Selasa, 13 Mac 2018

62

KEPADA
CUEPACS dan ahli lembaga CUEPACS,

Tuan,

*PERMOHONAN JANGAN DITAMBAH USIA PENCEN DARI 60 TAHUN KE 62 TAHUN*

Saya dengan sukacitanya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Untuk maklumat tuan, pada usia 60 tahun, saya nak pencen. Saya tak mahu dah tambah sampai 62. Kalau boleh awal lagi dari 60 pun saya nak pencen. Berikut senarai saya nak buat, bukan dok bergelumang dengan kerja di office lagi pada usia 62.

1. Saya nak pelihara ayam keliling rumah.
2. Saya nak tanam pokok buah banyak-banyak.
3. Saya nak main dengan cucu cicit saya.
4. Saya nak pergi umrah dan haji.
5. Saya nak pergi pasar hari-hari.
6. Saya nak pergi kenduri kendara dengan aman tanpa perlu apply cuti rehat.
7. Saya nak jalan-jalan naik motor dengan laki saya macam muda-muda dulu dengan aman.
8. Saya nak jaga laki saya kot dia sakit tua.
9. *Saya nak jaga laki saya kot dia nak tambah cawangan, sempatlah saya banteras seawal mungkin.*
10. Saya nak buat amal ibadat banyak-banyak.
11. Saya nak pelihara ikan koi.
12. Saya nak pelihara kucing.
13. Saya nak tanam pokok rose jepun.
14. Saya nak berulang ke hospital ambil ubat tanpa perlu ambil time slip.
15. Saya nak tengok Tanyalah Ustazah (kalau rancangan tv tu wujudlah lagi time saya umur 62).
16. Saya nak pergi surau pagi-pagi tanpa perlu kelam kabut dan nak cepat ke office sebab dah tua sangat tak larat nak buat kerja cepat-cepat.
17. Saya nak dok relaks tanpa perlu bertekak dengan public.
18. Saya nak tenangkan fikiran dari dok menghadap fail bertimbun atas meja.
19. Saya nak tidur, cover balik tidur tak cukup masa zaman kerja.
20. Saya nak tengok drama swasta atau telenovela dengan aman sebab saya jarang berkesempatan buat itu semasa kerja.

Sekian dahulu senarai "apa saya nak buat pada usia tua". Nanti kalau ada saya tambah lagi. Mohon tak payahla minta benda merapu lagi kat kerajaan. Ada baiknya kau minta pencen naik sahaja. Itu lagi bagus.

Yang benar,
Penjawat Awam yang Nak Pencen Awal Kalau Boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan