
Alaa...mulut comel aku muncung macam mulut itik serati Tok Temah.

"Sabun wangi,ayah.. ! "aku anak dara sunti yang dah mula pandai nak melawo mengorder.

"Sabun cap kapak,3 kotak !"

Adehh!
Sabun cap kapak,kaler hijau atau kuning.
Sabun multi purpose.
Basuh pinggan boleh.
Basuh baju boleh.
Basuh badan punn boleh!

Ayah ambik kertas yang aku tulis.
Dia double check.
"Tulislah...Nak..sabun Lux, 3 buku.."
Suara ayah tenang.

Mata aku bersinar-sinar.
Senyum macam nak rabik telinga.
"Syampu ayah? Aku ambik kesempatan.
Mentang-mentang anak pompuan sulung.
Aku buat muka welfare.
"Ambik lah sebotol.."
Aku pun laju tulis, Kao Merit gambor limau .

"Ambik botol sederhana,guna sikit-sikit "
Mak pulak menyampuk. Pakar ekonomi keluarga.

"Dahh..siap.Meh sini ayah kira.."
Ayah aku pakar congak.Sape anak dia pun tak boleh celen.
Tak payah pen.Apa lagi kakilatur.Semua dalam kepala.

"Hmm,bolehlah ni.Tak sampai seratus.
Ada apa-apa lagi nak beli Peah ?"
Ayah tanya mak.Bukan tanya aku.kikiki.
"Cukuplah ,Bah."

"Ayah...."
Aku sekali lagi buat.muka paling welfare keper.

"Hah,apa dia ?"
"Kotex.. boleh la Yah..
Orang beli kat koperasi mahal.."
"Tak yah kotex kotex,pakai je kain batik buruk tu,cuci bersih bersih lagi bagus!"
Huii,mak aku aku ,memang kalau boleh semua benda kena recycle.

"Ahh..tulislah,ayah belanja !"
Yeahh!

Kertas ayah ambik.
Ayah start moto,
Ayah tuju kedai PNF Felda.
Hari itu, 1hb Mac 1985 .
Aku masih ingat lagi,aku jadi kerani ayah.

Setiap 1 hb,ialah hari menyoping barangan keperluan di Felda.
Bajet ikut hasil susu getah.
Susu getaah sekati 0.45sen!

Kawan,
Aku langsung tak perasan,masa tu semua barang yang ditulis,tiada satu pun barang keperluaan ayah.
Ayah tak pakai syampu.
Ayah tak guna sabun wangi.
Ayah tak makan biskut.
Ayah tak pakai kotex.!

Ayah menyuluh menoreh.
Seawal 3.30 pagi.
Petangnya bertanam cili padi.
Bila keluar gaji,tiada satu pun barang peribadi dia beli.
Barang-barang yang dibeli hanya untuk anak-anak dan isteri.

Bila aku sudah mula bekerja.
Aku tak terpikir untuk beli kereta.
50% duit gaji aku beri kepada ayah.
Aku ada 5 lagi adik yang masih bersekolah.Ketika gaji aku cecah RM2K pada tahun 1999,aku sudah resignkan ayah dari menoreh.
Aku jadi tulang belakang keluarga.

Kawan,
Pagi ini,aku bertanya,
masih ingat lagi tak barang apa yang kau desak ayah kau beli?
Dalam tak ada,dia belikan juga?

Pagi ini, aku bertanya,
masih ingat lagi tak,barang apa yang ayah kau belikan kau tanpa kau minta?

Pagi ini,aku bertanya,
masih ingat tak barang apa yang kau belikan ayah tanpa pernah dia meminta?

Pagi ini,aku bertanya,sudah sudah onlinekah duit belanja untuk mak ayah di kampung sana?
Atau kau sibuk sangat kira gaji pekerja dan hutang supplier.

Pagi ini,aku bertanya,
Sudah kau dengar suara ayah tak dari hp pintar kau yang selalu buat kau leka komen isu semasa.
Gembirakah ayah hari ini?
Sihatkah dia?
Subuh tadi,ada kau sebut namanya atas sejadah.
Ada tak?
Atau kau terlupa,sebab sibuk nak jadi jutawan.

Haah..kan dah nangis!

Anak Ayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan