بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Sabtu, 17 Disember 2011
Teman guru juga
Kita semua punya guru sejak dilahirkan. Ya, ibu bapa kita adalah guru terdekat dalam hidup kita. Semenjak aku kenal erti hidup (macam Maya Karin punya lagu dulu-dulu), kalau orang sebut anak cikgu mesti ada sedikit pandangan yang masyarakat dengan skeptikal akan cakap secara berbisik atau terang-terangan. Membesar dengan pandangan begitu membuatkan aku secara jujurnya meletakkan pandangan masyarakat adalah sesuatu yang mempunyai baik dan buruknya. Yang baik ambil, yang buruk kita baling dalam tong sampah (sebab ada seorang kawan aku kata, habis madu, sepahnya jangan buang bersepah. Sila buang dalam tong sampah)
1. Sentiasa dibanding bezakan dengan anak rakan sekerja atau anak murid.Aku tak tahulah kalau masa aku baru nak pandai berjalan, bertatih atau bercakap sudah dibandingkan atau tidak. Itu aku kurang pasti. Tapi kalau melihat kawan-kawan di sekolah sekarang ini, mereka ada juga bercakap bila anak mereka sudah pandai bertatih atau macam-macam lagi.
Kiranya perkembangan anak masing-masing diketahui. Benda bagus sebenarnya sebab ada ilmu yang dikongsikan. Lebih-lebih lagi rakan sekerja aku adalah yang berpengetahuan dan mencari ilmu di Internet juga. Aku pasang telinga dengar, manalah tahu ada rezeki dapat anak sendiri suatu hari nanti. Cewah!
Tapi kalau aku dulu, memanglah sudah lali dengar Puan Mulia cerita balik apa kawan-kawan dia cerita di sekolah tentang anak masing-masing. Memanglah bengang. Kalau dia cerita yang baik pasal aku tak mengapa, dia akan dengan rendah dirinya beritahu anak dia ini tak hebat mana pun (baiklah, mengaku bahawa aku tak hebat macam orang lain yang masuk asrama semua tu).
maka belajarlah sekuat dan sekeras entah apa pun aku tak tahu asalkan Puan Mulia dan Ketua Keluarga Hebat gembira. Ya, aku dulu belajar dengan niat agar mereka berdua tidak akan malu bila setiap kali peperiksaan keputusan keluar. Niat tak berapa nak betul kan?Senyum.
2. Dibandingkan dalam keluarga.
Ini sebenarnya sama sakit dengan yang pertama. Tapi ini lagi kejam sebenarnya. Kata-kata kiasan yang menusuk kalbu dan kau tidak boleh nak membantah sesuka hati memandangkan dibezakan didalam keluarga. Apalah nak dibandingkan makan dalam hati kau dengan kata-kata orang yang digelar keluarga dan ditautkan bukan setakat pada ikatan macam di Mukabuku tetapi darah keturunan. Memanglah payah.
Anak cikgu pun tak dapat 5A? Apa la. Kesian, mak bapak ajar anak orang kat sekolah, anak mereka tak jadi orang.
Sesuatu yang aku gembira dengan diri aku adalah kemarahan aku akan aku salurkan kepada sesuatu yang baik (aku rasa baik). Aku bengang orang mengata aku begitu dan melibatkan Mak dan Abah aku yang bukannya duduk ambil peperiksaan dengan aku dan bukannya mengajar aku di dalam kelas, maka, aku belajar bersungguh untuk menutup mulut orang begitu. Dan benda itu membuatkan aku terbiasa buat segala-galanya sendiri demi membuatkan orang berhenti bercakap sewenang-wenangnya tentang aku. Tapi kalau dah mulut manusia, apa mereka kira kan?
3. Jarang kena pukul dengan cikgu di sekolah, tetapi di rumah selalu.Seingat aku, hanya 3 kali aku pernah dipukul oleh cikgu di sekolah. Boleh dikira maka kiranya bolehlah disandarkan kononnya budak baik yang naif serta patuh kepada peraturan (ayat biasa budak sekolah : skema). Ya, aku budak skema yang selalu ketakutan dengan peraturan walaupun ada orang selalu kata peraturan yang ada bermaksud kita perlu langgar peraturan tu.
Apa hukuman di rumah itu adalah sebagai latihan supaya kau takut nak kena denda di sekolah. Tapi budak sekarang kalau kena denda di sekolah, esok mak bapak datang serang sekolah bawa pegawai berbaju putih, encik peguam.
4. Anak cikgu kena jadi contoh segalanya.Anak cikgu kena pandai.Anak cikgu kena baik.Anak cikgu kena bersopan santun.Anak cikgu kena jadi yang terbaik.Anak cikgu mesti jadi ketua segala.Semua pun anak cikgu mesti yang paling bagus.
Mati.Aku budak sederhana. Yang hanya nombor dua dalam sekolah lepas peperiksaan SPM.Aku budak yang baik jugalah. Tengok ada perkataan jugalah, maksudnya tak baik sangat.Aku budak yang err, sopan santun tu macam perempuan lemah gemalai ke? Aku tak.Aku budak yang kedua terbaik masa SPM. Bolehlah kira begitu kan?Aku budak yang tak dapat jadi ketua apa-apa kecuali ketua pengawas sekolah agama. Ha ha ha.Anak cikgu lain bagus kot? Aku tak.
Tapi senarionya, kalau kita lihat situasi dari dulu sampailah sekarang, dalam media massa contohnya. Kalau dalam tajuk ada perkataan "cikgu", mesti benda itu akan jadi cerita yang meletup, cerita yang gempar dan bikin panas satu Malaya. Kalau benda baik tak sangat, tapi kalau benda kurang baik, memanglah semua orang nak buat liputan. Sebab itu aku selalu kata dengan anak murid aku yang aku bertuah tidak mengajar di Jepun ataupun Korea. Itu disebabkan kalau di negara-negara berkenaan, apa-apa kes yang berlaku, habis guru-guru yang pernah mengajar penjenayah atau apa sahaja kes buruk akan ditemubual.
5. Pemilihan Kerjaya.Ini bukanlah sesuatu yang mudah.Sesuatu yang berkaitan dengan hidup dan masa hadapan sendiri kan?Tapi orang selalu kata, anak cikgu mesti akan jadi cikgu juga. Hakikatnya ramai sahaja anak-anak cikgu pilih kerjaya lain.
Jadi doktor, jurutera, jururawat, arkitek, peniaga dan sebagainya. Benang takdir semua orang pastilah tidak sama. Jalinan tidaklah akan sentiasa mengikut apa yang orang tua mereka lakukan kecuali pekerjaan itu sesuatu yang diwarisi. Contohnya ahli keluarga mempunyai syarikat dan dia diamanahkan bekerja dengan syarikat itu, maka itu yang boleh dikatakan sama.
alhamdulillah. Aku seperti aku yang kalian semua kenal. Mempunyai kerjaya yang sama dengan dua manusia baik yang melahirkan, membesarkan serta mengasuh aku sehingga menjadi siapa aku sekarang. Yang baiknya tentunya datang dari Allah serta ajaran mereka dan yang jahatnya aku akui adalah natijah daripada kenakalan dan kelemahan aku sendiri tidak mendengar kata-kata mereka di saat aku melalui kehidupan aku

Isteriku guru
Kenapa Wanita Patut Menyesal Jika Menolak Lamaran Seorang Jurutera"(Ya, anda bakal jurutera, terima kasih)
Sebelum kamu semua baca dengan lebih lanjut, suka untuk aku mengingatkan ini adalah penulisan santai. Bukan tidak biasa kena maki dengan pembaca, tapi habiskan baca baru maki aku boleh? Terima kasih sekali lagi sambil tunduk-tunduk kepala macam orang Jepun (jeling-jeling bakal jurutera tu)
Kenapa lelaki patut segera meminang seorang guru ya? Lebih-lebih lagi kalau lelaki itu jurutera. Eh? Ketawa sambil pusing-pusing anak mata] Hidup Berjadual.Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.7.10 pagi : Sampai sekolah.7.30 pagi : Mula kelas.10.10 pagi : Rehat10.30 pagi : Masuk kelas lagi.2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Lebih kurang begini jadual cikgu]
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malamMalam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu
Sayang, awak duduk rumah, buatlah apa yang patut. Semuanya saya dah sediakan, tengok tepi dinding, atas meja solek, depan peti ais dan sebagainya. Ketawa]
Boleh diulang tanpa jemu dan membuat penambahbaikan jika perlu.(Gila skema ayat macam buku pengurusan sekolah)
2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen. (Ini ambil fakta sana)Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?Mana ada!Semua nak salahkan cikgu.Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?(sambil asal pensel dan pisau di tepi)
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.Nak bagi markah, ada skema jawapan.Pakaian ke tempat kerja, ada etika.Nak tanda kertas, ada garis panduan.Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.Bila boleh nak menipunya?
Nak berpeleseran?Jauh sekali.Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"Gila kau.Mana nak sempat lupakan suami begitu?Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
4. Terapi melepaskan tekanan.Semua kerja ada tekanan.Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.Aku : Kau nak yang macam mana?Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Aku : Amboi kau.Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.Aku : Kenapa?Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)
6. Penampilan.Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas itu, budak-budak tengok.Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

Jumaat, 16 Disember 2011
Jurutera wanita
versi bahasa pasar malam::
#1.Stail-Hidup; Simple
Lately aku perati, member-member aku ni yang keje engineering ni selamber derk je pakai jeans.Pakai jeans ni memang cool. Budak nerd pakai jeans nampak cool, apatah lagi orang beser2 ni.

Keluar keje, kalau tak jeans+kemeja, mesti jeans+t-shirt berkolar, tak pun seluar khakis atau ...apa-apa saja asalkan bukan seluar slack..Pakaian eksekutif ni pun pakai bila waktu meeting , jumpa client, CEO, ngan dinner. Jika ini standart jurutera2 kat Malaysia, ini satu berita baik buat bakal2 isteri jurutera.Kurang sudah satu keje. Tak perlu susah-susah bangun pagi, seterika seluar.bagai.Waktu di pejabat kadang-kadang jurutera pun sebat pakai jeans jugak, jeans hitam, straight-cut..
Kiwikan kasut? tak perlu -tak perlu, sebab derang cuma sarung timberland je, tak pun camel active.
#2. Dedikasi+Komited
Seorang jurutera pasti saja menghabiskan segala usaha , tenaga, masa, mahupun perahan otak, untuk memahami suatu sistem yang kompleks, dan pastinya komited dalam setiap projek yang dipertanggungjawabkan.Katakanlah dalam suatu slump-test, seorang jurutera awam sedaya-upaya memastikan nisbah paling ideal untuk agregate ,pasir, simen, admixture dan air supaya konkrit terhasil optimun dan sesuai untuk binaan dan keadaan.

Begitu juga dalam memenangi hati wanita,mereka sedaya-upaya mencari nisbah supaya sekurang-kurang korang sayang kepada mereka.10kuntum Ros + 1Beg Gucci + 5 hari Snorkeling kat Tioman + 1 Set dinner kat Hyat Regency + 2 Dendangan Lagu Anuar Zain sendiri (Lelaki ini &Ketulusan Hati) = senyuman/(sebulan x semalam);
Maka itulah yang jurutera itu akan buat berulang2 kali, lagi , lagi dan lagi . Sampailah isterinya tu bosan, maka sekali lagi dia akan mencari nisbah-nisbah, serta teori- teori yang tak masuk akal, semata-mata untuk tawan cinta isterinya itu semula. Hati wanita memang komplikated, tapi itu lah cabaran., dan jurutera memang sukakan cabaran.
#3. Tak Pandai MenipuDalam kilang TV Plasma misalnya, katakalah ada satu batch tv yang takleh on. Cek-cek sumer ok. Ye tak ye , satu production kene recall balik.Rupa-rupanya, power-suply problem.Of course,management akan spot-check kat power- supply department, dan orang akan ditanya ,jurutera bahagian tu
.Dah nama manusia , sememangnyalah tak boleh lari dari kesilapan. But the way they approached to the truth is based on the fact depan biji mata,...and it happens sudden!! . Jadinya, ini membuatkan jurutera memang tak terlatih untuk menipu dan putar belit alam. .Kalau dia menipu gak, nampak sangat dia menipu, sebab hati dia tak tenteram.
#4.Bijak Melepaskan Tekanan
Dan ia bukannya pada orang.
Bajetla,kerja ape takde tekanan. Kerja Jaga pun tension tau.Tapi engineer biasanya akan mencariobjek yang setanding dengan tekanan yang dihadapi.Sebagai contoh, yang keje kat kilang, dipicit-picitnya main suis kat power generator .Yang kat off-shore, ditumbuk-tumbuk boiler ngan batang paip kaki gajah,Yang kat tapak pembinaan, diterajangnya mesin pembancuh simen,..takpun ditempeleng mat-mat indon tu sorang-sorang.
Maka selamatlah anda,si isteri dia nanti kat rumah, dari kene tempias tekanan dia, bahkan anda takkan perasan dia tengah tensen, sebab lebih separuh daripadanya sudah pun tertinggal kat tempat kerja.
Mat indon orang la kan?..hehehe
#5.Rupa
Practically handsome, tapi dia tak perasan yang dia tu sebenarnya handsome.. Ini penting bagi wanita yang kuat cemburu . Jurutera tahu hensem seorang lelaki itu bukan terletak pada rupa paras .Sebab itu lah jika ada gadis-gadis luar sana yang merenyam yang tackle dia , biasenya akan puji ;" Awak ni bukan takat hensem, tapi baik hati, gentleman...." ,. Tak termakan derr puji-pujian camtu, walaupun yang puji tu gadis kacukan kucing macam Nora Danish.
Selamatlah lagi anda.
Tapi kalau anda pulak yang nak puji, cmne pulak ye? Puji apa yang dia buat, hasil kerja tangan dia. Lagi2 yang 1st timer .Contohnye macam ni;
"Walaupun pakai dua perencah, nasi goreng awak ni asli betullah, satu lidah rasa,kemas je tak berketul-ketul, Ayam, sayur, ikan bilis, tak lebih tak kurang, sekali suap, rasa semua. Cume pedas skit dari yang restoran Rasa Sayang kt simpang tu punye,yang lain ok dah "- detail and precise.
Selit-selit kutuk takpe, nampak sikit kejujuran dalam kepujian.hoh.
Okay, 5 je dulu. Ni karang ada yang tak puas hati ni. Takpe-takpe, meh kita bertepuk tampar kat bawah ni ...chill aje
kredit: http://sylver-room.blogspot.com
Sendayu tinggi
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.
Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.
Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.
Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.
Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.
“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini. Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.
Nota : Moga kisah dia boleh menjadi contoh dan teladan buat kita semua.
Langgan:
Catatan (Atom)