Rabu, 11 September 2019

Malaya

"KECAM MELAYU?- Malay Bashing?"
Oleh: Anuar Ahmad

Pernah dengar ada orang kata "Melayu malas", "Melayu miskin", "Melayu tak pandai berniaga", "Melayu jahat", "Melayu kaki tipu" dan berbagai istilah lain?

Ini adalah apa yang dipanggil sebagai "Malay Bashing". Sedang berlaku sekarang.

Ada pemimpin politik kata orang Melayu pemalas,
Ada pensyarah universiti kata pelajar Melayu manja,
Ada majikan syarikat kata pekerja Melayu tak boleh diharap.
Ada pelanggan kata peniaga Melayu tak jual barang berkualiti.
Ada ketua jabatan kata pekerja Melayu tak cekap.

Macam macam dikata tentang Melayu. Semua ini adalah satu keadaan yang disebut sebagai 'Malay Bashing- Kecam Melayu".

Jika orang Melayu tak bersedia dan tidak faham fenomena ini, akan ada nanti sebahagian orang Melayu yang perlahan-lahan menerima dan bersetuju dengan amalan "Malay Bashing" ini.

Mereka mula akan berkata 'memang pun Melayu Malas", "memang pun Melayu miskin" dan sebagainya.

Seterusnya kerana sentiasa diulang -ulang "malay bashing" ini, akhirnya orang Melayu akan percaya dengan label-label ini. Mereka percaya itulah mereka.

Bila sudah percaya, akhirnya orang Melayu akan mula bertingkahlaku begitu.

Manusia bertingkah laku mengikut apa yang dia percaya. Seorang anak jika diulang ulang bahawa dia 'bodoh' oleh ibubapa dan gurunya, maka dia akan percaya dia bodoh.

Maka dia akan mengambil tingkahlaku mewakili sifat orang bodoh. Anak-anak yang percaya mereka 'bodoh' akan takut bertanya soalan, takut menjawab soalan, tidak bersedia menawarkan diri untuk memimpin kumpulan dan sangat kurang memberikan pendapat sendiri.

Saya tidak nafikan memang ada Melayu malas, memang ada Melayu kaki tipu, memang ada Melayu miskin.Tapi bukan semua Melayu begitu. Itu sifat individu bukan mewakili sifat bangsa Melayu.

Ramai lagi Melayu yang rajin, ramai Melayu jujur dan ramai Melayu yang kaya. Tapi ini jarang disebut-sebut.

"Ethnic Bashing" adalah satu kaedah yang sistematik samada secara dirancang atau mungkin secara tidak dirancang untuk menjatuhkan kekuatan dan keyakinan diri di dalam sesuatu kaum atau bangsa.

Di era penjajahan Inggeris, para pegawai kolonial menggunakan kaedah ini untuk merasionalkan matlamat mereka untuk membawa masuk pekerja untuk bekerja di lombong bijih timah dan estet gerah. "Melayu malas" kata mereka.

Bacalah tulisan Frank Swettenham, "The Malay Sketches (1888) yang mengambarkan betapa Melayu adalah bangsa yang malas.

90 tahun kemudian, tulisan beliau telah dikritik hebat oleh Syed Hussein Alatas di dalam buku beliau "The Myth of The Lazy  Native" (1978).

Kerana ratusan tahun di bawah penjajah melalui agenda "Malay Bashing" ini, orang Melayu menjadi bangsa yang inferior (rendah keyakinan diri).

Mereka tak berani menjadi peniaga. Mereka mula berfikir bahasa Melayu tak ada masa depan. Mereka melihat adat budaya Melayu ketinggalan zaman. Melayu adalah tradisional. Melayu tidak moden.

Orang Melayu mula berfikir kehidupan mereka lebih sesuai di kampung. Mereka mula berfikir kerja pertanian paling sesuai untuk mereka. Berniaga bukan untuk mereka.

Apatah lagi menjadi usahawan atau pengilang. Ini lama dulu. Hinggalah ada lelucon yang berbunyi "Melayu tak payahlah bercita-cita tinggi sangat, buat sebatang jarum pun belum tentu boleh"

Orang Melayu ketika itu menganggap apa sahaja dari barat adalah baik, maju dan moden. Apa sahaja dari akar Melayu adalah tidak baik.

Ambil satu contoh. Orang Melayu mempunyai warisan ilmu perubatan tradisional yang sangat hebat tapi mereka tinggalkan ilmu perubatan tradisional bangsa Melayu kerana mereka menerima sepenuhnya perubatan barat.

Mereka percaya ilmu perubatan Barat satu-satunya yang terbaik. Penjajahan mendidik mereka percaya begitu. Orang Melayu berhenti mengkaji dan membuat penyelidikan secara komrehensif berkaitan perubatan Melayu. Bayangkan paten untuk pokok herba Tongkat Ali dipegang oleh MIT USA bukan universiti tempatan.

Bangsa Cina juga ada ilmu perubatan tradisional mereka. Sebagai perbandingan, di China ada lebih sepuluh buah universiti perubatan tradisional Cina.

Paling besar Beijing University of Chinese Medicine (1958), mempunyai 22 ribu pelajar dengan 15 fakulti.

Saya berpeluang ke sana beberapa tahun yang lalu. BUCM menawarkan lebih 10 program PhD dan puluhan program sarjana. Juga berpuluh program sarjana muda dalam bidang perubatan Cina.

Pelajar antarabangsa datang belajar   di universiti ini tentang perubatan tradisional Cina dari lebih 52 buah negara.

Ada Universiti Perubatan Melayu di Malaysia yang menawarkan ijazah, sarjana dan PhD? Saya tanya anda, ada? Mengapa tiada?

Sebabnya kita tidak percaya pada diri sendiri. Kita percaya ilmu perubatan Barat satu-satunya ilmunya perubatan terbaik.

"Malay Bashing" ini akan berterusan. Jika tidak disedarkan anak-anak Melayu, mereka akan perlahan-lahan hilang keyakinan diri sebagai satu bangsa.

Sebab itu bangsa Melayu kena mula tolak agenda "Malay Bashing" yang melanda mereka sekarang.  Ini perlu dilakukan dengan lebih bersatupadu, bekerja kuat, jangan irihati sesama bangsa, sokong menyokong dan paling utama meningkatkan ilmu pengetahuan.

Sokong barangan Muslim adalah satu tindakan menolak "Malay Bashing" berkaitan produk muslim. Melayu mesti hebat dalam pendidikan, perniagaan dan pentadbiran.

Tidak boleh bertolak ansur pada sebarang usaha merendahkan minda Melayu melalui agenda "Malay Bashing" ini.

Rujukan
https://www.thesundaily.my/archive/stop-malay-bashing-GUARCH578070

https://www.newmandala.org/deep-malay-cultural-psychology/

https://m.malaysiakini.com/news/490900

http://www.financetwitter.com/2018/09/mahathir-has-spoken-again-malays-are-lazy-untrustworthy-banks-no-longer-trust-them.html

https://www.ssc.wisc.edu/~oliver/wp/wp-content/uploads/2015/06/Oliver_The-Ethnic-Dimensions_Feb_2013.pdf

http://www.china.org.cn/top10/2012-02/22/content_24683507_10.htm

Isnin, 9 September 2019

WANITA PERLU ADA INI

✿ PMR-Pemaaf, Mentaati Allah, Redha dan Rendah diri

✿ SPM-Solehah, Penyabar, Mencintai Ilmu.

✿ STPM-Setia, Tetap pendirian, Penyayang, Menghormati orang lain

✿DIPLOMA-Disiplin, Ikhlas, Pandai apa-apa, Lembut, Organize, Memahami, Amanah

✿ IJAZAH- Inisiatif, Jujur, Ambil tahu, Zuhud, Akalnya matang, Husnu Dzan

✿ SARJANA-Sabar, Amarahnya kurang, Realistik, Janji ditepati, Akhlaknya Baik, Nakal (dengan suami je ok), Agamawan (faham asas2 agama)

✿ PHD- Pemurah, Hasanah (baik - subjektif), Dididik dan mendidik

Subuh berjamaah

Marilah kite SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Ayuh umat Islam SELURUH MALAYSIA!! Bermula saat ini kita semua berhimpun untk solat subuh berjemaah di masjid/surau masing-masing.

 Kita bangkit seperti negara yang bangkit hasil jemaah solat subuhnya seperti solat jumaat. Ayuh! Asal saje dia lelaki Islam akil baligh tak kira bangsa cina, india dll, tak kira negara, fahaman politik, persatuan, NGO, mazhab, tariqat, pemimpin tertinggi, rakyat biasa, guru, pegawai kerajaan, ustaz, mufti, petani, nelayan, peniaga, pencen, penganggur, selebriti, atlet, fakir, jutawan, pensyarah, mahasiswa, pelajar, pakar ekonomi, pakar IT, pakar politik, tentera, polis termasuk mereka yang sekarang  aktif memperjuangkan Agama Allah mengikut metod, fahaman & ideologi masing-masing.

 Beramai-ramai kita berhimpun solat subuh di masjid/surau masing-masing. Kita mulakn apa jua perjuangan melalui solat subuh berjemaah. Jika melalui politik & ekonomi pelbagai cara & helah musuh Islam ingin meranapkannya tapi melalui solat subuh di masjid apa yang boleh mereka buat?

Hancurkan masjid? Buat sekatan jln raya? Hari ni kita isyhtiharkan diri kita bahawa kita bukan lagi berperang dengan musuh Islam tapi kita berperang dengan nafsu kita sendiri dengan pergi masjid menunaikan solat subuh berjemaah.

sebar, viralkn perkara ni melalui wasap, telegram, facebook dll. Pemimpin pesan kpd org bawahnnya, imam kpd makmunnya, kaki masjid kpd yg jarang ke masjid, kpd jiran dll.

Moga2 dengan bermula subuh berjemaah membawa kpd berjemaah solat fardhu yg lain. Bila umat Islam seluruh Malaysia dapat istiqamah solat subuh berjemaah kita akn lihat pertolongan Allah akn dtg, Allah akan buka khazanah langit & bumi.

Kita buat ni bukan kerana kita nak bermusuh dgn mereka tetapi kerana kita kasihkan mereka.

Kita buat ni bukan kerana kita takutkan musuh² Islam tp kerana kita takutkan الله.

Istana melaka

*Istana Kesultanan Melayu Melaka*

-------------------------------------

*Menurut Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin),* Sultan Mansur Shah dikatakan pernah bersemayam di tiga buah istana. Istana pertama ditinggalkan akibat tragedi pemberontakan Hang Kasturi. (Dalam Hikayat Hang Tuah, pemberontakan dilakukan Hang Jebat). Istana kedua pula musnah dalam kebakaran. Manakala istana ketiga pula difahami sebagai istana yang wujud sehingga jatuhnya Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511.

Apa yang menarik istana ketiga ini dikatakan dikerah Sultan Mansur Shah untuk disiapkan dalam masa satu bulan. Persoalan samada tempoh satu bulan tersebut adalah sekadar perintah, ataupun benar-benar dilaksanakan tidaklah dapat dibuktikan. Akan tetapi saya percaya suatu tempoh yang singkat bagi jangkamasa siap adalah tidak mustahil berdasarkan tatacara pengurusan projek, pemilihan bahan binaan, konsep susunatur dan teknologi yang digunakan.

Dari segi tatacara pengurusan projek, Sulalatus Salatin mencatatkan istana Melaka didirikan oleh tukang-tukang yang datang dari 15 sub-etnik Melayu dari seluruh pelosok Nusantara. Setiap struktur bangunan dalam kawasan istana Melaka tersebut dibina secara pengkhususan (specialization) di mana setiap sub-etnik Melayu yang terlibat diberi kerja membina struktur bangunan yang berbeza.

Dari segi pengawasan projek, Sulalatus Salatin mencatatkan bahawa tugas perlaksanaan pembinaan diserah kepada Bendahara. Walaupun begitu, semasa pembinaan istana kedua, Sultan Mansur Shah sendiri telah membuat lawatan tapak dan mengarahkan variasi dibuat kepada kawasan Penanggahan (dapur) di mana rasuk (beam) yang kecil telah ditukar kepada saiz yang lebih besar iaitu sehasta lebar dan sejengkal tebalnya. Dengan itu semestinya telah wujud pelan bangunan, pelan susunatur, dan juga perintah-perintah variasi semasa projek dijalankan.

Jadi, secara amnya, masa dapat dijimatkan kerana wujudnya pembahagian tugas, di mana setiap kumpulan tukang dibahagikan mengikut  bidang kemahiran masing-masing. Produktiviti juga meningkat ababila setiap kumpulan bekerja dalam kelompok masing-masing di mana terdapat pesaingan sihat antara setiap kumpulan untuk mencapai tempoh siap yang ditetapkan.

Dari segi bahan binaan, sebahagian besar struktur istana dibina mengunakan bahan binaan ringan dari sumber setempat seperti kayu-kayan, buluh, rotan, mengkuang, daun nipah dan lain-lain. Menurut Sulalatus Salatin, bumbung istana Melaka kedua dan ketiga diperbuat dari kepingan atap timah. Ini juga adalah dari sumber tempatan iaitu dari perusahaan bijih timah di Sungai Ujong, Selangor, dan Klang. Aksesori tambahan seperti cermin, cat & kepingan kertas emas, permaidani, dan peralatan hiasan dalaman diperoleh dari pedagang-pedagang Arab, Turki, Cina dan Ryukyu yang sentiasa berulang alik ke Melaka.

Dari segi teknologi, pembinaan istana Melaka tersebut adalah berasaskan teknologi pembinaan rumah Melayu tradisional yang telah melalui proses transformasi sejak ribuan tahun. Semasa perintah penggantian rasuk Penanggahan dibuat bagi istana kedua, ianya dijalankan dengan serta merta oleh Bendahara. Ini menunjukkan bahan binaan tersebut berada ditapak projek dan dapat dipasang segera. Dengan itu, teknologi pemasangan yang dijalankan boleh dikatakan sebagai suatu konsep ‘Sistem Binaan Berindustri’ (Industrialised Building System) di mana komponen bangunan diperbuat dan/atau dalam keadaan sedia-pasang di tapak projek.

*Dari segi perancangan susunatur, Istana Melaka mempamirkan sosio budaya masyarakat Melayu tradisional. Sulalatus Salatin mencatatkan struktur bangunan dalam kawasan istana adalah seperti berikut:-*

*1)* Istana Besar,

*2)* 3 buah Istana Kecil,

*3)* Balairong,

*4)* Balai Penghadapan,

*5)* Penanggahan (dapur),

*6)* Balai Jawatan disisi Balairung,

*7)* Balai Apit Kiri dan Kanan,

*8)* Balai Kendi (bilik air / tandas)

*9)* Pemandian,

*10)* Bangsal gajah,

*11)* Masjid,

*12)* Pagar,

*13)* Kota Wang (treasury vault).

Kedudukan Balai Penghadapan diletakkan di hadapan sekali sebagai ruang umum menyambut tetamu diikuti dengan Balai Apit dan Balairong sebagai ruang utama dan keraian. Manakala Istana Besar berada di bahagian selepas Balairong dan dihubungkan oleh pelantar atau jambatan penghubung. Ini menepati keperluan urusan rasmi dan menyambut tetamu dan dalam masa yang sama menjaga tahap keselamatan keluarga DiRaja yang menetap di perkarangan kompleks bangunan istana tersebut.

Dari segi kedudukan susunatur yang digambarkan oleh Sulalatus Salatin (versi Shellabear), istana Sultan Mansur Shah mempunyai susunatur jenis berkembang (expanded form). Perletakkan selang sebagai jambatan penghubung di antara Istana Besar dengan Penanggahan pula adalah berperanan sebagai pintu masuk bagi tukang masak ketika persiapan santapan dilakukan. Struktur Istana di dalam kawasan kompleks istana dibina dalam keadaan boleh ditambah di mana dicatatkan dalam Sulalatus Salatin bahawa selain dari Istana Besar, terdapat 3 buah istana kecil telah dibina pada waktu yang sama.

Tatacara dan susunatur pembinaan istana Melaka yang digambarkan dalam Sulalatus Salatin menjadi inspirasi kepada pembinaan Muzium Istana Kesultanan Melaka yang kini berada di sebelah timur kaki bukit Melaka (kini Bukit St Paul). Kalau ikut petunjuk kedudukan perigi DiRaja yang wujud di pakir Muzium Sejarah & Etnografi (yang menandakan kawasan Pemandian dan tempat berwuduk Masjid DiRaja), maka kedudukan Istana adalah di lereng barat bukit St Paul dan bukannya di puncak bukit. Lebih-lebih lagi puncak bukit tidak sesuai dibina kediaman menurut kepercayaan orang lama. Juga menurut prinsip Tajul Muluk, kediaman sesuai dibelakangi bukit dan mengadap tanah yang lebih rendah. Spesifik kepada prinsip Tajul Muluk, tanah yang rendah di Barat dan tinggi di Timur dianggap membawa tuah. Kedudukan Istana dilereng bukit menepati ciri-ciri ini iaitu mengadap kawasan rendah di Barat. Juga dipercayai keseluruhan kompleks istana Melaka mengadap ke arah Kiblat.

Dapat disimpulkan dari jangkamasa, tatacara pembinaan dan kesenian istana Melaka ini, kerajinan, kegigihan dan ketekunan Melayu itu terserlah ketika bersatu dibawah kepimpinan Sultannya. Dipecah-perintah, dikuda dan dijajah, sifat-sifat tersebut tidak dizahirkan sepenuhnya sehingga difitnah sebagai pemalas oleh si penjajah dan pewarisnya.



*Rujukan:*

1.  Sejarah Melayu diusahakan oleh W.G. Shellabear, Fajar Bakti, (1978).

2.  https://www.quora.com/Where-was-the-original-Malacca-Palace-located/answer/Yusrin-Faidz-Yusoff

*Gambar hiasan:* Muzium Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka).

©

Ahad, 8 September 2019

BMF

Kenapa kempen Buy Muslim First begitu menakutkan dan begitu kuat impaknya?

Rakyat Malaysia ada 30 juta orang. 60% adalah Melayu/Muslim. Itu dah 18 juta.

Kalau sebulan setiap orang berbelanja hanya rm 500 untuk barang dapur, itu dah rm 9 Billion sebulan.

9 BILLION tu banyak oi!
Sekarang nampak tak kenapa semua gelabah teruk, semua gelabah beruk?

Rm 9 BILLION tu boleh melahirkan 9000 JUTAWAN muslim setiap bulan!
Kita bukan TAK KAYA. Kita yang beri kapitalis jadi kaya. Sekarang, kita cuma alihkan arah kekayaan tu kepada sesama Muslim je.

Jangan risau pasal banyak benda kita takde. Sebenarnya, bukan takde, cuma BELUM ADA.
Bila ada demand, maka, akan ada supply.
Bukannya bila ada supply, maka, akan ada demand. Terbalik ni. Salah ni. Khurafat ni. Sesat ni!

Aku bagi contoh.
Pak Abu ada kilang mi. Kilang dia ada kapasiti untuk proses mi 1 tan sehari, tapi, yang terjual cuma 600 kg je sehari. Demand kurang. Maka, dia proses 600kg je la sehari iaitu 60% je dari kapasiti maksimum dia.

Lepas tu, bila buat kempen buy muslim first ni, orang Islam pakat-pakat beli mi Pak Abu. Permintaan dari 600 kg sehari sampai jadi 1.5 tan sehari.

Kilang Pak Abu terpaksa dibesarkan. Mesin ditambah. Pekerja-pekerja ditambah. Van penghantaran ditambah. Kedai-kedai yang jual mi Pak Abu bertambah. Untung yang kedai-kedai ni dapat untung dari jualan mi Pak Abu pun bertambah.

Nampak tak rantaian kesan Buy Muslim First ni?
Kita menolong RAMAI muslim yang lain. Dari pemilik, pekerja, sampai pekedai, dengan hanya beralih satu produk je. Itu baru satu produk. Kalau 1,000 produk?

Kalau rasa bermanfaat, silakan share.
Kalau rasa kedekut, baca sendiri sudah la.

Selasa, 3 September 2019

Jowo

Falsafah Amalan Orang Jowo.

1. Wong nrimo uripe dowo (orang yang bersyukur hidupnya lama).

2. Wong sabar, rejekine jembar (orang sabar rezekinya luas).

3. Wong ngalah uripe barokah (orang yang merendah diri hidupnya berkat).

4. Wong jujur uripe makmur (orang jujur hidupnya makmur).

5. Wong suloyo uripe soro (orang malas hidupnya sengsara).

6. Wong sombong amale kobong (orang sombong amalannya hangus).

7. Wong ngersulo gelis tuwo (orang yang suka berkeluhkesah cepat tua).

8. Wong tlaten bakal panen (orang yang rajin akan berhasil dan berjaya).

9. Sing wis lungo lalekno (yang sudah pergi lupakan).

10. Sing durung teko enteno (yang belum datang tunggulah).

11. Sing wis ono syukurono (yang sudah ada syukurilah).

12. Pitutur jowo iku ajaran agomo (Falsafah Jawa itu ajaran agama).

Lepas joor, cingapor 😊

Ahad, 1 September 2019

Ekonomi islam

*KISAH RASULULLAH & PARA SAHABAT MEMECAH MONOPOLI EKONOMI YAHUDI*

Oleh : https://instagram.com/khairiasyraf_17

Ketika umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, mereka tidak membawa harta atau aset kekayaan bersama mereka. Sebaliknya mereka hanya bersehelai sepinggang untuk memulakan hidup baru di wilayah baru. Suasana ekonomi di Madinah pada ketika itu berada dalam cengkaman monopoli orang Yahudi. Mereka menguasai perdagangan antara kota, pertanian, tenunan pakaian, industri besi dan emas serta pinjaman kewangan dengan riba yang sangat tinggi.

• Kisah Pertama
Setelah tiba di Madinah, Rasulullah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Abdul Rahman bin Auf dipersaudarakan dengan Saad bin Rabi’ iaitu antara orang terkaya dalam kalangan Ansar. Saad bin Rabi’ ingin memberi salah seorang isterinya dan separuh hartanya kepada Abdul Rahman bin Auf. Namun, Abdul Rahman bin Auf menolak pelawaan itu sebaliknya berkata, “Tunjukkan aku di manakah pasar yang paling sibuk dengan perniagaan”.

Maka Saad bin Rabi’ pun menunjukkan kepadanya Pasar Yahudi Qainuqa. Abdul Rahman bin Auf yang sebelum ini merupakan hartawan dan usahawan di Mekah terus memulakan perniagaan di pasar Yahudi itu tanpa takutkan persaingan. Antara dagangannya adalah perniagaan unta yang selama ini dikuasai oleh orang Yahudi. Beliau menjual unta dengan harga yang tidak setinggi jualan orang Yahudi.

Walau pun margin keuntungannya sedikit, namun beliau telah menarik ramai pelanggan dek kerana harga yang tidak terlampau mahal. Tetapi, setiap unta yang dijualnya tidak disertakan tali pengikat unta. Apabila banyak unta terjual, menjadi suatu keperluan kepada masyarakat untuk mendapatkan tali pengikat unta. Dari sinilah Abdul Rahman bin Auf mula membuat keuntungan dengan menjual tali pengikat unta.

Pengajaran dari kisah pertama adalah, “Peniaga Muslim perlu ada Skill & Strategi Perniagaan”. Apa yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Auf adalah Market Research (cari pasar paling sibuk), Trust through Branding (unta Uthman harganya tidak terlampau mahal seperti peniaga Yahudi) dan Supply & Demand (mengawal harga melalui keperluan masyarakat untuk mendapatkan tali unta).

• Kisah Kedua
Ketika di Madinah, selain membina Masjid, antara perkara awal yang lain dibina oleh Rasulullah adalah Pasar. Oleh kerana orang Yahudi memonopoli perniagaan melalui pasar-pasar milik mereka yang antaranya ialah Pasar Qainuqa, maka Rasulullah pergi melihat pasar-pasar Yahudi di sekitar Madinah untuk melihat sistemnya. Baginda bersabda, “Bukan begini pasar kamu (Islam)”. Kemudian, baginda membina pula pasar khas untuk Muslim dengan sistem tersendiri dengan bersabda, “Beginilah pasar kamu”.

Pengajaran dari kisah kedua adalah, Rasulullah menyediakan “Platform & Option” kepada para pengguna dan pembeli. Buat apa umat Islam perlu terkongkong dengan hanya pasar milik orang Yahudi jika umat Islam sendiri boleh membuat pasar sendiri dan berjual beli di situ. Kita ada pasaran dan produk sendiri. Don't play their games when we have our own.

• Kisah Ketiga
Suatu ketika, Madinah ditimpa kemarau. Orang Madinah sangat memerlukan air, namun telaga yang memiliki air pada ketika itu dimiliki oleh seorang Yahudi bernama Ruumah. Dia mula menindas orang ramai yang memerlukan air dengan harga yang tinggi. Kemelaratan ini disampaikan kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesiapa sahaja antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membeli telaga itu, lalu mendermakannya untuk umat, maka akan mendapat Syurga Allah”

Tahu akan hal ini, Uthman bin Affan segera pergi bertemu dengan Ruumah untuk membeli telaga itu. Namun, Ruumah tidak mahu menjualnya. Maka, Uthman bin Affan menawarkan harga yang sangat tinggi untuk membeli hanya separuh dari telaga tersebut. Ruumah tidak faham bagaimana boleh telaga itu boleh dibeli separuh. Maka Uthman bin Affan berkata kepada Ruumah bahawa masyarakat akan membeli air dari Ruumah pada hari ini dan keesokkannya beli dari Uthman bin Affan pula. Begitulah seterusnya telaga ini digilir-gilirkan.

Setelah Ruumah bersetuju dengan perjanjian itu, maka Uthman bin Affan pulang kepada kaum Muslimin lalu menyeru, “Jangan beli air ketika giliran telaga itu milik Ruumah. Datanglah ambil air sepuas-puasnya ketika telaga itu jatuh pada hari giliran ku”.

Maka umat Islam semua menyokong kempen tersebut sehingga menyebabkan Ruumah tidak mendapat sebarang hasil jualan pada hari gilirannya. Namun, dia melihat umat Islam boleh mengambilnya secara percuma pada hari giliran Uthman bin Affan. Lama kelamaan, Ruumah jatuh bankrap lalu Uthman datang untuk membeli seluruh telaga itu dengan harga yang rendah. Ruumah terdesak dan terpaksa menjual seluruh hak pemilikan telaga itu kepada Uthman bin Affan.

Pengajaran dari kisah ketiga adalah, “Community Support” terhadap sesuatu kempen. Sebagai pemegang kuasa pembeli dan pengguna yang kuat, mereka bersatu padu untuk mengikuti strategi kempen tersebut. Walau pun pada mulanya Uthman bin Affan terpaksa bersusah payah sedikit untuk membeli separuh telaga dengan harga yang tinggi, namun setelah kempen ini berkesan, Uthman bin Affan berjaya memiliki keseluruhan hak milik telaga ini dengan harga yang murah lalu nikmatnya dikongsi semula kepada umat Islam jua.

• Kesimpulan
Muslim perlu menjadi peniaga yang mempunyai skill dan strategi perniagaan yang bijak. Seterusnya, Muslim perlu memiliki platform dan option tersendiri. Akhir sekali, tiada guna ada peniaga bijak dan platform disediakan tetapi tidak mendapat sambutan dan sokongan umat. Umat selaku komuniti perlulah bersama-sama membantu ekonomi sesama Muslim.

Walau pun akan mengalami kesukaran di awal usaha, namun dengan 3 keypoints utama ini, maka nikmat keuntungan di belakang hari kelak akan kembali kepada umat Islam jua. Umat Islam kaya, zakat pendapatan tinggi, akan dikembalikan kepada asnaf-asnaf pula untuk sama-sama membentuk ummah yang mantap ekonominya. Inilah yang dinamakan JIHAD EKONOMI.

Sabtu, 31 Ogos 2019

Iddah

Isteri2 kena ambil tahu.. Jgn buat2 tak tahu..

Andainya suami kita meninggal dunia..
1-hari pertama meninggal..kita sudah berada dlm iddah..4 bulan 10 hari..
2- tidak blh menghantar jenazah suami di perkuburan..
3- kita tidak dibenarkan keluar rumah tanpa sebb..kenduri kendara tidak dibenarkan..pergilah setelah abis iddah 4 bulan 10 hari..
4-tidak blh berhias..makeup ..pakai baju lawa2..gelang emas tidak perlu pakai.. dan perlu ditanggalkan..kerana tiada keperluan.. sebb kita berhias hanya utk suami..pakailah setelah habis iddah 4 bulan 10 hari..

Perkara yg kita perlu tahu kadang2 kita terlps pandang..

Ustaz mohd zaki Zulkifli

Sarjan hassan

SARJAN HASSAN LEPASAN PONDOK

Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Islam yang Hebat...

Pada 31 Julai 2013 TV2 telah menyiarkan dokumentari khas Sarjan Hassan. Rupanya Sarjan Hassan ini adalah merupakan pahlawan Melayu Islam yang terlalu hebat tetapi kerana sikapnya yang begitu merendah diri, warak serta tawaduk maka keperwiraannya tidak begitu diketahui umum.

P. Ramlee juga hebat, dibuat filem Sarjan Hassan waktu negara dalam era darurat. P Ramlee ubahsuai filem Sarjan Hassan berkisarkan menentang Jepun, bukan menentang komunis.

Sarjan Hassan berasal dari N.Sembilan. Mendapat pendidikan pondok di Rantau, N.Sembilan. Berguru dengan ramai para ulama termasuk Mufti N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad. Ketika dalam tentera Sarjan Hassan amat warak, tidak pernah tinggal solat.

Dia tidak berdendam dengan komunis, tetapi telah berjaya membunuh lebih 100 orang komunis seorang diri dalam pertempuran. Dia tidak mengamalkan ilmu kebal atau ilmu kebatinan yang sesat. Dia hanya berkata Allah sebagai pelindung. Pernah dalam satu pertempuran ketika rakan yang lain sedang merancang untuk menyerang, tiba-tiba Sarjan Hassan lesap dan terus dengar tembakan. Dengan izin Allah dia telah berjaya membunuh 14 pengganas komunis seorang diri pada ketika itu.

Pengganas komunis amat berdendam dengan Sarjan Hassan. Sentiasa mencari peluang untuk membunuhnya atau keluarganya. Satu hari seorang pengganas komunis wanita yang cantik menyerah diri cuba menggoda Sarjan Hassan. Tetapi atas sifat kewarakan Sarjan Hassan, pengganas komunis wanita itu pula yang belot dan memberi maklumat kepada Sarjan Hassan sehingga tertangkapnya 27 orang pengganas komunis.

Jasa besar Sarjan Hassan yang tidak tercatit dalam sejarah atau akhbar di Tanah Melayu pada ketika itu, hanya dilaporkan dalam akhbar Singapura ialah kejayaan Sarjan Hassan (pada ketika itu berpangkat Leftenan) menggagalkan cubaan komunis untuk sabotaj sambutan kemerdekaan 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.

Leftenan Hassan dengan 10 anggota telah berjaya menjejaki tempat pertemuan ketua-ketua pengganas komunis seluruh Tanah Melayu di Rawang. Leftenan Hassan berjaya membunuh komunis dan menjumpai dokumen serta senjata yang akan digunakan untuk menggagalkan sambutan kemerdekaan negara yang berkemungkinan untuk membunuh Tuanku Abdul Rahman dan beberapa pembesar Melayu lain.

Sarjan Hassan adalah satu-satunya orang Islam pada ketika itu dari kelulusan sekolah pondok yang berjaya menjadi pegawai tentera berpangkat Leftenan.

Kubur Sarjan Hassan seperti kubur kebanyakan orang Islam lain, tiada yang istimewanya di Makam Sheikh Hj Mohd Said di Seremban.

Sesungguhnya Sarjan Hassan adalah merupakan pahlawan Islam kebanggaan pengajian pondok di Rantau, N.Sembilan dan kebanggaan rakyat Malaysia.

Saya terkenang kembali kata-kata arwah ayah saya yang pernah berjumpa Sarjan Hassan, memang benarlah ayah saya kata Sarjan Hassan ini pendiam, gempal sikit.

Tidak sia-sialah perjuangan ninda saya salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu iaitu Dato Abdullah Hj Dahan, Undang Rembau, yang telah melahirkan pahlawan Melayu Islam yang begitu hebat, merendah diri, warak, tidak tinggal solat yang perlu dicontohi oleh semua perwira negara.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Kapten Hassan bin Othman, ayah saya Lt Kolonel Malakan bin Kamaruddin, ninda saya Dato Abdullah bin Hj Dahan dan seluruh perwira negara yang telah gugur.

Mungkin selepas ini kapal TLDM yang baru boleh diberi nama KD Sarjan Hassan seperti KRI Imam Bonjol di Indonesia, atau Kereta Perisai yang baru diberi nama Sarjan Hassan atau Hassan.

Dokumentari penuh Sarjan Hassan di http://myklik.rtm.gov.my/component/content/article/13-roksprocket-mosaic/339-dokumentari-khas-sarjan-hassan

Kredit pada penulis asal.
Copypaste

Jumaat, 23 Ogos 2019

Realiti

Jika anda pendidik...Filem ini wajib ditonton
Antara babak dan perkara yang menarik

Filem
Menerima beliau sebagai guru besar baru, seorang cikgu bertanyakan kepada beliau...bila nak buat majlis perkenalan dengan guru besar...
jawapannya, buat apa nak buat majlis perkenalan sehingga kelas dibatalkan dan membuang masa, sedangkan saya boleh akses semua profil cikgu bila  bila masa

Malaysia
Apabila pengarah atau pengetua atau guru besar baru datang , maka akan ada la perjumpaan, ...mulalah majlis besar besaran menyambut kedatangan...dan yang pasti kelas akan dibatalkan..

Filem
Beliau sebagai guru besar mengutamakan P&P..semua tindakannya untuk menjadikan P&P guru lebih berkesan...beliau masuk hampir kesemua kelas yang diajar oleh  guru dan memberi komen P&P guru tersebut..beliau sendiri menjadi guru kelas bagi kelas yang bermasalah

Malaysia
Realitinya, pengurusan sesuatu institusi pendidikan menilai pendidik berdasarkan fail yang cantik dan berpuluh puluh...makin banyak makan hebat ...kalau tiada fail maka anda gagal dalam P&P..itulah persepsinya...panjang lebar keberhasilan ditulis untuk keseronokan sendiri...padahal masa untuk mereka bentuk P&p didalam kelas terhakis dengan kerja pengkeranian yang tiada gunanya

Filem
Collector ( agaknya Pengarah pendidikan negeri ) datang membuat lawatan kesekolahnya...dia menjemput dengan elok dan mengarahkan guru bertugas untuk mengiringi collector tersebut untuk lawatan kesekolah..apa yang dilihat ialah keadaan biasa sekolahnya

Malaysia
kalau ada pengarah buat kawatan ...mula la persiapan  ( siap ada meeting) ...akan ditutup segala kecacatan, akan ditunjuk semua yang baik baik....semua aktiviti seolah olah terhenti apabila pengarah tersebut membuat lawatan...

Filem
Guru besar ( pelakun utama) ini muda, berani dan berterus terang...gred dan senioriti bukan penghalang untuk menjadi guru besar

Malaysia
Kebanyakkan menunggu masa untuk pencen, tidak  berani dan tidak berterus terang..

Selasa, 20 Ogos 2019

Strategi perang

*ORANG LAMA*
-Isytihar Perang @ Langkah Berhikmah-

Setelah beberapa hari berfikir dan istikharah, saya buat keputusan untuk publish tulisan ni.

Hari tu saya ada up status ringkas kenapa saya tak up atau share apa² provokasi kaum. Juga ada saya up status ada tulisan saya nak up tapi takut sensitif. Ada yang suruh tulis jawi lah apa lah. Tapi saya nak tulis rumi. So tentang kenapa saya tak mahu up pasal provokasi kaum, pasal cina biadap, pasal terbalikkan bendera (macam isytihar perang sebab dulu DAP bawak penyapu merata isytihar "sapu melayu" sebelum tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei),

Hari ni saya jawab.

Jawapannya mudah.

Saya tak bodoh untuk promosikan sebuah "keganasan".

Memainkan sentimen perkauman bermakna meniupkan api peperangan.

Korang yang tak pernah perang ni tahu ke tak perang tu apa?

Punya sembang lah 13 Mei, 13 Mei, 13 Mei, masalahnya korang tau tak apa tu 13 Mei? Apa berlaku?

Saya berguru dengan beberapa guru yang pernah berperang. Mereka ajarkan saya, perang bukan pilihan, ianya terjadi. Bukan dicari. Jangan sekali-kali mencari perang. Kamu bakal ustaz, bakal pemimpin masyarakat, kamu kena ajarkan umat supaya elak perang kerana perang adalah fitnah iblis. Memang iblis sudah sumpah untuk sesatkan kita.

 Perang adalah antara dosa yang paling besar. Apabila perang berlaku, segala rule of law akan terhapus. Kita SEMUA akan berada dalam situasi "self survival". Manusia akan keluar segala sifat binatangnya.

Tiada lagi undang-undang, semuanya bebas dilakukan.

Boleh pecah rumah, pecah supermarket, boleh culik orang, boleh rogol orang, boleh sembelih sesiapa sahaja, boleh curi apa sahaja. Bekalan air, elektrik, makanan, internet, akan terputus. Lembu, kambing, ayam akan dicuri. Hidup akan jadi berkelompok dan masing-masing jadi brutal. Kelompok mana yang kuat, dia kuasai kawasan. Tiada siapa boleh tidur malam kerana bila² masa rumah akan dipecah masuk oleh orang asing untuk merompak, mencuri, menyembelih, merogol.

Inilah PERANG. Inilah DARURAT.

Orang yang pernah merasa perang, tidak akan mahu ianya berulang.

Kita rasa kita hebat, kita rasa kita kuat, kita rasa kita majoriti, kita rasa boleh menang.

Tapi setiap perang pasti akan ada "Collateral damage". Macam mana dengan nasib wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang-orang lemah lainnya?

Hospital, sekolah, pejabat, bank, semuanya akan ditutup.

Macam mana dengan harta dalam bank? Bank dah kena rompak.

Kemungkinan duit pun dah tak laku, hanya sistem barter yang laku sebab orang bandar mana ada tanah nak tanam padi, bela lembu ayam. Jadi terpaksa bergantung makanan dari supermarket semata-mata.

Saya mengembara melihat dunia, saya melawat ramai mangsa perang, saya melawat negara kaya dan miskin.

Orang mangsa perang selalu berpesan supaya jangan sekali-kali mulakan perang. Sebab bila ia mula, akan makan bertahun-tahun.

Orang luar akan bebas keluar masuk seperti di Syria. Boleh culik ramai anak dan wanita kita untuk dijual sebagai hamba dan pelacur atau dijual organ seperti yang berlaku pada rakyat Syria.

Memang senang nak provok. Share video racist, share bangsat² Zionist funded dari parti Komunis punya provokasi. Biar semua mengamuk.

Memang. Memang mereka harap kita mengamuk. Supaya perang berlaku, darurat berlaku, kekecohan berlaku, jadi sempadan boleh dibuka untuk "tuan²" mereka keluar masuk tanah Melayu untuk assassinate "individu tertentu" tanpa dikesan atau dikenakan tindakan undang-undang memandangkan negara sedang "darurat" dan "perang". Siapa sahaja boleh mati di tepi jalan sebagai mangsa perang. Tiada siapa akan fikir ia pembunuhan terancang atau konspirasi pihak tertentu.

Makanya, saya tidak lakukan apa-apa provokasi terutamanya keganasan, perang kaum, sembang gajah terbang 13 Mei. Kerana saya TIDAK BODOH.

Korang pun tahu dengan izin Allah tulisan saya boleh mempengaruhi orang. Anytime saya boleh tulis sesuatu untuk membentuk batalion² perang. Kalau zaman Jepun dulu mereka guna suratkhabar, guna poster dan propaganda pada orang ramai. Asia For Asia katanya. Boleh menghasut orang ramai dengan flyers Dan lain². Zaman sekarang pulak orang guna media sosial.

Jadi saya tidak sewenang-wenang boleh tulis sesuatu yang kesannya buruk. Sebab saya orang agama. Saya ada guru tareqat, ada guru tasawuf, ada kesan yang saya kena fikir. Bukan boleh main ikut nafsu nak tulis dan provok. Saya hanya boleh guna pengaruh yang ada untuk ajak manusia pada Allah, tauhid yang benar, sunnah nabi, cinta dan sayang nabi. Dan kalau berlaku juga perang, ya sudah, kami sudah sedia bersama hizib² perang dan rabitah² bersanad kami.

Umat Islam itu penyayang dan lemah lembut, tapi bukan pengecut. Umat Islam tidak mengganggu dan provokasi tetapi kalau berlaku keganasan, mereka sudah siap sedia pertahankan diri, harta dan maruah.

Saya tinggal dengan orang Arab di negara Arab, kiri kanan atas bawah saya semuanya jiran Arab mangsa perang dari Iraq dan Syria.

Saya lihat dan rasai sendiri pedihnya hidup mereka merempat di negara orang.

Yang paling sedih, peperangan telah mengakibatkan ramai umat Islam jadi murtad, atheist, tiada agama dan tak kenal siapa Allah Rasul.

Sangat sedih bila tunjukkan pada anak² Syria kalimah Allah dan tanya apa ini, mereka jawab tak tahu.

Kalau perang berlanjutan selama 7 tahun, bayi yang lahir pada awal perang akan membesar 7 tahun tu dalam keadaan jahil, barbaric, brutal, tiada belas kasihan dan jadi penjenayah, kerjanya hanya mencuri dan mencarut. Ramai juga yang terlibat dadah untuk cari ketenangan.

So, ini ke yang korang nak?

Korang boleh jaga ke anak perempuan, isteri, saudara perempuan, ibu, nenek korang dari kejahatan manusia?

Kalau anak perempuan korang kena culik dan dijadikan hamba seks tentera kafir macam di Syria dan Iraq, apa korang boleh buat?

Korang pernah tengok manusia dilapah hidup-hidup?

Pernah tengok ke sekumpulan manusia tangkap lelaki dari satu kampung dan bunuhnya perlahan-lahan dengan korek² dadanya dengan pisau untuk keluarkan jantungnya?

AKU PERNAH.

Walaupun bukan live depan mata.

Saya ada ramai kawan mangsa perang yang kongsikan video yang mereka dan rakan mereka rakam sendiri keganasan² yang berlaku akibat perang. Dan mereka juga adalah saksi mata kepala segala kekejaman tu.

Ada yang tengah jalan-jalan dengan isteri dan anak perempuan, tiba² si bapa kena sniper, pecah kepala. Anak dan isteri diculik untuk dijadikan pelacur.

Ada yang dah geram lama kat sorang perempuan ni, tapi perempuan tu dah kahwin. Bla perang berlaku, dia carik perempuan tu, culik dan jadikan hamba seks dia.

Ada yang dah lama geram dengan jiran dia. Bila perang berlaku, dia sembelih jiran dia.

Sebab mereka tahu, mereka sudah outlaw. Ketika perang, tiada lagi law, tiada polis, tiada mahkamah, tiada undang-undang. Silap² dengan polis dan tentera pun jadi jahat, nak selamat kena rasuah, serah body dan lain-lain. Ni semua berlaku di luar negara.

Undang-undang mana nak lindungi korang waktu perang?

Polis, tentera semua akan sibuk berperang jugak.

"Habis tu, tak kan nak biar kaduk naik junjung, kita ada maruah, kita bukan pengecut."

Hello brother.

Aku Melayu. Ini tanah Melayu. Kita ada Sultan Melayu. Hanya Sultan kita sahaja boleh keluarkan arahan jihad. Selain mereka, jihad korang tak sah. Mati katak je.

Tu satu.

Keduanya. Aku Melayu. Ini tanah Melayu. Ada sebab kenapa keturunan kita sentiasa bertolak ansur dan bersabar dan biarkan je apa orang asing nak buat apa mereka suka. Mereka bakar masjid, baling kepala khinzir dalam masjid, hina nabi, hina Allah, bunuh bomba, bunuh ahli bait, marah azan, hina Jawi sebagai taik lembu, mereka boleh provok apa mereka suka. Mereka memang dibayar untuk semua tu dan terima arahan dari "supreme leader" diorang. Keturunan kita, Sultan kita, nenek moyang kita, terus layaaaannn aje. Hingga dalam sejarah dunia, kitalah satu²nya bangsa yang paling tolak ansur.

British kita maafkan, Jepun kita maafkan, Cina Komunis pun kita maafkan siap bagi kerakyatan, daftarkan parti politik untuk mereka , siap bagi undi jadi menteri lagi untuk anak keturunan mereka yang satu masa dulu menyembelih nenek moyang kita.

Kita bertolak ansur, move on dan biarkan je. Semua tu ada sebab. Bahkan walaupun bangsa kita ditindas dan ditindas, kita tak pernah terhapus, melayu dulu dan sekarang sama je. Walaupun melayu suka kutuk Melayu, bangsatkan sesama melayu, tapi time kahwin, pakai busana Melayu siap keris jugak. Waktu raya, pakai baju melayu siap sampin jugak. Pergi surau tetap dengan baju melayu dan kain pelikat, sama je sejak dulu sampai sekarang.

Tak kan melayu hilang di dunia tu bukan saja² disebut.

"Habis tu? Sampai bila nak sabar? Sampai habis semua hilang? Tiada lagi hak atas tanah sendiri?"

Tak... Buatlah apa pun. Demi Allah hal itu tidak akan berlaku.

Sekali lagi saya tegaskan, tanah ini tanah Berdaulat. Tanah ini bertuan. Tanah ini ada tuannya yang menjaga. Tiada orang asing yang berjaya memiliki tanah ini kecuali sementara. Bertukarlah berapa ratus bangsa pun menjajah. Tetap akhirnya tanah ini kembali jua kepada tuannya.

"Jadi tak kan nak biar mereka hina kita? Sampai bila? Kita kena ajar mereka!"

Bodoh. Ini pemikiran bodoh dan iblis.

Sekumpulan anak² dajjal yang Zionist funded ni buat hal, pastu nak bunuh berjuta orang lain yang tak terlibat hanya kerana mata mereka sama sepet? Atau kulit mereka sama hitam?

Tahu apa tu marah nyamuk bakar kelambu?

Korang tak ada kawan bangsa lain ke atas muka bumi ni? Makan gelak bersama, tiba-tiba kau nak bunuh dia? Hanya kerana mata dia sepet atau kulit dia gelap? Hancur sebuah keharmonian dan persahabatan sekian lama?

Saya ramai kawan Cina, India, Bengali, ada yang muslim ada yang belum muslim. Saya sayang mereka. Kami saling menghormati. Korang ada tak? Ke korang tak bercampur?

Lagi² Cina dan India di Kelantan yang mempunyai kadar racism yang rendah berbanding negeri lain. Cina India kat sana jangankan bahasa Melayu, loghat Kelantan pun pekat. Kalau negeri lain, bahasa Melayu standard pun tergagap, yang jadi menteri pun pelat teruk.

Saya tengok di sesetengah tempat di utara pun ramai Cina India yang cakap loghat utara sama pekat dengan orang tempatan. Kadang nampak mereka lebih "Melayu" dari Melayu. Mereka lebih pandai Jawi dari kebanyakan Melayu lain.

Saya jumpa Cina di Melaka dulu tengok anak beranak cakap Melayu. Bila dengan mak bapak, cakap Melayu. Tapi sesama anak cakap Cina. Pelik pulak. Bila kenal² dan tanya, rupanya mak ayah keluarga tu tak reti cakap Cina walaupun mereka pure Cina. Tapi anak² pandai cakap Cina sebab masuk sekolah Cina.

Macam mana pula dengan muallaf? Oh muallaf takpa, dia saudara Islam kita. Tapi muallaf tu ada saudara yang belum Islam jugak, so macam mana? Diorang pun tungkus lumus tunjuk akhlak, dakwah dan menyentuh hati saudara² belum Islam lain kepada Islam. Tiba-tiba dah jadi rusuhan kaum, semua kena?

So yang jenis tak racist macam ni kau nak lancar perang jugak?

Sebab kalau dah lancar perang atas nama kaum. Tentulah yang tak bersalah pun tiba² kena sembelih. Bila huru-hara berlaku, tiada lagi "damage control".

So kena paham permainan Iblis Dajjal ni betul-betul.

Biasanya mereka create war menggunakan "a group of people" yang claim diri "mewakili" sesebuah kelompok besar. Kadangkala "suara" tu diterima oleh beberapa kelompok yang lain tapi sekadar sokongan dari jauh.

Illuminati telah create group² ni untuk manusia berbunuhan dengan skala besar.

Contoh. Mereka cipta group Zionist yang kononnya mewakili bangsa Yahudi. Padahal mereka cuma satu pertubuhan ekstrimis yang guna nama agama Yahudi. Jadi ramai sekali Yahudi sebenar menentang fahaman Zionisme dan negara haram Isra*l tu. Di Amerika para Yahudi sebenar selalu berkumpul buat bantahan pada Zionist. Maka kesan dari kumpulan kecil ekstrimis ni yang claim mewakili bangsa besar, maka seluruh Yahudi dibenci dan bila² masa akan cetus perang.

Begitu juga mereka cipta teroris ISIS. Kononnya mewakili Islam. Padahal ianya sekelompok ekstrimis yang membawa fahaman Wahhabi Jihadi dan fokus mereka lebih kepada membunuh muslim tak sefahaman. Mereka menyerang negara² Islam sahaja. Kalau ada negara kafir yang mereka sedang, itu cuma serangan kecil dan umpama "wayang" sahaja yang mereka adalah sekumpulan pengganas yang membunuh sesiapa sahaja. Disebabkan mereka, habis semua muslim sedunia difitnah, berlaku Islamophobia sampai ramai yang takut dan paranoid dengan muslim. Sampai jadi kes bunuh dalam masjid di NZ dan lain-lain negara.

Begitu juga di Malaysia, ada kumpulan tertentu yang ekstrim dan sangat racist bekerja keras untuk kuasai negara dan anggap mereka mewakili satu bangsa lalu melakukan provokasi-provokasi kepada bangsa lain untuk menumpahkan darah. Jadi disebabkan mereka, seluruh bangsa dianggap jahat, racist seperti mereka dan mesti dibunuh/dihalau. Padahal kumpulan tu je yang ekstrim dan racist dan berperangai Komunis, majoriti bangsanya pulak hanya jadi "mangsa penipuan" sebab kumpulan tu tabur janji manis. Jadi nampak macam "betul" kumpulan itu mewakili seluruh bangsa. Padahal dah mula di kalangan bangsa tu dah sedar yang mereka pun kena game, disebabkan permainan racist kumpulan tu, maka bangsa mereka semakin dibenci, produk mereka diboikot, banyak perniagaan mereka yang dulu gah kini terpaksa ditutup. Bila kumpulan tu dimarah, dengan mudah mereka spin dan salahkan orang lain.

So, konsep deception a group of people represent the whole nation ni adalah fitnah besar untuk manusia yang sengaja dibuat untuk menumpahkan darah.

So kalau nak benci, benci hanya pada kumpulan teroris, racist dan Komunis tu je. Bukan pada seluruh bangsa. Itu tak cerdik namanya.

"Mereka kafir, bunuh je."

Kata guru kami, mana² muslim yang berfikir seperti ini, adalah anak² iblis.

Sebab orang kafir kalau kita bunuh, mereka akan terus ke neraka tanpa bicara dan kalau kita dahagakan sangat nak hantar umat nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ke neraka, fahamilah hanya 1 makhluk sahaja yang telah bersumpah akan bawak seramai mungkin anak Adam ke neraka.

Iaitulah Iblis.

Jadi kalau kau begitu gembira menghantar anak Adam ke neraka, apa beza kau dengan Iblis?

"Habis tu nabi dan sahabat dulu pun pergi perang."

Kau pun sama termakan hujah orientalis yang kononnya agama Islam tersebar dengan pedang dan pertumpahan darah.

Padahal Rasul kita mengelak seboleh mungkin daripada perang sebab perang itu fitnah.. Selagi boleh bincang, mereka bincang. Tapi kalau dah kena serang, nak cangak apa lagi? Pertahan diri lah cerdik. Bahkan tidak sedikit yang masuk Islam ketika berperang.

Waktu perang pun masih berdakwah!

Jadi dalam fikiran mereka, mereka nak orang kafir ini masuk Islam, bukannya fokus mereka nak hantar kafir² ini ke neraka. Orang kafir serang mereka jadi mereka terpaksa pertahan diri.

Kita pulak?

Kita pulak yang buat provokasi dan nak perang berlaku.

"Ala sembang pumpang pumpang semua orang boleh, aku jumpa ramai orang macam kau, asyik bahas masalah, tapi tak bagi penyelesaian."

Ok, penyelesaian dia simple . 2 step je.

1. Sabar dengan segala provokasi dari ejen Zionist ni, mereka tak akan berhenti provok, habis isu ni, isu baru pulak next week, next month, next year. Kerana mereka memang nak perang berlaku kemudian akan ada campur tangan kuasa luar, PBB dan lain-lain yang akhirnya akan gugat kuasa raja-raja Melayu dan mungkin perlembagaan baru diperkenalkan dengan dibuang hak² istimewa bumiputera oleh PBB kononnya demi kedamaian. Pastu diberi pula autonomi seperti yang berlaku di banyak negara seperti Sudan, Palestin dll yang akhirnya akan membentuk negara sendiri, diiktiraf pulak oleh Amerika dengan buka kedutaan. Lalu bumiputera akan dihalau, tanah dirampas, rumah dirobohkan, seperti yang berlaku di Palestin. Saya dok bagi hint lama dah tak paham². Ni saya cakap direct, kalau tak paham jugak, saya tak tau nak cakap apa dah. Keselamatan saya sekeluarga pun mungkin terancam sebab ni tapi untuk elak yang lebih buruk berlaku, kita ambik mudarat yang lebih kecil.

2. Kuasa mereka terletak pada penguasaan ekonomi. Naik kepala sebab rasa diri kaya. Semua kononnya perlukan mereka. So, senang je. Kempenlah buy muslim first. Eh Tak, saya tak hasut atau suruh boikot. Tak... Saya suruh sokong produk muslim je. Paham² sendiri lah. Saya tak kata sokong produk "Melayu" sahaja, tapi produk Muslim. So kita tak racist kan? Saudara² Islam kita tetap saudara walaupun lain bangsa.

Ni penyelesaiannya.

So macam mana?

Nak kembali bangkit secara aman sebagai bangsa yang hebat macam dulukala atau lancar perang yang akan musnahkan negara, harta dan keluarga kita? Korang nak ke anak perempuan korang dilacurkan kepada tentera Komunis?

Zakuan Faiz Selempang Merah a.k.a "Macai Sultan Dulu Kini Selamanya"
20 Ogos 2019
Tanah Syam

*Gambar sekadar hiasan yang bermakna. Kena tangkap sorang, tumbuh yang lain macam kanser.

*Jangan rasa selesa dengan istilah "majoriti" sebab majoriti akan kalah dengan strategi, lagipun majoriti hanya atas kertas. Pada realiti? Berapa ramai tali barut dan berapa ramai "pelancong hilang"? Ingat diorang tak buat persediaan atau ambik pengajaran dari peristiwa lepas?

*Kalau berlaku perang. Rileks. Biar ATM dan PDRM setelkan, kita jangan keruhkan keadaan. Tunggu arahan ATM dan Sultan apa nak buat.

*Kita hanya bersedia, bukan provokasi dan tambah garam ke luka. Penuhkan diri dengan ilmu dulu.

Sabtu, 10 Ogos 2019

Sejarah korban

SEJARAH AIDULADHA

Pada suatu hari, Nabi Ibrahim as menyembelih korban fisabilillah berupa 1,000 ekor kambing, 300 ekor lembu dan 100 ekor unta. Banyak orang mengaguminya.

“Korban sejumlah itu bagiku belum apa-apa.
Demi Allah! Seandainya aku memiliki anak lelaki, pasti akan aku sembelih kerana Allah ﷻ dan aku korbankan kepada-Nya,”
kata Nabi Ibrahim as.

Sebagai ungkapan kerana Sarah isteri Nabi Ibrahim as belum juga mengandung. Kemudian Sarah, menyarankan Ibrahim as agar menikahi Hajar.

Ketika berada di daerah Baitul Maqdis, Baginda as berdoa kepada Allah ﷻ agar dikurniai seorang anak, dan doa Baginda dikabulkan Allah ﷻ. Ada yang mengatakan saat itu usia Ibrahim as mencapai 99 tahun.

Dan sebab demikian lamanya maka anak itu diberi nama Isma'il as, ertinya "ALLAH ﷻ TELAH MENDENGAR".

Sebagai ungkapan kegembiraan kerana akhirnya memiliki putera, seolah-olah Ibrahim as berseru: "ALLAH ﷻ MENDENGAR DOAKU".

Ketika usia Ismail as menginjak kira-kira tujuh tahun (ada yang berpendapat 13 tahun),
pada malam tarwiyah, hari ke-8 di bulan Dzulhijjah, Nabi Ibrahim as bermimpi ada seruan, “Hai Ibrahim! Penuhilah nazarmu (janjimu)”.

Pagi harinya, Baginda as pun berfikir dan merenungkan erti mimpinya semalam.
Apakah mimpi itu daripada Allah ﷻ atau bisikan syaitan?

Dari sinilah kemudian tanggal 8 Dzulhijah disebut sebagai hari TARWIYAH
(ertinya : BERPIKIR/MERENUNG).

Pada malam ke-9 di bulan Dzulhijjah, Baginda as bermimpi sama dengan sebelumnya.
Pagi harinya, Baginda as tahu dengan yakin mimpinya itu berasal daripada Allah ﷻ.

Dari sinilah hari ke-9 Dzulhijjah disebut dengan hari ‘ARAFAH (ertinya: MENGETAHUI) dan bertepatan pula waktu itu Baginda as sedang berada di Tanah Arafah.

Malam berikutnya lagi, Baginda as bermimpi lagi dengan mimpi yang serupa. Maka, keesokan harinya, Baginda as bertekad untuk melaksanakan nazarnya itu.  Karena itulah, hari itu disebut denga hari YAUMUN NAHR (HARI MENYEMBELIH KORBAN).

Dalam riwayat lain dijelaskan,
ketika Nabi Ibrahim as bermimpi untuk yang pertama kalinya, maka Baginda as memilih lembu-lembu yang gemuk, sejumlah 100 ekor untuk disembelih sebagai korban. Tiba-tiba api datang menyentapnya.

Baginda as mengira bahwa perintah dalam mimpi sudah terpenuhi.

Untuk mimpi yang kedua kalinya,
Baginda memilih unta-unta yang gemuk sejumlah 100 ekor untuk
disembelih sebagai korban. Tiba-tiba api datang menyentapnya, dan Baginda as mengira perintah dalam mimpinya itu telah terpenuhi.

Pada mimpi untuk ketiga kalinya, seolah-olah ada yang menyeru, “Sesungguhnya Allah ﷻ memerintahkanmu agar menyembelih puteramu, Ismail as”.

Baginda as terbangun seketika,
langsung memeluk Ismail dan menangis hingga waktu Subuh menjelang.

Untuk melaksanakan perintah Allah ﷻ tersebut,  Baginda as menemui isterinya  terlebih dahulu, Hajar (ibu Ismail as).

Baginda as berkata, “Hiasilah puteramu dengan pakaian yang paling baik, sebab ia akan kuajak untuk bertamu kepada Allah ﷻ .”

Hajar pun segera menghiasi Ismail dengan pakaian paling baik serta meminyaki dan menyisiri rambutnya.

Kemudian Baginda as bersama puteranya  berangkat menuju ke suatu lembah
di daerah Mina dengan membawa tali dan sebilah pedang.

Pada saat itu, Iblis terkutuk sangat luar biasa sibuknya dan belum pernah sesibuk itu sebelumnya. Ke hulu-ke hilir ke sana ke mari. Ismail as yang melihatnya segera mendekati ayahnya.

“Wahai Ibrahim! Tidakkah kau perhatikan anakmu yang tampan dan lucu itu?”
seru Iblis.

“Benar, namun aku diperintahkan untuk itu (menyembelihnya),” jawab Nabi Ibrahim as.

Setelah gagal memujuk Ibrahim as, Iblis laktnatullah pun datang menemui ibunya, Hajar .

“Mengapa kau hanya duduk-duduk tenang saja, padahal suamimu membawa anakmu untuk disembelih?” goda Iblis sungguh-sungguh.

“Kau jangan berdusta kepadaku, mana mungkin seorang ayah membunuh anaknya?”
jawab Hajar.

“Mengapa Ia membawa tali dan sebilah pedang, kalau bukan untuk menyembelih puteranya?” rayu Iblis lagi.

“Untuk apa seorang ayah membunuh anaknya?” jawab Hajar balik bertanya.

“Ia menyangka bahwa Allah ﷻ memerintahkannya untuk itu”,

Jumaat, 9 Ogos 2019

Melayu

*-Silat-*

*2-3 hari ni kecoh tentang Jawi. Tak dapat dinafikan orang Melayu dulu memang bangsa yang hebat. Dan dipercayai kerana "terlampau hebat" lah maka penjajah berusaha keras menutup sejarah, mencuri manuskrip dan lain-lain usaha untuk wujudkan "void century" (seperti yang saya bahaskan pada status lama). Void century ni penting untuk dilakukan untuk sesuatu bangsa kekal "bodoh" dan rendah diri. Jadi mereka akan kekal menjadi bangsa yang mentaliti nya "hamba" atau "dijajah".*

*Contohnya bangsa kulit hitam.* Mereka adalah antara bangsa terhebat dunia. Mereka pernah menjadi antara terkaya di dunia bahkan bumi mereka juga barokah seperti nusantara yang kaya dengan emas permata. Empayar hebat juga pernah wujud hingga baginda Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam sendiri pernah perintahkan para sahabat untuk berpayung di Habsyah (Ethiopia). British Queen pun masih tunduk dengan keturunan Raja Afrika.

*Anehnya* kini Afrika menjadi bangsa "hamba" dan bangsa "tikus makmal" (yang dijadikan tikus makmal oleh saintis jahat yang create virus, penyakit, penawarnya dll sebelum disebarkan ke tempat tertentu) selepas barat melakukan "void century" ke atas bangsa mereka dengan memaksa mereka dan seluruh dunia fikir bahawa mereka bangsa hina dan hanya pakai cawat. Brainwash game macam ni dilakukan supaya mudah untuk mereka merompak sebanyaknya hasil bumi Afrika.

Saya tinggal di Afrika 6 tahun dan bukan cakap kosong. Keadaan orang Afrika sebagai pribumi persis macam orang Melayu.

Biar papa asal bergaya, hidup mereka hanya kerja makan gaji dan minta gaji mingguan supaya dapat enjoy setiap Saturday Night. Tiap minggu berpesta bermabuk, hari Ahad pergi Church semula untuk taubat.

Golongan kaya mereka pula hanya kaya kerana jual ubat kuat, produk over claim dan kosmetik. Selebihnya semuanya dimonopoli oleh orang luar (India, Cina dan Arab) yang migrate ke sana (macam cina India Malaysia). So pendatang kat sana pun selalu kutuk pribumi dalam semua segi dan anggap mereka bangsa tak guna dan hanya tumpang tongkat ekonomi yang mereka (pendatang) usahakan.

Mereka tak sabar dalam meniaga dan hanya fokus makan gaji, yang penting kena pakai kot tie, kerja pejabat sembang juta² padahal kereta rumah semua loan riba celaka tak habis bayar. Dan itu pada mereka dikira "berjaya". Sanggup bergadai demi masukkan anak ke Universiti sebab penjajah brainwashed itu je satu-satunya cara untuk "berjaya". Belum lagi cerita tentang drama² diorang di tv yang sangatlah "sampah". Tak habis² cerita diorang ada company besar worth Billion.

Dan banyak lagi pemikiran dan gaya hidup mereka yang sangat persis seperti orang Melayu.

Bila saya kaji 2 tanah ni. Rupanya ada "persamaan". Keduanya (Afrika dan Nusantara) adalah lubuk emas dunia. Sebab tu barat berebut nak jajah 2 bangsa hebat ni dan menyembunyikan kehebatan nenek moyang mereka, create void century dan larikan manuskrip kuno mereka yang padat dengan ilmu. Siapa sangka orang Melayu pernah ada formula campuran untuk hasilkan emas?

Bila bangsa hilang jati diri, tak kenal asal usul, lupa sejarah. Maka bangsa tu akan jadi bodoh dan "semuanya salah bangsa aku".

Menyedari hal ini, maka Jepun, China dan beberapa bangsa lain yang ke depan telah faham permainan ini dan segera menguatkan jati diri bangsa mereka.

Orang Jepun walau semoden mana pun, mereka tetap bangga setia dengan budaya bangsa mereka. Pelbagai usaha kerajaan wujudkan supaya budaya Jepun tak hilang dalam kemodenan. Mereka anjurkan banyak festival supaya budaya kekal wujud.

China sejak kecik saya perasan mereka banyak betul buat filem cerita klasik bangsa Cina. Drama² mereka kebanyakannya cerita tentang kebudayaan klasik, maharaja, bangsa botak separuh dan Kungfu. Hampir setiap filem dan drama mereka akan promosikan Kungfu hingga sebati bangsa Cina dikenali dunia kerana Kungfu selain Chinese Noodle dan barang² "Made in China".

Bangsa kita dibodohkan kerana mudah untuk mereka kawal, rasuah, manipulasi jadi bangsa kita pun jadi macam orang Afrika, jual tanah, gadai tanah, pinjam Ahlong, hasil bumi dirompak.

Dahsyatnya sejarah orang Afrika sampai berlaku "Apartheid" yang mengasingkan kasta manusia ikut warna kulit supaya yang kasta tinggi tidak terpengaruh dengan buruk perangai orang kasta rendah.

Sama macam Arab Jahiliyyah satu masa dulu yang berada di antara empayar Rom dan Parsi, tapi kedua empayar besar ni tak teringin pun nak jajah semenanjung Arab sebab mereka tahu bangsa tu barbaric tak boleh bawak bincang. Menjajah mereka hanya akan menyebabkan keburukan perangai mereka meresap masuk dalam empayar bertamadun yang telah mereka bina dengan susah payah.

Kini ia berlaku pada bangsa kita, bangsa Melayu. Hingga bangsa asing seperti Cina dan India pun "jijik" nak asimilasi walaupun tanah ini tanah Melayu kerana mereka khuatir "perangai buruk" Melayu masuk dalam bangsa mereka.

Yang lebih menarik, bangsa kita juga telah mengalami "Apartheid" seperti bangsa Palestin dan negro Afrika Selatan. Tanya sendiri mereka yang bekerja dengan company Cina/India. Bagaimana bezanya layanan, gaji, psikologi dan sebagainya. Jangan lupa juga "mandarin speaker only" policy.

 Bangsa kita telah dibodohkan, di brainwash supaya terus fikir yang bangsa kita bodoh, tak reti buat apa, malas, demand tinggi, kerja tak mau tapi semua nak grand². Setiap hari di doktrin macam ni. Di FB dan lain-lain platform media pun boleh nampak, ramai betul orang Melayu hina dan kutuk Melayu.

Pasal santau sihir pun semuanya Melayu.

"Orang melayu kita, sikit² santau."

"Orang melayu kita, cukup suka benda² mistik."

Yang peliknya majoriti melayu cakap macam tu, habis tu siapa yang santau dan suka benda mistik tu? Diorang majoriti ke minoriti ke atau dakwaan palsu?

Pada kajian saya, Melayu tak kuat santau pun. Yang main sihir hanya beberapa kerat je.

Kebanyakan sihir santau ni datang dari luar. Terutamanya dari barat, tempat bapak segala sihir. Dihantar sentiasa ke tanah Melayu sejak zaman dulu untuk buat bangsa kita kekal bodoh dan saling menyalahkan. Saya tak mau bahas benda ni panjang², biar pakar jin yang cerita.

Sama macam Afrika, kononnya mereka paling kuat sihir, Vodoo dan lain-lain.

Padahal dua bangsa ni (Melayu dan Afrika) keduanya berlumba-lumba nak jadi barat, nak jadi moden sebab di doktrin yang mereka bodoh , barat pulak baik dan maju. Jadi kenalah ikut barat.

So ahli sihir di dua tempat ni tak ramai pun, baki yang zaman dulu je. Itu pun dianggap lapuk dan tidak moden.

Lubuk sihir utama ada di Barat. Yang konon nampak moden, profesional tu, tapi ahli sihir belaka. Takpa tak percaya, tak suruh percaya pun.

Yang wajib percaya, Dajjal nanti dia ahli sihir (harapnya Dajjal tu bukan orang Melayu lah kan, kan melayu je yang suka sihir² ni bak kata Melayu mangsa brainwashed).

So berbalik kepada jati diri.

Melayu terus anggap Melayu ni mundur dan wajib berkiblatkan barat untuk maju. Yang lawaknya bila nak kembali martabatkan budaya Melayu, ada Melayu komunis/liberal bising kononnya akan berlaku Arabisasi (contohnya Khat Jawi). Melayu patutnya jadi Melayu bukan jadi Arab. Benci betul dia kat Arab dan segala yang ada bau² Islam walaupun mengaku nabi Muhammad tu rasul Allah dan berbangsa Arab.

Padahal orang Melayu dah sekian lama di Baratisasi takpa pulak? Hari² Melayu pakai baju Rabbi Yahudi (kot, tie) tak jadi Yahudinisasi pulak? Ustaz² pun dah mula pakai topi sudu, baju ketat nampak bentuk dada, rambut qaza' (nipis tepi) itu semua tak apa? Itu budaya Melayu ke?

Kalau tengok industri filem dan Drama. Semua orang maki sebab dah macam MARA, dari dulu sampai sekarang "sejenis" je pemikirannya. Design bangunan, konsep perniagaan, bina kompleks seketul bangunan yang sentiasa kosong takde penyewa, design logo dari dulu sampai sekarang samaaaaaaaa je. Kalau MARA buka mall moden macam Tesco, Mydin dan lain-lain alangkah bagusnya, mesti ramai Melayu support. Duit banyak.

Industri filem pun tak berani nak buat filem² "Klasik" macam China. Tengok cerita Ip Man tu, padu gila sampai saya sendiri cari guru Wing Chun untuk belajar seni tu.

Kita pulak tak yakin dengan budaya dan kehebatan bangsa sendiri. Sebab masih pekat doktrin yang dibawa penjajah yang kita ni bangsa bodoh takda guna. Akhirnya Thailand pulak yang pernah buat filem cerita tentang kehebatan Melayu.

Bila pengarah Melayu nak mula perbanyakkan filem² Silat? Indonesia dah maju jauh dalam hal ni sampai pelakon silat mereka dah dibawa ke filem² Hollywood dan antarabangsa.

Silat kita kaya dengan budaya, adab dan sangat dihargai di luar negara. Tapi dalam negara sendiri?

Tak habis dengan "Melayu mundur", "Melayu malas".

So semua ni kena mula dari kita.

Kita kena stop rendahkan dan kutuk bangsa kita.

Dah sampai masanya kita julang balik budaya agung kita dan maki balik mana² Melayu keturunan komunis, keturunan tali barut, keturunan bangsa hamba British dan seumpamanya yang asyik-asyik kutuk Melayu.

Maki ye, bukan mencarut, mencarut haram, maki halal 😄 Melayu dulu tak mencarut, anak nakal teruk pun mereka kata anak bertuah. Berlapik dan sopan santun.

Yang jenis kuat mencarut ni keturunan Melayu Komunis belaka tu, so jangan rendahkan martabat korang pulak untuk selevel dengan bangsa tu. Dasar bangsa takda agama, tak jaga tutur kata.

Marah Melayu marah berlapik, walau marah tetap beradab.

Bangsa Melayu pernah jadi bangsa utama dunia dan pernah jadi antara bangsa terhebat dunia dari sudut keilmuan, pembuatan, kepahlawanan dan jangan lupa dulu ramai Cina bagi anak kat Melayu dengan harapan anak² mereka dapat belajar jadi hebat macam orang Melayu. Ini sejarah. Sampai sekarang masih ramai yang berketurunan Cina anak angkat Melayu.

Zakuan Faiz
Tanah Syam
6 Ogos 2019

©

Jumaat, 2 Ogos 2019

Naudi 2

1. Terima kasih atas persetujuan..bukan utk berbangga, ttp amanah yg perlu dipikul

2. Masjid kita perlu move on walau apapun keadaannya.

3. Kepantasan memberikan keputusan sgt diperlukan...kita berada di era yg serba pantas. Kita lambat & lembab, kita akan ketinggalan.

4. Masjid kita telah memasuki fasa pembangunan dlm order yg baru bermula era Nazir Tn Hj Fauzi 2008 hinggalah momentum kecemerlangan itu dilonjakkan pd aras yg sgt dibanggakan oleh Tn Hj Azlan.

5. Pengalaman sy bersama rakan² Imam di Daerah Kuala Langat..masjid kita sentiasa menjadi benchmark' khususnya dlm program pembangunan, pengurusan & pengimarahan.

6. Sy takkan biarkan, lonjakan kecemerlangan ini lenyap lantas kembali layu & lesu...

7. Sebarang post² yg sekadar mengalih fokus, spt 'tanam cili' dll hanya lagho...jika sekadar angan² mat jenin tanpa tindakan proaktif & idea progresif.

8. Jawatan bukan setakat disandang, ttp perlu dilaksanakan. Bukan hanya mengisi kekosongan ttp  perlu membuktikan kecemerlangan.

9. Sejujurnya...saya hilang kepercayaan 100% terhadap Nazir slps 5 bulan memimpin. Tiada dasar yg konkrit, tindakan yg tidak profesional & pengurusan yg lemah.

10. Tiada alasan politik, krn sejujurnya sy dan dia masih dlm parti yg sama. Ttp ini soal integriti & kewibawaan.

11. Sepanjang seminggu kebelakangan ini, sy menerima tiga teguran dan mungkin juga ancaman drpd 3 regular client masjid, ancaman yg akan merugikan masjid jika kita masih mengekalkan Nazir di kerusinya.

12. Satu ancaman tlh pun saya sebut sblm ini. Dua lagi akan saya dedahkan, jika Nazir masih tak tahu jalan keluar.

13. Ini bukan ugutan saya, ttp dtg dari client ² masjid yg mengikuti rapat perkembangan masjid. Demi Allah, sy tidak mempengaruhi mereka. Malah sy terkedu, terkejut & malu.

Wallahua'lam
Astaghfirullah.. semoga Allah mengampuni sy.

Naudi

Assalam semua sahabat AJK yg dikasihi..🌷🌷
Atas keperluan & faktor yg agak mendesak :

1. Syawal yg terus meniti hari

2. Ramai ahli kariah yg bertanya

3. Bbrp individu yg menyampaikan hasrat utk menyumbang

4. Kita perlu segera meraikan bakal² haji sblm mereka berlepas dan

5. Nazir yang gagal berfungsi (sy anggap dah left group)

▶ Maka sy mencadangkan Majlis Guyupan Aidilfitri perlu terus dianjurkan.

▶ Biro Kebajikan & Kemasyarakatan (BKK) menawarkan diri utk menjadi host dlm program ini.

▶jika BKK medapat mandat dr tuan², maka saya selaku Ketua Biro mencadangkan Sdr Salim Sanuri akan dilantik menjadi Penyelaras Bersama.

 ▶ Untuk itu, Timbalan Nazir boleh memanggil semua ajk utk perbincangan secara informal (bukan org tertentu shj/ bukan dewan harian) dalam tempoh terdekat.

MOHON MENCADANG.
👍🏻 Tanda setuju
* Mandat ini memerlukan sekurang²nye 13 👍🏻

Jazakumullahu Khairan Kathira 💞

Rabu, 31 Julai 2019

Anak soleh

Wali Bernikah

Alkisah si pembantu kebun Qodhi bernama Mubarak. Orangnya wara'. Alim.

Kata Qodhi Nuh Bin Murayyim kepada Mubarak "Bawa kesini anggur itu yang sedap-sedap".

Selepas dihidangkan, Qodhi kata "Kenapa kamu bawa anggur yang tak sedap? Ambil yang lain".

Mubarak petik anggur lain tapi rasanya pun sama. Tak sedap.

Kata Qodhi "Ya Mubarak kenapa kamu yang tidak sedap lagi? Kamu tak tahu ke anggur yang sudah masak atau belum?

Kata Mubarak "Aku tak tahu".

Kata Qodhi "kenapa kamu tidak tahu?".

Kata Mubarak "Wahai Tuan Qodhi, Mula-mula saya bekerja disini sampai sekarang saya tak pernah makan satu pun anggur tuan. Jadi saya tak tahu yang mana masak atau tidak".

Qodhi :- Kamu tak makan walaupun 1 biji?

Mubarak :- Ya. Walaupun satu pun saya tak pernah makan. Kerana Tuan Qodhi pekerjakan saya untuk jaga kebun anggur ini. Bukan untuk makan anggur ini. Buka untuk merasa anggur ini.

Qodhi :- Ya Mubarak, aku halalkan. Kau makan dan kau bagi kepada orang pun tak apa.

Mubarak :- Kalau begitu kali ni aku boleh bezakan yang mana sedap dan yang tak sedap.

Musim yang akan datang Mubarak hidangkan yang sedap sebab beliau dah rasa. Sebelum ni tak pernah rasa pun anggur tuannya. Kenapa? Kerana dia orang WARA' !

Kata Qodhi :- Ya Mubarak, aku lihat engkau ni orang yang baik, orang yang amanah. Aku mohon pandangan engkau. Boleh?

Ini Qodhi. Qodhi. Dia minta pandangan kpd pekerjanya. Penjaga kebun dia. Kenapa dia minta nasihat dari penjaga kebun? Sebab penjaga kebun ni orang yang wara'. Alim. Yang amanah. Orang macam ni lah kita patut minta nasihat. Bukan minta yang ada pHd tapi duk tanya orang "awak ada berapa pHd?".

Qodhi :- Wahai Mubarak, aku ada anak perempuan. Dipinang oleh ramai pembesar2. Siapakah yang patut aku pilih diantara mereka itu?

Mubarak :- Wahai Qodhi,

Pertama dizaman jahiliah kalau orang itu nak kawin mereka lihat pada martabat samada bangsawan atau bukan.

Kedua , Orang yahudi dia kawin dilihat dari segi kecantikan.

Ketiga , Zaman Nabi Saw, Orang nak kawin mereka lihat dari segi agama dan ketaqwaan.

Keempat , Zaman kita kalau nak kawin dia lihat pada harta.

Maka tuan Qodhi, Kamu pilihlah yang mana satu daripada 4 yang saya berikan itu.

Kalau tuan qodhi nak kawin ikut konsep bangsawan, maka itu ikut konsep jahiliah.

Kalau tuan melihat dan fokus pada kecantikan, ikut macam yahudi.

Kalau nak lihat dari segi harta, yaa kita punya zamanlah.

Kalau tuan qodhi tilik pada agama dan ketaqwaan, maka itu ikut Rasulullah saw dan para sahabat.

Mubarak tak pilih. Mubarak suruh qodhi pilih sendiri.

Kata Qodhi :- Ya mubarak wallahi aku tak pernah dengar ini nasihat yang seindah nasihat yang kamu bagi pada aku. Kalau begitu aku pilih kamu untuk menjadi menantu aku.

Wahh ini durian runtuh buat Mubarak. Ini rezki mubarak. Hanya berikan pandangan terus jadi menantu qodhi. 😂😂

Kata Mubarak "Aku terima wahai Qodhi !".

Lepas kawin lahirlah seorang yang bernama Abdullah Ibnu Mubarak. Seorang yang alim allamah . Terkenal dengan amal ibadah. Zahid. Warak. Ahli hadis. Wali !

#Kalau nak anak yang soleh dan solehah, hindarilah daripada makan harta haram atau syubhah. InshaAllah dapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang sejuk hati bila dipandang. InshaAllah.

Selasa, 23 Julai 2019

Intelek

MUHASABAH IMAN

Kita semua pendakwah, pendakwah online. Berdakwah di laman sosial.

Satu ketika seorang hamba Allah copy ayat kita dan tidak berikan kredit.

"Kita" terus naik angin dan tak halalkan apa yang telah dia buat. Allahu Allah...

Siapa kita nak haramkan ayat itu? Ayat itu terhasil kerana nikmat yang Allah berikan. Terhasil daripada akal fikiran yang Allah kurniakan.

Sosial media bukan tempat privacy. Segala data yang kita upload sama ada berbentuk peribadi atau tidak boleh dilihat oleh orang lain.

Apa sahaja status, mesej, statement, knowledge, facts, video dan sebagainya yang dimuatkan di dalam social media pastinya dengan niat mahu orang lain melihat dan membacanya. Ia tidak lagi menjadi hak milik peribadi.

Orang lain juga akan menganggap ianya sebagai info dan ilmu bersama. Kecuali jika dia letakkan sebarang tanda atau amaran yang melarang bahan tersebut disebarkan.

Ke mana akhlak kita dalam berdakwah? Adakah sudah hilang kerana ayat itu?

Allah... Kerana sepotong ayat , kita sanggup tidak menghalalkan benda yang membawa kebaikan kepada orang lain.

Muhasabah, Check hati kita. Jika kita tergolong dengan golongan yang berada dalam situasi tersebut, halalkan ilmu yang dikongsikan oleh mereka.

Bersyukur kerana masih ada hamba Allah yang sudi copy ayat kita untuk disebarkan.

Jika populariti yang kita kejar dalam dakwah. Check hati kita, rawat hati kita.

Kerana berkemungkinan besar hati kita berpenyakit.

Sila²kan lah share moga bermanfaat

Isnin, 22 Julai 2019

Smk gunong

CIKGU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK GUNONG, KELANTAN, DISERANG.

Tulisan Shafiq Fadeli
.
Viral lagi, cerita tentang cikgu.
.
Jujur cakap, hati saya tersentuh dan tersentap bila menonton video Cikgu Sirajudin ini diserang oleh ahli keluarga pelajar.
.
Ini cukup memanggil saya untuk memberi sedikit ulasan.
.
1. Saya difahamkan ahli keluarga pelajar yang menyerang itu salah faham. Kalau ya pun salah faham, pergilah sekolah elok-elok dan bertanya dahulu. Bukannya masuk terus provok macam tu. Kalau bertanya dalam keadaan provok, tu bukan bertanya namanya. Itu mukaddimah untuk berkelahi.
.
2. Berapa abad lagi diperlukan untuk masyarakat kita faham yang pelajar-pelajar sekolah ni bukan bercakap 100% betul? Kalau anak balik bagitau sesuatu kepada mak ayah, jangan cepat percaya. Boleh jadi betul. Boleh jadi salah. Jadi, kalau nak sahkan macam mana? Betul, SIASAT la... Baru boleh nak ambil tindakan ke apa.
.
3. Orang awam tidak boleh sewenangnya masuk kawasan sekolah. Itu premis kerajaan. Orang awam boleh masuk dengan izin dan kebenaran. Jika tidak, boleh ditangkap kerana menceroboh.
.
4. Sekiranya kita orang ada adab, kita nak masuk kawasan sekolah mestilah memakai pakaian yang sesuai untuk masuk premis kerajaan dan sebagai gedung ilmu. Bukannya pakai pakaian macam pergi pasar.
.
5. Pengawal keselamatan sepatutnya mengawal keselamatan. Bukannya kerja buka tutup pagar dan kunci jam rondaan sahaja. Saranan saya, buang pengawal bertugas. Saman syarikat berkenaan.
.
6. Apalah nasib pelajar itu, entahlah. Jika persekitarannya dipenuhi oleh keluarga dan saudara mara yang tiada adab. Adakah kita nak mengharapkan mereka jadi beradab. Semestinya kita harapkan mereka beradab, tetapi jika role modelnya sebegini, bagaimana?
.
7. Kikislah budaya samseng dalam diri kita semua. Sikit-sikit mahu pukul, sikit-sikit mahu 'kecek kiro'. Belajarlah untuk hidup bertamadun, bukan macam orang gua. Samseng itu perlu, jika lihat anak kita buka aurat, samsenglah sikit tegur anak tu biar dia taat Allah. Tengok isteri kita mengumpat memfitnah, samseng la sikit tegur isteri. Tengok anak-anak muda jual beli pil kuda sebelah rumah, samseng la sikit tegur anak-anak muda tu. Ini tidak, samsengnya pada guru insan mulia yang mengajarkan ilmu kepada anak bangsa.
.
8. Kepada pelajar. Kadang-kadang dalam rumah kita, keluarga kita, saudara mara kita, ada insan yang pemarah, pongoh. Jika berlaku apa masalah di sekolah, balik terangkan elok-elok kepada keluarga. Bukannya pergi simbah petrol bagi api lagi tinggi. Bila pelajar terangkan elok-elok, keluarga pun hubungilah cikgu elok-elok. Atau pergilah sekolah elok-elok. Benda boleh selesai elok, buat apa kasar.
.
9. Oh ya, pelajar itu pasti akan jadi perhatian di sekolah nanti. Kawan-kawan akan jeling lain macam, disebabkan perangainya dan ahli keluarganya yang sangat memalukan. Malah guru-guru juga pasti terasa hati mengajar, pasti berbekas di hati. Kalau dia pindah sekolah pun, benda dah viral, 1 Malaysia dah tahu cerita ni. Pasti hatinya tak tenteram untuk belajar. Apa boleh buat, sendiri juga puncanya. Ahli keluarga sendiri juga puncanya.
.
10. Akhir sekali. Yang paling saya geram sekali. Cikgu tu berusia 52 tahun kot. Orang tua. Mana adab dan kasih sayang orang muda? Sepatutnya kita hormat orang tua. Paling tidak pun, kita pergi sekolah marah-marah, sekali tengok cikgu tu dah tua, kita cool down la sikit. Takde adab. Biadab. Macam mana anak-anak nak hormati orang tua, jika orang tuanya sendiri pun tidak hormati orang tua lain? Hormatlah orang tua. Tolong cerdik.
.
Semoga kes sebegini tak terjadi lagi lepas ni.
.
Ketika memberi ceramah kecemerlangan kepada pelajar, saya tidak fokus pada akademik semata-mata. Pasti saya akan fokus pada adab. Kerana jika adabnya bagus, inshaAllah akademiknya juga akan bagus.
.
Bila adab dah bagus, barulah saya akan bagi teknik belajar pum pam pum pam bagai.
.
Adab lebih utama dari ilmu.
.
Ilmu dan adab bermula dari rumah.
.
Kalau pelajar ke sekolah belajar macam-macam pun, tapi balik rumah habis dibasuh dibilas bersih dengan kebiadaban ahli rumah, maka rugilah.
.
Ubah.
.
Kembali kepada Allah dan Rasul.
.
Bermula dari diri kita sendiri.
.
.
.

SYAFIQ FADELI
Motivator

Rabu, 3 Julai 2019

Sem 1 ekp

Hard to understand the lab manual?   💆🤦‍♂ Scientific term is too mainstream? Don't worry ✋🤚

As students choose smartphone over book, Chemisty Unit of KMK proudly presents to you, the pre-lab video for SK015. Happy watching! 🎉🎊🎉🎊🎉

Experiment 1:
https://youtu.be/R9TfOsp3FA0
Experiment 2:
https://youtu.be/HJO49tujhhk
Experiment 3:
https://youtu.be/3fRAQeZzEtY
Experiment 4:
https://youtu.be/D7gzbteZYwo
Experiment 5:
https://youtu.be/sXBzVHb4Jak
Experiment 6:
https://youtu.be/mYLm3EMzl1s

#chemistrypracticum
#viralKMK

Short cut key

Tambahan utk para ustaz

Allah ﷲ: Tulis FDF2 kemudian tekan tombol ALT + X.

Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ﷺ: Tulis FDFA kemudian tekan tombol ALT + X.

Muhammad ﷴ: Tulis FDF4 kemudian tekan tombol ALT + X.

Basmalah ﷽: Tulis FDFD kemudian tekan tombol ALT + X.

Jalla Jalaluhu ﷻ: Tulis FDFB kemudian tekan tombol ALT + X.

Wasalam ﷸ: Tulis FDF8 kemudian tekan tombol ALT + X.

Qala ﷱ: Tulis FDF1 kemudian tekan tombol ALT + X.

Isnin, 1 Julai 2019

Open house

*OPEN HOUSE*

Kata Ustaz, "Open House ini walaupun disebut dengan nama open house iaitu rumah terbuka tetapi tidak semua juga dijemput.

Kekadang kita terasa bilamana ada kawan2 yang kita kenal ada buat open house tetapi tak jemput kita.

Konsep jemputan rumah terbuka biasanya kita jemput orang yang kita ingat dan hubungan kita baik dengan mereka.

Sebab itu apabila ada yang kita ingat tetapi hubungan tak ok kekadang kita tak jemput. Begitu juga ada yang hubungannya baik dengan kita tetapi tak teringat pula maka tak terjemput.

Ia berbeza dengan *RUMAH ALLAH.*

Kita ini walau betapa banyak kesalahan dan dosa2 kita dengan DIA.  Walau hubungan kita tak baik dengan DIA tetapi setiap hari, setiap masa kita boleh bila2 masa sahaja mengunjungi rumah ALLAH.

Tiada masalah untuk waktu dan detik mana kita nak singgah ke sana.

Namun begitu ia selalunya menjadi pilihan kita sendiri yang tidak mahu mengunjunginya sedangkan paling kurang 5 kali sehari kita diseru ke sana.

Kekadang kita juga sedih orang yang dijemput sungguh2 tidak datang ke rumah kita tetapi kita sendiri yang gagal ke rumah ALLAH meski berkali2 diseru langsung kita tak rasa apa2.

Sesuatu yang kita perlu fikirkan."

*Muhasabah Syawal.*

Kik kimi-A! pewangi

Projek KIK inovasi kimi-A!

*PETUA HILANGKAN BAU* 

D. I. Y sendiri

📝 _Biasanya untuk mengatasi bau hapak atau hancing di rumah, kita gunakan penyembur Febreze yang dibeli di kedai. Bila nak isi semula (refill) pula, kadang² tak ada masa nak cari di kedai. Berikut cara² nak buat isian semula tu dengan cara yang murah._

▫1. Dua sudu baking powder
▫2. Dua sudu Downy (Fabric Softener)
▫3. Masukkan ke dalam bekas sprayer
▫4. Masukkan 300ml air suam.
▫5. Goncang dan guna.

💡 _Baking powder bertindak sebagai penyerap bau busuk & downy pelembut fabrik ni wangi & memang ada kat rumah._

Sabtu, 29 Jun 2019

Ujub

BAHAYA MERASA KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnad-nya; Suatu hari, di depan Rasulullah saw Abu Bakar menceritakan seorang sahabat yang amat rajin ibadatnya. Ketekunannya menakjubkan semua orang. Tapi Rasulullah tak memberikan komen apa-apa. Para sahabat kehairanan. Mereka bertanya-tanya, mengapa Nabi tak menyuruh sahabat yang lain agar mengikuti sahabat ahli ibadat itu.

Tiba-tiba orang yang dibicarakan itu lalu di hadapan majlis Nabi. Ia kemudian duduk di tempat itu tanpa mengucapkan salam. Abu Bakar berkata kepada Nabi, "Itulah orang yang tadi kita bicarakan, ya Rasulallah." Nabi hanya berkata, "Aku lihat ada bekas sentuhan syaitan di wajahnya."

Nabi lalu mendekati orang itu dan bertanya, "Bukankah kalau kamu datang di satu majlis kamu merasa bahawa kamulah orang yang paling soleh di majlis itu?" Sahabat yang ditanya menjawab, "Allahumma, na'am. Ya, memang begitulah aku." Orang itu lalu pergi meninggalkan majlis Nabi.

Setelah itu Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat, "Siapa di antara kalian yang mau membunuh orang itu?" "Aku," jawab Abu Bakar. Abu Bakar lalu pergi tapi tak berapa lama ia kembali lagi, "Ya Rasulallah, bagaimana mungkin aku membunuhnya? Dia sedang ruku'." Nabi tetap bertanya, "Siapa yang mahu membunuh orang itu?" Umar bin Khaththab menjawab, "Aku." Tapi seperti juga Abu Bakar, ia kembali tanpa membunuh orang itu, "Bagaimana mungkin aku bunuh orang yang sedang bersujud dan meratakan dahinya di atas tanah?"

Nabi masih bertanya, "Siapa yang akan membunuh orang itu?" Imam Ali bangkit, "Aku." Beliau lalu keluar dengan membawa pedang dan kembali dengan pedang yang masih bersih, tidak berlumuran darah, "Ia telah pergi, ya Rasulullah." Nabi kemudian bersabda, "Sekiranya engkau bunuh dia. Umatku takkan pecah sepeninggalanku...."

Dari kisah ini pun kita dapat mengambil hikmah: Selama di tengah- tengah kita masih terdapat orang yang merasa dirinya paling soleh, paling berilmu, dan paling benar dalam pendapatnya, pastilah terjadi perpecahan di kalangan kaum muslimin. Rasulullah menyuruh sahabatnya untuk membunuh lelaki tadi adalah kerana melalui perantaraan Jibril, baginda diberitahu bahawa lelaki ini dan keturunannya akan menyebabkan fitnah perpecahan di kalangan umat Islam.

Nabi memberikan pelajaran bagi umatnya bahawa perasaan ujub(merasa kagum dengan kehebatan diri) akan amal soleh yang dimiliki adalah penyebab perpecahan di tengah orang Islam. Ujub menjadi penghalang naiknya manusia ke tingkat yang lebih tinggi. Penawarnya hanya satu, belajarlah menghinakan diri kita sendiri

Khamis, 27 Jun 2019

Subuh hari

Ada orang bangun pagi, dia terus mandi2 ready nak solat Subuh.
Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tgok wassap, telegram. Update dulu ucap selamat pagi kat FB insta weChat. Bila subuh dah nak habis, baru cepat2 lari gi ambil wudhuk.
Ada orang dah bangun tapi tidur balik.
Ada orang subuh memang tak bangun.

Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan al-Ma'thurat, mengaji dan sebagainya.
Ada orang lepas solat subuh, dia terus main tepon, atau tengok tv dulu.
Ada orang lepas solat subuh, dia sambung tidur balik.
Ada orang, subuh gajah pun x bangun lagi

Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintahNya dan melaksanakan suruhanNya, dan cuba untuk menjadi terbaik di mataNya.
Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar je, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang2 buat benda yg sama.
Ada orang, dia tak buat apa2 pun sepanjang hari, just duduk tengok tv, main game atau lepak2 ngn member.
Ada orang, hari dah siang baru celik melihat alam.

Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya.
Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ketengah malam. Bahkan sampai kepagi. Tersengih sorang2, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.
Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa2. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.

Begitulah rutin harian setiap orang. Masing2 memainkan watak masing2 tanpa disuruh siapa2. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitu lah seterusnya..

Bila ajal menjemput secara mengejut...
Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang.
Ada orang yg akan mati ketika dia khusyuk main game.
Ada orang yg akan mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi.
Dan ada orang yg mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.

Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita?
Sad endingkah, atau happy ending?

Ternyata, semuanya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan.

Allah telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil berdasarkan ilmu disisiNya. Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yg menyia2kannya selama ini. Tup2 bila mati, menyesal tidak henti.

Ingat, bila Allah dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik.. Ur time is up! Kita dah habiskan semua waktu yg Allah peruntukkan untuk kita ke syurga.

Dari itu tuan2, MANFAATKAN LAH MASA YANG MASIH ADA..JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN..

Moga kita sempat bertaubat sebelum terlambat..amin..

Wallahua'lam..muhasabah diri

Suami mu

SUAMIMU...

Kerja atau tidak kerja
Dia suamimu
Berilmu atau jahil
Dia imammu
Romantis atau kaku
Dia ayah dari anakmu
Ramah atau kasar
Dia bekerja menafkahimu

Ini bukan tentang
Kenapa kita harus patuh
Dan hormat kepada suami
Tapi tentang siapa yg menyuruh
Taat kepada suami

Sudah berapa kali suara kita
Meninggi di hadapannya?
Berapa kali kita merengek
Meminta sesuatu yg membebani fikirannya?
Berapa kalikah kita
Menghargai pendapatnya?
Menghargai pertolongannya?
Berapa kalikah kita juga
Menceritakan keburukannya?

Mari para isteri
Dia suamimu
Syukuri kebaikan suamimu
Sebelum Allah mengambilnya
Darimu..
Sebelum semuanya terlambat

Jika kau mentaati suamimu
Maka Allah janjikan syurga untukmu
Jadi kau tidak akan rugi
Meskipun kau mempunyai
Suami bertabiat buruk
Taatilah suamimu
Selagi perintah itu masih dalam
Hal yang ma'ruf

Dan ingatlah juga
Tatkala Tuhanmu memaklumkan
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur
Pasti kami tambah nikmat kepadamu,, dan jika kamu mengingkarinya maka azabku amatlah pedih"
(Q.S. Ibrahim 07)

Bersabarlah atas tabiat suamimu karena ALLAH AZZA WAJALLA