Petikan berita seminggu akhbar harian kubur
Staff KWSP buat laporan KWSP mereka tak dicarumkan
Balai bomba terbakar
Pejabat TNB dipotong bekalan letrik sebab tak bayar bill letrik
Lori penghantar minyak stop tengah jalan sebab lori habis minyak
Dr pakar sakit jiwa dihantar masuk ke hospital pesakit jiwa
Klinik gigi tutup sebab dr sakit gigi
Perompak kena rompak
Tok kadi kawin guna khidmat kadi tak bertauliah/sah
anak pegawai pendidikan gagal peperiksaan
perogol kena rogol
Pakar motivasi perkahwinan bercerai
Orang jabatan agama kena tangkap khalwat... ouch~~
kes pengguguran lembu semakin meningkat di selangor
Paper berita Harian salah print jadi berita hairan
orang minyak beratur di petro pam nak beli minyak
virus terbaru keluar dinamakan B1N1
Doktor takut dengan jarum suntikan
orang indon menuntut malaysia ini milik mereka
BN, PAS, PKR dan DAP bergabung menjadi satu..
Pekerja dipecat sbb membuang masa baca blog shehdikimi-'A'! :)
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Rabu, 14 Disember 2011
Selasa, 13 Disember 2011
Taufiq
Pagi tadi saya sempat meluangkan masa ke Sekolah Rendah Islam Al-Furqan untuk dengar taklimat berkenaan dengan Program Pelajar Musleh kepada ibu bapa. Saya amat tertarik apabila di dalam taklimat itu disebut "Kemenjadian pelajar dengan taufiq Allah". Pada pendapat saya inilah 'missing link' di dalam pendidikan yang kita berikan kepada anak-anak kita. Kita merancang pelbagai program untuk kecemerlangan akademik mereka tetapi kita lupa di antara program tersebut dan hasilnya nanti, perlu ada taufiq daripada Allah swt.
Tugas kita sekarang adalah mencari taufiq daripada Allah. Bagaimana hendak mendapat taufiq ini? Anak-anak perlu diasuh dari kecil lagi tentang keimanan dan ketaatan kepada Allah, menghormati ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua serta orang-orang di sekelilingnya. Kita mampu merancang tetapi tanpa taufiq daripada Allah, semua sia-sia.
"Ilmu adalah nur" dan nur ini tidak melekat kepada pelaku-pelaku maksiat. Atas dasar nur yang suci itulah, anak-anak yang gemar melanggar disiplin sekolah, tidak menunaikan solat sukar untuk mendapat kefahaman di dalam pelajaran. Sebagai ibu bapa yang lebih banyak masa bersama anak di rumah berbanding guru di sekolah, perkara ini perlu diteliti. Kesalahan kecil walaupun sekadar berbohong, jika dibiasakan ia akan menjadi satu tabiat yang tidak baik seterusnya merosakkan anak itu sendiri.
Pendidikan anak-anak adalah cabaran besar pada masa ini kerana persekitaran yang berbeza dan pelbagai pengaruh luar yang kadangkala menakutkan. Kita hanya mampu berdoa semoga generasi sekarang dan akan datang diberikan taufiq untuk berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.. Wallahu a'lam..
Posted by NaZRi:)
Orang hilang----------->>Ariff Alfian Rosli
Oleh SHARILFUDDIN SAARI
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.
Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.
Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.
"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.
Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.
"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.
"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.
Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.
Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.
P.S Nie berita harini kat utusan..hairan betul camne leh hilang..mintak mana2 blogger kt oversea yg jupe dia nie leh g tau kt bapa dia..dah tiga tahun hilang..takda sape bantu..malah menambah beban dgn petronas plak nak saman dorang..isk2..mcm2..bahaya gak duk oversea nie erk..huhu
NIE jawapannya...
Apa boleh kita buat.Benda dah terjadi.Hangpa tengok la 3 gambar anak bangsa Melayu Malaysia kita nieh.Ini gambar Sk jumpa di blog sozcyili.blogspot.com..Sk tak kenal sapa budak nieh dan taktau langsung cerita dia..Dengan sebab tu la Sk taktau nak cerita pasai budak laki nieh
Berita penuh dengan lebih jelas boleh dilihat di Siasahkini
Cukuplah tiga gambar neh. Walaupun aku tiada kaitan dengan arif neh tapi aku tetap merasa sedih dengan apa yang dilakukan oleh arif. Itu baru aku, sebagai orang luar. Belum lagi ibu bapa arif, individu yang paling sayangkan arif di muka bumi neh. Hanya Allah swt je tahu perasaan kedua ibu bapa dia di atas perlakuan "pelik dan songsang" si arif neh.
Untuk rekod, gambar neh bukan gambar curi. Laki dia sendiri [yeke laki? tah larh.. takan nak panggil bini pula ye tak? yang mendedahkan gambar2 neh di blog / website peribadi sendiri. Dah dia sendiri sebar sebab tue orang tahu. Sebenarnya kebetulan dua, tiga hari lepas bapa dia masuk paper memberitahu tentang kehilangan anak dia.
Dia bimbangkan akidah anak dia. Yang sebenarnya mereka lost contact sejak tahun 2009. Cuma maybe baru sekarang bapa dia bersedia untuk share perkara neh dengan orang luar. Makna nya awal2 dia dapat rasakan sesuatu. Sedih bapa dia.
Kalau ikut bahasa jahat nak aje aku maki hamun si arif neh.. tapi bila fikir2 balik maybe suatu hari bapa dia ataupun ahli keluarga dia yang lain akan terbaca story neh mesti rasa sedih sangat2. So pls larh kekawan, jaga bahasa kita. Memang kita geram lihat perlakuan arif, tapi janganlah bahasa2 kita menguriskan pula perasaan keluarga arif yang kita semua tahu adalah mereka yang paling tertekan dan sedih pada waktu neh.
Buat arif, sebagai seorang pelajar yang cemerlang, kenapalah pilih hidup macam neh? Kenapa lah nak sedihkan perasaan keluarga sendiri dan mereka2 yang memasang harapan tinggi terhadap arif? Untuk rekod korang, arif neh pelajar yang betul2 bijak. Dia pernah mendapat tajaan petronas untuk sambung belajar ke luar negara.
Tapi petronas dah membatalkan tajaan tersebut. Yang menanggung kesemua kos yang pernah petronas keluarkan dulu sekarang neh ialah bapa arif sendiri. Sudahlah menyedihkan keluarga sendiri, tinggalkan hutang pula. Apa lah kering sangat ahti ko neh arif.
Kalau ko terbaca neh arif, tolonglah, kalau ye pun benci sangat pada keluarga sendiri, tolonglah jumpa mereka buat kali terakhir. Sementara mereka masih hidup, sementara ko masih hidup, jumpalah mereka buat kali terakhir.
Sekurang2nya biarlah depa meluahkan apa yang mereka rasakan selama ko menghilang dan baru2 neh telah pula berkahwin dengan seorang lelaki. Fikirlah arif, tanpa jasa mak bapa ko bukan sapa2. Ko boleh putuskan hubungan dengan seme manusia di dunia neh tapi bukan dengan mak bapa dan ahli keluarga sendiri. Fikirlah masak2 arif. Kejam pun sepatutnya ada limit arif, apatah lagi pada keluarga sendiri. Sekian.
Gambar pelik
Apakah ini?
Bahaya tu takde pintu
Kat tiang lampu pun leh buh astro hehehe
Erm..baru buat persembahan ni kt majlis hari jadi
"OFFICE"??eja pun dah kantoi hehehe
kesian ngantuk
aduyai bahasa
Boleh test kat umah korg degil org ckp tak leh parking nk parking gak
1 MALAYSIA
kucing malaysia pun pandai merempit ape kejadahnya semua ini
berani nak keluar
dont pres2 lor
sanggup gadai nyawa
sapa la ni
Jalan raya byk roadblock
kredit: kumbangjingga.blogspot.com
Langgan:
Catatan (Atom)